28
BBM3401 (BAHASA MELAYU KLASIK) SEMESTER 2 (2012/2013) TUGASAN 2 : ASPEK KEBUDAYAAN DAN KEMASYARAKATAN DALAM NOVEL SULALATUS SALATIN PENSYARAH : PROF.MADYA DR.ZAITUL AZMA BINTI ZAINON HAMZAH NAMA : SITI NORIHAN BINTI GHAZI NO MATRIK : 156910

wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

  • Upload
    dohanh

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

BBM3401

(BAHASA MELAYU KLASIK)

SEMESTER 2 (2012/2013)

TUGASAN 2 : ASPEK KEBUDAYAAN DAN KEMASYARAKATAN DALAM NOVEL SULALATUS SALATIN

PENSYARAH :

PROF.MADYA DR.ZAITUL AZMA BINTI ZAINON HAMZAH

NAMA : SITI NORIHAN BINTI GHAZI

NO MATRIK : 156910

Page 2: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

ISI KANDUNGAN

Pengenalan………………………………………………………………………… 3

Sinopsis karya…………………………………………………………………….. 4

Biodata penulis…………………………………………………………………… 5

Analisis kandungan……………………………………………………………… 6 - 13

Perbincangan tentang aspek bahasa dan tulisan………………………………….. 14 - 18

Jenis aksara

System ejaan

Aspek bahasa-fonetik dan fonologi,morfologi,sintaksis dan semantik

-penggunaan kata pinjaman,kiasan dan ungkapan

Penutup (sumbangan karya yang dikaji terhadap perkembangan bahasa)…………… 19

Bibliografi …………………………………………………………………………… 20

2

Page 3: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

PENGENALAN

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad

ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara.

Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama

Islam di Asia Tenggara. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu

Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik

ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.

Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk

manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapisemuanya

tersimpan di luar negara .Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada

Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku

yang paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590M

(998 H).

Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah

manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat RajaAcheh kepada Harry

Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda MahkotaAlam, Acheh kepada Raja

Inggeris, King Jame 1 (1615 M).( Nik Safiah Abd. Karim. 1992. Bahasa Melayu Moden :

Kemuncak Tradisi Melaka-Johor-Riau. Dlm S. Othman Kelantan (pngr.) 100 Tahun Pergerakan

bahasa Dan sasteraMelayu 1888 - 1988 : 38-53. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.)

3

Page 4: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

SINOPSIS SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,

kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang

pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk

Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah

berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari

Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin

dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang

ada bertarikh 1808. Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa

menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.

Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa

yang terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa

yang terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih

kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa,

India, pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan.

Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat

kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai

konsep Sejarah Sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti

sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.

4

Page 5: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

BIODATA PENULIS

Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun

Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah

pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama.

Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut Windstedt,

Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada tahun

1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya, Tun

Ganggang.

Tun Sri Lanang merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir iaitu

bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada

Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam perancangan

menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau juga menyusun

pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai contoh, beliau telah

mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk mempertahankan

Johor daripada serangan Acheh.

5

Page 6: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

ANALISIS KANDUNGAN

Aspek Kebudayaan Dan Kemasyarakatan Dalam Novel Sulalatus Salatin

1) Budaya Perkahwinan

Budaya perkahwinan merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam novel Sulalatus

Salatin. Adat memberi mas kahwin kepada gadis yang ingin dikahwini merupakan adat yang

dilakukan sehingga ke hari ini. Hal ini dibuktikan melalui akad nikah antara Puteri Syahrul-

Bariyah dengan Raja Iskandar dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus dinar emas.

‘dan berkata ia kepada Raja Iskandar “bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja

Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar.Adapun isi

masnya tiga ratus ribu dinar emas,redakah tuan hamba?” Maka sahut Raja Iskandar,

“Redalah hamba.” (hlm.6)

2) Budaya Pergaulan

Antara aspek budaya yang dapat dikesan dalam karya ini adalah budaya dalam

mematuhi peraturan kerabat diraja. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

terdapat beberapa peraturan diraja yang diperkenalkan untuk dipraktikkan oleh seluruh isi

masyarakat Melaka, agar kedudukan masyarakat kerabat terpelihara.

