View
835
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Senarai Tugas Pendaftar Mahkamah Rendah (Sesyen / Magistret) 1. Tugas-tugas Sivil
a) Pemerosesan Kertas Kausa/Dokumen � Menyemak, menandatangani dan mengeluarkan saman baru. � Menyemak dan menandatangani writ. � Menyemak dan meluluskan draf Penghakiman / Perintah � Menandatangani Notis Permohonan dan dokumen-dokumen kes yang lain.
b) Mendengar kes-kes Penetapan Taksiran Bil Kos di bawah Kaedah-Kaedah
Mahkamah Rendah 1980.
c) Menguruskan permintaan penyampaian di luar bidangkuasa menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 / Arahan Amalan / pekeliling jabatan.
d) Mengendalikan pengurusan kes-kes rayuan sivil.
e) Penyelesaian / nasihat prosidur.
� Menyelesaikan pertikaian mengenai draf Penghakiman/Perintah antara pihak-pihak di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.
f) Memastikan bahawa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 dipatuhi dalam
segala aspek di Pejabat Pendaftaran. g) Menyelia perjalanan kes-kes perlaksanaan termasuk Kes-kes Saman
Penghutang Penghakiman, Distress, Writ Penyitaan dan Jualan dari peringkat ianya mula difailkan hingga ke tahap lelongan awam/ milikan kosong dan sebagainya.
h) Menjalankan tugas-tugas perundangan sebagai Majistret Kelas 2.
� Membicarakan kes-kes sivil di dalam kompetensi di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948.
� Menyebut kes-kes sivil dalam ketiadaan Hakim Sesyen/Majistret
2. Tugas-Tugas Jenayah a) Pemerosesan Kertas Kausa/Dokumen
Menyemak dan menandatangani:- � saman jenayah � saman jabatan
• sapina • waran • notis • apa-apa proses dokumentar lain.
b) Mengeluarkan perintah menahan reman bagi kes-kes:-
� di bawah Akta Penagih Dadah 1983 Seksyen 4 (1)(b) � di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 � membuat perintah lanjutan reman di penjara � Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ)
c) Menyempurnakan bon jaminan atas perintah Hakim/Majistret. d) Menimbang dan meluluskan jaminan serta menyempurnakan bon jaminan kes-
kes jenayah.
e) Mengeluarkan perintah mengkehendaki mana-mana orang yang berada di dalam penjara dibawa ke Mahkamah (order to produce) di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948.
f) Menyemak daftar dan rekod dari semasa ke semasa dan memastikan dipelihara
menurut undang-undang dan arahan tertentu. g) Mengawasi pergerakan kes-kes rayuan jenayah.
h) Menyebut / membicara kes :
� menyebut kes-kes jenayah di Mahkamah Majistret semasa ketiadaan Majistret.
� Membicara dan menjatuhkan hukuman dalam kes-kes di bawah bidangkuasa jenayah Majistret Kelas II.
i) Melupuskan ekshibit atas perintah Hakim/Majistret
Recommended