View
12
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 102
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
Kata Ganti Nama
Perkataan yang menjadi penganti kata nama khas dan kata nama am.
Dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu:
a) Kata Ganti Nama Tunjuk
Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud
menunjukkan benda atau perkara.
Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjuk pada
yang dekat dan itu untuk menunjuk pada yang jauh.
b) Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua golongan iaitu:
i. Kata ganti nama diri tanya
Merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
Terdapat tiga kata ganti nama diri tanya iaitu:
Siapa– merujuk orang
Apa– merujuk benda atau perkara
Mana– merujuk benda atau orang
Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya juga boleh mengalami
proses penggandaan yang membawa maksud rujukan tidak tentu atau
penegasan.
Contoh:
Apa- apa-apa
Mana- mana-mana
Siapa- siapa-siapa/sesiapa
ii. Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang
tertentu dan terdiri daripada tiga golongan iaitu:
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pihak Pertama
(Pihak yang bercakap)
Pihak Kedua
(Pihak yang mendengar)
Pihak Ketiga
(Pihak yang dicakapkan)
Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak
Saya
Aku
Daku
Hamba
Patik
beta
Kami
kita
Awak
Anda
Engkau
Kamu
Tuan hamba
Tuanku
Dikau
Saudara
Saudari
Tuan
puan
Kalian
kamu
Dia
Ia
-nya
Nya
beliau
baginda
mereka
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. “ akan memulakan pendakian pagi esok,” kata ketua ekspedisi itu
kepada anak-anak buahnya.
a) Kamu
b) Kita
c) Awak
d) Engkau
2. “Ampun tuanku, datang menghadap,” sembah Hang Nadim
kepada Sultan Muhammad Syah.
a) aku
b) saya
c) patik
d) hamba
3. “Kali ini, pasti dapat merampas kembali Piala Thomas daripada
pihak lawan,” kata jurulatih badminton negara.
a) anda
b) kita
c) kami
d) kalian
4. Sebagai tokoh korporat yang terkemuka, pelantikan sebagai
pengerusi syarikat memang dialu-alukan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) tuanku
b) engkau
c) beliau
d) dia
Soalan 5 hingga Soalan 7
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,
atau C, jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
5. Abang saya akan ke luar negara bersama kalian yang telah memenangi peraduan
A B C
silang kata itu. Tiada kesalahan
D
6. Pesalah itu merayu kepada sultan, “Ampunilah patik, tuanku. Saya berjanji tidak
A B C
akan melakukan perbuatan itu lagi”. Tiada kesalahan
D
7. “Akan kita simpan gambar engkau dalam albumku,” kata Fadli kepada Norliah.
A B C
Tiada kesalahan.
D
Soalan 8 hingga Soalan 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada
A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
8. Staf –staf syarikat Encik Leela meraikan kejayaan syarikatnya memenangi
Anegerah Syarikat Terbaik.
a) syarikat dia memenangi
b) syarikat kalian memenangi
c) syarikat mereka memenangi
d) syarikatnya memenangi
9. Minah dan abangnya menghadiahi ayahnya sebuah jam tangan sempena harjadi
bapanya.
a) menghadiahi ayah kalian
b) menghadiahi ayah mereka
c) menghadiahi ayah beliau
d) menghadiahi ayahnya
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
10. “Ibu, kita akan berkahwin pada bulan depan,” kata Razak dan Nurhaliza kepada
ibunya.
a) kami akan berkahwin
b) kalian akan berkahwin
c) saya akan berkahwin
d) kita akan berkahwin
Soalan 11 dan Soalan 12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11.
I Bungkusan yang dikirimkan oleh sepupu saya itu saya belum terima lagi.
II “Adik saya bermain dengan anak puan di sini tadi,” kata Suzana.
III Siapa yang ingin menyertai ekspedisi itu diminta mengisi borang yang
disediakan.
IV “Perkara itulah yang dibincangkan oleh Encik Kassim dalam mesyuarat
semalam,” kata Encik Johan.
a) I dan II
b) I dan III
c) II dan IV
d) III dan IV
12.
I Rumah yang pernah kita singgah sini telah dirobohkan.
II Sesiapakah penggubah lirik lagu “Sekuntum Mawar Merah”?
