View
218
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP)
PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI
KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
MCMC-OSC/V1/2019
1
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 SKOP
3.0 TANGGUNGJAWAB PEMOHON (PEMAJU / SUBMITTING PERSON – SP)
4.0 TANGGUNGJAWAB MCMC
5.0 PROSES PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)
6.0 PEMATUHAN CCC DAN PERBEKALAN PERKHIDMATAN
7.0 PERUNTUKAN ORANG YANG BERKELAYAKAN
8.0 UNIT TEKNIKAL DI PEJABAT WILAYAH / PEJABAT CAWANGAN NEGERI
9.0 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK TALIAN TETAP
Lampiran 1 : Senarai Semak Dokumen Mendapatkan Data Teknikal MCMC
Lampiran 1b : Borang Permohonan Data Teknikal MCMC
Lampiran 2 : Senarai Semak Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap
Lampiran 3 : Surat Perakuan Orang Yang Mengemukakan Kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC)
Lampiran 4 : Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi
Talian Tetap
Singkatan:
Kebenaran Merancang (KM)
Licensed Network Facilities Provider/Pemberi Kemudahan Rangkaian Berlesen (NFP)
One Stop Centre / Unit Pusat Setempat (OSC)
Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Submitting Person (SP)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
2
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
1.0 PENGENALAN
1.1 Prosedur ini adalah merupakan tatacara bagi MCMC memberi ulasan dan khidmat nasihat
ke atas sesuatu permohonan pemajuan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) atau Unit Pusat Setempat (OSC) selaras dengan polisi dan garis
panduan teknikal MCMC.
1.2 Prosedur ini juga dijadikan rujukan oleh Submitting Person (SP) dalam menyediakan
permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi infrastruktur komunikasi.
1.3 SOP ini adalah mengikut acuan Model OSC 3 Plus yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan
Tempatan (JKT).
2.0 SKOP
2.1 Permohonan pemajuan yang terlibat di dalam prosedur ini adalah di Peringkat
Mendapatkan Data Teknikal dan Kebenaran Merancang (KM), bagi permohonan yang
melibatkan pemasangan infrastruktur komunikasi selaras dengan Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984).
2.2 Pemasangan infrastruktur komunikasi adalah berdasarkan standard teknikal yang
berdaftar dengan MCMC, merangkumi:
2.2.1 Pendawaian dalaman; dan
2.2.2 Penyediaan infrastruktur sivil asas dalam dan luar bangunan (sesalur dan lurang).
Oleh yang demikian, Pemohon (Pemaju / Submitting Person – SP) perlu memastikan
keperluan infrastruktur komunikasi diambil kira di peringkat perancangan sebelum kerja-
kerja pembinaan dimulakan.
2.3 Jenis permohonan pemajuan yang diulas oleh MCMC adalah terhad kepada keperluan
infrastruktur komunikasi sahaja. Permohonan KM yang tidak melibatkan kemudahan
komunikasi tidak perlu mendapat ulasan MCMC.
2.4 Permohonan yang TIDAK PERLU DIRUJUK kepada MCMC antaranya adalah seperti
berikut:
2.4.1 rumah burung walit;
2.4.2 pembinaan gudang terbuka;
2.4.3 pengubahsuaian bangunan sedia ada;
2.4.4 KM bagi bangunan sementara yang tidak memerlukan kemudahan komunikasi
(rumah pekerja/galeri jualan/pameran/bangsal/ bangunan sesebuah sementara);
2.4.5 infrastruktur jalan raya seperti jejantas, dll;
3
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
2.4.6 lain-lain infrastruktur yang tidak berkaitan seperti paip gas, paip air, kerja-kerja
korekan jalan, dll; dan
2.4.7 permohonan berkaitan hal-hal tanah.
4
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
3.0 TANGGUNGJAWAB PEMOHON (PEMAJU / SUBMITTING PERSON – SP)
3.1 Pemohon bertanggungjawab dalam memastikan segala keperluan aspek teknikal dalam
penyediaan infrastruktur komunikasi diambil kira semasa peringkat penyediaan pelan
permohonan kepada OSC.
