View
302
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Stail Penemuan Bercapah
1.0 PENGENALAN
Stail penemuan bercapah (Stail H) merupakan stail yang unik dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar akan terlibat secara langsung di dalam proses penemuan dan
membuat keputusan mereka sendiri di dalam sesuatu permasalahan yang ditugaskan
kepada mereka. Dalam autonomi Stail penemuan bercapah, tugas guru adalah untuk
membuat keputusan tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang khusus serta
logikal untuk disampaikan kepada murid.
Peranan pelajar adalah menyelesaikan masalah dan mempersembahkannya atau
membuat penemuan mereka sendiri tentang tugasan atau masalah yang diberikan kepada
mereka secara khusus.
Pelajar pula membuat pilihan mengenai tugasan dan tanggungjawab dalam
sesuatu perkara yang terpilih terdapat di dalam Stail H ini. Ini kerana Stail H melibatkan
kemampuan dan kesanggupan pelajar menerusi tindakan atau cara penyelesaian kepada
soalan yang diberi dalam pelbagai aspek kemahiran seterusnya membuat pelajar lebih
mengetahui dan memahami sesuatu.
2.0 OBJEKTIF
Stail penemuan bercapah ini telah berjaya dilaksanakan apabila tindak balas
diberikan dengan menyumbangkan pelbagai idea dalam menyelesaikan masalah tertentu.
Terdapat beberapa objektif dalam melaksanakan stail penemuan bercapah ini. Antara
objektif tersebut ialah;
Objektif mata pelajaran (Subject Matter Objectives):
1. Untuk mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian
kepada soalan atau masalah.
2. Untuk menghasilkan pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu.
3. Untuk mencari pelbagai kemungkinan alternatif yang boleh ada dalam setiap
konten.
1
Stail Penemuan Bercapah
4. Untuk melihat sesuatu dalam konten sebagai pembangunan dan perkembangan.
5. Untuk membina kebolehan dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu.
Objektif kelakuan (Behavior Objectives)
1. Hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan dapat menjadi
perangsang dalam rasa puas hati.
2. Untuk menjadikan pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui
rangsangan yang diberikan.
3. Untuk menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea
alternatif .
4. Untuk menerima pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam
menyelesaikan masalah atau sesuatu isu dengan cara penyelesaian yang berbeza.
5. Untuk bertolak-ansur dan menerima buah fikiran atau pendapat orang lain.
6. Untuk merasakan kekuatan emosi dan kognitif di mana peghasilan idea boleh
dibina.
3.0 STRUKTUR STAIL PENEMUAN BERCAPAH
Dalam kaedah ini penemuan memberi peluang kepada penemuan kepada kaedah-
kaedah yang menjadi pilihan. Namun walau bagaimanapun ia haruslah mengikut struktur
di bawah.
Stimulus Cognitif Dissonance Mediation Discovery
i. Stimulus ( Rangsangan )
Pada bahagian ini rangsangan yang diberi kepada murid dalam pelbagai bentuk
seperti mengemukakan masalah atau mencipta situasi. Perbezaan yang paling nyata
mengenai langkah ini ialah penemuan untuk membuat pilihan di atas penyelesaian
masalah yang telah di buat seperti di bawah: -
2
Stail Penemuan Bercapah
R1
R2
R3
RN(Bil yang tidak terhad)
Petunjuk:
S = Stimulus (Rangsangan)
D = Cognitive dissonance (Pencanggahan Kognitif)
M = Mediation (Pengantaraan )
R = Responses ( Tindak balas)
ii. Kognitif Dissonance ( Pencanggahan Kognitif )
Dalam tingkah laku yang melibatkan penemuan berfokus murid akan beralih ke
dalam satu keadaan pencanggahan kognitif di mana pelajar perlu mengetahui apa yang
mereka perlu buat seterusnya.
Keperluan ini mengarahkan pelajar untuk mencari ( Fasa Meditasi ) untuk
pelbagai penyelesaian masalah tersebut. Hasil daripada pencarian ini, lalu menghasilkan
pelbagai tindakbalas ( R1 ), pergerakan ( R2 ), strategi ( R 3 ), dan rekabentuk ( RN ).
Kesimpulannya pencanggahan kognitif adalah satu proses individu memberi idea yang
berbeza-beza dan lakuan yang berbeza-beza dalam menyelesaikan masalah yang sama.
iii. Mediation ( Pengantaran )
Bagi melaksanakan stail penemuan bercapah ini, penerangan umum tentang ini perlu
bagi membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini. Pada peringkat
permulaan, guru akan mengemukakan masalah kepada pelajar untuk diselesaikan.
