View
336
Download
19
Category
Preview:
Citation preview
1
SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN EMPAT
2017
SEJARAH
Kertas 3 [1249/3]
Skema jawapan ini mengandungi 8 halaman bercetak
[Lihat sebelah]
2
PERATURAN PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 3 (1249/3) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 2017
1 Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara. [ 5 markah ]
F1 Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat kita lihat daripada kewujudan dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China dan artifak.
1
F2 Berdasarkan catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang serupa dengan apa yang terdapat di India.
1
F3 Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara abad ke-3 – 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india.
1
F4 Amaravati merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India.
1
F5 Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China
1
F6 Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan keagamaan dengan India.
1
F7 Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan India dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi.
1
F8 Bukti hubungan antara kerajaan Asia tenggara dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang gangsa yang dikenali sebagai Gendang Dongson di Vietnam Utara
1
F9 Ia juga dapat ditemui di Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), Thailand, Myanmar, dan Indonesia.
1
F10 Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja, malahan hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom
1
F11 Sebagai bukti, banyak manik-manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak).
1
F 12 Kewujudan dan kemajuan petempatan di atas menunjukkan
kawasan tersebut merupakan petempatan awal manusia di
Asia Tenggara yang kemudiannya berkembang menjadi
pelabuhan utama dalam kerajaan Asia Tenggara.
1
F13 Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang singgah di pelabuhan tersebut, di samping mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik.
1
F 14 Berdasarkan perkembangan dan kemajuan pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculan tamadun awal di Asia Tenggara dapat dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim.
1
F 15 Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan maritim di Asia 1
3
Tenggara telah bermula sejak abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3.
F16 Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3.
1
F 17 Antara kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti
berikut :
Abad ke-2 – 5 M. Funan, Langkasuka, dan Champa.
1
F 18 Abad ke-6 M Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi
Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni (Kalimantan), Kantoli
(Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah) 1
F 19 Abad ke-7 M Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan),
Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati (Selatan Thailand),
dan Sailendra (Jawa Tengah). 1
F 20 Selepas abad ke-7 M. Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala
Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung (Terengganu),
dan Temasik (Singapura). 1
F 21 Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
1
[mana-mana 5 x 1m = 5 markah]
2 Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara:
i. Kerajan agraria [ 10 markah ]
ii. Kerajaan maritim [ 10 markah ]
F1
i. Ciri –ciri dan kegiatan ekonomi Kerajaan Agraria.
Kerajan agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur
untuk aktiviti pertanian dan perternakan,.
1
F2 di kawasan pedalaman, 1
F3 lereng gunung berapi dan berbukit 1
F4 Kegiatan utama masyarakat agraria ialah menanam padi sawah
1
F5 di kawasan rendah dan rata, 1
F6 menanam padi huma di kawasan tanah tinggi dan berbukit 1
F7 serta mengumpul hasil hutan 1
F8 Tanaman sampingan yang diusahakan ialah seperti pisang, keledek, jagung dan sayur-sayuran.
1
F9 Menghasilkan tanaman rempah seperti bunga cengkih,lada hitam
1
F10 mengumpul hasil hutan seperi damar, kayu cendana, kayu 1
4
gaharu, tanduk, gading, kapur barus, buah-buahan hutan,sarang burung dan kulit kura-kura
F11 Menjalankan penternakan binatang seperti lembu, kerbau, ayam
1
F12 penangkapan ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua untung tujuan perdagangan.
1
F13 Tanaman makanan dan penternakan pada tahap awal hanya untuk sara diri saja.
1
F14 lebihan pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak terlibat dalam sektor pertanian khususnya bagi masyarakat bandar dan kerajan maritim
1
F15 Sungai merupakan alat perhubungan dan pengangkutan utama.
1
F16 Perhubungan melalui sungai menggalakkan aktiviti perdagangan.
1
F17 Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi perkembangan ekonomi pertanian yang pesat.
