Pjm 3106 anatomi dan fisiologi-Sistem otot

Preview:

Citation preview

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

TAJUK: SISTEM OTOT

DISEDIAKAN OLEH: -COLLDILLA SAPON -ELENA LULIA LUHAT -ROSITA AMA AK MUNAN

PENGENALAN

• Manusia direka untuk bergerak. • Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil

daripada gabungan sistem rangka dan otot. • Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan

pemanjangan otot.

Komponen Otot Rangka

a) Fiber Otot

-Merupakan sel-sel otot

-Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.

-Berjalur dan bersaiz besar.

-Diameter diantara 10-100 µm

-Panjang sehingga 40cm.

Fiber Otot

b)Tisu penghubung

i.Endomisium • Dalam fasikel terdapat fiber otot.• Fiber otot ini diliputi epimisium.

ii.Perimisium • Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa

fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

iii.Epimisium• Meliputi bahagian luar otot• Tendon terbina daripada unjuran epimisium.

Tisu-tisu penghubung

•Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang.

•Terletak di kedua-dua hujung

otot.

•Tendon terdiri daripada serat

kolagen.

•Tidak kenyal tetapi boleh

meregang dengan baik.

•Tendon yang lebar di panggil

aponeurosis.

c) Tendon

tendon

tendon

d)Ligamen

• Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.

• Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi

e) Kartilej

• Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

• Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakan pada tulang.

Tendon, Ligamen dan Kartilej

FUNGSI OTOT

Menghasilkan

pergerakan

•Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan.

Mengekalkan postur badan

•Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

Menstabilkan sendi

•Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

Menghasilkan haba

•Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

Jenis-jenis otot

Otot jantung (kardiak)

Otot licin Otot rangka (skeletal)

Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan

lokasi, struktur dan fungsinya.

Otot Jantung (kardiak)

Sel otot kardiak

Otot kardiak

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Dinding jantung

Bentuk Sel Berangkai dan berjalur

Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.

Kelajuan Kontraksi Perlahan

Rentak Kontraksi Ada

Otot Licin

Sel otot licin

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan saluran jantung

Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur

Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon, bahan kimis dan regangan.

Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan

Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

Otot Rangka (skeletal)Kebanyakan otot

tersebut melekat pada rangka dan

menghasilkan pergerakan rangka

Dikenali sebagai otot voluntari : boleh dikawal secara sedar

Dikenali sebagai otot berjalur:

mempunyai jalur yang merentasinya

Sel otot rangka

Sel otot rangka

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur

Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf

Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat

Rentak Kontraksi Tiada

Jenis-jenis otot rangka

Otot aksial

•terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum•Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

Otot apendikular

•terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella.•Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius

Pandangan hadapan dan belakang badan

Ciri-ciri Otot• kemampuan tisu otot

untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima

• keupayaan tisu otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan

• keupayaan tisu otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal

• keupayaan tisu otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup

KeterujaanKebolehkucupan/

kontraktiliti

Kebolehpanjangan/ ekstensibiliti

Kekenyalan (elastik)

OTOT-OTOT RANGKA UTAMA

• Bahagian Kepala• Bahagian Badan• Bahagian Lengan• Bahagian Kaki

Bahagian Kepala

Otot muka

Otot leher

Otot Bahagian Tengah Badan

Otot Bahagian Belakang Badan

Otot Lengan

Contoh Penguncupan (contracted) dan Pengenduran (relaxed) Otot lengan

Otot Bahagian Kaki

Otot bahagian kaki

LEKATAN OTOT•Setiap otot melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung

yang lain.

•Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu:i)Proksimal

Bermaksud lekatan otot pada tulang/tisu yang hampir dengan tubuh badan.

Dikenali sebagai originii)Distal

Bermaksud lekatan otot pada tulang/tisu yang jauh dari tubuh badan.

Dikenali sebagai insertion.

Rajah Lekatan Otot

Biseps

Klavikel

Skapula

Radius

Ulna

Fleksi lengan

Interaksi Otot-otot dalam Pergerakan

Rangka

•Saling tindakan otot-otot:Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling

bertindak/bekerjasama dalam melakukan suatu

pergerakan. Otot-otot akan bertindak secara

berkumpulan iaitu melibatkan: Agonis

Antagonis

Sinergis

Rajah Fleksi Lengan

Peranan:i. Agonis

• Sebagai penggerak utama dalam sesuatu pergerakan.• Contoh: biseps brakii dan brakialis

ii.Antagonis• Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot

penggerak utama.• Apabila agonis menguncup, antagonis akan

mengendur/relaks.• Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan

pergerakan yang dilakukan oleh agonis.• Contoh: triseps brakii

iii.SinergisOtot yang membantu otot penggerak utama (agonis)

fungsi:

menambahkan daya untuk melakukan pergerakan.

