Upload
vuongnhan
View
218
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Kini bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai bahasa penuturnya di
dunia,iaitu berjumlah hampir 300 juta orang. Daerah penyebarannya meliputi negara-negara
yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan juga di beberapa kawasan
lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepulauan Melayu atau alam Melayu,bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga buah negara yang berdaulat,iaitu Malaysia,Indonesia
dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia. Singapura
yang sekalipun penduduk Melayunya hanya kira-kira 14% mengisyhtiharkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasminya,
Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan,ahli arkeologi dan ahli antropologi
dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada awal
abad Masihi. Tidak banyak maklumat yang dapat dihuraikan tentang bahasa Melayu purba selain
pelbagai hipotesis yang dihasilkan daripada kajian-kajian ilmiah,disebabkan tiada bukti sejarah
yang dapat ditemukan dengan nyata. Namun,bahasa Melayu dalam tahap bahasa Melayu kuno
telah memperlihatkan fungsi dan bentuknya yang jelas kerana adanya nukilan bahasa tersebut
pada prasasti-prasasti yang ditemukan di pelbagai tempat seperti di Campa,di Sumatera,di Jawa
dan di Kalimantan. Dalam tahap klasik pula,bahasa Melayu mencapai tahap kegemilangan
sesudah masuknya Islam di rantau ini. Dalam konteks Malaysia,tempoh kira-kira setengah abad
perancangan bahasa Melayu berlangsung,bahasa tersebut telah membuktikan kemampuannya
sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa moden
yang lain.Sejarah perkembangan bahasa Melayu telah ditulis sarjana barat bagi menunjukkan
keunggulan bahasa Melayu tersebut.
1
2.0 TOKOH-TOKOH SARJANA BARAT
2.1 AUGUSTUS HENRY KEANE
Latar belakang
Beliau merupakan seorang ahli antropologi di Ireland dan beliau dilahirkan di Cork pada
tahun 1883. Beliau telah diberi pendidikan di Dublin dan di Rom untuk ke arah kepaderian
Katolik Roman,tetapi dia menolak untuk masuk ke Church dan beliau amat setia dirinya untuk
penyelidikan geografi dan etnologi. Beliau telah mendafar dan mengklasifikasikan hampir
semua bahasa diketahui,dan daripada data ini dapat diselesaikan satu sistem etnografi. Beliau
juga merupakan Profesor Hindustan pada Kolej Universiti,London sehingga pada tahun 1885.
Sejurus itu,beliau telah meninggal dunia pada 3 Februari 1912.
Sumbangan
Banyak sumbangan beliau dalam menghasilkan buku-buku antaranya ialah
Ethnology,Asia,The Boer State:Land and People,Handbook of The History of the English
Language for the Use of Teacher and Student,Man,past and present,The world`s peoples;a
popular account of their bodily and mental character,beliefs,tradition,political and social
institution,and Central and South America.
Kesimpulan
Dalam hal ini,kita boleh membuat kesimpulan bahawa pengkaji dari barat boleh
dikatakan sepakat mengatakan penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke lautan Teduh
berasal dari Asia Tenggara tetapi tidak dipastikan tempat. Selain itu terdapat persamaan seperti
kosa kata,dari segi kepercayaan dan kebudayaan dan lain-lain.
2
2.2 C.A.MESS
Latar belakang
C.A.Mess merupakan seorang warga Belanda yang mula dikenali pada tahun 1935
apabila beliau terlibat dalam kajian tentang bahasa-bahasa di Asia Tenggara. Beliau merupakan
seorang tokoh pengkaji bahasa Melayu. Beliau pernah mengembara dan menetap di
British,Belanda,Jerman dan kenusantara seterusnya. Beliau juga banyak menghasilkan buku-
buku tentang bahasa Melayu,yang kemudiannya diguna pakai oleh kerajaan tertentu. Ini jelas
apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat 2 Kuta
(1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van Koetei karangan C.A.Mes (1935).
Manakala buku yang membincangkan tentang bahasa Melayu ialah buku “ Tatabahasa
Indonesia”.
