View
272
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010
OLEH :
HJ. WAN MOHD. ZAWAWI WAN ABD. RAHMAN
PENDAFTAR
18 MEI 2010
DEWAN KULIAH, BLOK P16 FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK
UTM, SKUDAI
ANJURAN :
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN PEJABAT PENDAFTAR
2
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah…….
Terima kasih saudara Pengerusi Majlis,
Pn. Hjh Halijah bte Hj. Sawal, Timbalan Pendaftar
(FKKKSA) selaku Ketua Fasilitator Kursus Induksi
Siri 1/2010. Timbalan-Timbalan Pendaftar,
Penolong-Penolong Pendaftar Kanan, Penceramah-
penceramah, fasilitator kursus, Ustaz Azli bin
Abdul Rahman dan saudara/i peserta Kursus
Induksi UTM Siri 1/2010.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama
hadir dan turut serta di dalam Majlis Perasmian
Kursus Induksi UTM Siri 1/2010 ini. Selawat
dan salam kepada Junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat serta tabi’in.
3
Saudara/i sekelian,
Pihak Universiti ingin mengucapkan tahniah di
atas pelantikan saudara sebagai staf UTM dengan
jawatan tetap. Tahniah juga kerana telah berjaya
ditawarkan untuk mengikuti kursus induksi ini.
Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan
kehadiran dan penyertaan saudara/i di dalam
kursus ini walaupun dalam keadaan saudara/i
terpaksa mengorbankan kerja harian selama
2 minggu. InsyaAllah kursus yang akan saudara/i
ikuti selama 14 hari mulai kelmarin, 17 Mei
hingga 4 Jun 2010 akan memberi pendedahan
dan penjelasan serba sedikit tentang sistem
pentadbiran Universiti dan arahan kerajaan.
Saya percaya dalam tempoh tersebut, saudara/i
akan menjalani pelbagai latihan intensif, kelas-
kelas kemahiran, perundangan dan sebagainya
bagi persiapan saudara/i untuk menjalankan
tugas sebagai staf UTM. Semoga dengan latihan
dan ilmu pengetahuan yang diberikan saudara/i
dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah
dan dedikasi.
4
Di samping itu juga saya telah meminta agar
semua staf baru yang melapor diri dibekalkan
dengan buku panduan yang mengandungi
pelbagai maklumat Universiti dan pekeliling-
pekeliling kerajaan termasuk dibekalkan juga
dengan buku siri Perutusan Naib Canselor bagi
tahun berkenaan. Contohnya bagi tahun ini, Siri
Perutusan Naib Canselor/Siri Perutusan Tahun
Baru Naib Canselor 2010 bertajuk “Berpaksi
Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai
Tinggi harus dibaca dan difahami oleh setiap staf
UTM bagi memastikan segala hasrat Y. Bhg. Dato’
Naib Canselor dapat dihayati.
Selaras dengan perkara ini juga, Universiti
meminta setiap staf berkenaan menyediakaan satu
laporan ringkas dalam tempoh sebulan mulai
tarikh lapor diri berkaitan dengan hala tuju
Universiti seperti mana Perutusan Naib Canselor
bagi tahun berkenaan.
Ini kerana didapati terdapat pegawai yang lama
berkhidmat tetapi masih tidak dapat memberi
jawapan apabila ditanya tentang hala tuju atau
KPI Universiti.
5
Saudara/i yang dihormati,
Bagi memastikan kursus ini berjaya dianjurkan,
pihak Universiti telah menyediakan peruntukan
kewangan yang banyak (sebanyak RM100,000.00).
Oleh itu, pihak universiti mengharapkan kursus
yang dianjurkan ini akan menjadi pegangan dan
dorongan setiap staf untuk diaplikasikan apabila
kembali bagi memulakan tugas saudara atau
sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan umum
sekiranya ia tidak berkaitan dengan tugas harian
saudara. Seperti yang saudara/i sedia maklum,
salah satu syarat untuk disahkan dalam skim
perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia
(SSM) yang memperuntukkan bahawa saudara/i
perlu :
i. Memenuhi tempoh percubaan.
ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
iii. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang telah
ditetapkan.
iv. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/
Perkhidmatan.
v. Mengikuti Kursus Sijil Pengajaran
Pengajian Tinggi (SPPT) (khas untuk staf
6
akademik yang dilantik mulai 1 November
2009).
Salah satu daripada 5 kriteria tersebut adalah
“HADIR DENGAN JAYANYA KURSUS
INDUKSI”. Dengan kata lain kursus yang
saudara hadiri pada hari ini adalah kursus
penting dan wajib dihadiri oleh semua staf
kerajaan sebelum seseorang boleh disahkan
dalam jawatan. Kalau tak sah jawatan, tak
boleh ambil PTK dan seterusnya tak dapat
anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Kalau
dulu ada satu lagi syarat tambahan university
iaitu selagi tak dapat Ph.D, staf akademik tak
boleh disahkan dalam jawatan. Kami dah
bawa ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti
(JPU) untuk gantikan syarat ini dengan daftar
Ph.D sahaja, dah boleh memenuhi salah satu
criteria untuk disahkan dalam jawatan.
Kerajaan juga telah memperkenalkan konsep
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di dalam
7
Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mana
SSM menekankan konsep pengurusan modal
insan berasaskan kompetensi selaras dengan
hasrat kerajaan untuk meningkatkan
penguasaan ilmu, kemahiran dan budaya
kerja yang positif.
Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan
hasrat tersebut saya menyeru kepada semua
staf UTM khususnya, agar mengambil peluang
untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ke peringkat yang setinggi yang
mungkin. Peningkatan ilmu boleh dibuat
melalui saluran latihan dalam pekerjaan
ataupun bagi yang layak meneruskan
pengajian ke peringkat ijazah dan pasca
ijazah, attachment, kursus di luar Negara dan
sebagainya.
Saudara/i sekelian,
8
Asas kewujudan dan kecemerlangan sesebuah
universiti ialah pemantapan budaya ilmu dan
ekosistem akademiknya. Itu sebabnya universiti
ternama biasanya dikaitkan dengan sejarahnya
yang panjang tanda kematangan dan kemantapan.
Justeru, untuk menjadikan sebuah institusi ilmu
sebagai universiti yang cemerlang dan ternama,
langkah utama yang perlu disegerakan ialah
mewujudkan komuniti akademik yang mantap
dari segi budaya ilmu dengan ekosistem
intelektual yang kondusif. Hal ini boleh
dimantapkan lagi menerusi pelbagai prasarana
intelektual (tanpa mengabaikan prasarana fizikal)
dengan pelbagai insentif akan menggalakkan
proses pembenihan dan penyuburan ilmu.
Universiti Teknologi Malaysia sentiasa memberi
galakan kepada semua staf untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Keutamaan diberikan kepada staf akademik untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan
Ph.D di mana biasiswa disediakan oleh UTM dan
juga KPT.
9
Universiti telah menetapkan satu set Petunjuk
Prestasi yang mana salah satunya adalah
mencapai 75% staf mempunyai kelayakan ijazah
doktor falsafah (Ph.D) pada tahun 2013.
Ini juga selaras dengan dasar dan pelancaran
program baru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
iaitu My Brain 15 dalam usaha melahirkan kira-
kira 100,000 penyelidik dan pekerja yang
mempunyai Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam
tempoh 15 tahun akan datang.
[Type a quote from the document or the summary of an
interesting point. You can position the text box anywhere in
the document. Use the Text Box Tools tab to change the
formatting of the pull quote text box.]
10
Sehubungan dengan itu, Universiti telah
mengambil inisiatif untuk menambah staf Ph.D di
UTM melalui:
i) Menambah staf yang berkelayakan Ph.D
(Part time, full time, compilation of
papers.
ii) Menambah bilangan staf Ph.D
antarabangsa melalui menetapkan KPI
kepada setiap fakulti (15 setiap fakulti)
dan juga head-hunting ke luar Negara
oleh Pengurusan Universiti.
iii) Menggalakkan staf berusia >45 tahun
membuat Ph.D secara separuh masa.
iv) Memberi peluang naik pangkat yang lebih
cepat kepada staf yang ada Ph.D.
v) Memberi kemudahan-kemudahan
tambahan kepada staf luar Negara.