Menstabilkan sendi

Contoh: Pergerakan fleksi lengan

biseps brakii dan brakialis adalah penggerak utama

dalam fleksi lengan.

Triseps brakii bertindak sebagai antagonis dan

brakioradialis bertindak sebagai pembantu dalam

pergerakan tersebut.

Penguncupan Otot Rangka

•Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka:i. Penguncupan Isometrik

ii. Penguncupan Isokinetik

iii. Penguncupan Isotonik

i. Penguncupan Isometrik

•Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya.

•Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

•Contoh:oAktiviti menolak dinding dengan siku bengkok.oDinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii

menguncup dan menghasilkan daya.

Menolak dinding

ii. Penguncupan Isokinetik

•Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan.

•Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.

•Contoh:oPeralatan khusus di gimnasium.

Bench press

iii. Penguncupan Isotonik

•Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di

sepanjang pergerakan.

•Penguncupan ini akan menghasilkan pergerakan dan

menyebabkan perubahan pada panjang otot.

•Terbahagi kepada dua jenis:

Penguncupan konsentrik

-Pemendekkan otot

Penguncupan esentrik

-Pemanjangan otot

•Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

Biceps curl

HALAJU PENGUNCUPAN

•Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.

•Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.

•Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu:

i)Fiber sentak cepatii)Fiber sentak lambat

•Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.

i.Fiber sentak cepat

•Dikenali sebagai fiber jenis II.

•Saiz lebih besar dan berwarna putih.

•Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.

•Contoh: lari pecut.

•Fiber inimenyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

ii. Fiber sentak lambat

•Dikenali sebagai fiber jenis I.

•Saiz lebih kecil dan berwarna merah.

•Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.

•Contoh: jogathon.

•Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

Sistem Otot Dan Umur

Kesan umur ke atas sistem otot• Semakin meningkat usia, badan kita akan mengalami

beberapa perubahan begitu juga dengan sistem otot kita.

• Antaranya :– Ketumpatan otot semakin berkurangan

• Lengan dan betis nampak kecil– Semakin meningkat umur, otot mula mengecut dan

jisimnya semakin berkurang.• Kurang bersenam mempercepatkan proses ini.

– Bilangan dan saiz fiber otot berkurangan.• Masa untuk otot bertindak lebih lama.• Mengurangkan daya tahan dan kekuatan otot.• Otot cepat penat.

– Kandungan air dalam tendon semakin berkurangan.• Tendon lebih keras dan kurang tahan menerima tekanan

– Otot kurang fleksibel dan elastik.• Mengalami fibrosis.

– Otot kardiak semakin kurang berupaya untuk mengepam darah dalam jumlah yang besar dengan cepat keseluruh badan.

• Meningkatkan pernafasan anarobik.

– Kadar metabolisme menurun• Risiko obesiti tinggi.• Peningkatan kolestrol jahat.

– Kekuatan cengkaman tangan berkurang• Sukar melakukan aktiviti yang melibatkan

kekuatan ini.– Sukar sembuh dari kecederaan otot.

Atrofi Otot

• Atrofi otot ialah kandungan aktin dan miosin dalam fiber otot berkurangan disebabkan oleh pengecutan atau kehilangan fiber otot yang menyebabkan pengecilan otot dan kelemahan otot.

• Punca :– Pertambahan umur– Masalah kesihatan

• Strok • diabetes

– Kurang pergerakan yang menggunakan otot.– Kurang melakukan aktiviti fizikal.– Terbaring dalam jangka masa panjang.

Jenis Atrofi– Disuse Atrofi

• Otot tidak digunakan dalam jangka masa panjang.– Atrofi denervasi

• Sistem saraf yang bersambung dengan otot terputus• Impuls tidak sampai kepada otot

– Hipertrofi• Pertambahan saiz otot hasil penggunaan otot dan

senaman.– Pertambahan saiz sel otot.– Pertambahan diameter fiber otot.– Kekuatan otot bertambah.

Punca berlaku :– Umur

• Remaja mengalami hipertrofi semasa pertumbuhan.

– Pemakanan• Memakan makanan kaya dengan protein

bersama latihan beban menghasilkan hipertrofi.– Latihan dan penggunaan otot

• Angkat berat