View
234
Download
19
Category
Preview:
DESCRIPTION
Sedikit maklumat mengenai perkembangan PJ Suaian
Citation preview
1.0 Pengenalan
Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting
kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar
khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal,
sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka
kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau
tekanan yang dihadapi.
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum
pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun
matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di
Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang
pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh
matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi
penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi,
selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang
kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan
bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.
Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran dalam
menjalankan aktiviti. Mereka memerlukan pendekatan yang
berbeza kepada murid yang normal mengikut kemampuan dan kebolehan murid
berkeperluan khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi
golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang
dijalankan.
Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di
sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan
1
khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang
sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa.
2.0 Definisi PJ Suaian
Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada
semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami
pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti
pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti
terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi pelajar.
Pendidikan Jasmani Suaian bermaksud golongan yang kurang upaya boleh mengikuti
dan mempelajari kemahiran dalam PJ sama seperti golongan normal, tetapi dengan
beberapa cara mengikut tahap kemampuan mereka. Ini bermaksud, tenaga pengajar
menggunakan kurikulum yang sama, tetapi perlu menyesuaikan aktiviti yang mahu
dilakukan sewaktu kelas PJ.
Antara faktor-faktor penting yang perlu diberikan perhatian ialah tahap kemampuan
murid, kategori kekurangan, bahan bantu mengajar, dan juga persekitaran fizikal,
tempat dan masa. Ini perlu agar golongan kurang upaya masih menerima dengan
maksimum ilmu pengetahuan tanpa ada diskriminasi. Maka, hak dan keistimewaan juga
kesamarataan PJ untuk semua boleh dilunaskan.
3.0 Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Di Malaysia
Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:
1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka
2
Zaman Sebelum Penjajahan British
Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki
satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu
banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama
manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan
dan tidak memiliki objektif yang jelas.
Zaman Pemerintahan British
Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem
pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini
banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British.
Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-
syarikat Inggeris.
Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu
hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat
pendidikan jasmani diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah
sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad
kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.
Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada
tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran
yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar
di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar
pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan
di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala
di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para
3
mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003).
Zaman Sebelum Merdeka
Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk
menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi
sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di
England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah
menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun
1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka
dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.
Zaman Selepas Merdeka
Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan
oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa
penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu
sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani
mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas
memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan
untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003)
Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan
dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng
Hoe,1998). Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan,
gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu
matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.
4
4.0 Sejarah dan Perkembangan PJ Suaian di Malaysia
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani
tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana
merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang
tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan
empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini
menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan
amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.
Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini.
Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi
peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah
khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,
kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar
mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan.
Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti
pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan
perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan
pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi
oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana
terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan
otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di
kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat
melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah
deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan
mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih.
5
Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan
melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka
untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti
pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat
menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.
Subjek pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di semua
sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum Merdeka lagi. Walau bagaimanapun tahap
pengajaran telah menurun secara mendadak selepas kemerdekaan terutamanya pada
tahun 1970an (Hamdan Mohd Ali, 2002).
Antara masalah yang dikenal pasti ialah pengabaian subjek pendidikian jasmani kerana
tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan
dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari masyarakat sekolah dan
masyarakat ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan
matlamat pendidikan jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon 1987,
Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). Begitu juga dengan dengan aktiviti
pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas, walaupun terdapat garis
panduan yang yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Pendidikan khas 1979-1991
tetapi sehingga kini belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai
pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).
Pendidikan jasmani suaian merupakan satu kursus wajib yang telah diperkenalkan
untuk semua bakal guru ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan khas Bakal-
bakal guru diberi kursus secara teori dan amali mengenai pendidikan jasmani yang
diubahsuai untuk golongan khas. Lebih seribu orang guru yang mempunyai
pendedahan dalam subjek pendidikan jasmani suaian telah dikeluarkan sejak kursus ini
diperkenalkan pada tahun 1995. Walau bagaimanapun tidak terdapat ‘follow-up’ dan
pemantauan terhadap pengajaran guru dalam dan pelaksanaan program dalam bidang
ini.
6
Tambahan pula, walaupun di Malaysia banyak penyelidikan telah dibuat mengenai
pendidikan jasmani, seperti yang dijelaskan diperenggan di atas, malangnya
penyelidikan yang mengkhusus kepada pelaksanaan pengajaran-pembelajaran
pendidikan jasmani suaian untuk murid berkeperluan khas adalah di peringkat
permulaan.
Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk
golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal. Ini adalah kerana situasi
di Malaysia, umpamanya, tidak banyak kemudahan yang sesuai untuk memberi
peluang kepada golongan khas untuk beriadah samada di sekolah atau pun di luar.
Sementara golongan normal dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah, golongan khas
pula sukar mendapat peluang untuk turut serta.
5.0 Kepentingan, Perancangan dan Pelaksanaan PJ Suaian
Subjek pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di semua
sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum Merdeka lagi. Walau bagaimanapun tahap
pengajaran telah menurun secara mendadak selepas kemerdekaan terutamanya pada
tahun 1970an (Hamdan Mohd Ali, 2002). Begitu juga dengan dengan aktiviti pendidikan
jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas, walaupun terdapat garis panduan
yang yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Pendidikan khas 1979-1991 tetapi
sehingga kini belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan
aktiviti tersebut di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).
Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum
persekolahan.Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries,
1995). Pendidikan Jasmani Suaian terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pendekatan
kategori dan pendekatan tanpa kategori.
7
1. Pendekatan Kategori
- berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasi khas.
- dikelaskan kepada keupayaan spesifik yang sama
Murid istimewa boleh dikategorikan seperti berikut:
a) kategori yang melibakan ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas.
b) kategori berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Melibatkan keupayaan motor dan
ujian kemahiran.
c) kategori melibatkan ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan yang
normal. Ini melibatkan pencapaian individu dalam proses perkembangan motor.
2. Pendekatan Tanpa Kategori.
a) berdasarkan kepada ketidakupayaan spesifik.
b) lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebi luas.
c) mengemukakan sistem kategori alternatif dimana kes-kes ketidakupayaan
psikomotor digolongkan kepada tahap-tahap seperti ringan(mild),
sederhana(moderate), serius (severe) dan teruk (profound).
d) antara ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks – Oseretsky dan Ujian Motor
Kasar Ulrich.
e) memfokuskan kepada keupayaan individu (bukan label spesefik) untuk menjalani
program pendidikan khas.
Penempatan murid ke program pendidikan jasmani suaian bagi murid pendidikan khas
bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor. Proses yang terlibat ialah:
a. Mengumpul data berdasarkan ujian dan rekod
b. Menginterpretasi data melalui proses analisis
c. Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi.
8
Proses penilaian berlandaskan 4 tujuan yang utama:
i. Penapisan dan rujukan
ii. Diagnosis dan penempatan
iii. Pengajaran dan kemajuan pelajaran
iv. Klasifikasi sukan
Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan
melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka
untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti jasmani yang disesuaikan
dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini
mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig,
1989).
Pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan
normal. Ini adalah kerana situasi di Malaysia, umpamanya, tidak banyak kemudahan
yang sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah samada di
sekolah atau pun di luar.
Otot-otot yang kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap
yang melebihi optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar
di luar sekolah. Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu
mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami.
Selain itu aktiviti pendidikan jasmani juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat
menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal
yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan untuk golongan khas ini
berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai
kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan
yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.
9
Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu bersikap penyabar dan positif
apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Mereka perlu peka mengenai
perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai
pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti :
merancang kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam
aktiviti fizikal.
mengubah suai persekitaran untuk menggalakkan mobiliti dan pergerakan.
mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa dan
kesakitan kepada pelajar tadi.
Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar
khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang
pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan
konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri
(self-confidence).
6.0 Kaitan PJ Suaian dengan Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti dan
lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul
daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi
pengajian formal. Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam
kurikulum persekolahan. Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal
(de Vries, 1995). Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran
yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif,
afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang
untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang
dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005).
10
Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya
hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah
merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan
pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu
antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu
memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta
menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran
Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif
seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini
menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi
membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. selaras dengan usaha Falsafah
Pendidikan Negara untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
keluarga, masyarakat dan negara.
Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek
lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang
untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal.
Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan
khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot
dan deria yang tidak sempurna.
Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh
membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter,
Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan
rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program
terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu
dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998).
11
Oleh yang demikian, pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang
dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum
bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
12
Persembahan
Power Point
13
Rancangan
Pengajaran Harian
Pendidikan
Jasmani Suaian
14
Kertas Kerja
Projek
15
Recommended