Sasaran kita tahun ini 1,000 orang staf ada Ph.D,
(sekarang 800 sahaja). 3 tahun dari sekarang
1,500 orang. Sebagai contoh: Harvard University
ada 3,600 staf Ph.D, Osaka University (2,498),
Tohuku University (2,958), UKM (1,500).
11
Bagi mencapai status Universiti Penyelidikan,
Universiti juga sangat menitikberatkan hasil
penerbitan staf akademiknya. Ianya dinilai
berdasarkan hasil penulisan dan penerbitan,
khususnya dalam bentuk jurnal impak tinggi.
Saya sebut perkara ini kerana ini sahaja yang kita
kurang untuk jadi RU, iaitu Ph.D dan jurnal.
Saudara/i yang dihormati,
Pada akhir tahun 1990-an, UTM menggunakan
tagline sebagai Universiti Penemuan (Discovery
University). Kemudian dimantapkan lagi pada
tahun 2003 menggantikan dengan “Universiti
Perdana Malaysia dalam Kejuruteraan dan
Teknologi”. Pada awal tahun 2009, tagline UTM
disesuaikan dengan persekitaran semasa selari
dengan keperluan universiti daripada segi
positioning dan penjenamaan. Untuk itu, tagline
baru yang dipilih ialah “Menjana Minda Kreatif
dan Inovatif”. Tagline tersebut dipilih secara
musyawarah bertujuan menyemarakkan aspirasi
budaya inovasi.
12
Berdasarkan Buku “Berpaksi Inovasi,
Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi”
yang diinspirasikan oleh Y.Bhg. Dato’ Naib
Canselor, banyak elemen berkaitan tadbir urus
serta sistem penyampaian yang perlu diberi
perhatian, di antaranya ialah :
1. Memperkemas sistem pengurusan
Universiti dan membangun modal insan.
2. Mewujudkan urus tadbir inovatif iaitu
melaksanakan inisiatif inovasi di semua
peringkat.
3. Program inovasi dalam pentadbiran seluruh
dimensi meliputi memperkemas sistem
penyampaian dan program kepuasan
pelanggan (CSI).
4. Kesedaran tentang ekonomi berteraskan
inovasi di semua peringkat
13
5. Menyedia ekosistem inovasi bagi staf bukan
akademik
6. Menjadikan inovasi sebagai gaya hidup
7. Pembangunan modal insan ke arah Minda
Kelas Pertama - Nilai Tinggi 1Malaysia
1UTM.
8. Perbelanjaan Berhemah-Pengurangan
belanja mengurus Universiti 2010
berkurangan lebih 30% berbanding 2009 –
pengurangan birokrasi & pengurangan dan
lain-lain lagi.
Dalam konteks UTM, budaya inovasi yang
dihasratkan tidak terhad kepada reka cipta dan
R&D dalam bidang teknikal dan saintifik semata-
mata bahkan perlu dihayati dalam setiap aspek
kehidupan individu, masyarakat dan kerjaya.
Budaya inovasi ini juga selari dengan gagasan 1
Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan sekali gus komited
terhadap usaha memajukan Negara dalam setiap
lapangan.
14
Semua staf boleh melakukan inovasi, tak kira apa
jawatan. Untuk kita kekal relevan dan tidak
ketinggalan, kita mesti melakukan inovasi atau
memberi ruang untuk orang lain melakukan
inovasi.
- Pengawal Keselamatan contohnya perlu
memikirkan cara baru untuk menjaga
keselamatan Universiti.
- Pentadbir bagaimana nak mempercepatkan
proses kerja, sistem maklumat yang mantap
dan pangkalan data yang baik.
- Pemandu pun boleh buat inovasi, contohnya
sediakan majalah dalam kereta dan
sebagainya, pewangi digantikan dengan
daun pandan dan sebagainya.
- HCM kena proses cepat mahasiswa yang
bakal lulus Ph.D – Lantik dulu sebagai
Pensyarah Kontrak. Bila dapat Ph.D, lantik
DS51. Target, 100 tambahan.
- Kita dah banyak melakukan penurunan
kuasa untuk mempercepatkan proses.
