Upload
andromendas
View
17.417
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
Citation preview
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1.0 PROFIL SEKOLAH
1.1 Maklumat Am Sekolah 4
1.2 Matlamat Sekolah 5
1.3 Panorama Sekolah 6
2.0 PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT
2.1 Muqaddimah 7
2.2 Sijil Penubuhan Syarikat 8
2.3 Profil Syarikat 9
2.4 Maklumat Korporat 10
2.5 Senarai Nama Pemegang Saham 11
2.6 Latar Belakang Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 13
2.7 Matlamat Syarikat 18
2.8 Motto Dan Logo Syarikat 19
2.9 Carta Organisasi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 21
2.10 Aktiviti Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 23
3.0 ULASAN PENGETUA 27
4.0 ULASAN GURU PENGELOLA 29
5.0 LAPORAN PENGURUS BESAR
5.1 Profil Pengurus Besar 31
5.2 Perutusan Pengurus Besar 36
5.3 Tugas dan Tanggungjawab 38
5.4 Penilaian Prestasi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 39
5.5 Laporan Keseluruhan Aktiviti Syarikat 41
5.6 Rancangan Perniagaan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 45
5.7 Pelaksanaan Projek Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 49
5.8 Merangsang Idea Projek 51
5.9 Penilaian Projek 54
5.10 Masalah dan Cara Mengatasi 55
5.11 Pengesahan 59
6.0 LAPORAN PENGURUS PENTADBIRAN
6.1 Profil Pengurus Pentadbiran 61
6.2 Tinta Pengurus Pentadbiran 63
6.3 Tugas Pengurus Pentadbiran 66
6.4 Penilaian Prestasi Syarikat 67
6.5 Laporan Pengurusan Syarikat 69
BIL PERKARA MUKASURAT
6.6 Pengurusan Mesyuarat 74
6.7 Pengurusan Kerja Dan Pembahagian Tugas 86
6.8 Pengurusan Pendapatan Gaji Ahli Syarikat 89
6.9 Penghargaan 90
6.10 Penutup 90
7.0 LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN
7.1 Profil Pengurus Pengeluran 92
7.2 Semanis Bicara Pengurus Pengeluaran 96
7.3 Tugas dan Tanggungjawab 98
7.4 Penilaian Prestasi Syarikat 100
7.5 Organisasi Jabatan Pengeluaran 101
7.6 Perancangan dan Proses Pengeluaran 102
7.7 Laporan Pengeluaran Syarikat 106
7.8 Kaedah Pengeluaran 131
7.9 Idea Perniagaan 132
7.10 Stok dan Inventori 135
7.11 Laporan Produk Kreatif 137
7.12 Laporan Perkhidmatan Terbaik 144
7.13 Pengesahan 150
8.0 LAPORAN PENGURUS PEMASARAN
8.1 Profil Pengurus Pemasaran 152
8.2 Tinta Pengurus Pemasaran 155
8.3 Tugas dan Tanggungjawab 156
8.4 Penilaian Prestasi Syarikat 157
8.5 Prinsip dan Matlamat Pemasaran 159
8.6 Tinjauan Pemasaran 161
8.7 Strategi Pemasaran 163
8.8 Pembahagian Strategi 164
8.9 Laporan Ringkas Aktiviti Pemasaran 176
8.10 Faktor Mempengaruhi Pemasaran Produk 181
8.11 Pengesahan 184
9.0 LAPORAN PENGURUS KEWANGAN
9.1 Profil Pengurus Kewangan 186
9.2 Tinta Pengurus Kewangan 189
9.3 Tanggungjawab dan Tugas 191
9.4 Penilaian Prestasi Syarikat 193
BIL PERKARA MUKASURAT
9.5 Laporan Kewangan Syarikat 194
9.6 Strategi Keuntungan 196
9.7 Pencapaian Matlamat 197
9.8 Pencapaian Pendapatan Syarikat Mengikut Projek Syarikat 198
9.9 Aliran Tunai Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 208
9.10 Penyata Pendapatan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 209
9.11 Kunci Kira-kira Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 210
9.12 Modal Dan Pulangan Atas Modal 211
9.13 Notis Penutupan Akaun dan Bayaran Balik Saham 212
Pengisytiharan Harga Saham
9.15 Penutup 216
1.0 PROFIL SEKOLAH
1.1 Maklumat Am Sekolah
NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
ALAMAT SEKOLAH : Peti Surat 79, 34000, Taiping, Perak Darul Ridzuan
NO. TELEFON : 605-8083020
NO. FAKSIMILI : 605-8062576
WEBSITE : www.seratas.edu.my
1.2 Matlamat Sekolah
VISI SEKOLAH:
Menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Sebagai Pusat Kecemerlangan
Pendidikan Berteraskan Pendidikan Bestari
MISI SEKOLAH
SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar :-
Berkelayakan melanjutkan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi dalam
Bidang Sains Dan Teknologi
Mampu dan Mahir menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Berakhlak Mulia serta Gagah Berani Berkempimpinan dan Patriotisme yang
jitu
FALSAFAH SEKOLAH
Semua manusia boleh dididik.Bahawa manusia itu adalah makhluk yang paling
sempurna dan mempunyai kemampuan untuk dijadikan bijak, gagah dan berakhlak
mulia. Manusia yang bijak, gagah dan berakhlak mulia merupakan manusia yang
amat berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
PIAGAM SEKOLAH
Bahawasanya kami mendukung cita - cita untuk :
Memberi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi
kehendak semasa, masyarakat dan negara.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai pusat kecemerlangan
disertai kemudahan fizikal yang lengkap.
Mempertingkat serta mempelbagaikan proses penitisan ilmu berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara.
Menjana pengurusan yang cekap, berkesan dan dinamik untuk menawarkan
perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berdisiplin, produktif, inovatif dan
kreatif.
Mewujudkan masyarakat penyayang bertujuan memaksimumkan pencapaian
keilmuan dan menghasilkan prestasi berkualiti.
1.3 Panorama Sekolah
Pintu hadapan SM Sains Raja Tun Azlan Shah Astaka Di Padang Utama SERATAS
Dewan Kuliah Tugu Peringatan Pemasyuran Nama SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Surau SERATAS Bangunan Sekitar SERATAS
“Sekolah Raja Tun Azlan Shah” Dewan Besar SM Sains Raja Tun Azlan Shah
2.0 PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT
2.1 Muqaddimah
Segala pujian bagi Allah S.W.T Yang Maha Kudhrat memberi keupayaan
kepada kami untuk bertungkus lumus menyiapkan Laporan Tahunan
Syarikat 2010. disiapkan dengan sempurnanya.
Dengan limpah rahmat-Nya kami diberi kesempatan menerajui dan membangunkan Syarikat
I‟ExCeL Sdn. Bhd.sepanjang 36 minggu syarikat kami beroperasi pada tahun 2010.
Sepanjang tempoh berkenaan kami berjaya mengendalikan syarikat usahawan muda
dengan menimba pengalaman dalam kursus dan seminar yang dianjurkan pihak sekolah
dan pihak sekretariat. Kami sentiasa diberi tunjuk ajar dan panduan bagi memantapkan
organisasi syarikat bermula dengan Kursus Ahli Lembaga Pengarah sehingga menyertai
Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan pengetua kerana sentiasa
menyokong aktiviti syarikat sepanjang penubuhannya. Segala projek yang dijalankan
sentiasa mendapat keizinan dan sokongan daripada pihak sekolah. Dengan sokongan
beliau syarikat kami dapat menjalankan operasi jualan selama 36 minggu operasi di Kiosk
yang berada di kawasan sekolah.
Selain itu, tidak akan dilupakan, jasa guru pengelola dalam memberikan tunjuk ajar
serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah terutamanya dalam menguruskan syarikat.
