View
405
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
KERTAS KERJA
BOLING LIGA IPT PIALA PENDETA
KOLEJ PENDETA ZA’BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
5 - 7 MAC 2014
TEMPAT
KUALA LUMPUR MEGA LANES,
ENDAH PARADE, PETALING JAYA
ANJURAN
BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA’BA
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel
MAJLIS BELIA MALAYSIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
TEMA
“Express Yourself”
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
KERTAS KERJA
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 [KAPREZA ‘14]
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
untuk mengadakan Boling Liga IPT Piala Pendeta
2.0 PENDAHULUAN
Boling Liga IPT Piala Pendeta merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis
Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Boling Liga IPT Piala Pendeta ialah suatu program yang menjadi
medium kepada warga Kolej Pendeta Za’ba untuk mendapat pengalaman bekerja dalam organisasi
yang melibatkan diri dalam aktiviti luar universiti. Hal ini kerana, program ini bukan saja
melibatkan warga Universiti Kebangsaan Malaysia malah ia melibatkan IPT-IPT di Malaysia.
Justeru, untuk merealisasikan program yang sangat berprestij ini, para pelajar perlu memupuk nilai
sabar, cekal, dan tabah kerana cabarannya yang sangat tinggi.
Program yang berkonsepkan kesukanan ini telah masuk tahun yang kesembilan dan menjadi satu
program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. Maka, Boling Liga IPT Piala Pendeta yang bakal
berlangsung pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan
dengan matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za’ba
dengan pihak pengurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti
setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh
Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
“Express Yourself” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk menyerlahkan sisi
mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih yakin dengan diri sendiri
dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan. Konsep riadah
santai yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program
yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kerohanian dan kekeluargaan
juga turut diselitkan.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba
khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi di samping
membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang
secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri
dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum
dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen
kemanusiaan.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan
penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan
pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar,
melahirkan semangat berdaya saing yang sihat, memupuk semangat berpasukan antara pelajar, dan
menonjolkan bakat dalam diri kalangan mahasiswa/i dan mejadikan aktiviti yang disediakan
sebagai medium untuk melepaskan tekanan dengan cara beriadah.
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
4.0 MATLAMAT
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i
dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga penghuni
Kolej Pendeta Za’ba serta pihak badan bukan kerajaan.
5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti
mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri.
5.3 Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik yang
diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.
5.4 Menggunakan aktiviti santai yang interaktif dalam mengekspresikan mahasiswa.
6.0 TEMA
“Express Yourself”
7.0 ANJURAN
Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 5 - 7 Mac 2014
Masa : 9 pagi – 5 petang
9.0 TEMPAT
Kuala Lumpur Mega Lanes, Endah Parade, Petaling Jaya
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa,
flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan juga semua kawasan di
Semenanjung Malaysia. Golongan sasaran utama adalah warga Kolej Pendeta Za’ba, semua warga
kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, dan warga universiti sekitar Malaysia.
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmi Pembukaan dan Penutup
YBhg. Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
MENTERI BELIA DAN SUKAN
YBHG DATO’ IRMOHIZAM IBRAHIM
ADUN KUALA SELANGOR
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah Krew KAPREZA’14 : 20 orang
Jumlah peserta : 192 orang (1 kumpulan terdiri daripada 4 peserta)
Jumlah kumpulan : 48 kumpulan
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta
Program ini dapat memupuk bakat bersukan serta semangat dalam kalangan pemainnya.
Pertandingan yang akan dijalankan di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, Subang Jaya
ini adalah terbuka kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia dan IPT-IPT di
Semenanjung Malaysia.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:
PUTERI AIFAA ALYANNA BT MOHD NOOR
Ketua Pengarah
Pertandingan Tenpin Boling Liga IPT Piala Pendeta
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel :017 540 2007
Tel (Pej) : 03-89217116
Faks : 03-89216846
Emel : mn_puteriaifaa@yahoo.com
KEE EE VON
Timbalan Ketua Pengarah
Pertandingan Tenpin Boling Liga IPT Piala Pendeta
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel :014-308 9547
Tel (Pej) : 03-89217116
Faks : 03-89216846
Emel : eevonkeel7@gmail.com
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
18.0 PENUTUP
18.1 Dengan program ini, diharap hubungan di antara penghuni dan pengurusan Kolej Pendeta
Za’ba dan kolej lain dan warga Kolej Pendeta Za’ba yang terdiri daripada pelbagai kaum
dapat dieratkan dan seterusnya dapat melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
18.2 Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang positif bagi
pihak tuan untuk memberikan sumbangan dalam menjayakan program Pertandingan
Tenpin Boling Liga IPT Piala Pendeta ini.
Disediakan oleh,
.................................................
(PUTERI AIFAA ALYANNA BT MOHAMAD NOOR)
Ketua Pengarah
Pertandingan Tenpin Boling Liga IPT Piala Pendeta
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
.................................................
(NOR ASEKEN BT ROSLEY)
Felo Penasihat
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
Diluluskan oleh,
....................................................................