3
S D M
Stail Penemuan Bercapah
Guru hanya bertugas mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar
daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru memerhati penglibatan setiap
pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Guru memberi
tindak balas dengan meminta pelajar mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian
kepada masalah tersebut. Masa yang mencukupi juga harus diberikan kepada pelajar
untuk mencari hasil yang dikehendaki.
iv. Responses ( Tindakbalas )
Ia bertujuan mencari keputusan dalam penemuan dan hasilan berganda serta stail
bercapah. Idea-idea terhadap tindak balas ini mungkin dinyatakan dalam maksud yang
berlainan di mana ia sangat unik kepada sesuatu perkara. Contoh dalam pelajaran fizikal,
tindak balas disampaikan menerusi pergerakan manusia. Proses ini tetap sama walaupun
disampaikan melalui pelbagai tindak balas.
3.1 PERLAKSANAAN STAIL PENEMUAN BERCAPAH
Perlaksanaan Stail Penemuan Bercapah Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran. Perkara yang paling penting dalam stail penemuan bercapah adalah:
1. Keperluan dan kesan stail penemuan bercapah
2. Matlamat utama bukan mencari jawapan yang betul tetapi
3. Keupayaan pelajar mencerakin maklumat.
Guru dan pelajar perlu memahami bahawa kedua-dua belah pihak perlu menerima tindak
balas yang telah diberikan daripada proses mencerakin berdasarkan soalan yang telah
diberikan.
Guru perlu merancang situasi yang membolehkan stail penemuan bercapah boleh
dilakukan termasuklah memberi penerangan kepada pelajar bahawa setiap idea yang
diberikan akan diterima.
4
Stail Penemuan Bercapah
Seterusnya guru menerangkan pembelajaran yang telah difokuskan dan juga
mengutarakan soalan yang boleh mencernakan pelbagai jawapan. Soalan yang telah
dibuat mesti berfokus kepada tunjang pembelajaran. Soalan boleh diberikan secara lisan
atau bertulis.
Setelah pelbagai pergerakan yang logik telah diterokai. Pada masa ini pelajar akan
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan topik pembelajaran yang dihasilkan daripada
mencerakin maklumat daripada stail penemuan bercapah. Masa mesti diperuntukkan
kepada pelajar untuk pelajar membuat penyelidikan, menerokai, bergerak dan menilai
pelbagai pergerakan yang boleh dilakukan dan guru perlu menunggu pelajar melakukan
aktiviti itu. Setelah pelajar selesai memberi tindak balas, guru akan menilai dan memberi
maklum balas. Penghargaan perlu diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan tindak
balas mereka telah diterima, ini adalah untuk mengalakkan mereka mencerakin maklumat
baru.
Pada peringkat ini guru perlu menjaga persekitaran agar dapat lebih banyak tindak
balas daripada pelajar ketika berkomunikasi dan proses penilaian di kalangan pelajar.
Sesetengah pelajar akan memberi tindak balas yang baik ketika proses stail pembelajaran
ini dan ada sesetengah pelajar yang pasif tidak memberi tindak balas yang baik. Guru
akan teruskan aktiviti mencerakin maklumat tanpa membuat pembetulan atau memberi
tindak balas kepada individu. Pembetulan hanya dilakukan apabila pelajar kurang pasti
dengan soalan yang dibincangkan. Pembetulan secara “verbal behavior” boleh
menguatkan proses kognitif. Contohnya: ’aktiviti ini adalah untuk membina kelenturan;
soalan yang diberi adalah untuk membina kekuatan”. Maklum balas yang diberikan
adalah pernyataan yang bernilai seperti: ” bagus, ini menghasilkan pelbagai design’;
“awak telah melakukan kerja yang cemerlang dengan menghasilkan pelbagai jenis idea”;
“ awak telah menghasilkan permikiran yang bercapah.”
Sesetengah topik memerlukan tindak balas yang pelbagai (proses P-F-D). Secara
rawak, tindak balas akan disusun secara sistematik mengunakan kriteria yang boleh
menjelaskan isi pembelajaran. Komen yang diberikan oleh guru kepada pelajar perlu
disertakan dengan pengesahan dan penghargaan. Keputusan mengenai cara memberi
komen dan menilai pelajar dalam stail pembelajaran ini adalah berdasarkan proses P-F-D.
5
Stail Penemuan Bercapah
Pada penghujung kelas, guru boleh mengumpul pelajar untuk membuat penutup.
Penutup termasuk memberi maklum balas kepada pelajar mengenai penglibatan mereka
dalam proses mencerakin maklumat.
3.2 CARA MELAKSANAKANNYA
Sebelum seseorang guru contohnya guru Pendidikan Jasmani Kesihatan
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan stail ini, mereka seharusnya
faham dan tahu apakah prosedur dan langkah-langkah perlaksanaannya. Ini kerana stail
ini memerlukan ketelitian dan kepakaran sewaktu perlaksanaannya.