Tanpa penekanan prinsip bekerja daripada guru pengelola, sudah pasti syarikat ini tidak
akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Beliau sentiasa berkata, dalam dunia perniagaan
usahawan harus meningati ungkapan “What you give, you get back” yang bermaksud,
produk yang dijual hendaklah berkualiti dan mampu menarik minat pelanggan. Sekiranya
produk berkualiti sudah semestinya pelanggan tertarik dan memilih syarikat ini sebagai
pilihan utama.
Pelbagai kebaikan yang kami perolehi sepanjang tempoh penglibatan dalam
program ini. Ilmu keusahawan tidak dipelajari tanpa mengalami pengalaman mengendalikan
perniagaan. Bidang perniagaan memerlukan kemahiran dan pengetahuan ilmu perniagaan
yang spesifik serta perlu dipraktikkan untuk mengendalikan perniagaan.
Setelah menempuh 36 minggu dan selesai menyediakan laporan, besarlah harapan
kami untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri yang akan dianjurkan
Pihak Sekreteriat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak sekaligus mencapai
matlamat syarikat menjadi Syarikat Terbaik Konvensyen Negeri Perak 2010.
2.2 Sijil Penubuhan Syarikat
2.3 Profil Syarikat
2.4 Maklumat Korporat
LEMBAGA PENGARAH Danial Bin Tarmizi Pengurus Besar
Muhamad Ashraf Bin Che Mansor Pengurus Pentadbiran
Nurul Huda Binti Hashim Pengurus Pengeluaran
Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali Pengurus Pemasaran
Ili Fatini Suriati Binti Jailani Pengurus Kewangan
Muhammad Naaim Bin Mohamad Rapi Pengurus Multimedia
PEJABAT UTAMA
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Jalan Taman Tasik 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan, Malaysia Tel : +605-8083020 Faks : +605-8062576
TARIKH DAN TEMPAT DITUBUHKAN
4 Februari 2010, Malaysia
PENDAFTAR SYARIKAT
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Wisma Wan Mohamad Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Peti Surat 217 30904 IPOH Tel : +605-5296615 Faks : +605-5296617
JURUAUDIT
En. Md Radzi Bin Abdullah
PENASIHAT
En. Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin Guru Pengelola
AHLI SYARIKAT
25 orang ahli
NILAI SAHAM SEUNIT
RM 10.00
TARIKH PEMBUBARAN
30 Oktober 2010
2.5 Senarai Nama Pemegang Saham
Bil Nama Pemegang Saham Nilai
Saham
1 DANIAL BIN TARMIZI RM 12.00
2 MUHAMAD ASHRAF BIN CHE MANSOR RM 12.00
3 NURULHUDA BINTI HASHIM RM 12.00
4 ILI FATINI SURIATI BINTI JAILANI RM 12.00
5 MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI RM 12.00
6 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI RM 10.00
7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD RM 10.00
8 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN RM 10.00
9 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY RM 10.00
10 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR RM 10.00
11 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN RM 10.00
12 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK RM 10.00
13 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH RM 10.00
14 NORADILA BINTI MOHD ALIAS RM 10.00
15 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN RM 10.00
16 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL RM 10.00
17 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID RM 10.00
18 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN RM 10.00
19 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI RM 10.00
20 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR RM 10.00
21 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN RM 10.00
22 NORAIN BINTI ABD LATIF RM 10.00
23 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN RM 10.00
24 ROZETA BINTI ASBULAH RM 10.00
25 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK RM 10.00
JUMLAH MODAL BERBAYAR RM 260.00
CONTOH SIJIL SAHAM SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.
Pemegang saham diberikan sijil saham sebagai bukti.
2.6 Latar Belakang I’ExCeL SDN BHD
I’ExCeLSdn.Bhd. ditubuhkan pada 04 Februari 2010 secara rasminya dengan
modal berbayar bersama 25 orang ahli pemegang saham syarikat yang berdaftar sebanyak
RM 260.00. Syarikat berdaftar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan dikelolakan
oleh seorang guru pengelola iaitu Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin.
Syarikat Sendirian Berhad ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan,
perkhidmatan dan penghasilan produk kreatif. Tempoh operasi syarikat selama 36 minggu
untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dan bergiat aktif dalam program anjuran Pihak
Sekretariat, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Antara Program Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang melibatkan Ahli Syarikat
ialah:-
- Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah, di Riverside Resort Kuala
Kangsar.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.
- Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat di Dewan Silvertage
Galleria, Medan Gopeng.
- Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak kali ke-14, di Perak
Techno Trade Centre, Ipoh.
- Kem Keusahawanan, Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor.
- Kursus Penyediaan Laporan dan Pembubaran Syarikat, Hill City Hotel, Ipoh
Syarikat juga mendapat sokongan daripada penaung, Pengetua Cemerlang JUSA C
yang sentiasa memberi pandangan tentang projek dan aktiviti syarikat. Perkongsian
pendapat dan perbincangan dengan pihak pentadbiran membantu pihak syarikat
melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan tersusun serta tidak bertindih dengan
program sekolah.
Pada awal penubuhan syarikat, telah menetapkan pendapatan akhir tahun operasi
sebanyak RM 5,000.00. Berasaskan idea-idea perniagaan yang pelbagai dari ahli-ahli,
syarikat berjaya mencapai pencapaian terbesar dalam menghasilkan produk kreatif dan
menjalankan perkhidmatan terbaik.
I’ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan produk
makanan yang banyak dari pelanggan yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibubapa. Kami
juga turut menyediakan perkhidmatan pembuatan T-shirt, jualan Hostel Open Day, malam
bakat, jualan makanan ringan dan sebagainya.
Sepanjang tempoh beroperasi, I’ExCeL Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan
hampir semua aktiviti yang dirancang dan mengaut keuntungan yang LUAR BIASA
disamping dapat memberi pengalaman yang sebenar kepada ahlinya. Lima Ahli Lembaga
Pengarah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan KPI
yang telah ditetapkan oleh Guru Pengelola. Berikut adalah KPI yang ditetapkan oleh Guru
Pengelola.
KPI 1: Pengurus Besar
Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu
Mengadakan minimum satu projek setiap bulan
Memastikan jualan mencapai keuntungan 50% setiap bulan
Mencipta Produk Kreatif
Mengadakan Perkhimatan Yang Terbaik
Membuat penilaian prestasi ahli syarikat
KPI 2: Pengurus Pentadbiran
Melaksanakan mesyuarat bulanan
Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat
Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya
Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%
KPI 3: Pengurus Pengeluaran
Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif
Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf
Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan
Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik
KPI 4: Pengurus Pemasaran
Melaksanakan strategi pemasaran terbaik
Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan
Meningkatkan produktiviti syarikat
KPI 5: Pengurus Kewangan
Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5000.00
Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum
Nilai sesaham meningkat
Adalah menjadi kewajiban kepada semua ahli lembaga pengarah untuk mencapai
KPI masing-masing. Di samping menjalankan operasi perniagaan, menjalankan
perkhidmatan dan menghasil produk kreatif, syarikat juga memainkan peranan sebagai
organisasi yang mempunyai tanggungjawab sosial kemasyarakatan dengan menyumbang
kepada pihak sekolah untuk program-program kebajikan.
“ I N T E R G R I T I , I N O V A S I , I D E A L ”
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Barisan Belakang Dari Kanan:
Muhammad Naa‟im, Muzakkir Ihsan, Danial, Muhd Ashraf Barisan Hadapan Dari Kanan:
Nurulhuda, Ili Fatini Suriati
AHLI SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.
