Prgn Strategik Drm

Preview:

DESCRIPTION

perancangan strategik hem

Citation preview

PERANCANGAN STRATEGIK (PS)

OlehHAJAH ROHANI MOHAMED

JEMAAH NAZIR SEKOLAH

NEGERI SEMBILAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

“More planning shall give more chances of victory while less planning less chances. So how about totally without planning?”

Sun Tzu, 500 BC

Isu-isu Perancangan Strategik• Perancangan program/aktiviti yang dibuat

secara “ad hoc”.• Kecenderungan untuk menyediakan

dokumen perancangan strategik tetapi tidak pada pelaksanaan.

• Mengulangi program/aktiviti yang kurang strategik pada setiap tahun (more of the same)

• Kurang pemantauan kepada program yang dirancang, merupakan punca kegagalan PS.

• Pembinaan perancangan strategik tidak melibatkan seluruh warga sekolah dan tidak dihayati.

• Program/aktiviti yang tidak disesuaikan dengan keperluan organisasi masing-masing.

OBJEKTIF CERAMAH

Pada akhir sesi ceramah ini adalah diharapkan tuan/puan dapat:

Menerangkan konsep perancangan strategik dan kepentingannya dalam pengurusan kurikulum/kokurikulum dll

Membina pelan perancangan strategik

Melaksanakan perancangan strategikMenilai dan membuat penambahbaikan

perancangan strategik

KANDUNGAN CERAMAH

Konsep Perancangan Strategik Kepentingan PS dalam Organisasi

Pendidikan Proses Melaksanakan PS1. Membina Visi2. Membina Misi

Pembinaan Pelan Strategik

1. Mengenalpasti isu-isu Strategik (SWOT)

2. Menentukan matlamat strategik

3. Menetapkan indikator prestasi

4. Menentukan objektif

5. Membina pelan tindakan/pelan taktikal

6. Membina pelan operasional (operasi)

Pelaksanaan PSPenilaian terhadap Pelaksanaan PSPenyemakan semula dan

penambahbaikan

Konsep StrategikKebolehan dalam mengurus sesuatu dan

mempunyai hala tuju yang jelas (Kamus Dewan)

1980-an lebih popular dengan nama blue print atau perancangan lima tahun

Strategik merujuk kepada cara bagaimana organisasi ingin mencapai matlamatnya dalam jangka masa tertentu

Perbezaan antara Pengurusan Strategik dan Perancangan Strategik

Pengurusan Strategik

• Boleh dianggap sebagai ‘otak’

• Mengandungi tiga elemen: formulasi, implementasi dan penilaian

• Formulasi: proses pembinaan wawasan

• hingga ke peringkat pembinaan pelan tindakan

• Peranan pengurus dan pemimpin amat penting di peringkat ini

• Implementasi: peringkat pelaksanaan tindakan yang dirancang untuk memastikan wawasan tercapai

• Penilaian: dilaksanakan di peringkat akhir untuk menentukan pencapaian wawasan

PERANCANGAN STRATEGIK

• Tulang belakang kepada pengurusan

• Merupakan suatu proses merancang hala tuju organisasi yang akan menjadi

panduan kepada semua warganya

• Tempoh masa antara tiga hingga lima tahun merupakan jangka masa yang sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan

• Perlu melihat empat soalan seperti berikut:

1. Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi?

2. Bagaimana hasrat/harapan tersebut boleh dicapai?

3. Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?

4. Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?

• Perancangan strategik perlu melibatkan

melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju akan mewujudkan rasa kesepunyaan di kalangan warga organisasi

• Setelah perancangan strategik berjaya dilaksanakan maka proses pembudayaan perlu dilakukan supaya ia menjadi amalan setiap warga organisasi berkenaan

• Pengurusan strategik: mengandungi enam elemen iaitu: 1.wawasan/visi 2. misi 3. matlamat strategik organisasi 4. objektif khusus organisasi 5. pelan tindakan dan pelan operasi serta 6. penilaian

MEMBINA VISI

Visi yang baik mesti menjawab soalan-soalan berikut:

1. APA: apa yang ingin dicapai oleh organisasi berkenaan dalam satu tempoh masa tertentu

2. UNTUK SIAPA: menentukan siapa yang

bakal menerima kesan daripada wawasan/visi yang dipilih contohnya warga sekolah.

3. BILA: menentukan tarikh sesuai untuk mencapai visi tersebut.

Contoh Visi yang baik: SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’

RAJA MELANA MENJADI CONTOH DI DAERAH SEREMBAN PADA 2010

• Visi ini penting dibudayakan supaya semua warga sekolah dapat menjiwainya dan perubahan akan sukar berlaku khususnya oleh pengurusan baru.

MEMBINA MISI

• Misi adalah cara-cara organisasi berkenaan akan lakukan untuk mencapai

visinya iaitu dengan menggunakan persoalan ‘bagaimana’.

Contohnya:

“Bagaimana Sekolah Kebangsaan Dato’ Raja Melana boleh menjadi sekolah contoh di daerah Seremban?”

Cara-caranya ialah:

1.Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.

2. Melibatkan semua murid dalam aktiviti kokurikulum.

3. Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh murid.

• Jelas ketiga-tiga misi menjelaskan fungsi kewujudan sekolah berkenaan.

• Menyediakan satu arah yang jelas tentang keadaan masa kini dan apa yang diidamkan/dicapai pada masa hadapan.

• Misi perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas dan tidak melebihi 25 patah perkataan.

MATLAMAT STRATEGIK ORGANISASI

• Merupakan pelan tindakan/langkah-langkah jangka pendek yang dirancang untuk mencapai misi organisasi.

• Membina matlamat strategik yang baik menggunakan dua soalan iaitu:

1. Apa yang ingin dilakukan.

2. Bila tempoh masa melaksanakannya.

• Mesti mengambil kira analisis SWOT (strengths, weaknessess, opportunities & threats)/KLAP

Contoh: (perlu rujuk kepada misi yang telah dibina)

• MISI PERTAMA: Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang

Matlamat Strategik ialah:

1. Memastikan guru-guru mempunyai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

2. Memantau proses pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan ia berkualiti di sepanjang masa.

OBJEKTIF KHUSUS

• Merupakan langkah spesifik bagaimana hendak mencapai matlamat strategik.

• Menjawab persoalan ‘bagaimana’(how) untuk merealisasikan matlamat strategik.

• Memenuhi ciri-ciri SMART iaitu Specific (khusus), Measurable(boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (realistik) dan Timebound (tempoh masa).

Contoh: (perlu rujuk misi dan matlamat strategik)

Pada akhir Disember 2008, semua guru menghadiri kursus pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

PELAN TINDAKAN & PELAN OPERASI

• Merupakan langkah terakhir dalam perancangan strategik.

• Merupakan langkah atau tindakan yang dihuraikan secara terperinci dan dipantau untuk memastikan objektif khusus itu tercapai.

PENILAIAN

• Tujuan penilaian ialah untuk menentukan kejayaan setiap aktiviti yang dilaksanakan dan untuk kerja-kerja penambahbaikan supaya semua yang dirancang terlaksana sepenuhnya.

• Guna alat pengukur contoh: Carta Gantt

PENUTUP

Vision without action is merely a dreamAction without vision just passes the

time, BUTVision with action can change the

world

RUMUSAN

PERANCANGAN STRATEGIK:

• SWOT

• PELAN STRATEGIK

• PELAN TAKTIKAL

• PELAN OPERATIONAL

SEKIAN DAN TERIMA KASIH KERANA MENDENGAR