Bagi melaksanakan stail ini, penerangan umum tentang gaya ini adalah perlu bagi
membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini. Pada peringkat
permulaan, guru akan mengemukakan permasalahaan kepada pelajar untuk diselesaikan.
Seterusnya Pelajar sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan akan
mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
Tugas guru hanya mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar
daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru akan memantau dan memerhati
penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang
diberikan. Guru memberi tindak balas positif dengan meminta pelajar mengemukakan
alternatif-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Masa yang cukup juga harus
diberikan kepada pelajar untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
Untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan stail
ini, perubahan tambahan perlu dilakukan dalam membuat keputusan. Tugas guru dan
pelajar berubah sekali lagi. Pengetahuan dan objektif baru akn tercapai (rujuk rajah di
bawah).
6
Stail Penemuan Bercapah
Rajah: Struktur stail penemuan bercapah
Sumber: Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.) New
York : Benjamin Cummings. M.s. 249
Rajah di atas menunjukkan aktiviti pembelajaran yang berlaku di antara guru dan pelajar
ketika menggunakan kaedah pembelajaran bercapah. Stail pembelajaran bercapah
melibatkan stail dari stail A,B, C hingga H.
Di dalam stail pembelajaran bercapah ini juga mementingkan cara memilih dan
melakar idea dan juga perkataan yang sesuai di dalam soalan atau isu yang membolehkan
penemuan bercapah dapat dilaksanakan. Perkara yang menjadi panduan untuk seseorang
guru memilih perkataan yang sesuai dalam membuat persoalan atau sesuatu isu adalah
berdasarkan tingkah laku lisan “verbal behavior”.
a. Memilih Dan Melakar Idea
Sesetengah jenis sukan telah mempunyai reka bentuk pergerakannya sendiri.
Pergerakan atau teknik sukan tersebut telah dinyatakan melalui pengalaman dan prinsip-
prinsip biomekanik. Oleh itu, dalam sukan tersebut, latihan dalam menghasilkan
pemikiran bercapah hanyalah sia-sia. Ini kerana sukan tersebut telah mempunyai
pergerakan dan teknik-tekniknya yang tersendiri.
Namun begitu, masih terdapat banyak aktiviti-aktiviti di dalam disiplin sukan
yang boleh dilakukan dengan pelbagai alternatif pergerakan. Contohnya dalam mencari
7
Stail Penemuan Bercapah
penyelesaian masalah tentang pelbagai gabungan pergerakan, bentuk-bentuk pergerakan,
latihan, tarian, dan strategi. Apabila penemuan bercapah digunakan dalam pendidikan
fizikal, lebih banyak operasi penemuan kognitif yang dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah.
Perkara utama dalam memilih dan melakarkan idea untuk penemuan bercapah
ialah berdasarkan daripada persoalan atau permasalahan yang diutarakan oleh guru. Guru
perlu menyatakan dengan jelas dan lebih fokus terhadap apa yang ingin ditanya. Semasa
mengajukan soalan guru perlu menyatakan kuantiti atau bilangan pergerakan yang
diingini. Contohnya, “berikan tiga aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
kekuatan otot”. Soalan ini jelas dinyatakan bilangan aktiviti yang diingini. Apabila
persoalan begini diajukan, pelajar dapat menyatakan dengan jelas tiga aktiviti
meningkatkan kekuatan otot yang mereka tahu.
b. Perkataan Di Dalam Soalan Atau Isu
Di dalam setiap stail penemuan, perkataan di dalam soalan adalah perkara utama
yang perlu dititik beratkan. Ini kerana perkataan yang kurang jelas boleh menyebabkan
jawapan yang diberikan tidak menjawab soalan sebenar yang ingin diajukan. Stail
penemuan bercapah mempunyai contoh soalannya yang terdiri dari 1) Contoh, 2) Bukan
Contoh. Di dalam Contoh untuk Penemuan bercapah, perkara yang perlu dinyatakan
adalah menyatakan tentang tugasan dan yang kedua ialah menyediakan pelbagai
kemungkinan respon atau jawapan yang berbeza-beza di antara setiap pelajar. Bukan
Contoh dalam penemuan bercapah pula tidak menyatakan tentang operasi penemuan
kognitif yang khusus. Soalanya diaju menjadikan pelajar hanya memberi satu lawapan
sahaja, sedangkan konsep penemuan bercapah adalah memberi atau mengembangkan
pelbagai idea untuk sesuatu masalah. Contoh Soalan atau arahan Bukan Contoh adalah
seperti “cari jalan untuk selesaikan masalah ini” atau “buat pergerakan kamu sendiri’.
Contoh Soalan ini tidak menyatakan dengan jelas bilangan atau kuantiti yang
dikehendaki.