Barisan belakang dari kanan:
Abdul Rahman, Muhammad Naa‟im, Farid Qaisem, Muhamad Naqib, Muhammad „Ammar
Faidhi, Fatihah Syafiq, Muhamad Harith, Muhamad Khairan Syamil
Barisan tengah dari kanan:
Alyaa Nabilah, Noradila, Norzainin, Hidayatul Akma, Najwa Farhana, Intan Zurainie, Farhah
Amaliya, Hidayatul Adha, Rozeta, Fatin Nurul Haziera, Wan Nur Aisyah
Barisan hadapan dari kanan :
Norain Abd Latif, Ili Fatini Suriati, Nurulhuda, En. Mohd Saharizal (Guru Pengelola), Danial,
Muhd Ashraf, Muzakkir Ihsan
2.7 Matlamat Syarikat
WAWASAN SYARIKAT
Menjadi sebuah syarikat yang berintegriti dan mempunyai daya inovasi yang kreatif
dan kritis dengan menyediakan perkhidmatan dan menghasilkan produk yang
bernilai tinggi seterusnya membawa nama syarikat ke konvensyen negeri malah ke
peringkat KEBANGSAAN.
VISI SYARIKAT
Menjadi Syarikat Program Usahawan Muda Terbaik di Malaysia
MISI SYARIKAT
Melahirkan bakal usahawan Malaysia yang berintegriti , berinovasi dan
berdedikasi.
Menyemai benih muhibbah dan menyuburkan nilai-nilai murni bagi menggapai
kegemilangan syarikat.
Membongkar dan mengasah bakat terpendam sebagai seorang ahli usahawan
yang berjaya seterusnya menyerlahkan bakat tersebut bagi meningkatkan mutu
kemajuan nusa dan bangsa.
Melahirkan seorang usahawan yang mempunyai ciri-ciri estetika yang tinggi dan
mampu untuk meningkatkan martabat bangsa, agama dan negara sehingga ke
iris dunia.
OBJEKTIF SYARIKAT
Seorang insan yang cukup berintegriti dan berdedikasi dalam melaksanakan
segala tugasan yang telah diberikan.
Seorang insan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan menepati masa ketika
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Seorang yang berinovasi dan mampu membuat pembaharuan dalam
memajukan segala aktiviti syarikat.
Memenuhi etika kerja yang unggul dan memuaskan hati setiap insan.
2.8 Motto dan Logo Syarikat
MOTTO SYARIKAT
“INTEGRITI, INOVASI, IDEAL”
Pengertian Motto Syarikat
INTEGRITI Sentiasa mempunyai sikap dan nilai positif untuk merangsang
aspirasi kejayaan. Nilai integrati usahawan yang diterapkan
ialah:-
Amanah, jujur, telus dan bertanggungjawab dengan
peranan masing-masing.
Fokus kepada urusan syarikat sepenuhnya dan tidak
terlalu sibuk dengan perkara yang tidak berhubung kait
dengan urusan lain
Menjaga kualiti produk yang dijual untuk kepuasan
pelanggan.
INOVASI Membangunkan Program Inovasi dan Penyelidikan dalam
menghasilkan produk-produk syarikat. Syarikat menggalakkan
transformasi ke arah penghasilan produk kreatif yang
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
IDEAL Menjadikan syarikat sebagai pilihan utama semua dan produk
berjenama kegemaran semua pelanggan.
LOGO SYARIKAT
Dalam mempromosikan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., logo merupakan IKON penting bagi
memperkenalkan syarikat ini dalam dunia usahawanan. Ia juga menjadi salah satu elemen
penting bagi melambangkan identiti syarikat juga secara tidak langsung membantu dalam
memperkenalkan produk-produk syarikat kepada umum. Setiap warna dan bentuk
mempunyai maksud tersendiri yang menjadi asas dan polisi dalam operasi syarikat.
Pengertian Logo Syarikat
I’ExCeL
Dalam bahasa Melayu,perkataan ini merujuk
kepada ayat,‟Saya Cemerlang‟. Perkataan ini
diwujudkan supaya setiap ahli akan
melaksanakan tanggungjawab yang diberi
dengan lebih efisien serta sentiasa ingin
cemerlang dalam setiap langkah yang diambil.
LINGKARAN MERAH HITAM Melambangkan ranjau hidup dalam mengapai kejayaan perniagaan.
ORANG LIDI Melambangkan sikap ceria dan peramah ahli
dalam melayan pelanggan yang pelbagai
kerenah. Formasinya berbentuk “I” membawa
maksud kepada motto syarikat iaitu: “integrity,
inovasi, ideal”
WARNA MERAH Melambangkan keberanian dan komitmen
kesemua ahli syarikat dalam mengatasi
cabaran yang menghalang kejayaan syarikat
WARNA HITAM Melambangkan kebanggaan ahli syarikat kami
dalam menghasilkan produk dengan inovatif
dan lebih efisien demi kepentingan masyarakat.
WARNA PUTIH Melambangkan kejujuran dan integriti ahli syarikat dalam perniagaan.
2.9 Carta Organisasi
CARTA ORGANISASI INDUK SYARIKAT I’ExCeL SDN. BDH
GURU PENGELOLA Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin
PENAUNG
Puan Rahimah Binti Mad Sura
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Tn. Hj. Mohd Sohor Bin Mohamad
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Tn. Hj. Roslan Bin Mohamad
PENOLONG KANAN AKADEMIK
Pn. Hjh Noorhizan Bt Mohd Ariff
SEKRETERIAT PUM PERAK Pn. Elida Bt Idris
Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
PENYELARAS
KELAB DAN PERSATUAN
Tn. Hj. Hamidi Bin Mahmood
CARTA ORGANISASI PENERAJU SYARIKAT I’ExCeL SDN.BHD.
PENGURUS BESAR
Danial Bin Tarmizi
PENGURUS KEWANGAN
Ili Fatini Suriati Binti Jailani
PENGURUS PENGELUARAN
Nurul Huda Binti Hashim
PENGURUS PEMASARAN Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali
PENGURUS
PENTADBIRAN
Muhd Ashraf Bin
Che Mansor
PENGURUS MULTIMEDIA
Muhammad Naa‟im Bin Muhamad Rapi
PEMEGANG SAHAM
19 Orang
2.10 Aktiviti Syarikat
Secara umumnya disenaraikan semua aktiviti keusahawanan yangdijalankan oleh Syarikat
I‟ExCeL Sdn. Bhd..
Mesyuarat
Mesyuarat Agong Tahunan(Penubuhan)
Mesyuarat Pengurusan
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Mesyuarat Pemegang Saham
Mesyuarat Pembubaran
Pembelian Aset dan Bahan Keperluan
Pembelian Peralatan Memasak
Aktiviti Jualan
Jualan Mingguan
Jualan Hari Cuti Persekolahan/ Cuti Umum
Jualan Hari Peristiwa (Projek)
Jualan Tempahan Pelanggan
Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun
Seminar, Kem dan Kursus
Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
Kursus Pembubaran Syarikat dan Pembentangan Laporan
Kem Keusahawan
Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
Bengkel Cabaran Catur Bistari
Perkhidmatan
I’ExCeL IQ Challenge
I’ExCeL Sports
I’ExCeL Acces
Penghasilan Produk Kreatif
Green Plate Technology
Obligasi Kemasyarakatan
Sumbangan kepada Panitia Pendidikan Islam (Surau)
Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang
SEJARAH AKTIVITI SYARIKAT
3 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
5 Mesyuarat Pemegang Saham
11-18 Jualan Piza dan Kek (Projek 4)
3 Mesyuarat Pengurusan
10 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
17 ’ExCeL IQ Challenge (Projek 2)
20 Mesyuarat Pemegang Saham
24 Hostel Open Day (Projek 3)
4 Penubuhan Syarikat / Mesyuarat Agung Penubuhan
10 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
18 Mesyuarat Pemegang Saham
27 Jualan sempena Hari Sukan Sekolah (Projek 1)
13 Pengumuman pengambilan baru ahli Usahawan Muda sesi 2010
15 Mewujudkan Kumpulan Perintis
20 Pemilihan Ahli Usahawan Muda
JANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
4 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
18 Mesyuarat Pemegang Saham
22-23 Jualan Piza dan Kek
4 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
14 Mesyuarat Pemegang Saham
17 I’ExCel Sports (Projek 7)
25 Jualan Piza dan Kek
3 Mesyuarat Pengurusan
5 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
14 Mesyuarat Pemegang Saham
20-27 Jualan Piza dan Kek
3 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
8 I’ExCeL Excess (Projek 5)
15 Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam (Projek 6)
23 Jualan Piza dan Kek
MEI
JUN
JULAI
OGOS
19 Mesyuarat Pengurusan
23,24 Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun
30 Mesyuarat Pembubaran
6 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
13 Mesyuarat Pemegang Saham
19 Jualan Piza dan Kek
29 Ex Design (Projek 8)
SEPTEMBER
OKTOBER
3.0 ULASAN PENGETUA
Puan Rahimah Binti Mohd Sura, PPT.,PJK., Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja
Tun Azlan Shah (SERATAS)
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah kurnia danRahmat-Nya,
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. di bawah naungan saya
memberi peluang kepada saya untuk merakamkan
sepatah dua kata dalam laporan tahunan syarikat ini.
