View
2.278
Download
10
Category
Preview:
DESCRIPTION
komunikasi bahasa
Citation preview
Asihwiniy Francisco
Norsiah Saleng
Pengucapan Awam
• Seni pengucapan yang menggunakanbahasa yang indah dengan tujuan untukmemikat atau memukau pendengar untukterus mendengar apa yang diperkatakan.
• Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan bukan satu keistimewaansemula jadi atau diwarisi secara turuntemurun.
• Pidato yang baik dapat memberikan suatukesan positif terhadap pendengar pidatotersebut.
1) Pembuka kataBahagian ini menyatakan penghargaan kepada
para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang
mengundang pemidato untuk menyampaikan
pidato berkenaan.
2) PendahuluanMenarik minat dan membina keyakinan
pendengar. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk
pidato perlu diberikan dalam bahagian ini.
3) Isi Isi pidato merupakan bahagian terpenting dan
perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.
4) Penutup IsiPenutup isi ialah kesimpulan yang dibuat
berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato.
5) Penutup PidatoPemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak penganjur,melafazkan
ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan
harapan agar pidato tadi akan memanfaatkan para
hadirin.
1) Kelancaran Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi terhadap diri
dan pengetahuan yang sedia ada.
Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikanpidato.
Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerapmerujuk kepada nota.
„pause‟- berhenti seketika pada akhir penyampaiansesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahamiatau mengikuti hujah.
kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.
Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti„eh‟,‟em‟, atau „ya‟.
Menyampaikan pidatomengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
2) Nada dan Intonasi
Semasa berpidato, pastikan suara sedapdidengar dan menarik. Nada dan intonasiharuslah dipelbagaikan dan dikawal untuktujuan yang tertentu. Misalnya, Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak
menarik perhatian
Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
Nada propaganda apabila hendakmempengaruhi
Nada tinggi dan suara lantang apabilamembakar emosi
3) Kecekapan Berbahasa
Pidato yang berkesan disampaikan denganmenggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah sepertiberikut :
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unukmenarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialahpantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menariksimpati.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.
4) Gaya Penyampaian
Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka hendaklah mengikut penekanansuara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabilagundah dan marah apabila emosi tinggi
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkaneye-contact yang sesuai
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian danjangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.
Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaiandengan majlis.
• Pidato Pembukaan
Pidato singkat yang dibawakan oleh pembacaacara atau MC.
• Pidato Pengarahan
Pidato untuk mengarahkan pada suatupertemuan.
• Pidato Sambutan
Pidato yang disampaikan pada suatu acarakegiatan atau peristiwa tertentu yang dapatdilakukan oleh beberapa orang dengan waktuyang terbatas secara bergantian
• Pidato Perasmian
Pidato yang dilakukan oleh orang yang
berpengaruh untuk merasmikan sesuatu.
• Pidato Laporan
Pidato yang isinya adalah melaporkan
sesuatu tugas atau kegiatan.
• Pidato Pertanggungjawapan
Pidato yang berisi suatu laporan.
• Ucapan yang disampaikan oleh seseorangjemputan yang dianggap berpengalamandan mahir dalam bidang-bidang tertentudalam majlis yang formal.
• Ceramah dibahagikan kepada dua :-i. Bahagian pertama dimana penceramah akan
membentangkan pendapat atau pengalamannyadalam bidang tertentu.
ii. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untukpara audien mengemukakan soalan-soalan ataupandangan mereka dan penceramah cubamenjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
• Ceramah mewujudkan komunikasi dua
hala, iaitu penceramah dapat berkongsi
maklumat atau pengalaman manakala
audien pula boleh mengemukakan
soalan-soalan atau pandangan mereka
sendiri terhadap sesuatu perkara atau
tajuk.
1) Bahagian Awal
Menyatakan penghargaan kepada pengerusi majlis.
Menyatakan penghargaan kepada orang berkedudukan
tinggi dalam majlis.