1
F18 Sebagai contoh, sistem pengairan di Angkor berasaskan
Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.
1
F19 Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan terusan, monumen dan mempunyai tukang yang mahir dan cekap.
1
F20 Wujud hubungan perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan masyarakat lain secara bertukar barang.
1
[mana-mana 10 x 1m = 10 markah]
F1
ii. Ciri –ciri dan kegiatan ekonomi Kerajaan maritim.
Kerajaan maritim ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan
ekonomi berasakan perdagangan dan kelautan,.
1
F2 serta mempunyai pelabuhan utama. 1
F3 Kerajaan ini terletak di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
1
F4 Pelabuhan dalam kerajaan maritim menyediakan segala kemudahan untuk pedagang
1
C1 seperti bekalan makanan, minuman, gudang, tempat berniaga, tempat membaiki kapal dan lain-lain.
1
F5 Kemajuan sesebuah kerajaan maritim bergantung kepada perkembangan perdagangan
1
F6 dan peranan yang dimainkan oleh Orang Laut untuk mengawasi keselamatan pedagang-pedagang yang berkunjung ke pelabuhan.
1
F7 Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan utama untuk tempat berdagang dan sebagai pelabuhan pembekal,
1
C1 iaitu membekalkan barangan hasil tempatan seperti emas, perak, timah serta bekalan keperluan makanan, dan rempah kepada pedagang-pedagang.
1
F8 Antara pelabuhan pembekal termasuk Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak).
1
5
F9 Sesebuah pelabuhan pembekal akan berkembang maju dan akhirnya menjadi pelabuhan apabila wujudnya kerajaan di situ.
1
C1 Antaranya, pelabuhan Srivijaya, pelabuhan Kedah Tua, Langkasuka, dan lain-lain.
1
F10 Pelabuhan kerajaan menjalankan peranan sebagai pelabuhan yang menghubungkan sesebuah kerajaan dengan kerajaan berhampiran.
1
C1 Misalnya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Champa. 1
F11 Perkembangan pelabuhan kerajaan sekali gus menarik pedagang-padagang asing untuk berkunjung dan berdagang di sana, seperti pedagang dari China dan India.
1
F12 Perkembangan dan kemajuan pelabuhan kerajan wujud melalui hubungan dengan kerajaan-kerajaan besar seperti China dan India yang telah mengubah kedudukan pelabuhan kepada pelabuhan entrepot.
1
F13 Pelabuhan kerajaan menjadi pelabuhan entrepot yang berperanan membekalkan keperluan pedagang-pedang asing yang memerlukan barang-barang tempatan
1
C1 seperti rempah ratus, kayu wangian, di samping mengumpulkan barangan dari pedagang-pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang-padagang tempatan atau yang lain yang singgah di perlabuhan tersebut.
1
F14 Kegiatan lain masyarakat selain daripada aktiviti perdagangan adalah menangkap ikan, memungut hasil-hasil laut, mengeluarkan logam emas dan timah.
1
F15 Wujud kepelbagaian penduduk yang terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang asing.
1
F16 Pengunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa perhubungan dan perdagangan adalah bahasa Melayu yang mejadi bahasa lingua-franca yang utama di Asia Tenggara.
1
F17 Mahir dalam soal-soal kelautan sehingga menjadi pelaut, pelayar, peneroka dan pedagang yang gigih.
1
F18 Kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk pelayaran jarak jauh.
1
F19 Berkeupayaan untuk belayar di laut berpandukan petunjuk dari bintang, bulan, angina dan ombak untuk menuju ke sesuatu tempat dan berkebolehan meramal sesuatu kejadian di laut
1
C1 seperti hujan, ribut, taufan dan angin berdasarkan pemerhatian kepada bintang, alam sekeliling dan lain-lain.
1
F20 Mudah menerima pengaruh luar dan disesuaikan dengan
keadaan masyarakat setempat sama ada dari aspek bahasa,
kebudayaan, kesenian dan lain-lain.
