View
55
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada
keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan
Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk
merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai komuniti yang tinggal bersebelahan
tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya
dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,
hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian
antara etnik atau kaum. Perkataan etnik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ethnic”.
Kamus Collins Gem English Dictionary mendefinisikannya sebagai ras (race). Ilmu yang
mengkaji berkaitan dengan etnik dikenali sebagai “ethnology” iaitu klasifikasi manusia
berasaskan kepada faktor sosial dan kebudayaan. Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu
kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti
persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat,
bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka.
Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung
membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.
Malaysia sebuah Negara yang dikatakan unik kerana terdapat kepelbagaian etnik yang
mendiami didalamnya iaitu, etnik Melayu, Cina, India dan sebagainya. Walaupun begitu,
kepelbagaian etnik ini tidak mengugatkan keamanan yang dikecapi pernah tercalar dan hampir
musnah pada 13 Mei 1969 yang merupakan salah satu tarikh yang bersejarah di sandarkan
kepada tarikh tersebut. Sesetengah mengatakan 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam
sejarah, ada juga yang menggelarkannya sebagai peristiwa berdarah bagi Negara, ada juga
yang mengistilahkannya sebagai peristiwa pahit bagi penduduk ketika itu dan sebagainya.
Begitu tragis peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 sehingga sekarang ia menjadi sebutan.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di
sebalik peristiwa 13 Mei 1969. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi kita mengetahui
faktor-faktor tercetusnya peristiwa rusuhan diantara kaum di semenanjung Malaysia ataupun
lebih dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan sejarah tersebut berulang
kembali.
1
2
PUNCA-PUNCAYANG
MENYEBABKAN
BERLAKUNYA
PERISTIWA 13 MEI 1969
Kebencian Di
Antara Kaum Isu
Sensitif Sewakt
u Kempen Pilihanr
aya
Sistem Pendidi
kan Yang
Berasingan
Perarakan
Pengebumian
Kumpulan
Kongsi Gelap Cina
Ketidakseimbangan Ekonomi
2.0 Punca-Punca Tercetusya Peristiwa Rusuhan Diantara Kaum Di Semenanjung
Malaysia Pada 13 Mei 1969
Rusuhan diantara kaum di semenanjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai peristiwa 13
Mei 1969 merupakan suatu rusuhan pertama dan terburuk yang meletus bagaikan gunung
berapi di Malaysia. Letusan tersebut bukanlah tercetus secara tiba-tiba, tetapi ia meriupakan
suatu rentetan kepada sebab – sebab atau punca – punca peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Ekoran daripada itu, terdapat beberapa factor yang bakal dikupas satu persatu
yang merupakan pendorong kepada tercetusnya konflik di antara kaum.
2.1 Kebencian Di Antara Kaum
Sifat saling benci-membenci di antara kaum merupakan salah satu factor yang membawa
kepada tercetusnya “Perang Kaum” pada 13 Mei 1969. Secara umumnya, sifat sedemikian
sudah lama terpendam di dalam hati setiap kaum. Namun begitu, sifat sedemikian tidak
diterjemahkan melalui perbuatan sehinggalah setiap kaum benar-benar merasakan kesabaran
mereka tercabar dan sejurus dengan itu mereka bertindak mengikut perasaan tanpa
memikirkan kesan yang bakal diperolehi kelak tidak kiralah pada kaum sendiri, masyarakat
serta Negara.
Peristiwa layanan penjajah jepun yang berbeza-beza d antara kaum sewaktu zaman
Pendudukkan Jepun ternyata merupakan satu peristiwa yang dapat membuktikan titik
permulaan ketidakpuasaan hati diantara kaum yang akhirnya menimbulkan sifat kebencian
kaum Cina terhadap kaum Melayu. Orang Cina di berikan layanan yang buruk serta dihukum
oleh Jepun sebagai balasan mereka kerana memberi sokongan dan bantuan moral dan
material kepada golongan nasionalis Cina dalam “Perang China-Jepun”. Ekoran daripada itu,
orang Cina tidak mampu menahan lagi kekersan yang diberikan kepada mereka lalu mereka
bangkit dengan mencuba untuk menubuhkan Kerajaan Komunis Malaya yang akhirnya
membawa kepada bibit pertelingkahan kaum antara kaum Cina dengan kaum Melayu. Hal ini
kerana, ahli dan penyokong Komunis kebanyakkannya terdiri daripada orang Cina manakala
anggota pihak polis dan regim Malaya secara ekslusifnya adalah terdiri daripada orang Melayu.
