View
264
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 (KPD3026)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Disediakan oleh :NURUL HANIM OMAR
D20122062097SEMESTER 1 SESI 2015/2016AT31-ISMP KEMAHIRAN HIDUP
Pensyarah: DR MOHMAD NOR B MOHMAD TAIB
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 5/10/2015Masa : 10.00 Pagi – 11.20 Pagi (80 Minit) waktu ke 5 dan 6Tingkatan : 1 BestariKedatangan : /20Matapelajaran : Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1Tajuk : JahitanSub tajuk : 1. Mesin jahit
Objektif Umum : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat mengetahui jenis-jenis mesin jahit, fungsi bahagian mesin jahit dan cara memasang benang atas dan bawah pada mesin jahit.
Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid boleh:1. Membandingbeza keempat-empat jenis mesin jahit dengan tepat.2. Menyatakan sekurang-kurangnya sepuluh daripada dua belas fungsi bahagian mesin jahit dengan betul.3. Memasang benang atas dan bawah pada mesin jahit mengikut urutan yang betul.
Isi Pelajaran : (Rujuk Lampiran A)
Bahan bantu belajar : Video, Slide (MS Power Point), lembaran kerja dan carta.
Strategi pengajaran : Berpusatkan guru, berpusatkan pelajar
Pengetahuan sedia ada : Murid telah didedahkan mengenai mesin jahit secara tidak langsung dalam kehidupan seharian.
Langkah keselamatan : 1. Memastikan LCD projector, kipas, lampu dan mesin jahit yang akan digunakan berfungsi dengan baik.2. Memastikan bengkel jahitan berada dalam keadaan tersusun dan bersih.
Perkara/Masa Isi PembelajaranAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru Aktiviti Murid
SET INDUKSI(4 minit)
Video Guru mengemukakan soalan secara lisan kepada beberapa orang murid:
1. Adakah anda mempunyai pakaian raya baru pada setiap tahun?
2. Adakah anda membeli, menempah atau menjahit sendiri baju raya tersebut?
Guru memperdengarkan sahaja bunyi klip video (bunyi mesin jahit) tanpa menanyangkannya.
Guru meminta beberapa orang pelajar meneka apakah bunyi tersebut. (Jeda)
Guru menayangkan klip video penuh tersebut dan mengaitkan video tersebut dengan tajuk pembelajaran hari ini.
Jawapan jangkaan murid ialah:
1. Ya. Setiap tahun mempunyai pakaian raya yang baru.
2. Ada yang membeli, menempah dan dijahit sendiri oleh ibu.
Murid mendengar bunyi tersebut dengan teliti.
Jawapan jangkaan murid ialah:Bunyi tersebut ialah bunyi mesin jahit.
Murid melihat tayangan video.
BBB:- Video
Nilai :- Keberanian- Hemah tinggi
Kaedah :Berpusatkan murid- Sumbangsaran (dalam
kumpulan besar)
KBKK :- Membuat ramalan
LANGKAH 1 (10 minit)
a. Mesin jahit Jenis mesin jahit
i. Mesin jahit kakiii. Mesin jahit tangan
iii. Mesin jahit elektrikiv. Mesin jahit elektronik
Guru bertanya kepada beberapa orang pelajar:1. Berapakah jenis mesin jahit yang
terdapat dipasaran?2. Apakah jenis mesin jahit yang
anda ketahui?
Guru menerangkan.
Jawapan jangkaan murid:
1. Terdapat empat jenis mesin jahit yang terdapat dipasaran.
2. Jenis-jenis mesin jahit ialah mesin jahit kaki, mesin jahit tangan, mesin jahit elektrik dan mesin jahit elektronik.
Pelajar mendengar penerangan guru.
BBB:- Slaid (Microsoft
Power Point)
Nilai :- Keberanian
Kaedah :Berpusatkan guru- Penerangan Berpusatkan murid- Sumbangsaran (dalam
kumpulan besar)
KBKK :- Menjana idea- Membanding beza
LANGKAH 2 (5 minit)
Latihan (Rujuk lampiran B)
Guru meminta pelajar memadankan gambar mesin jahit dengan nama dan penerangan yang betul.
Murid melakukan tugasan.Jawapan jangkaan murid:(sila rujuk lampiran B (ii))
BBB:- Carta
Nilai :- Keberanian- Kerjasama
Kaedah :Berpusatkan murid- Perbincangan
(secara berpasangan)
KBKK :- Membanding beza- Mengklasifikasi
LANGKAH 3(10 minit)
Fungsi bahagian mesin jahit- Tiang benang- Tuas pemegang benang- Tuas angkat- Ceper penegang benang- Spring penegang benang- Penekan jahitan- Gigi penolak- Pemegang jarum- Pelaras mata jahitan- Skru pemberhenti- Pemusing gelendung- Roda imbang
Guru menerangkan.
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan soalan sekiranya ada.
Murid mendengar penerangan guru.
Murid bertanya soalan.
BBB:- Slaid (Microsoft
Power Point)
Nilai :- Kesederhanaan- Hormat
Kaedah :Berpusatkan guru- Penerangan Berpusatkan murid- Sumbang saran
(kumpulan besar)
KBKK :- Menganalisis - Menjana idea
LANGKAH 4(6 minit)
Latihan (Rujuk lampiran C)
Guru meminta pelajar melengkapkan lembaran kerja yang diberi.
Guru memilih murid secara rawak untuk mengemukakan jawapan.
Murid melengkapkan lembaran kerja.