8
Stail Penemuan Bercapah
c. Tatacara Lisan “Verbal Behavior”
Maklum balas dalam stail ini memerlukan verbal behavior yang boleh
meningkatkan dan menyokong stail penemuan bercapah. Analisis yang mengunakan
verbal behavior yang diaplikasikan dalam bilik darjah boleh menyelesaikan banyak
masalah dalam pembelajaran berasaskan fizikal. Contoh ucapan lisan yang sering
digunakan ialah:
Bolehkah kamu....
Berapa banyakkah cara yang boleh dilakukan.....
Hasilkan pelbagai cara yang berbeza.......
OK, tetapi apa lagi.....
Saya suka idea ini, idea ini bagus.....
Berikan perhatian! Lihat penyelesaian yang dilakukan oleh Ali....
Setiap lisan yang digunakan dalam mengalakkan pelajar mencerakin maklumat perlu
bersesuaian. Ini kerana ucapan lisan yang digunakan oleh guru memberi kesan kepada
stail pembelajaran ini. Contohnya ialah:
Bolehkah kamu..
Ucapan lisan ini membenarkan pelajar menyatakan ”tidak, saya tidak boleh lakukan!’ ia
membenarkan pelajar berhenti daripada proses mencerakin maklumat.
Berapa banyakkah cara yang boleh dilakukan.....
Ucapan ini juga menghadkan hasil dan membenarkan pelajar berhenti menghasilkan idea
baru setelah membuat satu tindak balas. Dari segi kesan positif, sesetengah pelajar yakin
pada kemampuannya untuk menghasilkan tindak balas dan pengunaan verbal behavior
dapat mengesahkan tingkah laku yang telah dilakukan oleh pelajar.
9
Stail Penemuan Bercapah
Hasilkan pelbagai cara yang berbeza.......
Ia mengalakan pelajar menghasilkan idea yang boleh diguna pakai. Tetapi kepada
sesetengah pelajar yang telah berusia ucapan lisan ini menyekat proses kognitif. Pelajar
akan lebih memikirkan berapa banyak cara yang ada?. Oleh itu mereka buntu dan tidak
boleh menghasilkan idea dan memberi kesan kepada proses kognitif. Akibatnya pelajar
akan mula menyatakan ”saya tidak tahu” dan hasilnya pelajar menamatkan proses
mencerakin maklumat.
OK, tetapi apa lagi.....dan ”Awak boleh lakukan lebih baik daripada itu”.
Ucapan lisan ini menolak tindak balas pelajar. Ucapan lisan ini menunjukkan bahawa
penyelesaian yang diberikan oleh pelajar kurang bernilai di mata guru. Ini juga
menyatakan bahawa guru mempunyai jawapan yang spesifik dan oleh kerana itu guru
tidak dapat menerima jawapan pelajar. Dan ini berlawanan dengan konsep stail
pembelajaran bercapah. Ia akan menghentikan proses mencerakin maklumat. Pelajar akan
berhenti dari melibatkan diri dalam proses mencerakin maklumat.
Saya suka idea ini, idea ini sunguh dahsyat.....
Oleh kerana sukar untuk menghasilkan idea yang dahsyat, pelajar akan berhenti memberi
tindak balas. Ini juga akan membatalkan tindak balas yang diberikan oleh pelajar sebelum
ini.
Pilihan Dalam Menggunakan Verbal Behavior
”Nyatakan tiga cara melakukan....”.
Verbal behavior ini dapat menghapuskan halangan yang berpotensi dalam penggunaan
lisan BOLEHKAH ”can”.
Ucapan lisan ini juga dapat menghapuskan sebutan AWAK ”you”.
Bilangan cara yang dinyatakan boleh memudahkan pelajar mengurus maklumat yang
perlu dicerakinkan.
Apabila penyelesaian telah diperolehi, guru perlu mempamerkan sikap penerimaan yang
semula jadi (neutral acceptance) ini boleh menunjukkan pada pelajar bahawa setiap
tindak balas yang diberikan adalah betul. Penerimaan awalan merupakan salah satu
10
Stail Penemuan Bercapah
menghasilkan pemikiran kognitif. Setelah pelajar berjaya menyatakan lebih daripada tiga
penyelesaian, ia akan mengurangkan sikap teragak-agak pelajar dan memotivasikan
pelajar untuk menghasilkan lebih banyak tindak balas.
Penggunaan verbal behavior boleh mengalakkan proses mencerakin dan
menghasilkan pelbagai penyelesaian, seperti: ”Betul, dan sekarang hasilkan lagi tindak
balas yang mungkin. Awak bagus dalam menghasilkan tindak balas pemikiran yang
bercapah.” ”Berikan perhatian! Lihat penyelesaian yang dilakukan oleh Ali....” dan
apabila demonstrasi telah tamat. Katakan, ” Cemerlang Ali!” ia seolah-olah komen yang
positif tetapi mengelirukan pelajar dalam menetapkan standard dalam aktiviti itu.
