Undang-undang Alam Sekitar

Preview:

Citation preview

UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

Ahli Kumpulan:

Dayang Rafidah

Nor Ain

Nurul Syazwani

Nadia Diana

Nur hanis

PENGENALAN

Di Malaysia, undang-undang alam sekitar telah wujud sejak tahun 1920 iaitu terbentuknya waters enactment 1920 yang bertujuan untuk mengawal sungai dan anak sungai daripada pencemaran.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang paling komprehensif berkenaan dengan pengurusan alam sekitar di Malaysia.

Akta ini diwujudkan apabila pihak kerajaan berpendapat adalah perlu mewujudkan satu akta pengurusan alam sekitar yang komprehensif untuk merancang dan melaksanakan program berkenaan alam sekitar sebagai mana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan Malaysia Kelima juga meneruskan penekanan berkenaan alam sekitar.

Antara perkara-perkara yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Kelima itu ialah berkenaan dengan penyenggaraan alam sekitar yang sihat dan bersih, mempertahankan kualiti alam sekitar, meminimumkan kesan ke atas alam sekitar walaupun terdapat pertambahan penduduk dan pentambahan aktiviti manusia, melaksanakan langkah mencegah lebih baik dari mengatasi dan menggalakkan kerjasama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkenaan alam sekitar.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan instruman asas untuk mencapai objektif alam sekitar peringkat kebangsaan.

Akta ini juga bertujuan untuk memberi nasihat kepada Ketua Pengarah untuk melaksanakan tugasnya berkenaan dengan alam sekitar. Antara tugas-tugasnya ialah menyelaras semua aktiviti yang bersangkutan dengan pelupusan bahan buangan, mengawal pencemaran, menjaga kualiti alam sekeliling, mengisukan lesen untuk pelupusan bahan buangan dan lain-lain lagi.

DEFINISI PENCEMARAN

Leeson(1995) mendefinisikan pencemaran sebagai “the introduction by man into the environment of substance or energy liable to cause hazards to human health, harm to living resources and ecological system, damage to structures or amenity, or interference with the legitimate uses of the environment.”

Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan

bahawa pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung

atau tak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, kesan

biologi, ke atas mana-mana bahagian alam sekitar dengan

melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan perkara-perkara

yang membahayakan alam sekitar, mencemar barang-barangan

hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan

suautu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya

kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awan, atau

kepada binatang, burung, hidupan-hidupan liar, ikan atau

hidupan –hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan

atau menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat,

had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang

dikeluarkan di bawah akta ini.

Daripada definisi-definisi di atas, kesimpulannya, pencemaran mestilah mempunyai empat elemen berikut:

1. Sumber pencemaran2. Ejen pencemaran3. Perantaraan yang mana ejen pencemar itu

disampaikan 4. Kesan pencemaran

Contohnya, aktiviti pengilangan tekstil yang telah membuang bahan buangannya ke dalam sungai berhampiran yang menyebabkan kemusnahan kepada hidupan di dalam sungai tersebut. Aktiviti pengilangan tekstil adala merupakan sumber pencemaran, bahan buangan adalah ejen pencemar, sungai adalah perantara yang mana ejen pencemar disapaikan dan kemusnahan di dalam sungai merupakan kesan terhadap pencemaran tersebut.

JENIS-JENIS PENCEMARAN

1. Pencemaran tanah2. Pencemaran air3. Pencemaran bunyi4. Pencemaran laut5. Pencemaran udara

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah terjadi apabila berlakunya hakisan atau runtuhan tanah.

Pencemaran tanah boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara runtuhan geologikal atau akibat daripada perbuatan manusia.

Runtuhan secara geologikal atau semula jadi contohnya akibat daripada tindakan pertembungan angin tetapi jarang berlaku.

Runtuhan daripada perbuatan manusia seperti peningkatan kadar pembangunan, pembalakan, perlombonan dan aktiviti pertanian mencatatkan kadar yang paling tinggi.

KESAN PENCEMARAN TANAH

a. Menyebabkan pencemaran kepada air sungai sekiranya tanah yang runtuh itu dibawa oleh air hujan ke sungai.

b. Sungai menjadi cetekc. Air sungai tidak lagi bersih untuk diminum.d. Ketidaksuburan tanahe. Menyebabkan sistem saliran tersumbat.f. Berlakunya banjir.

Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa melainkan jika memperolehi lesen, seseorang tidak boleh mencemarkan, menyebabkan atau membenarkan mana-mana tanah dicemar.