Sumbangan
Buku-buku karangan C.A.Mess juga digunapakai dalam sistem pentadbiran oleh
kerajaan-kerajaan dahulu. Ini jelas apabila buku salasilah kutai terbitan bahagian Humans
Pemerintah. Selain itu,buku C.A.Mess sendiri bersumber dari nashkah kuno dalam tulisan huruf
Arab karya Tuan Chatib Muhammad Tahir pada 21 Dzulhijjah 1285 Hijriah. Menurut C.A.Mess
(1969),bahasa Melayu di Indonesia mula memperlihatkan tahap yang lebih tinggi mantap di
sekitar tahun 1950-an,sesudah mengalami kekacauan bentuk bahasa dalam zaman pendudukan
Jepun. Pendapat C.A.Mess yang menyatakan baahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun
bahasa Nusantara yakni,dengan induknya Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan
adanya kekerabatan dan perkaitan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.
3
Kesimpulan
C.A Mess banyak membawa perkembangan terhadap bahasa Melayu,apabila beliau
banyak membawa konsep-konsep dan idea baru dalam kemajuan bahasa –bahasa Melayu. Antara
sumbangan dan konsep yang dikemukakan seperti pengenalan hukum bayi,pengkajian mengenai
sesebuah kerajaan dan makhluk seperti manusia yang terdapat di Asia Tenggara,menghasilkan
buku tentang bahasa Melayu,mengelaskan bahasa Melayu ke dalam rumpun-rumpun dan
mengatakan bahasa Astronesia banyak persamaan,secara keseluruhannya kajian ini dapat
memberi input dalam usaha untuk mendekati C.A.Mess.
2.3 GEORGE COEDES
Latar belakang
George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah banyak mengkaji
sejarah dan perkembangan di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan di Paris dan berketurunan
Hungary. Beliau telah mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya mempelajari bahasa dan
budaya Sanskrit di Berlin bersama R.Pischel. beliau telah banyak menumpukan perhatian pada
epigrafi Khmer dan telah menulis banyak tentangnya. Beliau juga telah menerbitkan artikel
bertajuk “ Le Royoume De Crivijaya” pada tahun 1918 di Hanoi dan ini telah meningkatkan lagi
reputasinya di kalangan orentalis barat. Coedes dilantik sebagai curator di Perpustakan
Kebangsaan Thailand dalam tahun 1918 dan menjadi pengarah sekitar tahun 1929 hingga 1946.
4
Sumbangan
Beliau telah menerbitkan bukunya yang bertajuk “Recuil des inscription du siam”
(Bangkok,1924-29) . Kemudiannya beliau telah menerbitkan buku yang mempunyai siri yang
panjang di antara tahun1937 dan 1942. Pada tahun 1928,coedes telah mengadakan lawatan ke
ibu negeri Belanda Timur dan pada tahun 1930,pengarahnya telah datang. Coedes kembali ke
Perancis selepas peperangan dunia kedua dan berkhidmat di Ecole pratique des Hautus Etudes
sebagai tenaga pengajar sehingga bersara. Selain itu,coedes merupakan penyumbang terbesar
dalam kajian berkenaan kerajaan terdahulu Srwijaya iaitu kerajaan yang berpusat di Palembang
Indonesia dan telah meluaskan kawasan jajahannya hingga ke semenanjung Malaysia dan Tanah
Jawa. Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan bahawa daerah Asia
Tenggara telah lama bertamadun. Selain daripada itu,Coedes juga telah berjaya mentranselitkan
prasasti yang ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang,Sumatera Selatan.
Kesimpulan
Daripada penemuan-penemuan prasasti-prasasti ini,dapatlah kita mengetahui ciri-ciri
bahasa yang digunakan,adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa dan masyarakat pada masa
itu di Nusantara ini. Dengan adanya terjemahan pada prasasti tersebut maka pengkajian bidang
Sejarah Bahasa Melayu menjadi semakin luas.
5
2.4 SIR HENRY YULE
Latar belakang
Beliau merupakan seorang anak kelahiran dari Inveresk,Scotland iaitu sebuah negara
yang berhampiran dengan Edinburgh. Anak lelaki kepada seorang penterjemah Apothegms Ali
yang terletaknya di sebelah barat dan tidak mustahil pernah mencipta nama pada suatu masa
dahulu iaitu Major William Yule. Beliau mendapat pendidikan di Edinburgh dan sambung pula
di Addiscombe,Chatham dan seterusnya di Bengkel Engineers iaitu pada tahun 1840. Namun
pada tahun 1862,beliau telah bersara dengan gelaran sebagai seorang pesara yang berpangkat
Kolonel. Beliau pernah menerima sebuah pingat daripada Royal Geografical Society kerana
kebolehan dan kepintaran beliau dalam menghasilkan banyak sumbangan terhadap masyarakat
dan negara.
