View
148
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
Profesional
Citation preview
`PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG PROGRAM `PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan mempunyai empat sub bidang yang diberi tumpuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar.
Untuk meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kualiti sekolah secara menyeluruh, semua sekolah telah diberikan kedudukan melalui proses
penyenaraian dan diberikan ranking.Sejumlah sekolah dalam kategori berprestasi rendah telah diberikan sokongan dan dorongan untuk menambahbaikkan
aspek kekurangan. Guru dan pemimpin sekolah diberikan latihan peningkatan profesionalisme oleh bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia,
seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Aminudin Baki (IAB).
Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik
sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara
pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk
menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan
penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan
oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan
pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin
mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.
2.0 MATLAMAT
Modul ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada nilai tambah untuk meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.
3.0 OBJEKTIF KURSUS PLC
3.1 Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan NKRA.3.2 Menzahirkan komitmen KPM menjayakan NKRA melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh yang bersepadu.3.3 Meningkatkan kualiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru.3.4 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.3.5 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.3.6 Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran
yang lain – coaching partnership3.7 Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.3.8 Mempopularkan dan membudaya PLC sebagai strategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia
4.0 OBJEKTIF MODUL
4.1 Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana kursus.4.2 Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah masing-
masing.4.3 setiap tajuk kursus disediakan dengan aktiviti hands-on untuk memudahkan peserta kursus menjalankan in-house training di sekolah selepas kursus nanti.
5.0 SOALAN-SOALAN LAZIM
5.1 APAKAH PLC?
PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi
utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita
besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited danbekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour,
Eaker, & Many, 2006, )
5.2 BAGAIMANA PEMANTAUAN PLC DIJALANKAN?
Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice)
Belajar Secara Berjalan(Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi(Peer Coaching/Instructional Coaches)
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle).
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Sesi Perkongsian Guru(Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.
Pemantauan dan Bimbingan pelaksanaan aktiviti PLC akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pegawai PPD masing-masing dengan pelbagai
pendekatan termasuk secara “outsite in” dan “insite out”. Semua dapatan aktiviti akan dilaporkan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri
untuk makluman dan tindakan lanjut
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
1.0 Topik : PEER COACHING
2.0 OBJEKTIF:
Pada akhir sesi, peserta dapat:
1. Memahami tiga proses (pre-conference, observation dan post-conference ) dalam ‘Model Lesson’.
2. Mengenalpasti peranan ‘coach’ dalam melaksanakan ‘Model Lesson’.
Masa Kandungan Strategi Bahan
8.30 –9.30 pagi Konsep Peer Coaching
Video
RefleksiVideo
PC1: Nota video
Protokol ‘Model Lesson’
