View
1.498
Download
81
Category
Preview:
DESCRIPTION
pendidikan
Citation preview
SEMESTER 1 SESI 2013 / 201
KBK 3073
MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK
KUMPULAN
GROUP UPSI-03 (A131PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
AZRIZA AZWA BT ZAKARIA D20121061710 0185723444
NAMA TUTOR E-LEARNING : KWAY ENG HOCK
TARIKH SERAH : 15 NOVEMBER 2013
PEMARKAHAN 2. ESEI:
(a) (b)
3. FORUM
JUMLAH
TUGASAN 2
Pilih satu rakaman berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas yang diambil daripada youtube atau
berdasarkan gambar statik, bincangkan kategori keperluan khas dari aspek;
a. Definisi
b. Faktor penyebab kecacatan
c. Ciri kognitif, sosial dan tingkah laku
d. Peranan dan tanggungjawab kementerian kesihatan,Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Pembangunan wanita keluarga dan masyarakat
e. Mereka bentuk satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) awalan atau program
intervensi awal untuk mengatasi masalah bahasa,tingkah laku dan emosi kanak-kanak
berkeperluan khas yang dipilih.
- KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
1
ISI KANDUNGAN
Gambar kanak-kanak pintar cerdas 4
1.0 Pendahuluan 5
2.0 Definisi pelajar pintar cerdas 6
2.1 Definisi kanak-kanak pintar cerdas dalam konteks pendidikan 10
di Malaysia
3.0 Jenis kanak-kanak pintar cerdas
4.0 Faktor penyebab kanak-kanak terbentuknya pintar cerdas 12
4.1 Faktor genetik
4.2 Faktor Emosi 13
4.3 Faktor kognitif / mental
4.4 Faktor luar atau persekitaran 14
4.5 Faktor bakat 15
5.0 Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas
5.1 Ciri-ciri fizikal
5.2 Ciri-ciri Kognitif 16
5.3 Ciri-ciri tingkah laku 19
5.4 Ciri-ciri emosi dan sosial 20
5.5 Ciri-ciri personaliti 22
5.6 Ciri-ciri pemikiran kreatif / produktif 24
6.0 Ciri-ciri unik kanak-kanak pintar cerdas
6.1 Personaliti
2
6.2 Kebolehan kognitif yang tinggi 25
6.3 Sifit ingin tahu 27
6.4 Perkembangan akademik yang maju 28
6.5 Perkembangan fizikal 29
6.6 Bakat yang istimewa
6.7 Gaya pembelajaran 30
6.8 Perkembangan moral 31
7.0 Jenis-jenis kanak-kanak pintar cerdas 33
7.1 Domain personaliti
7.2 Domain interlek 35
7.3 Domain emosi 37
7.4 Domain kreativiti 40
7.5 Domain moral 43
8.0 Peranan dan tanggungjawab 45
8.1 Kementerian Kesihatan
8.2 Kementerian Pendidikan 47
8.2.1 Jabatan Pendidikan Khas 49
8.2.2 Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas 51
8.2.3 Pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas
8.3 Kementerian Pembangunan Waniti Keluarga dan Masyrakat 53
9.0 Program Intervensi 55
3
9.1 Definisi Intervensi Awal
9.2 Pentingnya Intervensi Awal
9.3 Perlaksanaan 56
9.4 Penyaringan dan pengujian dignostik 58
10 Penutup 61
Bibliografi 63
4
PENDIDIKAN DI MALAYSIA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS – PINTAR CERDAS
Nurussyahamah Taqiah bt. Nurunnajmi ( Pintar Al-Quran – Qhatam Al-Quran seawal usia 5
tahun dan merupan tahfizah termuda di Malaysia, mahir 3 bahasa – Melayu, Inggeris dan Arab )
Adi Putra bin Abdul Ghani ( Pintar Matametik – berupaya menyelesaikan masalah matametik
tambahan secara congak dengan tepat seawall usia 6 tahun )
5
1.0 PENDAHULUAN
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh
lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak bebas
daripada masalah, tidak selalu berjaya mengikut kehendak dan ada kalanya menghadapi
cabaran dalam kehidupan. Realitinya, mereka tidak menghadapi sebahagian masalah yang
dihadapi oleh kebanyakan orang, tetapi mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi
oleh orang kebanyakan. Masalah mereka menjadi bertambah rumit kerana masalah tersebut
tidak difahami dan ini menjadikan mereka seolah-olah menghadapi masalah ini seorang diri.
Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan yang berlebih-lebih lagi kepada mereka. Salah
faham dan stereotaip selalu menghantui golongan ini. Mereka selalu merasakan hidup seorang
diri di dunia ini.
Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi.
Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk
mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas mengandaikan
bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka masuk ke alam
persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang tersendiri.
Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang
lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana
cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang ‘berbeza’ kerana
ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian
kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan
rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini,
pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam
pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.
Justeru itu, suatu program pendidikan khas perlu dilaksanakan segera dengan tujuan
mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan kerana
mereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaran
yang dimiliki oleh mereka, ini akan mendatangkan kerugian kepada negara.
Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantu
pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian
6
yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini
tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan
lambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan
menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat
belajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya
pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.
Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang
dikurniakan kepada mereka.
Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan
mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang
membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu
kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga.
Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan
yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teori
Ethiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan guru
mempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dan
cemerlang.
2.0 DEFENISI PELAJAR PINTAR CERDAS
Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang
individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri.
Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan
pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan
kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta
mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di
sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan
Laman Web).
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.
Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai
“The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada
keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis
7
Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan
untuk berfikir secara abstrak.
Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima
pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland,
(1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:
“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who
by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who
require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the
regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable
of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any
of the following areas singly or in combination:
a. General intellectual aptitude
b. Specific academic aptitude
c. Creative or productive thinking
d. Leadership ability
e. Visual and performing arts
Persekutuan Amerika Syarikat memberi maksud pintar cerdas ditujukan kepada kanak-
kanak pelajar atau belia mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi
bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat
dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau
perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah
biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Defenisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan
intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan
daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik
dan potensi mereka.
Negara England pula mendefenisikan, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari
semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus
8
teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi
untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua
subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan,
muzik , lukisan atau seni persembahan.
Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas
mengikut Public Law 91-230, seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang
dikenali sebagai seseorang yang layak secara professional yang secara kebajikannya
mempunyai kebolehan yang terserlah. Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran
yang berbeza dengan / atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan
program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa.
Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri
dan negara. Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu
yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang
dinyatakan.
Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a
Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi
bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta
berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula
mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu yang
dikatakan pintar cerdas ini. Mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan
mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh
seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan
perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-
kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan
mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan
mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas
adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek
umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-
kanak pintar cerdas), aras yang tinggi di dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti
9
yang tinggi.
Porter (2009) menyatakan kanak-kanak pintar cerdas memiliki domain kebolehan dalam
intelektual, akademik, verbal, kemahiran bersosial, muzik, kemahiran fizikal, mencitrakan seni
dan kecerdasan emosi (emotional intelligence). Beliau turut menerangkan cara untuk mengenal
pasti kanak-kanak pintar cerdas yang berdomain intelektual, akademik, verbal, kecerdasan
emosi dan kemahiran bersosial.
Manakala menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), pintar bermaksud “cekap,
pandai, banyak akal, cerdik, licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan” dan maksud
cerdas pula adalah “sempurna akal untuk berfikir dan mengerti.” Oleh itu, kanak-kanak pintar
cerdas ini dapat ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang pandai dalam sesuatu perkara dan
mempunyai pemahaman yang tinggi berbanding kanak-kanak normal.
Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas
mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan
pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Malah
Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran
terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau
kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran
praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan
dalam kehidupan seharian.
Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya
tidak tertakluk kepada kejayaan akademik semata-mata malah kebolehan berkreatif dan
bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juhga
adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.
Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai
mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada
persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya
menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh. Oleh
yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat.
Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap
mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa
10
memprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini
dengan pelajar normal.
2.1 Definisi kanak - kakak pintar cerdas dalam konteks pendidikan di Malaysia
Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan
sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan
mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus
penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka
memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat
merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam
bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain-
lain.
Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila
seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media
massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang
pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang
pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi
Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi
Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk
pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak
kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program
PTS yang diperkenalkan pada tahun 1996 yang telah ditamatkan selepas 5 tahun
diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Negara kita.
3.0 JENIS-JENIS KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti
(Betts & Neihart, 1988). Jenis pertama. merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat
yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini
disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka
bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka
11
mengambil risiko. Mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan sebenarnya mereka
boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan hala tuju diri sendiri
dan juga tidak bergantung pada orang lain dalam kehidupan seharian mereka.
Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih
kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh
mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa.
Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang
paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi dan
memahami emosi mereka. Ini akan membantu kanak-kanak pintar cerdas lebih memahami diri
mereka dan situasi yang dialami.
Jenis ketiga ialah kanak-kanak ‘bawah tanah’ atau bersembunyi di mana kanak-kanak
cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah
kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak
selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis
ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka
untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki. Kanak-kanak ini perlu dibantu bagi
mengembangkan potensi serta bakat yang ada pada mereka.
Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai
pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak
untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan
mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang
tidak sesuai untuk mereka. Kanak-kanak pintar cerdas jenis ini seringkali diabaikan kerana
sering beranggapan mereka adalah kanak-kanak lembab walhal mereka adalah golongan yang
mempunyai IQ yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah program khas yang bersesuaian dengan
bakat mereka.
Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan
pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta
bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari
aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel
sebagai seorang kurang upaya dan sering dipinggirkan.
12
Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak
yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan
terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan
untuk mereka (Betts & Neihart, 1988). Kanak-kanak jenis inilah yang seringkali Berjaya seperi
Adi Putra, Safiah, Amalina dan beberapa orang lagi.
4.O FAKTOR PENYEBAB KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Perkembangan individu pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat dan diperhatikan
sejak kecil lagi. Antara perkembangan yang dikaitkan dengan golongan ini adalah
perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan juga sosial. Pada pandangan mata kasar
masyarakat mereka tidak mempunyai masalah dalam setiap peringkat perkembangan, namun
pada hakikatnya yang sebenar golongan pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai
masalah berkaitan dengan kehidupan mereka. Mereka juga memerlukan perhatian dan
sokongan yang sewajarnya untuk terus menghadapi kehidupan walaupun pada dasarnya,
mereka agak berbeza dengan individu biasa. Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan golongan
pintar cerdas dan berbakat ini tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak agar masalah
perkembangan yang mereka hadapi tidak akan menganggu perkembangan bakat dan potensi
yang ada dalam diri mereka.
Piirto (1990) menyarankan lima aspek perkembangan pintar cerdas iaitu genetik atau
warisan sebagai faktor utama. Faktor kedua ialah faktor emosi diikuti dengan faktor kognitif
yang merujuk kepada keperluan kecerdasan minima sebagai faktor ketiga. Faktor keempat
dalam perkembangan pintar cerdas ialah sifat pintar cerdas (talent) itu sendiri. Aspek ini
dikaitkan dengan sifat dalaman yang semulajadi dan bermisteri. Aspek yang terakhir ialah ialah
aspek luaran atau persekitaran kepada individu yang berbakat. Aspek ini lebih merujuk kepada
sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam memperkembangkan pintar cerdas dalam diri anak-
anak mereka.
4.1 Faktor genetik
Ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha untuk mencari dan menentukan
sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintarannya diwarisi malahan, kebanyakan pakar
13
juga bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit sebanyak diwarisi daripada ibu
bapanya. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas
sejak saat kelahiran.
Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana
hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling
mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga
enam tahun. Malahan, Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman
(1937) dan Shieldo (1962) turut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan
yang berbeza dan perbezaan itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa.. Kajian ahli-ahli
psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa
mereka. Kebiasaannya, ibu bapa yang pintar cerdas akan melahirkan anak yang juga cerdas
pintar.
