Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Pemahaman
Modul PT3
SM 302
Nama : _____________________________
Analisis Puisi
Genre PuisiTradisional
PantunSyair
ModenSajak
Tema
Persoalan
BentukTerikat
Rima akhir Pantun : ab / abab
Rima akhir Syair : aaaa
BebasRima akhir Sajak : abcdef
Unsur Bahasa
Pengulangan
Pengulangan baris Repitisi
Pengulangan Kata
Ulang kata depan Anafora
Ulang kata belakang Responsi
Ulang kata tengah Epifora
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Unsur bunyi Pengulangan abjad
Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi
Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi
Nada
Romantiscinta, kasih sayang
Melankoliksedih
Protesmembantah
Sinismenyindir / mengejek
Nilai
Pengajaran
Analisis Puisi
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Pemahaman Teks Umum
Syarikat-syarikat Jepun merupakan antara syarikat yang paling berjaya di dunia.
Syarikat perniagaan Jepun sentiasa berdaya saing dan inovatif, menjadikan
syarikat Jepun sentiasa dikagumi dan dicontohi oleh syarikat-syarikat yang lain
di dunia. Syarikat-syarikat Jepun sentiasa mencari dan mempelajari cara untuk
mengatasi persaingan dalam negara seperti yang ditunjukkan dalam pasaran
besar di Tokyo, Osaka, dan Nagoya.
Syarikat-syarikat ini mempelajari selok-belok pengurusan melalui
persaingan tersebut. Namun bcgitu, untuk mengatasi persaingan dengan syarikat
asing seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis, syarikat-syarikat Jepun
saling bermuafakat dan bekerjasama. Sesetengah pihak berpendapat bahawa
Jepun dapat bcrsaing dan mengatasi syarikat asing melalu bantuan kerajaan.
Anggapan ini bagaimanapun tidak tepat. Walaupun terdapat unsur bantuan,
namun bantuan tersebut adalah kecil dan tidak sampai tahap yang digembar-
gemburkan.
Kejayaan syarikat Jepun juga adalah kerana mereka sentiasa memberikan
tumpuan kepada sumber manusia atau pekerja. Mereka mempunyai mekanisme
yang cukup canggih dalam menggaji dan melatih pekerja. Di samping itu,
pekerja-pekerja Jepun ditanamkan dengan semangat setia terhadap syarikat
melalui pemberian pelbagai insentif imbuhan, serta peluang kenaikan pangkat.
Oleh yang demikian, soal berhenti kerja dan pertelingkahan dalam syarikat
kurang serius.
Syarikat-syarikat Jepun juga cepat bertindak dalan mengawal kos.
Mereka mampu mengurangkan kos pengeluaran apabila perlu. Mereka berupaya
uutuk mengubah suai pengeluaran barangan dcngan mutu yang agak berlainan
dengan harga yang lebih rendah. Pasukan kawalan mutu syarikat bcrfungsi
dengan baik sepanjang masa. Selain itu, syarikat-syarikat Jepun amat
menitikberatkan penyelidikan dan pcmbangunan produk. Produk dan hasil
keluaran sentiasa dipertingkatkan hasil daripada kajian terperinci dan
perkembanuan produk secara berterusan yang dijalankan oleh tenaga pakar
syarikat.
Kenyataannya, syarikat-syarikat dan golongan pekerja di Malaysia wajar
mencontohi sistem pengurusan cara Jepun ini jika ingin maju. Dengan
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
kemajuan syarikat-syarikat di negara ini hasil daripada langkah ‘Pandang ke
Timur', cita-cita untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020
pasti menjadi kenyataan.
1. Apakah maksud frasa mekanisme yang cukup canggih'!
A Alatan yang hebat
B Cara yang agak moden
C Kaedah yang serba maju
D Insentif yang sangat tinggi
2. Bagaimanakah cara syarikat Jepun mengatasi persaingan dengan syarikat
asing?
A Memaksa kakitangan supaya setia terhadap syarikat
B Bersaing sesama sendiri untuk memajukan syarikat masing-masing
C Menitikberatkan aspek penyelidikan dan pembangunan produk
D Berupaya untuk mengubah suai pengeluaran barangan dengan mutu yang
agak berlainan dengan harga yang lebih tinggi
3. Syarikat-syarikat Jepun memberikan tumpuan kepada sumber manusia
dengan cara
A memberikan insentif dan imbuhan kepada pekerja-pekerja tertentu sahaja.
B menggunakan mekanisme yang canggih dalarn menggaji dan melatih pekerja,
C memperketat syarat kenaikan pangkat kepada setiap kakitangan sesebuah
syarikat.
D memaksa setiap kakitangan sesebuah syarikat agar menumpahkan taat setia
kepada syarikat.
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara masyarakat Malaysia dapat maju
seperti masyarakat Jepun?
A Tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan
B Mengharapkan insentif dan imbuban daripada majikan
C Mengharapkan kenaikan pangkat untuk setia kepada syarikat
D Mendapatkan bantuan daripada tenaga pakar syarikat dari luar negara
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Pemahaman Puisi Tradisional – Seloka
Santap Istiadat”
Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama,
Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua;
Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,
Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan;
Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur,
Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih;
Tanda tidak gelojoh makan. Kelat jatuh ke rengkungan,
Selesai santap nasi - Seri naik ke peroman.