6

Page 7: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Sebagai contoh, larangan kepada rakyat biasa untuk mengamalkan cara hidup masyarakat

istana dalam segala aspek kehidupan seperti pakaian kekuningan, emas, keris, rumah dan

berperahu.Oleh itu,amalan budaya tersebut pada ketika itu telah diaplikasikan dalam kehidupan

seharian bagi menghormati taraf atau kedudukan kaum kerabat diraja. Contohnya dalam ayat

berikut:

‘…tiada dapat diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada lain itu pun tiada juga

dapat, melainkan kain, baju dan destar tiga perkara itu jua yang dapat dipakai.’ (SS-hlm74)

3) Taat Setia kepada Raja

Seterusnya, amalan taat setia kepada Raja dan Negara juga merupakan salah satu budaya

yang ditunjukkan dalam novel Sulalatus Salatin ini. Budaya taat setia kepada raja dan negara

amatlah dititikberatkan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, sehingga konsep waad

diperkenalkan. Contohnya, Tun Biajid yang menunjukkan taat setianya kepada Sultan Mahmud

Syah walaupun dia tahu bahawa baginda telah berzina dengan isterinya. Namun, oleh sebab nilai

taat setia yang sudah terpupuk beliau tetap menghormati Sultan Mahmud Syah sebagai

tuannya.Tegasnya, budaya taat setia kepada raja dan negara ini diamalkan dalam kehidupan

seharian oleh seluruh lapisan masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pada

hari ini,seperti yang termaktub dalam prinsip rukun negara.

7

Page 8: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Contoh ayat yang menunjukkan taat setia kepada raja dalam novel Sulalatus Salatin adalah

seperti berikut:

…maka titah Sultan Mahmud Shah, “jangan kamu semua marah, kerana katanya itu

benar, kita sedia salah kepadanya; pada hukumnya patut kita dibunuhnya, daripada ia

hamba melayu, tiada ia mahu derhaka, maka demikian lakunya” hlm.193

4) Penjajahan

Sudah menjadi satu budaya bagi raja-raja zaman dahulu yang memiliki kekuatan akan

menjajah setiap negeri yang mempunyai pemerintahan yang lemah bagi memperluaskan

pengaruh masing-masing. Contohnya Raja Suran yang telah mempunyai kerajaan yang besar di

negeri Amdan Negara lebih besar daripada kerajaan yang dimiliki oleh nendanya Raja Sulan

namun tidak termasuk negeri China. Maka Raja Suran telah berniat untuk menyerang negeri

China bagi merampas kuasa yang ada di negeri tersebut. Contoh ayat yang menunjukkan budaya

penjajahan dalam novel sulalatus salatin ialah:

“maka adalah daripada banyaknya orang berjalan itu, segala hutan belantara pun habis

menjadi padang, dan bumipun bergetar seperti gempa, dan gunung pun bergerak, dan

segala gunung-gunung pun menjadi rata, dan batupun habis berpelantingan, dan segala

sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada

berputusan lagi; dimana pada malam yang gelap sekalipun, menjadi terang seperti bulan

purnama pada ketika cuaca, daripada kebanyakan kilat cahaya senjata; jikalau

halilintar di langit sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala

8

Page 9: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

hulubalang dan sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda, tiadalah sangka

bunyinya lagi. Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran itu habislah

dialahkannya, maka sekalian negeri itu semuanya habis takhluk kepada baginda.”

(SS-hlm10)

5) Penyebaran Islam

Islam telah sampai ke Melaka melalui mimpi Raja Kecil Besar yang telah bertemu nabi

Muhammad S.A.W. Dalam mimpi tersebut baginda nabi Muhammad telah bersabda kepada Raja

Kecil Besar supaya mengucap dua kalimah syahadah dan baginda menjelaskan bahawasanya

akan ada sebuah kapal besar dari Jeddah akan berlabuh dan akan turun makhdum dari kapal

untuk bersembahyang di pantai Melaka. Kemudian Raja Kecil Besar disuruh mengikuti

rombongan kapal itu bersembahyang. Apabila baginda raja tersedar daripada mimpi didapati

kalamnya telah dikhatankan. Kemudian semua rakyat datang ke istana dan hairan mendengar

bahasa yang diucapkan oleh Raja Kecil Besar. Raja perempuan pula menganggap baginda telah

terkena hasutan syaitan. Setelah apa yang dimimpikan oleh baginda didapati benar, semua orang

besar-besar dan rakyat jelata memeluk islam. Sudah menjadi satu budaya apabila sesuatu yang

dilakukan oleh raja akan dituruti oleh rakyat jelata. Hal ini jelas ditunjukkan dalam ayat berikut:

“maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti mimpinya itu.

Maka titah raja kepada bendahara dan segala Orang Besar-besar, “nyatalah demikian

seperti dalam mimpi kita itu.” Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun

9

Page 10: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda

masuk ke dalam negeri. Maka segala Orang Besar-besar semuanya masuk Islam;

sekalian isi negeri lelaki perempuan, tua muda, kecil besar, sekaliannya masuk Islam

dititahkan baginda. Maka raja pun bergurulah pada makhdum akan tertib sembahyang,

baginda digelarnya seperti sabda nabi salla ‘llahu ‘alaihi wa salam – Sultan Muhammad

Shah” hlm.74

6) Budaya Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan

pertanian. Bukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud kegiatan

pertanian dan cita masyarakat setempat yang ingin kaya raya punya emas segala. Lalu

anganan para penduduk yang ingin kaya raya itu diimaginasikan melalui cerita ajaib dengan

harapan menjadi kenyataan. Kedatangan keturunan raja Melaka dikatakan telah mengubah

tanaman berkenaan iaitu pokok padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan suasa.

“Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan

berbatangkan suasa ini.”Maka sahut Wan Malini, “Beta pandang semalam di atas Bukit Si

Guntang itu, bukannya padi huma kita.”Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu…

(SS-hlm20)

10

Page 11: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Sejarah Melayu juga telah mengemukakan aspek ekonomi lampau yang menjurus kepada

sistem ekonomi sara diri sebagaimana yang digambarkan dalam cerita Badang. Badang adalah

sumber manusia yang lebih dikenali sebagai buruh dalam istilah ekonomi. Dia adalah pekerja

yang berkesan kerana sifatnya yang rajin. Malah Badang juga adalah pekerja yang sangat

produktif kerana kuat bekerja dan mempunyai kekuatan. Sebagai sumber ekonomi yang penting,

Badang telah menyubangkan sesuatu yang bermakna demi kemajuan sesebuah penempatan iaitu

di negara Singapura. Sekiranya seorang yang bernama Badang mampu memberikan

sumbangannya dengan maksimum, sudah tentu jika wujud ramai orang seperti Badang, sesebuah

negara akan terus maju dan lebih makmur. Contoh ayat adalah seperti berikut:

“marilah datuk lihat jika tiada percaya akan sahaya!” maka tuannya pun pergilah dengan

badang; setelah sampai dipandang oleh tuannya tanah itu terlalu luas, disangkanya tebasan

orang lain. Katanya kepada Badang “tebasan siapa engkau bawa aku ini? ” Maka kata

Badang. “inilah datuk tebasan kita”… (SS-hlm49)

7) Kepercayaan

Dalam novel Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada

ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalam

teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang

masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.

11

Page 12: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Contohnya peristiwa Badang menjadi gagah setelah makan muntah hantu. Badang telah

beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu yang

mencuri hasil tangkapannya. Kegagahan Badang yang luar biasa itu telah membolehkan dia

mencabut pokok-pokok kayu Yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini menggembirakan

majikannya kerana ladangnya telah dapat dibersihkan dalam masa yang singkat.

“Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti maksud itu makanlah

muntahku.”Maka kata Badang “Baiklah, muntahlah engkau supaya aku makan;”maka

hantu itu pun muntahlah terlalu banyak. Maka oleh badang dimakannya muntah hantu

itu habis semuanya dan janggut hantu itu dipegangnya juga. Setelah itu oleh badang

dicubanya segala pohon kayu… (SS-hlm48)

Selain itu unsur mitos juga terdapat dalam peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu.

Peristiwa ini menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah.

Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan

cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia

telah bersekongkol dengan Majapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangan kuasa besar

itu. Contoh ayat di dalam Sulalatus Salatin ialah:

‘…jikalau Betara hendah mengalahkan Singapura, segeralah datang; hamba ada belot

dalam negeri.”… (SS-hlm69)

12

Page 13: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

8) Masyarakat

Dalam aspek susun lapis masyarakat jelasnya yang dipaparkan dalam karya tersebut

adalah masyarakat yang berilmu yang berasal daripada golongan rakyat biasa. Contohnya,

seorang budak mencadangkan kepada Paduka Seri Maharaja agar berkubukan pokok pisang

untuk mengalahkan serangan ikan Todak dan bagi menyelamatkan nyawa-nyawa rakyat

daripada terkorban secara sia-sia. Contohnya digambarkan dalam ayat berikut:

“Apa kerja kita berkotakan betis ini? mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang

pisang alangkah baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu,

maka titah baginda, “benar seperti kata budak itu,”… (SS-hlm68)

13

Page 14: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

ASPEK BAHASA DAN TULISAN DALAM NOVEL

Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk

memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan

sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya

kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik.

Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan

istilah-istilah klasik.

Morfologi

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ,

2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan

penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Personafikasi adalah memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya,

daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan

sebagainya. Lalu ditulis sebagai “daun nyiur melambai-lambai”, “ daun kelapa menggamit

manja” dan sebagainya.

14

Page 15: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Contoh personafikasi yang ada dalam novel adalah seperti berikut:

1) Rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja dan catria.

(SS-hlm33)

Maksud: awan berarak: “Awan” adalah unsur alam yang diberi perlakuan manusia iaitu

“berarak” yang bererti berjalan beramai-ramai dan beriring-iring.

2) Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai dengan kenaikan baginda. (SS-hlm39)

Maksud: perahu bercerai: “perahu” adalah benda yang diberi perlakuan manusia iaitu “bercerai”

yang bererti berpecah atau berpisah.