Mini syarahan
DemonstrasiSlaid PP
PC2: Protokol
Kesimpulan slot Ticket to leave PC3: Ticket to
leave
9.30 –10.00 pagi Case study Aktiviti individu dan
kumpulan kecil
PC2: Protokol
Kesimpulan slot Place mat PC4: Place mat
10.00 - 10.30 pagi Contoh P&P ringkas Video pedagogi
Kesimpulan slot Final Countdown PC5: Final
Countdown
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
1.0 Topik : LESSON STUDY
2.0 OBJEKTIF:Pada akhir sesi peserta dapat :
1. Memahami kerangka konsep dan proses Lesson Study
2. Merancang dan melaksanakan satu kitaran Lesson Study
3. Membuat refleksi amalan Lesson Study sebagai satu strategi PLC di sekolah.
3.0 Kandungan kursus Pengenalan Lesson Study Latar belakang Lesson Study Perkembangan Lesson Study Kitaran dan Proses Lesson Study Manfaat/Faedah Lesson Study
Ciri-ciri LS sebagai satu strategi PLC1. Budaya Kolaborasi2. Amalan Reflektif
3. Inkuiri berterusan terhadap pengajaran 4. Pembangunan Profesional5. Sokongan dan tanggungjawab bersama6. Hubungan Rapat 7. Perkembangan profesional kendiri
Pengoperasian Bengkel LS1. Perbincangan gol Lesson Study2. Penyediaan Rancangan Mengajar3. Pelaksanaan Pengajaran di sekolah4. Refleksi pengajaran dalam Lesson Study5. Fokus terhadap pembelajaran pelajar
Strategi Pelaksanaan LS
1. Using Discussion Protocols2. Study Groups3. Peer Coaching4. Lesson Study5. Teacher Sharing Sessions6. Data Analysis
4.0 Kaedah Penyampaian Mini Lecture Video Lesson Study Bengkel Perbincangan Demonstrasi Pengajaran Refleksi
5.0 Rujukan
Baba, T. (2007). Japanese Education and Lesson Study: An Overview. In M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in
Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement. Singapore: World Scientific Publishing, 2-7.
Chokshi, S., & Fernandez, C. (2004). Challenges to importing Japanese lesson study: Concerns, misconceptions, and nuances. Phi Delta Kappan, 85(7), 520-
525.
Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to Improving Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum
Associates.
Isoda, M. (2007). A Brief History of Mathematics Lesson Study in Japan. In M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in
Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement. Singapore: World Scientific Publishing, 8-15.
Lewis, C. (2002). Does Lesson Study have a future in the United States. Nagoya Journal of Education and Human Development, (1), 1-23.
Lewis, C. (2005). How Do Teachers Learn During Lesson Study? In P. Wang-Iverson & M. Yoshida (Eds.),Building Our Understanding of Lesson
Study. Philadelphia: Research for Better Schools, 77-84.
Shimahara, N.K. (1998). The Japanese model of professional development: Teaching as craft. Teaching & Teacher Education, 14(5), 451-462.
Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom. NewYork: The Free
Press.
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
1.0 Topik : LEARNING WALK
2.0 OBJEKTIF:Pada akhir sesi peserta dapat :
1. memahami konsep PLC menerusi ‘Learning Walks’2. merancang untuk melaksanakan ‘Learning Walks’ di sekolah
3.0 Kandungan kursus dan kaedah penyampaian
1. Pengenalan kepada konsep ‘Learning Walks’1.1 Mini Lecture1.2 Soal-Jawab dan Perbincangan2. Kaedah penggunaan ‘Learning Walks Tool Kit’2.1 Kaedah TunjukCara2.2 Aktiviti Hands-on
3. Perancangan bagi pelaksanaan ‘Learning Walks’ di sekolah
3.1 Penyediaan Pelan Tindakan / Carta Gantt4. Refleksi4.1 Borang Soal-selidik5. Perbincangan
4.0 Rujukan
knoxnetwork.wikispaces.com/file/view/Learning+Walks.pdftsssa.server288.com/wp.../McCuneLearningWalksPresentation11.ppt
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
1.0 Topik : Sharing Sssion
2.0 OBJEKTIF:Pada akhir sesi peserta dapat :
1. Menyatakan pelbagai strategi-strategi perkongsian guru2. Menyatakan faedah-faedah perkongsian guru
Tempoh
Kandungan Pengajaran
Aktiviti P & P Bahan Pengajaran
30 min Konsepsharing sessions
Pillow Talk Peserta dibahagikan
kepada beberapa kumpulan
BantalKertas Simulasi (Tool Kit: SS1)Anda diminta berkongsi SATU pengalaman
kecil (5 orang per kumpulan)
Sebiji bantal akan diletak di tengah dan peserta diminta mengambil bantal tersebut apabila telah bersedia berkongsi pengalaman dengan ahli kumpulan satu pengalaman mereka sebagai seorang guru.
