View
219
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
free
Citation preview
REFLEKSI
Lawatan Penanda Aras ke SK Sungai Dua Kuala Pilah
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana
dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan
Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk Sungai Dua Kuala Pilah ini
dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada
22 April 2015 iaitu hari Rabu. Tidak dilupakan kepada mentor kami iaitu Encik Jalil
bin Osman yang banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta
rakan sekelas. Pada semester kali ini iaitu semester lapan, kami telah diwajibkan
menjalankan program BIG iaitu lawatan penanda aras ini.
Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk
menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan
tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan
dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Sungai Dua iaitu salah sebuah
sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli
Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon
kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak Sk
Sungai Dua telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke
sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Kuala Pilah merupakan sebuah sekolah
berprestasi tinggi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan
sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam bidang sukan hoki dan mata
pelajaran Bahasa Melayu pada pada tahun 2013.
Apabila sampai di SK Sungai Dua, kami telah disambut dengan penuh mesra
oleh warga sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke padang sekolah yang begitu
selesa untuk mendengar taklimat daripada Puan Razanah Mohamad Penolong
Kanan Kurikulum dan Cikgu Hanafiah b. Ishak Sebelum majlis ramah mesra
dijalankan kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak sekolah untuk dijamu
kepada kami. Selepas itu, beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah,
kemudahan yang ada di sekolah, dan pencapaian sekolahdalam bidang sukan hoki
dan akademik .
Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang
melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-
dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam
menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini
secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih
mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Dalam
perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan
yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran
dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan
dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak mustahil
akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan cemerlang.
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan
tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan
komitmen sesama pelajar. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program
tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut
ialah ketiadaan kemudahan padang hoki yang standard untuk kegunaan murid.
Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa
ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu
secara langsung dan tidak langsung. Secara keseluruhannya, saya berpendapat
bahawa objektif BIG ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini
akan dapat diteruskan pada masaakan datang.
Recommended