3.2 Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal
3.2.1 Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan data teknikal secara dalam talian kepada MCMC iaitu melalui emel sahaja bagi tujuan memudahcara dan menjimatkan masa.
3.2.2 Pemohon perlu menyediakan informasi koordinat lokasi bersama sempadan tapak cadangan pembangunan.
3.2.3 Pemohon perlu mengemukakan Borang DTMCMC01/2019 kepada MCMC untuk
tujuan ini. Borang DTMCMC01/2019 adalah seperti di Lampiran 1b.
3.2.4 Permohonan ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Wilayah / Negeri MCMC
dan perlu memastikan agar semua maklumat yang dikemukakan kepada MCMC
adalah lengkap.
3.2.5 MCMC akan mengemukakan maklum balas berkaitan ‘tapping point’ yang
terdekat dengan kawasan pemajuan berserta dengan maklumat pemiliknya
(Pemberi Kemudahan Rangkaian Berlesen - NFP) dalam tempoh 14 hari.
3.2.6 Pemohon menggunakan maklumat ‘tapping point’ yang diberikan untuk tujuan
rekabentuk keperluan infrastruktur komunikasi di dalam kawasan pemajuan
sebelum dikemukakan kepada OSC untuk kelulusan pelan. Pemohon perlu
mengesahkan ketersediaan ‘tapping point’ dengan NFP tersebut.
3.2.7 Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal boleh dikecualikan sekiranya
pemohon telah melantik NFP sebagai rakan strategik.
3.2.8 Bagi permohonan yang mempunyai bangunan berketinggian melebihi 15 meter,
pemohon perlulah mengemukakan Salinan Pengesahan Penerimaan ‘Surat
Pemakluman’ yang dihantar kepada NFP. Surat pemakluman pembangunan
perlulah mengandungi:
Bilangan Tingkat
Ketinggian Bangunan
Koordinat rujukan bucu bangunan untuk setiap blok bangunan Nota: Pemakluman ini adalah bagi tujuan memaklumkan kepada NFP akan risiko
terdapat halangan gelombang mikro sedia ada disebabkan oleh pembangunan
yang akan dilaksanakan. Sekiranya terdapat halangan gelombang mikro,
pemohon hendaklah menyelesaikan halangan tersebut secara perundingan
dengan NFP.
5
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
3.3 Proses Kelulusan Pelan di bawah Kebenaran Merancang (KM)
3.3.1 Pemohon perlu menyediakan Pelan Susunatur Cadangan Infrastruktur
Komunikasi yang disahkan oleh Perunding Profesional/Jurutera Bertauliah
(Mechanical and Electrical-M&E).
3.3.2 Pelan tersebut hendaklah menunjukkan lokasi cadangan infrastruktur komunikasi
luaran termasuk kabinet, lurang, kotak agihan (distribution point-DP), laluan
sesalur, bilik telekomunikasi (jika perlu) dan lain-lain struktur binaan atas tanah
berkaitan komunikasi.
3.4 Segala keperluan permohonan pemajuan KM bagi penyediaan infrastruktur komunikasi
mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal
berikut:
3.4.1 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) 3.4.2 Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure
In New Development Areas 3.4.3 Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network
Infrastructure (Part 1) 3.4.4 Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC
MTSFB TC G007:2016) First Revision 3.4.5 Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network
Facility (MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision. Senarai Semak Kebenaran Merancang Bagi Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap
adalah seperti di Lampiran 2.
4.0 TANGGUNGJAWAB MCMC
4.1 MCMC selaku Agensi Teknikal Luaran memproses permohonan melalui semakan
pematuhan dan perlu mengeluarkan ulasan teknikal sebagai input bagi Jabatan
Perancang PBT yang mengeluarkan perakuan.
4.2 Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal
4.2.1 Pegawai MCMC Pejabat Wilayah/Negeri menerima Borang DTMCMC01/2019
dan info koordinat lokasi bersama sempadan tapak cadangan pembangunan
daripada pemohon.