- Daripada LPU → Pengurusan
- Pengurusan → Pejabat Pendaftar
15
eg: JK Panel Pemilih
- JK PEMUDAH → Pentadbir bersama
Majlis Profesor mengkaji isu dan
permasalahan proses kerja supaya
dipermudah dan mengurangkan karenah
birokrasi. Itu juga boleh dianggap
sebagai inovasi.
Inovasi adalah berkaitan kehidupan. Mesti buat
benda baru. Biasanya kita selesa dengan perkara
yang sama setiap hari. Berapa ramai yang tukar
jenis ubat gigi. Di UTM, kita ada Anugerah Inovasi
di dalam Majlis Citra Karisma yang diadakan.
Anugerah ini bermula pada tahun lepas. Ini
adalah selari dengan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bil. 2006.
Universiti juga melakukan inovasi dan
transformasi – daripada Universiti yang
berperanan memberi tumpuan kepada pengajaran
dan penyelidikan kepada peranan yang lebih
kepada penyelidikan dan penulisan.
16
Saudara/i sekelian,
Untuk menjadikan UTM sentiasa bergerak cergas
dan mampu mengatur strategi pembangunan
berterusan, usaha membudayakan amalan kerja
cemerlang perlu dilaksanakan secara terancang
berpandukan falsafah, visi dan misi Universiti,
berpegang kepada budaya korproat dan
berpandangan jauh ke hadapan dalam usaha ke
arah pencapaian pengurusan organisasi kualiti
menyeluruh.
Ia selaras dengan lapan tonggak perdana yang
telah diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perdana
Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-
baru ini. Empat tiang utama itu ialah Gagasan
1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan
(GTP), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK10). Manakala empat nilai
asas pelengkap ialah Membudayakan Kreativiti
dan Inovasi; Mementingkan Kepantasan
Bertindak dan Membuat Keputusan; Nilai Untuk
17
Wang dan Nilai Integriti. Semua ini adalah
sebagai panduan kepada penjawat awam
menggalas amanah dan tanggungjawab bagi
mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara
maju berpendapatan tinggi. Empat tiang utama
dan empat nilai asas pelengkap itu saling
melengkapi antara satu sama lain dan bagi
membudayakan kreativiti dan inovasi, penjawat
awam mesti berfikiran kritis dan konstruktif
dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah
dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif
di luar kelaziman.
Saudara/i sekelian,
Dalam Modal Ekonomi Baru (MEB) kerajaan telah
memperkenalkan inisiatif pembaharuan strategik
(IPS) yang fokus untuk mengukuhkan sektor
awam.
Bagi mewujudkan Kerajaan yang fokus pelanggan
kita harus menerapkan lima ciri-ciri seperti
berikut:
18
i) Menambahbaikkan proses pembuatan
keputusan.
ii) Menambahbaikkan penyampaian
perkhidmatan.
iii) Mengurangkan ‘kos geseran’.
iv) Menyediakan jaring keselamatan bagi
memudahkan peralihan berjalan lancar.
v) Mengukuhkan pengurusan kewangan.
Jelas sekali elemen tadbir urus yang baik dan
sistem penyampaian terbaik berpaksikan inovasi
ditekankan dalam memberi perkhidmatan yang
terbaik dalam MEB. Insyaallah, dengan semangat
yang lebih komited, berani untuk berubah supaya
tidak rebah, melaksanakan budaya kerja kelas
pertama, sistem penyampaian terbaik, semangat
pengorbanan dan budaya kerja berpasukan, pasti
dapat membantu mempertingkatkan mutu
pentadbiran, memperkukuhkan pengurusan serta
melaksanakan khidmat penyampaian yang
melambangkan keprihatinan yang tinggi di UTM
ini khususnya. Kita perlu bersikap responsif dan
prihatin terhadap keperluan pelanggan selain
19
bersifat sebagai pemudahcara supaya segala
urusan dapat diselesaikan dengan kaedah terbaik.