Sintaksis

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang

menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ia menghubungkan klausa yang menjadi

komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh kata komplemen yang selalu digunakan

ialah bahawa.

15

Page 16: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Contoh ayat:

“Ya tuanku,jangan apalah hati patik sekalian duli tuanku perbinasakan dengan titah

yang demikian itu;bahawa patik sekalian ini adalah berkaul…”

(Sulalatus Salatin hlm.170)

Penggunaan ayat aktif dan pasif

Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud yang sama.

Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek dan kata kerjanya berawalan men-. Ayat pasif

pula ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam ayat aktif) sebagai perkara atau

unsur yang diterangkan, manakala subjek asalnya tidak diutamakan.

Contoh ayat 1:

Ayat aktif: “Temenggunglah yang memasung dan menangkap dia.” (Sulalatus Salatin hlm.240)

Ayat pasif: Dialah yang dipasung dan ditangkap oleh Temenggung.

Contoh ayat 2:

Ayat aktif : ‘…baginda memberi anugerah persalin akan kedua utusan Pahang itu.’

(Sulalatus Salatin, hlm.295)

Ayat pasif : Kedua utusan Pahang itu telah diberi anugerah persalin oleh baginda.

16

Page 17: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Penggunaan kata pinjaman,kiasan dan ungkapan:

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair.

Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan

memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang

Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan

dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin

menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;

Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak

mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm.251)

Selain itu,novel sulalatus salatin juga banyak menyelitkan rangkap-rangkap lagu yang

dinyanyikan oleh rakyat jelata berdasarkan sesuatu perkara yang menarik perhatian. Contohnya

Tun Hassan Temenggung anak Bendahara yang mempunyai rupa paras yang baik dan sering

diperkatakan rakyat jelata.contoh rangkap lagu tersebut ialah:

Apa di jeruk dengan belimbing,

Geranggang mudik muara,

Apa ditengok di balik dinding?

Tun hassan temenggung anak bendahara. (SS/hlm.250)

17

Page 18: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Penggunaan ungkapan tertentu yang digunakan untuk menggantikan atau menukarkan

dengan idea yang telah diungkap sebelum itu. Contoh ungkapan daripada novel Sulalatus Salatin

ialah mengenai Sultan Mahmud yang amat mengagumi Tun Teja. Anak Seri Wak Raja itu

digambarkan begitu baik paras dan akalnya. Baginda mengungkapkan perihal tersebut melalui

pantun iaitu:

Tuan Teja Ratna Menggala,

Pandai membelah lada sulah;

Jikalau tuan tidak percaya,

Mari bersumpah kalam Allah.(m.s 224)

Selain itu, penggunaan seloka juga kerap digunakan dalam novel sulalatus salatin

berdasarkan peristiwa-peristiwa tertentu. Contohnya kejadian Singapura dilanggar todak dimana

seekor todak telah melompat ke atas gajah Paduka Seri Maharaja dan terkena bajunya. Kemudian

peristiwa ini telah dibuat seloka seperti berikut:

Carek baju dilompati todak,

Baharu menurut kata budak. (SS/hlm.68)

18

Page 19: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

Penutup

Kesimpulannya, Sulalatus Salatin dikatakan telah ditulis sejak zaman Kesultanan Melayu

Melaka dan ditulis semula serta disemak oleh Tun Sri Lanang di Johor pada awal abad ke-17

(1621).Pelbagai versi Sulalatus Salatin telah diwujudkan dan diselenggarakan oleh pengkaji-

pengkaji seperti Raffles, Shellabear, Munshi Abdullah dan A. Samad Ahmad. Namun, buku

Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu (edisi pelajar) yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad,

terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (1979) telah digunakan oleh Ismail Embong sebagai rujukan

untuk melahirkan karya lukisannya.

Sulalatus Salatin ini telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa khususnya

dari aspek kesusasteraan. Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang

penting kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang terpenting

daripada semua cabang kebudayaan itu. Hal Ini boleh dilihat pada pengiktirafan dunia terhadap

keagungan kesusasteraan sesuatu bangsa sebagai pengakuan keagungan kebudaayan bangsa itu.

Teks sastera tradisional ini amatlah penting dalam memartabatkan bangsa Melayu kita.

Banyak panduan dan kisah-kisah dlm pentadbiran raja Melayu dahulu yang wajar dijadikan

pedoman masa ini.Bukan saja kepada golongan raja-raja malah untuk kepentingan masyarakat

juga.

19

Page 20: wanieykayra.weebly.com · Web viewSejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan

BIBLIOGRAFI

1. A.Samad Ahmad. Sulalatus Salatin:Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). 2010. Dewan

Bahasa Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Laman web: www.google.com / ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin

3. Laman web: www.google.com/sejarahmelayu.wordpress.com

4. www.google.com/witra.blogspot.com/2005/09/morfologi-bahasa-melayu.html

20