Terlebih dahulu ingin saya memuji Ahli
Lembaga Pengarah dan rakan kongsi syarikat
kerana telah berjaya menyiapkan laporan tahunan
syarikat ini dengan sempurna. Tahniah juga saya
ucapkan kepada guru pengelola kerana telah berjaya
melaksanakan tugas walaupun terpaksa berkorban
masa dan tenaga serta menyumbang idea dalam
memurnikan laporan tahunan syarikat.Impian dan
azam serta kombinasi yang hebat dikalangan ahli syarikat disusuli dengan usaha yang gigih
memastikan laporan syarikat lengkap dan sempurna.
Bidang keusahawanan bukan lagi karier sampingan dikalangan masyarakat
Malaysia, Malah perlu digalakkan bermula dari akar umbi lagi. Pelbagai kemajuan selaras
dengan pemodenan teknologi yang meningkatkan pesaingan dikalangan usahawan
mencipta produk kreatif selaras dengan keperluan masyarakat. Usahawan yang
berwibawadan berdaya cipta diperlukan bagi generasi akan datang. Selaku pengetua
cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah merangkap penaung kepada
syarikat ini saya sentiasa memberi penumpuan dan sokongan keatas segala usaha
persediaan bagi merealisasikan impian setiap syarikat usahawan muda di bawah naungan
saya untuk mencipta nama sebagai usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dalam usaha melahirkan usahawan yang kreatif saya menggalakkan ahli syarikat
menyelidik dan membangunkan program inovasi sains untuk mencipta produk yang boleh
menyelesaikan masalah masyarakat setempat sekaligus mengatasi masalah global.Selaras
dengan kehendak Perdana Menteri yang menggalakkan usahawan dalam bidang inovasi
dan rekacipta yang boleh menyumbang kepada peningkatan arus pembangunan ekonomi
negara.
Saya sentiasa membuat penilaian prestasi syarikat dari pelbagai aspek dari semasa
kesemasa. Pelbagai langkah serius juga diambil bagi memastikan setiap projek yang
dirancang berjalan dengan lancar serta ahli-ahli dapat menimba sebanyak mungkin
pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan .
Kerjasama yang berterusan oleh semua ahli dalam setiap projek memberi semangat
dan membina keyakinan diri semua yang terlibat dan seterusnya membuahkan hasil
keuntungan berlipat ganda kepada syarikat ini. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
serta keupayaan ahli-ahli merebut peluang telah membolehkan syarikat menjalankan begitu
banyak aktiviti yang kesemuanya mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd.
YANG BENAR,
……………………………..
(RAHIMAH BINTI MOHD SURA)
Penaung Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd
Pengetua Cemerlang JUSA C
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
4.0 ULASAN GURU PENGELOLA
ENCIK MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN Guru Penasihat
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Salam usahawan,
Syabas diucapkan semua ahli Syarikat I‟ExCeL Sdn.
Bhd., kerana telah berusaha dengan gigih dan tekun
untuk menyempurnakan laporan tahunan syarikat
tahun 2010.
Sebagai guru pengelola Syarikat I‟ExCeL
Sdn. Bhd., saya berasa amat berbangga dan
gembira kerana pada tahun ini kesemua ahli
syarikat ini berjaya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan baik dan mencapai
matlamat syarikat. KPI yang diminta telah pun
tercapai malah melebihi prestasi syarikat yang
sepatutnya tercapai.
Tahniah diucapkan kepada Danial Bin
Tarmizi selaku Pengurus Besar yang menerajui tonggak Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.,
seterusnya menyiapkan laporan tahunan syarikat dengan lengkap dan terpeinci.
Kerjasama yang ditunjukkan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah memperlihatkan
semangat keusahawanan yang tinggi dan memperlihatkan kecekapan dan komited
100% tanggungjawab seiring dengan motto syarikat “integriti, inovasi, ideal” Semoga
tahun ini syarikat mencapai matlamat sepenuhnya.
Yang menjalankan tugas,
(MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN)
Guru Pengelola
Program Usahawan Muda
5.0 LAPORAN PENGURUS BESAR I’ExCeL SDN. BHD.
5.1 Profil Pengurus Besar
ENCIK DANIAL BIN TARMIZI
Pengarah Urusan bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010
Encik Danial Bin Tarmizi, warganegara Malaysia, berumur
16 tahun, telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 4
Februari 2010 dan ialah Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn
Bhd bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010.
Pada masa ini beliau merupakan Pengurus Besar.
Bidang Akademik
Sebagai pelajar sekolah sains, beliau sentiasa
mendapat kedudukan 10 terbaik dalam
tingkatan.Malah, beliau telah berjaya mendapat
keputusan 8A dalam Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR). Seterusnya, kecemerlangan
beliau dalam subjek Biologi telah melayakkan
diri beliau untuk mengikuti program Master
Tissues yang dianjurkan pihak sekolah
dengan kerjasama pihak Universiti Kuala
Lumpur (UniKL) di Ipoh, Perak.
Bidang Kepimpinanan
Kebolehan beliau dikesan sejak Tingkatan Satu apabila dilantik sebagai Ketua Kelas pada
tahun 2007. Pada tahun berikutnya, beliau dilantik oleh pihak sekolah sebagai ahli Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP). Seterusnya, beliau menjadi bendahari Exco Sukan dan Riadah
bermula tahun 2009 dan terus menjadi Ketua Exco Sukan dan Riadah pada tahun 2010.
Disebabkan disiplin serta tatakerja yang ditunjukkan beliau, beliau terpilih untuk menjadi
calon Ketua Pelajar pada tahun yang sama. Oleh sebab keperluan beliau oleh para pelajar
yang menginginkan kepimpinan beliau dalam bidang lain, maka beliau menolak jawatan
tersebut. Oleh kerana pihak sekolah juga menuntut kepimpinan beliau, maka beliau telah
dilantik sebagai Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Asrama.
Sejak menjadi Ketua Asrama yang pertama,
beliau telah menyerlahkan kehebatan beliau apabila
dengan beraninya mengusulkan agar Hari Terbuka
Asrama yang julung-julung kalinya diadakan di
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
(SERATAS). Kemampuan beliau untuk mengatasi
kehebatan asrama perempuan telah menerima
pelbagai pujian daripada guru-guru malah pengetua
sendiri.Oleh sebab itu, pihak sekolah bersepakat untuk
mengadakan Hari Terbuka Asrama setiap bulan
bermula pada bulan Februari.
BIdang Kokurikulum
Kecemerlangan beliau diteruskan dalam bidang
kokurikulum. Penglibatannya secara aktif dalam
bidang sukan seperti olahraga, bola keranjang, bola
sepak, bola baling, ragbi dan badminton telah
menaikkan nama sekolah. Kejayaan yang
direkodkan oleh sekolah yang paling cemerlang
ialah mencipta rekod Daerah Larut, Matang dan
Selama (LMS) dalam sukan bola baling apabila
kerjasama beliau dengan rakan yang lain telah
mempertahankan rekod tanpa kalah sepanjang 3
tahun dan dinobatkan sebagai juara sebanyak 3
kali berturut-turut sejak tahun 2009.