4.2.2 Pegawai MCMC memeriksa lokasi ‘tapping point’ / ‘manhole’ terdekat milik NFP
melalui sistem MCMC.
4.2.3 Pemohon akan diberi maklumat lokasi koordinat ‘tapping point’ NFP (manhole/
cabinet) yang terdekat dengan kawasan pemajuan dan senarai NFP.
4.2.4 Maklum balas MCMC adalah dalam masa 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan
Borang DTMCMC01/2019.
6
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
4.3 Proses Kelulusan Pelan (KM)
4.3.1 MCMC menerima permohonan daripada OSC serta menyemak pematuhan
penyediaan dan keperluan infrastruktur komunikasi telah dipenuhi dengan
merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan.
4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan ulasan dan pemohon
hendaklah mengemukakan semula permohonan melalui OSC.
4.3.3 MCMC akan memastikan supaya ulasan bagi setiap permohonan dijawab kepada
OSC dalam masa 14 hari kalendar.
4.4 Menerima notifikasi surat perakuan memulakan kerja binaan daripada perunding setelah
semua pelan-pelan utama diluluskan iaitu Surat Perakuan Perunding bagi kerja MCMC di
peringkat Pelan Bangunan (PB).
5.0 PROSES PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN CCC
5.1 Pada peringkat awal sebelum permohonan pemajuan dihantar ke OSC, pemohon
dikehendaki berurusan terlebih dahulu dengan NFP untuk mendapatkan pengesahan
pelan.
5.2 Borang G20 akan ditandatangani oleh Perunding Profesional/Jurutera Bertauliah
(Mechanical and Electrical-M&E) bersama-sama dengan Orang Yang Cekap yang dilantik
oleh pemaju setelah kerja-kerja infrastruktur siap dilaksanakan dan pengujian hujung-ke-
hujung berjaya dilakukan.
6.0 PEMATUHAN CCC DAN PERBEKALAN PERKHIDMATAN
6.1 CCC dikeluarkan di peringkat ready for connection. Ready for connection bermaksud
keperluan infrastruktur telah disediakan oleh pemaju dan penyambungan perkhidmatan
belum lagi dilakukan.
7.0 PERUNTUKAN ORANG YANG BERKELAYAKAN
7.1 Orang Yang Cekap haruslah diperakukan oleh Agensi Pemerakuan yang dilantik oleh
MCMC sepertimana Seksyen 186, Akta Komunikasi Multimedia 1998.
7.2 Para pemasang kabel, pelukis reka bentuk pelan kabel talian tetap haruslah diperakukan
oleh Kolej Multimedia dan harus menepati Jadual Kelima Peraturan Standard Teknik 2000
(Perakuan Borang G20 – Perakuan Berperingkat Komunikasi).
7.3 Pemaju boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan (Peraturan 37,
Peraturan Standard Teknik 2000) sekiranya melakukan kesalahan di bawah Peraturan-
Peraturan ini.