4.2 Faktor Emosi
Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur
kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya
melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan
sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang
heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain
menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain.
Goleman (1999) juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih
yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan,
mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Tuntasnya, seseorang akan
berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga
menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan
intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur
kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita.
4.3 Faktor Kognitif / mental
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang
mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang
14
setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana
sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ibu bapa berperanan
mempengaruhi perkembangan kognitif mereka dengan memindahkan pengetahuan berkenaan
melalui maklumat dan budaya dengan memberi tunjuk ajar mereka melalui perlakuan ibu bapa.
Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang
mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza
daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti
sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi
daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana
bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan
yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa. Dalam konteks ini, kemahiran
kognitif kanak-kanak ini perlu dipantau agar mereka dapat berfikir secara rasional dalam
membuat keputusan.
4.4 Faktor luar dan persekitaran
Faktor aspek luaran dan faktor persekitaran adalah berkaitan dengan peranan ibu bapa
serta masyarakat dalam memberi dorongan dan sokongan terhadap anak-anak pintar cerdas.
Yang lebih utama adalah dorongan dan sokongan dari ibu dan bapa yang berempati dan dapat
menyedari keistimewaan anak kecil mereka. I
bu bapa yang memberikan ruang kepada anak mereka untuk berkembang sepenuh
potensi diri adalah ibu bapa yang boleh membentuk minda genius. Bagaimanapun, kejayaan
mereka kelak tidak boleh diambil dan ditiru bulat-bulat kerana semua kanak-kanak amat
berbeza dari segi minat dan personaliti mereka. Hanya ibu bapa yang dapat menilai
kemampuan anak kecil mereka dan kemudian melakukan apa yang dirasakan perlu untuk
membangunkan potensi dirinya.
Seseorang ibu atau bapa yang peka terhadap keupayaan anaknya akan memberi
pendidikan yang lebih sempurna dan yang terbaik di peringkat awal lagi. Hal ini demikian
kerana jika bakat atau kebolehan tidak dikembangkan secara tidak langsung akan mati.
Ternyata, keadaan ini akan merugikan banyak pihak terutama kepada negara, kerana negara
memerlukan golongan pintar cerdas ini untuk membangunkan negara.
15
4.5 Bakat
Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada
tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap
bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, muzik,
kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Ini turut
disokong oleh Model Gagne yang menekankan proses pembelajaran ataupun proses
pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal.
Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat
ataupun membantutkan pengembangan bakat.
5.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
5.1 Fizikal
Ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat
sejak kecil hingga ke peringkat yang seterusnya. Biasanya pada umur diantara 0 hingga 11
bulan, kanak-kanak ini mula mengangkat kepala apabila diletakkan secara meniarap, membuat
pergerakan menggunakan lengan dan kaki, mengambil objek menggunakan mulut dan
berguling-guling ke belakang dan depan. Selain itu, mereka juga mula belajar untuk duduk dan
memusingkan kepala sewaktu duduk. Kanak-kanak ini juga mula memegang objek kecil
menggunakan sebelah tangan dan seterusnya dua belah tangan. Mereka juga mula merangkak
untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dan pada peringkat akhir, mereka mula belajar
berjalan secara perlahan-lahan dengan bantuan daripada orang lain.
Pada umur 8 hingga 20 bulan pula, ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini mula menampakkan
kemajuan yang semakin baik. Mereka sudah pandai duduk dengan adanya sokongan, mula
memegang objek dengan kedua-dua tangan dan merangkak dengan lebih laju. Pada peringkat
ini juga, mereka mula memegang perabot untuk belajar berdiri dan mula berjalan dengan
bergantung kepada perabot tersebut. Pada umur 16 bulan, mereka mula berjalan sendiri dan
cuba untuk memanjat khasnya tangga di dalam rumah. Pada peringkat akhir lingkungan umur
ini, mereka sudah mula pandai membongkok untuk mengambil objek walaupun pergerakan
tersebut masih belum stabil sepenuhnya lagi.
16
Pada peringkat umur 16 hingga 26 bulan atau juga dikira sebagai dua tahun, kanak-
kanak ini semakin aktif. Mereka mula berjalan dengan sendirinya dengan lebih stabil, bangun
dan duduk dari kerusi tanpa bantuan daripada orang lain, merangkak menggunakan sokongan
tangan untuk menaiki tangga dan mula berminat dengan barang permainan yang berbentuk
besar dan menarik. Mereka juga sudah mula belajar menendang bola, menconteng kertas
menggunakan pensil dan mula belajar untuk menaiki basikal yang mempunyai tiga roda.
Seterusnya ciri-ciri fizikal ini dapat dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 3 tahun.
Pada peringkat ini mereka sudah pandai menolak dan menarik objek besar, berjalan dengan
lebih aktif ke serata tempat, mula belajar berlari dan sudah pandai membuat pergerakan seperti
menari iaitu respon kepada bunyi yang mereka dengar. Malah, mereka juga sudah pandai
menghadapi sesuatu rintangan yang menghalang mereka. Pada peringkat ini juga mereka suka
mengulang perbuatan seperti melompat dan sebagainya serta dapat memegang sesuatu objek
dengan lebih kuat. Dalam peringkat ini juga, mereka sudah tahu menconteng kertas dengan
membuat bentuk bulat secara bebas.
Ciri-ciri fizikal yang seterusnya pula dapat dilihat pada peringkat umur 4 tahun setengah.
Kanak-kanak ini mula bergerak dengan lebih stabil, melompat dengan lebih yakin tanpa terjatuh
dan dapat mengayuh basikal roda tiga dengan baik dan laju. Mereka juga mula berjalan secara
berjengket-jengket iaitu kemahiran menguji kekuatan otot kaki dan berminat dengan permainan
yang menguji kemahiran motor mereka seperti menguli tepung atau sebagainya. Pada
peringkat ini juga, mereka sudah tahu untuk memakai kasut tanpa bantuan orang lain dan dapat
mengenakan butang baju yang dipakai dengan betul.
5.2 Kognitif
Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam beberapa
keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul, menganalisis, dan
membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam golongan pintar cerdas
ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini dapat
diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan
perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa
yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih bagi membantu
perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan kognitif kanak-kanak boleh diuji
17
menggunakan ujian IQ. Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian
sebanyak 140, namun kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun
demikian, kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan
perbezaan tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Di
bawah ini akan disenaraikan beberapa ciri kognitif kanak-kanak pintar cerdas.
a) Mempunyai daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja atau
aktiviti.
Contohnya kanak-kanak yang diberikan permainan “blok dan puzzle” akan berusaha
sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan meninggalkan atau tidak
menghiraukan orang atau keadaan sekeliling mereka kerana daya tumpuan mereka
terhadap aktiviti yang menarik minat mereka yang terlalu tinggi. Mereka juga kurang
berminat dengan permainan yang dimilki oleh rakan mereka. Dalam proses
pembelajaran pula, mereka akan memberi sepenuh tumpuan mereka kepada bidang
yang mereka minati.
b) Boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda.
Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia kurang daripada 5
tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping mampu menggunakan laras bahasa
dan kosa kata yang tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusianya.
c) Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu.
Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu menghafal sesuatu fakta atau
ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami isi kandungan dan akan
meluahkan semula menggunakan bahasa sendiri. Kelebihan yang ada juga dapat
membolehkan mereka membaca dengan cepat dan cepat memahami apa yang mereka
ingati.
d) Perasaan ingin tahu
Disebabkan perasaan ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas biasanya
akan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan inovatif yang mana
kadangkalanya pemikiran mereka diluar jangkauan akal kanak-kanak normal. Pada
peringkat kanak-kanak lagi sifat ini boleh dikenalpasti, contohnya mereka akan
membuka kereta mainan mereka untuk mengetahui komponen-komponen yang ada
18
dalam kereta tersebut. Kadangkalanya sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh
ibubapa yang kurang memahami anak mereka yang pintar cerdas.
e) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul
Kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja mampu untuk memahamai pelajaran malah
mereka juga boleh membuat rumusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran
serta boleh menganalisa dan memberi alasan kepada keputusan yang diambil selepas
sesuatu analisa dibuat.
f) Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain.
Contohnya, mereka boleh mengaitkan teori-teori yang dipelajari berkaitan dengan
burung dengan mengaitkannya dengan bagaimana terciptanya kapal terbang.
g) Memahami dua konsep yang seolah-olah sama.
Ini bermaksud kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami atau membezakan dua
konsep yang seolah-olah sama contohnya mereka dapat membezakan konsep berat
dan ketumpatan, Cahaya dan terang dan menakrifkan perbezaan antara makan dan
minum.
h) Tertarik kepada pemikiran abstrak.
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami pengetahuan yang canggih, abstrak
dan kompleks sehingga diluar jangkauan akal kanak-kanak normal yang lain.
Umpamanya mereka akan cuba memikirkan alam selepas kematian manusia.
i) Memahami kebolehan intelek sendiri.
Kanak-kanak pintar cerdas ini telah menyedari potensi mereka pada peringkat awal usia
mereka lagi, jadi dengan kesedaran itu maka mereka akan cuba untuk melakukan
sesuatu mengikut impian dan juga gaya pembelajaran mereka sendiri. Mereka telah
menyedari di mana kekuatan yang mereka ada dan akan mengaplikasikannya bagi
mencapai matlamat mereka. Mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka tidak
mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada mungkin mereka akan lupa.
Manakala ciri-ciri istimewa kanak-kanak pintar cerdas yang berkaitan dalam bidang
matematik pula ialah;
19
i) boleh membuat generalisasi
ii) kebolehan menaakul
iii) kebolehan untuk mengingat
iv) berfikir secara logik
v) fleksibel
vi) kebolehan dalam menyelesaikan masalah
Sebagai contoh, kanak-kanak pintar cerdas Adi Putra telah dikenalpasti bakat dan
kebolehannya dalam bidang matematik sejak berumur tiga tahun lagi. Bermula dari usia yang
sangat muda dia telah menunjukkan potensi diri yang luar biasa antaranya ialah;
i) Mencipta kaedah menguasai sifir 1 hingga 12 dengan cara baru.
ii) Semasa berumur 5 tahun dia mula mencipta kaedah pengiraan cepat bagi 4
operasi asas iaitu, tambah, tolak, darab dan bahagi.
iii) Semasa berumur 6 tahun lagi, dia telah menonjolkan dirinya kepada umum dan
mampu membuat soalan-soalan algebra, log, trigonometri, bearing dan lain-lain
serta mampu untuk menerangkan kepada orang lain bagaimana mendapatkan
jawapan tersebut. Dia juga dianggap telah dapat mengatasi bagaimana seorang
professor mengajar.
Dari segi emosi pula, kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa tertekan. Keadaan
sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain.
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih
tinggi daripada rakan sebaya mereka.
5.3 Tingkah laku
Renzulli (1978) menyatakan bahawa pelajar-pelajar cerdas pintar menunjukkan tingkah
laku pintar cerdaspada situasi-situasi tertentu. Beliau mencadangkan tiga trait utama yang
bergabung menjadikan seseorang pelajar itu dikategorikan sebagai pintar cerdas. Trait-trait
20
tersebut ialah kecerdasan atau potensi kognitif yang luar biasa, menyelesaikan masalah secara
kreatif, dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas. Trait kecerdasan seperti
yang telah dihuraikan merupakan ciri-ciri kognitif. Kreativiti pula seperti huraian Piirto (1999)
merupakan ciri-ciri personaliti. Komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara pula
merupakan sebahagian daripada trait tingkah laku pintar cerdas.
Tingkah laku Pintar Cerdas boleh diukur dalam aspek atau domain berikut:
Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal,
dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for
Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002).
Penilaian terhadap tingkah laku boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah
laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Guru-guru yang mengajar pelajar
pintar cerdas mengenali kekuatan yang ada pada mereka. Guru-guru boleh membuat
pemarkatan untuk menilai tingkah laku pintar cerdas dan tahap kekuatan tingkah laku tersebut
dalam aspek-aspek yang terdapat dalam SRBCSS (Renzulli et al. 2002).