Bidang Kurikulum
Dalam Program Usahawan Muda pula, perlantikan
beliau sebagai Pengurus Besar telah menyaksikan
pelbagai perubahan dilakukan beliau. Beliau cuba
melibatkan diri dengan lebih awal dalam Konvensyen Usahawan Muda 2010 di Persada
Johor, Johor Darul Takzim dengan menyertai Pertandingan Catur Bestari. Dengan menyertai
berapa pertandingan Catur Bestari di Restoren Kentucky Fried Chicken (KFC) berdekatan,
beliau serta tiga pengurus lain berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari di
Keratan akhbar SINAR yang menyiarkan
kejayaan pasukan bola baling SERATAS yang
mempertahankan kejuaraan.
Gambar Pengurus Besar bersama kesemua pensyarah semasa Program Master Tissues yang dianjurkan pihak sekolah SERATAS dengan kerjasama pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Ipoh, Perak.
Putrajaya International Convention Centre (PICC). Malahan, kumpulan beliau merupakan
kumpulan ke -7 terbaik kebangsaan.
Wakil PKNP Perak Ke Konvensyen Usahawan
Muda Di Persada Johor pada tahun 2010.
Wakil KFC Perak ke Pertandingan Catur Bistari
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di PICC.
SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI
Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
Sijil Kepimpinan Sebagai Majlis Pelajar
Sijil Penyertaan Program Keusahawanan
Sijil Kokurikulum dan Pembangunan Inovasi
5.2 Perutusan Pengurus Besar
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian „alam. Selawat ke atas Junjungan Nabi
Muhammad (S.A.W). Doa dirafa‟kan kepada Amirul Mukminin yang menerajui kepimpinan
Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah (S.A.W) dan kesejahteraan ke atas semua
umat Islam seluruh dunia. Amin…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat llahi kerana dengan rahmat dan
kurnia-Nya Laporan Tahunan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dapat dihasilkan bagi tahun 2010.
Penat lelah dan ketekunan kami selama seminggu, kami dapat siapkan laporan ini.
Berbekalkan semangat cintakan Program Usahawan Muda (P.U.M) dan niat untuk
meletakkan Program Usahawan Muda (P.U.M.) dalam kelompok berdaya saing, kami
gagahkan jua semangat ini walaupun rintangan peperiksaan bagi Ujian Satu terpaksa
dihadapi sejurus pembikinan laporan ini dibuat.
Selaku Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, ingin saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
(PKNP), Pengetua Cemerlang Puan Rahimah Binti Mohd Sura, guru pengelola dan semua
ahli syarikat.
I‟ExCeL ditubuhkan pada 04 Februari 2010, di Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah, Taiping, Perak. Syarikat I‟ExCeL dianggotai seramai 25 orang ahli dan
dibimbing oleh seorang guru. Lima orang ahli lembaga pengarah dipilih menerajui syarikat
selama 9 bulan dengan modal syarikat sebanyak RM 260.00 hasil daripada perkongsian 25
orang ahli. Berbekalkan asas pengetahuan usahawan yang kami perolehi daripadakursus
keusahawanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), kami
menjalankan perniagaan berbentukjualan, pembuatan produk dan perkhidmatan di sekolah.
Hasilnya amat lumayan dan kepercayaan kami bahawa keusahawanan kerjaya pilihan
terbukti benar selama ini.I‟ExCeL ditutup secara rasminya pada 30 Oktober 2010 dengan
keuntungan yang luar biasa iaitu melebihi RM 5000.00!
Di ruangan ini juga, sekalung penghargaan kami ucapkan pada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan dan menggalakkan penyertaan kami di dalam P.U.M terutamanya
pihak PKNP, Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dan
Guru Pengelola P.U.M. Tanpa doa anda siapalah I‟ExCeL!
Di sini juga saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program
Usahawan Muda (PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan
bumiputera yang cemerlang. Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada
syarikat ini, amat saya hargai.
Akhir kata, di zaman pembangunan dan kecanggihan teknologi ini, PUM dapat
membentuk pelajar serta generasi yang berkeyakinan tinggi, gigih menghadapi cabaran.
Inilah satu faktor kejayaan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.
Akhir bicara saya, KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ANDA!
Sekian, terima kasih. (DANIAL BIN TARMIZI) Pengurus Besar, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
5.3 Tugas Dan Tanggungjawab
Seorang Pengurus Besar perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan
pengurusan syarikat berjalan dengan lancar. Pengurus Besar bertanggungjawab untuk:
Merancang, mengatur kerja, memantau dan menilai keseluruhan aktiviti syarikat.
Menyelia aktiviti-aktiviti keempat-empat pengurus yang lain iaitu Pengurus
Pentadbiran, Pengurus Pemasaran, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus
Kewangan.
Menjadi penghubung antara syarikat dengan pihak-pihak lain termasuk pembekal
dan pentadbiran sekolah.
Memastikan pengurus-pengurus menyerahkan laporan prestasi pada setiap
bulan dan menyerahkan laporan–laporan tertentu kepada guru penasihat apabila
diminta pada bila-bila masa.
Memastikan aktiviti-aktiviti syarikat selaras dengan garis panduan melaksanakan
PUM.
Memimpin dan mendorong ahli supaya sentiasa memberi sumbangan dari segi
idea dan tenaga.
Menyelaras proses pembubaran syarikat yang perlu dilasanakan dalam tempoh
30 hari sebelum cadangan tarikh pembubaran syarikat.
Menyediakan laporan prestasi (Laporan Tahunan) apabila tamat program
5.4 Penilaian Prestasi Syarikat
PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Sebagai seorang Pengurus Besar yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri, beliau
sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi
syarikat. Guru pengelola telah menetapkan Key Performance Index (KPI) kepada seorang
Pengurus Besar syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut
adalah KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola.
Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu
Mengadakan minimum satu projek setiap bulan
Mencipta Produk Kreatif
Menjalankan Perkhidmatan Terbaik
Membuat penilaian prestasi ahli syarikat
KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan(Preserverance in the face of adversity)”,
beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Besar. Berikut
merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).
MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN
Rancangan perniagaan
36 minggu Tercapai
Pelaksanaan rancangan perniagaan dalam
jangka pendek dan jangka panjang.
Projek setiap bulan Tercapai Sebanyak 8 projek besar dijalankan setiap
bulan, tidak termasuk projek kecil.
Mengeluarkan Produk
Kreatif Tercapai
Penghasilan pinggan mesra alam, “Green Plate
Technology”
Menjalankan
Perkhidmatan Terbaik Tercapai
Pelaksanaan pelbagai perkhidmatan
terutamanya perkhidmatan I‟ExCeL Sports.
Membuat penilaian
prestasi ahli syarikat Tercapai
Ahli syarikat sentiasa menjalankan
tanggungjawab dengan baik.
PRESTASI PENTADBIRAN SYARIKAT DI BAWAH PENGURUS BESAR
Sepanjang 9 bulan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.beroperasi di bawah pimpinan
Pengurus Besar, Danial Bin Tarmizi, tahap prestasi syarikat telah menunjukkan bahawa
dengan kepimpinan beliau sebagai ketua organisasi, syarikat telah berjaya mengharungi
cabaran serta halangan dalam dunia perniagaan dan menjadi sebuah syarikat Program
Usahawan Muda(PUM) yang cemerlang. Alhamdulillah, berkat usaha gigih beliau, hampir
kesemua projek rancangan syarikat berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang
menggalakkan.