Sumbangan
Antara sumbangan yang ditonjolkan adalah dalam penghasilan karyanya menerusi hasil
penulisan beliau yang sangat diminati. Hasil penulisannya tersebut dalam sebuah buku yang
bertajuk Narrative Mission dan telah menggunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh
Mahkamah Ana pada tahun 1858. Selain itu,beliau juga menerbitkan buku Cathay dan Way
Thither pada tahun 1866. Setelah itu,buku berjudul Book of Marco Polo juga telah berjaya
dihasilkan tetapi ia diterbitkan setelah beliau bergelar sebagai pesara dengan pangkat colonel.
Seterusnya Sir Henry Yule pernah menyunting Mirabilia pada tahun 1863 sebagai penghurai
kepada Jordanus dan The Diary William Hedges pada tahun 1887. Beliau juga merupakan
penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus Oxford Inggeris dan merupakan penasihat dalam
pelbagai perkara yang berkaitan dengan Oriental.
6
Kesimpulan
Begitulah kisahnya serba sedikit mengenai salah seorang tokoh terkemuka sarjana barat
iaitu Sir Henry Yule. Hal yang dapat diperjelaskan tadi seperti latar belakangnya dan sumbangan
beliau yang telah banyak mengharumkan namanya dan khususnya juga terhadap negaranya
tersendiri.Seorang insan yang dahulunya hanya seorang biasa kini berjaya mencipta nama
sehingga beliau sangat dikenali dan turut disegani seantero dunia. Hasilnya beliau telah berjaya
mencipta nama sehingga kemana pelusuk dunia sekalipun pasti akan digeruni.
2.5 JOHN CRAWFURD
Latar belakang
John Crawfurd dilahirkan di Pulau Islay,Scotland pada tanggal 13 Ogos 1783. Pada
asalnya,beliau merupakan seorang doktor perubatan di Scotland. Pada tahun 1811,John Crawfurd
telah menemani Raffles ke Lord Minto bagi ekspidisi ketenteraan di jawa dari Belanda. Pada
bulan November 1811,Crawfurd telah diangkat menjadi Residen di Mahkamah Melaka. Beliau
telah menerbitkan tiga jilid History Of The Indian Archipelago pada tahun 1820,manakala pada
tahun 1828 dan 1829 pula beliau telah menerbitkan jurnal. Pelantikan John Crawfurd sebagai
Residen Singapura pada tahun 1824 telah mengubah suasana politik di tanah melayu.
Akhirnya,John Crawfurd meninggal dunia pada 11 mei 1868 pada usia 85 tahun di South
Kensington,London. Sewaktu beliau meninggal dunia,beliau juga merupakan seorang Residen
Inggeris Kedua Singapura.
7
Sumbangan
John Crawfud telah menulis sebuah buku yang bertajuk On Malayan and Polynesia
Languages and Races. Seterusnya pada tahun 1848,John Crawfurd menerbitkan buku yang
berjudul A Grammar And Dictionary Of The Malay Language. Karya beliau seterusnya Ialah On
The Origin And History Of The Written Language (1806). Salah satu sumbangan penting
Crawfurd pada tahun 1848,beliau berusaha merumikan tulisan jawi dan telah disiarkan dalam
Jurnal Of The Indian Archipelago Dan Easten India.
Kesimpulan
Ketokohan beliau amat teserlah dalam bidang penulisan walaupun dalam masa yang
sama beliau turut terlibat aktif dalam bidang politik. Usaha beliau dalam penyelidikan tentang
asal usul bahasa Melayu merupakan satu usaha yang telah meniggalkan kesan yang mendalam.
Penulisan Crawfurd mengenai nahu bahasa Melayu juga telah meletakkan nama beliau sebaris
dengan nama-nama ahli bahasa yang lain.
