View
8.761
Download
36
Category
Preview:
DESCRIPTION
Mari kita menonton
Citation preview
Kitaran hidup rama-rama
Pembelajaran
Lagu dan video
Aktiviti pengukuhan
Pembelajaran.
Apakah rama-rama?
Rama – rama merupakan haiwan dalam kumpulan serangga.
Rama-rama merupakan serangga yang mempunyai kitaran
hidup yang lengkap.
Dalam proses kitaran hidup rama-rama, rama-rama melalui 4
proses/ peringkat perkembangan.
Setiap peringkat perkembangannya adalah berbeza dan juga
mempunyai tujuan yang berbeza.
Mari kita lihat :
Peringkat kitaran hidup rama-rama.
(gambarajah)
Kitaran hidup rama-rama.
Peringkat kitaran hidup rama-rama
Kitaran hidup rama-rama
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat 3
Peringkat 4
telur
ulat/larva
kepompong/pupa
rama-rama
peringkat pertama
telur
Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.
Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.
Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.
Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari.
peringkat kedua
ulat/ larva
Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan ulat beluncas.
Kebiasaanya ulat beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan kerana ulat beluncas akan makan dan terus berkembang. Makanan ulat beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2 hingga 3 minggu.
Ulat beluncas juga akan mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.
peringkat ketiga
kepompong / pupa
Peringkat ketiga berlaku pada minggu ke-3. Proses transformasi akan berlaku iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa.
Pada tahap ini ulat beluncas akan berubah dan mengantungkan dirinya ke dalam kepompong.
Kepompong merupakan tempat perlindungan bagi ulat semasa berehat.
Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang.
Semasa di dalam kepompong, kaki dan kepaknya akan mula terbentuk.
peringkat keempat
rama-rama
Pada peringkat ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama akan keluar dari kepompongnya sebagai rama-rama yang cantik.
Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang seterusnya akan berlaku.
Lagu dan video kitaran hidup rama-rama
Lirik lagu Muzik Video
"Rama-rama"
dari ulat jadi kepompong, tidur nyenyak dalam kelongsong, cukup masa kelongsong pecah, pom! pom! jadilah rama-rama yang indah,
rama-rama terbang merata, hisap madu di pohon bunga sungguh cantik aneka warna, tapi sayang hidup tak lama,
Aktiviti pengukuhan.
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
Pada ruangan ini kamu akan diuji kefahaman melalui soalan latihan di bawah.
Latihan 4
Jawapan
Latihan 1
1. Gambar di bawah
ialah:a) Larva
b) Telur
c) Ulat
2. a) Telur
b) Kepompong
c) Ulat
3. a) Larva
b) Rama-rama
c) Pupa
4. a) Pupa
b) Beluncas
c) Larva
Latihan 2
1. Kepompong pecah menghasilkan a) Larvab) Rama-ramac) Telur
2. Apakah makanan ulat a) Telurb) Pupac) Daun
3. Berapa lamakah ulat tidur dalam kepompong?
a) 5 hingga 10 harib) 2 hingga 3 mingguc) 3 bulan
4. Bagaimanakah rama-rama membiak? a) Beranakb) Bertelurc) Beranak dan bertelur
5. Proses X ialah :a) Kitaran hidup ulatb) Kitaran hidup rama-ramac) Kitaran hidup kepompong
Proses X
Latihan 3
Latihan 4
Jawapan LATIHAN 1 :1. C 2. A 3.B 4.A
LATIHAN 2 :1. B 2.C 3.B 4. B 5. B
LATIHAN 3 LATIHAN 4
a a a a
e o o
ou
e u
Recommended