8
PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah .TOPIK 2 Tajuk 2 : Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Sinopsis Kerajaan akan terus menekankan perkhidmatan kesihatan dan pencegahan penyak sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan kesihatan. Program berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan akan diberi keutamaan bagi menyebarkan maklumat kepada penduduk. Kempen gaya hidup sihat akan diteruskan dengan penekanan kepada penggalakan tingkah laku sihat serta pencegahan penyakit. Strategi tersebut adalah selaras dengan program paradigma sihat dan akan mengambil kira unsur penentu kesihatan seperti faktor alam sekitar, persekitaran HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah sahaja 2. Menghuraikan pentadbiran dan organisasi perkhidmatan kesihatan sekolah 3. Menyatakan akti!iti-akti!iti yang terdapat dalam perkhidmatan sekolah 4. Menghuraikan panduan dan tatacara la"atan sekolah dan . Mengenal pasti masalah kesihatan dan penyakit masa kini. K!"an#ka kons!p $ajuk P"o#"a% K!si&a$an S!ko'a& 16 PRO(RAM KESIHATAN SEKOLAH P!nja#aan k!si&a$an P!%akanan. P"o%osi k!si&a$an.

08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 2.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

.TOPIK 2Tajuk 2 : Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Sinopsis

Kerajaan akan terus menekankan perkhidmatan kesihatan dan pencegahan penyakit sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan kesihatan. Program berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan akan diberi keutamaan bagi menyebarkan maklumat kepada penduduk. Kempen gaya hidup sihat akan diteruskan dengan penekanan kepada penggalakan tingkah laku sihat serta pencegahan penyakit. Strategi tersebut adalah selaras dengan program paradigma sihat dan akan mengambil kira unsur penentu kesihatan seperti faktor alam sekitar, persekitaran

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah sahaja;

2. Menghuraikan pentadbiran dan organisasi perkhidmatan kesihatan sekolah;

3. Menyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhidmatan sekolah;

4. Menghuraikan panduan dan tatacara lawatan sekolah; dan

5. Mengenal pasti masalah kesihatan dan penyakit masa kini. Kerangka konsep tajuk Program Kesihatan Sekolah

3.0.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi:

a. Penjagaan kesihatan.

b. Pemakanan.

c. Promosi kesihatan.

d. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh:

i. Doktor perubatan dan pergigian;

ii. Jururawat; dan

iii. Guru-guru.

Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah.

3.1.Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:

a. Membina kesedaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri.

b. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu.

c. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.

d. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan.

e. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.

f. Mengawal penyakit yang berjangkit.

g. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.

h. Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.3.2. Pentadbiran Dan Organisasi Perkhidmatan Kesihatan Ke Sekolah

Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari Rancangan Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian Kesihatan Keluarga. Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia boleh dilihat pada berikut:

Carta organisasi perkhidmatan kesihatan Malaysia

Koordinasi antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran ini hendaklah ditegaskan setiap masa supaya perkhidmatan ini dapat berjalan dengan lancar. Carta organisasi untuk Bahagian Perkhidmatan Sekolah di peringkat daerah adalah seperti Rajah 3.4.di bawah.

Carta organisasi bahagian perkhidmatan kesihatan Malaysia

3.3. PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

Berdasarkan kepada konsep RKS yang telah diterangkan di atas, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan pelbagai program kesihatan sekolah. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

a. Pendidikan Kesihatan.

b. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

c. Program Kesihatan Pergigian Sekolah.

d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

e. Program Susu Sekolah.

f. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K).

g. Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah.

h. Program Anti-Denggi di Sekolah.

i. Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok.

j. Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan sebagainya.

k. Program-program secaraadhocberdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti-Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

3.3.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Setiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah memahami peranan masing-masing supaya mereka dapat menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih sempurna.

Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:

a. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum.

b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius.

c. Mencegah dan mengawal penyakit.

d. Memberi khidmat pertolongan cemas.

e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

3.4.AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:

a. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;

b. Rawatan, rujukan dan tindak susul;

c. Imunisasi;

d. Pendidikan Kesihatan;

e. Kaunseling; dan

f. Rekod dan laporan.

a. Penilaian Status Kesihatan

Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah.

Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.

Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid.

Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6.

Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu sekiranya seseorang murid itu berpindah sekolah.

Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

b.Rujukan dan Tindakan Susulan

Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi:

Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.

Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk.

c. Khidmat Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih.

d. Pemakanan

Aktiviti pemakanan meliputi:

Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.

Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.

e. Pertolongan Cemas

Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:

Bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi dengan peti pertolongan cemas.

Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari.

f. Pendidikan Kesihatan

Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi:

Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal.

Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah.

Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

g. Kanak-kanak dengan Keperluan KhasAktiviti bagi kanak-kanak pada tahap perkembangannya di bawah normal mengikut umur dan kehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran meliputi:

Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.

Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.

Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Penjagaan kesihatan

Pemakanan.

Promosi kesihatan.

PAGE 23