View
9
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Hak cipta terpelihara 2019. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta.
Diterbitkan di Malaysia oleh:
PUSAT STRATEGI
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh:
UKM CETAK
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Jawatankuasa Pemikir & Pembangunan
Pelan Strategik UKM 2019-2021
Abdul Wahid Omar
Mohd Hamdi Abd Shukor
Mohd. Marzuki Mustafa
Mohd Ekhwan Toriman
Abdul Wahab Mohammad
Othman A. Karim
Imran Ho Abdullah
Nor Ghani Md Nor
Ishak Yussof
Urus setia
Saidi Ismail
Zaimi Makhtar
Nor Saribon Ramli
Firli Amin Ismail
Zanudin Md. Daud
Hanafiah Omar
Suriani Shuhatdi
Ahmad Syakir Saad
Muhammad Amirul Abdul Razak
Penyunting
Ishak Yussof
Mohd Zaidi Omar
Fariza Md Sham
Wan Zawiah Wan Zin
Pereka Grafik
Barudin Baharin
Mohd Zaidi Omar
Fariza Md Sham
Wan Zawiah Wan Zin
Razak Husin
Ina Yasin
Norini Mohamad
KANDUNGANPERUTUSAN• Menteri Pendidikan Malaysia, Pengerusi dan Naib Canselor UKM
PENGENALAN
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
TERAS 2 : AKADEMIK
TERAS 3 : ANTARABANGSA
TERAS 4 : BAKAT
TERAS 5 : KEWANGAN
BIBLIOGRAFI, PENGHARGAAN & SINGKATAN
1
4
8
15
24
31
38
46
……………………………………………………..…
……………………………………………..…………
…………………………………………………..……
………………………………………………..………
………………………………………………..………
……………………………………………..…………
……………………………………………………..…
PERUTUSAN
“Selari dengan visi kita iaitu untuk mengembalikan wibawa
universiti awam dan pengajian tinggi melalui peningkatan kualiti
dan penekanan nilai sebagai teras pendidikan, kita telah
menggariskan 4 hala tuju khusus bagi Universiti Awam dan
Pengajian Tinggi. Empat hala tuju tersebut ialah: (1) Kualiti, (2)
Autonomi, (3) Kolaborasi dan (4) Pengantarabangsaan.”
Sumber: Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019
YB Dr. Maszlee MalikMenteri Pendidikan Malaysia
“Untuk membolehkan kita mencapai wawasan untuk menjadi
universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya, adalah penting semua warga UKM menerapkan dan
mengamalkan nilai-nilai teras UKM, iaitu Keserakanan, Akauntabiliti,
Merit, Inovasi dan Integriti (KAMII).”
YBhg. Tan Sri Abdul Wahid OmarPengerusi UKM
“Tema pilihan bagi ucapan Bicara Perdana Naib Canselor ialah “Kualiti Teras
Kebitaraan Universiti.” Justeru perkara utama yang sangat sentral dan akan mendasari
hala tuju UKM adalah aspek kualiti. Saya penuh yakin, kita tidak akan tersilap
sekiranya kita mendokong elemen kualiti terutama dari sudut penyelidikan, akademik
dan pengantarabangsaan.
YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd ShukorNaib Canselor UKM
Faktor terpenting yang akan menjayakan hasrat ini tidak lain dan
tidak bukan, adalah warga UKM sendiri. Oleh yang demikian,
usaha pembangunan dan penyerlahan bakat, baik dari peringkat
pengurusan, ahli akademik, para pegawai, staf sokongan dan
para pelajar, akan diberikan tumpuan khusus.”
Sumber: Perutusan Naib Canselor UKM Mac 2019
1PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Falsafah
Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori
dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat
terpelajar dan pembangunan Universiti.
Visi
UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia.
Misi
Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu
beracuan budaya kebangsaan.
Nilai
Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti
2PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
NILAI UKM
3PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Sejak UKM ditubuhkan pada tahun 1970, perubahan landskap pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
telah banyak mencorak perkembangan UKM. Perubahan sosioekonomi, globalisasi dan kehendak pihak berkepentingan
serta berhadapan dengan era Revolusi Industri ke-4 (4IR) menuntut UKM melihat kembali hala tuju serta mengolah
strategi yang sesuai untuk terus menjadi universiti yang relevan dan terkehadapan.
UKM perlu peka, sentiasa mengikuti perubahan dan perkembangan semasa, dan menjangkakan perubahan yang akan
berlaku pada masa akan datang. Tindakan awal perlu direncanakan untuk menjadikan UKM sebagai pilihan utama
masyarakat tempatan dan global. Aspek inilah yang dituntut dalam visi penubuhan UKM yang bertekad menjadi
Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya dengan menjadikan inovasi sebagai
budaya dalam kalangan warganya. Bagi mencapai visi ini, warga UKM perlu melangkah sederap ke hadapan, seia dan
sekata.
PENGENALAN
4PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
UKM perlu mengimbau kembali sejarah penubuhannya agar strategi yang direncanakan tidak tersasar daripada matlamat
asal. UKM ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di
negara ini. Oleh itu, warga UKM perlu sentiasa memastikan semangat kebangsaan dan hasrat rakyat terus dihayati dan
diperjuangkan.
Hasrat UKM untuk menjadi sebuah universiti yang “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan” perlu diterjemahkan
melalui tindakan yang jelas untuk menghasilkan impak bermakna. Bersesuaian dengan hasrat ini, UKM menyusun lima
(5) Teras sebagai Pelan Strategik UKM 2019 - 2021.
5PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Pelan Strategik UKM 2019 - 2021 telah digubal dengan berasaskan pencapaian semasa UKM serta mengambil kira
sekitaran setempat dan global dengan pelbagai tuntutan dan realiti perubahan masyarakat. Sebelum Pelan Strategik UKM
digubal, beberapa pertemuan telah diadakan dengan staf akademik di fakulti dan institut, pengurusan dan profesional,
pelaksana serta pelajar. Tujuan pertemuan adalah untuk mendengar pandangan serta membincangkan isu-isu yang perlu
difokuskan serta diselesaikan. Setelah mendapat semua input hasil pertemuan tersebut, siri perbincangan bersama pihak
Pengurusan Tertinggi Universiti serta Pusat Strategi UKM diadakan bagi merangka draf awal Pelan Strategik UKM 2019-
2021. Setelah melalui siri perbincangan dalam merangka idea awal Pelan Strategik UKM, maka pada 10 April 2019 Pelan
Strategik UKM 2019-2021 telah dilancarkan secara rasminya dalam Program Bicara Perdana Naib Canselor UKM.
Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan House of Quality menggariskan lima (5) teras utama yang menjadi
paksi bagi melonjakkan lagi UKM di peringkat tempatan dan antarabangsa selaras dengan visi dan misi UKM yang
bertemakan “Kualiti Teras Kebitaraan Universiti.” Lima (5) teras tersebut ialah Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa,
Bakat dan Kewangan. Lima (5) teras ini pula mengandungi 18 strategi yang menjadi fokus bagi mencapai kebitaraan UKM
dengan beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti untuk kegemilangan UKM.
Pelan Strategik UKM 2019-2021 lahir daripada usaha berterusan pihak pengurusan tertinggi universiti dalam menetapkan
hala tujunya dalam tempoh tiga tahun ke hadapan. Pelan ini boleh dijadikan panduan oleh warga UKM dalam mencapai
matlamat kecemerlangan dalam kerangka Universiti Penyelidikan.
Jika diselusuri sejarah, UKM sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam menetapkan pelan strategik
dan hala tujunya dengan merujuk perubahan kepimpinan dan kesesuaian masa serta zamannya. Hal ini kerana UKM
yang bertekad untuk mendahului langkah masyarakat dan zamannya, pelan strategik sentiasa perlu disemak dari semasa
ke semasa. Pada tahun 2000, Pelan Strategik UKM 2000-2020 telah digubal dengan mengambil kira sekitaran setempat
dan global serta pelbagai tuntutan dan realiti alaf baharu. Semakan pertama Pelan Strategik UKM tersebut telah dilakukan
pada tahun 2006 dengan memberi tumpuan terhadap petunjuk prestasi bagi mencapai hasrat UKM menjadi Universiti
Penyelidikan seperti yang telah termaktub dalam Pelan Strategik Perspektif 2006-2010.
Pada tahun 2009, Pelan Transformasi UKM dilancarkan apabila UKM diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan di Malaysia.
Selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mengambil pendekatan berasaskan keberhasilan utama,
UKM telah melihat kembali dan mengolah strategi yang telah digubal sebelum ini dalam konteks bidang keberhasilan
yang utama bagi UKM.
Semasa sambutan penubuhan UKM pada tahun 2014, enam (6) Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM telah
diumumkan secara rasmi. Tiga (3) KRA yang pertama merupakan keberhasilan yang memberikan impak dan manfaat
kepada pihak berkepentingan seperti pelajar, sarjana, masyarakat, industri serta kerajaan. Tiga (3) KRA seterusnya
berkaitan dengan kecekapan pengoperasian, penjanaan serta infrastruktur yang akan menjadi pemangkin atau pemacu
yang menyokong pencapaian sasaran tiga (3) KRA yang pertama.
Pada bulan April 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi
negara. Pelan ini merupakan hasil kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta
kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM 2013-2025 bagi peringkat Prasekolah
hingga Pendidikan Lepas Menengah. PPPM (PT) merangkumi sepuluh (10) lonjakan yang memberikan penekanan pada
keberhasilan utama bidang pendidikan negara. Empat (4) lonjakan yang pertama ialah keberhasilan yang berkaitan
dengan kualiti graduan, kecemerlangan akademik, memperkasakan TVET dan meningkatkan pembelajaran sepanjang
hayat.
6PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Enam (6) lonjakan seterusnya memfokuskan kepada pemboleh atau pemangkin ekosistem pendidikan tinggi yang
melibatkan pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian.
Semua 10 lonjakan dalam PPPM (PT) telah dipetakan secara langsung kepada enam (6) KRA UKM. Bagi mencapai
sasaran yang ditetapkan, UKM telah merangka beberapa inisiatif KRA dan pelan tindakan untuk dilaksanakan oleh pusat
tanggungjawab (PTj) yang bersesuaian dengan PPPM (PT).
Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai pelbagai bidang, UKM telah
menggerakkan 18 inisiatif strategik yang melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai
TEKAD 18. Dengan mengambil kira perubahan semasa dan pucuk pimpinan pada tahun 2019, Pelan Strategik UKM
2014-2025 yang berasaskan enam (6) KRA telah disemak semula. Sehubungan dengan itu, Pelan strategik baharu yang
sesuai dengan situasi semasa dan fokus universiti, iaitu Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah dibangunkan.
Kronologi dan kesinambungan dalam merangka Pelan Strategik UKM jelas menunjukkan bahawa fungsi asas sebuah
Universiti Penyelidikan sentiasa didokong dan menjadi hala tuju utama. UKM sebagai institusi pendidikan tinggi yang
memiliki penyelidik dan staf akademik yang mantap serta sokongan ekosistem yang kondusif mampu melonjakkan UKM
ke arah universiti yang lebih cemerlang dan berkualiti. Dalam konteks ini, inisiatif dan tindakan daripada warga UKM,
selain yang tercatat dalam Pelan Strategik, sangat dialu-alukan dalam menjayakan usaha ini.
TERAS
PENYELIDIKAN
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Sebagai universiti penyelidikan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, UKM telah menetapkan penyelidikan
sebagai teras utama dalam Pelan Strategiknya. Bagi tujuan ini, sarjana UKM perlu memastikan ketekalan kualiti
penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan diiktiraf oleh penyelidik di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Tiga strategi utama digariskan ialah pemerkasaan penyelidikan berimpak dan terkehadapan, memberi
tumpuan dan galakan kepada para sarjana UKM untuk menerbit dalam penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi, dan
menyokong sarjana UKM dalam urusan penyeliaan pelajar pascasiswazah dengan peruntukan dana khas penyeliaan.
Dalam merealisasikan hasrat ini, sasaran ditumpukan kepada usaha untuk mendapatkan geran daripada industri dan
antarabangsa, di samping pemerolehan geran-geran penyelidikan yang lazim. Kualiti dan impak penyelidikan pula dapat
ditingkatkan dengan menggerakkan penyelidikan bersifat multidisiplin dan gegar gamat.
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak 1
9PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI
Dalam Teras Penyelidikan, UKM telah menetapkan tiga (3) strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan
berimpak.