Rentetan daripada peristiwa di atas, maka terdapat banyak lagi konflik perkauman yang
tercetus walaupun Tanah Melayu sudahpun mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
3
Konflik-konflik perkauman yang berlaku bukan sahaja telah menjarakkan lagi hubungan di
antara kaum malah menambahkan lagi perasaan saling membenci yang sudah sekian lama
disimpan. Sebagai contoh, rusuhan antara kaum Melayu dengan kaum Cina yang berlaku yang
berlaku dalam bulan julai 1964 sebagai tanda protes kaum Melayu terhadap kaum Cina apabila
hak keistimewaan serta kedudukan mereka tercabar. Selain itu, keadaan makin bertamabh
parah lagi apabila Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan kaum Melayu diangkat
menjadi “Bahasa Kebangsaan” serta satu-satunya bahasa rasmi sebagaimana yang termaktub
di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, semakin tebal tahap ketidakpuasaan hati orang
bukan Melayu terhadap orang Melayu kerana merekaberkecil hati dan beranggap bahawa
bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil akan menjadi bahasa kedua dan berada pada
tahap yang lebih bawah berbanding bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, makin
bertambahlah sifat kebencian orang bukan Melayu terhadap orang Melayu.
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa, sifat saling membenci diantara kaum
semakin bertambah kronik sehinggalah semuannya terluah di hari kemuncak rusuhan kaum
yang paling dasyhat terbesar dalam sejarah Malaysia serta melumpuhkan system demokrasi
yang dijalankan di Negara ini buat seketika. Pada masa itu, semua kaum bergolak dengan
perasaan masing-masing sehingga mereka sanggup bertindak diluar kawalan seperti
membakar harta benda, melaungkan kata-kata kesat serta berlaku juga kes-kes yang meragut
nyawa orang yang tidak bersalah. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi pada 1 Mei 1969
merupakan hari dimana perasaan semua kaum sedang bergolak.
4
2.2 Isu Sensitif Sewaktu Kempen Pilihanraya
Kempen pilihanraya dilaksanakan selama lima minggu sehinggalah Pilihanraya Negeri serta
Persekutuan dijalankan. Dengan kata lain, setiap parti yang bertanding dapat berkempen dalam
tempoh masa yang lama bagi menarik para pengundi masing-masing. Misalnya, parti MCA,
GERAKAN dan DAP menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh sokongan daripada
pengundi kaum Cina, ternyata ketiga-tiga parti tersebut menghadapi persaingan yang sengit
dalam meraih kepercayaan para pengundi.
Bertitik tolak dari kenyataan di atas, persaingan yang sengit antara parti-parti tersebut
untuk mendapatkan undian daripada kaum Cina telah mendorong sesetengah parti tersebut
menggunakan dan memanipulasikan isu-isu perkauman secara melampau berlebihan sewaktu
berkempen. Antara isu-isu perkauman yang digunakan secara meluas sewaktu berkempen
adalah berkaitan dengan isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan kaum Melayu, hak dan
kedudukan istimewa bumiputera Melayu, agihan pekerjaan dalam perkhitmatan awam dan
banyak lagi isu yang berbaur perkauman atau dikatakan sebagai isu sensitif turut dibangkitkan.
Rentetan daripada manipulasi isu-isu perkauman secara berterusan oleh orang bukan
Melayu telah mendorong kaum Melayu untuk bertindak balas. Misalnya, orang Melayu
mempersoalkan punca-punca ekonomi Negara yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu di
sebuah Negara yang majoritinya orang Melayu. Persoaan ini ternyata satu tanda protes
ataupun tidak balas terhadap kata-kata yang dilemparkan oleh parti pembangkang yang
majoritinya disertai oleh orang bukan Melayu. Daripada penjelasan diatas jelaslah bahawa, isu
perkauman yang dibangkitkan oleh parti pembangkang sewaktu berkempen telah mendorong
kearah memutuskan sifat saling memberi dan menerima antara kaum yang telah diamalkan
sebelum penubuhan Malaysia lagi.
Sejururs dengan itu, timbullah pelbagai persepsi antara kaum serta diiringi dengan
kemahuan untuk memberontak setelah maruah kaum dicabar. Oleh sebab itu, tercetuslah
peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan suatu tragedi berdarah di dalam pensejarahan
Malaysia. Hal ini kerana, semua kaum bangkit memberontak dan meluahkan perasaan yang
sudah lama terpendam pada hari tersebut.
