View
9
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP)
Kandungan
11
04
06
07
09
Apakah Program Latihan Industri Berstruktur?
Manfaat
Syarat-syarat Kelayakan
Soalan-soalan Lazim
Bagaimana Untuk Sertai Program Latihan Industri Berstruktur
Mengenai TalentCorp
03
Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP) dirangka untuk menyediakan mahasiswa dan para belia Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan pengalaman kerja yang sebenar melalui latihan amali yang berkualiti.
Melalui SIP, syarikat akan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membangunkan dan menyediakan bakat dengan kemahiran yang tepat bagi memastikan mereka menamatkan pengajian dengan kemahiran yang relevan dengan industri.
03Apakah Program Latihan Industri Berstruktur?
Apakah Program Latihan Industri Berstruktur?
Menceburi industri atau syarikat pilihan sebelum memulakan kerjaya
Berpeluang menimba pengalaman dalam alam pekerjaan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari
Memperoleh senarai kemahiran yang diperlukan oleh industri
Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran untuk dipertimbangkan sebagai calon pekerja
Bagi Pelatih
Manfaat
04 Manfaat
Meningkatkan kredibiliti organisasi melalui program latihan amali
Manfaat
Bagi Syarikat
Insentif potongan cukai berganda bagi elaun bulanan pelatih serta lain-lain kos yang berkaitan
Mengukuhkan hubungan yang lebih erat bersama pihak universiti
05Manfaat
Syarat-syarat Kelayakan
01Menawarkan latihan amali sekurang-kurangnya selama 10 minggu02Memastikan latihan amali adalah relevan03
Bagi syarikat
Menyediakan elaun bulanan sebanyak RM500 atau lebih
Menetapkan dengan jelas hasil pembelajaran04
Organisasi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut untuk layak menyertai program:
01Sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas
02Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester akhir mana-mana kursus Ijazah, Diploma atau Tahap 3 dan ke atas di bawah program TVET
03
Bagi Pelatih
Warganegara Malaysia
Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
06 Syarat-syarat Kelayakan
Bagaimana pelajar boleh memohon latihan amali dengan syarikat yang berdaftar di bawah Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP)? Pelajar boleh merujuk kepada senarai syarikat yang diiktiraf SIP di www.sip.talentcorp.com.my dan memohon terus kepada bahagian sumber manusia syarikat tersebut.
Soalan-soalan Lazim
07Soalan-soalan Lazim
Bagi Pelajar
Bagi syarikat
Bila dan bagaimanakah syarikat boleh mula memohon?Syarikat boleh mula memohon bila-bila masa melalui laman sesawang kami di www.sip.talentcorp.com.my Apakah yang perlu dikemukakan oleh syarikat dalam permohonan mereka melalui portal SIP?Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen versi pdf berikut: i. Hasil carian profil syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau Borang 5 bagi Audit Firmaii. Huraian terperinci mengenai rangka kerja program
latihan amali yang dicadangkan oleh organisasi.
*Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sip.talentcorp.com.my
Bolehkah syarikat mengambil pelajar Malaysia di luar negara? Adakah mereka masih layak untuk insentif cukai berganda?Tidak. Permohonon ini hanya sah kepada pelajar warga Malaysia yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia sahaja termasuk institusi TVET.
Bolehkah syarikat memohon insentif jika ia tidak mempunyai program latihan amali? Tidak. Syarikat mesti mempunyai program latihan amali yang disahkan oleh TalentCorp untuk layak menerima insentif cukai.
Bagaimana syarikat boleh menuntut potongan cukai berganda?Tuntutan potongan cukai berganda perlu diserahkan oleh Bahagian Kewangan Syarikat dan difailkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). TalentCorp hanya menyelaras proses pengesahan untuk majikan.
08 Soalan-soalan Lazim
Bagaimana Untuk Menyertai SIP
Semak senarai SIP yang diiktiraf melalui www.sip.talentcorp.com.my
Memohon terus kepada bahagian sumber manusia syarikat yang dipilih
Sekiranya pelajar menerima penempatan untuk latihan amali dengan syarikat yang tidak mengambil bahagian dalam SIP tetapi menawarkan elaun minimum sebanyak RM500 sebulan dan tempoh latihan minimum selama 10 minggu, pelajar boleh meminta syarikat tersebut berdaftar dengan TalentCorp bagi menikmati manfaat yang ditawarkan.
Tunggu jawapan daripada bahagian sumber manusia syarikat
Pelatih perlu:
09Bagaimana Untuk Menyertai SIP
Bagaimana untuk menyertai SIP
Mendaftar akaun melalui www.sip.talentcorp.com.my
Semak kelulusan pendaftaran akaun baharu dalam tempoh 14 hari bekerja
Semak kelulusan permohonan dalam masa 14 hari bekerja
Setelah menerima kelulusan, muat naiklaporan SSM syarikat/Borang 5 bersama-sama rangka kerja latihan amali dan kemukakan permohonan anda melalui portal SIP
Syarikat perlu:
10 Bagaimana untuk menyertai SIP
TalentCorp akan menyediakan Surat Pengesahan (LOE) setelah menerima dokumen sokongan
Maklumkan kepada TalentCorp bilangan pelatih yang diambil dan kemukakan dokumen sokongan sebelum bulan Disember
Apabila permohonan anda telah diluluskan, anda boleh mengambil pelatih
11Mengenai TalentCorp
Mengenai TalentCorp
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memacu strategi modal insan Malaysia ke arah menjadi hab modal insan yang dinamik.
Untuk mencapai matlamat ini, kami secara aktif berusaha untuk melaksanakan inisiatif untuk menarik, memupuk dan mengekalkan kepakaran yang tepat sebagaimana diperlukan bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja pada hari ini dan masa akan datang.
Program kami yang dipacu oleh pasaran (market-driven) bertumpu kepada penyediaan bekalan modal insan Malaysia, memudahcara mobiliti dan menghubungkan bakat dengan peluang kerjaya, serta intervensi dasar-dasar di tempat kerja melalui kepelbagaian kumpulan modal insan Malaysia.
Hubungi Kami
Adakah syarikat anda mempunyai program latihan industri? Hubungi kami hari ini dan ketahui bagaimana anda boleh meraih manfaat daripada Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP).
Talent Corporation Malaysia Berhad (919577-H)
Level 6, Surian Tower1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling JayaSelangor, MalaysiaT +603 7839 7000 F +603 7839 7001E info@talentcorp.com.my W talentcorp.com.my
TalentCorpMsia
TalentCorpMsia Talent Corporation Malaysia Berhad
TalentCorpMsia
©2019 Talent Corporation Malaysia Berhad (“TalentCorp”). Hak milik terpelihara. Maklumat yang terkandung dalam buku kecil ini merupakan ringkasan sahaja dan mungkin tidak lengkap kerana ia hanya bertujuan untuk maklumat umum sahaja. Oleh itu, sebarang kebergantungan terhadap maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri. TalentCorp, atau mana-mana kakitangannya, tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerosakan khas, langsung, tidak langsung, berbangkit, atau sampingan yang timbul atau berkaitan dengan penggunaan maklumat dan kandungan buku kecil ini.
Recommended