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang
silam.
Za’ba
(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)
Rangkap 1
Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Santap
tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini
bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky NoteSantap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.
userSticky NoteBerdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Nasi di dalam mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh ketika makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.
userSticky NoteDalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasi bermula daripadasuapan pertama hingga suapan ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu seleraperlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa danseterusnya memakan buah-buahan.
userSticky NoteCara-cara makan dan minum yang ketujuh ialah orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka.
userSticky Notekuih manis
userSticky Noterupa muka
userSticky Notekerongkong
userSticky NoteTatacara dan peraturan santapan ini merupakan cara santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.
yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut
tatacara yang tepat.
Rangkap 2
Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap
menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Nasi
di dalam mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib
dan tidak gelojoh ketika makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil
seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada
dalam majlis santapan itu.
Rangkap 3
Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasi bermula daripada
suapan pertama hingga suapan ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera
perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan
seterusnya memakan buah-buahan.
Rangkap 4
Cara-cara makan dan minum yang ketujuh ialah orang yang menjamu selera
perlu berkumur-kumur dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang
masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah
mereka.
Rangkap 5
Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan cara santap beradat kebesaran
yang diajarkan oleh generasi terdahulu.
Tema
Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis
mengikut tertib dengan berpandukan didikan generasi terdahulu.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Persoalan
(a) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(b) Cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(c) Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan
dan minum.
(d) Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.
Bentuk
(a) Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas/tidak terikat.
(b) Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.
(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:
• rangkap 1: lima baris;
• rangkap 2: tujuh baris;
• rangkap 3: enam baris;
• rangkap 4: empat baris;
• rangkap 5: dua baris.
(d) Bilangan perkataan bagi setiap baris seloka ini antara dua hingga enam
patah kata. Contohnya:
• Ketujuh berkumur-kumur, (2 patah kata)
• Kelat jatuh ke rengkungan, (4 patah kata)
• Nasi disuap di tangan kanan, (5 patah kata)
• Di dalam riwayat zaman yang silam. (6 patah kata)
(e) Jumlah suku kata dalam seloka ini antara tujuh hingga empat belas suku
kata. Contohnya:
• Selesai santap nasi, (7 suku kata)
• Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. (14 suku kata)
(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya:
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
• rangkap 1: abacb;
• rangkap 2: aaaabaa;
• rangkap 3: aabcbc;
• rangkap 4: abcc;
• rangkap 5: ab.
Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya:
• Santap santun dengan aturan. (perulangan vokal a)
• Ketujuh berkumur-kumur, (perulangan vokal u)
(b) Aliterasi. Contohnya:
• Sampai ke mulut mamah perlahan, (perulangan konsonan m)
• Selesai santap nasi (perulangan konsonan s)
Gaya Bahasa
(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:
• Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
(b) Repetisi, Contohnya:
• Santap beradat, santap istiadat (rangkap 1, baris 1).
(c) Kata arkaik. Contohnya, peroman.
(d) Personifikasi. Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan.
(e) Kata ganda. Contohnya, hormat-menghormat; mulia-memuliakan; buah-
buahan; berkumur-kumur.
(f) Inversi. Contohnya, Itulah santap beradat kebesaran.
(g) Metafora. Contohnya, riwayat zaman.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Nilai
(a) Kesopanan. Contohnya, pembaca diajarkan cara-cara makan dan minum
dalam majlis secara tertib dan sopan.
(b) Kepatuhan. Contohnya, penjamu selera yang makan dan minum perlu
patuh pada segala etika yang telah digariskan dalam majlis
tersebut.
(c) Hormat-menghormati. Contohnya, seseorang perlulah makan dan minum
secara sopan sebagai menghormati tetamu yang
berada dalam majlis itu.
(d) Kesederhanaan. Contohnya, pembaca diajar cara makan dan minum secara
bersederhana dan bukannya makan secara berlebihan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu
selera.
(b) Kita mestilah menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang
menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(e) Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului
perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang
berikutnya.
(d) Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil
makanan secara berlebihan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Latihan
(i) Berdasarkan seloka di atas, nyatakan perkara yang sepatutnya dilakukan
oleh seseorang selepas membasuh tangan sesudah makan. [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Nyatakan persoalan-persoalan yang dapat anda peroleh daripada petikan
seloka tersebut. [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan apabila seseorang makan secara
gelojoh dan tidak beradab? [4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM302 - Pemahaman Petikan & Antologi 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky Note- termasuklah memakan halwa, memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut, kemudian berkumur-kumur mulut, dan akhirnya makan sirih.
userSticky Note-persoalan masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum.
-persoalan kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.
userSticky Note - akan menyebabkan berlakunya pembaziran pada makanan
-->makanan yang tertumpah di atas meja atau di lantai.
- makan secara gelojoh mencerminkan keperibadian seseorang
--> yang tidak sopan dan tidak berhemah.
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my