Menyatakan penghargaan kepada orang ramai yang hadir.
Mengucapkan terima kasih kerana sudi diberi kesempatan
atau kepercayaan untuk menyampaikan ceramah.
Membuat penegasan yang kontroversi pada permulaan
ceramah.
Memulakan ceramah dengan memetik ucapan-ucapan
atau kata-kata orang ternama.
Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada yang hadir.
Menyatakan isi ceramah yang diberi
2) Bahagian Isi
Amat penting kerana isi akan menentukan nilai
ceramah.
Isi adalah butir-butir sokongan kapada isi utama
yang telah dikemukakan pada bahagian awal
ceramah.
Mesti ada lima atau enam isi.
Isi mesti diikuti dengan huraian dan pembuktian
sama ada dengan mengemukakan contoh atau
kes.
3) Bahagian Penutup
Mengulas perkara-perkara utama dalam ceramah iaitudengan menekankan idea-idea pokok tanpa membuatperincian.
Memberi penekanan kepada hujah-hujah yang penting.
Menyuarakan gagasan untuk bertindak.
Mengukuhkan hujah yang lemah.
Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara utama agar para pendengar dapat bertindakbalas.
Menutup ceramah dengan ungkapan „demikian tadi…‟, „daripada penjelasan tadi…..‟, „begitulah serba sedikittentang ….‟, dan sebagainya.
Mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sertamenyatakan harapan kepada pendengar.
1) Cara Melahirkan Pendapat
Dalam melahirkan pendapat, penceramah
hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut:Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya
perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuanceramah.
Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan.
Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien danaras pendapat.
Mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan sukardifahami.
Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret.
Menunjukkan keyakinan diri.
2) Cara Mempengaruhi Audien
Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran mempengaruhi audienseperti yang berikut :
Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, tarafsosioekonomi, jantina dan profesion audien.
Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkanrangsangan dikalangan audien.
Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audientermasuk teknik retorik.
Menyelitkan unsur humor.
Memastikan suara anda didengar oleh semua audien.
Menjagka had/batas tumpuan audien.
3) Nada dan Intonasi
Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada danintonasi yang wajar diberi perhatian adalah sepertiberikut :
Meninggikan nada apabila hendak menarik minat danperhatian.
Menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabilahendak merayu.
Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlaluperlahan.
Pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabilahendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberimasa untuk penonton mengikut dan memahami hujahanda.
Menggunakan bahasa baku.
Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun.
1. Ceramah untuk kempen – iaitumenyampaikan maklumat untuk kempenbertujuan mendapat sokongan dari orang ramai bagi sesuatu tujuan.
• Contoh
(i) Ceramah menjaga kesihatan
(ii) Menderma darah
(iii) Kempen politik
(iv) Semangat kejiranan
2. Ceramah untuk menyampaikan maklumat –bertujuan untuk menyampaikan penerangan danpemahaman kepada orang ramai mengenaisesuatu idea, konsep atau perkara-perkara yang memerlukan kesedaran mereka dan dapatmemberikan manfaat.
• Contoh:
(i) Ceramah agama
(ii) Ceramah kesedaran.
(iii) Ceramah meningkatkan produktiviti
(iv) Ceramah tanggungjawab keibubapaan
• Ucapan merupakan satu kaedahberkomunikasi secara lisan yang dilakukandalam situasi yang terancang iaitu penetapanmasa, tempat dan isu yang hendakdisampaikan telah dilakukan.
• Ucapan lebih kepada situasi mengalu-alukan, meraikan, merasmikan majlis, pembukaanatau penutupan dan sebagainya.
• Menurut Mua‟ti Ahmad, (1994) menyatakanbahawa pengucapan umum menggunakananggota verbal dan bukan verbal.
• Menurut Rahimah Yeop, (2001)
pengucapan ialah satu interaksi
penghantaran mesej antara seseorang
pengucap dan sekumpulan pendengar
dengan tujuan untuk memindahkan dan
menyampaikan mesej dari satu pihak
kepada pihak yang lain.