5
2.3 Perarakan Pengebumian
Seterusnya, peristiwa 13 Mei 1969 dikatakan tercetus akibat daripada upacara “Perarakan
Pengebumian”. Parti Buruh telan membuat perancangan untuk mengadakan upacara
“Perarakan Pengebumi” secara besar-besaran pada 10 Mei 1969 iaitu pada hari
berlangsungnya pilihanraya. Maksudnya disini, upacara ini sebenarnya mempunyai muslihat
yang terselindung sejajar dengan matlamat utama mereka iaitu ingin menggangu kelancaran
perjalanan pilihanraya. Namun begitu, rancangan mereka gagal apabila pihak tidak
membenarkan mereka melakukan upacara ‘perarakan pengebumian’ pada 10 Mei 1969.
Sungguhpun demikian, pihak polis tetap memberikan kebenaran kepada mereka untuk
meneruskan upacara tersebut tetapi dengan mematuhi beberapa syarat. Antara syarat-syarat
yang mesti mereka patuhi ialah, perarakan tersebut mestilah tidak melebihi beberapa ratus
orang supaya perarakan tersebut tidak menggangu kelancaran trafik di Kuala Lumpur.
Pada hakikatnya, sebaliknya yang berlaku pada hari perarakan tersebut berlangsung
iaitu, perarakan tersebut disertai oleh ribuan orang. Pendek kata, mereka sedikitpun tidak
mengendahkan syarat yang ditetapkan oleh pihak poils. Tambahan pula, perarakan tersebut
telah mencetuskan suatu suasana yang diingin apabila orang yang menyertai perarakan
tersebut telah melaungkan slogan Maost dan memprovokasi orang Melayu yang menyaksikan
perarakan tersebut dengan menjerit Malaisi yang membawa maksud ‘Orang Melayu Pergi
Mampus’. Secara tidak langsung, laungan yang sedemikian sedikit sebanyak telah
membangkitkan rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina.
Oleh itu, makin bertambah parahlah rasa kebencian orang Melayu terhadap orang Cina
kerana laungan tersebut boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kaum Melayu.
Sejurus dengan itu, selang beberapa hari rasa kebencian akhirnya terluah sebagaimana yang
diterjemahkan pada 13 Mei 1969 yang merupakan rusukan kaum yang pertama di Malaysia.
6
2.4 Kumpulan Kongsi Gelap Cina
Selain daripada itu, kumpulan kongsi gelap Cina turut tidak ketinggalan dalam memainkan
peranan sebagai salah satu punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kumpulan kongsi ini
mula bertapak di Negara ini seiring dengan kehadiran gelombang pertama kedatangan
pendatang Cina pad kurun ke – 19. Penubuhan “Kumpulan Kongsi Gelap Cina” kebanyakkan di
dorong oleh hasutan komunis. Hasutan yang dibawa oleh komunis itu adalah berkaitan dengan
fakta bahawa majoriti anggota polis dan tentera di Malaysia adalah terdiri daripada orang
Melayu. Sehubungan dengan itu, keraguan serta ketidakpercayaan orang Cina terhadap orang
Melayu mula timbul. Buktinya, orang Cina merasakan bahawa mereka tidak boleh bergantung
harapan kepada institusi pertahanan dan keselamatan srta undang-undang untuk membela diri
mereka.
Keadaan bertambah parah apabila, keraguan serta salah faham orang Melayu terhadap
orang Cina turut timbul apabila sesetengah ahli “Kumpulan Kongsi Gelap Cina” ini juga turut
menganggotai cawangan-cawangan parti buruh yang dikuasai oleh Komunis. Oleh sebab
demikian, sesetengah ahli kumpulan tersebut sering bertindak untuk memenuhi objektif mereka
terutama sekali untuk mencetuskan huru-hara. Secara tidak langsung, berlakulah salah faham
diantara kaum Melayu dengan kaum Cina. Misalnya, orang Melayu kurang selesa dengan
tindakan kaum Cina yang mencetuskan beberapa perangan melalui “Kumulan Kongsi Gelap
Cina”. Manakala, kepercayaan orang Cina terhadap orang Melayu diragui kerana mereka
merasakan keselamatan mereka terancam. Ekoran daripada itu, wujudlah semangat
perkauman yang hebat sehingga membawa kepada permusuhan kaum. Justeru itu, lama
kelamaan fenomena tersebut telah mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu
suatu suasana kebangkitan kaum secara mengganas.