1
[mana-mana 10 x 1m = 10 markah]
6
3 Perkembangan kerajaan agraria [ 10 markah ]
F1 adalah kedudukan yang strategik 1
F2 Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur, 1
F3 keadaan geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian 1
F4 Kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbir atau raja untuk bertanggungjawab kepada kemajuaan sektor pertanian.
1
F5 Sebagai contoh, pembinaan sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar hasil, permasaran dan kawalan ke atas tanah pertanian
1
F6 Kerajaan agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. 1
F7 untuk kemudahan dan sumber bekalan dari sungai serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan air.
1
F8 Kerajaan agraria memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan untuk mengawal banjir.
1
F9 Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama pada musim kemarau
1
F10 dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama pada musim kemarau
1
F11
Tanaman padi dapat diusahakan sepanjang tahun. 1
F11 Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim 1
F12 untuk mendapatkan barang mewah daripada pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang kaca, tekstil dan senjata.
1
[mana-mana 10 x 1m = 10 markah]
ii. Perkembangan kerajaan maritim [ 10 markah ]
F1 Kerajaan maritim muncul dengan pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang strategik.
1
F2 terletak di kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sama ada Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa atau Laut Sulawesi.
1
F3 kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut. 1
F4 laut untuk menjaga keselamatan para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun.
1
kerajaan maritime bergantung kepada persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang.
1
F5 sebagai laluan perdagangan yang selamat. 1
F6 Kerajaan maritim pula memiliki kemahiran membina kapal dan
ahli pelayaran. 1
F7 Mereka mampu membina kapal dagang dan kapal perang 1
F8 Hal ini membolehkan mereka belayar ke wilayah-wilayah yang lebih jauh untuk berdagang.
1
F9 Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan tahan daripada pukulan 1
7
ombak
F10 kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang berhampiran kerajaan agraria.
1
F11 Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi peneroka laut, pelayar dan pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan.
1
F12 Mereka mahir dalam menentukan kejadian alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti ribut taufan dan puting beliung.
1
F13 Akhir sekali, perkembangan kerajaan maritime adalah daripada kesepakatan saling memerlukan dengan kerajaan agraria .
1
F14 Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang dagangan terutama beras sebagai eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian
1
F15 Kerajaan maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu yang baik untuk membina kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah.
1
[mana-mana 10 x 1m = 10 markah]
4
Sifat saling bergantungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim dalam tamadun awal di Asia Tenggara. [ 10 markah ]
F1 Kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai
1
F2 Dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi 1
F3 Mempunyai sistem pertanian yang baik hingga dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras
1
F4 Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria
1
F5 Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari negara luar
1
F6 Seperti China dan India 1
F7 Barangan mewah akan dijadikan sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria
1
F8
Antara barang mewah itu termasuklah tembikar asing khususnya tembikar China
1
F9 F9
Barang mewah yang lain ialah tekstil dari India dan China 1
F10 Serta pelbagai jenis gelas dan manik 1
F11 Sebagai tukarannya, kerajaan agrarian telah membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
1
F12 Bagi mendapatkan bahan mentah 1
F13 Seperti kayu yang baik untuk membuat kapal, 1
