View
40
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
pim
Citation preview
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
TAJUK 3Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam
Konsep Elemen/Kemahiran asas
3.1.1 SINOPSIS
Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang kemahiran-
kemahiran yang perlu dikuasai sebagai pelengkap kepada proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Lapan kemahiran
diperkenalkan dan perlu dikuasai oleh bakal guru sebelum melalui
pengajaran makro dan menjalani latihan praktikum di sekolah.
Terdapat pelbagai kemahiran yang disenaraikan dalam kemahiran mikro.
Namun dalam modul ini, kemahiran-kemahiran yang akan dibincangkan ialah set
induksi, menerang, menyoal, menggunakan papan tulis, variasi rangsangan,
peneguhan, penggunaan bahan sumber pengajaran & pembelajaran dan
penutup.
Diharapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu
pelajar-pelajar sekelian memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran mikro
bagi mumudahkan penyampaian isi kandungan di samping dapat memotivasikan
murid untuk belajar. Penguasaan kemahiran mikro juga membantu guru
mencapai objektif pengajaran dan murid mendapat hasil pembelajaran secara
terarah dan berkesan .
3.1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menganalisis konsep kemahiran mikro.
2. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.
3. Mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro..
28
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
3.1.3 KERANGKA TAJUK
PENGENALAN
Pengajaran mikro perlu diaplikasikan sepenuhnya dalam usaha
menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan kepentingan
dan manfaat pendekatan pengajaran mikro dalam membentuk guru
berkemahiran mengajar Pendidikan Islam, maka latihan demi latihan perlu
29
PENGAJRAN MIKRO
KemahiranKonsep
Penggunaan bahan bantu mengajar
Variasi rangsangan
Set Induksi
Menerang
Peneguhan
Menyoal
Menggunakan papan tulis
Penutup
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
dijalankan bagi guru menguasainya. Bukan sahaja persediaan bagi guru
permulaan bahkan disarankan kepada guru-guru terlatih melaksanakannya
dengan tujuan menambah baik amalan pengajaran.
PENGERTIAN
Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini
bermakna pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam
unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan
untuk memupuk kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran serta
mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran
makro dijalankan.
KONSEP
Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah satu situasi
pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, yakni tugas guru dipermudahkan,
mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Setiap sesi
pengajaran mikro merupakan latihan dan bimbingan perlu diberikan oleh
pembimbing.
TUJUAN
Membolehkan guru menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan
berkesan melalui bimbingan.
Membolehkan guru meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik,
dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat
perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.
Guru dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan bermakna.
Merangsang keinginan untuk membaiki dan meningkatkan potensi diri
melalui perbincangan bersama pembimbing dan rakan-rakan.
Meningkatkan keyakinan dan kesediaan guru menghadapi kelas sebenar.
30
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Menghasilkan guru yang mencintai profesyen perguruan melalui
pengalaman dan perkongsian ilmu,
Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro
Menurut Alien, D. dan Kyan, K. pengajaran mikro mempunyai lima
peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula,
mengajar semula dan membuat komen sekali lagi.
Proses pengajaran mikro adalah sepert berikut:-
31
Guru akan mengajar sekali lagi kemahiran pengajaran mikronya, tetapi kali ini kepada kumpulan rakannya yang lain - peringkat ulangan pengajaran.
Kemudian guru diberi masa untuk menyediakan rancangan pengajarannya yang baru dengan membuat perubahan-perubahan yang difikirkan perlu –peringkat mengajar
semula
Guru dan pembimbing menganalisa pengajaran mikro , Guru diberi peluang mengeluarkan pendapat, perbincangan kritis, penyelia sebagai pembimbing,
penggalak dan penggerak membolehkan guru menyedari kekuatan dan kelemahan pengajarannya. – peringkat mengulas
Guru mengajar pelajaran mikronya kepada sekumpulan rakannya seramai 5 hingga 10 orang. Guru akan mengajar selama 5 hingga 10 minit. Apabila tamat, murid atau
rakannya akan meninggalkan bilik pengajaran mikro – peringkat praktikal.
Guru berbincang dengan pembimbing mengenai perkara-perkara yang terlibat dalam kemahiran pengajaran mikro yang ia akan aplikasikan. Kemudia dia akan
menyediakan satu rancangan untuk pengajaran itu - Peringkat merancang
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Perkara yang penting dalam pengajaran mikro
1. Pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran mikro tidak perlu ulang
latihan pengajarannya.
