44
1. KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN 1.0 SINOPSIS Tajuk ini memberi pengetahuan kepada anda mengenai kepentingan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan. Bagi membantu kefahaman, anda akan didedahkan tentang definisi dan konsep pengamatan. Seterusnya, akan meneliti cara-cara untuk mengumpul maklumat sebelum melaksanakan pentaksiran. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda dapat ; 1. Mengetahui maksud dan konsep pentaksiran. 2. Mengetahui proses dan peranan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan. 3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. 1.2 PENGENALAN Pentaksiran pembelajaran merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran memberi tumpuan 1

8(a) Isi Pelajaran - Interaksi 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

interaksi

Citation preview

1. KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

1.0SINOPSISTajuk ini memberi pengetahuan kepada anda mengenai kepentingan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan. Bagi membantu kefahaman, anda akan didedahkan tentang definisi dan konsep pengamatan. Seterusnya, akan meneliti cara-cara untuk mengumpul maklumat sebelum melaksanakan pentaksiran.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda dapat ;1. Mengetahui maksud dan konsep pentaksiran.2. Mengetahui proses dan peranan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan.3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat.

1.2PENGENALAN

Pentaksiran pembelajaran merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran memberi tumpuan terhadap pembelajaran individu, persekitaran pembelajaran (bilik darjah, bengkel atau kumpulan pembelajaran), institusi terlibat atau sistem pembelajaran atau pun pendidikan secara amnya. Menurut Academic Exchange Quarterly (2008) Pembelajaran merujuk kepada sesuatu unsur teori atau empirical (termasuklah kajian kes, pembelajaran portfolio, kajian ekspliratori atau kajian eksperimen) yang menerangkan persediaan dan kecenderungan pelajar, cara belajar dan tahap motivasi pelajar, hasil pembelajaran dan keluasan pembelajaran dalam konteks pendidikan.Sebelum seseorang pengajar merancang hala tuju pengajaran dan menjalankan aktiviti darjah atau kuliah, pengajar hendaklah mengetahui atau meramalkan pemikiran pelajar dengan maksud, apakah yang akan difikirkan oleh pelajar? Persoalan yang perlu difikirkan pengajar adalah, apakah yang benar dan betul bagi murid dan pelajarnya. Proses ini melibatkan bukan sahaja sama ada adakah murid atau pelajar mempunyai jawapan yang betul atau salah ?. Akan tetapi lebih bermaksud dengan keupayaan membayangkan secara jelas dan terang serta memahami gambaran dan pola-pola yang dibentuk pada minda mereka secara teratur atau tersusun agar lebih bermakna daripada perspektif pelajar atau murid (Earl, 2003).

1.2. KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui cara pengujian atau kaedah lain. Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya

Pentaksiran berlaku setiap hari di dalam bilik darjah. Contohnya, guru memerhati tingkah laku murid menyelesaikan masalah matematik. Guru seterusnya menyemak jawapan murid dan secara tidak langsung dapat menentukan tahap kebolehan murid terhadap penguasaan kemahiran matematik tertentu murid. Jika terdapat kesalahan, semestinya guru akan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan murid untuk membuat pembetulan. Pendekatan yang dilakukan oleh guru tersebut sebenarnya merupakan satu daripada jenis pentaksiran.

Pentaksiran dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan mentafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran (Mohamad Sahari Nordin, 2008). Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001), menyatakan pentaksiran sebagai satu proses mengumpul dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan tentang murid, terutamanya dalam aspek keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Ia termasuklah ujian, temu bual, pemerhatian, sampel-sampel kerja dan apa juga maklumat yang harus diperoleh bagi membantu membuat keputusan yang munasabah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana ianya perlu difahami terlebih dahulu;

i. Pengujian satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan murid.

ii. Penilaian proses yang menggunakan maklumat atau data untuk membuat keputusan

iii. Peperiksaan pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka masa, tempat dan suasana yang formal.

iv. Pengukuran skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi individu

Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti tinggi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