5.4 Emosi dan sosial (Afektif)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat afektif berkaitan dengan perasaan mahupun emosi
dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi
membaca. Alam kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif
mereka.
Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang pertama yang
menggunakan terminology ‘afektif” telah menemukan satu lagi domain penting adalam
perkembangan manusia iaitu afektif. Mereka telah mengkategorikan afektif kepada 3 ciri iaitu
penerimaan (receiving), tindakbalas (responding), menghargai dan menilai sesuatu idea
(valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan sesuatu
mengikut sistem nilai yang kompleks (characterization). Antara ciri-ciri emosi dan sosial (afektif)
kanak-kanak pintar cerdas yang dapat dilihat pada kanak-kanak ini ialah;
a) Karismatik
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai gaya tersendiri dan personaliti yang
agak berbeza daripada orang lain. Oleh itu mereka biasanya akan menjadi bintang di sekolah di
mana mereka akan menjadi perhatian dalam masyarakat di sekelilingnya.
21
b) Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist)
Kanak-kanak pintar cerdas ini akan melakukan kerja-kerja dengan penuh minat dan
mereka amat mementingkan kesempurnaan. Walaupun mereka dapat menyiapkan kerja-kerja
mereka namun masih mementingkan kepada kesempurnaan dan sikap ini akan menyebabkan
mereka meluangkan banyak masa terhadap apa jua kerja yang dilakukan. Kadangkalanya
mereka akan melakukannya sehingga berulang kali bagi mendapatkan hasil yang benar-benar
memuaskan hati mereka. Sikap ini juga kadangkalanya akan menimbulkan kemarahan dan
ketidak puasan hati mereka terhadap orang lain atau rakan-rakan mereka kerana mereka juga
akan menjangkakan hasil yang sama seperti yang dilakukannya daripada orang lain.
c) Berasa tertekan
Sebagai seorang yang bersikap teliti dan mempunyai matlamat sendiri semenjak dari
awal lagi, mereka akan mudah rasa tertekan dalam usaha untuk mengatasi orang lain. Sikap ini
juga menunjukkan bahawa mereka takut kalah kepada orang lain dan akan mencetuskan kesan
sosio emosi yang lain seperti mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Mereka akan berfikir di
luar jangkauan kanak-kanak normal dan ini akan menyebabkan mereka mudah terangsang.
Contohnya ketika tidur, mereka mudah terjaga kerana terlalu memikirkan imaginasi
mereka. Mungkin bila menonton cerita seram, mereka mula memikirkan pelbagai perkara yang
berkaitan dengan rentetan cerita tersebut. Berikutan dengan sikap ini mereka mungkin akan
menjadi fobia kepada bencana seperti kegelapan dan kematian kerana mereka akan sentiasa
memikirkan.
Contohnya mereka akan selalu bertanya mengenai soal kematian, apa yang berlaku
kepada manusia selepas mati, boleh tak kalau manusia tak mati. Persoalan-persolan
seumpama ini akan menyebabkan mereka menjadi terlalu sensitif dan fobia kepada sesuatu
kejadian.
d) Sentiasa bekerja kuat
Kanak-kanak pintar cerdas biasanya telah mengenalpasti matlamat mereka sejak awal
lagi dan mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat mereka itu. Disebabkan
terlalu memikirkan kepada sesuatu yang dilakukan sehingga kadang kalanya mereka tidak tidur.
Contohnya kanak-kanak yang bermain “puzzle”, mereka tidak akan tidur sehinggalah dapat
melengkapkannya.
22
f) Suka menyendiri
Disebabkan terlalu menumpukan kepada kerja, kanak-kanak pintar cerdas ini dikatakan
lebih suka menyendiri dan menyebabkan hubungan sosialnya agak kurang baik berbanding
dengan kanak-kanak seusia mereka.
5.5 Personaliti
Murphy-Meisgeier Type Indicator for Children (MMTIC) adalah satu instrumen
menentukan personaliti yang berkembang daripada The Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).
MBTI adalah instrumen khusus mengenal personaliti orang dewasa hasil kerja Carl Jung (1923)
manakala MMTIC adalah instrumen khusus untuk menilai personaliti kanak-kanak. MMTIC
berkembang hasil usaha Elizabeth Murphy dan Charles Meisgeier pada tahun 1987 untuk
menilai personaliti kanak-kanak berumur 8-12 tahun yang bertujuan membantu kanak-kanak
mengenali diri mereka dengan lebih baik serta memberikan panduan kepada guru untuk
menyediakan platform pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.
Menurut Ruf (2008), MMTIC telah menyearaikan lapan jenis personaliti yang terkandung
di dalam kanak-kanak pintar cerdas yang memberi kesan terhadap tingkahlaku dan gaya
mereka belajar. Lapan jenis personalitI telah dikenalpasti ialah,
a) Extrovert
Kanak-kanak pintar cerdas ini dikategorkan sebagai ekstrovert kerana mempunyai
tenaga yang banyak untuk bergaul dengan ramai orang serta berkomunikasi dengan
yang lain
b) Introvert
Kanak-kanak pintar cerdas mendapat tenaga menerusi kaedah bersendirian. Walaupun
mereka masih bergaul dengan ramai orang tetapi memerlukan masa untuk bersendirian
bagi memulihkan tenaga.
c) Sensing
Kanak-kanak pintar cerdas mengumpul maklumat menerusi penggunaan semua deria.
Mereka sangat teliti dan lebih suka fakta berbanding teori. Mereka suka membuat
senarai, arahan yang jelas, jadual dan kadangkala sukar membuat generalisasi.
23
d) Intuition
Kanak-kanak pintar cerdas kategori ini suka menggunakan naluri dalam melakukan
sesuatu atau menyelesakan masalah dan bersikap analitikal dan teoritikal. Mereka lebih
gemar melihat sesuatu perkara itu secara umum, menerusi generalisasi dan selesa
dengan istilah tidak pasti.
e) Feeling
Kanak-kanak pintar cerdas kategori ini pula lebih mementingkan perasaan. Mereka suka
bersifat menang dan menang. Mereka juga sangat pemurah dengan pujian. Namun
mereka terlalu menjaga kepentingan orang lain dan kadangkala mudah kecewa jika
tidak dihargai.
f) Thinking
Kategori kanak-kanak di bawah personaliti ini bersifat praktikal, dan menggunakan logic
berbanding perasaan. Mereka melihat perasaan orang lain sebagai perkara kedua
setelah sesuatu keputusan diambil dan dilihat kurang sensitive dalam pergaulan dan
komunikasi.
g) Judging
Kanak-kanak pintar cerdas di bawah kumpulan ini bersifat sistematik, tersusun, dan
membuat sesuatu keputusan yang boleh dijangka oleh orang lain. Mereka berasa
terbaik apabila tugas selesai dengan sempurna, tepat pada masa dan kemas.
h) Perceiving
Kanak-kanak kategori ini lebih bersifat fleksibel, berfikiran terbuka dan kadangkala
spontan. Kanak-kanak kategori ini juga dilihat berdikari, membuat keputusan
berdasarkan perasaan ketika itu (mood), masa, dan dirasakan betul untuk mereka.
Walaupun penyenaraian di atas bersifat tunggal setiap satunya, namun realitinya,
kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kombinasi MMTIC yang pelbagai. Hasil penyenaraian
MMTIC di atas, membuatkan guru lebih memahami bagaimana kanak-kanak ini belajar pada
keadaan terbaik mereka. Guru yang memahami personaliti kanak-kanak pintar cerdas secara
menyeluruh akan memberikan ruang yang lebih kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk
membentuk perhubungan yang sihat antara guru dan rakan (Paladin; 2006 dalam Ruf; 2008).
24
5.6 Pemikiran Kreatif – Produktif
Antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin
ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas
itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang
terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, kanak-kanak pintar
cerdas juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu
perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang
kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang
boleh menarik minat orang lain.
Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap
perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka
menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains
dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka
supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea
yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas
hati dengan jawapan yang diberikan.
6.0 CIRI-CIRI UNIK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
6.1 Personaliti
a) Minat
Minat yang luas dan mendalam dalam pelbagai topik dan bidang menyebabkan konsep
kendiri mereka menjadi positif, yakin dan optimistik (selalu berfikir yang positif). Ini
berlaku apabila mereka “berfungsi” secara sihat. Yang sebaliknya akan berlaku apabila
mereka menghadapi cabaran tertentu, contohnya mereka tidak difahami oleh orang
biasa.
b) Berkarisma
Karismatik, popular dan ada gaya sendiri yang unik menjadikan mereka bintang dalam
kelas. Sikap degil dan tidak fleksibel seperti tidak mahu melakukan sesuatu kerja yang
tidak diminati serta yang dianggap di luar bidangnya. Selalu bersifat ekstrim.
25
c) Teliti
Melakukan kerja dengan teliti,serta sukakan projek besar yang mengambil masa
panjang dan usaha berterusan. Mereka juga sukakan kepada perincian iaitu sikap
perfeksionis.
d) Takut kalah
Selalu berasa tertekan untuk mengatasi orang lain. Sikap takut kalah itu sering
membawa kepada sikap cemburu dan masalah sosio-emosi yang lain.
e) Sentiasa tidak berpuas hati
Mereka sering meletakkan permintaan dan jangkaan yang tinggi terhadap hasil kerja
sendiri. Selalu tidak puas hati dengan pencapaian sendiri dan orang lain dan terlalu
bersungguh-sungguh semasa bekerja, tetapi tetap tidak puas hati apabila kerja
disiapkan.
f) Lebihan tenaga
Banyak tenaga, seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati.
Motivasi mereka menjadi tinggi pada kerja-kerja yang sangat diminati seperti contohnya
main lego sampai larut malam.
6.2 Kebolehan kognitif yang tinggi
a) Mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks
Ahli falsafah, merupakan golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat
dengan pemahaman abstrak yang tinggi. Kecerdasan juga boleh dinilai apabila mereka
memahami apa yang dibaca walaupun membaca secara senyap untuk masa yang
panjang. Kanak-kanak pintar cerdas tidak suka diganggu dan mudah menjadi marah
apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.
b) Pengetahuan atau skemata yang luas
Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Ini
menyebabkan mereka gemar meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti
mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang menguji
minda mereka.
26
c) Memahami persamaan dua konsep
Dapat memahami persamaan dua konsep yang tidak diperhatikan oleh individu yang
lain. Contohnya antara persamaan telur dan biji benih adalah kedua-duanya dilindungi
cengkerang, mengandungi nutrien untuk tumbesaran bayi, bentuk bujur dan sebagainya.
d) Memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama
Dapat memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama. Dapatkah anda
membezakan konsep berat dan ketumpatan? Cahaya dan terang? Cahaya adalah kata
nama dan terang adalah adjektif kepada cahaya. Bolehkan anda menakrifkan
perbezaan makan dan minum? Seorang kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin
menakrifkan makan sebagai kunyah dan minum itu sedut.
d) Memahami manakah isu yang penting
Dapat memahami manakah isu yang penting, idea yang teras atau prinsip asas yang
penting. Kanak-kanak biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang
penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan hasilan kerja
yang cantik walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru kerana mereka
menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain. Mereka menyedari dan memahami
prinsip asas seni iaitu nilai hasil seni terletak pada kecantikannya bukan kaedah atau
cara penghasilan
e) Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju
Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju, ini menggambarkan mereka
memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Ianyai boleh
dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan maksud perkataan yang
digunakan oleh kanak-kanak pintar cerdas.
f) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa, menaakul
Kebolehan membuat rumusan, menganalisa, menaakul. Contohnya mengandaikan
makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. Mereka juga mampu
mengaitkan konsep yang difahami dalam situasi baru. Contohnya burung boleh terbang
sebab terdapat sayap. Kapal terbang juga boleh terbang sebab ada sayap seperti
burung.