2. Pelajar yang belum menguasai sesuatu kemahiran mikro perlu
memperbaiki perancangan dan mengulangi pengajarannya .
3. Pengajaran mikro boleh dibuat di institut dengan menggunakan kaedah
simulasi.
4. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah
perlakuannya.
5. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat
berasingan dengan isi pelajaran.
6. Perakam video mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi
lisan dan bukan lisan.
7. Jika pengajaran menggunakan perakam video, panduan penilaian dan
penaksiran tidak lagi diperlukan.
8. Walaubagaimanapun ia boleh digunakan bersama untuk menambahkan
keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas
yang bertulis.
Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-
kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik
darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah
yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan
pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri. Pelajar dilatih dari aspek
kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal serta
membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran makro
dengan berkesan.
32
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam
bidang pengajaran dan pengajaran:
Set induksi
Penerangan
Penyoalan
Papan Tulis
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Penutup
KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memulakan sesuatu pelajaran. Guru
akan cuba menarik perhatian dan mengekalkan minat murid serta menggerakkan
mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar dengan seronok. Pada setiap
sesi pengajaran, guru perlu menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan
dibuat. Guru juga perlu memandu muridnya kearah mencapai objektif
pembelajaran serta membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman sedia
ada.
i. Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan intonasi suara, gerakgeri, gerak isyarat dan
pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar.
Guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk mencetus minat
pelajar atau pelbagai corak intraksi yang lain.
ii. Mewujudkan motivasi
Guru boleh memotivasikan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan
semangat serta kesungguhan ketika memulakan sesi pengajaran. Guru boleh
33
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
juga mencetuskan naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita
atau memulakan aktiviti yang menghairankan pelajar. Justru pelajar akan
merasa tertarik dan ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan sesuatu
perkara itu.
iii. Menstruktur
Guru menentukan had bagi tugasan yang akan diberikan kepada muridnya,
seperti – Hari ini kamu akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita
akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya.
Guru menolong muridnya dengan mencadangkan beberapa gaya penulisan atau
memberikan soalan-soalan yang membantu murid mencari isi cerita.
iv. Membuat perkaitan
Membuat perbandingan dan perbezaan, seperti ketika mengajar waktu-waktu
solat, guru boleh membandingkan jadual waktu solat di Semenanjung Malaysia
dengan di Sabah atau Sarawak. Guru juga boleh merujuk kepada situasi
semasa atau pengetahuan sedia ada pelajar untuk membuat perkaitan dengan
tajuk yang akan dipelajari.
Set induksi yang berkesan ialah,
1. Bermakna kepada murid. Set insuksi hendaklah sesuai dengan tahap
murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
Rancang satu sesi pengajaran mikro bagi mana-mana bidang
Pendidikan Islam. Anda dikehendaki mengelolakan sesi pengajaran
mikro bagi kemahiran set induksi.
KEMAHIRAN MENERANG
34
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan
kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Memberi
penerangan dengan tepat dan berkesan merupakan salah satu kemahiran yang
mesti ada pada guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman
seperti :
a. Pentakrifan - menjelaskan sesuatu isu
b. Penerangan - menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.
c. Sebab - pemberian alasan
i. Penerangan berstruktur
Menjelaskan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat
fakta utama yang terlibat.
Menggunakan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah,
berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat.
Membuat kesimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam
penerangannya. ‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan
yang berkesan’ (Brown)
ii. Penerangan penyampaian
a. Penggunaan penyampaian yang jelas
Guru menerangkan sesuatu aspek pada satu masa, dan
memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.
Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak
sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.
35
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
b. Penggunaan penekanan variasi rangsangan
Guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara
yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan
sesuatu. Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan
sewajarnya.
c. Penggunaan penekanan
Menekankan petunjuk, perkaitan dan keutamaan - menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu
yang penting dalam penerangannya - contoh:
Petunjuk - ‘Tiga bidang utama………….’