Seseorang itu disifatkan mencemarkan sesuatu tanah jika:

a. Dia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-mana tanah atau di suatu tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana tanah; atau

b. Dia menjadikan mana-mana tanah suatu tempat untuk melonggok sampah sarap, tempat membuang kotoran, tempat membuang tanah dan batu batan, tempat meletakkan enap cemar, lombong pancitan buangan atau dengan cara lain menggunakan tanah untuk tempat melupuskan atau tempat melonggok buangan pepejal atau cecair sehingga mencela atau menganggu manusia atau menganggu air di bawah tanah atau menjadi mudarat kepada apa-apa kegunaan berfaedah akan tanah-tanih atau permukaan tanah itu.

Seksyen 24 (3) memperuntukkan, jika didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada seratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.

PENCEMARAN AIR (PERAIRAN DARATAN)

Faktor-faktor pencemaran air:i. Bahan buangan daripada industri

berterakan pertanianii. Aktiviti penternakaniii. Aktiviti perlombonganiv. Hakisan tanahv. Pengeladakan sungai

Kesan pencemaran air:i. Ketiadaan air bersihii. Menjejaskan hidupan di dalam airiii. Menganggu aktiviti rekreasi

Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukan bahawa melainkan jika memperoleh lesen, tiada seseorang pun boleh melepaskan atau meletakkan apa-apa buangan ke dalam mana-mana perairan daratan.

Seseorang itu dikatakan sebagai mengeluar, melepas atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika:

i. Di meletakkan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau di sesuatu tempat di mana bahan buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana perairan.

ii. Dia meletakkan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan di mana buangan itu mungkin jatuh, turun, mengalir, sejat, dihanyutkan, ditiup atau meresap ke dalam mana-mana perairan dengan diketahuinya atau oleh sebab kecuaianya sama ada secara langsung atau secara tak langsung menyebab atau membenarkan apa-apa buangan diletakkan dalam sesuatu keadaan seperti itu; atau

iii. Dia menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik atau turun sebanyak lebih daripada had yang ditetapkan.

Sekiranya seksyen di atas dilanggar, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.

PENCEMARAN BUNYI

Faktor-faktor pencemaran bunyi:a) Kesesakan lalu lintasb) Pendaratan dan pelepasan kapal terbangc) Kerja-kerja pembinaand) Mesin dan jentera dari kilang-kilang.

Pencemaran bunyi boleh menyebabkan keupayaan mendengar menjadi berkurangan akibat kebiasaan mendengar bunyi yang kuat. Seterusnya juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal.

Seksyen 23 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang boleh mengeluar atau menyebabkan atau dibenar keluar apa-apa bunyi bising yang lebih kuat bahana, keamatan atau kualitinya.

Jika didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 500 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.

PENCEMARAN LAUT

Faktor-faktor pencemaran laut:I. Pembuangan / tumpahan minyakII. Pembuangan bahan pejal dari industri

Kesan pencemaran:a. Ikan dan makanan laut yang lain akan

termusnah.b. Aktiviti perlancongan dan rekreasi terjejas.

Seksyen 27 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang pun boleh melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dala perairan Malaysia.

Sekiranya peruntukan ini dilanggari, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500 000 atau penajra tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 29 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang pun dibenarkan untuk melepaskan buangan-buangan ke dalam perairan Malaysia.

Sekiranya peruntukan ini dilanggari, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500 000 atau penajra tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya.

PENCEMARAN UDARA

Faktor-faktor pencemaran:a. Asap kenderaanb. Asap dikeluarkan daripada industric. Kebakaran hutand. Pembakaran sis pertaniane. Letupan gunung berapif. Ribut pasir

Kesan pencemaran:a. Gangguan pernafasanb. Menjejaskan kadar penglihatanc. Gangguan aktiviti pengangkutan, rekreasi dan

lain-lain.

Seksyen 22 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang pun boleh mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke dalam udara jika:

a. Dia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di mana benda itu boleh dilepaskan ke dalam udara;

b. Dia menyebabkan atau membenarkan bau-bau yang disebabkan keadaan, kepekatan, isipadu atau takatnya adalah mencela atau menganggu.

c. Dia membakar apa-apa buangan tred, proses atau perindustrian; atau

d. Dia menggunakan apa-apa kelengkapan membakar bahan api yang tidak dilengkapi dengan suatu alat atau kelengkapan kawalan yang perlu dipasang pada kelengkapan itu.

Jika seseorang didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.

Bil Jenis Seksyen Hukuman

1. Pencemaran tanah

Seksyen 24 Denda tidak lebih RM 100 000 atau penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

2. Pencemaran air(perairan daratan)

Seksyen 25 Denda tidak lebih RM 100 000 atau penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

3. Pencemaran bunyi

Seksyen 23 Denda tidak lebih RM 100 000 atau penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

4. Pencemaran laut Seksyen 27 Denda tidak lebih RM 500 000 atau penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 29 Denda tidak lebih RM 100 000 atau penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bil. Jenis Seksyen Hukuman

5. Pencemaran Udara

Seksyen 22 Denda tidak lebih RM 100 000 atau penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

SEKIAN