Kebanyakkan guru percaya gambaran yang ditunjukkan ini adalah penyelesaian yang
bagus dan memberi motivasi kepada pelajar lain, tetapi ia memberi kesan yang
berlawanan. Ia mununjukkan satu penyelesaian yang diingini oleh guru. Dalam stail ini,
kecenderungan guru tidak boleh terlalu ketara. Selalunya selepas ucapan lisan ini, pelajar
akan sempitkan tindak balas dan cuba meniru tindak balas yang dilakukan oleh Ali tadi.
Akhirnya pelajar akan menolak proses mencerakin maklumat.
Tugas guru adalah untuk memerhati dan menerima penyelesaian yang telah
dilakukan oleh pelajar. Apabila pelajar tidak berjaya menghasilkan penyelesaian yang
diingini, guru memberitahu pelajar bahawa penyelesaian yang dilakukan oleh pelajar
tidak memenuhi parameter yang diingini. Jelaskan kembali fokus kriteria aktiviti itu.
Contohnya ialah ”tindak balas ini tidak sah kerana ia tidak menyelesaian masalah pada
bahagian tangan, teruskan mencari penyelesaian yang sesuai.”
3.3 TIGA PERINGKAT DALAM PELAKSANAAN STAIL PENEMUAN
BERCAPAH
i. Pra Impak
Guru perlu memberi perhatian kepada cara untuk melakukan pembelajaran
berasaskan stail penemuan bercapah. Guru perlu mengenalpasti unsur yang khusus,
11
Stail Penemuan Bercapah
urutan dan struktur aktiviti, dan mengenal pasti tugas yang membolehkan pencerakian
maklumat boleh berlaku. Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan
pembelajaran ialah:
a. Menyatakan secara general mengenai topik pembelajaran yang akan diajar.
(contoh Daya Tahan Otot).
b. Menyatakan tunjang pembelajaran (contoh variasi aktiviti untuk meningkatkan
daya tahan otot).
c. Melakarkan satu atau turutan masalah/ situasi/ soalan yang membolehkan pelajar
melakukan aktiviti mencerakin maklumat.
ii. Set Impak
Dalam bahagian ini guru perlu melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
sebelum ini. Guru perlu mencatatkan segala aktiviti yang dilakukan di dalam Rancangan
Pengajaran Harian. Oleh kerana kesan dan pemahaman murid terhadap isi kandungan
mata pelajaran yang diajar bergantung kepada stail ini, terdapat beberapa pembolehubah
yang boleh digunakan dalam menggunakan stail ini. Sesetengah tugas menggunakan stail
ini sebagai satu episod, kerana ia memerlukan banyak masa sekiranya ingin mengunakan
kaedah ini secara berjujukan. Perkara yang paling penting ketika merancang
pembelajaran stail ini ialah ia perlu sesuai dengan subjek yang diajar. Dan pemilihan
aktiviti yang bersesuaian penting untuk memastikan pemahaman pelajar ditahap yang
dikehendaki.
Dalam set impak ini pula, pelajar memainkan peranan yang utama dalam mencari
penyelesaian masalah di mana pelajar menentukan jenis-jenis idea atau kesimpulan bagi
menentukan cara penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan. Pelajar menemui
alternatif-alternatif jawapan atau kesimpulan untuk mencari penyelesaian masalah.
Kesimpulan atau alternatif yang diperolehi dalam mencari penyelesaian menjadi asas
utama yang akan dibincangkan oleh guru.
12
Stail Penemuan Bercapah
iii. Pasca impak
Dalam set pasca impak ini, pelajar membuat penilaian berkenaan cara
penyelesaian masalah yang ditemuinya sama ada sesuai atau tidak. Jika maklum balas
kendiri menyatakan tidak, pelajar akan mencuba alternatif-alternatif yang lain. Cara
penilaian ini dilakukan dengan menggunakan dua teknik iaitu:
i. Melakukan aktiviti itu dan menilai sendiri hasil yang diperolehi
ii. Merakam kelakuan atau kesimpulan itu dengan mengggunakan rakaman video
atau melalui pemerhatian guru
Semakin banyak penglibatan para pelajar dalam fasa pasca impak ini semakin
banyak pula objektif-objektif stail ini akan diperolehi.
3.4 PERANAN GURU DAN PELAJAR
Peranan guru termasuk:
1. Sebagai pengurus dan penilai.
2. Untuk membuat keputusan mengenai permasalahan yang hendak disoal oleh
pelajar.
3. Untuk menerima sebarang tindak balas daripada pelajar.
4. Untuk berkhidmat sebagai sumber pengesahan dalam kebanyakan perkara
Peranan pelajar termasuk:
1. Untuk menghasilkan tindak balas mencapah (pelbagai tindak balas untuk soalan
yang sama).
