View
234
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Soalan Latihan RBT 3119
Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawanan
Bil. Usahawan Peniaga
1. Meneroka perniagaan yang berpotensi dan belum diterokai oleh orang lain.
Lebih cenderung memilih perniagaan
yang telah terbukti memberikan
keuntungan.
2. Skop aktivitinya luas. Skop aktivitinya sempit dan terhad.
3. Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi untuk berkembang maju.
Skala operasinya kecil dan
pengurusannya statik.
4. Berkeinginan untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna selain memperoleh keuntungan.
Hanya mementingkan keuntungan
sahaja.
5. Berusaha untuk membuat pembaharuan kepada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Lebih cenderung untuk menjalankan
aktiviti jual beli tanpa mewujudkan
pembaharuan.
6. Lebih cenderung untuk mewujudkan jaringan usahawan dan menggunakan jaringan usahawan untuk mendapat maklumat, mencari peluang dan menyelesaikan masalah.
Lebih cenderung untuk menjalankan
perniagaan secara bersendirian.
7. Mampu mencari peluang dan mengambil risiko secara berhemah dalam merebut peluang.
Hanya memenuhi permintaan yang sedia
terbukti.
soalan 1
Bezakan diantara usahawan dan peniaga. Jelaskan kenapa peniaga
bukannya seorang usahawan?
Soalan 2
Apakah factor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal untuk
mencapai matlamatnya.
Mengimpikan untuk menjadi sebagai seorang usahawan yang berjaya,
bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha yang kuat dan kental
untuk menghadapi dugaan dan ujian ketika menjalankan sesuatu perniagaan. Bukan
itu sahaja, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dalam menguruskan sesuatu
perniagaan yang jalankan.
Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal dalam
perniagaannya adalah seperti berikut:-
1. Strategi Pemasaran Yang Tidak Berkesan
Strategi pemasaran yang dilaksanakan tidak berkesan bagi menarik minat pelanggan
dan tidak mampu mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan mudah
tertarik dengan pesaing yang memiliki strategi pemasaran yang bagus dan berkualiti.
2. Tidak Berjaya Dalam Pengurusan Saluran Tunai
Tiada catatan dan rekod transaksi simpanan wang yang membolehkan aliran wang
keluar dan masuk diketahui dengan telus dan dikawal.
3. Khidmat Pelanggan Yang Tidak Mahir / Cekap
Usahawan hanya memikirkan strategi untuk mendapatkan pelanggan tanpa
memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Malah, untuk mengekalkan pelanggan
adalah lebih sukar daripada mencari pelanggan. Usahawan juga tidak memberi
latihan kepada pekerja untuk menjadi khidmat pelanggan yang cekap dan betul.
4. Lokasi Perniagaan Yang Tidak Strategik
Contoh lokasi yang tidak strategik seperti kedai perniagaan anda sukar untuk ditemui
oleh pelanggan atau kedai anda berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat
yang menyukarkan pelanggan untuk berhenti membeli barangan atau produk
pakaian.
5. Usahawan Yang Tidak Berfikiran Jauh
Usahawan yang memiliki permikiran ke belakang seperti tidak berfikiran global dan
futuristik. Mereka tidak mengambil tahu mengenai perkembangan semasa pelbagai
aspek perniagaan. Barangan atau produk yang dijual tidak menepati ciri-ciri terkini
dan menyukarkan pelanggan untuk meyakini produk tersebut. Ini menyebabkan
permintaan agak berkurang.
Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa seperti
menghadiri kursus atau seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada
rakan-rakan atau yang pakar dan membaca majalah serta laman web berkaitan
keusahawanan.
6. Mengambil Ringan Mengenai Aspek Perniagaan
Mereka beranggapan walaupun sudah lama bertapak dalam perniagaan, mereka
tidak akan jatuh atau menghadapi sebarang kesulitan. Jadi, mereka mengambil
ringan mengenai aspek perniagaan seperti tidak perlu berdaya saing, tiada idea
kreatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan serta terlalu yakin dengan
kelebihan diri yang sedia ada.
7. Kurang Modal Kewangan Syarikat
Tidak merancang kewangan dengan teratur dan bersistematik. Malah, tidak memiliki
modal yang mencukupi untuk berkembang dalam dunia perniagaan. Memberikan
kata-kata manis kepada pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan tersebut.
Perlu beringat, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik dan sempurna mampu
membuatkan perniagaan anda semakin berkembang.
8. Kurang Pengalaman
Usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa mempunyai pengalaman yang luas,
tidak mahir atau tidak minat dalam dunia perniagaan. Kebiasaanya, usahawan yang
bermula daripada bawah mudah berjaya dan kekal lama dalam perniagaan yang
dijalankan kerana pengalaman yang dimilikinya. Malah, mereka juga tidak mudah
mengalah dalam persaingan.
9. Suka Bertangguh
Dokumen yang diuruskan sepatutnya disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan,
tetapi disebabkan suka bertangguh, kerja menjadi semakin banyak dan bertimbun.
Malah, memberi kesan perniagaan pada syarikat anda dan menyebabkan proses
sesuatu kerja tergendala.
10. Rakan Kongsi Perniagaan Berpecah
Perniagaan gagal dijalankan dengan baik kerana rakan kongsi yang pecah amanah, tidak
sehaluan dan tidak bertanggungjawab
Soalan 3
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan campuran pemasaran? Nyatakan
mengapa seseorang perlu menyediakan rancangan pemasaran?
Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh
dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk
menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan
menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh
melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap
produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan
promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion).
a) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk
perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan
keperluan, samada barangan atau perkhidmatan.
b) Harga
Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk.
c) Saluran Agihan
Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan
terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau
pengguna perniagaan.
d) Promosi
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan
untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu
produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah
promosi ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan
persendirian.
KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN
a) Kepentingan kepada Individu
Pemenuhan Utiliti
Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti pemasaran dapat
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala
keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri.
Kehidupan yang lebih baik
Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan
pengguna menurut aliran semasa.
Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran
Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat. Pengguna mempunyai
banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik. Ini menjadikan sesuatu produk dan
perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga. Apabila wujud persaingan
organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang
sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih
produk yang dikeluarkan.
Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan
Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak
professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat. Peluang
pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara
tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
b) Kepentingan kepada Organisasi
Mempercepatkan Proses Pertukaran
Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan
dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan
meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.
Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan
Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang
tidak sesuai kepada sasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan
penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada
kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang.
Peluang perniagaan dalam industri berkaitan
Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran. Terdapat banyak peluang
kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan
pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan
karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan
seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.
Soalan 4
Jelaskan kenapa e dagang amat penting dalam dunia perniagaan
pada masa kini?
Kepentingan E-Dagang Dalam Dunia Perniagaan
i. Membekalkan lebih banyak maklumat kepada pelanggan dengan lebih
tepat dan pantas.
ii. Membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk
mengenalpasti, memadankan, serta membuat inovasi dalam produk.
iii. Cepat, mudah, selamat dan boleh dipercayai.
iv. Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana
mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain.
v. Mesra pelanggan, iaitu kaedah pencarian produk yang lebih mudah,
kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan,
sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk
yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.
Soalan 5
Apakah kekuatan dan kelemahan dalam perniagaan secara e
dagang.
Kekuatan e dagang
1)Menggantikan konsep manual
Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi
borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di
internet tanpa membuang masa dan tenaga.
2)Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai
jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan
menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di
dunia perniagaan tanpa sempadan.
3)Mengikut peredaran teknologi semasa
Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun
barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari
barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari
Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar
negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat
e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.
5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi)
Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat
kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana
pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.
6)Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi
pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan
di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
7)Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada
penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen.
Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk
mendapatkan barangan tersebut.
8)Keuntungan yang optimum
Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan
pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.
9)Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa
yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan
juga adalah rendah.
10)Waktu bekerja yang flaksibel
Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-
dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online
peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja.
Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
11)Bekerja dimana-mana
Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau
di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya,
asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak
langsung dapat menjimatkan masa selama 2 jam setiap hari, iaitu masa yang
diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan
minyak kereta juga dapat dijimatkan.
12)Perniagaan Automatik
Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di
automasikan.
13)Menceburi lebih dari satu perniagaan
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah
berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih
kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.
Kelemahan e dagang
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga
menggunakan e-dagang. Seperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada
sudut peniaga dan juga pelanggan.
Kelemahan Dari Sudut Peniaga.
Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat
mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang
sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan
menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui
penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan
yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan
ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan.
Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas
Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan.
Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali
mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan.
Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang
bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.
Kelemahan Dari Sudut Pembeli.
Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang
dibuat kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan
atau syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah
dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.
Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Seperti Diiklankan. Tidak semua
pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan
yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya
barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman
oleh pembeli.
Soalan 6 : Nyatakan sumbangan dan peranan usahawan dan perniagaan kecil.
a). Sumbangan dan Peranan usahawan.1. Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup hasil daripada keuntungan yang
diperolehi .
2. Membangunkan potensi diri dan ciri-ciri positif akibat daripada cabaran yang dihadapi. Ciri-ciri positif adalah seperti kreativiti, kegigihan, kemahiran, ketrampilan, berdikari, yakin diri dan tidak mudah berputus asa
3. Membangunkan kerohanian. Keusahawanan menyemai sifat sabar, syukur dan dermawan.
4. Keuntungan yang diperolehi melalui keusahawanan akan meningkatkan pendapatan sesebuah keluarga dan meningkatkan taraf hidup, seperti keselesaan, kesihatan dan pendidikan.
5. Memberi peluang pekerjaan dan mengelakkan pengangguran .
6. Meningkatkan status social.
7. Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.
8. Mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barang - hasil daripada peningkatan teknologi dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi usahawan.
9. Melahirkan masyarakat madani dengan menzahirkan nilai keusahawanan seperti bergotong royong, menepati janji, berjimat cermat bertanggungjawab, gigih berusaha dan jujur.
10.Pemangkin kepada pembangunan negara dengan membangunkan sumber-sumber yang ada.
11.Meningkatkan pendapatan negara melalui hasil cukai seperti cukai jualan, duti eksport dan import, duti eksais dan sebagainya.
12.Mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Ini kerana keusahawanan membangunkan pelbagai industri yang mengurangkan kepada pergantungan barangan import
13.Penghasilan pelbagai jenis produk menghasilkan pendapatan kepada negara dari segi pertukaran wang asing, Contohnya industri pelancongan.
a). Sumbangan dan Peranan Perniagaan Kecil.
1. Perniagaan kecil memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.
2. Perniagaan kecil adalah industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor pembuatan.
3. Perniagaan kecil juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap.
4. Perniagaan kecil membuka banyak peluang pekerjaan.5. Sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan
menjimatkan tukaran wang asing.
6. Mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik.
7. Membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan.
8. Membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
Soalan 7 :
Jelaskan kekangan dan masalah yang dihadapi oleh peniaga kecil dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.
a). Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai kekangan yang lazimnya tidak dihadapi oleh perusahaan besar. Antara kekangan tersebut ialah:1. Pendapatan tidak menentu.2. Risiko terhadap modal yang dilaburkan.3. Jangkamasa kerja yang panjang dan kerja.4. Suasana hidup yang tidak teratur.5. Tanggungjawab keseluruhan terhadap perniagaan.6. Risiko minda dan psikologi.7. Risiko sosial.
b). Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai masalah yang lazimnya tidak dihadapi oleh perusahaan besar. Antara masalah tersebut ialah:
1. Masalah untuk mendapatkan modal.(kekurangan modal)2. Masalah pemasaran.3. Masalah produk yang tidak pelbagai dan berkualiti rendah.4. Masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan.5. Masalah kekurangan mesin dan peralatan.6. Modal yang terhad.7. Kepakaran pengurusan yang rendah.8. Pengetahuan pasaran yang terhad.
Cara mengatasi :
1. Mengetahui perniagaan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci.2. Berusaha menyediakan rancangan sendiri.3. Pastikan urusniaga direkodkan.4. Memahami pasaran dan tabiat pelanggan.5. Mengurus kerja dan pekerja dengan cekap.
6. Sektor kewangan dan perbankan yang mantap telah meningkatkan keupayaan
pekilang-pekilang Malaysia, terutama Perniagaan Kecil untuk
mengembangkan operasi mereka dan mengeksport ke luar negara.
7. Selain kredit perniagaan biasa, banyak bank perdagangan dan institusi
kewangan telah dilantik Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan bayaran
geran kerajaan dan menyediakan kemudahan pembiayaan yang
diperuntukkan kepada Perniagaan Kecil.
8. Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik
dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi
negara telah bertambah, kerajaan akan terus memberi sokongan untuk
menguatkan lagi Perniagaan Kecil dengan memperkenalkan langkah-langkah
baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi
Perniagaan Kecil yang mampan.
9. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti ialah :
10. Memperbaiki sistem sokongan institusi.
11. Memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan.
12. Menaiktaraf kemahiran teknologi.
13. Mempertingkatkan akses pasaran.
14. Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak.
15. Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta
intelek.
16. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi
kawasan penyertaan yang lebih besar.
17. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di
dalam proses industri luar Bandar.
18. Memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan
mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.
Latihan tambahan.
Soalan 1 :
Ciri-ciri usahawan
1. Mengenalpasti peranan.
2. Mempunyai kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasional.
3. Bermotivasi.Kesediaan melakukan perubahan.
4. Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai produk atau
perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
5. Mempunyai pengetahuan pasaran yang disasarkan.
6. Mempunyai pengetahuan mengenai persaingan.
7. Mengetahui maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
8. Mengetahui maklumat mengenai Struktur kos, penetapan harga dan kadar
keuntungan.