27
g) Ingatan semulajadi
Ingatan semulajadi mereka ialah ingatan cair yang memangpun tinggi, dibuktikan
dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak
walaupun di persekitaran yang sama dengan adik-beradik yang lain. Akibat
pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep
baru dengan mengaitkan apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini.
h) Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain
Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain. Semasa penyelesaian masalah,
mereka dapat menyelesaikan masalah pada situasi yang berbeza. Contohnya pelajar
yang menggunakan teknik untuk mengingati fakta dalam subjek dan situasi yang
berbeza. Jesteru itu mereka dengan mudah menyedari hubungan antara konsep yang
nampaknya tidak berkaitan. Contohnya Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan
daya tarikan yang tidak boleh nampak.
6.3 Sifat ingin tahu
a) Suka menanya soalan yang mencabar dan inovatif, menunjukkan pemahaman yang
matang dan canggih. Contohnya kenapa bintang suka berkelip-kelip? Kenapa planet
Zuhal (Saturn) ada gegelang di kelilingnya? Adakah tumbuhan beremosi / jiwa?
b) Suka membaca buku yang berdasarkan fakta seperti ensiklopedia, menonton
dokumentari dan melawat muzium.
c) Berminat dengan topik seperti dinasour, makhluk asing, ekologi, apa yang berlaku
selepas kematian, cerita dongeng, biografi dan ajaran agama yang lain.
d) Tidak mudah menerima jawapan yang ringkas dan mudah, ingin memahami sesuatu
secara mendalam (Kenapa saya tidak berasa terbalik apabila berdiri di hemisfera
selatan bumi?). Menjadi kecewa kalau persoalannya tidak terjawab oleh orang dewasa.
e) Suka memahami sebab dan akibat sesuatu, seperti bagaimana mesin boleh bergerak.
Ingin membuka jam untuk memahaminya, dan memikirkan cara menggunakan prinsip
28
jam untuk tujuan yang lain.
f) Memberi alasan / andaian (hipotesis) terhadap kejadian tertentu. Bunga matahari
menyerap cahaya matahari! Durian ada duri untuk mengelakkannya dimakan binatang
lain. Fungsi rambut adalah menyerap cahaya matahari sebab warna hitam boleh
menyerap haba. Saya kencing sebab poket dalam badan saya telah penuh! (Tidak
penting kalau penemuan, alasan atau hipotesis itu tidak tepat atau salah, yang penting
adalah kebolehan memberi alasan dan pemikiran logikal). Kebolehan ini selalu dapat
diperhatikan pada ahli teori.
g) Suka mencipta dan menjalankan eksperimen. Mungkin hanya eksperimen yang ringkas.
Contohnya meniup udara ke dalam air gelas untuk memerhatikan buih udara, atau
mencampurkan susu dengan Rebena untuk mendapatkan minuman baru yang berlainan
rasa.
6.4 Perkembangan akademik yang maju
a) Menonjol dalam pemahaman pembacaan, boleh memahami maksud tersirat.
Pemahaman yang tinggi ini boleh dilihat dari dua segi, iaitu kecerdasan bahasa yang
baik dan juga mereka cepat membina maksud daripada apa yang telah dibaca.
b) Menonjol dalam matematik, terutamanya pemahaman matematik dan menyelesaikan
masalah dengan cara yang kreatif (seperti menggunakan grafik / melukis untuk
menggambarkan soalan). Contohnya dapat mengaitkan algebra dengan geometri.
c) Suka kepada buku, membaca untuk keseronokan / sebagai minat. Ini boleh dilihat
dengan tingkah laku seperti suka mengunjungi perpustakaan, membaca surat khabar
dengan teliti, membeli buku sendiri. Perlu diingatkan, kecerdasan bahasa adalah
kecerdasan yang diiktiraf tinggi dalam budaya kita, tetapi bukan semua individu pintar
cerdas adalah canggih dari segi bahasa. Biasanya mereka yang tinggi kecerdasan
bahasa, akan mendapat pengiktirafan awal.
d) Fasih bercakap. Idea yang lancar dan menggunakan bahasa yang lebih rumit, seperti
ayat yang lebih panjang dan kompleks.
29
e) Membaca buku yang lebih susah. Apa yang membezakan mereka dengan pelajar biasa
bukan setakat tabiat membaca tetapi yang lebih penting mereka membaca buku yang
lebih berkualiti. Ini bermaksud buku yang memerlukan pemahaman yang lebih tinggi.
Rakan yang sebaya tidak membaca buku yang disukainya. Adik-beradik tidak
menyentuh koleksi bukunya.
f) Menonjol dalam bahasa bertulis. Boleh membina ayat sendiri pada umur yang muda.
Berminat dengan membentuk garisan pada pelbagai permukaan dan memegang pena
semasa kecil. Ada gaya yang tersendiri dalam bahasa. Penyampaian yang lebih
berkesan, contohnya menggunakan analogi atau gambaran visual untuk menyampaikan
maksud secara tepat.
6.5 Perkembangan fizikal
a) Secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya.
b) Berat badan yang lebih tinggi semasa lahir.
c) Jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan
status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik).
d) Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah.
f) Kadar membunuh diri yang lebih rendah (mungkin lebih tinggi bagi mereka yang
terlampau pintar cerdas dan berbeza dengan orang lain).
6.6 BAKAT YANG ISTIMEWA
a) Kebolehan artistik yang luar biasa dalam satu atau lebih bidang, seperti muzik, seni dan
menari.
b) Suka berkhayal dan imaginatif. Contohnya Jean Paul Sartre semasa kecil telah menulis
sebuah novel yang mengisahkan pengembaraan seorang saintis yang memburu rama-
rama. Penulisan mereka berbeza daripada orang lain dengan gaya (bahasa) yang
30
tersendiri, dan konsep / tema yang kreatif (yang memberangsangkan secara intelek atau
khayalan).
c) Kreatif dan suka atau menghargai sesuatu yang berbeza, asli dan unik. Contohnya
menarik perhatian ibubapa kepada sesuatu karya yang menarik perhatiannya. Meniru
karya yang berkualiti tersebut.
d) Pandai berjenaka, pandai memujuk dan berdebat. Mungkin pandai menghiburkan orang
dewasa. Dia ada gaya sendiri. Menggunakan dan memanipulasikan bahasa secara
kreatif.
e) Kebolehan bersukan yang luar biasa, seperti ketahanan dan ketangkasan yang lebih
tinggi.
f) Kemahiran membina dan rekacipta yang luar biasa. Contohnya semasa bermain blok,
membina kota yang besar dan rumit, dengan perincian yang rumit. Menunjukkan
kebolehan / kapasiti membayangkan struktur dan ruang yang luar biasa. Contohnya
mencipta dunia khayalan dengan sistem dan budaya yang rumit.
g) Kemahiran kepimpinan yang luar biasa, dianggap sebagai autoriti oleh rakan lain,
popular dan dikagumi
h) Boleh berfikir secara lateral dan inovatif. Banyak idea yang pelbagai.
6.7 Gaya pembelajaran
a) Menghabiskan masa yang panjang untuk aktiviti yang diminati. Seolah-olah mengasah
bakat yang ada pada sendiri.
b) Pengetahuan metakognisi, digambarkan menggunakan strategi sendiri untuk
mempelajari sesuatu. Selalu bertukar cara untuk mendapat cara yang paling berkesan.
Minat kepada teknik ingatan (mnemonik). Perkembangan metakognisi ini berkait rapat
perkembangan intrapersonal (pemahaman diri).
c) Menolak tugasan yang ringkas dan mudah, atau tidak mencuba langsung kerja yang
“biasa”. Menghabiskan kerja dengan tidak puas hati dan membuta tuli kalau dipaksa
melakukan kerja yang tidak diminatinya. Biasanya mereka cenderung menyempurnakan
31
tugasan mudah yang diberi dengan cara yang kompleks (di mana tidak dijangka oleh
orang lain atau dianggap berlebih-lebih).
d) Motivasi intrinsik dan kawalan dalaman yang kuat. Melakukan sesuatu demi kepuasan
diri. Mengabaikan halangan seperti sindiran orang lain. Mungkin dianggap sebagai
angkuh atau mencabar autoriti dengan caranya yang tersendiri.
e) Motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminati tetapi malas dan suka
menangani masalah dengan cara yang paling ringkas dan kreatif. Contohnya menjawab
secara lisan supaya tidak perlu menulis jawapan penuh. Suka menjawab soalan
matematik tanpa menjalankan operasi matematik, terus memberi jawapan kerana tidak
menggemari operasi yang panjang lebar.
f) Minat yang mendalam dalam topik yang tertentu. Mereka akan mencari maklumat yang
banyak dalam topik tersebut. Membuat nota dan menyusun maklumat sendiri secara
sistematik tanpa disuruh. Bertindak sebagai seorang pengkaji.
g) Memahami dan menangani masalah baru dengan cepat. Senang menyesuaikan diri
dalam budaya dan persekitaran yang baru. Dapat mengatasi halangan dan mencapai
apa yang diingininya.
h) Tidak suka kerja yang berulangan seperti latih tubi. Ini mungkin menjadikan tulisan
mereka tidak kemas, sebab terdesak untuk menghabiskan kerja dengan cepat sejak
kecil lagi. Malas menyiapkan kerja rumah, terutamanya kerja yang salin-menyalin yang
dianggap remeh dan menjemukan.
i) Tertarik kepada ransangan atau cabaran baru. Bagi seorang pelajar, mereka lebih
bermotivasi mempelajari bab atau subjek yang baru atau bidang pengetahuan yang
tidak pernah atau kurang diterokai.
6.8 Perkembangan moral
a) Berusaha menjadi budak baik, membetulkan kanak-kanak lain yang dianggap nakal.
Menjadi geram apabila orang lain tidak betul.
32
b) Idealistik dan berharap dapat menyumbang kepada kebajikan orang lain dan
memperbaiki dunia ini. Contohnya meminta ibubapa mengitar semula sampah. Kalau
sifat ini menjadi ekstrim, mungkin berasa bersalah dan tertekan sebab merasakan
hidupnya tidak bernilai.
c) Altruistik, dedikasi dan suka menolong orang lain. Simpati dan memahami penderitaan
orang lain. Berkaitan dengan rasa bersalah dan bertanggungjawab yang menghantui
mereka. Kecenderungan menghukum dirinya, mungkin menganggap dirinya tidak layak
mendapat layanan yang baik (bertindak seperti hero yang tragik).
d) Revolusioner. Suka membawa perubahan dan mencabar status quo. Selalu tidak
berpuas hati dengan apa yang sedia ada.
e) Reaksi yang melampau terhadap kejadian kejam, pembunuhan dan ketidakadilan.
Berpegang kepada prinsip keadilan. Tertarik kepada isu-isu seperti peperangan,
pemcemaran, Holocaust, kebuluran dan lain-lain. Contohnya, Siti tidak ingin makan
selepas menyaksikan kebuluran yang berlaku di tempat A, Siti berasa bersalah untuk
memakan.
f) Bersimpati dengan penderitaan orang dan binatang lain. Akibat perkembangan moral
yang tinggi dan sifat sensitif. Menggambarkan kecerdasan interpersonal yang tinggi.
Contohnya seorang budak Hinduisme yang mendesak ibubapanya menjadi vegetarian.
g) Mendukung sistem nilai sendiri, antaranya memilih perkerjaan yang dianggap tidak
berprestij oleh orang lain tetapi bermakna bagi dirinya. Berkait rapat dengan
perkembangan kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Contohnya menjadi penulis cerita
kanak-kanak, kartunis, pengkaji serangga dan sebagainya.
h) Jujur dan ikhlas. Sukar berbohong. Mereka perlu merancang dengan rapi untuk
berbohong (susah berbohong secara spontan), dengan itu susah dikesan apabila
mereka betul-betul berbohong! Akan bercakap benar apabila dipersoalkan oleh ibubapa.