TERAS 1 : PENYELIDIKANPenyelidikan Berkualiti dan Berimpak
STRATEGI 1 :Perkasa Penyelidikan Berimpak dan Terkehadapan 1
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Memfokuskan
kepada
permohonan
geran luar
bukan
konvensional
TNC
HEPI1. Menubuhkan Unit Geran Antarabangsa
di CRIM
2. Menambah baik garis panduan,
peraturan dan tatacara pengurusan
projek luar (Pekeliling CRIM Bil. 1/2019:
Garis Panduan Pengurusan Projek
Dana Luar)
3. Mendapatkan potongan cukai dua (2)
kali bagi geran industri (Pekeliling CRIM
Bil. 3/2019: Pengiktirafan CRIM sebagai
Institut Penyelidikan yang Diluluskan
mengikut Seksyen 34B Akta Cukai
Pendapatan 1967)
4. Membuat hebahan berkala mengenai
maklumat dana luar dalam laman web
5. Mengadakan sesi perkongsian dan
amalan terbaik dalam kalangan staf
akademik yang pernah menerima dana
luar
6. Menyediakan seed money kepada
penyelidik yang telah melepasi peringkat
tapisan terakhir sebelum mendapatkan
geran antarabangsa
RM40juta
(Geran
A/bangsa)
RM30juta
(Geran
Industri)
RM45juta
(Geran
A/bangsa)
RM35juta
(Geran
Industri)
RM50juta
(Geran
A/bangsa)
RM40juta
(Geran
Industri)
CRIM
Menggerakkan
penyelidikan
multidisiplin
bidang sains
dan sains
sosial
TNC
HEPI
1. Menggalakkan staf akademik
menjalankan penyelidikan translasi yang
boleh memberi manfaat kepada
masyarakat, kerajaan dan usahawan:
Mewujudkan Garis Panduan dan
pendekatan baharu penyelidikan
translasi
Mengenalpasti profil penyelidik UKM
dan bidang kepakaran melalui Sistem
Sarjana UKM
10
(Penyelidi-
kan Gegar
Gamat)
25
(Produk
Pengko-
mersialan)
20
(Kertas
Polisi)
15
(Penyelidi-
kan Gegar
Gamat)
30
(Produk
Pengko-
mersialan)
25
(Kertas
Polisi)
20
(Penyelidi-
kan Gegar
Gamat)
35
(Produk
Pengko-
mersialan)
30
(Kertas
Polisi)
IDEA-UKM
PIK
CRIM
11PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 2 :Penerbitan Berkualiti Berimpak Tinggi 2
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Insentif
penerbitan
10% teratas
dan Q1 –
Q4
TNC
HEPI
1. Menubuhkan Unit Lonjakan
Penerbitan, Penerbit UKM
2. Membangunkan garis panduan insentif
penerbitan bagi penghasilan jurnal Q1
– Q4
3. Mengenal pasti penulis prolifik untuk
dilantik menjadi penceramah dan
berkongsi pengalaman menerbitkan
dalam jurnal berkenaan
4. Menerbit bersama dengan penyelidik
tersohor yang dibawa ke UKM
5. Menyediakan maklumat tentang jurnal
yang diindeks untuk bidang sains dan
sains sosial
4,000
(makalah)
Jurnal
Terindeks:
2,000
(makalah)
Jurnal Q1 –
Q4
1,200
(makalah)
Jurnal Q1 &
Q2
40,000
Sitasi
300
Buku
Penyelidi-kan
4,200
(makalah)
Jurnal
Terindeks
2,200
(makalah)
Jurnal
Q1 – Q4
1,400
(makalah)
Jurnal
Q1 & Q2
45,000
Sitasi
325
Buku
Penyelidi-
kan
4,400
(makalah)
Jurnal
Terindeks
2,500
(makalah)
Jurnal
Q1 – Q4
1,600
(makalah)
Jurnal
Q1 & Q2
50,000
Sitasi
350
Buku
Penyelidi-
kan
CRIM
PENERBIT
UKM
Penerbitan
jurnal/buku
penyelidika
n bersama
industri
/komuniti
TNC
HEJIM
1. Mengenalpasti projek bersama
industri/komuniti
2. Mengadakan sesi perkongsian/bengkel
penerbitan bersama
industri/agensi/pemegang taruh
*bilangan penerbitan buku oleh penerbit
tersohor
*1 *3 *5 UCTC
12PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 3 :Peruntukan Penyelidikan kepada Penyelia Pascasiswazah 3
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Insentif
penyelidikan
50% daripada
yuran
pengajian
dipulangkan
kepada
penyelia
dalam bentuk
geran
penyelidikan
untuk tujuan
penyelidikan
pelajar
TNC HEPI 1. Menyediakan Garis Panduan Tabung
Agihan Penyelidikan (TAP)
2. Mendaftarkan kod peruntukan dalam
SMPU dan UFASt berdasarkan jumlah
pelajar pascasiswazah
*Bilangan pelajar baharu
*1985
(Sarjana)
*465
(PhD)
*2085
(Sarjana)
*490
(PhD)
*2190
(Sarjana)
*515
(PhD)
CRIM
13PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
KESIMPULAN
Indikator pencapaian yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik UKM merupakan sasaran yang boleh dicapai dan diukur.
Sasaran bagi teras pertama ini berlandaskan data dan keupayaan warga UKM serta dengan hasrat agar penyelidikan UKM terus
terkehadapan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Misalnya, sasaran peningkatan tinggi dalam perolehan geran
penyelidikan dan penerbitan berimpak bakal meningkatkan daya saing UKM dalam teras penting ini.
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak
TERAS
AKADEMIK
TERAS 2 : AKADEMIK
PENGENALAN
Sesuai dengan peredaran masa, perubahan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kehendak pihak berkepentingan, UKM
perlu peka dengan perubahan dan bertindak awal untuk memastikan UKM sentiasa relevan. Oleh itu, amat tepat sekali
apabila UKM meletakkan akademik sebagai teras kedua dengan penumpuan pada usaha pemerkasaan pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu fokus penting . Bagi teras ini, tiga strategi telah menjadi sasaran utama, iaitu pemerkasaan
siswa-siswi UKM, pemerkasaan proses semakan kurikulum yang ditawarkan serta pelaksanaan proses maklum balas
pengajaran yang menyeluruh dan berkesan. Bagi merealisasikan strategi ini, pelbagai inisiatif, tindakan serta sasaran
telah digariskan dan dikenal pasti hasil maklum balas daripada warga UKM serta pelbagai pihak berkepentingan. Antara
inisiatif yang telah dikenal pasti ialah amalan pembelajaran aktif secara berkesan serta penyediaan bilik kuliah yang
kondusif bagi membantu proses pembelajaran berkenaan. UKM juga akan memastikan semakan program dijalankan
dengan teliti bagi menjamin kualiti program adalah tinggi dan terus relevan. Oleh itu, UKM menyasarkan semakan
program melibatkan penilai luar antarabangsa dari universiti ternama yang berpengalaman dalam aspek pengurusan
program akademik.
Pemerkasaan Pengajaran
dan Pembelajaran2
16PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI
Dalam Teras Akademik, UKM telah menetapkan 3 strategi utama bagi memperkasakan pengajaran dan pembelajaran.