Perkaitan - ‘Ini membawa kepada……………’
Keutamaan - ‘Dengan ini……………….’
d. Jauhkan kekaburan – Beri penerangan dengan jelas. Elakkan
menggunakan perkataan seperti :
‘…….. dan lain-lain,
‘……. dan sebagainya’
‘…….. dan yang sama sepertinya’
e. Sekuens - guru boleh menggunakan pendekatan induktif atau
deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan
penerangan ke arah yang betul.
f. Maklum balas - penerangan guru janganlah terlalu panjang lebar. Guru
perlu mendapat maklum balas daripada murid. Beri peluang murid
menjelaskan kefahaman, sikap dan minat mereka. Guru hendaklah
36
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh
yang digunakan.
iii. Menerang menggunakan Contoh Dengan Mengilustrasi
Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang
abstrak. Guru meminta contoh daripada murid untuk menyemak sesuatu
idea atau konsep yang diajar telah difahami atau tidak. Contoh yang baik
ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh
dengan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang
diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan
contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan
menimbulkan minat terhadap pelajarannya.
iv. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh
Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini.
Pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan/ prinsip/
generalisasi
Pendekatan deduktif: peraturan/ prinsip/ generalisasi diikuti dengan
contoh
v. Jenis-jenis contoh dalam menerang
a. Contoh mudah - guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan
jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.
b. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep - menggunakan
contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.
c. Contoh ingin tahu - menggunakan contoh yang boleh membangkitkan
naluri ingin tahu dan minat murid.
37
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
d. Media yang sesuai - menggunakan media yang sesuai dengan
kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.
e. Pendekatan - memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur
dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.
f. Penglibatan murid - murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau
menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau
menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model
Sediakan satu contoh rancangan pengajaran mikro bagi kemahiran
menerang bagi mana-mana bidang Pendidikan Islam.
KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding
dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini perlu dirancang dengan baik serta
diberi penilaian yang sewajarnya oleh guru semasa peroses pembelajaran dan
pengajaran. Soalan-soalan yang dilontarkan hendaklah bermula dari aras
rendah kepada soalan yang memerlukan pemikiran kritis dan membina kognatif
aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dengan betul dapat mewujudkan
suasana pembelajaran sosial yang berkesan serta meningkat tahap pencapaian
murid.
Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro
1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan
peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.
2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang
berbeza dalam kumpulan kelas itu.
3. Guru perlu merancang soalan-soalan utama sebelum pengajaran
dimulakan.
38
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan meneliti
jawapan murid.
i. Penyoalan yang mudah atau asas
a. Pembentukan soalan
Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan
menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.
b. Fokus
Guru hendaklah menyoal soalan yang umum dahulu supaya dapat
melibatkan ramai murid. Soalan difokuskan kepada satu tugasan
sahaja. Setelah maklumat yang diperlukan mula diperolehi, guru
bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.
c. Arah
Guru mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas.
Berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan
memanggil namanya. Guru boleh juga menunjuk dengan tangan atau
menganggukkkan kepala ke arah murid yang hendak disoal.
d. Penyebaran
Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat
menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.
e. Pemberitahuan
39
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh
menunjukkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu
mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.
ii. Penyoalan yang kompleks
A) Peringkat-peringat aras soalan
Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya.
a. Ingat semula
Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-
maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah
menyoal soalan yang lebih kompleks.
b. Kefahaman
Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.
c. Aplikasi
Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan
pengetahuan yang lalu.
d. Analisis
40
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti
dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka
mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.
e. Penilaian
Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat
anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya
memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu.
f. Sintesis
Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam
aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan
penyatuan beberapa idea.
B) Jenis-jenis Soalan
a. Penyungkilan
Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan
jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.
b. Soalan penjelasan
Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat.
c. Soalan Penyokongan
Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh
muridnya.
d. Soalan Persetujuan
41
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan
jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.
e. Soalan Contoh
Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang
menunjukkan maksud jawapan yang lalu.
Sediakan tiga contoh penyoalan yang mudah atau asas dan
penyoalan kompleks mengikut aras yang berbeza.
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
mempelbagaikan coral interaksi dan teknik penyampaian. Latihan dalam
kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik
minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
42
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
i. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepanjang
bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong
murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang kerap kerana
perlakuan ini akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
ii. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk
menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid.
Sebaliknya pergerakan tubuh badan yang tidak bermakna seperti
43
KEMAHIRAN VARIASI
RANGSANGAN
Pergerakan
Gesture
Nada Suara
Penglibatan Murid - Lisan
Penggunaan Pancaindera
Aktiviti Fizikal
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
mengelipkan mata atau mengelengkan kepala akan menghalang tumpuan
kepada pelajaran.
iii. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal
minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi
dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang
mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.
iv. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk
melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan
dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
v. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera
seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan
minat murid kepada pelajaran serta menambah kesan penyampaian
maklumat kepada mereka.
vi. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktiviti yang
pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Panduan Variasi Rangsangan yang berkesan
44
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
a. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan
dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
b. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar
tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
c. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan
bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
d. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan
kepada tindak balas murid.