7
2.5 Ketidakseimbangan Ekonomi
Berikutnya, antara punca yang membawa kepada tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum berlaku
akibat daripada kesan dasar pemerintahan baru oleh pihak British iaitu, ‘dasar pecah dan
perintah’. Pihak British menjalankan dasar ini adalah semata-mata ingin mengaut keuntungan
demi mengukuhkan ekonomi mereka. Oleh sebab itu, pihak British amat memerlukan sumber
bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu.
Melalui dasar ‘pecah dan perintah’, pihak British telah mengelaskan kegiatan ekonomi di
Tanah Melayu mengikut jenis kaum. Kaum Melayu ditugaskan menjalankan ekonomi tradisional
mereka, iaitu lebih kepada ekonomi sara diri. Misalnya, kaum Melayu menjalankan aktiviti
bercucuk tanam dan penananman sawah padi. Oleh sebab itu, kaum Melayu ditempatkan di
kawasan kampong. Manakala, orang Cina diarahkan menjalankan ekonomi berteraskan
ekonomi moden iaitu aktiviti pembinaan, perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Oleh sebab
itu, pihak British menempatkan kaum Cina di kawasan Bandar dan pecan. Kaum India pula,
diarahkan menjalankan perusahaan getah maka sebab itulah mereka ditempatkan di estet.
Dasar ‘pecah dan perintah’ ini banyak mendorong kearah yang negative berbanding
positif. Buktinya, berlaku jurang ekonomi yang besar diantara kaum. Kaum Melayu dan India
terbelenggu dalam kemiskinan kerana kadar pulangan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
mereka kurang memberangsangkan. Manakala, kam Cina boleh dikatakan berada dalam
kelompok yang selesa, mewah serta berada kerana pulangan hasil kegiatan ekonomi moden
mereka cukup lumayan. Secar langsung, timbul perasaan ketidakpuasan hati kaum lain
khususnya Melayu terhadap kaum Cina kerana orang Melayu seolah-olah kehilangan kuasa
ekonomi di tanah air mereka sendiri. Hal ini kerana, orang Cina diberikan kebebasan serta hak
di dalam aspek ekonoomi oleh pihak British antaranya, mengawal kegiatan ekonomi di Bandar,
dibenarkan mengambil alih pelaburan-pelaburan British, mendapat kontrak Kerajaan ke atas
projek yang bernilai jutaan ringgit dan sebagainya. Manakala, orang Melayu hanya digalakkan
meneruskan kegiatan tradisional pertanian dan perikanan sahaja.
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, kebencian orang Melayu terhadap orang bukan
Melayu makin menebal. Akhirnya, perasaan tersebut sukar untuk dibendung lagi maka tidak
hairanlah jika peristiwa 1 Mei 1969 tercetus akibat daripada jurang ekonomi yang luas antara
kaum meletus dengan dasyatnya.
8
2.6 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Sistem pendidikan yang berasingan, iaitu tiada keseragaman, sebelum Laporan Razak
dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas system pendidikan nasional (Shamsul Amri
Baharuddin, 2007). Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Aliran
Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang
diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum
Cina dan Melayu. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah
Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat
rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan
negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari
negeri China dan India. Empat keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik
yang telah sedia wujud. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan
fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang
diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum
lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-
masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat
perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan
kaum di Malaysia.
9
10
Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Pembangunan Negara Selepas
Peristiwa 13 Mei 1969
Dasar Ekonomi
Baru (DEB)
Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Pembanguna
n Nasional (DPB)
3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia.
Kerajaan pimpinana Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika tidak
dibendung atau disekat, hal ini akan mencetuskan satu situasi yang lebih buruk. Justeru,
pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk
untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Maka, Dasar Ekonomi
Baru (DEB) telah diperkenalkan.
3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata
iaitu Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum dan Penyusuan Semula Masyarakat (Lee
Ban Chen, 2004). Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan
antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan
kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmoni
akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Oleh itu, untuk menjayakan DEB ini kerajaan
telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni
estet, petani nelayan dan pesawah. Melalui, strategi Penyusuan Semula Masyarakat dalam
DEB, kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah
berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan Negara. Dalam
dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan
perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum
Bumiputera pada tahun 1990.
Namun demikian, setelah tahun 1990, tahun yang dijangkakan untuk mencapai
matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum Berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti
pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu, banyak
juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatan isi rumah yang bertambah, kadar
kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi `telah
berkurangan. Menurut Profesor Madya Zulkifly Osman (2009), masih terdapat sasaran seperti
dalam objektif penyusunan semula masyarakat, gagal dicapai sepenuhnya. Kejayaannya juga
sering mundur kembali apabila ekonomi meleset.