(PROF. MADYA DR. AHMAD SUNAWARI LONG)
Pengetua
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2013 (KAPREZA’13)
Penaung
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Ir.Dato’ Dr. Othman Bin A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM
Penyelaras
Yang Dihormati En. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Pengetua
YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long
Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Timbalan Pengetua
Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md Jamil
Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Felo Penasihat
Nor Aseken Bt Rosley
Felo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Ketua Eksekutif
Nurul Jannah Binti Ahmad Ghulamudin
A137789 (FPEND/3) 014-5295903
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
Ketua Pengarah Puteri Aifaa Alyanna bt Mohd Noor
A 143305 FEP/1
017-540 2007
Timbalan Ketua Pengarah
Kee Ee Von
A 143300 FEP/1
014-308 9547
Setiausaha 1
Nurul Amalina Binti Ahmad
A 146240 FTSM /1
013-2110178
Bendahari 1
Azura Mifazli
A 146587 FTSM/1
017-2277182
Bendahari 2
Mohamad Hakim Bin Sulaiman
A 145634
017-5635193
Publisiti 1
Amirul Bin Abd Hamid
A 143433 FEP/1
012-7559175
Pengarah Pemasaran : Syadiah Madiha Binti Borhan A 145007 FSSK/1
Pengarah Publisiti : Zarith Zafira Binti Zubir (Media) A145916 FST/1
: Raja Mohd Azlan Bin Raja Ali (Grafik) A 145744 FST/1
Pengarah Protokol : Nur Azreen Binti Azmi A 145834 FST/1
Pengarah Keselamatan : Noor Azreeni Binti Abu Saran A 145830 FST/1
Pengarah Teknikal : Mohamed Alef Bin Mohd Razali
Pengarah Cenderamata : Nurhanani Binti Nordin A 145749 FST/1
Pengarah Jamuan & Kebajikan : Hasmat Husaina Binti Ahamed Hasan A 146377 FTSM/1
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
PERTANDINGAN TENPIN BOLING LIGA IPT PIALA PENDETA
1 pm - 3 pm
Rehat dan Sembahyang Jumat
3pm – 5pm
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
MASA AKTIVITI
RABU (5 MAC 2014)
9 am – 10 am
Pendaftaran pemain di KL Mega Lanes,Endah Parade
10 am – 2 pm Acara singles Perempuan berlangsung-6 games
2 pm – 5 pm Acara teams Lelaki berlangsung- 3 games
KHAMIS (6 MAC 2014)
9 am – 10 am
Pendaftaran pemain di KL Mega Lanes,Endah Parade
10 am – 2 pm Acara singles Lelaki berlangsung-6 games
2 pm – 5 pm Acara teams Perempuan berlangsung – 3 games
JUMAAT (7 MAC 2014)
9 am – 10 am
Pendaftaran pemain di KL Mega Lanes,Endah Parade
10 am – 1 pm Acara masters Lelaki dan Perempuan berlangsung
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
NO. BUTIRAN JUMLAH
1. YURAN UNTUK 3 HARI (RM 500.00 x 48 TEAM ) RM 24,000.00
2. SUMBANGAN
SPONSOR
STREET MARKETING
JUMLAH KESELURUHAN
RM 2,000.00
RM 1,500.00
RM 3,500.00
JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATAN RM 27,500.00
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
ANGGARAN PERBELANJAAN
NO. BUTIRAN JUMLAH
1. PERBELANJAAN BOOKING LANE
*JUMLAH PERMAINAN YANG AKAN
DIPERTANDING KAN SELAMA 3 HARI IALAH 2,424
PERMAINAN
YURAN MTBC
JUMLAH KESELURUHAN
(2,424 Permainan x
RM3.30)
= RM 7,999.20
RM 1,000.00
RM 8,999.20
2. PERBELANJAAN PERMAINAN
Singles/Team Event (192 pemain x RM3.30 x 6
game )
Mixed Doubles ( 192 pemain*bermain dalam 2
block* x RM3.30 x 6 game )
Masters *10 lelaki/ 10 perempuan* ( 20 pemain x
RM3.30 x 6 game )
Pakaian untuk pemain kategori Masters ( RM25 x
20 orang acara Masters )
+ OILLING LANE
JUMLAH KESELURUHAN
RM 3,801.60
RM 3,801.60
RM 396.00
RM 500.00
RM 1,350.00
RM 9,849.20
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
3. PERBELANJAAN HADIAH
HADIAH WANG TUNAI UNTUK 6
PEMENANG (3 LELAKI, 3 PEREMPUAN)
HADIAH WANG TUNAI UNTUK HIGHEST
SCORE
6 BUAH HAMPER BERNILAI RM30.00
6 BUAH HAMPER BERNILAI RM50.00
6 BUAH HAMPER BERNILAI RM80.00
42 MEDAL ( RM 8.00 )
1 PIALA ( HIGHEST SCORE )
PIALA PUSINGAN
JUMLAH KESELURUHAN
RM 4 755.00
RM 300.00
RM 180.00
RM 300.00
RM 480.00
RM 336.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 6,501.00
4. PERBELANJAAN JAMUAN
JAMUAN MAKAN VIP ( RM15 x 10 ORANG )
RM 150.00
5. PERBELANJAAN SUKARELAWAN ( 10 ORANG )
ELAUN SUKARELAWAN ( RM10/SEHARI) x 3
HARI x 10 ORANG
MAKAN DAN MINUM ( RM15/SEHARI x 3
KALI x 10 ORANG )
2 HELAI BAJU SUKARELAWAN ( RM20 x[ 10
ORANG + 6 AJK ] x 2 HELAI)
JUMLAH KESELURUHAN
RM 300.00
RM 450.00
RM 640.00
RM 1,390.00
“Express Yourself”
6 - 8 Mac 2014
6. PERBELANJAAN PUBLISITI
4 BANNER ( 5x18)
300 HELAI POSTER
JUMLAH KESELURUHAN
RM 310.60
RM 300.00
RM 610.60
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 27,500.00
Recommended