III Ibu mengangkat pakaian di ampaian kerana hujan akan turun pada bila-bila
masa saja.
IV Kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan boleh digunakan oleh
sesiapa saja.
a) I dan II
b) I dan III
c) I dan IV
d) III dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Penggunaan Kata dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang meggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Dia memegang sisi perahu penambang itu dengan erat.
II Sahabat erat Budin tinggal sekampung dengannya.
III Hubungan antara guru dengan pelajar di sekolah itu erat.
IV Keris itu terselit dengan erat di pinggang Hang Tuah.
a) I dan II
b) I dan III
c) I, III dan IV
d) II, III dan IV
2. I Jamilah berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang beriman.
II Kereta yang hilang itu ditemukan oleh pihak polis di dalam sebuah kebun
getah di Kampung Berihoi.
III Penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemukan hingga kini.
IV Orang yang ditemukan oleh wartawan itu mendakwa bahawa dia jutuwan.
a) I dan IV
b) II dan III
c) I, II dan III
d) II, III dan IV
C. Memilih Frasa yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunana hhasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan da tanda D jika
tiada kesalahan.
1. Antara tempat yang mereka akan lawati semasa di Kuala Lumpur nanti ialah
Muzium Negara dan KLCC.
a) yang akan mereka lawati
b) yang akan dilawati mereka
c) yang mereka akan melawati
d) yang mereka akan lawati
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Keadaan di negara itu sangat kelam-kabut apabila dikhabarkan akan dilanda
tsunami sekali lagi.
a) Keadaan di negara itu tersangat kelam-kabut
b) Kedudukan di negara itu begitu kelam-kabut
c) Situasi di negara itu kelam-kabut
d) Keadaan di negera itu sangat kelam-kabut
3. Selepas waktu persekolahan, dia melakukan kerja sambilan demi untuk
membiayai pelajarannya.
a) untuk membiayai pelajarannya
b) kerana membiayai pelajarannya
c) demi pembiayaan pelajarannya
d) demi untuk membiayai pelajarannya
D. Memilih Ayat yang Betul
Pilih ayat yang betul.
1. I Cikgu Foo mengarahkan mana-mana yang tidak berkenaan keluar dari
dewan itu.
II Apa-apa sahaja yang diminta oleh anak tunggalnya akan ditunaikannya.
III Berapa-berapa pun yang diberikan orang diterima oleh pengemis itu dengan
gembira.
IV Bapa tidak pernah memberitahu kami bila-bila dia akan berhenti kerja.
a) I dan II
b) II dan III
c) I, II dan III
d) II, III dan IV
2. I Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali.
II Kira-kira separuh daripada pendapatannya digunakan untuk membayar
hutang.
III Sudah berhari kereta yang rosak itu terbiar di tepi jalan raya itu.
IV Seluruh negeri Johor bergelap apabila bekalan elektrik di negeri itu terputus.
a) I dan III
b) I dan IV
c) II dan IV
d) I, II dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. I Penglihatan datuk semakin hari semakin kabur.
II Perhijrahan Nabi Muhammad ke Madinah disertai oleh semua pengikut
baginda.
III Kerja-kerja pendalaman sungai itu siap pada bulan depan.
IV Peredaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politiknya.
a) II dan III
b) I, II dan III
c) II, III dan IV
d) I, II, III dan IV
F. Memilih Ayat yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1. Filem yang dipadankan daripada novel sasterawan itu mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada para penonton.
a) Penonton memberikan sambutan yang hangat kepada filem yang dipadankan
daripada novel sasterawan itu.
b) Novel karya sasterawan itu mendapat sambutan yang dahsyat daripada penonton
setelah difilemkan.
c) Penonton memberikan galakan kepada sasterawan itu agar novelnya dipadankan
menjadi filem.
d) Sasterawan itu memberikan sambutan terhadap galakan penonton supaya
novelnya dipadankan menjadi filem.
