View
214
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1. Rangkuman (Table Sifat-Sifat Wajib Allah dan Sifat-Sifat Mustahil Bagi Allah )
2. Tabel ini kami buat untuk memudahkan anda dalam menghafal dan memahaminya
No.
Sifat Wajib Allah
Tulisan Arab
Arti
Jenis Sifat
Sifat Mustahil Allah
Tulisan Arab
Arti
1
Wujud
Ada
Nafsiah
Adam
Tiada
2
Qidam
Terdahulu
Salbiah
Huduts
Baru
3
Baqa
Kekal
Salbiah
Fana
Berubah-ubah (akan binasa)
4
Mukhalafatuhu lilhawadis
Berbeda dengan makhluk-Nya
Salbiah
Mumathalatuhu lilhawadith
Menyerupai sesuatu
5
Qiyamuhu binafsih
Berdiri sendiri
Salbiah
Qiamuhu bighairih
Berdiri-Nya dengan yang lain
6
Wahdaniyat
Esa (satu)
Salbiah
Taaddud
Lebih dari satu (berbilang)
7
Qudrat
Kuasa
Maani
Ajzun
Lemah
8
Iradat
Berkehendak (berkemauan)
Maani
Karahah
Tidak berkemauan (terpaksa)
9
Ilmu
Mengetahui
Maani
Jahlun
Bodoh
10
Hayat
Hidup
Maani
Al-Maut
Mati
11
Sama
Mendengar
Maani
Sami
Tuli
12
Basar
Melihat
Maani
Al-Umyu
Buta
13
Kalam
Berbicara
Maani
Al-Bukmu
Bisu
14
Kaunuhu qaadiran
Keadaan-Nya yang berkuasa
Manawiyah
Kaunuhu ajizan
Keadaan-Nya yang lemah
15
Kaunuhu muriidan
Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan
Manawiyah
Kaunuhu mukrahan
Keadaan-Nya yang tidak menentukan (terpaksa)
16
Kaunuhu aliman
Keadaan-Nya yang mengetahui
Manawiyah
Kaunuhu jahilan
Keadaan-Nya yang bodoh
17
Kaunuhu hayyan
Keadaan-Nya yang hidup
Manawiyah
Kaunuhu mayitan
Keadaan-Nya yang mati
18
Kaunuhu samian
Keadaan-Nya yang mendengar
Manawiyah
Kaunuhu ashamma
Keadaan-Nya yang tuli
19
Kaunuhu bashiiran
Keadaan-Nya yang melihat
Manawiyah
Kaunuhu amaa
Keadaan-Nya yang buta
20
Kaunuhu mutakalliman
Keadaan-Nya yang berbicara
Manawiyah
Kaunuhu abkam
Keadaan-Nya yang bisu
3. D. Sifat Jaiz Bagi Allah Swt
4. Sifat Jaiz bagi Allah artinya boleh bagi Allah Swt mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut juga sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang boleh ada dan tiada.
5. Jaiz artinya boleh-boleh saja, dengan makna Allah Swt menciptakan segala sesuatu, yakni dengan tidak ada paksaan dari sesuatupun juga, sebab Allah Swt bersifat Qudrat (kuasa) dan Iradath (kehendak), juga boleh boleh saja bagi Allah Swt meniadakan akan segala sesuatu apapun yang ia mau.
6. Alhamdulillah selese juga akhirnya menulis artikel tentang 20 Sifat Wajib Allah dan 20 Sifat Mustahil Allah lengkap dengan dalil,arti dan penjelasannya
7. Referensi : dirangkum dari berbagai sumber
1. SIDDIQSiddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya.Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (QS An-Najm: 4~5)2.AMANAHAmanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud terpercaya, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu. (QS Al-A'raaf: 68)Mustahil Rasulullah SAW itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT.Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, Baginda menjawab: Demi Allah wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananyaMeskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda SAW.3.TABLIGHTabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu. (QS Al-Jin: 28)Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. (QS 'Abasa: 1~2)Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS 'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata: Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah. Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap melayani pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan? Rasulullah menjawab: Tidak. Maka ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Yala yang bersumber dari Anas.)Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu menurut standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah SWT telah menegur Baginda SAW.Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi. Jadi, mustahil Nabi itu kitman atau menyembunyikan wahyu.4. FATHONAHFathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.Semoga kita dapat menerapkan 4 sifat Baginda SAW di atas di dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan Allah SWT. Wallahualam.
Sebagai Sang Khalik, Allah swt memiliki sifat-sifat yang tentunya tidak sama dengan sifat yang dimiliki oleh manusia ataupun makhluk lainnya. Mengenal sifat-sifat Allah dapat meningkatkan keimanan kita. Seseorang yang mengaku mengenal dan meyakini Allah itu ada namun ia tidak mengenal sifat Allah, maka ia perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. Sifat-sifat Allah yang wajib kita imani ada 20, diantaranya:
Recommended