1.2.1. Kebolehpercayaan

Berkaitan dengan ketekalan pentaksiran yang dilakukan. Kebolehpercayaan pentaksiran merujuk kepada hasil pentaksiran yang sama bagi setiap kohort murid. Terdapat pelbagai faktor yang boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan seperti soalan yang kabur, terlalu banyak pilihan dalam kertas soalan. Tradisinya, kebolehpercayaan pentaksiran berasaskan kepada yang berikut;

i) kestabilan sementara : ujian yang dilakukan adalah membandingkan dua atau lebih peristiwa yang berasingan.ii) Kesamaan bentuk : jawapan murid memperlihatkan bentuk yang berbeza walaupun kandungan ujian adalah sama.iii) Ketekalan dalaman : jawapan ujian tekal merentasi soalan Contohnya- jika soalan berkaitan dengan sikap terhadap penggunaan teknologi, seharusnya ketekalan jawapan adalah berbentuk seperti saya gembira menggunakan komputer atau saya tidak meminati komputer

1.2.2. Kesahan

Kesahan adalah ukuran di mana apa yang ditentukan untuk diukur. Contohnya, adalah tidak sah jika menguji kemahiran memandu hanya menggunakan ujian bertulis sahaja. Pentaksiran pemanduan akan lebih sah jika ada kombinasi ujian terhadap pemanduan seperti melalui ujian bertulis (untuk uji pengetahuan pemanduan) dan ujian sebenar pemanduan (untuk uji apa yang pemandu perlu buat semasa memandu) Kesahan pentaksiran adalah gauged melalui bukti ujian mengikut kategori berikut;

i) Kandungan - adakah kandungan ujian mengukur objektif yang telah ditetapkan?ii) Kriteria adakah skor korelat dengan ujian rujukan (contoh: adakah skor yang tinggi terhadap ujian bacaan murid tahun 4 bertepatan dengan jangkaan kemahiran membaca bagi tahun 5 dan seterusnya)iii) Konstruk adakah pentaksiran correspond dengan pembolehubah yang signifikan?

1.3. PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang sama dengan pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran yang digunakan adalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu pemerhatian ke atas tingkah laku murid, membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka bentuk program/strategi pengajaran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.

Merujuk http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu satu laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.

Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Mempelajari kemahiran asas adalah amat penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu murid untuk mempelajari setiap mata pelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir dalam menguasai kemahiran asas.

Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran asas. Antaranya ialah kemahiran 3M dan kemahiran pengurusan diri.

Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat beberapa kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran ini adalah asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira supaya mereka dapat menjalankan segala proses P&P dengan berkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka membaca maklumat dan latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat mencari bahan-bahan pembelajaran dan melakukan ulang kaji pelajaran dengan mudah. Selain itu, penguasaan dalam kemahiran menulis pula membolehkan murid untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kemahiran mengira bukan sahaja penting bagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka.

Kemahiran pengurusan diri pula ialah keupayaan dalam menguruskan diri sendiri. Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air. Kepentingan kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untukberinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa mengganggu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b) penilaian oleh guru, (c) ujian role play dan (d) pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka.

1.4 MAKSUD PENTAKSIRANPentaksiran dalam pendidikan adalah proses dokumentasi yang mana sering mengguna pakai istilah pengukuran, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran boleh berfokus kepada seseorang murid, komuniti sekolah (kelas,bengkel atau kumpulan), institusi atau keseluruhan sistem pendidikan.

Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk mengenal pasti masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan (Salvia dan Ysseldyke 2007). Ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan bidang keperluan yang perlu diberi perhatian.

Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para profesional untuk menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Jenis-jenis pentaksiran terdiri daripada yang berikut:

Pentaksiran berterusan Pentaksiran informal/formal Pentaksiran portfolio Pentaksiran subjektif/objektif Pentaksiran penempatan Pentaksiran diagnostik Pentaksiran pencapaian Pentaksiran kecekapan Pentaksiran kemajuan Pentaksiran formatif/sumatif

Ujian-ujian yang sering diguna dalam jenis-jenis pentaksiran di atas didefinisikan dalam jadual berikut:

IstilahMaksud

Ujian standard / ujian formalMerupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya mentadbirkan ujian dengan mengikut arahan dan prosuder yang disediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang dicapai oleh orang lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat dibuat.