TERAS 2 : AKADEMIKPemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Pembelajaran
aktif
TNC
HEAA
1. Melahirkan pensyarah yang
mengamalkan pembelajaran aktif
2. Melahirkan pensyarah yang diiktiraf
dalam pembelajaran aktif di peringkat
kebangsaan/antarabangsa
10%
2
25%
3
50%
5
PENGA-
JARAN
UKM
Reka bentuk
baharu bilik
kuliah
TNC
HEAAMenyediakan bilik kuliah untuk
pembelajaran aktif
*kumulatif
26 *30 *40 PENGA-
JARAN
UKM
Penguasaan
Bahasa
Inggeris
TNC
HEAA
Pendekatan CLIL (content and language
integration) dan coaching diperkenalkan
dalam kursus Program Pengajian
*Satu kursus setiap fakulti*13
1
kursus
setiap
program
3
kursus
setiap
Program
CITRA UKM
Melaksanakan ujian Praintervensi &
Pascaintervensi kepada pelajar
• Pelaksanaan ujian Praintervensi
kepada pelajar pada Semester 1,
Sesi 2019/2020.
*Peratus kenaikan satu aras dalam ujian
pascaintervensi)
- *50% *80% CITRA UKM
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
18PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Penguasaan
Bahasa
Inggeris
TNC
HEPA
1. Meningkatkan program mobiliti ke luar
negara yang menggunakan Bahasa
Inggeris sepenuhnya
2. Meningkatkan penglibatan pelajar di
dalam aktiviti pengucapan awam dan
aktiviti lain yang sesuai menggunakan
Bahasa Inggeris
3. Meningkatkan penggunaan Bahasa
Inggeris dalam sesi Bicara Tuntas
4. Mengadakan kelas/program Bahasa
Inggeris di Kolej yang menyasarkan
pelajar yang memperoleh MUET band
2 dan ke bawah
*pelajar per kolej
120
50
25
*20
130
60
35
*30
140
70
45
*40
HEP-UKM
Memastikan
tempat latihan
industri yang
terbaik dan
efektif
TNC
HEJIM
1. Mengemas kini pangkalan data tempat
latihan industri (SLAI)
2. Meningkatkan kerjasama dan
keterlibatan dengan pihak industri /
alumni
3. Memberikan galakan kepada pelajar
untuk ke pogram sangkutan mulai
tahun 1
4. Mengadakan perkongsian amalan
terbaik latihan industri
5. Menggunakan platform digital yang
disediakan oleh pihak Industri seperti
TiGREss dan Xremo
*program sangkutan berstruktur dengan
industri
*3 *5 *7 PHI
Memperkasa-
kan program
mobiliti
outbound
berkualiti
TNC
HEJIM
1. Meningkatkan program pertukaran
pelajar
2. Meningkatkan kolaborasi dengan
universiti tersohor di luar negara
*bilangan pelajar outbound setiap tahun
*300 *350 *450UKM
GLOBAL
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
19PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
kebolehpasaran
siswa-siswi UKM
melalui
pelaksanaan
program
perkembangan
kerjaya pelajar
terkini
TNC
HEJIM
TNC
HEPA
Memastikan kebolehpasaran graduan UKM melalui:
• penganjuran Finishing School di fakulti
• pelaksanaan profil kerjaya dan program
intervensi di fakulti
• Keterlibatan alumni dalam perkongsian maklumat
dan pengalaman kerjaya
*SKPG KPM & alumni
*83% *85% *90%
UKM
KARIER
ALUMNI-
UKM
Memperkasa-
kan program
keusahawanan
TNC
HEAA
Memastikan graduan menjadi usahawan selepas
menamatkan pengajian
*SKPG KPM & alumni
*5% *7% *10% UKM
CESMED
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
20PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Memperkasa-
kan KokurikulumTNC
HEPA
1. Melahirkan atlet dalam kalangan pelajar UKM yang
mewakili negara ke peringkat antarabangsa
2. Melahirkan penerima anugerah sukan dalam
kalangan pelajar di peringkat kebangsaan /
antarabangsa
3. Mengenal pasti sukan sasaran juara bagi UKM
4. Melahirkan pelajar yang mahir dalam aktiviti
pengucapan awam dalam pelbagai bahasa untuk
mewakili Universiti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa (contoh: debat, pidato, mooting dan
lain-lain)
5. Menghasilkan terbitan buku karya pelajar berkaitan
dengan kebudayaan dan kesenian
6. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam badan
beruniform
10
-
1
Bola
Sepak
3
1
80%
12
1
1
Golf
5
2
90%
14
2
1
Ping
Pong
10
3
100%
PUSAT
SUKAN
HEP-UKM
KESATRIA-
UKM
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Memberdaya-
kan
kepimpinan
pelajar
TNC
HEPA
Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) diuruskan sepenuhnya oleh pelajar
70% 80% 90% HEP-UKM
Menganjurkan aktiviti berimpak oleh pelajar
*Bilangan program*300 *320 *340 HEP-UKM
Melahirkan penerima anugerah kepimpinan
pelajar di peringkat kebangsaan /
antarabangsa (cth: Tokoh Siswa
Kebangsaan)
5 7 8 HEP-UKM
Melibatkan pelajar dalam program
kepimpinan peringkat antarabangsa (cth:
Australia Young Leadership Forum)
30 40 50 HEP-UKM
Melibatkan pelajar dalam International
Academic Society (cth: Golden Key)150 160 170 HEP-UKM
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN
PENERAJU
2019 2020 2021
Melantik
penilai luar
yang
berwibawa
TNC
HEAA
Melibatkan penilai luar antarabangsa yang
berpengalaman dalam pengurusan program
akademik dan dari universiti ternama dalam
semakan program
*Peratusan semakan program yang
melibatkan penilai luar antarabangsa
- *25% *50% KUALITI
UKM
STRATEGI 5 :Perkasa Semakan Kurikulum 5
22PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Penilaian kualiti
pengajaran
menyeluruh:
• Ahli
Pengurusan
PTJ
• Keserakanan
• SPPP
TNC
HEAA
Menambahbaik sistem penilaian kualiti
pengajaran melibatkan 3 Penjuru (Ahli
Pengurusan PTJ, Keserakanan, Pelajar)
*peratus pensyarah (yang dinilai) terlibat
dalam proses penilaian
- 20% 50% PENGAJARAN
UKM
STRATEGI 6 :Proses Maklum Balas Pengajaran Menyeluruh 6
TERAS 2 : AKADEMIK
KESIMPULAN
Dalam usaha pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran di UKM, sudah tentu kualiti tenaga pengajar serta infrastruktur di UKM
turut perlu dipertingkatkan. Dalam hal ini, amat bertepatan sekali apabila UKM menyasarkan peningkatan pensyarah pakar dan
juara dalam pembelajaran aktif. Bagi tujuan ini, peruntukan kewangan yang banyak telah disediakan bagi menghasilkan bilik
kuliah dengan reka bentuk baharu yang kondusif untuk pelaksanaan pembelajaran aktif ini. Sasaran lain juga telah ditetapkan
dengan teliti, antara lain seperti peningkatan peratus kebolehpasaran graduan UKM serta peningkatan bilangan pelajar yang
menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. UKM mengharapkan agar semua usaha ini berjaya
memperkasakan pengajaran dan pembelajaran di UKM.
Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran
TERAS
ANTARABANGSA
TERAS 3 : ANTARABANGSA
PENGENALAN
Selaras dengan peredaran masa, UKM sebagai sebuah institusi yang mempunyai teras nilai kebangsaan seharusnya
berupaya untuk menyerlah di peringkat global. Rentetan itu, usaha berkaitan dengan pengantarabangsaan perlu
dipertingkatkan. Untuk membantu meningkatkan kualiti aktiviti penyelidikan dan pengajaran, badan penasihat
antarabangsa perlu diwujudkan. Usaha ini akan diperkukuh dengan melantik profesor tersohor di peringkat antarabangsa
yang dapat membantu para penyelidik dan pensyarah untuk menghasilkan output penyelidikan yang bermutu dan
berimpak tinggi. Dalam masa yang sama, UKM juga perlu memperkukuh jaringan dengan universiti ternama di dunia
untuk mendapat manfaat yang lebih meluas. Di samping itu, langkah-langkah yang lebih strategik perlu dilakukan untuk
mempromosi program pengajian yang ditawarkan untuk menarik lebih banyak pelajar antarabangsa ke UKM, sama ada di
peringkat ijazah pertama mahupun di peringkat pascasiswazah.
Pengantarabangsaan UKM 3
25PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI
Dalam Teras Antarabangsa, UKM telah menetapkan 4 strategi utama untuk menyerlahkan UKM di peringkat global.
TERAS 3 : ANTARABANGSAPengantarabangsaan UKM
STRATEGI 7 :Melantik Badan Penasihat Antarabangsa 7
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Melantik
badan
penasihat
antarabangsa
TNC
HEJIM
1. Meneliti skim / TOR badan penasihat
2. Mengenal pasti senarai penasihat dan
mengadakan kunjungan / meyakinkan
penasihat untuk bersama UKM (tempoh
lantikan 3 tahun)
- 6 orang 6 orang STRATEGI-
UKM
STRATEGI 8 :Lantik Profesor Antarabangsa Tersohor 8
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Melantik
profesor
tersohor
peringkat
antarabangsa
TNC
HEPI
1. Menyediakan TOR untuk menjadi
mentor. (Dinyatakan dengan jelas
tentang tugas untuk membantu dalam
penerimaan geran dan penulisan jurnal
home-run)
2. Memudah cara pelantikan profesor
tersohor yang dapat membantu dalam
melonjakkan penerbitan home-run dan
geran antarabangsa
*Bilangan lantikan profesor tersohor baharu
**Kumulatif
*26 *24 **50 CRIM
Scholar
Exchange
TNC
HEJIM
Melantik Profesor Adjung / Pelawat
antarabangsa50 50 50 PHI
27PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 9 :Tingkat Kemasukan Pelajar Antarabangsa 9
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
jumlah
kemasukan
Penyelidik
Pasca
Doktoral
(PPD)
berkualiti dari
luar negara
TNC
HEPI
Meningkatkan jumlah kemasukan PPD
dari luar negara
1. Memberikan geran penyelidikan
kepada pelajar berkualiti di dalam dan
di luar negara yang tiada penaja
2. Memberikan ganjaran penerbitan bagi
PPD yang berjaya menerbitkan jurnal
melebihi KPI penerbitan yang
ditetapkan
3. Memberikan ganjaran berbentuk
projek penyelidikan kepada PPD yang
berjaya membawa masuk PPD
berkualiti ke UKM
25 30 40 CRIM
Peningkatan
jumlah pelajar
mobiliti
inbound
TNC
HEJIM
Meningkatkan jumlah pelajar mobiliti
inbound
1. Kolaborasi strategik dalam program
pertukaran pelajar di bawah pertubuhan
antarabangsa dan universiti rakan
2. Sokongan perkhidmatan dan aktiviti
bagi pelajar antarabangsa
400 450 600UKM
GLOBAL
Alumni
sebagai ejen
kemasukan
pelajar
antarabangsa
TNC
HEAA
Melantik ikatan/persatuan alumni UKM
sebagai wakil rasmi UKM dalam aktiviti
promosi pelajar antarabangsa.
*Bilangan persatuan alumni
*1 *3 *5 PUSAT
SISWAZAH
Insentif
pelajar
membawa
pelajar
baharu
TNC
HEAA
Menyediakan garis panduan pemberian
insentif kepada pelajar semasa yang
membawa pelajar antarabangsa baharu
100% - - PUSAT
SISWAZAH
Pengambilan
pelajar
baharu
TNC HEAA Melatih staf untuk memudah cara
pengurusan pelajar antarabangsa/
pengurusan perhubungan pelanggan/
komunikasi silang budaya/ Bahasa Inggeris
dan lain-lain
Pengambilan pelajar antarabangsa
*sasaran pelajar antarabangsa
*4,500 *5,000 *5,500 PKP
28PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 9 :Tingkat Kemasukan Pelajar Antarabangsa 9
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Tambah baik
proses
pengambilan
pelajar
TNC HEAA 1. Meningkatkan Pengambilan Pelajar
• Mod Kerja Kursus: Keputusan
penerimaan/penolakan dalam
tempoh sepuluh (10) hari bekerja
bagi permohonan calon baharu
pelajar pascasiswazah yang
lengkap
• Mod Penyelidikan: Keputusan
penerimaan/penolakan dalam
tempoh satu (1) bulan bagi
permohonan calon baharu pelajar
pascasiswazah yang lengkap
*permohonan selepas September
2019
2. Menguruskan visa dengan lebih
cekap dan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan.