Ibubapa tidak boleh menyalahgunakan sifat mereka ini. Sifat ini adalah ketara
terutamanya semasa kecil dan remaja. Contohnya, apabila guru menanya, Siapa yang
mengadu? dia akan mengaku.
33
i) Biasanya kurang terlibat dalam masalah delinkuen atau disiplin. Kalau mereka terlibat
dalam masalah jenayah, besar kemungkinan mereka adalah pintar cerdas pencapai
rendah di sekolah.
7.0 JENIS-JENIS KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Subotnik, seorang pengkaji dalam bidang pendidikan pintar cerdas pernah
mengandaikan kanak-kanak ini ialah mereka yang, Some gifted individuals lives might be too
comfortable to push them beyond their limits. Kajian Subotnik terhadap lepasan sebuah sekolah
terpilih yang sangat berdaya saing, menunjukkan kebanyakan pelajar mencapai taraf status
sosial yang tinggi dan kehidupan yang selesa. Tetapi mereka tidak mencapai apa-apa
pencapaian yang luar biasa. Kebanyakan daripada mereka berasa puas hati dengan kehidupan
sedia ada dan tidak berminat mendapat nama atau kebendaan yang berlebih-lebih, ataupun
penemuan yang penting dalam bidang pengetahuan.
7.1 Domain personaliti
a) Motivasi dalaman
Maksud motivasi dalaman di sini adalah kanak-kanak pintar-cerdas melakukan sesuatu
kerana dorongan dari dirinya sendiri. Mereka mungkin tidak suka didorong melakukan sesuatu
dengan motivasi luaran terutamanya hukuman, memandangkan sifat sensitif mereka yang suka
berdendam untuk masa yang lama. Kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menyedari
strategi orang dewasa untuk memanipulasikannya, dan sengaja menggagalkan usaha tersebut.
Mereka melakukan sesuatu kerana tertarik kepada aktiviti itu tersebut, bukannya sebab
disuruh atau memenuhi jangkaan orang dewasa semata-mata. Motivasi intrinsik ini
diperlihatkan oleh tingkah laku mereka yang suka belajar dan mengambil inisiatif dalam
memperlajari sesuatu. Mereka mungkin mencabar diri untuk mempelajari sesuatu yang baru
dan mendapat kepuasan yang tinggi dalam proses tersebut dan juga hasilnya. Dengan kata
lain, disebabkan kecerdasan mereka yang tinggi, belajar itu boleh disamakan dengan main
untuk mereka. Tingkah laku ini dapat diperhatikan apabila mereka membaca buku dengan
tumpuan yang tinggi dan untuk masa yang panjang atas inisiatif mereka sendiri. Main di situ
tidak semestinya bermaksud permainan fizikal yang aktif, tetapi sesuatu yang mereka suka.
34
Contohnya, kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku di luar sukatan sekolah
samada buku cerita atau yang bersifat fakta seperti ensiklopedia. Dengan erti kata lain, motivasi
luaran atau ekstrinsik seperti pujian orang dewasa, ganjaran kebendaan, dan hukuman bukan
pendorong utama kepada tingkah laku mereka. Berbanding dengan kanak-kanak yang lain,
mereka suka belajar dan menikmati proses pembelajaran tersebut. Pembelajaran adalah
menyeronokkan kepada mereka, sebagaimana bermain.
b) Jangkaan yang tinggi dan sikap perfeksonis
Perfektionis, secara ringkasnya bermaksud permintaan yang tinggi terhadap hasil kerja
dirinya dan juga orang lain. Seperti yang digambarkan oleh jangkaan diri yang tinggi oleh Freud
semasa zaman remaja. Ini dapat diperlihatkan dengan tingkah-laku mereka yang selalu
memperbetulkan hasil kerja yang sedia ada.
Mereka juga menjangka tinggi pada orang lain dan berasa tidak puas hati apabila rakan
sekumpulan mereka tidak mencapai tahap yang dijangka tersebut. Ini selalunya menjadi punca
konflik, McClintock yang sangat cerdik dan menjangka tinggi pada pelajarnya, menjadikan calon
di bawah penyeliaannya melarikan diri apabila melihatnya. Alasannya McClintock was not about
to waste her time on inept students, especially when jobs were scarce for even the best
(McGrayne, ms 161). Dia juga dikatakan tidak berminat berbual dengan orang yang tidak begitu
cerdik sepanjang hayatnya. Bagi Rita Levi-Montalcini, She places a great importance on
intelligence, and she could not tolerate stupidity very well (Ibid, ms219).
Disebabkan jangkaan hasil yang terlalu tinggi ini, mereka selalu tidak puas hati dengan
hasil atau pencapaian mereka sendiri, walaupun kerja mereka sudah dianggap cukup baik bagi
orang lain. Mereka mungkin selalu bertangguh kerja sehingga saat terakhir, sebab belum
mendapat idea yang canggih lagi (pada pandangan mereka sendiri). Mereka juga mungkin takut
memulakan sesuatu kerja atas sebab yang sama. Pujian orang lain susah mengubah persepsi
mereka sebab mereka mendukung penilaian dan sistem nilai sendiri.
c) Pemikiran yang terbuka
Pemikiran yang terbuka bermaksud sikap yang sedia menerima dan memahami dari
perspektif orang lain. Sebaliknya sikap konservatif bermaksud sentiasa menolak, kaku dan
35
enggan mencabar konsep yang sedia ada. Kita perlu memahami menerima tidak semestinya
bermaksud bersetuju ataupun mengikut bulat-bulat, tetapi kebolehan memahami kenapa orang
lain berpegang kepada pendirian yang tertentu. Pemikiran yang terbuka juga membawa
maksud mereka fleksibel mengikut situasi atau keadaan semasa, dan membuat keputusan
mengikut pertimbangan yang munasabah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka.
Kanak-kanak yang pintar-cerdas lebih senang mengambil perspektif orang lain (kurang
egosentrik) dan boleh berfikir apakah masalah, idea, dorongan, keperluan orang lain. Sikap
terbuka ini boleh diperlihatkan dalam penerimaan (dan menjiwai) perbezaan kebudayaan,
kepercayaan, sistem nilai, dan peranan jantina yang fleksibel. Mereka tidak memilih kerjaya
mengikut stereotaip jantina, contohnya seorang kanak-kanak perempuan yang pintar-cerdas
mungkin berazam menjadi ahli bomba atau jurutera. Mereka suka dan menyenangi budaya
kaum yang berbeza dan ingin memahami budaya orang lain, dan menunjukkan sifat ingin tahu
seperti seorang anthropologis.
Mereka bersikap terbuka dan tidak menghadapi masalah memahami dan menerima
golongan yang minoriti seperti orang cacat, homoseksual, pelajar lain yang tidak popular dan
lain-lain. Mereka juga sedia menerima idea baru, konsep baru yang berlainan dengan
pegangan mereka dengan senang.
Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang
tidak biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang menyesuaikan
diri semasa masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah menengah sehingga peringkat
pengajian tinggi. Contohnya cara pembelajaran untuk peringkat yang berbeza ini adalah
berlainan, mereka cepat menguasai rahsia tersebut dan senang menjadi cemerlang dalam
akademik, contohnya mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab
berdasarkan itu. Keadaan ini tidak bermakna mereka dapat menghadapi cabaran hidup dengan
senang, sebab mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi orang lain. Masalah
kanak-kanak pintar-cerdas akan dibincangkan dalam bab yang satu lagi.
7.2 Domain intelek
a) Kebolehan intelek am
Maksud kebolehan intelek am ini bermaksud, mereka bukan hanya menonjol dalam satu
36
subjek atau kemahiran yang tertentu sahaja tetapi kelebihan dalam keupayaan mental secara
am dan keseluruhan. Contohnya dari segi ingatan, bahasa, mengeluarkan idea, penaakulan,
menganalisa dan pemahaman secara am. Mereka nampak lebih faham-faham. Dengan
kebolehan mental yang lebih tinggi ini, mereka boleh menguasai kebanyakan subjek. Contoh
yang biasa kepada kita adalah pelajar cemerlang dalam SPM.
Mereka menunjukkan pengetahuan yang luas, dan mengetahui banyak maklumat yang
tidak diketahui kanak-kanak lain, lebih-lebih lagi bagi topik yang menarik perhatiannya.
Contohnya, apabila guru menanya apa warna isi buah tembikai, kanak-kanak menjawab warna
merah, dan Ali mengatakan Ada tembikai kuning!, keadaan ini menunjukkan Ali lebih
berpengetahuan berbanding kawannya. Kanak-kanak yang biasa hanya memahami bapa yang
membeli susu, tetapi kanak-kanak pintar-cerdas menyedari susu dari pasarya adalah datang
dari lembu! Katakanlah bagi tajuk telur, kita boleh membandingkan pengetahuan dan konsep
dua orang kanak-kanak:
i) . Pengetahuan kanak-kanak biasa 4 tahun:
- Boleh makan
- Ayam menetaskan telur, telur akan menjadi anak ayam
ii) Pengetahuan kanak-kanak pintar-cerdas 4 tahun:
- Boleh dimakan, terutamanya telur ayam dan telur itik
- Terdapat binatang yang melahirkan anak dan ada yang lahirkan telur
- Telur dimasak tidak boleh menetas menjadi anak ayam
- Telur perlu diperam pada suhu yang sesuai untuk menetas
- Adanya telur yang elok dan buruk
- Hanya ibu ayam atau itik boleh mmenetaskan telur
- Anak ayam atau iktik akan menjadi ibu dan bapa ayam dan menetaskan anak
yang lain
Kelebihan yang lain termasuklah daya ingatan, daya pemerhatian dan tumpuan yang
baik. Ingatan dan daya pemerhatian yang baik adalah berkait rapat dengan tumpuan yang tinggi
itu. Daya pemerhatian yang baik bermakna mereka boleh mengenalpsti perincian yang
diabaikan oleh kebanyakan orang lain. Contohnya, kanak-kanak itu mungkin boleh
membezakan daun sayur yang berbeza, jenis kereta dan lain-lain. Mereka mungkin bertanya
37
kenapa ikan emas tidak pernah tidur, bentuk bulan boleh berubah dan sebagainya. Daya
tumpuan yang tinggi bermaksud menjalankan sesuatu aktiviti untuk satu jangka masa dan tidak
senang dipengaruhi oleh gangguan di sekeliling.
b) Minat yang luas
Minat bukan terhad kepada subjek akademik di sekolah sahaja. Ia juga merangkumi
aktiviti-aktiviti, hobi-hobi, topik-topik lain yang tidak dimasukkan dalam sukatan sekolah. Hobi
adalah mainan bagi orang dewasa. Kebanyakan daripada kita memiliki hobi yang tertentu,
seperti mengumpul, seni lukis, seni muzik, beristirahat dan senaman, memasak dan
berkomputer. Golongan pintar-cerdas menunjukkan bakat, minat dan hobi yang luas. Mereka
juga terlibat giat dalam aktiviti tersebut itu dengan motivasi yang tinggi, mereka melakukannya
dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan tumpuan yang tinggi. Contohnya melukis dan
membaca seorang diri selama beberapa jam.
Bacaan mereka adalah meluas dan mereka membaca buku yang lebih baik, atau buku
yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih mencabar
konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding rakan yang sebaya.
Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab naluri ingin tahu yang tinggi
bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta oleh orang dewasa.
Seorang yang pintar-cerdas mungkin berminat dengan banyak subjek dan topik, seperti
psikologi, biologi, agama, sejarah, sains dan pengurusan. Bagi kanak-kanak, mereka mungkin
berminat dengan topik-topik seperti dinasour, makhluk asing, serangga, magnet, jam, telur,
binatang, mengumpul spesimen daun, memasak, api dan bayang. Kalau anak murid anda
memperlihatkan tingkah laku yang sangat berminat terhadap kebanyakan topik yang
memberangsangkan, dia berkemungkinan seorang yang pintar-cerdas. Dia mungkin
menyimpan sebuah buku nota atau diari untuk merekodkan apa yang diketahuinya dan
temubual orang dewasa.