7
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
8.0 UNIT TEKNIKAL DI PEJABAT WILAYAH / PEJABAT CAWANGAN NEGERI
8.1 Pejabat Wilayah dan Negeri MCMC yang memproses pemajuan OSC adalah seperti
berikut:
Bil. Pejabat Wilayah Alamat No. Telefon
1 Pejabat Wilayah
Utara
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Bagan Luar
12000 Butterworth Pulau Pinang
Tel: +60 4 320 1000
2 Pejabat Wilayah
Utara Negeri
Kedah
Pejabat Negeri Kedah Aras 6, Wisma PKNK, Jalan Sultan
Badlishah, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman
Tel: +604 739 0500
Fax: +604 739 0600
3 Pejabat Wilayah
Utara Negeri
Perak
Level 12, Perak Techno-Trade Centre (PTTC) Bandar
Meru Raya, Jalan Jelapang 30020 Ipoh Perak Darul
Ridzuan
Tel: +60 5 501 4000
Fax: +60 5 526 1633
4 Pejabat Wilayah
Tengah
Malaysian Communications and Multimedia Commission
(MCMC) Central Regional Office, Off Persiaran
Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8688 7800
Fax: +603 8688 1001
5 Pejabat Wilayah
Timur
B8004 Tingkat 1, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek
25200 Kuantan Pahang Darul Makmur
Tel: +60 9 515 4800
Fax: +60 9 515 4900
6 Pejabat Wilayah
Timur Negeri
Kelantan
MCMC Pejabat Negeri Kelantan
PT400, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai 15100 Kota
Bharu Kelantan Darul Naim
Tel: +60 9 745 4800
Fax: +60 9 745 4900
7 Pejabat Wilayah
Timur Negeri
Terengganu
MCMC Pejabat Negeri Terengganu
PT 4023, Perkedaian Ladang Tok Pelam Jalan Sultan
Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu Terengganu
Tel: +609 628 5803
Fax: +609 628 5804
8 Pejabat Wilayah
Selatan
Suite 7A, Level 7, Menara Ansar, Jalan Trus 80000 Johor
Bahru Johor Darul Takzim
Tel: +60 7 208 7600
Fax: +60 7 208 7700
9 Pejabat Wilayah
Selatan Negeri
Melaka
No 26-3, Tingkat 3, Bangunan Kota Cemerlang, Hang
Tuah Jaya 75450 Lebuh Ayer Keroh Melaka
Tel: +60 6 235 9200
Fax: +60 6 235 9300
8
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
9.0 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK TALIAN TETAP
PEMOHON
MCMC terima dan proses permohonan data teknikal
(jika perlu)
PEMOHON
Proses 1: Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal
7 hari
OSC
MCMC terima permohonan daripada OSC.
MCMC semak permohonan dan sediakan ulasan teknikal
Ketua Pejabat Wilayah/Negeri MCMC semak dan
sahkan ulasan teknikal
OSC
7/14/30 hari (mengikut skala pembangunan)
Kecil/Sederhana/besar
Proses 2: Permohonan Kebenaran Merancang
9
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
LAMPIRAN
10
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Bil Dokumen Bilangan
Dokumen
1. i Borang Permohonan Mendapatkan Data Teknikal Komunikasi (DTMCMC01/2019) 1
Lampiran 1a
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
SENARAI SEMAK DOKUMEN MENDAPATKAN DATA TEKNIKAL
(Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal)
11
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
DTMCMC01/2019
Borang Permohonan Data Teknikal MCMC
PERMOHONAN MENDAPATKAN DATA TEKNIKAL MCMC
TAJUK PROJEK
NAMA PEMOHON / PEMILIK / PEMAJU
MAKLUMAT PERUNDING BERTAULIAH
NAMA
ALAMAT
NO. TEL DAN EMEL
INFORMASI KOORDINAT LOKASI CADANGAN PEMAJUAN
………………………………………………………………………… (Tanda Tangan Pegawai MCMC yang Memproses) Tarikh: Nota: Tempoh sah laku dalam masa 6 bulan
Lampiran 1b
12
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Bil Dokumen Bilangan
Dokumen
1. Surat Permohonan Rasmi kepada MCMC 1
2.
Pelan Susunatur Cadangan Infrastruktur Komunikasi yang disahkan
oleh Perunding Profesional/Jurutera Bertauliah (Mechanical and
Electrical-M&E).
Pelan tersebut hendaklah menunjukkan lokasi cadangan infrastruktur
komunikasi luaran termasuk kabinet, lurang, kotak agihan (distribution
point-DP), laluan sesalur, bilik telekomunikasi (jika perlu) dan lain-lain
struktur binaan atas tanah berkaitan komunikasi.
1
3.
Pengesahan penerimaan pemakluman daripada NFP bagi
pembangunan melebihi 15 meter.
1
Lampiran 2
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG
INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI TALIAN TETAP
13
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Tarikh :
Kepada: (Alamat Pejabat MCMC yang berkenaan)
..................................................................
..................................................................
..................................................................
