Topik 4 ketidaksamaan pdd 4

Preview:

Citation preview

Orang AsliIndegenousPedalaman

DEFINISI ORANG ASLI

Penduduk asal sesebuah negeri / negara Akta Orang Asli 1954:

orang yang bapanya ahli daripada kumpulan etnik orang asli

orang daripada mana-mana kaum yang di ambil sebagai anak angkat semasa kecil oleh orang asli.

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain .

ORANG ASLI

Merupakan kaum minoriti di Semenanjung Malaysia.

Terbahagi kpd 3 kumpulan besar:SenoiMelayu-ProtoNegrito

INDIGENOUS

Dikenali sebagai masyarakat peribumi yang bermaksud penduduk asli atau bumiputera.

Kumpulan etnik yang tinggal di Sabah & Sarawak diberikan status peribumi, mereka berhak untuk menerima segala keistimewaan yang diperuntukkan sama seperti penduduk Melayu di Malaysia.

PEDALAMAN Penduduk yang tinggal di daerah

yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri).

Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut sukar untuk berhubung dengan kawasan luar (bandar) kerana faktor geografi dan bentuk perhubungan ( telefon, pengangkutan dll).

ISU-ISU KETAKSAMAAN PENDIDIKAN

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN

PENGUASAAN 3M

PENEMPATAN GURU TERLATIH

KECICIRAN

JURANG DIGITAL

Insfrastruktur dan kemudahan asas

Statistik pada tahun 2005 menunjukkan bahawa terdapat 5077 ( 66.8%) buah SR dan juga 792 ( 39.0%) SM di luar bandar dan kebanyakkannya masih lagi kekurangan pelbagai kemudahan insfrastruktur dan kemudahan pendidikan.

Sekolah orang asli

Bilangan SR yang masih kekurangan kemudahan asas.

Bilangan SM yang masih kekurangan kemudahan asas

kesukaran yang dihadapi murid di pendalaman untuk ke sekolah.

KECICIRAN

Data yang dikeluarkan oleh JHEOA 37.1% daripada kanak – kanak orang asli

tidak memasuki SR, 34.3% tidak memasuki SM dan 46.3% tidak menamatkan tingkatan 5.

Antara punca ialah: Kurangnya kesedaran dikalangan ibu bapa

Orang Asli tentang kepentingan pendidikan, kepercayaan bahawa sekolah tidak akan

mengubah masa depan kaum mereka , Jarak sekolah yang jauh serta kesempitan

hidup.

USAHA MENGURANGKAN KECICIRAN

Kementerian pelajaran melalui PIPP telah menyenaraikan beberapa langkah:

Mencadangkan Pendidikan Wajib Memperluas MPV di sekolah

menengah harian Memperbanyak program motivasi Menjalin pemuafakatan antara warga

sekolah, keluarga dan komuniti

Memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai

Mempereratkan kerjasama dengan pihak luar KPM dalam mengenal pasti punca dan cara mengatasi keciciran

Sumber : PIPP

Untuk membantu mengurangkan kadar keciciran yang tinggi di kalangan anak orang asli pada peringkat sekolah menengah, kerajaan pada 09 / 01/2009 yang lalu telah mencadangkan pembinaan MRSM khas untuk anak orang asli dengan syarat kemasukkan yang lebih longgar dan berbeza

Sumber : Arkib berita Utusan Malaysia : 10/01/2009

PENEMPATAN GURU TERLATIH

PIPP – KPM ada menyatakan bahawa kementerian menghadapi kesukaran untuk menempatkan guru – guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi subjek kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Faktor yang mungkin mengakibatkan terjadinya perkara ini :

Lokasi sekolah yang jauh di pedalaman Guru – guru berpengalaman lebih banyak

ditempatkan di sekolah – sekolah di kawasan tumpuan penduduk dan sekolah – sekolah berstatus tinggi.

Usaha meningkatkan guru terlatih dan berpengalaman di pedalaman.

Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman

Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman

Menyediakan insurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar

Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas.

Sumber : PIPP

Bagi memastikan guru – guru di kawasan pedalaman mendapat kemudahan tempat tinggal yang selesa, sebanyak RM690 juta telah diperuntukkan bagi membina kediaman guru di pedalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sumber : Arkib berita Utusan Malaysia : 09/05/2007

Bagi menarik minat para guru untuk berkhidmat di kawasan pedalaman dalam jangka waktu yang lama; beberapa insentif ditawarkan, iaitu:

Pemberian kadar elaun 10% daripada jumlah gaji pokok.

Pemberian elaun mengikut tahap kesukaran ( berdasarkan kepada jarak dan kemudahan asas)

Tahap I : RM 500.00 ( mempunyai kemudahan asas, tetapi tidak selesa).

Tahap II : RM 1000.00 ( mungkin tiada kemudahan)

Tahap III : RM 1500.00 ( memerlukan perjalanan tiga – empat hari untuk sampai)

Kadar elaun yang diberikan ialah jumlah a+b.

JURANG DIGITAL

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara kita telah mengakibatkan jurang digital di antara pelajar di kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar dan pedalaman semakin meluas,

Hal ini menjadikan pelajar – pelajar luar bandar dan pendalaman semakin ketinggalan dalam arus pendidikan moden negara.

USAHA MERAPATKAN JURANG DIGITAL

KPM melalui PIPP, telah menyenaraikan usaha-usaha berikut :

Menyediakan makmal komputer Menyediakan Pusat Akses Menambah bilangan komputer Merangkaikan semua sekolah dengan

SchoolNet berjalur lebar Pembestarian sekolah luar bandar Menambah baik TV Pendidikan Merintis penggunaan video teleconferencing

PENGUASAAN 3M

Berdasarkan kepada kadar keciciran pendidikan yang agak tinggi di kalangan kaum orang asli dan peribumi, dapatlah dibuat rumusan bahawa kadar penguasaan 3M di kalangan anak orang asli masih dan perlu ditingkatkan.

Berdasarkan kepada pelbagai program pendidikan yang dilaksanakan, adalah diyakini bahawa kadar penguasaan 3M dikalangan anak orang asli dan pedalaman akan dapat ditingkatkan.

USAHA MENINGKATKAN PENGUASAAN 3M

Melalui PIPP, beberapa program dijalankan bagi meningkatkan penguasaan 3M, iaitu:

Memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1 Menambah baik Program Pemulihan Khas

Tahap I Menggiatkan Program Gerak Gempur Memperkenalkan program khusus untuk

Orang Asli dan suku minoriti

Pada tahun 2006, program ‘outreach’ pendidikan khas dan menangani masalah pendidikan orang asli telah diperkenalkan dengan menyediakan perkhidmatan bergerak,

untuk mengenalpasti kanak – kanak berkeperluan khas dan keciciran anak orang asli dalam lingkungan bawah umur persekolahan.