2. Untuk memastikan kesahan tindak balas.
3. Untuk mengenalpasti respon dalam subjek tertentu berkaitan dengan soalan yang
disoal atau tidak.
4. Untuk mewujudkan pelbagai kesan keputusan berbanding dengan stail-stail lain.
13
Stail Penemuan Bercapah
c.5 PENEMUAN KOGNITIF DAN KEUPAYAAN FIZIKAL
Proses yang diterangkan melibatkan perhubungan antara teori dan amali iaitu
hasilan kognitif dan keupayaan fizikal . Kadang kala realiti semasa melakukan aktiviti
mempunyai halangan-halangan tertentu ke atas proses ini. Contohnya dalam permainan
gimnastik dan permainan padang.
i. Halangan fizikal
Murid boleh mereka bentuk satu penyelesaian masalah sebagai alternatif kepada
sesuatu masalah yang diberi tetapi tidak dapat melakukan. Dalam situasi demikian proses
kognitif berfungsi secara produktif tetapi perlaksanaannya dihadkan oleh kapasiti fizikal.
Ini merupakan satu realiti yang mana mesti diterima oleh kedua-dua pihak guru dan
murid.
Sebagai contohnya, apabila seseorang murid berjaya melakukan jaringan bola
baling dengan gaya sisi, maka gaya itu merupakan satu cara penyelesaian masalah iaitu
menjaring. Namun begitu ada di kalangan murid tidak mampu menyelesaikan masalah itu
dengan gaya tersebut.
Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan mengenal pasti dua set
penyelesaian masalah. Set pertama adalah penyelesaian masalah hasil daripada
keupayaan kognitif murid dan set kedua penyelesaian masalah yang dipilih daripada set
pertama yang dapat dilakukan oleh murid atau bertanyakan kepada pelajar yang
berkemahiran untuk melakukan dan mengesahkan penyelesaian masalah yang tidak dapat
dilakukan.
Sebagai variasi , murid boleh bertanya rakan sebaya yang mahir untuk
melaksanakan dan mempelbagaikan penyelesaian yang mereka tidak boleh laksanakan.
Ini dikenali sebagai proses penurunan.
14
Stail Penemuan Bercapah
ii. Halangan Budaya
Halangan budaya adalah merupakan peraturan yang telah dipersetujui di kalangan
orang ramai. Peraturan inilah yang menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang
tidak boleh. Peraturan ini merupakan proses urutan daripada penyelesaian masalah
kognitif kepada penyelesaian masalah perlakuan. Dalam Pendidikan Jasmani, kita perlu
mengenal pasti dalam dua keadaan.:-
a. Keadaan di mana struktur aktiviti berlaku dalam undang-undang yang
dipersetujui. Mana-mana sahaja permainan berdasarkan undang-undang
kebangsaan atau undang-undang antarabangsa, mana-mana acara padang dan
balapan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antara bangsa, atau pun
mana persembahan tarian yang memberi kesan terhadap sesebuah wakil sekolah.
Masalah yang timbul dalam set aktiviti mesti bersesuaian dengan undang-undang
yang dibuat oleh aktiviti itu. Ini membawa maksud walaupun banyak alternatif
yang mungkin, hanya sebahagian sahaja yang diterima. Ia mewakili proses
penurunan dari cara penyelesaian kognitif untuk menerima perlaksanaan cara
penyelesaian.
b. Keadaan di mana tujuan aktiviti tidak digunakan untuk bersaing dengan orang
lain dalam satu set undang-undang tetapi untuk mencabar, had penerimaan orang
ramai. Tujuan penemuan ini adalah untuk menerokai jangkauan batasan ynag
ditubuhkan. Setiap penerimaan dan tambahan boleh menjadi domain bagi setiap
murid dalam Pendidikan Jasmani.
Sebagai kesimpulan, dalam pengajaran Pendidikan Jasmani guru boleh
merancang aktiviti-aktiviti dalam kedua-dua keadaan tadi iaitu tingkah laku untuk dilatih
dan diketahui, tingkah laku untuk meneroka dan pengalaman tentang perkara yang tidak
diketahui.
15
Stail Penemuan Bercapah
c.6 IMPLIKASI STAIL PENEMUAN BERCAPAH
Kajian dibuat oleh Goldberger (1995) mendapati bahawa langkah satu dalam
proses itu tiada berkaitan langsung dengan penyelesaian masalah. Ia hanya berkaitan
dengan isu-isu yang melibatkan kepimpinan dan kuasa. Ia adalah berkaitan murid yang
mana dapat “air time” dan idea yang mana patut dikuti. Dalam proses fasa ini ia tidak
sedikit pun berkaitan dengan strategi sosial. Kajian ini membuktikan bahawa murid
lelaki dan perempuan yang berada di dalam satu kumpulan yang sama, murid lelaki tidak
selalunya mendengar kepada tindak balas perempuan.