Dengan berlalunya masa, dia mencapai tahap kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
dalam dua atau lebih bidang seperti melukis, menyanyi, astrologi, memasak atau dalam bidang
perubatan herba. Minat mereka luas dan mendalam, menunjukkan sikap tertarik kepada
pengetahuan dan mengasah bakat yang ada pada mereka.
38
c) Pemikiran logikal dan kritikal
Saya : Bolehkah kita makan susu?
Aini : Susu untuk minum bukan makan.
Saya : Apakah bezanya makan dan minum?
Aini : Kalau makan kita kunyah! Minum itu sedut.
Saya : Tapi kalau cikgu makan susu?
Aini : Boleh, kalau dia gula susu.
Begitulah canggihnya pemikiran seorang kanak-kanak pintar-cerdas yang ditemuduga
oleh penulis. Kanak-kanak itu adalah seorang pelajar Melayu perempuan yang berusia 6 tahun
di Pra Sekolah Masalah Pembelajaran di sekolah saya. Perbualannya tersebut jelas
memperlihatkan pemikiran yang kritikal dan analitikal. Soalan yang ditanya bukan memerlukan
kanak-kanak memberi maklumat tetapi mengkehendaki mereka memberi alasan dan menaakul.
Kanak-kanak tersebut menjawab dengan baik, contohnya dia dapat memberi definisi makan
dan minum untuk membezakan dua konsep ini. Pada pengalaman kita, kadang-kadang adalah
susah untuk kita memperjelaskan sesuatu yang kita sudah biasa dan fahami. Memberi definisi
kepada konsep-konsep merupakan item bagi sesetengah ujian IQ.
Seorang yang logikal cekap mengesan kesilapan pada logik orang lain. Dia memahami
keadaan yang tidak munasabah dan pandai menyampaikan konsep ini dengan jelas kepada
orang lain. Dia suka menanya kenapa dan bagaimana. Ini mungkin menimbulkan perasaan
kecewa bagi pihak ibubapa dan guru. Ibubapa jangan jawab sembarangan kalau tidak faham,
sebab jawapan yang tidak betul akan mengelirukan kanak-kanak tersebut. Mereka berasa benci
kalau mereka dapat mengesan kesilapan logik pada orang lain. Ahli pidato merupakan
golongan yang pandai dalam aspek pemikiran logikal ini.
d) Pemikiran yang abstrak dan kompleks
Banyak golongan pintar-cerdas menunjukkan minat yang mendalam terhadap idea yang
abstrak dan terperinci. Mereka tertarik kepada teori dan falsafah. Pada zaman remaja mereka
menjadi kagum kepada ahli pemikir yang terkenal dan suka membaca buku terhadap falsafah,
39
psikologi, pengajian sosial, sains dan matematik pada usia yang muda. Pemikiran abstrak boleh
dikatakan satu-satunya ciri-ciri yang paling signifikan membezakan seorang yang pintar-cerdas
dengan orang kebanyakan.
Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih cepat memahami konsep yang abstrak
seperti konsep sifar, nombor negatif, masa. Contohnya dia boleh menyatakan perbezaan antara
jam tangan, jam, masa dan tempoh. Jam tangan adalah alat untuk menunjukkan masa, jam
jugalah unit masa untuk mengukur panjangnya masa, tempoh adalah berapa lamanya masa itu.
Pemikiran yang abstrak bukan setakat melibatkan pemikiran semata-mata, tetapi juga
penyampaian idea itu dalam bentuk bahasa. Mereka cekap mendefinisikan sesuatu konsep.
Sebenarnya inilah konsep yang digunakan oleh banyak ujian kecerdasan, iaitu keupayaan
mendefinisikan konsep. Perkembangan bahasa selalu berkembang selaras dengan
perkembangan konsep.
e) Kefasihan bahasa dan aliran idea yang lancar
Disebabkan perkembangan bahasa mereka yang lebih baik, mereka fasih bercakap dan
banyak idea. Satu aspek yang senang diperhatikan adalah penggunaan perkataan yang tidak
diketahui kanak-kanak sebaya, guru perlu prihatin kalau mendapati kanak-kanak lain menanya
apakah maksud perkataan canggih yang digunakan oleh seorang kanak-kanak.
Ayat yang dipertuturkan juga lebih kompleks dan pelbagai dari segi strukturnya, seperti
menggunakan ayat pasif, menyoal serta ayat yang panjang dan lebih lengkap. Bahasa mereka
juga lebih teratur, memperlihatkan aliran idea yang jelas dan lancar. Adalah biasa kanak-kanak
bercakap dengan menjangkau perkataan dan sukar mengekalkan satu topik perbualan,
sebaliknya kanak-kanak pintar-cerdas boleh bercakap dengan orang dewasa berkaitan sesuatu
peristiwa dengan jelas.
7.3 Domain Emosi
a) Penyesuaian sosial yang baik
Secara keseluruhannya, kanak-kanak pintar cerdas adalah canggih dari segi
perkembangan sosial. Mereka menjadi bintang dalam kelas dan selalu menarik perhatian guru
40
murid. Pada masa yang sama, kita menganggap mereka yang pintar cerdas hanya
mementingkan pembelajaran dan pekerjaan tidak pandai bersosial. Keadaan ini terutamanya
berlaku pada tempoh mereka paling produktif dan menumpukan segala perhatian dalam kerja..
Kanak-kanak pintar cerdas dari segi pergaulannya menominasi rakan sebaya. Kanak-
kanak pintar cerdas menjadi pemimpin, kanak-kanak lain berasa kagum dan senang mengikut
ideanya. Dengan kata lain, dia ada pengaruh sosial. Tetapi kalau kecerdasannya terlalu
berbeza, keadaan yang sebaliknya berlaku.
b) Konsep kendiri yang positif yang sering berubah
Konsep kendiri ini tidak bersifat kekal. Keyakinan mereka senang terjejas kalau mereka
menghadapi persaingan hebat dengan pelajar pintar cerdas yang lain. Mereka akan berasa
rendah diri dan seterunya meragui nilai hasil kerja dirinya. Konsep kendiri ini bagaikan pedang
dua mata bagi mereka, terutamanya bagi mereka yang bersifat sensitif dam perasan. Konsep
kendiri yang positif ini adalah salah satu faktor pelindung kepada masalah dan faktor penggalak
kepada kejayaan mereka dalam kehidupan. Keyakinan diri yang tinggi akan memberi kesan
kepada perkembangan mereka dari pelbagai segi:
i. Berani mencuba perkara yang baru.
ii. Menyedari dan yakin merebut peluang yang sedia ada.
iii. Ini seterunya memberi lebih pendedahan / pengalaman kepada mereka.
iv. Tidak senang diganggu oleh kesan kegagalan.
7.4 Domain Kreativiti
Kreativiti menjadi isu yang penting dalam pendidikan pintar cerdas. Ia merupaka satu-
satu ciri yang paling unik bagi golongan ini, walau bagaimanapun ini tidak bermakna semua
golongan pintar cerdas kreatif ataupun sebaliknya semua orang yang kreatif adalah pintar
cerdas. Perhatikan ciri-ciri seperti berdikari, idea yang tersendiri, keunikan, keaslian adalah
berkait rapat dengan ekspresi diri dan kecerdasan intrapersonal yang tinggi.
41
Sifat kreatif ini selalunya membawa kepada sifat lain yang tidak begitu dikehendaki oleh
masyarakat, seperti tidak memberi perhatian kepada perincian, cuai, tidak berorganisasi, suka
bersendirian, sukar difahami. Mereka yang kreatif mesti menyampaikan kreativiti itu dalam
domain yang tertentu seperti seni, sains atau falsafah. Ini bermakna, kreativiti ini mesti
disertakan pengetahuan, kemahiran, bakat yang lain. Contohnya penyanyi yang kreatif perlu
memiliki suara yang baik terlebih dahulu.
a) Berdikari
Berdikari bermaksud sanggup bekerja keseorangan, memulakan sesuatu dan
menghabiskannya atas usaha sendiri. Seorang yang kreatif perlu menanggung tekanan menjadi
berbeza daripada majoriti yang lain di samping sikap tabah kepada pengalaman gagal. Dia
menyenangi tidak diterima oleh orang lain ataupun dianggap betul. Kenyataan ini juga sesuai
bagi menerangkan mereka yang kritis. Dalam aspek ini, kelebihan golongan pintar cerdas
sebenarnya jugalah punca masalah sosioemosi mereka.
Seorang yang berdikari suka menyelesaikan masalahnya sendiri, lebih-lebih lagi
tugasan yang mencabar. Dia tidak suka panduan atau arahan oleh orang lain. Keadaan ini
mungkin menjadi punca kepada satu lagi masalah mereka: sukar bekerja dengan orang lain.
Seseorang yang kreatif itu unik, keunikan itu bermakna dia berbeza, perbezaan ini
menjadikannya sukar berkongsi idea atau pandangan.
b) Keaslian
Antara kriteria yang paling penting untuk menilai samada seseorang adalah pintar
cerdas dalam bidang yang tertentu adalah menilai keaslian dalam hasil kerjanya. Semua orang
boleh mencapai kualiti yang baik, tetapi hanya golongan pintar cerdas boleh mencapai kualiti
keaslian ini. Seseorang yang pintar cerdas juga membuktikan keistimewaannya dalam aspek
keaslian ini. Dengan kecerdasan yang sama tinggi, keaslian dan kreativiti yang menentukan
samada seseorang biasa atau luar biasa. Keaslian adalah antara ciri-ciri pintar cerdas yang
paling dihargai.
Seorang yang kreatif tidak suka mengikut-ikut jejak kaki orang terdahulu. Ini tidak
bermaksud mereka tidak meniru semasa menghasilkan sesuatu kerja. Semasa kecil, mereka
42
cenderung meniru hasil karya yang baik dan kreatif. Peniruan itu hanyalah satu bentuk
pembelajaran, apabila mereka sudah cekap dalam ekspresi diri secara bebas, mereka akan
berusaha mencipta gaya sendiri. Mereka agak menegaskan setiap hasil kerja itu membawa
gaya unik yang tersendiri, dengan kata lain mereka ada gaya.
c) Mengambil risiko
Apabila kita mengkaji biografi pereka yang cemerlang seperti George Westinghouse
yang mendapat beratus-ratus hak paten, mereka tidak suka ke sekolah, sebab kecerdasan
mekanikal mereka tidak mendapat sokongan yang secukupnya di sekolah. Bagi individu dengan
kecerdasan dan minat yang tidak konvensional, biasanya keputusan sekolah mereka adalah
biasa, contohnya Erikson, Maslow, Charles Darwin. Bagi pereka seperti Westinghouse, Thomas
Edison dan George Stephenson, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam sekolah. Mereka
juga cenderung mengambil jalan yang bukan konvensional dalam kerjaya. George Stephenson
tidak pernah ke sekolah, Edison hanya beberapa bulan. Stephenson adalah buta huruf semasa
remaja dan belajar sendiri.
Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai kemungkinan, mereka yang berani
mengambil risiko selalu mendapat ganjarannya (walaupun bukan dengan senangnya, atau
dengan segeranya). Contohnya dalam dunia keusahawanan, sifat ini dianggap sangat penting.
Sifat ini jelas ditunjukkan oleh pereka dan saintis yang membuat pelbagai percubaan sebelum
berjaya. Sifat suka mengambil risiko ini mungkin membahayakan diri mereka, ibubapa perlu
memberi perhatian kepada isu keselamatan.
d) Kepelbagaian
Kepelbagaian ini boleh dikaitkan dengan sifat kompleksiti yang ada pada mereka. Dalam
karya seni, kanak-kanak pintar cerdas menggunakan pelbagai jenis media (kolaj, cat air etc.),
tema dan unsur untuk menyampaikan ideanya. Mereka tidak terkongkong kepada media atau
tema yang tertentu. Mereka juga suka mencuba melukis tema yang berlainan berbanding
kanak-kanak lain dan mencuba sesuatu yang baru.
