View
113
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
eBook dan Kelas Maya
Citation preview
VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT ( VLE ) FROG : 1BestariNetPersekitaran Pembelajaran Maya FROG : 1BestariNet
PENGENALAN PROJEK 1BestariNet
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan
dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia
akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dengan platform pembelajaran maya yang
mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian
pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di
Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar
dengan menyediakan prasarana pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua
rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang
dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh
Malaysia.
PENGENALAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ( VLE ) FROG DI BAWAH PROJEK 1BestariNet
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestari.Net yang berfungsi sebagai komuniti
pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE adalah satu sistem
pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh,
guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara
pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah
dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G,
pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang
berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah
ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Paparan muka Muka Hadapan ( Interface )Portal VLE Frog
PENGENALAN KEPADA PASUKAN FROG
Frog bukanlah tugas seseorang individu. Ia memerlukan penglibatan seluruh warga sekolah
untuk memastikan kejayaan dalam pelaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas
untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
Pasukan ini mesti terdiri daripada Pengetua/ Guru Besar, guru-guru ( berdasarkan kepada
bidang kurikulum dan peranan mereka ) dan pelajar.
Tujuan pelantikan Pasukan Frog ialah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi dan
memeberi fokus kepada kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah secara
menyeluruh.
Struktur Pasukan Frog
CARA MENDAFTAR MASUK KE PROGRAM VLE FROG
Pengetua/ Guru
Besar
Pasukan GuruPenolong Kanan
Penyelaras Frog
(Teknik)
Ketua FrogChampion
Penyelaras Frog
(Pentadbir)
Frog Champions
(Guru & Pelajar)
Setiap guru dan pelajar perlu mempunyai akaun Frog VLE ( Yes ) yang telah dibekalkan oleh Syarikat YTL Communication bagi tujuan mendaftar masuk ke program ini. Browser yang paling sesuai untuk digunakan dalam program ini adalah Google Chrome.
Setiap pelajar, guru dan pentadbir sekolah juga akan diberikan akaun tersendiri bagi menggunakan program tersebut. Ini bagi memudahkan setiap pihak dapat menguruskan akaun masing –masing secara lebih terurus dan berkesan. Sebagai contoh :
Log-in : https://tba4024@1bestari.net
i) Admin ( untuk pentadbir ) : tba4024admin@yes.myii) Staff ( guru ) : tba4024staff@yes.myiii) Student ( pelajar ) : tba4024student@yes.my
Paparan muka (Dashboard) untuk Sekolah
Paparan muka (Dashboard) untuk Guru dan Pelajar
QUICK LAUNCH
Antara muka ( Interface ) Frog telah direka untuk memudahkan navigasi dan penggunaan Frog.
Penerangan fungsi ikon dan kegunaannya akan adalah sebagaimana di bawah ini :
Tugasan ( Assignments ) :
Guru – memberi dan menyemak tugasanPelajar – melihat dan memberi respon kepada tugasan guru
Kalendar Tempahan ( Booking Calendar ) :
Melihat kalendar sekolah anda, jadual mesyuarat, dan membuat tempahan bilik
Kalendar ( Calendar ):
Menguruskan jadual peribadi andadengan berguna melalui aplikasi ini Komuniti ( Community ) :
Berkongsi idea, inspirasi, dan menerima maklum balas daripada
QUICK LAUNCH
Komuniti ( Community ) :
Berkongsi idea, inspirasi, dan menerima maklum balas daripada
Dashboard Saya ( My Dashboard ) :
Papan muka peribadi anda yang boleh disesuaikan dengan kandungan “drag-and-drop”.
Papan Muka Sekolah ( School Dashboard ) :
Semua berita dan pengumuman dari sekolah anda
Sumber Bahan Pengajaran & Pembelajaran ( PDP )( Lesson Resources ):
Menyimpan dan mengakses sistem fail pengajaran anda dari mana-mana sahaja melalui aplikasi cloud
Stor Frog ( Frog Store ):
Sumber koleksi dan kandungan pendidikan yang terbaik di web
Dokumen Saya ( My Documents ):
Lokasi sehenti untuk menguruskan semua fail, laman, dan sumber anda
Forum ( Forums ) :
Berhubung dan komunikasi
Laman ( Sites ):
Mewujudkan laman web untuk subjek, kelas, kelab, atau masyarakat dengan pembina mudah untuk digunakan dan template yang cantik.
Dokumen Sekolah ( School Documents ):
Sebuah tempat untuk sekolah-sekolah untuk menyimpan dokumen-dokumen seperti borang kebenaran, minit mesyuarat PIBG, dan banyak lagi.
Recommended