Refleksi sesi Pillow Talk Fasilitator merumuskan
aktiviti dengan mengaitan konsep sharing sessions(perkongsian guru) dalam sesi refleksi slot Pillow Talk
Fasilitator memperjelaskan Konsepsharing session
sebagai seorang guru dengan ahli kumpulan anda.(5 min/seorang)
25 min Jenis-jenis strategisharing sessionsyang digunakan guru di sekolah
Reflect and Jot-it-down Fasilitator menerangkan
jenis strategi sharingsessions yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah bagi tujuan peningkatan profesionalisme keguruan diri peserta
Fasilitator meminta peserta mencatat aspek yang menarik dari slotpillow talk dalam journal entry masing-masing
Kertas A4Buku Catatan peserta
Tempoh
Kandungan Pengajaran
Aktiviti P & P Bahan Pengajaran
25 min Jenis-jenis Gallery Walk Kertas Mahjong
strategisharing sessionsyang digunakan guru di sekolah
Peserta diminta berbincang jenis startegisharing sessions yang boleh dilakukan di tempat mereka bertugas
Peserta menghasilkan nota/catatan bagi tujuangallery walk dalam kertas mah-jong
Peserta akan memilih seorang peserta dari kumpulan maisng-masing bagi tujuan penerangan semasa slot gallery walkdilaksanakan .
Refleksi sesi Gallery Walk Fasilitator berbincang
secara terbuka hasil dari sesi gallery walk yang dijalaknkan di sekolah.
Pen Marker
20 min Konsep sharing session yang boleh dilakukan oleh guru
Jenis-jenis sharing sessions sebagai amalan guru
Mini Lecturette
Fasilitator menayangkan clip video Montview dan meminta peserat mencatat aspek sharing session yang terdapat di dalam klip video tersebut.
Fasilitator menerangkan konsep sharing session(perkongsian guru) menggunakan Power-Point
Perkongsian guru juga akan dilakukan bagi merealisasikan konsep ini
Powerpoint Presentation (Tool Kit SS2)Video ( Montview Elementary School)Video Notes (Tool Kit: SS3)
kepada peserta
20 min Faedah-faedah perkongsian guru
Rumusan konsep perkongsian guru
Penggulungan SesiRefleksi http://choo.fis.utoronto.ca/FIS/ResPub/ETRD/
KM4T.pdf
http://www.educationworld.com/a_admin/admin/admin459.shtml
KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
1.0 Topik : COACHING AND MENTORING
2.0 OBJEKTIF:Pada akhir sesi peserta dapat :
1. memahami konsep PLC menerusi ‘Coaching dan Mentoring’
3.0 Kandungan kursus
1. Pengenalan kepada konsep ‘Coaching and Mentoring’1.1 Mini Lecture1.2 Soal-Jawab dan Perbincangan2. Perbincangan dan perkongsian berkaitan peranan coach dan mentor melalui Case Study: Ms Nancy.3. Penutup3.1 Apa yang tidak patut dibuat seorang mentor( Video: What not to do in mentoring).
4.0 Rujukan
1. Praxis Paper 14: Mentoring and Coaching Copy-editedAS.doc in
www.intrac.org/data/files/resources/371/Praxis-Paper-14-Coaching-and-Mentoring-for-Leadership-Development.pdf
2. P.Lord, M.Atkinson & H. Mitchell (2008) Mentoring and Coaching for Professionals. National Foundation for Educational Research. Northern Office in
http://www.nfer.ac.uk/nfer/publications/MCM01/MCM01.pdf
3. New Teacher Induction Program(2006) Ministry of Education, Ontarion,inhttp://www.edu.gov.on.ca/eng/teacher/mentorTraining.pdf
Professional Learning Community (PLC) - Satu Sudut Pandangan
Teringat saya suatu waktu dahulu ketika di alam pembelajaran di sekolah menengah apabila guru mengajukan soalan tentang definisi beberapa perkataan, misalnya apakah yang dimaksudkan dengan equilibrium? Dengan pantas pelajar akan menjawab "Keseimbangan Cikgu!". Kalau begitu apakah yang dimaksudkan dengan Professional Learning Community pula? Ada tak pembaca yang akan menjawab Komuniti Pembelajaran Profesional? Pandai....
Sememangnya menjadi amalan sebahagian kita secara spontan akan memberikan terjemahan sesuatu istilah yang dianjurkan kepada kita dalam Bahasa Inggeris. Nah. diisnilah peranan kita sebagai pendidik untuk menukarkan paradigma ini kepada anak-anak didik kita supaya mereka tidak melakukan apa yang sebahagian daripada kita sering lakukan. Jika semua guru dapat menegur murid atau pelajarnya tentang fenomena salah ini, bolehkah kita katakan sudah wujud satu komuniti pembelajaran profesional?
