View
378
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
Unit Pendidikan Moral
Sektor Sains Sosial
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
DEFINISI MORAL
•Latin Moralis
•Tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat (ms3-Ee)
•Tingkah laku ke arah perbuatan-perbuatan yang positif serta diterima oleh masyarakat (ms5-Ee)
Ee Ah Meng. 1988. Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru.Longman
DEFINISI PENDIDIKAN MORAL
•Pendidikan yang dapat membentuk individu-individu yang dapat mengubahsuai, berfikir untuk diri sendiri dan tidak mudah dipengaruhi serta boleh membuat penilaian yang kritis mengenai isu-isu moral (ms12-Ee)
•Mengajar pelajar bagaimana hendak berfikir, dan membantu mereka berfikir secara berpengetahuan dan berintelek (ms12-Ee)
DEFINISI PENDIDIKAN MORAL
•Menanam keyakinan terhadap tingkah laku moral, iaitu pelajar-pelajar menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral.
•Iaitu dorongan untuk membuat sesuatu yang betul atau benar dan bukan atas sebab kepentingan diri (ms12-Ee)
DEFINISI NILAI
Perbuatan atau tindakan yang baik atau buruk, betul atau salah
Wong Kai Nung.2011. Pendidikan Moral.Cengage Learning)
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
•Masyarakat majmuk: Adat istiadat, agama, bahasa, budaya yang berlainan.
•Masalah keruntuhan akhlak pelajar
•Gejala sikap anak muda yang tidak menghormati orang berpengetahuan, orang lebih tua, orang dewasa (Ee, 1988)
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
•Jurang generasi antara ibu bapa dengan anak-anak
•Wujud nilai negatif yang ada kaitan dengan pembangunan serta kemajuan negara (Ee, 1988).
Ee Ah Meng. 1988. Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru.Longman
PERATURAN MORAL
•Sistem yang merangkumi kepercayaan mengenai sifat manusia, ideal, apa yang baik dan apa yang buruk serta tujuan yang menyebabkan manusia bertindak ke arah yang betul.
•Mewujudkan suasana aman damai dalam kehidupan yang bermasyarakat
•Berdasarkan kefahaman dan pemikiran yang rasional serta autonomus (Ee, 1988)
AGAMA
•Kepercayaan kepada Tuhan, sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya
•Manusia didorong oleh kasih sayang terhadap tuhan untuk menemui apa yang dikatakan baik dan berusaha untuk mencapainya-mematuhi perintah-Nya
DIMENSI MORAL
Dimensi Etika
Penaakulan Moral
Pemikiran & Pertimbangan
Rasional
Tepat
Tajam
Kreatif
Inovatif
Kritis
Perasaan Moral
Emosi & Perasaan
Empati
Simpati
Murah hati
Kasih sayang
Belas Kasihan
Altruistik
Berjiwa
Perlakuan Moral
Tingkah laku & Tindakan
Bertanggungjawab
Berprihatin
Bekerjasama
Berdedikasi
Penaakulan
Moral
Perasaan Moral
INSAN
BERAKHLAK
MULIA
Perlakuan
Moral
PRINSIP PENAAKULAN MORAL
Memahami maksud nilai moral
Mengenalpasti sesuatu situasi/isu yang melibatkan moral
menimbang isu/situasi moral secara objektif berasaskan prinsip moral yang asas
Prof Madya Dr. Chang Lee Hoon. 2005. Konsep asas dalam pendidikan. Fakulti pendidikan, Universiti Malaya
PENAAKULAN MORAL
Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas (ms 53)
Abdul Rahman Md. Aroff. 2008. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia
PENAAKULAN MORAL
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi (hak, kuasa sendiri), rasional dan objektif. DSKP. BPK. 2011.