*Peratusan penghantaran dokumentasi
lengkap ke imigresen mengikut tempoh
*80%
*80%
90%
*90%
95%
*100
PUSAT
SISWAZAH
AKADEMIK
UKM
Tambah baik
prasarana
kolej
TNC
HEPA
Menambah baik dan menaik taraf
kemudahan di blok penginapan pelajar
*Kumulatif
3 *6 *9 PUSAT
PERUMA-
HAN
PELAJAR
Perluas
jaringan
dengan
alumni
antara-
bangsa
TNC
HEPA
Mempromosi UKM dengan kerjasama
semua jaringan alumni di luar negara
1
(majlis
ikatan
alumni
Indonesia)
2
(Persatua
n alumni
antara-
bangsa)
4
(Persatuan
alumni
antara-
bangsa)
ALUMNI-
UKM
29PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 10 :Perkukuh Jaringan dengan Universiti Tersohor 10
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
bilangan
jaringan
Universiti
tersohor luar
negara
TNC HEPI 1. Memperkukuhkan kerjasama dua hala
menerusi pemeteraian memorandum
persefahaman (MoU) dan
memorandum perjanjian (MoA) dalam
penyelidikan dengan aktiviti yang jelas
2. Mengadakan jaringan antarabangsa
dengan 50 institusi terbaik luar negara
3. Mengadakan jaringan kerjasama
strategik dengan pelbagai rakan
kongsi serta penyertaan yang aktif
dalam rangkaian global dan persatuan
antarabangsa
4. Mengekalkan hubungan kerjasama
penyelidikan dan penerbitan dalam
kalangan penyelidik pasca doktoral
yang membuat sangkutan dengan
Universiti tersohor dan pensyarah
yang bergraduat dari universiti
tersohor
*Bilangan jaringan universiti tersohor luar
negara
*50 *60 *80 CRIM
TERAS 3 : ANTARABANGSA
KESIMPULAN
Elemen pengantarabangsaan menjadi semakin penting dalam era globalisasi, khususnya dalam konteks penarafan dan
kecemerlangan universiti. Pandangan tokoh ternama dunia dalam sektor industri dan akademik perlu diambil kira. Pelan Strategik
UKM (2019-2021) menyasarkan lantikan enam orang tokoh bertaraf dunia untuk menganggotai badan penasihat yang bakal
diwujudkan. Di samping itu, setiap fakulti/institut akan melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang profesor tersohor di dunia
untuk bekerjasama dengan ahli masing-masing. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan dengan universiti ternama di
dunia, sekali gus dapat meningkatkan dana penyelidikan antarabangsa. Usaha pengantarabangsaan juga akan turut menyaksikan
peningkatan ketara dalam kemasukan jumlah pelajar antarabangsa ke UKM.
Pengantarabangsaan UKM
30PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
TERAS
BAKAT
TERAS 4 : BAKAT
PENGENALAN
Kecemerlangan dan kualiti sesebuah universiti bergantung pada kualiti warganya seperti staf akademik, pengurusan dan
profesional serta staf pelaksana yang dimilikinya. Peningkatan kualiti staf pula berhubung rapat dengan bakat dan potensi
staf yang berjaya dipupuk, disuburkan dan dicorakkan dalam budaya integriti, intelektual dan profesional. Setiap individu
memiliki keistimewaan yang tersendiri dan bakat semula jadi yang boleh digunakan oleh staf tersebut untuk meningkatkan
kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugas mereka. Kepelbagaian bakat dan potensi perlu diraikan dan dihormati oleh
universiti agar tiada staf yang berasa terpinggir, sebaliknya semangat keserakanan dan kerjasama berjaya
dibudayakan.Gabung jalin antara bakat, kompetensi, nilai dan etika dalam kalangan staf menjadi paksi kepada
kecemerlangan dan kualiti, seterusnya melonjakkan universiti di pentas antarabangsa. Teras ini telah menggariskan
empat (4) strategi utama untuk penyerlahan bakat, iaitu memperkasakan pensyarah baharu, memperkasakan peranan
kumpulan Pengurusan dan Profesional, laluan kerjaya bagi kumpulan pelaksana, dan melahirkan staf yang kreatif dan
inovatif. Setiap strategi tersebut mempunyai beberapa inisiatif dan sasaran pencapaian yang telah ditetapkan.
Penyerlahan bakat 4
32PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI
Dalam Teras Bakat, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi melahirkan bakat yang cemerlang.
TERAS 4 : BAKATPenyerlahan bakat
STRATEGI 11 :Perkasa Pensyarah Baharu 11
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Pemprofilan
berdasarkan
kecenderu-
ngan dan
keupayaan
(cth:
Pentadbiran,
Penyelidikan
&
Pengajaran)
PENDAF-
TAR
Menggunakan instrumen Inventori
Penilaian Holistik (IPH) dan Alat Penilaian
Psikometrik Kakitangan Akademik
(APPiKA) bagi Pensyarah Baharu100% 100% 100% PROFESIONAL
-UKM
Latihan formal
pengajaran
(cth: diploma
lanjutan
pengajaran)
TNC
HEAA
Memastikan pensyarah baharu (dalam
tempoh percubaan) lulus latihan formal
pengajaran (Sijil Pengajaran Profesional)- 100% 100% PENGAJARAN
UKM
Memudah
cara
pengambilan
tenaga/
pensyarah/
pakar (cth:
HCTM, FGG)
PENDAF
-TAR
Menetapkan syarat kemasukan yang
lebih fleksibel sesuai dengan keperluan
bidang kritikal
*peratusan lantikan tenaga
pensyarah/pakar berdasarkan unjuran
PTJ
*50% *75% *100% BSM
Hubungan
kerjasama
dengan
universiti
tersohor
TNC
HEPI
1. Menggalakkan sangkutan penyelidik
pasca doktoral di universiti tersohor
atau universiti yang menganugerahkan
PhD kepada pensyarah
*bilangan PPD
2. Menggalakkan bilangan staf akademik
mengikuti program sabatikal /
penyelidikan / kursus / latihan jangka
pendek (sekurang-kurangnya 2 minggu
atau 14 hari) di luar negara.
*3
80
*5
100
*10
120
BSM
CRIM
34PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 12 :Memperkasa Peranan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Program
sangkutan
industri dalam
dan luar
negara
PENDAF-
TAR
TNC
HEJIM
Melaksanakan sangkutan kohort pertama
(Menyemak semula kriteria kenaikan
pangkat)
*bilangan staf
Mengenal pasti industri tersohor
(GLC/MNC) di dalam dan di luar negara
bagi program sangkutan
*bilangan industri
*5
*3
*5
*5
*5
*7
PROFESIONAL
-UKM
PHI
Program
latihan
berfokus
PENDAF-
TAR
Melaksanakan program latihan berfokus
secara berperingkat mengikut skim dan
gred.