• Menurut Maimunah Haji Omar, (1993)
ucapan merupakan sebahagian daripada
perucapan umumnya dalam aspek
perutusan.
• Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa
yang diucapkan atau cara menyebut atau
cara melafazkan sesuatu kata.
• Lazimnya ucapan akan disampaikan
dalam sesuatu majlis atau upacara
tertentu seperti pertandingan,
perhimpunan dan majlis rasmi.
• Ringkasnya, ucapan merupakan
penyampaian idea melalui pelafazan dan
disampaikan secara pidato sehala.
1) Permulaan ucapanUcapan dimulakan dengan cara bentuk peribadi.
Susunan kata-kata aluan ini mestilah mengikut
status pangkat tetamu yang disebut seperti nama,
gelaran, pangkat atau jawatan daripada yang
tertiggi kepada yang terendah.
2) Bahagian isiUnsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh
diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih
menarik.
Teks ucapan juga harus disertai dengan
penerangan, penjelasan, pujian, atau sanjungan
terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan.
Bahasa yang digunakan daalm teks harus mudah,
tepat, tegas dan berkesan.
3) Penutup ucapanUcapan terima kasih
Meminta maaf atas sekiranya tersilap kata
1) Bahasa mudah difahamiBahasa yang mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan
menyakinkan.
2) Isi ucapan yang sesuai Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan.
3) Ucapan harus tersusunUcapan mestilah disampaikan dengan mengikut susunan
tertentu dalam ucapan.
4) Suara yang jelasUcapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas,
lantang supaya mudah didengar oleh pihak penonton ataupendengar.
5) Cara penyampaian
Penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapanyang kurang.
6) Keyakinan diri
Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan jugapengetahuan yang sedia ada.
7) Gerak- geri yang berkesan
Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan, kepala mimik muka, senyuman, mata serta badan perlusesuai.
Membolehkan penonton berasa lebih selesa mendengarucapan yang disampaikan.
Gerak geri dapat membantu menguatkan lagi butiranyang hendak ditegaskan.
• Ucapan Spontan (Impromptu)
Ucapan yang disampaikan tanpa persediaan
awal dan dalam keadaan yang “terbuka”.
• Ucapan Ekstemporanas
(Extemporanoues)
Kelihatan seperti ucapan spontan tetapi pada
kebiasaanya penceramah sudah bersedia
dari sudut mental, emosi dan kandungan
ucapan yang disampaikan.
• Ucapan Manuskrip
Ucapan yang disampaikan dengan membaca
bahan yang telah disediakan. Biasanya
disampaikan oleh penceramah atau jurucakap
yang ingin memastikan kandungan ucapannya
tidak disalah tafsir atau dimanipulasikan.
• Ucapan Hafalan
Ucapan yang disampaikan dalam sesuatu
majlis khas seperti majlis hari jadi, majlis
perpisahan, majlis penghargaan atau peraduan
ucapan.
• Dikenali juga sebagai pidato.
• Syarahan lebih kepada matlamat
untuk menyakinkan pendengar atau
pembaca terhadap sesuatu isu yang
dikemukakan.
• Memperlihatkan usaha untuk
menegaskan sesuatu pendirian
terhadap isu yang dikemukakan.
• Satu pengucapan yang disampaikansecara individu kepada khalayak ramaiuntuk menghuraikan dan menjelaskansesuatu tajuk.
• Syarahan merupakan aktivitiberkomunikasi secara sehala, iaitumenjelaskan perkara-perkara tentangsesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi parapendengar supaya bersetuju dengan apayang disyarahankan.
1)PengenalanKata alu-aluan
Perkenalkan tajuk syarahan
Jelaskan ungkapan tersebut
2) Isi-isi karangan
3) PenutupKesimpulan isi
Ucapan terima kasih
1) Kelancaran Memulakan syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri
dan pengetahuan yang sedia ada.
Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikansyarahan.
Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerapmerujuk kepada nota.
„pause‟- berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatufakta atau di mana perlu untuk audien memahami ataumengikuti hujah.
kawalan masa, iaitu memulakan syarahan pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.
Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti„eh‟,‟em‟, atau „ya‟.
Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
2) Nada dan Intonasi
Semasa bersyarahan, pastikan suara sedap
didengar dan menarik. Nada dan intonasi
haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk
tujuan yang tertentu. Misalnya,
Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak
menarik perhatian
Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan
meminta simpati.
Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar
emosi
3) Kecekapan Berbahasa
Syarahan yang berkesan disampaikan dengan
menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
Penyampai syarahan perlu menguasai bahasadenganbaik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baikadalahseperti berikut :
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasayang gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidatounuk menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa danperumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi danmenarik simpati.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.
4) Gaya Penyampaian
Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah
selaras untuk menekankan fakta.
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka hendaklah mengikut penekanan
suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila
gundah dan marah apabila emosi tinggi
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan
eye-contact yang sesuai
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan
jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.
Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian
dengan majlis.
Terdapat dua jenis syarahan iaitu:-
i. Syarahan berbentuk pertandingan
ii. Syarahan Bukan berbentuk pertandingan
• Syarahan berbentuk pertandingan
Jenis tajuk syarahan ini selalunya dikemukakan
peperiksaan.
Pertandingan sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Bagi syarahan jenis ini sahaja, perlu menujukan
ucapan kepada “barisan panel hakim”.
• Syarahan bukan berbentuk
pertandingan
Syarahan biasa secara tidak formal
Tidak perlu menujukan ucapan kepada panel
hakim
• Taklimat ialah keterangan secara ringkasmegenai sesuatu yang berlaku atau sesuatuyang dihasilkan.
• Satu ucapan dimaklumkan dan disampaikansecara dua hala di dalam situasi formal dantidak formal kerana diakhir sesi taklimat akandiadakan sesi soal jawab.
• Fokus diberikan kepada tujuan kumpulanyang memerlukan taklimat.
• Taklimat disampaikan di tempat yang luasdan disampaikan oleh penonton yang ramai.
1) Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi:
TajukSalam, kata sapaan biasa atau salutasi protokolKata alu-aluanPengenalan diri, organisasi, jawatanKandungan taklimatPenutupSesi soal jawab
2) Taklimat Dua Taraf Khalayak
mengandungi:
Tajuk
Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa
Puji-pujian
Ringkasan penyampaian taklimat
Kandungan
Sesi soal jawab
1) Pertimbangan Khalayak/Hadirin
Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantuuntuk menentukan jenis taklimat yang merekaperlukan.
Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandungan taklimat.
Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantudalam penyedian nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.
2)Pertimbangan Suasana Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri
daripada orang kenamaan, pegawaikerajaan/swasta dan pelawat luar Negara dan adaD.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda.
Suasana dianggap kombinasi formal dan tidakformal jika khalayaknya terdiri daripada ibubapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petanidan sebagainya.
Lazimnya suasana formal memerlukan tekstaklimat yang kompleks manakala teks taklimatbagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.
3) Taraf KhalayakPenyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya.
Pengetahuan ini dapat menolong komunikator dalam
menyediakan sapaan atau salutasi.
4) Gaya Bahasa Taklimat
Disampaikan dalam keadaan formal dan rasmi
Pemilihan atau penggunaan kata mestilah tepat supaya
mudah difahami oleh pendengar.
Susunan ayat lebih ringkas dan tidak meleret-leret.
Sebutan, intonasi, dan gaya pengucapan yang betul akan
dapat menarik minat pendengar.
• Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf)
Ini melibatkan para tetamu yang hadir yang terdiri daripada pemimpin-pemimpinperingkat menteri, orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dansebagainya.
• Taklimat Dua Taraf Khalayak
Tetamu bagi dua taraf khalayak pula terdiridaripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M. Raja Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaantertentu.
Recommended