Ujian tidak formalUjian yan dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan prosuder pentadbir yang standard.

Ujian kumpulanUjian yang boleh ditadbir secara sekumpulan orang.

Ujian individuUjian yang hanya boleh ditadbir kepada seseorang murid dalam satu masa. Contohnya : WISC-III

Ujian berdasarkan kurikulumUjian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah.

Ujian formatifUjian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran oleh murid semasa sesuatu unit masih / sedang diajar oleh guru. Ujian dijalankan dengan kerap.

Ujian sumatif Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unit pengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid.

Ujian saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada semua murid, termasuk murid normal.

Ujian diagnostikUjian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostik dijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui.

Ujian speedUjian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.

Ujian powerUjian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan. Biasanya item agak sukar sedikit.

Dalam kehidupan seharian murid di sekolah, guru sebenarnya melaksanakan pentaksiran tidak formal. Ia berlaku setiap hari di mana murid tidak mengetahui yang guru membuat pemantauan kemajuan murid. Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal melibatkan penggunaan kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti senarai semak, kerja rumah murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan ujian-ujian yang dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred. Pentaksiran tidak formal memberi peluang kepada guru membuat pemantauan berterusan ke atas murid yang bermasalah dalam akademik dan murid berkeperluan khas. Pentaksiran formal berkaitan dengan dokumen bertulis seperti ujian atau peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan atau gred untuk menunjukkan pencapaian murid. Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid dan bertujuan untuk mengukur hasil pembelajaran serta pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan pentadbir. Manakala pentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna oleh guru sebagai panduan kaedah pengajaran akan datang.

Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Ia mengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal pasti kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk pentaksiran diagnostik di mana melibatkan murid membuat pentaksiran terhadap diri mereka.Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau objektif. Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan betul. Pentaksiran subjektif adalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan betul lebih daripada satu (atau lebih daripada satu cara untuk memperoleh jawapan betul). Terdapat pelabagai jenis soalan objektif dan subjektif. Jenis soalan objektif termasuklah jawapan betu;/salah, aneka pilihan, soalan pelbagai respon dan padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk huraian dan esei. LATIHAN 1Ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria merupakan ujian yang digunakan secara meluas oleh pra professional dan guru-guru dalam pentaksiran dan penilaian murid-murid bermasalah pembelajaran. Namun, guru-guru di Malaysia kurang didedahkan kepada ujian-ujian tersebut. Ini disebabkan ujian tersebut kurang dibina dan dijual di pasaran di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu faham apakah maksud kedua-dua ujian tersebut

Huraikan ciri-ciri kedua-dua ujian itu dan buat banding beza antara keduanya. Bagi membantu guru, perbandingan boleh dikaji dari aspek cara pembinaan ujian, arahan dan prosedur pentadbiran, cara penskoran dan pentafsiran skor. Bentangkan tugasan anda ini dalam sesi tutorial nanti.

1.5PROSES PENERIMAAN, PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pendidikan pemulihan boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu.

Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.

Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu bay atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan mereka.Bagi tujuan penempatan, pentaksiran penempatan perlu dilakukan ke atas murid berkeperluan khas. Pentaksiran penempatan adalah untuk menentukan keupayaan murid berkeperluan khas pada permulaan pembelajaran. Prosedur penempatan murid pemulihan dapat diringkaskan seperti dalam carta alir berikut ;

Carta Alir Proses Program Pemulihan

Kelas Biasa / Tindakan Susulan Pencalonan danPengumpulanMaklumat

Ujian SaringanSudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran 3M

Ujian Diagnostik DanUjian Pengamatan

Analisa Ujian DiagnostikDanUjian Pengamatan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah

Pengajaran & Pembelajaran Menguasai

Belum menguasaiKemahiran 3M.MeneruskanPengajaranPemulihanKemahiran 3M

Penilaian

Latihan 2

Rajah 1 di atas menunjukkan carta alir proses penempatan murid bermasalah pembelajaran ke dalam kelas pemulihan. Huraikan secara terperinci carta alir tersebut.