Tuan / Puan
2. Dengan ini saya memperakui bahawa perincian di dalam pelan-pelan bangunan yang
dikemukakan kepada (PBT yang berkaitan) ...................................................................................................
bagi permohonan ...........................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
di atas Lot/lot-lot ....................................................... Mukim .......................................................................
adalah termasuk penyediaan prasarana asas sivil (dalaman dan luaran) dan pendawaian (dalaman) bagi
membolehkan perkhidmatan komunikasi talian tetap disediakan dan mematuhi keperluan-keperluan
MCMC iaitu:
i) Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New
Development Areas;
ii) Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure (Part
1);
iii) Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB TC
G007:2016) First Revision; dan
iv) Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility (MCMC
MTSFB TC G008:2016) First Revision.
3. Saya bersetuju untuk menerima tanggungjawab penuh dengan sewajarnya.
........................................................
Orang Yang Mengemukakan
Nota : Sesalinan borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang A dan Borang B,
Jadual Kedua UKBS, 1984
Lampiran 3
SURAT PERAKUAN ORANG YANG MENGEMUKAKAN KEPADA
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
Nama : ..............................................................
Alamat : ..............................................................
No. Pendaftaran Profesional : ..............................................................
14
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Lampiran 4a
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >
UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)
<ALAMAT PBT>
<No. Faks:>
Tuan/Puan,
<TAJUK PERMOHONAN>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meneliti permohonan dan kami tiada halangan bagi cadangan pembangunan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Pemberi Perkhidmatan yang dilantik.
3. Segala keperluan permohonan pemajuan Kebenaran Merancang bagi penyediaan infrastruktur
komunikasi mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal berikut:
i. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) ii. Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New
Development Areas iii. Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure
(Part 1) iv. Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB
TC G007:2016) First Revision v. Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility
(MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision. 4. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
<NAMA KETUA WILAYAH>
Pengarah
Pejabat Wilayah <xxx>
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tiada Halangan
15
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Lampiran 4b
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >
UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)
<ALAMAT PBT>
<No. Faks:>
Tuan/Puan,
<TAJUK PERMOHONAN>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meneliti permohonan dan kami tiada halangan dengan syarat <xxx>. 3. Segala keperluan permohonan pemajuan Kebenaran Merancang bagi penyediaan infrastruktur
komunikasi mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal berikut:
i. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) ii. Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New
Development Areas iii. Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure
(Part 1) iv. Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB
TC G007:2016) First Revision v. Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility
(MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision. 4. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
<NAMA KETUA WILAYAH>
Pengarah
Pejabat Wilayah <xxx>
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tiada Halangan Dengan Syarat
16
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Lampiran 4c
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >
UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)
<ALAMAT PBT>
<No. Faks:>
Tuan/Puan,
<TAJUK PERMOHONAN>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meneliti permohonan dan kami tidak menyokong atas sebab <xxx>.
5. Segala keperluan permohonan pemajuan Kebenaran Merancang bagi penyediaan infrastruktur komunikasi mestilah mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal berikut:
i. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) ii. Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New
Development Areas iii. Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure
(Part 1) iv. Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB
TC G007:2016) First Revision v. Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility
(MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision.
3. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
<NAMA KETUA WILAYAH>
Pengarah
Pejabat Wilayah <xxx>
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tidak Menyokong
17
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019
Lampiran 4d
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >
UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)
<ALAMAT PBT>
<No. Faks:>
Tuan/Puan,
<TAJUK PERMOHONAN>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti sedia maklum pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah merupakan salah satu agensi teknikal yang dirujuk bagi memberi ulasan kepada permohonan di peringkat kebenaran merancang untuk sesuatu pembangunan baru. 3. Untuk makluman, permohonan yang diterima tidak dapat diproses kerana tidak lengkap dan tidak mematuhi senarai semak dokumen MCMC seperti di Lampiran. Item yang tidak lengkap adalah seperti berikut:
i. <senarai semak yang tidak dilengkapi> 4. Mohon untuk pihak Tuan/Puan memastikan senarai semak tersebut dipatuhi oleh pihak pemaju untuk kami memberikan ulasan yang sewajarnya.
5. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
<NAMA KETUA WILAYAH>
Pengarah
Pejabat Wilayah <xxx>
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tidak Dapat Diproses
Recommended