11
Setelah menganalisis DEB dengan teliti, saya mempelajari bahawa sasaran objektif DEB
adalah sukar untuk dicapai dengan sepenuhnya, terutamanya berkait dengan matlamat
penyusunan semula masyarakat. Ia turut membuktikan bahawa selain kerancakan
pertumbuhan ekonomi, strategi agihan harus diterap setiap ketika dan kesedaran dalam
kalangan kumpulan sasaran supaya menghayati matlamat sebenar dasar berkenaan amat perlu
jika matlamat DEB ingin dicapai sepenuhnya. Usaha-usaha baru harus dicari bagi mewujudkan
suasana toleransi antara kaum dalam konteks menjadikan DEB sebagai citra Ekonomi Bangsa
bagi Malaysia.
12
3.2 Dasar pendidkan Kebangsaan
Dasar pendidkan Kebangsaan telah diperkenalkan hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang
berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ini telah termaktub
dalam Ordinan Pendidikan 1957(Fuziah Shafie dan Ruslan Zainuddin, 2000). Pada amnya,
dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa
dan keturunan melalui system pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan
kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah Bahasa Inggeris
diwajibkan di semua sekolah rendah. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah
menengah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah
menengah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.
Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 1970 tetapi mulai tahun 1983
semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu. Objektif utama
sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, social, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah
menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, menggalakkan
perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains
dan teknologi, menggalakkan perkembangan kebudayaan, social dan politik Negara
membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu
sama lain.
Pada pandangan saya, Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung
keperluan-keperluan Negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat Negara
untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan
secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran,
pelancongan, perkhitmatan, dan sebagainya. Oleh itu, dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi
keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya
dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan
dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras
dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyataan swasta secara aktif.
13
3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Kerajaan juga telah menetapkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sebagai sebuah Negara
yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek
kepelbagaian budaya antara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat
digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi
mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar kebudayaan Kebangsaan telah dirangka
berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971 iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebagsaan.
Setelah menganalisis dasar ini secara terperinci, saya mengetahui bahawa penggubalan
dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi Negara Malaysia yang
edang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan
budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang bersatu – padu serta mengekalkan identiti Negara di kalangan
dunia antarabangsa. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya
hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-
batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai
sebuah Negara yang merdeka dan bermaruah.
14
3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad
pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagimengantikan DEB dan terkandung dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJ P2) bagi tempoh tahun 1991-2000. DPB
masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan
seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Matlamat akhir dasar ini
ialah untuk mencapai perpaduan kaum. Ia juga bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat
dan mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi dapat
dicapai. DPB juga menitikberatkan isu- isu seperti perkembangan sahsiah diri untuk
kepentingan organisasi, masyarakat dan Negara.
Pada pandangan saya, DPB menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional
dengan mendurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi
antara negari dan antara kawasan bandar dan luar Bandar. Selain itu DPB juga
membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi disamping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang
positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara.
15
4.0 Cadangan
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan
keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.
Justeru variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi
menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban
rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban
kaum bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu,
sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan
efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia. Persoalannya, apakah usaha-
usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?
Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas
untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaum. Selain itu, sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga
mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan
dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa
Malaysia iaitu bahasa rasmi Negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah
kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti
slogan bhasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem
pendidikan Negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesame
kaum.
Penekanan kepada konsep ‘Malayanization’ ialah untuk membina satu bagsa Malaysia
yang mempunyau taat setia dan cintakan Negara serta dapat menyumbangkan kea rah masa
depan pembaangunan bangsa. Guru sebagai agen sosialisasi perlu membina generasi baru
Malaysia yang berpendidikan dan berkiblatkan Malaysia, menggunakan nahasa Malaysia
sebagai lambing penyatuan dan kekuatan budaya bangsa, menggunakan kurikulum
berorientasikan Malaysia dan mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan Negara
Malaysia. Sistem penilaian yang seragam juga diwujudkan untuk pensijilan dan pengiktirafan. Di
peringkat sekolah, para pendidik dikehendaki menanamkan bibit-bibit kesedaran baru untuk
penyatuan, perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan melalui mata pelajaran yang di
sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
16
Pendidkan menjadi alat untuk membina semangat patriotisme yang membawa
kesedaran kebangsaan, mendorong kepada membaiki maruah, nilai dan harga diri. Penekanan
yang serius bagi menanamkan nilai-nilai patriotisme bagi tujuan mewujudkan Negara Malaysia
yang mempunyai semangat ketahanan jiwa, social dan moral yang tinggi serta berupaya
menghadapi cabaran untuk menghadapi perubahan dan kemajuan. Guru sebagai agen
perubahan yang dinamik sering membuat satu pembaharuan teknik atau kaedah pengajaran
yang dapat menarik perhatian para pelajarnya dan sentiasa menekankan pemikiran yang
positif. Penekanan bahasa kebangsaan amat penting kerana bahasa kebangsaan menjadi teras
pembinaan bangsa Malaysia yang melibatkan penjanaan minda bangsa dengan menunjukkan
rasa bangga menggunakan bahasa tersebut sekaligus mempamerkan semangat patriotik
terhadap Negara dan unsur-unsur kenegaraan.