PRINSIP PERASAAN MORAL
• Menyedari dan menghormati perasaan dan kebajikan orang lain
• Menyedari perasaan dan rasa hormat diri dan
• Mempunyai motivasi dan niat untuk bertindak
Prof Madya Dr. Chang Lee Hoon. 2005. Konsep asas dalam pendidikan. Fakulti pendidikan, Universiti Malaya
PERASAAN MORAL
Emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati dan simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi altruistik dan murah hati
Abdul Rahman Md. Aroff. 2008. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia
PERASAAN MORAL
Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. BPK.DSKP.2011
Prinsip Perlakuan Moral
• Bertindak secara autonomi berdasarkan kepada prinsip moral yang asas
• Bertindak secara konsisten atau sebagai sesuatu kebiasaan dalam kehidupan
• Bertanggungjawab sendiri atas tindakan yang diambil
• Beriltizam untuk menjadikan nilai sebagai satu ciri perwatakan diri sendiri dan dalam hubungannya dengan orang lain.
Prof Madya Dr. Chang Lee Hoon. 2005. Konsep asas dalam pendidikan. Fakulti pendidikan, Universiti Malaya
PERLAKUAN MORAL
Tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab, tetapi mengikut
kemampuannya. (ms 53)
Abdul Rahman Md. Aroff. 2008. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia
PERLAKUAN MORAL
Bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral
Eow Boon Hin. 2002. Pendidikan Moral.Polygraphic Sdn Bhd
PERLAKUAN MORAL
Bertindak berdasarkan tindakan yang bermoral. Seseorang mestilah bertindak selepas melalui proses penaakulan moral dan mempunyai emosi moral yang betul
Wong Kai Nung.2011. Pendidikan Moral.Cengage Learning
PERLAKUAN MORAL
Bertindak berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti
BPK. DSKP.2011
MAKSUD KONFLIK
Ketegangan yang timbul apabila terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang berbeza dan tidak sepadan dalam usaha menangani sesuatu isu. Apabila kita membuat keputusan untuk menerima satu daripada syor itu, ini bermakna kita tidak boleh mempertimbangkan dan melaksanakan syor lain. Abdul Rahman Md. Aroff. 2008. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia
KONFLIK MORAL
Sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai yang memerlukan seseorang itu membuat pilihan nilai dan memberi sebab atau membuat justifikasi ke atas keputusannya. (ms 174)
Wong Kai Nung.2011. Pendidikan Moral.Cengage Learning
NILAI YANG TIMBUL DALAM SETIAP KONFLIK MORAL
Nilai nyawa
Nilai keadilan
Nilai hak
Nilai kebaikan atau kebenaran
Nilai kejujuran
Nilai tanggungjawab
Nilai altruisme (mengutamakan org lain)
Nilai kebebasan Wong Kai Nung.2011. Pendidikan Moral.Cengage Learning
KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK
Membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai universal dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain.
Membantu murid berkomunikasi dengan orang lain secara berkesan. BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL
Membantu murid menilai samada sesuatu keputusan atau tindakan itu bermoral atau tidak. Membantu murid menyemai nilai murni universal dalam diri. BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
KEMAHIRAN MENENTANG TEKANAN RAKAN SEBAYA
Mengelakkan pengaruh negatif rakan sebaya, pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain.
Fikir secara rasional dan mengambil kira pandangan dan nasihat rakan sebaya.
BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
Membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)
Membolehkan murid melayari dan memperoleh sumber maklumat yang tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi spt internet, CD-Rom, dan sidang telekomunikasi.
BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
KEMAHIRAN KREATIVITI
Membolehkan murid menjadi individu yang kreatif dan inovatif. Membolehkan murid menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti. Membantu murid menyelesaikan dilema moral secara kreatif. BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
KEMAHIRAN SOSIAL
Membolehkan murid berkomunikasi dengan orang lain dalam situasi yang boleh diterima oleh masyarakat. Kemahiran ini bermanfaat kepada diri dan orang lain. BPK. 2011. DSKP Pendidikan Moral. BPK
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran yang
mendidik murid supaya menjadi insan bermoral
atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral
STATUS
Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran TERAS untuk murid
bukan Islam di peringkat sekolah rendah ( Tahun 1 – 6 ) dan
menengah ( Tingkatan 1 – 5 ).