Kepelbagaian ini jelas diperlihatkan dalam minat mereka yang pelbagai dan potensi
yang pelbagai. Ia memungkinkan mereka mensintesiskan apa yang ada dan menghasilkan
43
sesuatu yang baru dengan kombinasi yang tidak terbayang oleh orang lain. Ini memerlukan
seseorang melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan. Kepelbagaian ini juga dapat dilihat
dalam idea mereka yang bergabungjalin dan serba mencakupi pelbagai konsep dari bidang
yang berlainan, satu petanda sifat kompleksiti.
e) Keterbukaan
Sifat keterbukaan ini juga bermakna dia sanggup menerima (memahami dan berempati)
idea, pandangan, ideologi orang lain. Ini tidak bermakna dia berdiri di atas pagar, sebab
menerima tidak bermakna menyokong atau bersetuju. Menerima hanya bermakna tidak
menolak dan memahami kenapa orang lain menyokongnya. Dari segi perkauman, sikap ini
sangat penting untuk menjamin keadaan yang harmonis. Sifat ini menunjukkan kualiti fleksibel,
mudah lentur, memahami dan bertimbang rasa, sikap ini juga ditunjukkan dalam aspek peranan
gender, sikap terhadap status, agama dan budaya. Mereka tidak mendiskriminasi berdasarkan
perbezaan status. Ini dapat dilihat dari segi sikap mereka yang sama semasa berbual /
berhadapan dengan golongan atasan atau di bawahnya.
Sikap ini selalu dikaitkan dengan sifat progresif, dinamik, futuristik dan demokratik. Sikap
ini mungkin tidak diterima baik, sebab idea mereka yang terlaku radikal mengejutkan orang lain
dan sukar difahami, diterima. Contohnya mereka tidak melihat perbezaan dalam peranan
jantina, kenegaraan, perkauman dan agama. Patriotisme mungkin dianggap sejenis diskriminasi
yang bodoh bagi mereka. Sikap ini menjadikan mereka prihatin kepada perkembangan terkini
sejagat, contohnya kebuluran yang berlaku di negara lain.
7.5 Domain Moral
a) Tingkah laku yang betul
Semasa kecil, kanak-kanak pintar cerdas agak prihatin terhadap apa yang betul dan apa
yang salah, mereka memiliki konsep betul dan salah yang kuat, dan berusaha menjadi budak
yang baik pada mata orang dewasa. Mereka akan menegur rakan atau orang dewasa yang
melakukan sesuatu yang tidak betul pada tanggapan mereka. Mereka menunjukkan
pertimbangan sendiri yang unik dan memiliki sistem nilai yang tersendiri. Apa yang dianggap
penting oleh mereka mungkin tidak dianggap penting kepada orang lain.
44
Mereka suka mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan penilaian tentang apa yang
betul dan salah, baik atau jahat bagi sesuatu perkara / kejadian dan individu lain. Ini merupakan
asas kepada penaakulan moral untuk peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ini
tidak bermakna penilaian mereka adalah kaku, ia berubah mengikut tahap perkembangan
mereka.
b) Idealistik, altruistik dan emapti
Ciri-ciri ini semua berkaitan dengan perkembangan kecerdasan intraperonal,
interpersonal dan moral. Disebabkan sifat keadilan atau righteousness, mereka berasa marah
dan kecewa dengan sesuatu yang dianggap tidak betul (tidak adil), mereka akan berusaha
untuk membetulkan ketidakadilan tersebut. Sifat ini terutamanya semasa peringkat kecil di
mana perkembangan moral berlaku. Katakanlah dia menunjukkan kesedaran sivik yang baik,
dia berasa tidak suka kalau kawan mereka membuang plastik di taman bunga. Dia mendapat
kepuasan dari nilai hasil kerjanya, bukan untuk tujuan kebendaan semata-mata. Dia bukan
seorang yang bekerja untuk status dan duit / untung maksimum sahaja. Motivasi yang lain
seperti kesempurnaan diri, simpati, sifat ingin tahu dan hidup yang bermakna lebih menjadi
dorongan untuknya.
Mereka mungkin menjadi seorang yang revolusener, contohnya menjadi advocate satu
hari nanti. Contoh pekerjaan yang idealistik (tetapi bukan semestinya) adalah seperti pekerja
sosial, jururawat, doktor, guru (khas), penulis atau pengkritik, seniwan, ahli akademik, saintis,
aktivis.
Seseorang yang altruistik mementingkan kebajikan orang lain, dia bersifat murah hati,
bersimpati dan bersemangat, dia mungkin sanggup mengorbankan (kebajikan) sendiri untuk
orang lain pada situasi yang tertentu. Sikap yang berlawanan dengan altruistik adalah sikap
dingin, menjaga kepentingan masing-masing dan enggan bertolak ansur.
Empati bermaksud kebolehan memahami atau menyelami emosi dan perasaan orang
lain. Contohnya kita memahami perasaan cemas semasa dompet hilang sebab kita sendiri
pernah mengalaminya, atau kita pernah kehilangan benda penting yang lain. Dengan itu kita
dapat memahami perasaan orang lain yang mengalami situasi yang lebih kurang sama, untuk
memberi respon yang sesuai.
45
Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kelebihan yang lebih tinggi memahami
perasaan dan situasi orang lain. Perlu diperhatikan sebab kebolehan mereka untuk memahami
orang lain, mereka mungkin cuba memanipulasikan orang lain untuk membuktikan dia lebih
superior dan mendapat kepuasan. Sebagaimana yang kita boleh lihat pada banyak kes
penipuan dan jenayah kolar putih yang berlaku dalam masyarakat.
8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
8.1 Kementerian Kesihatan
a) Peranan pakar perubatan dan pakar pendidikan khas
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko dan dikenalpasti sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas.
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalamai
kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan
terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami. Pakar
perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas
(exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan.
Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah
khas dilakukan oleh ahli perubatan.
1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri, kawasan
berhampiran,melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital.
2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mengumpul
maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan kanakkanak pendidikan
khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.
3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi dan latar
belakang murid.
46
4. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan masalah
kesihatan dan cadangan penempatan.
5. Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
6. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke sekolah atau
kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7. Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa.
8. Merekod pendaftaran.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau
kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada
pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau
kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan.
Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan
dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu
tidak bertambah teruk.
Pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang
bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira
bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk
mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu
golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri
sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima
untuk bersekolah. Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-
perkara berikut:
a. Penyampaian
b. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
c. Peralatan
d. Bilangan Pelajar dalam Kelas
47
e. Guru Pendidikan Khas Terlatih
f. Pengubahsuaian Kurikulum
g. Aktiviti Kokurikulum
8.2 Kementerian Pendidikan
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya
penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan
pendidikan khas.Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan
tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-
kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau
Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada
tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula
pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis
di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Dalam Deklarasi Hak-hak
Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan.
Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk
Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan : Keperluan-keperluan pembelajaran untuk
orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan
Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu
mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang
dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan
khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini
48
dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan
yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini
menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya
pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan
pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981
dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan
menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-
kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian
Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat ( kini Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini
menetapkan:
a) Tanggungjawab Kementerian Pendidikan
terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang
boleh dididik.
b) Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat
terhadap pendidikankanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
c) Tanggungjawab Kementerian Kesihatan
untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang
dilahirkan dalam keadaan berisiko.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang
49
menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki
membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa
kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan
bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.
41.1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melaluiperaturan-peraturan
menetapkan:
a. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid
yang menerima pendidikan khas;
b. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
c. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
d. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah
khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
.
8.2.1 Jabatan Pendidikan Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan
kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya
empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku
penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada
Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain. Hal ini
membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh
negara dan tuntutan masyarakat seta melaksanakan Visi, Misi dan Falsafah Jabatan
Pendidikan Khas itu sendiri.
50
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran
masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan
berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:
i. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan
keperluan Khas
ii. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan
keperluan khas.
iii. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan
keperluan khas.
iv. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan
terkini.
v. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang
pendidikan khas.
Bagi mencapai kelima-lima objektif yang telah disenaraikan, Jabatan Pendidikan Khas
terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:
a. Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar
Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan
pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai
pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat
perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.
b. Bahagian Pengurusan Sekolah
Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola
dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.
c. Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan
memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di
samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan
sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).
51
d. Unit Pengurusan
Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui
perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan
perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan
media elektronik.
8.2.2 Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua
pendekatan iaitu:
i. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.
ii. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah
menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala
tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh
dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut
keperluan pelajar berkenaan Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
8.2.3 Pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
(JERIS). Oleh itu, seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah
mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang
normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan
52
dipertingkatkan dari segi perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan
emosi mereka.
Ini berbeza pula bagi pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta
melebihi kebolehan rakan-rakan seusia. Mereka dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas
(gifted). Biasanya mempunyai IQ melebihi 130. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan
individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan
berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
a) Kelas Sistem Ekspress 1962
Golongan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem
pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini,
kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan
sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada
enam tahun kepada lima tahun sahaja. Namun begitu, perlaksanaan sistem ini telah
diberhentikan pada awal tahun 1970an.
b) MENSA (1984)
Pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak
Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas
ini kembali diperkatakan dan Persatuan Mensa diasaskan oleh Tan Sri Dato Yong Poh Kon
setelah beliau mendaftarkan Persatuan Mensa Malaysia pada 22 Mei 1984. Ahli persatuan
Mensa Malaysia akan menjadi ahli persatuan Mensa antarabangsa secara langsung. Keahlian
Mensa Malaysia dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai IQ yang tinggi dan
berada dalam populasi 2% rakyat Malaysia. Ujian saringan seperti ujian IQ perlu dijawab dan
Mensa telah menetapkan skala skor yang tertentu untuk seseorang itu diterima menjadi ahli
persatuan Mensa.
Ujian kecerdasan ini telah diluluskan oleh International Supervisory Psychologist dimana
ia merupakan badan yang mengiktiraf ujian yang dibuat oleh Mensa. Seseorang yang telah
terpilih menjadi ahli Mensa mestilah membayar yuran yang telah ditetapkan untuk mereka
53
menyertai program yang dianjurkan oleh pihak Mensa. Antara tujuan Mensa adalah untuk
mengenal pasti individu pintar cerdas. Antara faedah yang diperolehi setelah menyertai Mensa
adalah memberi kesempatan kepada individu yang mempunyai tahap fikiran yang sama untuk
berinteraksi dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.
c) BAKA (1985)
Sejarah BAKA bermula sebagai sebuah projek kajian di Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya untuk pembangunan program ‘Superior and Gifted Intellectual Potential’ pada tahun
1980. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya telah mula mengorak langkah memulakan
Program BAKA khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas. Ujian pengesanan untuk kanak-kanak
yang pintar cerdas telah dijalankan dan seterusnya pada tahun 1982, program ini menjadi "pull-
out" program dilakukan selama bercuti sekolah dan masa yang lain apabila diperlukan. Dikenali
sebagai Program Baka untuk Tinggi Potensi Intelek (untuk kanak-kanak pintar cerdas) yang
telah ditubuhkan oleh Prof Madya Azman Wan Chik. Semangatnya untuk mengembangkan
potensi intelektual telah membimbingnya untuk terus menghabiskan masa, tenaga dan wang
dalam penyelidikan dan pembangunan Baka.
d. Ujian Penilaian Tahap Satu (1996)
Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan
khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar
Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil
daripada 33 seminar yang telah dijalankan, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan
program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang pintar
cerdas ini.
Pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas
telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini
dilaksanakan keatas kanak-kanak tahun tiga yang belajar di sekolah rendah. Murid yang
berjaya memperolehi tahap maksimum serta cemerlang dibenarkan meneruskan persekolahan
ke tahun lima, tanpa perlu mengikuti persekolahan tahun empat. Walau bagaimanapun,
54
penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja dan berakhir pada tahun
2001 kerana beberapa masalah.
e) Permata Pintar (2008)
Program Permata Pintar telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
sejak tahun 2008 untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat pada
peringkat usia awal. Penaung bagi Program Permata Pintar Negara ialah Datin Seri Rosmah
Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini tiada program khusus untuk kanak-kanak
pintar bagi meningkatkan kebolehan mereka. Matlamat dan strategi program ini untuk
melahirkan lebih ramai pelajar pintar di negara ini. Selain itu, program ini juga dapat mendidik
dan melahirkan pelajar pintar sebanyak mungkin mengikut sistem dan ujian yang lebih efektif.
Ujian saringan PERMATApintar UKM1 mula dijalankan bermula pada tahun 2010 berbentuk
ujian secara talian merupakan ujian saringan pertama untuk pelajar menyertai program seperti
perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar (usia 9-15 tahun), program Permata Insan yang
dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (usia 8 tahun), Akademi Permata Pintar untuk
pelajar tingkatan 3 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011.
Jika selama ini banyak pelajar pintar tidak diendahkan, kini mereka boleh dilahirkan
melalui sistem yang sistematik melalui pengajaran dan pembelajaran serta ujian yang lebih
berkesan.
8.3 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah pengendalian
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan
Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan
perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat
akal sederhana dan teruk, pintar cerdas, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak
membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
55
9.0 PROGRAM INTERVENSI AWAL UNTUK MENGATASI MASALAH BAHASA,
TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PINTAR
CERDAS
9.1 Definisi intervensi awal
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas
sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan
usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan
diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan
dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989).
Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan
kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi
awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada
pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah
rendah. Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan
terutama pada peringkat umur yang muda. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk
membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak
harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus
memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
9.2 Pentingnya intervensi awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada
kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka
masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal bermula seawal 3 tahun ke
bawah dan diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-
kanak berisiko tinggi seperti pintar cerdas, autism dan lain-lain (IDEA, 1990).
Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan
masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat
56
kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti
perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
(Lerner, 2003).
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak,
contohnya, seorang kanak-kanak pintar cerda diajar menggunakan kebolehan mereka secara
tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia
berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh
diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal yang boleh mengelakkan kanak-kanak tersebut
mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.
Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang, ini kerana intervensi awal yang
intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat
sekolah rendah dan menengah. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan
masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi
khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di
peringkat per sekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang
dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
9.3 Perlaksanaan intervensi awal
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap kepintaran kanak-kanak tersebut. Seperti mana guru telah
menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau
berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas
seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada
kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan
jenis ketidakupayaan.
a) Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998) dan masalah
emosi. Intervensi ini amat membantu kanak-kanak pintar cerdas dalam mengawal tingkah laku
dan emosi mereka. Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan
57
mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa.
Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi
yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan
memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada
tahap mengkaji sejauhmana pemerolehan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak pintar
cerdas ini dari segi mengawal tingkah laku dan menangani masalah emosi mereka.
b) Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan menafsir
dengan sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993) terutama kanak-kanak pintar cerdas. Setelah
mengenalpasti kebolehan kanak-kanak pintar cerdas dalam menafsir mengawal tingkah laku
sendiri dikenalpasti, barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan
pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya
mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas seperti biasa. Dalam intervensi
berpusatkan pelajar, kanak-kanak pintar cerdas inilah yang memainkan peranan utama tetapi
mereka masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan
diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani
kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas
kaki sendiri’ dan mengenalpasti jenis-jenis kategori pintar cerdas. Intervensi berpusatkan pelajar
banyak membantu kanak-kanak pintar cerdas berkomunikasi, dengan ini masalah gangguan
bahasa dalat di atasi sepenuhnya. Seperti yang sedia maklum ada antara kanak-kanak pintar
cerdas ini tidak mahu bergaul sesame sendiri kerana rasa terancam dengan kelebihan rakan-
rakan mereka.
c) Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak pintar cerdas dilihat
sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam
proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini. Ianya turut memperbaiki interaksi di antara kanak-
kanak tersebut dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan
komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung,
58
pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan
kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas serta dapat mengatasi masalah
bahasa, tingkah laku dan emosi kanak-kanak ini.
9.4 Penyaringan dan pengujian diagnostik
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005). Penaksiran
ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak pintar cerdas yang diajar dengan
bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada
penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan
pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti
intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak pintar cerdas.
Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada situasi
dan instrumen yang digunakan sebagai contoh, Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi,
Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal, dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat
dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for Rating the Behavioral Charactersitics of
Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002). Penilaian terhadap tingkah laku kanak-
kanak pintar cerdas boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah laku oleh
guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Ujian Kecerdasan Weschler digunakan
untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak ini.
Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal.
Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah
memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk
penyaringan dan diagnosis.
a) Penyaringan
Sebelum bermulanya intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar
cerdas tersebut hendaklah dikenalpasti. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah
kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan contohnya kanak-kanak pintar cerdas
domain intelek. Kanak-kanak ini cenderong menunjukkan minat yang mendlam terhadap
59
sesuatu matapelajaran yang mereka minati. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar
untuk menentukan masalah yang dihadapi contohnya domain kreativiti.
Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan bagi mengenalpasti domain kreativiti
yang mereka miliki. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu
perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan
cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru
akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya
pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani
pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
b) Pengujian diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau
beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk
pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah
yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan
terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi
masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).
i. Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.
Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan,
ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar
(seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti
mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan
motor seseorang kanak-kanak
.
ii. Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti
kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau,
merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan.
Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada,
60
menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan
kognitif.
iii. Komunikasi dan Perkembangan Bahasa
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,
pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain.
Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan
lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan
sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan
perkembangan bahasa kanak-kanak pintar cerdas.
iv. Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan
dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut
giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan
emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas.
v. Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas juga ditentukan sama ada mereka
mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan
sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri,
membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan
tahap kemahiran adaptif ini.
Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur
tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut
dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat
dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima
domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain
bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola),
kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima
61
dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran
adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).
10. PENUTUP
Kesimpulannya, golongan pintar cerdas mempunyai ciri fizikal yang agak sama dengan
golongan biasa. Namun mereka berbeza dalam aspek emosi dan sosial. Pelbagai aspek boleh
diulas dalam ciri-ciri kognitif dan afektif kanak-kanak pintar cerdas. Ciri-ciri seperti sensitif, sukar
bergaul dan sebagainya perlulah diambil langkah atau intervensi bagi mengelakkan masalah
berpanjangan.
Faktor persekitaran seperti ibu bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah bijak mengatur
strategi dan pendekatan yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi golongan ini. Jika
masalah ini berlarutan, hilanglah aset berharga negara kita.
Menurut Bainbridge, murid-murid pintar merupakan golongan yang memerlukan bantuan
khusus. Hal ini bermaksud, mereka memerlukan kurikulum pendidikan yang berbeza dari murid
biasa berdasarkan keperluan intelektual, sosial dan emosional mereka. Seperti juga murid-
murid biasa, perkembangan minda murid pintar juga akan terbantut dan gagal mencapai
potensi mereka yang sebenar sekiranya tidak disokong oleh kurikulum yang betul.
Tiga perkara utama yang menjadi nadi perkembangan minda murid pintar ialah
'Schooling Option', 'Extracurricular Enrichment Opportunities' dan 'Motivation and
Underachievement'. Majoriti ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau
sekolah awam. Namun begitu, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah awam kadang-kala tidak
menepati keperluan tahap murid pintar. Oleh itu, terpdapat pilihan lain bagi murid pintar untuk
meneruskan pengajian mereka iaitu dengan 'home-schooling', sekolah swasta dan juga 'grade-
skipping'. Artikel ini memberikan cadangan dan inisiatif yang boleh diambil sebagai rujukan
kepada sistem pendidikan negara bagi menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh para pendidik
dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid pintar.
Bakat-bakat golongan ini perlulah diasah dan dicungkil agar bakat-bakat ini berkembang
dan memyumbang kepada pembangunan negara. Bakat ini tidak akan berkembang sekiranya
tidak didedahkan dengan aktiviti dan pengalaman yang bersesuaian dengan bakat-bakat
mereka. Dengan pembentukan Pusat Permatapintar Negara di UKM akan memberi sinar baru
62
pada golongan ini. Memandangkan Negara kita agak terkebelakang dalam aspek
membangunkat potensi, bakan dan potensi kanak-kanak ini, dengan adanya program yang
lebih terancang dengan sistem penilaian yang lebih sistematik akan membantu kanak-kanak ini
kekal cemerlang dalam kehidupan mereka.
63
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran:
Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Ackerman C. M., (2009). The Essential Elements of Dabrowski’s Theory of Positive
Disintegration and How They Are Connected. Roeper Review, 81-94.
Allison. S. (2002). Debating with talented and gifted students. School Libraries in Canada 22
(no1) 13-14.
Alvino, J. (1989). Parents Guide to Raising A Gifted Toodler. Boston: Little, Brown and co.
Bee.H.(1999). The growing child : An applied approach (2nd Ed.). NewYork : Longman.
Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly,
32(2),248-253.
Bloom, B. (1985). Developing Talent in Young People. New York: Ballantine.
Doherty, J. & Brenon, P. (2008). Physical Education and Development 3-11. New York:
Routledge.
Gallahue, D. L (1993). Development Physical Education For Today’s Children. New York: Wiley.
Goleman, Daniel (1995). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. New York :
Bantam Books.
Goleman, Daniel (1999). Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York.
Hallahan P. D, Kauffman M. J, Pullen C. P. (2009). Exceptional Learners; An Introduction to
Special Education Allyn and Bacon. Boston: Pearson.
64
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk
Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Ihillip J. Corr and Gerald Matthews, (2009). The cambridge handbook of personality psuchology.
New York: Us Cambridge University Press.
Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan Instrumen
Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (IPP): Manual. Selangor: Absolute
Master Printers Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krathwol, D. R., Bloom., and Masia, B. B., (1964). Taxonomy of Educational Objectives: The
Classification of Educational Goals. Handbook II : Afective Domain. New York: David Mckay.
Meng, E. A. (2002). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan (Semester 1). Shah
Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. Petaling
Jaya: Dewan Pustaka Islam.
Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009) PERMATApintar:
Pengalaman UKM Bangi : Pusat PERMATApintar Negara UKM.
65
Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus.
(2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM.
Porter L. (1999). Gifted young Children; A guide for teachers and parents. Buckingham UK:
Open University Press.
Reis, S. (2004). Curiculum For Gifted and Talented Students. Thousand Oaks, California :
Corwin Press.
Renzulli, J. S. 2000. The identification and development of giftedness as a paradigm for school
reform. Journal of Science Education and Technology 9(2) : 95-114.
Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM
Serdang.
Rowlands. P. (1974). Gifted children and their problems. London : J.M Dent & Sons Ltd. 21
Sousa A. D. (2003). How the Gifted Brain Learns Corwin. California USA: Press Inc.
Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. Psychology , 54-61.
Wehmeirer, S. (2006). Oxford Advenced Learner's Dictionary. New York: Oxford Univercity
Press.
Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jurnal
Chan.D.W. (2003). Dimensions of emosional intelligence and their relationships with social
coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal of Youth and Adolescense. Vol 32
(No6). Ms .409.
66
http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03vj_autisme.pdf
https://docs.google.com/document/d/1myE2jJyh1ZoMTJfS6ZmcvLYRf0soKKrUnV-
aP8V08Ow/edit?hl=en&pli=1
https://docs.google.com/document/d/1GtvLSGUtq6S6tTfyO69eR4vYIss1gm94AmeBDH5z56k/e
dit?hl=en&pli=1
Website
http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf
http://file-pdf.com/Tajuk-10:-Kanak-Kanak-Berkeperluan%20%E2%80%93Khas.html
http://anuarsped.blogspot.com
http://noorasheikin.wordpress.com/
Recommended