Syarikat telah menjalankan 8 buah projek merangkumi perkhidmatan, jualan dan
produk kreatif. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Pengurus Besar syarikat Syarikat
I‟ExCeL Sdn. Bhd, perkhidmatan I‟ExCeL Sports merupakan projek yang membawa nilai
keuntungan yang paling tinggi seterusnya menjadikan projek tersebut projek yang paling
berjaya antara kesemua projek syarikat yang lain. Manakala projek Ex Design pula
merupakan projek kedua yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pihak syarikat telah
mendapat tempahan daripada pelanggan untuk menghasilkan t-shirt rasmi untuk sebuah
kem yang akan dianjurkan. Tempahan t-shirt tersebut dalam kuantiti yang banyak telah
menguntungkan pihak syarikat.
Manakala prestasi bagi projek-projek lain turut memuaskan kerana projek-projek
tersebut turut membawa keuntungan yang stabil kepada pihak syarikat.Beliau telah
bersungguh-sungguh untuk memastikan syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam
kategori syarikat yang maju dan berdaya saing.
5.5 Laporan Keseluruhan Aktiviti Syarikat
MESYUARAT
Sepanjang beroperasi, syarikat telah mengadakan mesyuarat sebanyak 20 kali.
Daripada jumlah tersebut, 7 kali merupakan Mesyuarat Ahli Pemegang Saham yang
membincangkan prestasi dan arah tuju syarikat. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk
mendengar laporan daripada setiap pengurus dan mencari resolusi efektif bagi masalah-
masalah yang dihadapi syarikat di samping melahirkan cetusan idea yang kritis. ALP turut
mengadakan pertemuan dalam mesyuarat ALP yang telah diadakan sebanyak 8 kali bagi
membincangkan strategi perniagaan. Mesyuarat Pengurusan bersama guru pengelola
diadakan 3 kali. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan masalah syarikat bersama-
sama dengan guru pengelola dan meminta pandangan serta nasihat dari sudut yang
berbeza memandangkan guru pengelola mempunyai lebih banyak pengalaman. Tambahan
pula guru pengelola ialah orang yang lebih dewasa dan berfikiran lebih matang.
Kedatangan ahli syarikat dalam mesyuarat adalah memuaskan memandangkan
Pengurus Besar mengeluarkan arahan supaya semua ahli syarikat wajib menghadiri
mesyuarat yang diadakan. Sesiapa yang didapati tidak hadir tanpa alasan yang munasabah
akan diberi notis amaran. Sekiranya ahli tetap tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat
sebanyak 3 kali, tindakan yang serius akan diambil oleh Pengurus Besar.
Berikut merupakan ringkasan kekerapan mesyuarat yang telah diadakan sepanjang
syarikat beroperasi:
Mesyuarat Agong Tahunan 1 kali
Mesyuarat Ahli Pemegang Saham 7 kali
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 8 kali
Mesyuarat Pengurusan 3 kali
Mesyuarat Pembubaran 1 kali
JUMLAH 20 KALI
PEMBELIAN
Pembelian pertama syarikat bagi memulakan perniagaan adalah pada 7 Februari
2010. Bagi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, pembelian secara borong dapat menjimatkan kos
pembelian di samping menikmati diskaun yang ditawarkan. Pembelian dalam kuantiti yang
sedikit pula akan mengakibatkan kos pembelian yang tinggi. Semua kegiatan pembelian ini
telah dicatatkan oleh Pengurus Kewangan syarikat di mana semua perbelanjaan dan
pembelian disimpan resitnya dan direkodkan sebagai rujukan pada masa hadapan.
JUALAN
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 07 Feb 2010.
Aktiviti jualan syarikat terbahagi kepada 7 iaitu:
Jualan Ex Design
Jualan sempena Hari Sukan Sekolah
Jualan sempena Hostel Open Day
Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam
Jualan Piza dan Kek
Jualan Hujung Minggu
Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun
Tumpuan utama syarikat adalah terhadap aktiviti Jualan Ex Design yang
memberikan nilai pulangan kedua tertinggi kepada syarikat. Kadar permintaan pelanggan
yang tinggi mendorong kami untuk terus menjalankan aktiviti jualan ini.
PERKHIDMATAN TERBAIK SYARIKAT
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhdmempunyai 3 jenis perkhidmatan yang telah dijalankan
sepanjang syarikat beroperasi iaitu:
i. Perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenges
ii. Perkhidmatan I`ExCeL Sports
iii. Perkhidmatan I`ExCeL Access
Walau bagaimanapun, syarikat lebih mengutamakan perkhidmatanI`ExCeL Sports
kerana perkhidmatan ini memberi pulangan yang lumayan kepada syarikat.
SEMINAR DAN KURSUS
Bagi meningkatkan lagi prestasi dan menambah ilmu pengetahuan tentang strategi
dan selok-belok perniagaan, ahli-ahli syarikat kami telah menyertai pelbagai seminar dan
kursus yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Sepanjang tahun
2010, Ahli Lembaga Pengarah telah menghadiri 3 kali seminar dan kursus.
PENGHASILAN PRODUK
Jadual rutin harian di asrama yang padat menyukarkan kami untuk mengadakan
mesyuarat secara kerap. Oleh sebab itu, penjanaan idea tentang produk kreatif bukan
hanya terhad dalam mesyuarat tetapi setiap masa. Cetusan-cetusan idea boleh diusulkan
terus kepada Pengurus Besar dan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang seterusnya.
Malah, melalui ungkapan “Ideas for Leading Innovations” yang bermaksud idea untuk
inovasi terbaik telah mewujudkan suatu
pemikiranahli syarikat di mana mereka mesti
memikirkan sesuatu untuk disumbangkan
kepada syarikat bukan mengharapkan sesuatu
yang syarikat akan berikan. Disinilah tercetusnya
idea penghasilan Green Plate yang seterusnya
diuji dalam pertandingan rekacipta dan inovasi
sains.
OBLIGASI KEMASYARAKATAN
Obligasi masyarakat merupakan tanggungjawab syarikat terhadap barangan yang
dihasilkan.Kami mengambil langkah ini sebagai langkah untuk menunjukkan keprihatinan
syarikat kami terhadap masyarakat sekeliling disamping.menjaga nama baik syarikat kami
tanpa menjejaskan pretasi syarikat kami.
Syarikat I`ExCeL telah membuat khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan
kepada Surau Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah iaitu dengan membiayai kos
menggantikan cermin yang telah pecah.Selain itu Syarikat `ExCeL memberi sumbangan
kepada pelajar-pelajar cemerlang daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Apabila kita mengimbas semula kembali seantero produk syarikat, terbukti bahawa
ianya mempunyai kualiti yang amat tinggi. Tidak hairanlah jika perkara sedemikian dapat
dicapai. Ini kerana apabila sesuatu produk dihasilkan, bahagian Ahli Lembaga Pengarah
(kawalan keselamatan) akan menjalankan pantauan dari aspek kualiti dan komen daripada
pihak pentadbiran sekolah khususnya dan pandangan masyarakat amnya.
Produk Kreatif Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd : Green
Plate Technology
PERATUS PECAHAN AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT
50%
20%
7%
4%
13%
2% 4%
CARTA BAR : PECAHAN AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT I'ExCeL SDN BHD TAHUN 2010
Mesyuarat
Pembelian
Jualan
Seminar dan Kursus
Perkhidmatan
Produk
Obligasi Kemasyarakatan
5.6 Rancangan Perniagaan Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd
Sebagai sebuah syarikat korporat yang ingin terus berdaya saing dan sentiasa maju
ke hadapan,rancangan perniagaan perlu disediakan dengan cekap, teliti dan berfokus
dengan mengambil kira budaya sesebuah syarikat yang dikendalikan. Secara amnya,
rancangan perniagaan Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd terbahagi kepada dua iaitu :
Rancangan perniagaan jangka pendek (bulanan)
Rancangan perniagaan jangka panjang (tahunan)
Rancangan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang ini amat penting untuk
diterapkan semasa menyediakan rancangan perniagaan bersama-sama Ahli Lembaga
Pengarah syarikat.
