7
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YEONG CHANG,SUNGAI SULOH, BATU PAHAT, JOHOR. KERTAS KERJA KEM MEMBACA TEMPAT: Perpustakaan SJK (C) Yeong Chang TARIKH: 16 Ogos 2015 ANJURAN: GURU PELATIH SEMESTER 8 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

读书会-kertas-kerja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

11

Citation preview

Page 1: 读书会-kertas-kerja

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

YEONG CHANG,SUNGAI SULOH, BATU PAHAT,

JOHOR.

KERTAS KERJA

KEM MEMBACATEMPAT:

Perpustakaan SJK (C) Yeong Chang

TARIKH:

16 Ogos 2015

ANJURAN:

GURU PELATIH SEMESTER 8

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Page 2: 读书会-kertas-kerja

1.0 PENDAHULUAN

Kem bacaan adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk

budaya membaca dalam kalangan murid sejak kecil. Bagi menyempurnakan

projek ‘internship’ di SJK(C) Yeong Chang, Sungai Suloh, guru pelatih Semester

8 IPG Kampus Tun Hussein Onn akan menjemput ‘Kim Sir’ sebagai pencerita

yang terkenal di Pulau Pinang untuk bercerita kepada murid-murid Tahun 2 dan

Tahun 3. Selain itu, beliau juga akan memberikan ceramah dan berinteraksi

dengan guru pelatih GSTT dan PISMP Semester 3 Kumpulan Bahasa Cina IPG

Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO). Guru pelatih semester 8 sesuai menganjur

program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti membaca untuk

dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, nilai-nilai moral seperti kerajinan dan

budaya membaca dapat dipupuk dalam jiwa murid-murid SJK (C) Yeng Chang.

Jadi, program ini akan mampu melahirkan murid yang gemar membaca dan

mengamalkan budaya membaca sebagai budaya kehidupan harian.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang gemar

membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai amalan kehidupan harian.

Menerusi program ini, setiap murid akan tertarik dengan buku-buku cerita yang

bermanfaat kepada mereka. Di samping itu, semua guru SJK(C) Yeong Chang

dan bakal guru dari IPTHO guru-guru dapat mempelajari bagaimana

menerapkan strategi bercerita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

melalui ceramah yang diberikan oleh ‘Kim Sir’.

Page 3: 读书会-kertas-kerja

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid Tahun 2 dan

Tahun 3.

3.2 Mengisi masa terluang murid.

3.3 Meningkatkan minat murid dalam membaca buku cerita yang berguna

kepada mereka.

3.4 Mendedahkan strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu bercerita

kepada para guru untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran.

3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti

membaca sebagai rutin harian.

3.6 Para guru dan guru pelatih IPTHO dapat berinteraksi dan bertukar-

tukar pendapat mengenai strategi mengajar bersama ‘Kim Sir’ dalam

sesi soal jawab.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang : 16 Ogos 2015 (Ahad)

4.2 Dikendalikan oleh : 2 orang guru pelatih Sem 8 dari

IPG Kampus Tun Hussein Onn

sempena tempoh internship

4.3 Masa pelaksanaan bercerita : 12.00pm-1.00pm

4.4 Masa pelaksanaan ceramah

dan sesi soal jawab oleh ’Kim Sir’ : 1.30pm-3.30pm

Page 4: 读书会-kertas-kerja

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 SJK (C) Yeong Chang, Sungai Suloh, guru

SJK (C) Yeong Chang, Sungai Suloh, ibu bapa SJK (C) Yeong Chang, Sungai

Suloh dan guru pelatih ‘internship’ Sem 8.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

MASA AKTIVITI GURU BERTUGAS

12.00pm -1.00pm Kem Membaca dalam

Kalangan Murid

Tan Ping Hwee

Jane Tan Yee Kee

1.00pm - 1.30pm Rehat/Jamuan Pn. Tan Bee Har

Pn. Ong Tin Hong

1.30pm - 3.30pm Sesi Ceramah En. Tieu Sin Huat

Cik Lee Mei Yin

3.30pm - 4.00pm Penyampaian Cenderamata Pn. Tieu Soh Choo

Page 5: 读书会-kertas-kerja

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Tee Chee Yong (Guru Besar)

Cik Tan Jun Cheng (Pensyarah Bahasa Cina IPG

Kampus Tun Hussein Onn)

Pengerusi : Tan Ping Hwee (Gur Pelatih Semester 8)

Naib pengerusi : En. Lee Tian Long (Guru Sekolah)

Setiausaha : Jane Tan Yee Kee (Guru Pelatih Semester 8)

Bendahari : Cik Lee Mei Yin (Guru Sekolah)

AJK Makanan : Pn. Tan Bee Har (Guru Sekolah)

AJK Pengangkutan : Tan Lian Hui (Guru Pelatih Semester 8)

AJK Cenderamata : Pn. Tieu Soh Choo (Guru Sekolah)

AJK Fotografi : Tan Cheng Yee (Guru Pelatih Semester 8 )

Emcee : En. Tieu Sin Huat (Guru Sekolah)

8.0ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA HARGA PER UNIT(RM) TOTAL(RM)

Bayaran Pengangkutan (IPTHO) 50.00 50.00

Bayaran Pengangkutan (Kim Sir) 200.00 200.00

Fi Penceramah 200.00 200.00

Cenderamata 50.00 50.00

JUMLAH 500.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan dalam kem membaca ini

akan berjaya meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid disamping

memberikan pendedahan kepada para guru dan bakal guru tentang kaedah

Page 6: 读书会-kertas-kerja

bercerita dalam pengajaran seharian. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan

amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ..................................................

(JANE TAN YEE KEE) (PN. PEIK KWEE HOON)

Setiausaha, GPK Kokurikulum,

Kem Membaca, SJK(C) Yeong Chang,

IPG Kampus Tun Hussein Onn, Sungai Suloh Batu Pahat, Johor.

Batu Pahat,Johor.

Disahkan oleh,

…………………………………….

(EN. TEE CHEE YONG)

Guru Besar,

SJK (C) Yeong Chang Sungai Suloh,

Batu Pahat, Johor.