Upload
aziz-sidek-ab
View
332
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Satu catatan kembara ke tanah suci Madinah. Ringkas cerita di kemaskinikan dengan foto-foto menarik sekitar Madinah Al Munawarah.
Citation preview
MADINAH LAMBAIAN TANAH SUCI
MADINAH Lambaian Munawwarah:
Kenangan manis di Madinah
Catatan Abdul Halim Abdullah
Madinah adalah kota suci kedua Islam selepas Makkah
KEMBARA KE TANAH SUCI
Perjalanan dari King Abdul Aziz International
Airport (KAAIA) Jeddah ke Madinah mengambil
sekitar enam jam
Sepanjang perjalanan melalui lebuh
raya, terbentang pemandangan padang
pasir, gunung ganang dan ladang unta
di kiri dan kanan laluan
Sesekali bas yang dinaiki jemaah
berhenti di beberapa lokasi untuk
mengisi perut dan menunaikan
solat
MASJID AN-NABAWI
Ziarah ke Masjid an-Nabawi atau
Masjid Nabi.
Dibina pada 622 Masihi atau
selepas Hijrah
PERSEKITARAN DALAMAN
Dalam masjid ini, setiap amalan
yang dilakukan akan digandakan
1,000 kali.
MAKAM NABI MUHAMMAD
Makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.
Satu kawasan dalam masjid ini yang sangat
mulia, dikenali sebagai Raudhah yang
bermaksud taman.
Raudhah
Satu kawasan sangat mustajab untuk berdoa.
TANAH PERKUBURAN BAQI
Kawasan makam untuk penduduk Madinah sejak zaman jahiliah sehingga
kini.
Di sini ada makam Saidina Uthman Bin Affan, isteri Rasulullah iaitu Siti
Aisyah, Ummu Salamah, Zainab, Hafsah, Safiah dan Mariyah al-Qibtiyah.
Selain itu, putera puteri Rasulullah juga dikuburkan di sini.
MASJID QUBA’
Penduduk Quba’ adalah kumpulan pertama menyambut ketibaan
Rasulullah di Madinah ketika penghijrahan baginda dari Makkah
Masjid Quba’, masjid pertama didirikan oleh Nabi
Muhammad SAW
Jarak masjid ini dari kota Madinah
hanya 3 kilometer
LADANG KURMA
Ada pelbagai jenis kurma termasuk kurma
nabi atau kurma Ajwa yang tinggi khasiatnya.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Pelbagai jenis kekacang, kismis dan coklat
turut dijual.
Lawatan ke ladang
kurma dan
menikmati jus
kurma asli secara
percuma.
Pertama kali melihat
pokok kurma, ia
kelihatan seperti
pokok kelapa sawit
BUKIT UHUD
Seramai 70 sahabat nabi yang syahid dalam peperangan berkenaan
turut dikebumikan di sini.
Berada di bukit ini, terbayang betapa besarnya pengorbanan
Rasulullah SAW dan pengikutnya untuk menegakkan syiar Islam.
Makam pahlawan
Islam yang juga bapa
saudara nabi, Hamzah
Abdul Mutalib.
Berlaku Perang Uhud di antara
orang Islam seramai 700 orang
dengan kafir Quraisy seramai 3,000
orang.
Bukit Uhud, bukit paling penting dalam sejarah Islam.
MASJID QIBLATAIN
Masjid Qiblatain yang mempunyai dua kiblat.
Kiblat pertama menghadap Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis
sebelum diperintahkan Allah SWT untuk menukar kiblat
ke arah Kaabah sehinggalah hari ini.
PASAR CENDERAHATI
Cenderahati dan pakaian pada harga berpatutan.
Khidmat pengurup wang mudah dijumpai di kota ini.
SATU MEMORI INDAH
PENUTUP
Pengalaman Madinah yang pasti tidak akan dilupakan.
Sentiasa berazam untuk kembali lagi dan lagi ke kota suci.
Sekalung penghargaan dan ucapan
jutaan terima kasih kepada
Abdul Halim Abdullah penulis
Kenangan manis di Madinah,
Para pemblogger yang menulis serta
berkongsi gambar kenangan di
Madinah.
Jurufoto internet yang sudi
berkongsi foto mereka
Semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung.
PENGHARGAAN
Salam Takzim dari Penyusun
Sidek Ab Aziz
Taman Universiti Indah
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
22022014/PSSAH/1915