Prosedur penempatan murid dalam kelas pemulihan seperti dalam rajah 1, memperlihatkan kemahiran tinggi yang sangat diperlukan untuk membuat penilaian secara global, tepat dan praktikal ke atas seseorang kanak-kanak. Perkembangan kemahiran tersebut memerlukan pengetahuan yang tinggi terhadap komponen-komponen berikut;

Pengumpulan : Proses pengenalpastian dan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber mengenai latar belakang kanak-kanak seperti rekod kemajuan sekolah, pemerhatian, maklumat ibu bapa dan laporan guru.

Analisis : Pemprosesan dan pemahaman ke atas corak pendidikan, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi kanak-kanak.

Penilaian : Penilaian akademik, intelektual, psikologi, emosi, persepsi, bahasa, kognitif dan perkembangan perubatan kanak-kanak bagi menentukan kekuatan dan kelemahannya.

Penentuan : Penentuan ke atas kemungkinan ketidakupayaan berdasarkan pengetahuan terhadap kriteria yang mewakili kategori-kategori.

Cadangan : Cadangan khususnya kepada penempatan dan program pendidikan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Latihan 3Seorang murid bermasalah pembelajaran baru ditempatkan di sekolah anda. Apakah yang anda harus lakukan ke atas murid tersebut bagi mengenal pasti status keupayaannya dalam pengamatan. Bina item ujian yang berkaitan dengan pengamatan murid tersebut.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Pelaksanaan pendidikan pemulihan telah dijalankan secara intensif sejak tahun 80an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun 2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan program pemulihan melalui arahan-arahan dan surat-surat pekeliling berikut ;

i. Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.

Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):

Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.

ii. Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan pemulihan

0. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.Guru Khas Pendidikan Pemulihan.

0. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986.

0. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah.

1.6 KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Tujuan umum pentaksiran dalam bilik darjah ialah untuk mengintegrasikan pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga membantu meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran. Tujuan ini adalah berbeza daripada tujuan amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan adalah untuk mengetahui apa yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan gred pencapaian. Oleh itu, ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan pada akhir sesuatu unit pelajaran atau pada penghujung semester. Namun, penaksiran dalam kelas, adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran.

Seterusnya, pentaksiran dalam pendidikan pemulihan sebagai kaedah untuk pembelajaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran jenis ini memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran pelajar dan cara mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh pelajar. Oleh itu, pentaksiran ini juga memerlukan reka bentuk yang teliti daripada pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja sesuatu yang diketahui oleh pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam tentang bagaimana, bila dan sama ada pelajar boleh mengaplikasikan apa yang mereka tahu atau pelajari. Dengan itu, para guru dapat menggunakan informasi dan maklumat ini bagi menyalurkan dan menyasarkan arahan dan sember maklum balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.

Peranan selanjutnya ialah pentaksiran sebagai pembelajaran. Pentaksiran ini memberi fokus atau tumpuan terhadap peranan pelajar sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dengan pembelajaran. Apabila pelajar bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklmuat kepada pengetahuan berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran. Proses ini memerlukan pendidikan dan guru membantu dan membimbing pelajar membina, mempraktikkan atau mengamalkan dan berpuas hati dengan hasilan refleksi serta analisis kritikal yang dijalankan oleh pelajar.

Peranan berikutnya ialah pentaksiran kepada pembelajaran. Pentaksiran ini berbentuk sumatif secara semula jadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang boleh pelajar lakukan, mendemonstrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya menunjukkan bagai mana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

Selain itu, pentaksiran dalam bilik darjah adalah proses mengumpulkan maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini melibatkan dua aktiviti yang dikenali pengukuran dan penilaian. Pengukuran membolehkan guru membandingkan pencapaian antara pelajar. Penilaian pula, merupakan aktiviti menetapkan nilai terhadap perkara yang diukur. Aktiviti ini melibatkan tindakan membuat pertimbangan tentang kualiti iaitu sifat-sifat yang diingini dan sebaliknya pada sesuatu aspek pencapaian tertentu.

Pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bukti pembelajaran. Setiap individu yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza terhadap maklumat yang diperoleh mengenai pembelajaran. Sehubungan itu, tujuan pentaksiran boleh dikategori berdasarkan keperluan individu seperti berikut;

Murid memerlukan maklum balas mengenai pencapaian mereka. Oleh itu, murid mengetahui di mana tahap pencapaian terbaik yang telah dilakukannya dan dimana tahap usaha yang perlu ditingkatkannya.

Guru memerlukan maklumat mengenai kefahaman murid bagi membolehkannya untuk membuat keputusan yang bijak terhadap apa dan bagaimana pengajaran yang perlu ditambahkan.

Ibu bapa memerlukan maklumat mengenai kemajuan belajar anak. Dengan itu, ibu bapa dapat mengetahui bidang mana yang anak mereka memerlukan sokongan tambahan dalam pembelajaran.

Pentadbir sekolah memerlukan maklumat mengenai pembelajaran murid bagi membolehkan mereka memberi sokongan tambahan kepada guru dan murid jika diperlukan.

Pembuat dasar perlu mengetahui pencapaian murid sebagai pendekatan menguji status pentaksiran dalam pendidikan peringkat negeri/negara. Maklumat yang diperoleh membolehkan mereka mengetahui tahap peruntukan/program tambahan untuk tujuan penambahbaikan.Justeru itu, pentaksiran adalah bersepadu dan berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran seperti dalam rajah 2 berikut;

Pentaksiran

PengajaranKurikulum

Rajah 2

Kesimpulan : Guru yang berkualiti menggunakan bukti dalam pembelajaran (pentaksiran) untuk memberitahu apa yang telah mereka ajarkan (kurikulum) dan bagaimana mereka mengajara (pengajaran).

Dalam pendidikan pemulihan, terdapat banyak keputusan yang perlu di buat oleh guru dan ahli profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid terbabit. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara keputusan yang perlu dibuat termasuk:

1. Siapakah antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi masalah dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?1. Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi dalam bidang apakah yang dijejaskan oleh masalah-masalah yang dihadapinya?1. Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai disediakan? Apakah kemahiran yang perlu diajar kepada kepada murid? Apakah perkhidmatan-perkhidmatan khusus yang sesuai disediakan untuk membantunya mencapai kemahiran-kemahiran pada tahap yang optimum?1. Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan?1. Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan sesuatu program yang baru?

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan kuliah seterusnya.

2.0PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT

2.1 PENDAHULUAN

Pentaksiran dalam bilik darjah mengandungi pelbagai maklum balas dan kaedah perbincangan yang mengukur dan menilai kualiti proses pembelajaran. Pentaskiran bilik darjah merangkumi pelbagai opsyen yang luas daripada rekod pengucapan dan pemerhatian (anecdotal notes) murid sehinggalah ke peringkat pentadbiran ujian piawai. Apa-apa pun bentuk kaedah yang dijalankan, pentaksiran bilik darjah yang efektif menyediakan maklum balas dan motivasi yang diperlukan murid untuk berjaya dalam pembelajaran. Aspek utama yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti penilaian ialah ;

i. Objektif ujianiiii. Jadual Penentuan Ujianiii. Penilaian itemiv. Penapisan dan penyuntingan/ edit itemv. Bentuk soalan bertulis, lisan dllnvi. Pentadbiran ujianvii. Pemeriksaan keputusan/ laporanviii. Rekod prestasi

Bagi menterjermahkan tujuan tersebut secara konkrit dalam amalan bilik darjah, proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilaikan dengan teliti. Semasa merancangkannya, guru perlu memberi pertimbangan sama ada usaha itu dapat menghasilkan jawapan yang positif kepada soalan-soalan seperti berikut ;

