View
125
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DIMAN
21800 AJIL, TERENGGANU.
Kertas Kerja
Latihan Dalam Perkhidmatan
PENGGUNAAN FROG VLE DALAM PdP
Pengenalan:
FROG VLE adalah salah satu agenda utama KPM yang seharusnya juga mendapat perhatian
utama pihak sekolah. Pelbagai program telah dirancang oleh pelbagai pihak untuk menyokong
agenda utama ini. Sehubungan itu, JK LADAP SK Bukit Diman telah merancang program
latihan ini sebagai satu usaha menyokong hasrat dan aspirasi KPM ini.
Latihan Dalam Perkhidmatan Penggunaan Frog VLE dalam PdP merupakan satu program
latihan yang akan memberikan pendedahan penggunaan Frog VLE dalam PdP kepada staf
akademik SK Bukit Diman.
Rasional:
Program latihan ini perlu dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada semua staf
akademik berkaitan penggunaan dan pengoperasian FROG VLE supaya penggunaan FROG
VLE dalam membantu perkembangan PdP dapat direalisasikan.
Objektif: Di akhir kursus ini diharapkan guru-guru dapat:
1. Lebih berkeyakinan untuk menggunakan FROG VLE dalam PdP.
2. Lebih yakin dan berupaya mengoperasi FROG VLE dalam pengurusan pendidikan.
3. Membimbing rakan sekerja menggunakan FROG VLE dalam PdP dan pengurusan
pendidikan.
Kumpulan Sasaran:
Semua guru SK Bukit Diman seramai 26 orang.
Pelaksanaan:
Tarikh pelaksanaan: 28 Jun 2014
Waktu: 8.00 pagi - 4:00 petang
Tempat: Makmal Komputer SKBD
Perbelanjaan:
1. RM 8.00 x 26 orang = RM208.00
Jumlah kos keseluruhan = RM208.00
Penutup:
Semoga Program latihan ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan berupaya mencapai
objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.
Di sediakan oleh: Di sahkan oleh:
……………………………….. ……………………………………..
(HASNAH BT IBRAHIM) ( SUHAIMI BIN SAID )
S/U LADAP, SK Bukit Diman Guru Besar, SK Bukit Diman
Recommended