RANCANGAN PERNIAGAAN JANGKA PENDEK (BULANAN)
Perkara
/Aktiviti
Pelaksanaan Dalam 36 Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36
Hebahan PUM
Pemilihan Peserta
Penerangan Kepada Peserta
Pembentukan Syarikat/
Pendaftaran
Menentukan Gaji dan Upah
Idea dan Perancangan
Penghasilan Produk PUM
Perbincangan Perkhidmatan
Rancangan Perniagaan
Operasi Perniagaan
Mesyuarat Bersama Guru
Pengelola
Mesyuarat Agong
Kursus ALP Negeri 2010
Menghadiri Konvensyen Negeri 2010
Cabaran Catur Bestari
Konvensyen Nasional 2010
Kem Keusahawanan
Latihan Keusahawanan
Jualan Hari Peristiwa
Jualan sempena Hari Sukan
I’ExCeL IQ Challenge
Hostel Open Day
Jualan Piza dan Kek
I’ExCeL Excess
Jualan sempena Hari Kebudayaan
Islam
I’ExCel Sports
Ex Design
Penyelidikan Green Plate Technology
Kursus Penyediaan
Laporan
Kursus Pembubaran
Syarikat
Penghasilan laporan tahunan
syarikat
Latihan persembahan
Konvesyen Negeri
RANCANGAN PERNIAGAAN JANGKA PANJANG (TAHUNAN)
PELAKSANAAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT
Rancangan Perniagaan
Mesyuarat dan Pembentangan
Laporan
Penghasilan Produk Kreatif
Aktiviti Jualan
Pelaksanaan Perkhidmatan
Persiapan Konvesyen
5.7 Pelaksanaan Projek Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd
Senarai Projek-Projek Syarikat
Kami bukan hanya meletakkan keuntungan sebagai prioriti yang paling utama tetapi
turut menitik beratkan aspek pengguna dan khidmat sosial. Keperluan dan kepuasan
pengguna merupakan perkara yang paling penting dalam setiap projek syarikat. Objektif
setiap projek kami adalah seperti berikut:
PROJEK 1: Jualan Hari Sukan Sekolah
Objektif :
Memperkenalkan syarikat baru dan kewujudannya kepada pelanggan serta peluang
untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Melibatkan syarikat secara aktif dan dapat mengukuhkan kedudukan syarikat dalam
kawasan sekolah.
PROJEK 2: I’ExCeL IQ Challenge
Objektif :
Memperlihatkan syarikat usahawan muda bukan sahaja mementingkan perniagaan
malah pendidikan.
Mengasah minda para pelajar SERATAS untuk berfikiran secara kritis.
PROJEK 3: SERATAS Open Day
Objektif :
Menyediakan juadah makanan dan minuman kepada para pelajar sambil menikmati
pembaharuan dan kecantikan asrama oleh para pelajar sendiri.
PROJEK 4: Jualan Delicious Piza Cake
Objektif :
Menyediakan kepada pelanggan produk yang asli lagi berkualiti.
Memudahkan pelanggan mendapat makanan sampingan.
PROJEK 5: I’ExCeL Excess
Objektif :
Menyediakan kemudahan internet kepada para pelajar.
PROJEK 6: Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam
Objektif :
Memenuhi permintaan pelanggan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim.
PROJEK 7: I’ExCel Sports
Objektif :
Mengisi masa lapang pelajar.
Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda.
PROJEK 8: I’ExCeLEx Design
Objektif :
Memudahkan pelajar mendapat t-shirt untuk kenangan.
5.8 Merangsang Idea Projek MENGADAKAN MESYUARAT AHLI SYARIKAT SECARA BERKALA
Mesyuarat ini melibatkan semua ahli syarikat bagi membentangkan prestasi semasa
syarikat dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi di samping membincangkan
resolusi terbaik. Mesyuarat ini juga memberi ruang kepada ahli untuk memberi pendapat
dan komen tentang cara terbaik untuk menguruskan syarikat dan melicinkan perjalanan
operasi syarikat.
MENDAPATKAN MAKLUMBALAS PELANGGAN
Kami sentiasa mengambil berat tentang maklumbalas pelanggan terhadap
perkhidmatan atau produk kami. Setiap maklumbalas adalah penting sebagai pemangkin
prestasi syarikat. Maklumbalas ini kami dapatkan semasa berkomunikasi dengan pelanggan
ketika proses berjual beli dan disimpan bagi rujukan masa hadapan. Kami tidak
mengedarkan borang maklumbalas untuk diisi para pelanggan kerana hal tersebut tidak
digemari sebahagian pelanggan kerana mengambil masa. Ia juga memerlukan pihak
syarikat mengeluarkan kos.
MERUJUK KEPADA GURU PENGELOLA DAN BEKAS ALP PUM
Guru pengelola kami sangat sibuk jadi syarikat membuat keputusan untuk berdikari
dalam mencari idea dan menyelesaikan masalah. Kami hanya merujuk kepada cikgu apabila
situasi benar-benar memerlukan pandangan cikgu dan di luar kemampuan kami. Kami juga
merujuk kepada cikgu bagi memaklumkan mengenai situasi semasa projek dan syarikat.
MERUJUK SUMBER MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK
Kami menjalankan penyelidikan dengan menggunakan sumber rujukan seperti buku,
majalah dan internet dan perpustakaan awam.
PEKA TERHADAP KEHENDAK PENGGUNA
Ahli-ahli syarikat perlu peka terhadap perkembangan semasa. Setiap situasi yang
dapat memberi peluang perniagaan dieksploitasi sepenuhnya. Contohnya , pelajar puteri
memerlukan t-shirt labuh untuk kegunaan sukan dan harian, oleh yang demikian kami
mengambil langkah menjual t-shirt labuh bagi memenuhi kehendak pelanggan dan hasilnya
jualan kami mendapat sambutan.
PROSES PENCETUS IDEA NIAGA
Mengadakan Mesyuarat
Mencari sumber pencetus
idea
Membentang Idea
Sesi sumbang saran
Menguji idea
Memilih Idea
Melaksanakan Idea
Membuat Penilaian
Meneruskan Pelaksanaan
Idea
Membuat
Modifikasi
PENERANGAN CARTA ALIR PROSES MENCETUS IDEA PROJEK
Fasa 1:
Pengarah Pentadbiran akan mengumumkan tarikh mesyuarat. Ahli-ahli akan mengusulkan
cetusan idea di dalam mesyuarat.
Fasa 2:
a) Bahan-bahan cetusan idea dibentang dalam mesyuarat. Fasa ini dilakukan jika
kekurangan idea yang diusulkan ahli. Fasa ini juga memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli
tentang teknik-teknik mencetus idea dengan efektif.
b) Idea yang diusulkan akan dianalisis dan dikumpulkan
Sesi ”Brain Storming” yang menggunakan kaedah Edward De Bono digunakan dalam
menghasilkan idea daripada bahan-bahan pencetus idea. Lazimnya kaedah ini juga
digunakan jika tiada bahan-bahan pencetus idea dibawa ke dalam mesyuarat. Sesi ini
melibatkan semua ahli syarikat memerlukan masa bagi memastikan idea yang terhasil
kreatif dan inovatif di samping dapat memajukan syarikat.
Fasa 3:
Idea yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan kaedah yang dipanggil ”plus minus
and interesting”. Dengan kaedah ini, pihak syarikat dapat mengetahui kelebihan dan
kelemahan sesuatu projek yang akan dilaksanakan.
Fasa 4:
Idea yang dilaksanakan akan dinilai keberkesanannya. Jika mencapai matmalat seperti yang
dikehendaki, idea itu akan diteruskan untuk aktiviti yang seterusnya. Jika sebaliknya,
beberapa modifikasi akan dilakukan atau projek tersebut akan ditolak.