2.6 LORENZO HERVASY PANDURO
Latar belakang
Beliau adalah seorang bahasa Sepanyol Jesuit dan ahli filologi terkenal. Beliau dilahirkan
di Horcayo pada 1 mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom pada 24 ogos 1809. Filologi
berasal dari bahasa Yunani. Beliau belajar di Alcala De Henares. Beliau menumpukan dirinya
dengan semangat khas untuk seni bina iaitu arsitektur dan linguistik. Selain itu,beliau juga
mengajar seminar Diraja Di Madrib Dan Kolej Jesuit Murcia.
8
Sumbangan
Kerja terbesar beliau adalah wacana kosmografi, “Idea Dell`Universo”.selain itu,beliau
juga menulis satu nombor kerja pendidikan untuk pekak mutes. Untuk penentu afiniti dalam
persamaan bahasa kedalam tatabahasa yang ditekankan sebagai menentang kesamaan yang kecil
dalam perbendaharaan kata. Semasa di sana beliau melihat kesilapan-kesilapan dan kecacatan-
kecacatan dalam kerja.
Kesimpulan
Beliau lahir di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom pada 24 Ogos
1809. Beliau adalah orang pertama melahirkan pendapat bahawa bahasa-bahasa di Asia
Tenggara adalah serumpun. Hervas yang tekun mengkaji bahasa telah memberikan beliau
keuntungan banyak serta penghargaan yang tinggi.
2.7 RICHARD OLAF WINSTEDT
Latar belakang
Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di kota Oxford,England. Ayahnya
berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen
College Scholl dan di New College,Oxford dari mana dia telah menerima satu MA. Beliau juga
telah berkahwin dengan Sarah Castell,daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota
Oxford. Beliau juga telah menduduki Peperiksaaan Gabungan Perkhidmatan Dalam Negeri India
Dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi Pegawai Colonial di India. Pada tahun 1913 dia telah
dilantik sebagai Pegawai Daerah dalam Kuala Pilah dan dalam 1916 beliau telah di lantik
9
berkhidmat di jabatan pendidikan. Pada tahun 1939,beliau telah dilantik sebagai Presiden di
Association Of British Malaya. Kemudiannya beliau telah meninggal dunia pada tahun 2 Jun
1966.
Sumbangan
Sewaktu bekerja di Kuala Pilah beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul
A Simple Grammar With Conservation dan sebuah kamus yang di anggap penting dalam
perkembangan bahasa Melayu. Kamusnya dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat
tentang geografi tempatan. Dari segi kerjaya beliau juga telah berkhidmat di pejabat karang
mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris,pada tahun 1924. Di
samping itu,beliau juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan melayu
sepanjang perkhidmatannya sebagai Pegawai British di Tanah Melayu. Pada tahun 1910 beliau
telah merumikan hikayat seri rama. Sumbangannya tidak terhenti,pada tahun 1949 beliau telah
menghasilkan A Panji Tale From Kelantan.
Kesimpulan
Pada peringkat ini dapat dijelaskan bahawa Winstedt begitu controversial kerana
beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut ‘imperialistik’ yang diterapkan dalam pelbagai
buku dan karyanya dalam bahasa Melayu,sastera dan budaya melayu. Tenaga dan daya usahanya
telah menganugerahkan kepada kita beberapa buah buku yang secara mendalam menyentuh
tentang kajian bahasa melayu dan sastera malah masih abadikan sehingga kini.
10
2.8 THOMAS BOWREY
Latar belakang
Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan melayu dan
buku tatabahasa melayu. Beliau dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol,st Phillips,Gloucestershire
London England dan telah menyertai Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia Tenggara. Beliau
hidup selama 44 tahun sahaja kerana meninggal dunia pada tahun 1713. Beliau telah
mengembara ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan beberapa buah karya.
Sumbangan
Beliau merupakan tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris dan telah
berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Beliau telah mengembangkan
‘romanisatinnya’ yang tersendiri dan kualiti layanan.
Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek
Beberapa perkara
Dialog- dialog
Surat- surat dalam bahasa inggeris dan melayu
Kesimpulan
Dalam hal ini,kita boleh membuat kesimpulan bahawa pengkaji dari barat boleh
dikatakan telah banyak membuat perubahan tentang penggunaan bahasa Melayu sehingga ianya
telah digerhanai oleh penjajah yang mengurangkan peranan bahasa Melayu tersebut dalam
ranah-ranah kehidupan tetapi tahap awal penggunaan bahasa Melayu moden segera bersina
apabila kemerdekaan diperolehi.
