View
220
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
1/11
HBEF1503
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 2
2.0 KEKUATAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA 4
3.0 KELEMAHAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA 7
4.0 CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DASAR
PENDIDIKAN NEGARA 8
5.0 KESIMPULAN 10
6.0 RUJUKAN 11
1
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
2/11
HBEF1503
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Inilah yang
dikatakan sebagai negara bermasyarakat majmuk. Kepelbagaian masyarakat di Malaysia
menyebabkan negara ini dikenali di pentas antarabangsa. Tiga suku kaum terbesar di
Malaysia adalah kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Selain itu, suku kaum lain
yang terdapat di Malaysia adalah seperti kaum Orang Asli yang banyak terdapat di
Semenanjung Malaysia, kaum Iban dan Melanau di Sarawak dan kaum Kadazan serta
Murut di Sabah. Kesemua kaum ini mempunyai budaya dan bahasa yang tersendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat? Menurut Kamus Dewan (2005),
masyarakat ialah sekumpulan manusia yang hidup bersama-sama di suatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu. Kumpulan manusia ini membentuk sistem hubungan sosial yang
tinggal bersama di dalam satu kawasan serta menggunapakai sumber yang terdapat pada
tempat tersebut. Sistem hubungan sosial yang berterusan membolehkan hubungan yang
erat terbentuk di kalangan anggota masyarakat. Apatah lagi, kepelbagaian kaum yang
tinggal dalam satu kawasan yang sama. Perkongsian di dalam hidup bermasyarakat seperti
bergotong royong, menghadiri majlis perkahwinan, membantu jiran di dalam kesusahan,
menyambut perayaan di mana masyarakat mengadakan rumah terbuka atau menziarahi
jiran yang sakit tanpa memikirkan agama, budaya mahupun bahasa adalah satu cara hidup
yang amat diperlukan di dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Inimembolehkan perpaduan terbina di dalm kelompok masyarakat ini. Masyarakat inilah
dipanggil sebagai masyarakat majmuk.
Bagaimanakah kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia? Untuk memastikan
keharmonian dan perpaduan terbentuk di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, setiap
kaum perlulah bertolak ansur di dalam semua perkara. Ini untuk memastikan setiap kaum
merasakan kehadiran mereka di dalam negara ini dirasai dan tidak dipinggirkan oleh mana-
mana pihak. Salah satu ciri masyarakat majmuk yang diamalkan di Malaysia adalah hak
untuk mendapatkan pendidikan di dalam bahasa ibunda masing-masing di samping
mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di
dalam sistem pendidikan.
Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan
kepercayaan masing-masing walaupun Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia.
2
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
3/11
HBEF1503
Masyarakat dibenarkan mengamalkan kepercayaan yang dianuti selaras dengan
perlembagaan negara. Selain itu, masyarakat majmuk di Malaysia juga berkongsi
kebudayaan dan perayaan selagi ia tidak menyentuh akidah agama terutama bagi yang
menganuti agama Islam. Penganjuran rumah terbuka sempena perayaan kaum di Malaysia
di hadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun agama. Salah satu
perayaan yang disambut meriah oleh semua kaum di Malaysia adalah sambutan
menyambut kemerdekaan negara. Aktiviti yang dijalankan sempena sambutan
kemerdekaan ini telah dihadiri oleh semua kaum dalam membina perpaduan dan kerjasama
yang berterusan agar kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia aman dan sejahtera.
Pembinaan sebuah negara bangsa daripada negara yang berbilang kaum seperti
Malaysia adalah amat sukar. Oleh itu, wadah pendidikan adalah langkah terbaik untuk
menerapkan perpaduan kerana pendidikan diberikan seawal usia 6 tahun. Pelaksanaan
sistem pendidikan hendaklah berteraskan kepada pembentukan perpaduan. Maka dengan
itu, terbentuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara. Melalui Dasar Pendidikan Negara, mata pelajaran sejarah telah
dipilih sebagai wadah utama untuk pembangunan perpaduan serta kesepakatan hidup
dalam masyarakat majmuk. Penekanan pendidikan sejarah tertumpu kepada kesedaran
sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masadepan negara. Dengan itu, kajian-kajian telah dijalankan dari masa ke semasa dalam
memastikan hasrat ini dapat dicapai. Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan-
kelemahan yang boleh diperbaiki untuk memastikan sistem pendidikan sebagai alat utama
untuk mencapai perpaduan negara. Oleh itu, kajian mengenai kekuatan dan kelemahan
sistem pendidikan negara perlu dilakukan dalam tempoh tertentu agar segala kelemahan
yang ada dapat diperbaiki supaya perpaduan sedia ada dapat diperkukuhkan dan
dipertingkatkan kepada generasi muda yang sedia ada.
2.0 KEKUATAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Untuk menjadi sebuah negara yang aman dan makmur, pelbagai cara perlu
dipastikan agar perpaduan dan kesepakatan hidup bermasyarakat majmuk dapat
3
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
4/11
HBEF1503
dikekalkan. Oleh sebab itu, sejarah merupakan medium terbaik untuk melihat kepada
kelemahan dan akibat yang akan berlaku jika perpaduan tidak dipertahankan. Di dalam
sejarah negara, satu tragedi hitam telah berlaku pada 13 Mei 1969 di mana berlaku
pergaduhan kaum. Peristiwa ini mengakibatkan ramai yang cedera atau terkorban akibat
tiada perpaduan dan saling kepercayaan di antara kaum. Oleh sebab itu, pelbagai kajian
telah dibuat untuk memperbaiki sistem pendidikan negara sebagai alat perpaduan dan ia
telah dijalankan sebelum peristiwa 13 Mei 1969 lagi. Pada masa sekarang, hala tuju negara
untuk menjadi sebuah negara maju juga menyebabkan sistem pendidikan negara berubah
agar selari dengan kehendak kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk
memastikan harapan negara tercapai. Laporan daripada hasil kajian untuk memperbaiki
sistem pendidikan boleh dilihat daripada Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib
(1960) yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1961 serta Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1974.
2.1 SISTEM PERSEKOLAHAN YANG SERAGAM
Sistem persekolahan yang seragam telah dilaksanakan di bawah Akta Pendidikan
1961 yang telah digubal berdasarkan cadangan di dalam Laporan Razak 1956 serta
Laporan Rahman Talib 1960. Sistem persekolahan seragam telah diperkenalkan sebagai
medium perpaduan kaum pada waktu itu sehinggalah sekarang. Satu sistem persekolahantelah dibuka kepada semua kaum untuk diikuti. Pada waktu tersebut, pelaksanaan satu jenis
sekolah telah memberi kesan kepada sekolah aliran Inggeris di mana sekolah-sekolah
tersebut telah beransur-ansur ditukar kepada kepada sekolah aliran kebangsaan dengan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada masa sekarang, sistem ini diteruskan
walaupun sekolah rendah terbahagi kepada tiga iaitu sekolah kebangsaan (SK), sekolah
jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Ini kerana
pihak kerajaan memahami kehendak kaum yang mahu penggunaan bahasa ibunda di dalam
pendidikan rendah diberikan kepada anak mereka agar generasi muda mengetahui bahasa
ibunda mereka. Walaupun begitu, kurikulum yang seragam digunakan untuk sekolah
tersebut. Pendidikan menengah menggunakan satu aliran sahaja iaitu sekolah menengah
kebangsaan (SMK) dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal kecuali mata
pelajaran bahasa ibunda pelajar.
4
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
5/11
HBEF1503
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Falsafah ini digunapakai di seluruh sekolah di Malaysia tanpa mengira aliran
dengan tujuan melahirkan insan yang berguna kepada negara. Pemantapan dasar- dasar
pendidikan diteruskan di dalam sistem persekolahan seragam ini. Kerajaan meluluskan
Akta Pendidikan 1996 untuk meneruskan dasar sedia ada disamping beberapa dasar baru
yang ditekankan untuk memperkukuhkan perpaduan yang telah sedia ada. Beberapa jenis
pendidikan seperti prasekolah, pendidikan khas, pendidikan tinggi dan pendidikan swasta
ditekankan di dalam Akta Pendidikan 1996. Kesemua pendidikan ini dapat dinikmati oleh
semua kaum. Penubuhan sekolah wawasan dengan menggabungkan sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil di dalam satu kawasan
yang sama juga dibuat untuk menambah interaksi di antara pelajar pelbagai kaum
berdasarkan cadangan yang dibuat di dalam Akta Pendidikan 1996.
2.2 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA
Cadangan di dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang telah
dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1961 adalah penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Pewartaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan menjadikan Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi yang digunakan didalam segala urusan rasmi termasuklah penggunaannya di sekolah-sekolah. Penggunaan
satu bahasa ini adalah untuk menyatupadukan kaum dengan menggunakan satu bahasa
yang sama tanpa meminggirkan bahasa ibunda kaum-kaum lain. Ini boleh dilihat di sekolah
aliran yang lain. Bahasa ibunda tetap diajar kepada pelajar daripada kaum yang berkenaan
tetapi bagi mata pelajaran lain, penggunaan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantarnya. Ini sekurang-kurangnya membolehkan pelajar berlainan keturunan
berinteraksi di dalam satu bahasa yang sama di kelas. Ini akan membantu dari segi
pergaulan dan perhubungan sosial di antara kaum.
Penekanan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan
diteruskan dengan penubuhan sebuah universiti awam yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun
1971. Penubuhan universiti ini mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa
5
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
6/11
HBEF1503
Kebangsaan serta bahasa untuk ilmu. Ini disebabkan semua pengajaran yang diajar di
universiti ini adalah di dalam Bahasa Melayu.
2.3 KURIKULUM YANG SAMA
Pada masa sekarang, kurikulum yang digunapakai di semua sekolah tidak mengira
aliaran telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian
Pelajaran Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK). Segala pengajaran dan pembelajaran guru yang menggunakan sukatan pelajaran
yang sama dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Ini penting supaya
pembangunan murid adalah sama tanpa mengira kaum dan agama. Penekanan tentang
kurikulum yang sama telah dibuat pada laporan Jawatankuasa Kabinet pada 1974 yang
ditugaskan menyemak dasar pendidikan yang berbunyi:
Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pendidikan termasuk kurikulumnya,
dalam rangka dasar pendidikan Kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi
jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa
sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
Di dalam pernyataan di atas yang diambil daripada laporan Jawatankuasa Kabinetpada 1974 jelas menyatakan perpaduan adalah salah satu hasil daripada sistem pendidikan
selain memastikan tenaga kerja untuk negara. Laporan ini juga menekankan penggunaan
kurikulum yang sama di sekolah rendah dan sekolah menengah serta mengambil
peperiksaan awam yang sama. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) serta Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (1988) telah digubal dengan menitik beratkan cadangan
penggunaan kurikulum yang sama di semua sekolah. Hasil daripada kurikulum ini adalah
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan kedua-dua kurikulum ini
memperlihatkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam menjawab
peperiksaan awam.
3.0 KELEMAHAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA
6
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
7/11
HBEF1503
Sebelum ini, telah diperbincangkan mengenai kekuatan dasar pendidikan negara.
Walaupun kekuatan dasar pendidikan negara mampu untuk memupuk perpaduan
dikalangan masyarakat majmuk di negara ini, ia masih mempunyai kelemahan yang ketara
dan mesti diperbaiki untuk memastikan kesinambungan perpaduan terus utuh.
3.1 SISTEM PERSEKOLAHAN PELBAGAI ALIRAN
Jika dilihat senario yang berlaku sekarang, sistem pendidikan Malaysia masih
mengekalkan sekolah pelbagai aliran iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu berkenaan sekolah-sekolah ini adalah satu
isu sensitif bagi pelbagai kaum di Malaysia kerana melibatkan kepentingan dan pandangan
yang berbeza. Kerajaan sentiasa menitikberatkan tentang kualiti pendidikan. Tetapi, apakah
tindakan yang dapat dilakukan berkenaan dengan sistem sekolah pelbagai aliran ini?
Sistem sekolah di Malaysia masih mengekalkan sistem yang lama dan tidak mampu untuk
memupuk perpaduan kaum. Pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai tempat untuk
memupuk semangat perpaduan dan asas dalam membina perhubungan yang erat di antara
satu sama lain. Tapi, sekolah pelbagai aliran ini telah menjejaskan aspek perpaduan ini.
Sistem ini hanya akan menyebabkan hubungan di antara kaum semakin pudar kerana
sekolah adalah tempat pertama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk saling
mengenal di antara satu sama lain.
3.2 PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Dasar pendidikan baru iaitu Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris atau PPSMI yang dilaksanakan pada 2003 dengan tujuan untuk mempertingkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia merupakan satu contoh
kelemahan dasar pendidikan negara. Pelaksanaan dasar ini telah menyebabkan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
terhakis dan seterusnya mengganggu proses perpaduan masyarakat. Ini disebabkan
kebanyakan mata pelajaran di sekolah di ajar menggunakan Bahasa Inggeris dan seterusnya
kurang komunikasi di antara pelajar menggunakan bahasa kebangsaan. Ini disebabkan
semua pelajar menumpukan bagaimana untuk mempelajari subjek sains dan matematik di
dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, penggunaan dasar ini juga menunjukkan kerajaan seperti
7
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
8/11
HBEF1503
tidak konsisten untuk melaksanakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
seterusnya bahasa pengantar untuk semua urusan rasmi.
3.3 PENGISIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
Kurikulum dan aktiviti kokurikulum juga merupakan kelemahan yang ada di dalam
dasar pendidikan negara sekarang. Ini memberi kesan kepada masyarakat untuk
membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian di dalam kurikulum dan kokurikulum
mengikut kehendak masyarakat, nescaya tiada masalah timbul seperti mana yang berlaku
sekarang di mana reaksi negatif diberikan di dalam hubungan masyarakat Ini seterusnya
mengganggu perpaduan di dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sebagai contoh,
mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil tidak diwajibkan di sekolah kebangsaan. Ini
menyebabkan kedua-dua kaum ini tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Mungkin kedua-dua bahasa ibunda ini boleh dijadikan subjek pilihan untuk diambil oleh
pelajar Melayu. Dengan itu, pelajar Melayu dapat menguasai bahasa tersebut serta
merapatkan jurang pendidikan di antara kaum. Disamping itu, perpaduan akan terus
berkembang kerana masalah bahasa bukan lagi halangan kerana semua pelajar boleh
bertutur dalam mana-mana bahasa kaum sekalipun.
4.0 CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DASAR
PENDIDIKAN NEGARA
Kelemahan yang dapat dilihat di dalam sistem pendidikan negara haruslah
diperbaiki dan dikaji semula pelaksanaannya. Ini adalah untuk kepentingan perpaduan pada
masa akan datang.
4.1 PERANAN DASAR KERAJAAN
Cadangan pertama adalah berkaitan dengan dasar kerajaan. Kerajaan haruslah
merangka dasar yang mengikuti kehendak dan keperluan masyarakat supaya tidak timbul
masalah di kemudian hari. Melalui dasar pendidikan, kerajaan boleh memainkan peranan
dalam menggabung aktiviti di antara sekolah berlainan aliran dengan penglibatan murid
8
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
9/11
HBEF1503
dan guru. Selain itu, penyelarasan semula kurikulum di semua aliran sekolah dengan
memasukkan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek wajib. Pengisian aktiviti
kokurikulum hendaklah mengikut keperluan masyarakat agar dapat memupuk jati diri dan
semangat patriotisme.
4.2 SEKOLAH SATU ALIRAN
Untuk memupuk perpaduan di kalangan kaum di Malaysia, sekolah pelbagai aliran
seperti yang diamalkan sekarang perlulah dihapuskan dengan serta merta. Ini kerana tiada
kebaikan yang dapat diperolehi daripada sekolah yang mengikut kaum. Hanya masalah
yang akan timbul pada kemudian hari kerana setiap kaum tidak didedahkan dengan
perhubungan sosial yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat.
Pelaksanaan sekolah satu aliran ini perlulah merangkumi semua bahasa termasuk bahasa
ibunda kaum. Selain itu, elemen-elemen seperti kebudayaan dan adat resam sesuatu kaum
dipelajari oleh semua pelajar. Ini membolehkan setiap kaum mempelajari adat resam dan
budaya masyarakat lain agar keharmonian hidup bermasyarakat dapat ditekankan. Sekolah
satu aliran ini juga hendaklah dibuat sebagai sekolah satu sesi dengan masa pengajaran
hingga ke petang. Dengan itu, penekanan dari segi aspek kerohanian dan moral dapat
ditekankan. Pelajar pada masa sekarang sudah banyak mengalami masalah moral, disiplin
dan kelemahan akademik. Oleh itu, sekolah bukan sahaja sekadar untuk mendapat ilmuuntuk akademik tetapi juga untuk memupuk sifat moral yang baik di kalangan pelajar.