MATLAMAT Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk
insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai objektif berikut :
i. memahami dan menghayati nilai-nilai universal;
ii. menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;
iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial
bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan
keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara;
dan
iv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan
moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam
membuat pertimbangan dan keputusan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut :
Tahun Tema
1 Diri Saya
2 Saya dan Keluarga
3 Saya dan Sekolah
4 Saya dan Jiran
5 Saya dan Masyarakat
6 Saya dan Negara
Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah seperti berikut :
KANDUNGAN
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi
bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap
sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial
dengan memberi layanan yang bersopan.
7. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas.
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
samb.
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu
perkara.
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.
samb.
Kurikulum Berasaskan
Standard
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
ORGANISASI KANDUNGAN
STANDARD KANDUNGAN merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
STANDARD PEMBELAJARAN satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran
STANDARD
KANDUNGAN (SK)
STANDARD
PEMBELAJARAN (SP) TP
PERNYATAAN STANDARD
PENTAKSIRAN
1.Kepercayaan kepada
Tuhan (NILAI)
Keyakinan wujudnya
Tuhan sebagai pencipta
alam dan mematuhi
segala suruhanNya
berlandaskan pegangan
agama masing-masing
selaras dengan prinsip
Rukun Negara (DEFINISI)
1.1 Melaksanakan ajaran
agama dan kepercayaan
demi keharmonian
negara (SK)
1.1.1 Menerangkan ajaran agama
dan kepercayaan demi keharmonian
negara (Penaakulan)
1.1.2 Menjelaskan kebaikan
mengikut ajaran agama dan
kepercayaan demi keharmonian
negara (Penaakulan)
1.1.3 Menceritakan perasaan apabila
mengikut ajaran agama dan
kepercayaan demi keharmonian
negara (Perasaan)
1.1.4 Mengamalkan ajaran agama
dan kepercayaan demi keharmonian
negara (Perlakuan)
1
Murid menyatakan cara melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan
2
Murid menerangkan kepentingan melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan demi keharmonian negara.
3
Murid menunjuk cara melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan demi keharmonian negara dengan bimbingan
4
Murid menunjuk cara melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan demi keharmonian negara dalam pelbagai situasi.
5
Murid melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan demi keharmonian negara dalam kehidupan seharian.
6
Murid melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan demi keharmonian negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan
dan kebajikan diri sendiri dan
orang lain dengan memberi
bantuan dan sokongan moral
secara tulus ikhlas
2.1 Menghulurkan bantuan
kepada yang memerlukan
demi kesejahteraan negara
2.1.1 Mengkategorikan cara
bantuan diberikan kepada yang
memerlukan (kebendaan dan
sokongan moral)
2.1.2 Menghuraikan kebaikan
memberi bantuan kepada yang
memerlukan
2.1.3 Mengekspresikan perasaan
apabila memberi bantuan kepada
yang memerlukan
2.1.4 Mempraktikkan sikap memberi
bantuan kepada yang memerlukan
1 Murid menyatakan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya
2 Murid menerangkan kepentingan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya
3
Murid menunjukkan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya dengan bimbingan
4 Murid menunjukkan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya dalam pelbagai situasi
5 Murid mengamalkan sikap rela menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya dalam kehidupan seharian
6 Murid mengamalkan sikap rela menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk
memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan
dengan sempurna
3.1 Menunaikan
tanggungjawab kepada
negara
3.1.1 Menceritakan kempen
kemanusiaan yang dijalankan di
dalam negara
3.1.2 Mengulas cara untuk
menyokong kempen kemanusiaan
yang dijalankan di dalam negara
3.1.3 Melahirkan perasaan apabila
menyertai kempen kemanusiaan
yang dijalankan di dalam negara
3.1.4 Melaksanakan tanggungjawab
dalam kempen kemanusiaan yang
dijalankan di dalam negara
1
Murid menyatakan tanggungjawab yang dilaksanakan dalam kempen kemanusiaan yang dijalankan di dalam negara
2
Murid menerangkan kepentingan menunaikan tanggungjawab dalam kempen kemanusiaan yang dijalankan di dalam negara
3
Murid menunjukkan cara menunaikan tanggungjawab dalam kempen kemanusiaan yang dijalankan di dalam negara dengan bimbingan guru
4
Murid menunjukkan cara menunaikan tanggungjawab dalam kempen kemanusiaan yang dijalankan di dalam negara dalam pelbagai situasi
5
Murid menunaikan tanggungjawab dalam kempen kemanusiaan yang dijalankan di dalam negara dalam kehidupan seharian
6
Murid menunaikan tanggungjawab dalam kempen kemanusiaan yang dijalankan di dalam negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan
untuk menunjukkan
pengiktirafan dan
penghargaan terhadap
sesuatu jasa, sumbangan
atau pemberian
4.1 Menghargai jasa dan
pengorbanan tokoh negara
4.1.1 Memerihalkan jasa dan
pengorbanan tokoh negara
4.1.2 Menerangkan kepentingan
menghargai jasa dan pengorbanan
tokoh negara
4.1.3 Melahirkan perasaan apabila
menghargai jasa dan pengorbanan
tokoh negara.
4.1.4 Mengapresiasi jasa dan
pengorbanan tokoh negara
1
Murid menyatakan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara
2
Murid menerangkan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara
3
Murid menunjukkan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dengan bimbingan guru
4
Murid menunjukkan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan sikap menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
5.Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia dalam
pergaulan seharian
5.1 Mengamalkan sikap
yang bersopan apabila
mendapatkan perkhidmatan
(badan kerajaan, bukan
kerajaaan, swasta, orang
persendirian)
5.1.1 Membincangkan cara
bersikap sopan apabila
mendapatkan perkhidmatan
5.1.2 Menjelaskan kepentingan
bersikap sopan apabila
mendapatkan perkhidmatan
5.1.3 Mengutarakan perasaan
apabila bersikap sopan semasa
mendapatkan perkhidmatan
5.1.4 Menunjukkan sikap bersopan
apabila mendapatkan perkhidmatan
1
Murid menyatakan cara mengamalkan sikap bersopan apabila mendapatkan perkhidmatan
2
Murid menerangkan kepentingan mengamalkan sikap bersopan apabila mendapatkan perkhidmatan
3
Murid menunjukkan cara mengamalkan sikap bersopan apabila mendapatkan perkhidmatan dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara sikap bersopan apabila mendapatkan perkhidmatan dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap bersopan apabila mendapatkan perkhidmatan dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan sikap bersopan apabila mendapatkan perkhidmatan dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan
seseorang serta
menghormati peraturan
institusi sosial dengan
memberi layanan yang
bersopan
6.1 Menghormati negara
6.1.1 Menjelaskan cara-cara
menghormati negara
6.1.2 Menghuraikan kepentingan
menghormati negara
6.1.3 Memerihalkan perasaan
apabila menghormati negara
6.1.4 Mempraktikkan sikap
menghormati negara
1
Murid menyatakan cara menghormati negara
2
Murid menerangkan kepentingan menghormati negara
3
Murid menunjukkan cara menghormati negara dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara menghormati negara dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap menghormati negara dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan sikap menghormati negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
7.Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta
yang mendalam serta
berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas
7.1 Menyayangi alam
sekitar untuk menjamin
kesejahteraan negara