11
2.9 WILLIAM EDWARD MAXWELL
Latar belakang
William Edward Maxwell dilahirkan pada tahun 1845 di singapura ialah P.B
Maxwell,seorang Pegawai British yang berkhidmat dengan Syarikat India Timur. Beliau telah
berkahwin dengan Lilias Grant Mackey yang berasal dari Inverness,Scotland pada tahun 1970 di
Merut,Scotland. Hasil perkahwinannya,beliau mempunyai beberapa orang anak. Beliau telah
meninggal dunia semasa berumur 51 tahun kerana demam di laut ketika dalam perjalanan ke
rumahnya pada tahun 1896.
Sumbangan
Sir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam
perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah buku tatabahasa bahasa
melayu iaitu A Manual Of Malay Language With An Introductarysketch Of The Sanskrit
Element In Malay. Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa melayu moden yang
pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.
Kesimpulan
Beliau menulis bagi tujuan untuk menyediakan satu bahan rujukan kepada pegawai-
pegawai Bristish yang bertugas di tanah melayu pada zaman colonial. Walau apapun tujuan
penulisannya,ternyata buku ini telah membantu perkembangan bahasa Melayu pada masa itu.
12
3.0 HUGH CLIFFORD
Latar belakang
Beliau telah mengembara ke tanah melayu pada tahun 1887 iaitu berumur 17tahun.
Setelah berada lama dan bergaul dengan masyarakat melayu,beliau telah mula faham dan fasih
berbahasa melayu. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon,London. Pada
tahun 1895,Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai Superintendent di Ulu
Pahang. Beliau telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya
Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan. Namun,beliau telah meninggal dunia pada
18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.
Sumbangan
Beliau merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu di pelusuk
nusantara. Beliau juga memberi takrifan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Sumbangan terbesar beliau ialah,telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang
berjudul A Dictionary Of The Malay Language. Beliau juga ditugaskan sebagai Residen British
di Pahang. Beliau berperanan untuk mempengaruhi masyarakat melayu untuk mengikut cara
pemikiran British.
Kesimpulan
Dapat dirumuskan bahawa pengkaji barat begitu banyak memainkan peranan dalam
menghasilkan asal usul bahasa Melayu walaupun bahasa melayu bukan bahasa ibunda mereka.
Hasil usaha beliau dapat menghasilkan kamus Melayu Inggeris,kita dalam mentafsir sesuatu
perkataan.
13
4.0 KESIMPULAN
Secara ringkasnya apa yang dapat disimpulkan ialah kita dapat mengenal dengan lebih
dekat lagi melalui latar belakang tokoh serta sumbangan yang diberikan oleh mereka kepada kita
sehingga sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tokoh-tokoh ini sangat terkenal dengan
peribadi setiap orang bahkan mereka berjaya membawa kita untuk mempelajari bahasa Melayu.
Tokoh- tokoh ini jelas menunjukkan nilai yang baik dan memberi kebaikan dan faedah terhadap
perkembangan bahasa Melayu.Walaupun pengkaji-pengkaji bangsa melayu sendiri ramai yang
telah mengkaji tentang perkembangan bahasa Melayu,namun kesignifikasinan pengkaji asing
dalam pengkajian bahasa Melayu tidak boleh disangkal lagi.
Dengan pengkajian tersebut sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada bangsa
Melayu tentang sejarah permulaan penggunaan bahasa Melayu serta perkembangan bahasa
Melayu tersebut sebagai bahasa komunikasi sejak dahulu lagi. Bahasa adalah jiwa bangsa. Tanpa
bahasa yang sempurna maka akan robohlah tamadun bangsa manusia. Tanpa adanya usaha untuk
mengembangkan kepesatan sesuatu bahasa,maka semakin dekatlah kepupusan sesuatu bahasa
itu. Kita di Malaysia seharusnya berasa amat bertuah kerana mempunyai sebuah organisasi
khusus yang berperanan untuk mengembangkan dan memperkayakan bahasa Melayu selaku
bahasa Kebangsaan,iaitu Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka.
14