F14 Kerajaan maritime di Asia Tenggara terpaksa mendapatkannya 1
8
daripada kerajaan Pegu di Burma 1
F15 Gajah untuk kenderaan raja, diperoleh dari Burma dan Siam 1
F16 Tukang kayu dan tukang batu yang baik terdapat dalam kerajaan agraria
1
1
[mana-mana 15 x 1m = 15 markah]
5 Usaha -usaha memanfaatkan kesuburan tanah dan sumber alam di negara kita demi kesejahteraan hidup dan meningkatkan taraf ekonomi negara . [ 10 markah ]
F1 Menggunakan tanah secara optimum 1
F2 Mengelakkan pembaziran 1
F3 Mengusahakan tanah-tanah terbiar 1
F4 Melakukan penyelidikan dan pembangunan 1
F5 Menghasilkan pelbagai produk baharu 1
F6 Membangunkan kawasan hutan / pantai / tasik untuk destinasi pelancongan
1
F7 Meneroka kawasan baharu untuk industri minyak / gas / galian 1
F8 Memulihara khazanah hutan / binatang liar 1
F9 Menggunakan herba untuk tujuan perubatan / kesihatan 1
F10 Memulihara flora dan fauna 1
F11 Menjalankan kaji selidik untuk mengetahui kesesuaian tanah dengan jenis tanaman
1
F12 Menggalakkan penanaman jenis-jenis tanaman secara komersial
1
F13 Pelan pertanian melalui agensi-agensi seperti Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia dan FELDA untuk tanaman kelapa sawit
1
F14 Lembaga Lada Malaysia untuk tanaman lada hitam 1
F15 Lembaga Getah Malaysia memainkan peranan untuk peningkatan penanaman dan pengeluaran getah
F16 Lembaga Koko Malaysia menggalakkan penanaman koko dan meningkatkan jumlah eksport
1
F17 BERNAS memastikan pengeluaran beras dan penanaman padi berterusan
1
F18 Tanah digunakan secara komersial untuk beberapa jenis tanaman secara giliran
1
F19 Menjaga kesuburan tanah dengan bantuan sains dan teknologi 1
F20 Penggunaan baja dan bahan organik untuk menambahkan kesuburan tanah
1
F21 Mengadakan penanaman tanaman tutup bumi untuk menjaga struktur tanah
1
F22 Meningkatkan kerjasama dengan organisasi tertentu untuk mengadakan kajian tanaman baru untuk tanah yang kurang subur
1
F23 Menjalankan tanaman secara bergilir-gilir yang memerlukan zat / khasiat yang berlainan
1
F24 Memaksimumkan penggunaan lebihan dan tumbuh-tumbuhan untuk tujuan penghasilan baja organik
1
9
F25 Meningkatkan penggunaan tanah yang pelbagai jenis untuk pelbagai jenis tanaman
1
F26 Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman secara maksimum 1
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 10 x 1m = 10 markah]
6 Pencapaian dan kejayaan Malaysia sebagai kuasa maritim
Menjamin keselamatan perairan negara atau serantau 1
Menangani ancaman pencerobohan lanun 1
Menangani kejadian rompakan di laut 1
Mengurangkan jenayah maritim 1
Menangani kes-kes penyeludupan maritim 1
Mengawal jenayah merentasi sempadan 1
Memberi bantuan kecemasan di laut 1
Berjaya dalam operasi mencari dan menyelamat di laut 1
Mempunyai peralatan yang moden atau canggih / kapal rondaan / radar pengesan
1
Mendapat pengiktirafan dari negara luar 1
Mempunyai pelabuhan bertaraf dunia 1
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 10 x 1m = 10 markah]
7 a) Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor pertanian. [ 5 markah ]
b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas [ 5 markah ]
F1 Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah
kekurangan tenaga buruh.
1
F2 Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di sektor pertanian dan peladangan.
1
F3 mereka labih terarah kepada perkerjaan yang terdapat di bandar-bandar
1
F4 Kebanyakan tenaga buruh pula sudah tua. 1
F5 Seterusnya, cabaran Malaysia menjadi negara maju dalam sektor pertaniaan adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman.
1
F6 terutamanya tentang teknik-teknik pertanian secara moden dan komesial.
1
F7 Di samping itu, cabaran bagi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam sektor pertanian adalah kurangnya teknologi yang lebih maju dan berkualiti.
1
F8 Masih banyak lagi masyarakat kita mengunakan pertanian secara tradisional.
1
F9 Ini kerana pertani tempatan atau secara kecil-kecilan tidak 1
10
mampu membeli jentera atau mesin yang lebih berteknologi.