Murid memberikan jawapan.(sila rujuk Lampiran C (ii))
BBB:- Lembaran kerja
Nilai :- Kerjasama- Keberanian
Kaedah :Berpusatkan murid- Perbincangan - Sumbangsaran
(kumpulan besar)
KBKK :- Menjana idea
LANGKAH 5(32 minit)
- Memasang benang atas dan bawah pada mesin jahitLangkah-langkahnya sila rujuk Lampiran D (i) dan D (ii).
Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
Guru menunjukkan demonstrasi.
Guru mengarahkan murid untuk berlatih.
Murid berkumpul mengikut kumpulan.
Murid melihat demonstrasi yang dibuat oleh guru.
Murid berlatih secara bergilir-gilir.
BBB:- Carta
Nilai :- Kerjasama- Hormat
Kaedah :Berpusatkan guru- Demonstrasi Berpusatkan murid- Simulasi
KBKK :- Membuat sekuan
LANGKAH 6(3 minit)
Guru meminta ketua kumpulan menyimpan semula bahan yang digunakan.
Guru meminta pelajar lain untuk mengemas meja kerja dan bengkel jahitAn.
Ketua kumpulan menyimpan semula bahan.
Pelajar lain mengemas meja kerja dan bengkel jahitan.
Nilai :- Kerjasama- Hormat
LANGKAH 7(5 minit)
Penutup - Rumusan isi pelajaran dan
pembelajaran.
Guru meminta beberapa orang murid untuk merumuskan topik pembelajaran hari ini.
Guru membuat penambahbaikkan rumusan pengajaran dan pembelajaran serta nilai yang telah diterapkan pada hari ini.
Guru mengkehendaki murid untuk membuat lakaran artikel.
Murid membuat rumusan.
Murid mendengar penerangan guru.
Murid perlu menyiapkan tugasan.
Nilai :- Hormat - Rasional
Kaedah :Berpusatkan guru- Penerangan Berpusatkan murid- Sumbangsaran
(kumpulan besar)
KBKK :- Membuat inferens
Refleksi diri :
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B (i)
Mesin Jahit Tangan
Mesin Jahit Elektronik
Mesin Jahit Kaki
Mesin Jahit Elektrik
JENIS MESIN JAHITKETERANGAN
Ia merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis
jahitan atau corak dengan hanya menekan
butang tertentu.
Ia merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit
tangan. Kedua-dua tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki
digunakan untuk memusingkan roda imbang.
Ia merupakan mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.
Ia digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.
LAMPIRAN B (ii)
Jawapan
Mesin Jahit Tangan
Mesin Jahit Elektronik
Mesin Jahit Kaki
Mesin Jahit Elektrik
JENIS MESIN JAHITKETERANGAN
Ia merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis
jahitan atau corak dengan hanya menekan
butang tertentu.
Ia merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit
tangan. Kedua-dua tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki
digunakan untuk memusingkan roda imbang.
Ia merupakan mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.
Ia digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.
LAMPIRAN C (i)
Labelkan nombor bahagian-bahagian mesin jahit di dalam kotak di
bawah.
Ceper penegang benang Skru pemberhenti
Gigi penolak Tiang benang
Pemusing gelendung Penekan jahitan
Tuas pemegang benang Roda imbang
Spring penegang benang Tuas angkat
Pelaras mata jahitan Pemegang jarum
LAMPIRAN C (ii)
Jawapan
Ceper penegang benang Skru pemberhenti
Gigi penolak Tiang benang
Pemusing gelendung Penekan jahitan
Tuas pemegang benang Roda imbang
Spring penegang benang Tuas angkat
Pelaras mata jahitan Pemegang jarum
1
2
3
4
5
6
7
89
10
11
12
LAMPIRAN D (i)
(A) (B) (C) (D)
1. Longgarkan skru pemegang jarum. (A)
2. Pegang bahagian rata jarum menghadap skru. (B)
3. Letakkan jarum di atas skru. Ketatkan skru pemegang jarum. (C)
4. Pusingkan roda imbang menghala ke arah anda untuk menurunkan
jarum. (D).
1. Pasangkan buku benang pada tiang benang. (A)
2. Bawa benang dari tiang benang melalui ceper penegang benang.
(B)
3. Kemudian, bawa benang ke tuas pemegang benang dank e spring
pemegang benang. (C)
4. Masukkan benang ke dalam jarum mesin jahit. (D)
MEMASANG JARUM PADA MESIN JAHITMEMASANG JARUM PADA MESIN JAHIT
MEMASANG BENANG PADA BAHAGIAN ATAS MESIN JAHITMEMASANG BENANG PADA BAHAGIAN ATAS MESIN JAHIT
AC
B
D
LAMPIRAN D (ii)
1. Masukkan gelendung ke dalam
sekoci.
2. Tarik benang melalui alur sekoci
mengikut arah lawan jam.
3. Masukkan sekoci ke dalam kes di
bahagian bawah mesin dan lepaskan
pengunci sekoci.
1. Pegang benang pada jarum dengan
tanga kiri. Turunkan jarum ke dalam
lubang gigi penolak.
2. Naikkan jarum dan tarik hujung
benang perlahan-lahan serta bawa
keluar gelung benang daripada
gelendung.
3. Tarik gelung benang itu keluar
melalui permukaan mesin jahit
dengan jari.
4. Letakkan kedua-dua benang ke
bawah dan tarik ke belakang
penekan jahitan.
MEMASANG BENANG PADA BAHAGIAN BAWAH MESIN JAHITMEMASANG BENANG PADA BAHAGIAN BAWAH MESIN JAHIT
MEMBAWA BENANG BAWAH KE ATAS MESIN JAHITMEMBAWA BENANG BAWAH KE ATAS MESIN JAHIT
Recommended