5.9 Penilaian Projek
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd telah membuat satu sesi penilaian ke atas semua projek yang
telah dijalankan. Sesi ini dijalankan oleh semua ALP bersama guru penasihat dan
pemegang saham setelah syarikat dibubarkan.
Objektif-objektif penilaian adalah seperti berikut:
menilai prestasi projek yang dijalankan
memperbaiki kelemahan supaya tidak berulang
memperkukuh hubungan antara sesama ALP dan ahli-ahli
Antara perkara-perkara yang dinilai:
kelancaran projek
status projek
pengurusan wang
pengurusan stok
keberkesanan pemasaran
kerjasama ahli
prestasi keseluruhan
5.10 Masalah Dan Cara Mengatasi
Sepanjang menjalankan aktiviti syarikat kami berhadapan dengan pelbagai masalah dan
cabaran yang perlu ditangani. Antaranya ialah:
KEKANGAN MASA
Sebagai seorang pelajar, kami terikat dengan program-program sekolah yang telah disusun
dan dirangka. Pada peringkat awal operasi kami kekurangan pengalaman dalam selok-belok
perniagaan. Syarikat hanya bergantung kepada lima pengurus sebagai pemimpin yang
mengarah dan menentukan hala tuju syarikat sebenar. Kelemahan ini dapat dilihat paling
ketara melalui pengurus kewangan yang menghadapi masalah dalam merekod kewangan
dan mengukur prestasi kewangan.
Cara Mengatasi:
Syarikat kami begitu beruntung kerana setiap pengurus syarikat dihantar olehpenasihat kami
pada setiap kursus ALP yang di anjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
.Di samping itu, Pengurus Besar mengambil inisiatif meminta bekas ahli lembaga pengarah
Syarikat Uno Sdn Bhd iaitu syarikat „senior‟ kami untuk mengadakan bengkel pengurusan
kewangan syarikat.
KEKURANGAN PENGALAMAN
Kebanyakan ahli syarikat kami tiada pengalaman dalam menguruskan perniagaan dan
pentadbiran aliran projek seperti proses penghantaran borang tempahan, borang pesanan
dan resit pembelian.
Cara Mengatasi:
Pengurus Besar yang juga merupakan ahli Kelab Koperasi Sekolah telah menggunakan
pengalamannya dalam menyertai koperasi untuk membantu ahli-ahli syarikat.
WAKTU TERHAD
Syarikat kami hanya diberi tempoh kira-kira 9 bulan untuk beroperasi, iaitu sehingga 31
Oktober 2010. Dalam tempoh yang singkat, selama hanya 36 minggu ini, operasi kami
tidaklah optimum memandangkan pada bulan Mei, Jun dan November adalah cuti sekolah.
Ini sedikit menghalang aktiviti perniagaan kami.
Cara Mengatasi:
Kami membahagikan ahli kepada 4 jabatan dan setiap jabatan diketuai oleh seorang
pengurus. Setiap tiga minggu pengurus akan menghantar laporan jabatan kepada Pengurus
Besar bagi memastikan kelancaran projek. Selain itu, projekbesar turut dijalankan di mana
semua ahli syarikat akan dibahagikan tugas masing-masing untuk melicinkan lagi aktiviti
syarikat.
PERSAINGAN
Antara pesaing bagi syarikat kami ialah koperasi sekolah, kedai buku, guru-guru dan pekerja
yang berniaga sampingan di sekolah dan Bandar Taiping itu sendiri.Guru-guru dan pekerja
pula mengambil peluang berniagabarangan yang diperlukan semasa musim perayaan dan
bulan puasa denganharga yang lebih murah seperti pakaian, kain ela, kurma dan biskut
raya.Walaubagaimanpun, itu tidak menghalang kami dari berusaha bersungguh-sungguh
untuk memajukan syarikat kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Cara-cara Mengatasi:
Bagi mengatasi masalah persaingan dari guru-guru dan pekerja, kamitelah mencari pasaran
baru iaitu melantik ibu-ibu yang bekerja untukmemasarkan di pejabat-pejabat tempat
mereka bekerja. Mereka dengan relaberkhidmat secara sukarela. Kami juga memasarkan
barang-barang dan produk kami di kawasan sekitar tempat tinggal kami.Kami juga menjual
biskut yang berlainan daripada yang dijual oleh guru-gurudan pekerja dan menekankan
kepada pembungkusan dan gaya semasasupaya dapat menarik minat pelanggan.
BEBANAN TUGAS
Ahli-ahli juga mengalami masalah bebanan tugas disebabkan aktiviti syarikat yang bertindih
serata kerap dipilih sebagai jawatankuasa akitiviti dan program sekolah
Cara Mengatasi:
Untuk mengatasi masalah ini, kami telah menawarkan perkhidmatan perkongsian pintar
dengan panitia-panitia matapelajaran dalam mengadakan aktiviti lawatan. Kami telah
menyediakan kertas kerja dan memproses permohonan manakala panitia pula
bertanggungjawab mencari peserta dan mendokumentasikan mengikut format yang
dikehendaki oleh sekolah.
KEKURANGAN PEKERJA
Masalah ini timbul apabila kebanyakan ahli syarikat terpaksa menghadiri kelas „tuisyen‟
pada waktu yang berlainan manakala semasa kemuncak operasi ramai pekerja diperlukan
bagi melicinkan perniagaan.
Cara Mengatasi:
Kami menggalakkan ahli-ahli menukar jadual melaksanakan tugas mengikut kesesuaian
masa „tuisyen‟ mereka dan menggalakkan pekerja mengambil kerja lebih masa atau
mengambil pelajar lain sebagai pekerja sambilan sebagai pilihan terakhir.
AHLI KURANG DISIPLIN
Disiplin dalam kalangan Ahli dan Ahli Lembaga Pengarah kurang memuaskan
memandangkan kami adalah rakan sekolah. Pelbagai kesalahan disiplin dilakukan
contohnya tidak hadir dalam mesyuarat dan melengahkan tugasan yang diberi. Hal ini
sedikit sebanyak menjejaskan prestasi syarikat.
Cara Mengatasi:
Masalah ketidakhadiran ahli dalam mesyuarat dikenalpasti antaranya disebabkan ahli
terlupa dan tidak tahu tarikh mesyuarat.Oleh itu kamimenggunakan sistem pengumuman
yang diulang-ulang dari masa ke semasa. Ahli Lembaga Pengarah yang melengahkan tugas
yang diamanahkan akan dikenakandenda sebanyak RM 1.00 melalui potongan gaji bagi
setiap kesalahan. Akhirnya, disiplin ahli bertambah baik.
24%
27%
14%
10%
8%
7%
10%
CARTA BAR : PECAHAN MASALAH UTAMA SYARIKAT I'ExCeL SDN BHD
Kekangan masa
Kekurangan pengalaman
Waktu terhad
Persaingan
Bebanan tugas
Kekurangan pekerja
Ahli kurang disiplin
Sumber : Soal Selidik
Responden : Semua Ahli Pemegang Saham Syarikat
Bilangan Responden : 25 orang
5.11 Pengesahan
Syukur, Alhamdulillah kerana saya diberi peluang meneraju sebuah syarikat yang
berwawasan, aktif dan berdaya saing. Selain itu, saya juga dibantu rakan-rakan pengurus
yang mempunyai sifat motivasi, jati diri yang tinggi, mempunyai ciri kepimpinan yang
tersendiri serta sentiasa memberi komitmen yang mantap dalam tugas mereka. Tidak lupa
ahli-ahli syarikat yang banyak memberi kerjasama dan dorongan dalam menjayakan
syarikat. Selaut penghargaan buat guru pengelola kami, Encik Mohd Saharizal Bin Mohd
Baharuddin yang prihatin dan banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam pengurusan
syarikat.
Disediakan oleh,
......................................
(DANIAL BIN TARMIZI)
Pengurus Besar,
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd