View
33
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
Puisi Trandisional : Pantun berkait ( Bekerja )
Faizah , Nur Fatehah (3 Omega)
Pantun berkait ( Bekerja )
Ketika duluKelihatan sang dara bersimpuh ayuBersalut songket tenunan MelayuMenganyam segar
Kelihatan
Sang teruna menebang araBerbaju Melayu warisan bangsa Meniup seruling bambuMerdu dan sayu
Ketika ini Tiada juga teruna gagahKini yang ada cuma Tubuh – tubuh lesuTubuh – tubuh kaku
Kedengaran Irama gamat menodai
kedamaianSeruling bambu diam
keusanganSongket dan batik muram
disisihkan
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisiMelihat sayu sang sita
DewiYang usang tidak
bermaya lagi
Maksud SajakRangkap 1: Pada zaman dahulu, gadis-gadis duduk dengan bersopan santun
dan memakai pakaian tradisional Melayu.Rangkap 2: Pemuda-pemuda pada masa dahulu amat rajin bekerja namun
tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa.Rangkap 3: Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan pemuda tidak lagi
menitiberatkan budaya Melayu. Mereka kurang bersemangat dan tidak produktif.
Rangkap 4: Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik Barat hingga
menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin dipinggirkan.
Rangkap 5: Generasi tua berasa sedih kerana budaya kita semakin dilupakan
oleh generasi muda.
Tema• Tema sajak ini ialah peranan
golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya Melayu.
Persoalan / Nada
• Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu dipertahankan.
• Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu.
• Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya asing selain melupakan budaya sendiri.
• Harapan golongan tua agar budaya warisan terus dipertahankan.
• Nada - Melankolik.
Bentuk Berbentuk bebas. Terdiri daripada lima rangkap. Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap
kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris dan rangkap kelima mempunyai empat baris.
Bilangan katanya satu hingga lima patah kata sebaris Terdiri daripada empat hingga empat belas suku kata
sebaris. Rima akhir rangkap pertama ialah aaab, rima akhir
rangkap kedua ialah abbcc, rima akhir rangkap ketiga ialahabcdbb, rima akhir rangkap keempat ialah aaaa dan rima akhir rangkap kelima ialah abbb.
Unsur-unsur Bunyi
• Asonansi (pengulangan vokala). Contohnya: kelihatan sang dara bersimpuh ayu, berbaju
Melayu warisan bangsa, menganyam segar.• (pengulangan vokal e). Contohnya: bersalut songket tenunan Melayu, meniup
seruling bambu.• (pengulangan vokal u). Contohnya: tubuh-tubuh lesu, merdu dan sayu.• Aliterasi (pengulangan konsonan d). Contohnya: Ayahanda bonda di pondok.• (pengulangan konsonan g). Contohnya: tiada juga teruna gagah. (pengulangan konsonan m).
Contohnya: irama gamat menodai kedamaian.
Gaya Bahasa
Anafora (pengulangan kata pada awal baris).
Contohnya, kata tiada pada rangkap ketiga baris 2 dan 3; kata tubuh-tubuh pada rangkap ketiga baris 5 dan 6.
Personifikasi. Contohnya: irama gamat menodai kedamaian,
seruling bambu diam keusangan, songket dan batik muram disisihkan.
Inversi (ayat songsang). Contohnya: tiada lagi sang dara ayu
Nilai
Kesopanan. Contohnya, memelihara tingkah laku.Kerajinan. Contohnya, sentiasa mengamalkan sikap
ringan tulang.Bertanggungjawab. Contohnya, mempertahankan warisan.Penghargaan. Contohnya, menghargai budaya bangsa.
Pengajaran
• Kita hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional.
• Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya asing.
• Kita mestilah mempunyai jati diri.• Kita haruslah rajin berusaha.• Kita perlulah menjaga perasaan
golongan tua.
Sekian Terima Kasih
Recommended