2. “Kami yakin, lelaki asing yang kami tahan itu terlibat dalam rompakan di
Ipoh,” kata ASP Lal.
a) ASP Lal yakin bahawa lelaki asing yang ditahan pihak polis itu terlibat dalam
rompakan di Ipoh.
b) ASL Lal menegaskan bahawa lelaki asing yang ditangkap di Ipoh itu terlibat
dalam rompakan.
c) ASL Lal tidak ragu-ragu bahawa lelaki asing yang dipenjarakan di Ipoh terbabit
dalam rompakan.
d) Menurut ASP Lal, pihak polis yakin bahawa lelaki asing yang dipenjarakan itu
terlibat dalam rompakan di Ipoh.
3. Sementara menunggu musim tengkujuh berakhir, nelayan-nelayan di
daerah itu bekerja sebagai buruh binaan di bandar.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) Musim tengkujuh di daerah itu berakhir dengan perhijrahan para nelayan ke
bandar untuk menjadi buruh binaan.
b) Nelayan-nelayan sementara di daerah itu menjadi buruh binaan di bandar pada
musim tengkujuh.
c) Pada musim tengkujuh, para nelayan di daerah itu menjadi buruh binaan
sementara di bandar.
d) Selama musim tengkujuh belum berakhir, para nelayan di daerah itu menjadi
buruh binaan di bandar.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Tarmizi sentiasa tabah melakukan kerjanya yang sukar itu dan dia berazam untuk
menyempurnakan kerjanya itu hingga berjaya.
Keadaan ini dikatakan .
a) belakang parang kalau diasah nescaya tajam
b) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
c) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d) genggam bara api biar sampai jadi arang
2. Selepas banjir besar melanda kampung itu, banyak penduduknya telah diserang
penyakit taun. Wabak penyakit ini merebak dengan cepat, tetapi lambat pulih.
Keadaan ini dikatakan .
a) sediakan payung sebelum hujan
b) sekali air bah, sekali pantai berubah
c) datang seperti ribut, pergi seperti semut
d) indah khabar dari rupa
3. Semasa mesyuarat berlangsung, semua ahli bersetuju dengan keputusan yang
dibuat. Akan tetapi, selepas mesyuarat selesai mereka merungut kerana tidak
puas hati. Keadaan ini dikatakan .
a) mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih
b) rumah siap pahat berbunyi
c) nasi sudah menjadi bubur
d) banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B: 1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahantersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
Kata tugas
Ayat
Istilah
Imbuhan
Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Beribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang
selesema burung dimusnahkan oleh pihak berkuasa.
(ii) Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah
terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika kali pertama
berkunjung ke pulau itu.
(iii) Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para
pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu.
(iv) Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar di kaki
lima kedai itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
Kata majmuk
BA BM
Vokal (a e i o u)
Tanda baca (Aa / “ ” / - )
Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Pihak majikannya telah mengenakan tindakan disiplin atas
sikapnya yang malas dan bermulut celupar sewaktu
menjalankan tugas yang diamanahlan kepadanya.
(ii) Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 56
telah diadakan secara sederhana disebabkan ekonomi negara
yang belum pulih sepenuhnya.
(iii) Kedua-dua orang petinju profesional yang sedang
bertinju di gelanggang itu keletihan apabila memasuki
pusingan yang ke-6
( /3)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3 Cerakin ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal
(i) Nelayan-nelayan itu harus pulang dengan segera kerana ribut melanda kawasan
perairan itu.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
(ii) Pekerja-pekerja ladang itu penat bekerja lalu berehat.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
(iii) Penunggang-penunggang motosikal itu berteduh di hentian lebuh raya sementara
menunggu hujan berhenti.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
(iv) Jalan di situ licin tetapi penunggang-penunggang motosikal masih menunggang
motosikal dengan lajunya.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
(v) Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan :
A. Ulasan (15%)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah
perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Jenis Cereka
Petua Menulis Karangan Jenis Cereka
1. karangan jenis cereka bermaksud karangan berbentuk cerita rekaan seperti
cerpen atau cerita pendek, imaginasi atau khayalan, dan cerita jenaka.
2. Mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu peristiwa, watak, latar cerita, sebab dan
akibat kejadian, serta plot atau jalan cerita.
3. Aspek-aspek yang dikemukan untuk dijadikan karangan termasuklah:
menceritakan sesuatu peristiwa suka duka, atau lucu atau mengerikan ;
menceritakan pengalaman ; melengkapkan cerita
4. Gunakanlah unsur-unsur yang kreatif seperti kiasan, peribahasa, dialog, dan
sebagainya untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan
isi cerita.