Pilih mana-mana bidang pendidikan Islam, sediakan satu perancangan
pengajaran mikro bagi kemahiran variasi rangsangan dengan
mengintegrasikan elemen-elemen dalam variasi rangsangan.
KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam
beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman,
angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik,
menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau
menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.
Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik
dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh
diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.
Bidang utama dalam peneguhan:
i. Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan
seperti ‘baik’, ‘ya’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘
bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’, Guru
45
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
juga boleh mengulang jawapan murid atau mengembangkannya kepada
yang lebih sempurna.
ii. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada
mukanya seperti senyuman, ketawa yang ikhlas, atau menggunakan
gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, contoh:
menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu dan
menepuk tangan. Guru juga perlu memandang murid yang berkata dan
menulis jawapan murid di papan tulis.
iii. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan
mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.
iv. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau
belakang muridnya atau mengusap kepala jika sesuai (sama jantina).
v. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan muridnya kerana
menghasilkan kerja yang baik.
vi. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku
kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid
sekolah rendah guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan
sebagainya untuk menggalakkan murid meningkat maju dalam
pelajarannya.
46
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Peneguhan yang berkesan:
i. Kemesraan dan semangat
Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.
ii. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.
iii. Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’.
iv. Kefahaman murid tentang peneguhan
Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.
Sediakan beberapa contoh peneguhan secara lisan, gerak geri,
dampingan, sentuhan, aktiviti dan ganjaran. Contoh yang anda berikan
perlu menunjukkan ciri peneguhan yang berkesan.
47
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Guru memerlukan bahan bantu mengajar untuk menyampailan isi pelajaran dengan lebih berkesan. Melalui penggunaan alat atau bahan murid pula dapat mencerap maksud yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah.
i. Prinsip
Memberikan pengukuhan Menarik Memberi rangsangan
ii. Kesesuaian
sesuai dengan objektif Sesuai dengan isi kandungan Digunakan pada masa sesuai Menggunakan warna yang menarik
iii. Cabaran
Mencetuskan idea Menggerakkan aktiviti Menjadi bahan soal jawab Menjadi bahan perbincangan Timbul rasa ingin tahu
iv. Kejelasan
Dapat dilihat dengan jelas Dapat didengar dengan jelas Maklumat yang dipapar jelas Maklumat ringkas, padat dan jitu Saiz bersesuaian
v. Penggunaan berfungsi
Membantu pemahaman Meningkatkan kemahiran Memudahkan pengajaran Memudahkan pembelajaran Kejelasan fakta
KEMAHIRAN PENUTUP
48
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;-
i. Menegaskan semula perkara-perkara penting.
a. Menegaskan perkara utama, fakta penting - ingat semula dan kaji
semula ( boleh melibatkan murid )
b. Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir,
ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang
telah dijalankan.
c. Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi
rangsangan - Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat
murid.
ii. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognitif).
Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran,
adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, (rumusan
kognitif)
iii Kaitan pelajaran dengan kehidupan social
Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid (rumusan
sosial).
iv. Cadangan aktiviti lanjutan
a. Kaitkan dengan kognitif - membuat latihan,membuat projek
baru dan menjalankan kajian.
b. Perkaitan sosial - menimbulkan perasaan kejayaan dengan
peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid,
menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.
c. Galakan motivasi - kemesraan dan semangat untuk
mengekalkan minat.
49
PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
Penutup yang berkesan:
1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat
murid.
2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.
3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.
4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.
5. Mengukur pembelajaran murid.
6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.
Rumusan
Kemahiran mikro merupakan teknik pengajaran yang dipermudahkan dari segi
skop dan organisasi untuk mengajar sesuatu kemahiran. Setiap bakal guru perlu
menguasainya sebagai persediaan menguasai kemahiran mengajar disamping
dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri guru itu sendiri.
50
Pengajaran mikro merupakan pengajaran praktikal yang
dipermudahkan dari aspek skop dan organisasi.
Kaitkan bagaimana kemahiran mikro membantu guru
melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah dengan
baik?
LATIHAN MINDA
Recommended