Semua staf UTM terutamanya staf-staf baru juga
diminta menjaga imej organisasi terutamanya
nama baik dan kepentingan Unviersiti. Universiti
tidak akan bertolak ansur dan teragak-agak untuk
mengambil tindakan terhadap staf yang terlibat
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini
termasuk mengambil tindakan disiplin surcaj
sewajarnya. Amanah Y. Bhg. Naib Canselor selalu
menekankan semangat kesukarelaan dan budaya
kerja berpasukan. Dalam Perjumpaan Bulanan
yang lepas, ada disebutkan tentang synergy
1+1=3, 10, 100 yang mana outcomenya ialah
transformasi.
Beliau juga menekankan tentang budaya ilmu.
Seluruh warga UTM perlu komited dalam
penyuburan budaya ilmu sebagai kefahaman kita
terhadap konsep ilmu dan penghayatannya.
Semua pihak dari staf akademik, staf bukan
akademik sehingga mahasiswa perlu
menyemarakkan program budaya ilmu. Kita
bimbang terdapat di kalangan staf yang gemar
membincangkan pekrara-perkara yang dianggap
20
ringan dan lebih menjurus kepada isu remeh-
temeh seperti kepentingan peribadi dan
sebagainya.
Kita juga perlu transform diri kita melalui
hubungan kemanusiaan: ini adalah kerana
mengikut kajian, 60% masalah pengurusan adalah
berpunca daripada masalah komunikasi (Peter
Drucker). Sekiranya kita berfikiran positif, maka
semua orang di sekeliling ikut positif.
Kadangkala, 80% masa pejabat kita pun terlibat
dengan komunikasi. Jadi apabila kita memberi,
pasti kita akan menerima. Petikan ayat Al-Quran,
“….dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras
hati, tentu mereka lari dari kelilingmu”.
4 undang-undang hubungan kemanusiaan :
i) Buat pada orang, apa yang kita nak orang
buat pada kita.
ii) Jangan buat pada orang apa yang kita
tidak mahu orang buat pada kita.
iii) Buat pada orang apa yang dia nak buat
baik walaupun dia tidak minta kita buat.
21
iv) Jangan buat benda yang tidak baik yang
sememangnya orang tak suka walaupun
mereka nak buat kepada kita. Jadi
sekiranya ingin menegur staf atau sesiapa
sahaja, mestilah dengan cara yang positif.
Kita kena ada sifat sense of belonging
(SOB). Ultimate SOB ialah orang yang
paling banyak membuat kebaikan kepada
orang lain.
Kita perlu merasakan kita adalah penyumbang.
Penyumbang kepada keluarga, penyumbang
kepada organisasi. Kita hendaklah menerima diri
kita dan organisasi kita secara pakej. Kita perlu
menerima ketua kita atau staf kita sebagai satu
pakej, kerana kalau tidak, ia akan jadi bebanan
kepada kita.
Saudara/i sekalian,
Dalam menuju ke arah dalam World Class
University, UTM perlu berhadapan dengan
pelbagai cabaran-cabaran daripada pihak luar
terutamanya persaingan dengan dalam dan luar
negara. Bagi memenuhi kehendak pasaran dan
menghadapi cabaran global, KPT telah
22
menyediakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi
sebagai panduan terhadap IPT dalam
merealisasikan usaha yang perlu digembelingkan
secara perkongsian bestari untuk memacu
pelaksanaan ke semua tujuh teras yang telah
ditetapkan iaitu :
Teras 1 : Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
- Pendemokrasian melalui meritokrasi
kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari
dan 33% tenaga pekerja berpendidikan
tertiari).
- Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian
Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar
cemerlang dan biasiswa khas (kumpulan
tertentu).
Teras 2 : Menambah baik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
- Dasar kebangsaan latihan pelajar dan
sangkutan pensyarah di industri.
23
- Penambahbaikan kurikulum berkala,
kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa
Inggeris diperluas.
- Graduan berketerampilan dan
kebolehpasaran.
- 100,000 Ph.D atau setaraf.
Teras 3 : Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi
- Membina masa kritikal penyelidik (100 RSE
bagi setiap 10,000 tenaga kerja).
- 6 buah Universiti Penyelidikan
- 20 pusat kecemerlangan diiktiraf
antarabangsa
- Budaya inovasi di kalangan pelajar
- 10% hasil penyelidikan dikomersialkan.