Apakah Professional Learning Community?Dalam dunia pendidikan istilah komuniti pembelajaran telah digunakan dalam pelbagai situasi. Ia dikatakan sebagai membawa amalan-amalan di dalam kelas ke dalam komuniti. Ia juga dikatakan sebagai mempelawa personaliti dari luar sekolah ke dalam sekolah untuk mengukuhkan kurikulum dan pembelajaran murid. Hal ini sedang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran menerusi program barunya Teach For Malaysia (TFM). Ia juga bermaksud penglibatan murid, guru, dan pentadbir sekolah di dalam pembelajaran.
Astuto dan rakan-rakan (1993) menyatakan terdapat tiga komuniti yang saling berkait iaitu (1) komuniti profesional pendidik, (2) komuniti pembelajaran guru dan murid, dan (3) pihak-pihak yang berkepentingan dalam komuniti (atau PIBG). Astuto dan rakan-rakan menyimpulkan komuniti pembelajaran profesonal sebagai usaha berterusan guru-guru dan pentadbir sekolah berkongsi pembelajaran untuk kebaikan dan kemajuan sekolah.
Untuk lebih mudah memahami komuniti pembelajaran profesional ini, para pembaca bolehlah merujuk buku-buku berikut:1. Leading Professional Learning Communities: Voices from Research and Practice oleh Shirley M. Hord dan William A. Sommers (2007)
2. Revisiting Professional Learning Communities at Work: New Insights for Improving Schools oleh Richard DuFour, Robert Eaker dan Rebecca DuFour (2008), dan
3. Learning by Doing: A Handbook for Professional Communities at Work oleh Richard DuFour, Robert Eaker, Rebecca DuFour dan Thomas Many (2010)
Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)1. Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah sistem pendidikan mereka bagi
memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar.
2. Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita tentang
cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem
pendidikan sesebuah sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan banyak
masalah.
3. Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak membantu dalam peningkatan prestasi
sesebuah sekolah.
4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain dan ditambah dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya
akan mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk lama.
5. Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun kesannya hanya sedikit sahaja perubahan
yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama.
6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah sekolah menjadi lebih baik?
7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat sedangkan sesebuah organisasi pendidkan mengambil masa
yang begitu lama untuk memahami kehendak-kehendak reformasi dan bertindak balas.
8. Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'.
9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti
(capacity building) dalam institusi pendidikan.
10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu pendekatan konsep pembangunan yang memberi tumpuan
kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan
mereka dan pada masa yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat diukur bagi
menghasilkan keputusan yang mampan.
11. Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan.
12. Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja bersama-sama untuk membangunkan
amalan pengajaran yang berkesan.
13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme
mereka sendiri.
14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar terhadap bidang pengajaran mereka.
15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan
guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar ,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari.
16. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara
berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka.
17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa
kepercayaan dan nilai-nilai teras asas.
18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan
mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama
ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya.
19. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang
melakukan kerja-kerja keilmuan.
20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga
menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka
menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.
21. Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar.
22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina
kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.
23. Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai
dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama.
24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah.
25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru
menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
26. Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam
peningkatan prestasi pelajar.
27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan
pengajarannya.
28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar.
29. Di sini dicadangkan langkah - langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi sekolah.
a. Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan. Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu
perbincangan. Pada tahap ini juga dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini berlangsung
selama lebih kurang 3 minit.
b. Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada tahap
ini, peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas perbncangan, fasilitator
akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit.
c. Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan
cadangan masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan selanjutnya. Sesi ini mengambil
masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.
d. Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap semua idea atau pendapat yang diberikan
semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai. Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan
ditumpukan pula kepada agihan tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan tarikh
perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan 10 minit.
e. Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau
Pegawai Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut.
30. Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran
profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan.
31. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan
terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya.
32. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu
menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
Recommended