5
NIBONG TEBAL, 13 Oktober 2016 – Majlis Pemilihan Siswa (MPS) Sidang 2016/2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjalan lancar dengan proses pemilihan undi yang berlangsung di sini hari ini. Penolong Naib Canselor yang juga Pengarah Kampus, Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, apa yang penting dalam Majlis Pemilihan Siswa adalah kerjasama dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh calon-calon yang bertanding. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... MPS BERJALAN LANCAR DI KAMPUS KEJURUTERAAN 14 OCT

14eprints.usm.my/39359/1/USM_News_Portal_-_MPS_BERJALAN...selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Ka mpus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

  • Upload
    others

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 14eprints.usm.my/39359/1/USM_News_Portal_-_MPS_BERJALAN...selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Ka mpus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

NIBONG TEBAL, 13 Oktober 2016 – Majlis Pemilihan Siswa (MPS) Sidang 2016/2017 yang berlangsungselama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan,Universiti Sains Malaysia (USM) berjalan lancar dengan proses pemilihan undi yang berlangsung di sinihari ini.

Penolong Naib Canselor yang juga Pengarah Kampus, Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullahberkata, apa yang penting dalam Majlis Pemilihan Siswa adalah kerjasama dan profesionalisme yangditunjukkan oleh calon-calon yang bertanding.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

MPS BERJALAN LANCAR DI KAMPUS KEJURUTERAAN14OCT

Page 2: 14eprints.usm.my/39359/1/USM_News_Portal_-_MPS_BERJALAN...selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Ka mpus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

“Ini adalah budaya demokrasi yang pihak universiti ingin tanam dalam diri setiap calon dan seluruhmahasiswa terutamanya bagi Kampus Kejuruteraan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mantan MPP yang bekerja keras dalammemastikan perjalanan proses pencalonan dan pengundian berlangsung dalam suasana yang harmonidan baik.

“Saya yakin calon-calon yang dipilih ini mampu menggalas tugas yang diamanahkan dan dapatbergerak selari dengan aspirasi Universiti yang bukan sahaja untuk memastikan pelajar-pelajar USMberjaya dengan cemerlang dalam akademik dan juga setiap bidang yang diceburi,” tambahnya.

Page 3: 14eprints.usm.my/39359/1/USM_News_Portal_-_MPS_BERJALAN...selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Ka mpus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

Tegasnya, beliau akan berjumpa dengan semua pemimpin-pemimpin pelajar yang baharu dilantik inidalam masa terdekat bagi merangka strategi dan membincangkan isu berbangkit demi memastikankeperluan dan kesejahteraan pelajar terjamin.

Pemenang kerusi konstituensi umum, Ahmad Nabil Mohd Nizom, pelajar tahun dua, Pusat PengajianKejuruteraan Aeroangkasa menyifatkan kemenangan beliau merupakan satu tanggungjawab yangperlu dipikul bersama dan setiap perkara yang dilakukan sepatutnya dipandang relevan dalam masajangka panjang.

“Impian saya sejak dari mula sehingga tamat proses pemilihan ini adalah untuk memastikanmahasiswa diberikan hak sama rata tanpa mengira kaum, agama dan ideologi masing-masing,”katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan di Dewan Utama, KampusKejuruteraan hari ini.

“Saya memang berbangga dengan kemenangan ini, tetapi bukan disebabkan dinaikkan di mata orangsebaliknya dipilih oleh Allah SWT dengan membawa amanah sebagai ujian kepada hambanya,”tambahnya lagi.

Page 4: 14eprints.usm.my/39359/1/USM_News_Portal_-_MPS_BERJALAN...selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Ka mpus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

Sementara itu, pemenang konstituensi Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa yang juga pelajartahun dua, Chan Ze Yu pula menyifatkan kemenangan beliau bukan sekadar kebanggaan malah iamerupakan suatu perjalanan yang tidak mudah dan memerlukan kesungguhan dalam merealisasikanmanifesto yang dibawa.

“Bagi saya, perkara pertama yang perlu direalisasikan adalah tiga manifesto yang dijanjikan untukdicapai demi kualiti dan pencapaian Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa terjamin,” jelasnya.

Menurutnya, tiga manifesto yang dibawa adalah kemudahan, kerohanian dan kerjaya tanpa mengirapersepsi yang berbeza untuk menaikkan taraf Pusat Pengajian khususnya dan Universiti amnya.

“Ini merupakan pengalaman yang tidak diperolehi oleh orang lain dan bukan sesuatu yang mudahkerana ia memerlukan persediaan mental dan fizikal yang mantap,” katanya lagi.

Turut bersetuju dan bersependapat dengan Chan adalah pemenang konstituensi Pusat PengajianKejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Mohd Hafiz Abd Halim, yang berkata perkara penting yang perludilaksanakan selepas kemenangan ini adalah untuk meneruskan dan memastikan setiap manifestoyang dibawa berjaya dilaksanakan demi kepentingan pelajar.

“Saya sangat teruja dan mengucapkan tahniah kepada pengurusan Universiti yang telahmemperkenalkan sistem baharu iaitu e-pilih bagi proses pemilihan tahun ini yang mempunyai tahapketelusan yang tinggi, tepat, cepat dan berkesan,” katanya.

Majlis Pemilihan Siswa pada tahun ini memperlihatkan sebanyak 76.66% pelajar keluar mengundicalon pilihan mereka melalui sistem ini dengan menyaksikan pertandingan satu kerusi konstituensiumum, enam konstituensi pusat pengajian dan satu kerusi Institut Pengajian Siswazah (IPS) dengan19.25%.

Proses pengundian turut dijalankan serentak di ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Induk, KampusKesihatan dan Kampus Kejuruteraan termasuk Kampus Belgaum, India.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin

Page 5: 14eprints.usm.my/39359/1/USM_News_Portal_-_MPS_BERJALAN...selama tiga hari bermula 10 Oktober 2016 bagi merebut kerusi Pusat Pengajian Ka mpus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015