4.3 SEJARAH SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB DI SEKOLAH RENDAH
Sejarah merupakan satu subjek yang dapat mengingatkan kembali masyarakat
kepada peristiwa silam ketika perpaduan masih belum utuh lagi di Malaysia. Peristiwa 13
Mei 1969 merupakan peristiwa yang akan sentiasa dikenang di dalam lipatan sejarah. Oleh
sebab itu, penekanan subjek sejarah sebagai subjek wajib diambil daripada sekolah rendah.
Pelajar akan dapat menghargai perpaduan dengan lebih baik daripada sebelum ini. Ini
adalah kerana subjek sejarah menjadi satu keperluan dalam proses pemantapan
kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati
malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran dan pedoman dalam hubungan
di antara kaum. Melalui sejarah, pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan terbaik
9
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
10/11
HBEF1503
bagi generasi masa kini dan akan datang dalam membentuk sebuah negara bangsa.
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, integrasi nasional merupakan persoalan
yang sangat rumit dan menyukarkan proses pembinaan negara bangsa. Subjek sejarah
berperanan sebagai alat penting untuk memupuk perpaduan bangsa dan membina
masyarakat yang bersatu padu. Oleh sebab itulah subjek sejarah perlu diterapkan kepada
pelajar semasa di sekolah rendah lagi supaya minda mereka dapat menghayati konsep
pensejarahan itu sendiri. Diharapkan dengan cara ini, perpaduan melalui pendidikan dapat
diterapkan secara terus ke dalam diri para pelajar.
5.0 KESIMPULAN
Perpaduan merupakan elemen yang paling penting dalam membina negara bangsa
bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Daripada sebuah negara
yang majoritinya masyarakat Melayu hinggalah kemasukan masyarakat Cina dan India
semasa penjajahan yang mengubah lanskap masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu,
pendidikan merupakan satu wadah yang paling penting untuk memupuk perpaduan
masyarakat. Ini kerana semua kaum akan mengalami proses pendidikan di awal kanak-
kanak hinggalah ke alam dewasa. Oleh sebab itu, penggubalan dasar pendidikan melalui
kajian-kajian yang seterusnya menghasilkan laporan seperti Laporan Razak dan Laporan
Rahman Talib serta Laporan Jawatankuasa Kabinet membantu dalam merealisasikanperpaduan di dalam sistem pendidikan. Perpaduan ini diharapkan dapat membina negara
bangsa yang lebih utuh di masa hadapan. Selain itu, cadangan-cadangan yang diutarakan
dapat dilaksanakan untuk memastikan konsep masyarakat majmuk yang terdapat di
Malaysia dapat dikekalkan melalui dasar pendidikan negara yang sempurna.
( 2607 perkataan )
6.0 RUJUKAN
Dr. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin ( 2011 ),Pengajian Malaysia Edisi Keempat,
Oxford Fajar, Kuala Lumpur.
Dr. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismali & Zaini Othman ( 2010 ),Kenegaraan
Malaysia Edisi Kedua, Oxford Fajar, Kuala Lumpur.
10
7/31/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan HBEF1503 Mei 2012
11/11
HBEF1503
Dr. Syed Othman Alhabshi & Hasnan Hakim ( 2001 ),Dasar dan Pelaksanaan Sistem
Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di PWTC, Kuala Lumpur,
Kamus Dewan Edisi Ke 4 ( 2005 ),Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan ( 2010 ), Golden
Books, Kuala Lumpur.
Mior Khairul Azrin ( 2011 ), Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran dan
Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional, Sosiohumanika.
RUJUKAN INTERNET
http://gurusejarah.blogspot.com
http://notapismp.blogspot.com
http://pmr.penerangan.gov.my
11
http://pmr.penerangan.gov.my/http://pmr.penerangan.gov.my/Recommended