9. Mempunyai pengetahuan mengenai kelakuan-kelakuan tertentu dalam
industri yang diceburi.
10.Sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di
dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal.
11. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang
akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah
dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Soalan 2 :
Strategi campuran pemasaran.
1. PRODUCT (PRODUK)
2. PRICE (HARGA)
3. P LA C E ( T E M P A T )
4. PROMOTION (PROMOSI)
1.Produk
1.Barangan atau perkhidmatan. (Produk mudah beli dan istimewa)2.Perlu memenuhi kehendak dan keperluan. 3.Keuntungan yang maksimum 4.Mempunyai kualiti, jenama,pembungkusan,jaminan dan khidmat sampingan.
a.Kualiti Kualiti tinggi untuk menjamin pasaran kepada barangan tersebut. Memuaskan hati pembeli dan pengguna.
b.Jenama Penjenamaan membezakan antara satu produk dengan yang lain.
c.Pembungkusan Pembungkusan mampu menarik minat pembeli, menjaga kualiti dan mutu. Gunakan plastik, kotak atau bekas plastik.
d. Pelabelan. Tulisan yang mudah menerangkanproduk dan kandunganya. e.Jaminan dan khidmat sampingan Pembeli merasa terjamin apabila membeli produk yang dijual. Ada tempat untuk membuat aduan.
2.HARGA
Harga ditentukan mengikut beberapa faktor:1.Permintaan Permintaan tinggi harga barang boleh meningkat contoh kereta. 2.Kos Kos pengeluaran dan berapa keuntungan boleh menjadi faktor penentuan harga. 3.Berdasarkan jenama mengikut keadaan pasaran.
4.Perkhidmatan juga menentukan harga.5.Keadaan ekonomi.6.Lokasi perniagaan.7.Syarat kredit dan diskaun pembelian.
3.TEMPAT
Selesa dan strategik.Ciri-ciri:
i) Jenis perniagaan- Menentukan tempat perniagaan - Perniagaan runcit.
ii) Modal yang ada - Modal tinggi utk kedai di bandar.
iii) Pesaingan dengan peniaga lain - Perlu mengkaji saiz pesaing, kelebihan dan kekurangannya. - Kalau lokasi banyak pesaing kena usaha cari pelanggan.
iv) Jenis pelanggan -meliputi umur, jantina, pendapatan, tingkat perbelanjaan,kebudayaan dan agama.
v) Kemudahan yang ada -Lengkap dengan kemudahan asas (tempat letak kereta).Mudah dikunjungi Suasana persekitaran .(kemudahan pengangkutan)
vi) Undang-undang dan kawalan zon -undang-undang ditetapkan oleh majlis kerajaan tempatan, dewan bandaraya dan majlis perbandaran
4.PROMOSI
1.Kaedah, cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang ramai.
2.Bertujuan utk mewujudkan, mengekalkan, menarik perhatian,menimbulkan minat,membangkitkan keinginan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk.
Aktiviti terbahagi kepada 4:
i) Pengiklanan
a) Iklan penerangan maklumat dan penerangan . Tidak mempengaruhi pembeli. Contoh Pameran dan Ekspo Sains di UM .
b) Iklan memujuk maklumat dan penerangan terperinci. Memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli . Contoh Smart Shop.
c) Iklan mengingat. memastikan pengguna terus menggunakan produk ini. Contoh: Ubat gigi, syampoo.
ii) Jualan langsung.
Jurujual datang ke rumah ataupun pejabat.Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual. Demonstrasi dilakukan untuk menyakinkan pengguna. Contoh …..
iii) Promosi jualan menambahkan kualiti jualan. hadiah percuma, cabutan bertuah dan jualan murah.
iv) Publisiti menggunakan media seperti suratkhabar, tv , radio dan sebagainya.
Soalan 3 :
Peranan dan jenis Bank Perdagangan, Bank saudagar dan Bank Negara.
1. Bank Perdagangan
Peranan utama bank perdagangan ialah:
Menerima simpanan. Memberi pinjaman. Menyediakan kemudahan pembayaran melalui cek. Menyediakan perkhidmatan wang asing. Memberi kemudahan pengiriman wang seperti cek kembara.