(Memurnikan set kompetensi mengikut
gred dan skim)
*peratusan daripada setiap kelompok skim
dan gred
*30% *50% *80% PROFESIONAL
-UKM
Mengetuai
pusat
perkhidmatan
terpilih
PENDAF
-TAR
Melahirkan staf kumpulan Pengurusan
dan Profesional untuk mengetuai PTj
terpilih
*bilangan staf
*6 *14 *15 BSM
Mendapat-
kan geran
penyelidikan
TNC
HEPI
Melahirkan staf kumpulan Pengurusan
dan Profesional untuk mengetuai Geran
Penyelidikan
(Mengenal pasti kumpulan Pengurusan
dan Profesional yang berupaya terlibat
dalam projek penyelidikan bersama staf
akademik)
*bilangan staf
*12 *18 *24 BSM
12
35PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Skim
perkhidmatan
Time-Based
PENDAF-
TAR
Penambahbaikan pelaksanaan skim
perkhidmatan Time-Based di kalangan
kakitangan yang layak
*bilangan staf yang layak
*24 *30 *35 BSM
Program
latihan
berfokus
PENDAF-
TAR
Pelaksanaan berperingkat mengikut skim
dan gred
(Memurnikan set kompetensi mengikut
gred dan skim)
*peratusan daripada setiap kelompok skim
dan gred
*30% *50% *80% PROFESIONAL
-UKM
Tukar lantik PENDAF
-TAR
Pelaksanaan tukar lantik dengan
mengenal pasti staf berpotensi
*bilangan staf yang layak
*83 *100 *100 BSM
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Menggalakkan
program yang
meningkatkan
keupayaan
inovasi dalam
kalangan staf
UKM
PENDAF
TAR
1. Mengadakan Hari Inovasi peringkat
universiti
*peratusan staf yang terlibat dalam
projek
2. Mengikuti latihan / kursus
kemahiran pemikiran kreatif dan
inovatif
*peratusan staf yang terlibat
*30%
*10%
*50%
*30%
*70%
*50%
BGP
PROFESIONAL-
UKM
TNC
HEPA
Memastikan peningkatan kemahiran
staf mengikut bidang kepakaran
kebudayaan yang diiktiraf
5
(Sijil
Kemahiran
Malaysia
(SKM)
Tahap 3)
2
(Diploma
Kemahiran
Malaysia
(DKM)
Tahap 4)
2
(Diploma
Lanjutan
Kemahiran
Malaysia
(DLKM)
Tahap 5)
PUSAT
KEBUDAYAAN
STRATEGI 13 :Laluan Kerjaya bagi Kumpulan Pelaksana 13
STRATEGI 14 :Staf Kreatif dan Berinovasi 14
36PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
TERAS 4 : BAKAT
KESIMPULAN
Staf yang berbakat dan inovatif merupakan suatu kelebihan bagi universiti untuk melonjakkan kecemerlangan. UKM sentiasa
merangka strategi untuk memberi peluang kepada staf untuk menyerlahkan bakat dan potensi serta meningkatkan kemahiran
melalui latihan dan penyediaan laluan kerjaya. Persekitaran kerja yang kondusif dengan mengamalkan nilai KAMII (Keserakanan,
Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti) menjadi asas kepada peningkatan kualiti universiti.
Penyerlahan bakat
37PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
TERAS
KEWANGAN
TERAS 5 : KEWANGAN
PENGENALAN
Kewangan merupakan satu daripada pemangkin utama dalam menyokong kelangsungan sesebuah organisasi. Dewasa
ini, dengan kos yang semakin meningkat, institusi pengajian tinggi perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan
kelangsungan dan kecemerlangan universiti tidak terjejas. Kewangan yang mampan perlu dirancang oleh pihak
pengurusan dalam membiayai apa-apa aktiviti universiti dan kos yang berkenaan. Oleh hal yang demikian, dengan
kekangan peruntukan kewangan daripada kerajaan, universiti menghadapi cabaran untuk mencari sumber alternatif
kewangan bagi meneruskan penyampaian output yang berkualiti. Oleh itu, UKM telah mengambil inisiatif untuk
menjadikan aktiviti penjanaan sebagai satu agenda utama Universiti bagi menjamin kelestarian kewangan UKM.
Pendanaan yang merujuk pendekatan holistik untuk mengumpul dana melangkaui cara tradisional, seperti geran dan
bantuan kerajaan, perlu dirancang.
Teras Kewangan memfokuskan kepada “Kelestarian Pendanaan” yakni strategi universiti dalam menjana kewangan
secara optimum. Empat (4) strategi telah dirangka bagi mencapai objektif teras ini, iaitu meningkatkan pengambilan
pelajar berbayar penuh, meningkatkan kecekapan cabang perniagaan UKM, pengewangan aset, serta memperkasakan
wakaf dan endowmen.
Kelestarian Pendanaan 5
39PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI
Dalam Teras Kewangan, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi universiti menjana kewangan secara optimum.
TERAS 5 : KEWANGANKelestarian Pendanaan
STRATEGI 15 :Tambah Jumlah Pengambilan Pelajar Berbayar Penuh 15
INISIATIF KETUA TINDAKANSASARAN
PENERAJU
2019 2020 2021
Menjana
pendapatan
PRO-NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
1. Meningkatkan bilangan pelajar Program
Antarabangsa (UKMi)
2. Menambah bilangan program akademik
baharu
3. Mengukuhkan sistem sokongan pengurusan
program
*tambahan berbanding tahun sebelumnya
*RM7j *RM18j *RM31j PKP
Meningkatkan
yuran
pengajian
PRO-NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
Melaksanakan kadar baharu yuran Program
Siswazah Kerja Kursus mulai semester 2, sesi
2019/2020
*tambahan berbanding tahun sebelumnya
*RM5j *RM10j *RM17j JABATAN
BENDAHARI
STRATEGI 16 :Tingkat Kecekapan Cabang Perniagaan UKM 16
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN
PENERAJU
2019 2020 2021
Memantapkan
aktiviti
perniagaan
dan
pengurusan PRO-NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
1. Menyemak semula keupayaan
bentuk perniagaan dan kelestarian
kewangan syarikat sedia ada
2. Mewujudkan perniagaan baharu
3. Meningkatkan kecekapan
pengurusan syarikat
*tambahan berbanding tahun
sebelumnya
*RM5j *RM10j *RM15j UKMH
Meningkatkan
kecekapan
penjanaan
HCTM
1. Menyemak semula kadar caj
2. Menambah baik bilangan dan jenis
perkhidmatan
*tambahan berbanding tahun
sebelumnya
*RM9j *RM19j *RM29j HCTM
Meningkat-
kan
penjanaan
melalui
aktiviti dan
kemudahan
sukan UKM
PRO-NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
TNC
HEPA
1. Meningkatkan sewaan Kemudahan
2. Meningkatkan penganjuran Sukan
Luar (penjanaan melalui sewaan
