7
1. Sesi pejumpaan dan perbincangan dengan penyelaras program OPKIM En. Jamallulai Sesi perjumpaan dan perbincangan dengan penyelaras program OPKIM telah dihadiri oleh ajk ajk program OPKIM di mana En. Jamallulai memberi sedikit nasihat dalam menjalankan tanggungjawab masing masing dan bagaimana untuk menjaga tingkahlaku masing masing ketika berada di tempat orang. 2. Pemasangan khemah bersama ajk – ajk masjid untuk majlis perasmian Sebaik saja kami iaitu trip pertama tiba sekitar pukul 4 petang di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah, ajk ajk program membantu para ajk masjid memasang khemah untuk majlis perasmian pada malamnya dan kerjasama ini disambut baik oleh ajk ajk masjid. 3. Majlis perasmian dan penyerahan keluarga trip pertama Majlis perasmian oleh Tok Imam Masjid dan penyerahan keluarga angkat telah dilakukan sekitar jam 10 malam dan semua keluarga dan anak

ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

1. Sesi pejumpaan dan perbincangan dengan penyelaras program OPKIM En. Jamallulai

Sesi perjumpaan dan perbincangan dengan penyelaras program OPKIM telah dihadiri oleh ajk

– ajk program OPKIM di mana En. Jamallulai memberi sedikit nasihat dalam menjalankan tanggungjawab masing – masing dan bagaimana untuk menjaga tingkahlaku masing – masing

ketika berada di tempat orang.

2. Pemasangan khemah bersama ajk – ajk masjid untuk majlis perasmian

Sebaik saja kami iaitu trip pertama tiba sekitar pukul 4 petang di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah, ajk – ajk program membantu para ajk masjid memasang khemah untuk majlis perasmian pada

malamnya dan kerjasama ini disambut baik oleh ajk – ajk masjid.

3. Majlis perasmian dan penyerahan keluarga trip pertama

Majlis perasmian oleh Tok Imam Masjid dan penyerahan keluarga angkat telah dilakukan sekitar jam 10 malam dan semua keluarga dan anak – anak angkat telah diberikan

cenderamata dan sesi bergambar telah diadakan bagi setiap keluarga angkat.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

4.Ketibaan para ajk dan peserta trip kedua

Sekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat dan sesi bergambar juga

telah diadakan bersama keluarga angkat masing – masing.

5. Taklimat mengenai perjalanan program

Ketua program memberikan penjelasan mengenai perjalanan aktiviti pada hari tersebut di mana aktiviti yang akan dilakukan adalah sangat padat dan pembahagian tugas akan

dilakukan pada aktiviti yang seterusnya.

6. Lawatan ekonomi ke perusahaan roti canai

Semua ajk dan peserta mula bergerak ke tempat perusahaan roti canai

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

Para ajk dan peserta diberikan taklimat mengenai perusahaan roti canai oleh En. Mohd Hadis iaitu perkembangan perniagaannya dari awal sehinggalah sekarang dan kemudian sesi

pertanyaan soalan dilakukan mengenai perusahaan yang dilakukan oleh beliau.

Para ajk dan peserta merasai sendiri pengalaman memasak roti canai dan ajk – ajk lain juga tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman ini.

7. Sesi bergambar dengan En. Mohd Hadis

Para ajk dan peserta bergambar dengan pemilik perusahaan roti canai sebagai tanda kenang – kenangan dan sebahagian ajk dan peserta yang lain telah beransur – ansur bergerak balik ke

masjid untuk aktiviti yang seterusnya.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

8. Aktiviti gotong royong

Aktiviti gotong royong telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu gotong royong dalam kawasan masjid, dalam masjid dan juga kawasan kubur berdekatan dengan kawsan

masjid.Setiap ajk dan peserta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Aktiviti gotong royong dalam masjid seperti melipat telelekung dan memasang langir – langsir pada tingkap yang belum dipasang langsir.

9. Aktiviti rewang

Aktiviti rewang yang diadakan bersama peserta dan ajk. Menu rewang yang dirancang ialah bihun sup beserta sedikit pencuci mulut dan air sirap.

10. Aktiviti Sukaneka

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

Aktiviti sukaneka kanak – kanak

Aktiviti sukaneka peserta dan ajk

11. Aktiviti BBQ

Malam BBQ untuk semua ajk, peserta dan keluarga angkat

12. Aktiviti sukaneka dalam bendang

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

Aktiviti sukaneka dalam bendang antara peserta dan ajk. Semua peserta dan ajk dapat merasai pengalaman masuk dalam bendang

13. Majlis penutupan OPKIM 2013

Barisan tetamu terhormat iaitu wakil YB Kedah dan Tok Imam bersama Timbalan Ketua Pengarah OPKIM

Wakil YB Kedah berucap dan seterusnya menutup program OPKIM 2013

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat

Sesi bergambar bersama seluruh pihak yang terlibat dalam program OPKIM