7.1.1 Menerangkan cara menyayangi
alam sekitar untuk menjamin
kesejahteraan negara
7.1.2 Menyimpulkan kepentingan
menyayangi alam sekitar untuk
menjamin kesejahteraan negara
7.1.3 Mengekspresikan perasaan
apabila menyayangi alam sekitar
untuk menjamin kesejahteraan
negara
7.1.4 Melibatkan diri dalam aktiviti
menjaga alam sekitar untuk
menjamin kesejahteraan negara
1
Murid menyatakan cara menyayangi alam sekitar
2
Murid menerangkan kepentingan menyayangi alam sekitar
3
Murid menunjukkan cara menyayangi alam sekitar dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara menyayangi alam sekitar dalam pelbagai suituasi
5
Murid mengamalkan nilai menyayangi alam sekitar dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan nilai menyayangi alam sekitar dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan
yang tidak berat sebelah
8.1 Bersikap adil untuk
kesejahteraan negara
8.1.1 Memerihalkan cara bersikap
adil untuk kesejahteraan negara
8.1.2 Membincangkan kepentingan
bersikap adil untuk kesejahteraan
negara
8.1.3 Menceritakan perasaan apabila
bersikap adil untuk kesejahteraan
negara
8.1.4 Menunjukkan sikap adil untuk
kesejahteraan negara
1
Murid menyatakan cara bersikap adil untuk
kesejahteraan negara
2
Murid menerangkan kepentingan ber sikap adil
untuk kesejahteraan negara
3
Murid menunjukkan cara bersikap adil untuk
kesejahteraan negara dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara bersikap adil untuk
kesejahteraan negara dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap adil untuk kesejahteraan
negara dalam perlakuan seharian
6
Murid mengamalkan sikap adil untuk kesejahteraan
negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
9. Keberanian
Kesanggupan untuk
menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah
9.1 Mempertahankan nama
baik negara
9.1.1 Menyarankan cara
mempertahankan nama baik negara
9.1.2 Merungkaikan kepentingan
mempertahankan nama baik negara
9.1.3 Melahirkan perasaan apabila
mempertahankan nama baik negara
9.1.4 Mengamalkan sikap berani
mempertahankan nama baik negara
1
Murid menyatakan cara mempertahankan nama baik negara
2
Murid menerangkan kepentingan mempertahankan nama baik negara
3
Murid menunjukkan cara mempertahankan nama baik negara dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara mempertahankan nama baik negara dalam pelbagai situasi secara beradab
5
Murid mengamalkan sikap mempertahankan nama baik negara dalam kehidupan seharian secara beradab
6
Murid mengamalkan sikap mempertahankan nama baik negara dalam kehidupan seharian secara beradab dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
10.Kejujuran
Bercakap benar, bersikap
amanah dan ikhlas dalam
setiap perlakuan
10.1 Mengamalkan
kejujuran demi
keharmonian negara
10.1.1 Mengemukakan contoh
bersikap jujur demi keharmonian
negara
10.1.2 Menyenaraikan kepentingan
bersikap jujur demi keharmonian
negara
10.1.3 Menceritakan perasaan
apabila bersikap jujur demi
keharmonian negara
10.1.4 Mempraktikkan sikap jujur
demi keharmonian negara
1
Murid menyatakan cara bersikap jujur demi keharmonian negara
2
Murid menerangkan kepentingan mengamalkan kejujuran demi keharmonian negara
3
Murid menunjukkan cara mengamalkan kejujuran demi keharmonian negara dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara mengamalkan kejujuran demi keharmonian negara dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan kejujuran demi keharmonian
negara dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan kejujuran demi keharmonian
negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan,
bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam
melakukan sesuatu perkara
11.1 Mengamalkan sikap
rajin demi kemajuan negara
11.1.1 Menghuraikan cara bersikap
rajin demi kemajuan negara
11.1.2 Menghubungkaitkan sikap
rajin dengan kemajuan negara
11.1.3 Mengutarakan perasaan
apabila bersikap rajin dalam
memajukan negara
11.1 4 Memperlihatkan sikap rajin
demi kemajuan negara
1
Murid menyatakan cara bersikap rajin demi kemajuan negara
2
Murid menerangkan kepentingan bersikap rajin demi kemajuan negara