2. Bank Saudagar
Peranan utama bank saudagar ialah:
Terima simpanan dari syarikat besar Beri pinjaman Beri khidmat nasihat korporat Urus pelaburan syarikat berhad Tangung jamin terbitan syer
3. Bank Negara
Peranan utama bank negara ialah:
Mengurus, Mengeluarkan dan mengawal selia sistem kewangan negara.( wang kertas dan syiling , kawal kiriman wang ke luar Negara)
Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.-Sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan sebagai penasihat pelaburan kerajaan jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan.
Mengekalkan kestabilankewangan Negara dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan Negara yang baik..
SOALAN 4
PENYATA PENDAPATAN
Tujuan: • Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan
syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.
BUTIRAN PENYATA PENDAPATAN
- Hasil
- Keputusan aktiviti kendalian
- Kos kewangan
- Pembahagian keuntungan dan kerugian daripada syarikat sekutu dan
usahasama
- Belanja cukai
- Untung atau rugi daripada aktiviti biasa
- Kepentingan miniriti
- Untung atau rugi bersih bagi sesuatu
SOALAN 5
A.NISBAH UNTUNG
Peratus Untung kasar atas kos jualan
Untung kasar x 100Kos jualan
Peratus untung kasar atas jualan
Untung kasar x 100Jualan bersih
Peratus untung bersih atas jualan
Untung bersih x100Jualan
Pulangan atas modal Untung bersih x 100Modal awal
B.NISBAH KECAIRAN
Mengukir keupayaan syarikat untuk memenuhi komitmen jangkapendeknya daripada aset aset cair
1.NISBAH SEMASANisbah semasaLiabiliti semasa
Tujuan mengukur kemampuan syarikat menjelaskan hutang jangka pendek.
2. NISBAH UJIAN ASID
Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir – Belanja terdahulu
Jumlah Liabiliti Semasa
Nisbah ini menunjukkan hubungan antara aset semasa kecuali stok dan belanja terdahulu dengan liabiliti semasa. Ia menunjukkan kemampuan perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta-merta.
NISBAH UJIAN MAMPU
Nisbah Ujian Mampu = Jumlah liabilitI Jumlah Aset
Nisbah ini menunjukkan kemampuan perniagaan untuk meneruskan operasinya
C.NISBAH KECEKAPAN
1. 1.KADAR PUSING GANTI 2. STOK
KOS JUALAN STOK PURATA
2.TEMPOH KUTIPAN HUTANG
PENGHUTANG X 365JUALAN KREDIT
3.TEMPOH PEMBAYARAN HUTANG
PEMIUTANG X 365BELIAN KREDIT
SOALAN 6
KONSEP WANG MASA KINI DAN MASA HADAPAN
KONSEP WANG MASA KINI
- Nilai masa kini digunakan sebagai kaedah bagi menentukan nilai hari ini yang sanggup
dilaburkan atau didepositkan pada suatu kadar faedah tertentu bagi mendapatkan
nilai masa hadapan yang lebih besar.
KONSEP WANG MASA HADAPAN
Konsep wang masa depan adalah nilai wang masa kini yang dikompaunkan pada
satu kadar faedah.Proses ini membolehkan nilai wang yang ada bertambah pada
suatu kadar faedah atau kadar kompaun yang diterima.
CONTOH: Jalil memiliki RM 100 pada hari ini dan beliau menyimpannya di sebuah
bank dengan kadar faedahyang dibayar sebanyak 5% setahun, maka dia akan
menerima kembali RM 105 pada penghujung tahun tersebut. Jika simpanan tersebut
dikekalkan, maka dia akanmempunyai sejumlah wang yang lebih besar pada masa
hadapan. Oleh itu, proses peningkatan amaun daripada RM 100 pada masa kini
(nilai masa kini) kepada sejumlah wang yang lebih besar pada masa hadapan..
Proses ini membolehkan nilai wang yang ada bertambah pada suatu kadar faedah
atau kadar kompaun yang diterima
SOALAN 7
BERPUSATKAN GURU- SYARAHAN
- Demonstrasi/ tunjuk cara
- Bercerita
BERPUSATKAN MURID- Simulasi
- Lawatan
- Projek
- Permainan
- Perbincangan
- Pembelajaran koperatif
- Pembelajaran masteri
BERPUSATKAN BAHAN-Modul-Carta-Slaid-Pita rakaman-laman web-bahan/peralatan
SOALAN 8
INTERNET Wide Area Network (WAN)
Connectionless Sambungan berorientasi
Stateless Mesej tidak berdiri sendiri (dapat mengetahui mesej diterima)
Best-effort Menawarkan jaminan mesej akan dihantar
Tidak boleh dipercayai Lebih dipercayai
DISEDIAKAN OLEH :
ESVARY A/P RAJOO
PPG - 5H
Recommended