Dalam konteks ini, subjek sejarah amat penting dalam menerapkan nilai-nilai patriotism
di kalangan pelajar atau murid pada hari ini. Kerana dengan sejarah Negara, murid dapat
menghargai jasa-jasa tokoh Negara, semangat perjuangan antara semua kaum dalam Negara
untuk mengecapi kebebasan melalui kemerdekaan Negara. Hasilnya murid atau pelajar dapat
menghayati dan mensyukuri mikmat Negara hari ini dan sentiasa menanam nilai perpaduan
kaum untuk pembinaan bangsa yang harmonis. Melalui subjek sejarah juga, dapat memberi
tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang.
Selain itu, ianya juga diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem
pendidikan kebangsaan mempunyai semangat nasionalisme dan patriotism yang jitu. Malah
subjek sejarah juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat perpaduan
dalam kalangan generasi muda.
Perpaduan Negara adalah ditunjangi oleh warganegara Malaysia yang menepati
ideology Negara dan bersikap patriotik. Untuk melahirkan sebegini mestilah berpaksikan
kepada kemantapan rohani, ilmu yang benar dan tenaga kerja mahir. Oleh yang demikian
nasionalisme dan patriotism perlu ada dalam jiwa masyarakat kita dalam membentuk Negara
bangsa yang aman serta perpaduan yang kukuh di kalangan pelbagai kaum dalam Negara.
Inilah peranan guru yang mempunyai tahab profesianal yang tinggi dalam pembentukan watak
insan kamil demi kepentingan pembentukan Negara bangsa yang bersepadu.
17
5.0 Kesimpulan
Peristiwa 13 Mei 1969 membawa pengajaran kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi
baru bahawa keharmonian dalam kalangan kaum memainkan peranan dalam mengekalkan
kesejahteraan Negara. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,
adalah penting bagi kita untuk meneruskan perjuangan untuk mengekalkan keamanan dan
membangunkan Negara Malaysia.
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum
yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak,
malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara bangsa yang mencukupi bidang-
bidang politik, social dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata
petanda – petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina
Malaysia sebagai sebuah Negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa
13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang
Malaysia menjadi sebuah Negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat.
Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi
dan kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia,
ianya merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati
antara kaum, merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian Negara. Ramai di
kalangan kita seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat
dalam sejarah hitam Negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah dan para
pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan dating tidak
pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.
Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah
melupakan kita. Bagaimanakah kita boleh melupakan kalau kita tahu bahawa Rukun Negara
hasil Peristiwa 13 Mei? Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap
kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan
melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana mereka lupa sejarah.
Sejarah 13 Mei 1969. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan
semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah
mengatasi segala kesulitan untuk mencapi kemajuan dan kemakmeran yang tidak ada tolok
bandingnya.
18
Rujukan
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj . Ali, (1982). Malaysia sejarah dan proses
pembangunan: Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969. Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Lee Ban Chen, (2004). Sejarah sebagai hakim muktamad. Kuala Lumpur: Strategic
Information Research Development (SIRD)
Ramlan Adam, (2004). Bibliografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faktor Dan Kesan Peristiwa 13 Mei. (2014). Dilayari pada March 20, 2015, dari
http://jaudahspmtips.blogspot.com/2014/10/faktor-dan-kesan-peristiwa-13-mei.html
Kua Kia Soong (2005). 13 Mei Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan
1969 Malaysia. Selangor: Suaram Komunikasi
Mohd Ashraf Ibrahim (2013). Hubungan Etnik. Selangor: Oxford Fajar.
Peristiwa 13 Mei 1969. (2013). Dilayari pada March 19, 2015, dari
http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian
Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
19
20
Recommended