kemudahan & penginapan dan
khidmat pegawai teknikal)
RM200K
RM250K
RM220K
RM275K
RM242K
RM302.5K
KHAZANAH-
UKM
PUSAT
SUKAN
42PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 17 :Pengewangan Aset 17
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN
PENERAJU
2019 2020 2021
Melaksanakan
projek UKM
Health
Technopolis
PRO-NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
1. Melaksanakan RFP untuk mengenal
pasti model pembiayaan dan timeline
komponen pembangunan
2. Melaksanakan projek UKM Health
Technopolis mengikut fasa
*peratus kemajuan projek hospital swasta
mengikut fasa
100%
-
-
*50%
-
*100%
KHAZANAH-
UKM
UKM 2030Meningkatkan penjanaan:
1. Melaksanakan projek UKM 181-
Pembangunan Tumpuan Baharu UKM
(Pembinaan Penginapan Komersial &
Rekreasi)
2. Melaksanakan projek perumahan
Bukit Puteri
*tambahan berbanding tahun sebelumnya
*RM2j
-
*RM10j
*RM0.9j
*RM16j
*RM1.8j
KHAZANAH-
UKM
43PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
STRATEGI 18 :Perkasa Wakaf dan Endowmen 18
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN
PENERAJU
2019 2020 2021
Penubuhan
kursi
endowmen
baharu
PRO-NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
Mengenal pasti agensi/ fakulti yang
berpotensi untuk menerajui kursi,
antaranya:
1. Kursi Syeikh Othman
2. Kursi Dato’ Dr. Harun Din
3. Kursi Tok Kenali
4. Kursi Profesor Petronas Teknologi
Tenaga Hidrogen Lestari
5. Kursi Kecemerlangan
6. Kursi DYMM Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan Tuanku Muhriz
7. Kursi Tersanjung Diraja DYMM Sultan
Nazrin Shah
RM5j
RM5j
RM5j
RM5j
RM8j
RM1j
-
-
-
-
-
-
-
RM1j
RM15j
RM10j
-
-
-
-
-
RM1j
-
-
YAYASAN
CANSELOR
Penambahan
kutipan wakafMenambah kutipan wakaf melalui:
1. Projek pembinaan kompleks asrama
pelajar
2. Projek nombor plat kenderaan
3. Projek naik taraf prasarana PTJ
4. Alumni tersohor
RM1.5j RM12j RM12j YAYASAN
CANSELOR
Meningkatkan
tajaan
pendidikan
Mengenal pasti alumni/ individu/ industri
yang berpotensi
Cth: Biasiswa Dr. Lee Siew Keong (SKG)
RM0.3j RM0.5j RM1j YAYASAN
CANSELOR
Meningkatkan
endowmen/
sumbangan di
HCTM
1. Mewujudkan pasukan mencari dana
2. Menambah aktiviti pendanaan
(philantrophy)
RM2j RM3j RM4j HCTM
44PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
TERAS 5 : KEWANGAN
KESIMPULAN
Strategi yang telah digariskan dalam Teras ini menuntut kerjasama semua warga UKM. Perancangan yang teliti dalam
menjayakan semua inisiatif yang dikenal pasti dijangka akan mampu mencapai sasaran yang digariskan berdasarkan
pengalaman dan komitmen peneraju yang bertanggungjawab. Hasilnya, UKM akan mampu mengurangkan pergantungan pada
geran peruntukan kewangan daripada kerajaan.
Kelestarian Pendanaan
45PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
BIBLIOGRAFI,
PENGHARGAAN &
SINGKATAN
Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Fariza Md Sham, Ishak Yussof, Zaidi Omar & Wan Zawiah Wan Zain. 2018. Pelan Strategik UKM
2014-2025. Bangi: Penerbit UKM
Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Mohd Marzuki Mustafa, Fariza Md Sham, Mohammad Kassim & Masturah Markom. 2017.
Bidang Keberhasilan Strategik UKM. Bangi: Pusat Strategi UKM
Pelan Strategik UKM 2000-2020.2010.Bangi: Penerbit UKM
Pelan Strategik UKM:Perspektif 2006-2010. Bangi: Penerbit UKM
Perutusan Naib Canselor UKM Mac 2019
Bibliografi
47PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Ramalinggam A.Rajamanickam
Jamia Azdina Jamal
Shazli Ezzat Ghazali
Faridah Jalil
Sharifa Ezat Wan Puteh
Nurhafilah Musa
Rajan Munusamy
Aini Aman
Siti Aminah Osman
Mokshin Tumin
Abdul Rahman Mohd. Nordin
Rohayu Abdul Ghani
Yazrina Yahya
Seluruh Warga UKM
Penghargaan
48PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
TNC HEPI - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
TNC HEAA - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
TNC HEPA - Timbalan Naib Canselor (Pelajar dan Alumni)
TNC HEJIM - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat)
PRO NC – Pro-Naib Canselor
CRIM - Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
IDEA-UKM - Pusat IDEA UKM
PIK - Pusat Inovasi Kolaboratif
UCTC - Pusat Transformasi Komuniti Universiti
PHI - Pejabat Hubungan Industri
PENGAJARAN UKM - Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran
CITRA UKM - Pusat Citra Universiti
UKM KARIER - Pusat Pembangunan Karier UKM
UKM GLOBAL - Pusat Hubungan Antarabangsa
ALUMNI-UKM - Pusat Perhubungan Alumni
UKM CESMED – UKM Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS
HEP-UKM - Pusat Hal Ehwal Pelajar
KESATRIA UKM - Pusat Kesatria Universiti
PRASARANA UKM - Prasarana UKM
KUALITI-UKM - Pusat Jaminan Kualiti
STRATEGI-UKM – Pusat Strategi UKM
PKP - Pusat Kembangan Pendidikan
PROFESIONAL-UKM - Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan
BGP - Bahagian Governan & Pentadbiran
AKADEMIK UKM – Pusat Pengurusan Akademik
SingkatanUKMH - UKM Holdings
HCTM - Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
KHAZANAH-UKM – Pusat Khazanah UKM
SMPU - Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti
UFAST - Sistem Kewangan Universiti
SPPP - Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan
SLAI - Sistem Latihan Amali Industri
KPI – Key Perfomance Indicator
MUET - Malaysian University English Test
GLC - Government-Linked
MNC - Multinational Corporation
MOU - Memorandum of Understanding
MOA - Memorandum of Association
FGG - Fakulti Pergigian
PhD - Doctor of Philosophy
P&P – Pengurusan dan Profesional
RFP - Request for Proposal
TOR - Terms of Reference
49PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Dokumen ini adalah dokumen terkawal.
Penyalinan tanpa kebenaran bertulis pengurusan UKM adalah tidak dibenarkan
Recommended