Walau bagaimanapun, selepas mencuba penyelesaian yang dibuat oleh pelajar
perempuan, barulah pelajar lelaki memikirkan tindak balas tindakan yang dibuat oleh
murid perempuan. Dari pengamatan kajian ini ia mempengaruhi permulaan kelas dan
keputusan guru tentang apa yang perlu ditekankan bila menyampaikan jangkaan tingkah
laku. Goldberger (1995) mencadangkan agar guru-guru peka dengan isu sosial dan
meluangkan masa untuk berbincang akan kepentingan mendengar kepada semua orang
dan memilih strategi berdasarkan kepada kebaikan. Rangka teoritikal bagi setiap stail
membenarkan dimensi manusia itu lebih bersedia untuk dikaji. Guru mungkin akan
dapati perlu adanya isu-isu tertentu dalam parameter dan membincangkan tingkah laku
tertentu sebelum pelajar itu dapat mengalami objektif-objektif bagi memilih stail
pengajaran.
3.6.1 Guru
1. Guru tersebut memberi ruang kepada pelajar untuk cuba melahirkan
pilihan-pilihan lain daripada apa yang diketahui umum.
2. Guru bersedia menerima rekaan baru yang sesuai dalam konteks tajuk
yang diajar.
3. Guru bersedia memberi masa kepada pelajar untuk melahirkan alternatif
lain.
16
Stail Penemuan Bercapah
4. Guru perlu menghargai proses mencari alternatif dan bersedia menerima
perbezaan-perbezaan yang dikemukakan oleh pelajar.
5. Guru juga mestilah bersedia menerima kesimpulan yang lain daripada
apa yang ia ketahui.
6. Guru perlu menerima hakikat bahawa proses kognitif yang melahirkan
alternatif merupakan satu matlamat dalam Pendidikan Jasmani.
3.6.2 Pelajar
1. Pelajar mampu melahirkan alternatif-alternatif yang lain bila diberi satu
bentuk masalah atau beberapa bentuk masalah.
2. Pelajar belajar mengenai hubungkait antara penghasilan pemikiran
kognitif dan perlakuan fizikal.
3. Pelajar mampu melahirkan idea yang akan mengembangkan sesuatu
tajuk.
4. Pelajar dapat menerima gerak balas yang berbeza daripada pelajar.
5. Pelajar dapat memperkembangkan imaginasi mereka terhadap perlakuan
yang akan dilakukan.
6. Pelajar dapat memperbetulkan kesilapan berpandukan dapatan-dapatan
yang dihasilkannya sendiri.
17
Stail Penemuan Bercapah
4.0 CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sila rujuk lampiran di sebelah
5.0 PERKEMBANGAN SALURAN FIZIKAL, MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
a. Saluran Fizikal
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi stail penemuan bercapah memberi
perkembangan saluran fizikal pelajar pada tahap yang tinggi. Ini kerana setiap pelajar
akan mengaplikasikan jawapan atau idea-idea mereka di dalam aktiviti fizikal.
b. Saluran Mental
Perkembangan pelajar dalam saluran mental pula adalah pada tahap yang
maksimum. Ini kerana bagi pelajar yang aktif mereka akan sentiasa menggunakan daya
pemikiran kreatif dan kritis mereka dalam memberikan idea-idea dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan. Proses berfikir akan meningkatkan daya intelek mereka sekaligus
menjana idea-idea atau pelbagai jawapan yang bernas. Proses pembelajaran akan menjadi
lebih bermakna kerana pelajar diberi peluang untuk menyumbang dan mencapahkan buah
fikiran mereka.
18
Stail Penemuan Bercapah
c. Saluran Emosi
Apabila perkembangan pelajar dalam saluran mental berada pada tahap yang
maksimum, maka perkembangan pelajar dalam saluran emosi juga berada pada tahap
yang maksimum. Ini disebabkan pelajar akan berasa gembira dan seronok apabila dapat
melahirkan pendapat dan idea-idea yang bernas. Ganjaran pujian guru kepada pelajar
yang berani melontarkan idea menyebabkan pelajar akan berasa dihargai. Ini akan
menyebabkan pelajar lebih yakin terhadap diri sendiri. Pendekatan guru dalam
pengajaran penemuan bercapah ini yang menggunakan kata-kata positif menjadikan
pelajar tidak takut melontarkan idea walaupun idea tersebut kurang menepati kehendak
soalan.
Sedikit rasa tertekan mungkin berlaku kepada pelajar yang pasif dalam
pembelajaran. Tekanan ini berlaku apabila pelajar berhadapan dengan permintaan untuk
menghasilakan idea-idea yang banyak dalam menyelesaikan suatu masalah tertentu.