5. Boleh mempelbgaikan penggunaan ayat dalam karangan anda untuk menjadikan
cerita anda lebih menarik dan berkesan.
6. Tentukan bahawa cerita yang hendak anda tulis itu seharusnya cerita yang
menarik, mencabar, dan menunjukkan daya kreatif anda.
7. Cerita rekaan anda hendaklah berisi unsur nasihat atau pengaajran yang
berfaedah kepada pembaca.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh Karangan:
Lengkapkan cerita di bawah ini dengan permulaan perenggan yang berikut.
Malam semakin larut. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas agar lebih
cepat sampai ke rumah. Aku menyusuri lorong sempit yang tidak berlampu. Aku
terpaksa…
Rangka Karangan
1. Pendahuluan
Malam semakin larut. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas
agar lebih cepat sampai ke rumah. Aku menyusuri lorong sempit yang tidak
berlampu. Aku terpaksa…
2. Isi-isi penting
a) Filem seram yang ditonton di rumah Wahid bermain di fikiranku – cemas
– peluh membasahi tubuh – menyesal tidak mendengar nasihat ibu
b) Bau busuk seperti bangkai – berdiri bulu roma – tersepak objek berupa
mayat – terhumban
c) Cecair di tangan berupa darah manusia – lari lintang-pukang
d) Sampai di rumah – mengetuk pintu dengan kuat – ibuku hairan dengan
seribu persoalan
3. Penutup
Berubah sikap – tidak lagi mensia-siakan nasihat ibu
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Malam semakin larut. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas
agar lebih cepat sampai ke rumah. Aku menyusuri lorong sempit yang tidak berlampu.
Aku terpaksa meraba-raba dalam kegelapan malam yang hitam pekat untuk mencari
jalan keluar dari situ.
Filem seram yang kutonton sebentar tadi di rumah Wahid bermain-main di
kotak fikiranku. Keadaan ini menambahkan lagi rasa cemasku. Peluh dingin mula
membasahi seluruh tubuhku lalu kupercepatkan langkah apabila terdengar bunyi-
bunyian yang aneh menerjah ke cuping telingaku. Nasibku malang kerana pada malam
itu bulan di langit berselindung di sebalik awan-awan suram. Bilah-bilah penyesalan
menusuk jiwaku kerana tidak mengendahkan nasihat ibu ketika aku hendak keluar ke
rumah Wahid tadi.
Tiba-tiba aku terhidu bau sesuatu yang amat busuk seperti bangkai yang reput.
Berdiri bulu roma aku dibuatnya. Aku memicit hidung dengan kuat lalu berlari secepat
kilat. Tiba-tiba aku tersepak satu objek besar lalu terhumban menyembah bumi. Darah
di jantungku tersirap apabila mendapati objek itu berupa mayat manusia.
Aku bertambah takut apabila menyedari cecair yang melekit di tanganku berupa
darah manusia. Aku membuka langkah seribu sambil menjerit memanggil ibuku
sekuat hati. Rumahku yang sepelaung terasa amat jauh sekali. Akhirnya, sampai juga
aku di depan pintu rumah. Daun pintu kuketuk dengan kuat sekali. Di depan pintu
tercancang tubuh ibu dengan seribu persoalan. Setelah perasaanku kembali normal,
aku menceritakan segala yang berlaku kepada ibuku.
Sejak hari itu, aku telah berubah sikap. Aku tidak lagi mensia-siakan nasihat
ibuku. Aku telah sedar betapa bertuahnya aku mempunyai seorang ibu yang begitu
menyayangi diriku.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
LATIHAN
(Nota : Sila guna kertas “Plot Cereka 6 Perenggan” untuk merangka karangan
anda.)
1. Tulis cerita yang lengkap dengan diakhiri penutup yang berikut.
"... Aku menyesal atas apa yang berlaku tetapi apakah dayaku kerana nasi telah
menjadi bubur. Aku berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi."
2. Tulis sebuah cerita tentang peribahasa “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102_PT3_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
Recommended