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 5 x 1m = 5 markah]
b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas [ 5 markah ]
F1 Antara langkah bagi mengatasi cabaran negara kita untuk menjadi negara maju dalam sektor pertaniaan adalah dengan mengunakan teknologi bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga buruh.
1
F2 Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan mengambil penganggur-penganggur negara kita untuk berkerja.
1
F3 Seterusnya, cabaran dalam kekurangan pengetahuan dan pengalaman petani boleh dibantu dengan menghantar anak bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang cara dan teknik yang terbaik untuk memajukan tanaman dan perladangan.
1
F4 Anak bangsa yang dihantar belajar di dalam mahupun di luar negara harus pulang ke negara kita semula dan memberi idea pertanian terbaik kepada masyarakat kita.
1
F5 Cabaran ini juga boleh diselesaikan dengan menghantar mereka yang pakar tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan yang aktif dalam sektor pertanian.
1
F6 Mereka yang pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian tentang cara-cara memajukan pertanian dan perladangan.
1
F7 Disamping itu, kekurangan teknologi dapat dielakan dengan mengadakan program yang berasaskan inovasi.
1
Hal ini dapat membuka pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari kotak
1
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 5 x 1m = 5 markah]
8 Nilai-nilai murni daripada kemajuan kerajaan awal yang boleh diterapkan demi
memajukan negara kita dalam sektor pertanian. [ 5 markah ]
F1 nilai saling membantu dan berkerjasama 1
F2 Seperti yang kita ketahui, kerajaan awal, agraria dan maritim saling memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka.
1
F3 Kerajaan awal juga saling berkerjasama untuk memajukan dan kelancaran pentabiran kerajaan mereka.
1
F4 Sebagai contoh, orang laut berkerja dan memberi kerjasama dengan pentabir mereka untuk menjaga keselamatan laluan pedagangan.
1
F5 Begitu juga negara kita Malaysia, negara kita melakukan hubungan diplomatik dengan negara luar bagi meningkatkan ekonomi mahupun pertanian
1
11
F6 Rakyat Malaysia juga memberi kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan Negara.
1
F7 Sebagai contoh, memajukan pertanian yang boleh dijadikan perniagaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi Negara.
1
F8 Seterusnya, kita juga perlu memiliki kretif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih lagi sebuah kerajaan yang besar.
1
F9 Misalnya, kerajaan agraria dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat mencipta saliran yang baik.
1
F10 Kerajaan maritim dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat kepakaran laut dan perkapalan juga memiliki tempat penyimpanan barang dagang.
1
F11 Malaysia juga harus mempergiatkan kretiviti dan inovasi bagi mengasah para pertani dan pengusaha untuk maju. Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutama pertanian.
1
F12 Disamping itu, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha
1
F13 Kerajaan awal menggunakan kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran setiap rakyatnya untuk memajukan kerajaan mereka.
1
F14 Malaysia juga boleh mengambir iktibar ini bahawa Negara kita berada dikedudukan geografi yang baik, tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun untuk memajukan sektor pertanian.
1
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 5 x 1m = 5 markah]
9 Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
[ 5 markah ]
F1 Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan perternakan.
1
F2 Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.
1
F3
Iktibar kepada diri, Negara dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sector pertanian negara kita
1
F4 Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai, kita perlu lebih berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut.
1
F5 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi peruntukan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi Negara
1
F6 Ini dapat memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu. Sebagai contoh, sektor pertanian dan perniagaan
1
F7 Saya juga berharap rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan inovatif kearah kejayaan diri
1
12
sendiri, Negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi Negara yang cerah.
F8 Saya juga berharap hubungn diplomatik Negara kita dengan rantau dunia baik.
1
F9 Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-
pelabur luar/asing ke Negara kita dan akan memajukan ekonomi
Negara.
1
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 5 x 1m = 5 markah]
Recommended