Pelajar seperti ini biasanya tidak suka melontarkan pendapat mereka dan berasa malu
untuk bertanya apabila menghadapi sesuatu masalah.
Namun pendekatan guru dalam stail penemuan bercapah ini yang memberi
peluang untuk pelajar berfikir sejenak sebelum memberikan idea dan tidak akan
meletakkan kesalahan terhadap setiap jawapan atau idea yang diberikan oleh pelajar akan
membantu pelajar membina keyakinan diri.
d. Saluran Sosial
Proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara dua hala, iaitu guru
kepada pelajar, dan pelajar kepada guru. Oleh kerana proses pengajaran dan
pembelajaran ini berlaku secara dua hala, maka perkembangan dalam saluran sosial juga
berada dalam tahap maksimum. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran
secara penemuan bercapah ini, guru akan meminta pelajar memberi respon kepada suatu
masalah atau soalan yang guru utarakan. Kemudian pelajar diminta berfikir dan memberi
pelbagai respon kepada soalan tersebut. Tugas guru kemudiannya membuat justifikasi
19
Stail Penemuan Bercapah
terhadap respon pelajar. Di sini jelas menunjukkan interaksi aktif berlaku antara guru dan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga, pelajar
lain turut mencapahkan idea masing-masing dalam memvariasikan jawapan kepada
persoalan yang guru kemukakan.
6.0 KEKUATAN
Antara kekuatan stail ini adalah seperti berikut:
1. Pelajar lebih kreatif dan kritis.
2. Menggalakkan perkembangan kognitif pelajar.
3. Pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru.
4. Aktiviti pembelajaran lebih menarik dan mencabar.
5. Pelajar dapat melakukan aktiviti secara bebas dengan mengikut kebolehan
masing-masing.
6. Dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu ke arah pemantapan
kemahiran.
7. Pelajar dapat membuat penilaian diri.
7.0 KELEMAHAN
Antara kelemahan adalah seperti berikut:
1. Penglibatan pelajar tidak menyeluruh.
2. Pelajar yang lemah sentiasa bergantung harap pada pelajar yang cerdas.
3. Guru perlu kreatif dalam menentukan tugasan kepada pelajar.
4. Sukar untuk menentukan kejujuran pelajar.
5. Masa pembelajaran yang panjang mungkin akan membosankan pelajar.
6. Sesuai bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang jumlah pelajarnya kecil.
7. Kurang sesuai untuk pelajar yang lemah.
20
Stail Penemuan Bercapah
8.0 PENUTUP
Stail Penemuan Bercapah atau dikenali juga sebagai pemikiran divergen
memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Stail
penemuan bercapah ini merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari
pelbagai sudut. Dalam proses penemuan bercapah seseorang itu dapat mencipta satu
tahap daya motivasi kendiri. Oleh itu, proses kognitif juga dapat dilaksanakan dalam stail
penemuan bercapah.
Penemuan bercapah adalah proses ‘open-ended’ yang terdiri daripada dua
perkara. Dalam Stail Penemuan Bercapah, perkara pertama yang penting adalah pendapat
atau buah fikiran yang diutarakan. Dalam sukan, aplikasi penemuan bercapah dengan
mengutarakan pendapat atau buah fikiran mempunyai pelbagai kemungkinan untuk
menyelesaikan masalah, pelbagai gerakan, cara untuk membaling bola, atau cara untuk
mematikan pertahanan pihak lawan. Oleh itu, pendapat atau buah fikiran menjadi
dinamik. Perkara kedua dalam proses penemuan bercapah ini adalah kekal kendiri.
Keseronokan untuk mencari penemuan baru atau mencari jawapan dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan dapat menjadikan seseorang itu lebih bersemangat dan dapat
meningkatkan motivasi diri yang mendorong pelajar untuk mencari pelbagai lagi jalan
penyelesaian, alternatif dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau soalan.
Setiap stail dalam pengajaran mempunyai dimensinya sendiri di mana pendapat
atau ideanya menjadi isi kandungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses
penemuan bercapah juga boleh digunakan dalam menggalakkan pembangunan diri yang
bebas dalam tindak balas pemikiran dan fizikal.
Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak
dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen
dianggap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral
dan mempunyai unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan
dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
21
Stail Penemuan Bercapah
9.0 RUJUKAN
Julismah Jani., (2007). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi Dalam Pendidikan Jasmani
Dan Sains Sukan.. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Maling.
Perak.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.): Benjamin
Cummings
Convergen versus Divergent Thinking. Diperolehi 30 Januari 2007 daripada http://liad.gbrownc.on.ca/studentsuccess/ssthkg3.html
Strategies of Divergent Thinking. Diperolehi 30 Januari 2007 daripada http://faculty.washington.edu/ezent/imdt.htm
22
Stail Penemuan Bercapah
23
Recommended