Teras 4 : Memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi
- Satu/dua buah Universiti Apex daripada
kalangan IPT dalam tempoh terdekat.
- 3 IPT antara 100 Universiti terbaik dan satu
antara 50 Universiti terbaik di dunia.
24
- Kuasa autonomi mengikut KPI
- 75% pensyarah berkelayakan Ph.D.
- Penarafan IPT mengikut IPT.
Teras 5 : Mempergiat Pengantarabangsaan
- Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar
negara.
- Purata 15% keseluruhan enrolmen pelajar
antarabangsa di IPT.
- 5% pelajar antarabangsa dalam kursus
kompetitif.
- Penghantaran pelajar pasca kedoktoran di
IPT terbaik dunia (top schools).
- Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar
antarabangsa di IPT.
- Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit.
- Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS)
Teras 6 : Membudayakan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
- Pengiktirafan PSH melalui MQF.
25
- Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman
terdahulu.
- Peningkatan penyertaan golongan dewasa.
- Laluan alternatif dan mobility program.
Teras 7 : Mengukuhkan sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi
- KPT sebagai pemudah cara.
- Sistem penyampaian terbaik.
- Keberkesanan pelaksanaan dan
pemantauan.
- KPI - berdasarkan prestasi.
- Perbelanjaan berhemah.
- Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA
berdasarkan merit - towering personality.
Berdasarkan kepada teras ke 4 dalam Pelan
Perancangan Strategik iaitu memperkasakan IPT.
KPT telah mensasarkan untuk menubuhkan satu
atau dua Universiti yang berstatus Universiti Apex.
Pendekatan KPT ini adalah untuk memastikan
Universiti mencapai status bertaraf dunia.
26
Sehubungan dengan itu, UTM tidak mahu
tertinggal daripada mendapat pengiktirafan
sebagai Universiti Apex.
Berdasarkan kepada pengalaman Universiti
terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi
fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi
meletakkannya pada status berkelas dunia
samada melalui kepimpinan Universiti dan juga
pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik
dan kriteria lain.
Bagi merealisasikan impian tersebut semua staf
dikehendaki bersama-sama berganding bahu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab
masing-masing supaya budaya kerja cemerlang
yang diamalkan terus subur.
Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Dato’ Naib
Canselor dalam perutusan tahun 2010 pada 11
Januari 2010 telah meminta dan menyarankan
kepada semua warga UTM agar memahami
peranan UTM sebagai sebuah Institut Pengajian
27
Tinggi Awam. Harapan kami, agar saudara
sentiasa merebut peluang bekerja bersungguh-
sungguh sama ada sebagai Pensyarah, Pentadbir,
Penyelidikan atau staf sokongan. Kita juga
hendaklah merebut peluang yang diberi untuk
bersungguh-sungguh berkecimpung dalam
perkara yang telah dipertanggungjawabkan
kepada kita.
Perutusan itu juga menyediakan kerangka kerja
untuk membolehkan warga UTM sentiasa rela dan
sedia berkorban demi kepentingan organisasi,
agama, bangsa dan Negara; melebihi kepentingan
peribadi dan kelompok; serta memantapkan gerak
kerja nilai tinggi untuk dipersembahkan.
Sudah tiba masanya kita berfikir di luar kotak,
mencari kriteria dan formula baru yang lebih
sesuai yang mampu menggerakkan Universiti kita
ke arah kecemerlangan Negara melalui kreativiti
dan inovasi. Walau apapun kategori @ gred
jawatan kita, kita hendaklah sama-sama
memainkan peranan, berganding bahu dan
menggembeling tenaga untuk mencapai wawasan
28
dan hala tuju Universiti untuk menjadi Research
University, mengekalkannya dan seterusnya
menjadi APEX University.
Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Jawatankuasa Kursus Induksi UTM Siri
1/2010, Penceramah, Fasilitator dan Bahagian
Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar dan
peserta kursus yang terlibat di dalam memberi
komitmen yang sepenuhnya untuk menjayakan
kursus ini,
Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
sukacitanya saya merasmikan KURSUS INDUKSI
UTM SIRI 1/2010.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Recommended