3
Murid menunjukkan cara bersikap rajin demi kemajuan negara dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara bersikap rajin demi kemajuan negara dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap rajin demi kemajuan
negara dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan sikap rajin demi kemajuan
negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan
sesuatu untuk kepentingan
bersama
12.1 Mengamalkan sikap
kerjasama untuk kebaikan
bersama
12.1.1 Mengilustrasikan contoh
kerjasama untuk kebaikan bersama
( i-Think )
12.1.2 Merumuskan kepentingan
kerjasama untuk kebaikan bersama
12.1.3 Mengekspresikan perasaan
apabila bekerjasama untuk
kebaikan bersama
12.1.4 Menyertai aktiviti kerjasama
untuk kebaikan bersama
1
Murid menyatakan cara bersikap kerjasama
2
Murid menerangkan kepentingan bersikap kerjasama untuk kebaikan bersama
3
Murid menunjukkan cara mengamalkan sikap kerjasama untuk kebaikan bersama dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara mengamalkan sikap kerjasama untuk kebaikan bersama dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap kerjasama untuk kebaikan bersama dalam kehidupan seharian.
6
Murid mengamalkan sikap kerjasama untuk kebaikan bersama dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan
dalam membuat
pertimbangan dan tindakan
tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang
lain
13.1 Menggunakan
prasarana yang disediakan
secara berhemah
13.1.1 Membentangkan cara
menggunakan prasarana yang
disediakan secara berhemah
13.1.2 Mengemukakan kepentingan
menggunakan prasarana yang
disediakan secara berhemah
13.1.3 Menceritakan perasaan
apabila menggunakan prasarana
yang disediakan secara berhemah
13.1.4 Mengamalkan penggunaan
prasarana yang disediakan secara
berhemah
1
Murid menyatakan cara menggunakan prasarana yang disediakan secara berhemah
2
Murid menerangkan kepentingan menggunakan prasarana yang disediakan secara berhemah
3
Murid menunjukkan cara menggunakan prasarana yang disediakan secara berhemah dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara menggunakan prasarana yang disediakan secara berhemah dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap menggunakan prasarana yang disediakan secara berhemah dalam kehidupan seharian.
6
Murid mengamalkan sikap menggunakan prasarana yang disediakan secara berhemah dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.
STANDARD
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TP
PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur,
sabar dan mengawal diri
demi kesejahteraan hidup
14.1 Mengamalkan sikap
toleransi demi
kesejahteraan negara
14.1.1 Membincangkan cara
bersikap toleransi demi
kesejahteraan negara
14.1.2 Menghuraikan kesan
bersikap toleransi demi
kesejahteraan negara
14.1.3 Mengutarakan perasaan
apabila bersikap toleransi demi
kesejahteraan negara
14.1.4 Menunjukkan sikap toleransi
demi kesejahteraan negara
1
Murid menyatakan cara mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraaan negara
2
Murid menerangkan kepentingan mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraaan negara
3
Murid menunjukkan cara mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraaan negara dengan bimbingan
4
Murid menunjukkan cara mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraaan negara dalam pelbagai situasi
5
Murid mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraaan negara dalam kehidupan seharian
6
Murid mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraaan negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.
Edar borang yang bertajuk soalan taklimat umum KSSR
Guru diminta mencatatkan maklumat penting dalam borang edaran yang diberi
Borang boleh diedar pada awal taklimat.
Rujuk pada borang edaran latihan domain yang diberi
Nyatakan penaakulan moral, perasaan moral & perlakuan moral berdasarkan standard pembelajaran yang diberi
Rujuk pada salinan edaran fotokopi buku teks Tahun 5 (Sek Keb).
Nyatakan dimana standard pembelajaran dijelmakan dalam petikan tersebut.
Recommended