1. Adakah proses penaksiran yang dirancangkan bertujuan untuk memperbaiki prestasi pelajar dan tidak sekadar untuk mengaudit tingkat pencapaian ?2. Adakah proses penaksiran itu berpotensi mengukur dan menilai sesuatu prestasi secara meluas dan mendalam ?3. Adakah proses penaksiran itu mampu mengesan perubahan dan kemajuan pencapaian ?4. Adakah maklumat yang dikumpulkan dapat digunakan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan pembelajaran dan pengajaran secara konkrit ?5. Adakah maklumat yang dikumpulkan berpotensi membantu guru daripada aspek membuat keputusan-keputusan tentang strategi pengajaran ?6. Adakah keputusan-keputusan yang berdasarkan maklumat daripada proses penaksiran itu dapat mengatasi kelemahan pembelajaran dan pengajaran ?7. Adakah proses penaksiran itu dapat memaklumkan pelajar tentang apa yang penting dan diharapkan daripada mereka ?8. Adakah proses penaksiran itu berupaya merangsang dan memotivasikan pelajar untuk berusaha menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diajarkan ?9. Adakah maklumat daripada penaksiran itu dapat menggambarkan prestasi pelajar dalam keadaan suasana hidup yang realsitik iaitu prestasi sebenar di luar konteks bilik darjah ?

Teknik pentaskiran dalam bilik darjah atau Classroom Assesment Techniques (CATs), juga dikenali dengan nama penyelidikan bilik darjah atau penyelidikan tindakan merupakan siri peralatan dan amalan yang direka bagi membantu guru memberi maklumat yang tepat berkaitan dengan kualiti pembelajaran murid. Maklumat yang dikumpulkan bukanlah untuk tujuan pemarkahan atau penggredan atau penilaian guru. Sebaliknya maklumat ini digunakan untuk memudahkan dialog antara murid dengan guru terhadap proses pembelajaran dan bagaimana untuk memperbaiki atau meningkatkan pembelajaran. CATs menyediakan murid dan guru dengan maklumat proses dalaman tentang bagaimana dan sejauh manakah murid mempelajari apa-apa juga yang kurikulum inginkan. Tiga persoalan utama yang dipersoalkan melalui CATs iaitu ;

1. Apakah keperluan pengetahuan dan kemahiran yang sedang anda cuba sampaikan?2. Bagaimanakah anda tahu yang murid sedang mempelajari daripadanya ?3. Bagaimanakah anda boleh membantu murid belajar dengan baik ?

Proses penaksiran bilik darjah memberi anggapan bahawa murid memberikan maklum balas yang awal dan ingin selalu dimaklumkan. Mereka juga memerlukan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dan mereka sedia membantu guru untuk mempertingkatkan kekuatan pengajaran. Langkah asas proses pentaksiran ini ialah ;

1. Pilih satu matlamat pembelajaran untuk ditafsir.2. Pilih satu teknik pentaksiran yang akan digunakan.3. Jalankan teknik yang dipilih.4. Analisis data dan kongsi hasilan dengan murid.5. Beri maklum balas terhadap data yang diperoleh.

Pentaksiran (CATs) ini membekalkan murid dengan menu atau peralatan penilaian iaitu ;

1. Menyemak latar belakang murid.2. Mengenal pasti kekeliruan murid.3. Membolehkan murid untuk menilai tahap pembelajaran sendiri.4. Menentukan gaya pembelajaran murid.5. Membina dan menyasarkan kemahiran tertentu.

Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian hendaklah dirancang, diselenggarakan, dianalisis, ditafsirkan dan dimaklumkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan khasnya pelajar dengan menggunakan prosedur yang sah dan boleh dipercayai.

Sebagai guru pemulihan, anda harus memahami segala aspek yang mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian yang selalu dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

1. Kemahiran kognitif1. Kecerdasan 1. Memori1. Kemahiran motor1. Motor kasar1. Motor halus

1. Kemahiran persepsi1. Persepsi visual1. Persepsi auditori

1. Kemahiran akademik1. Bacan1. Tulisan1. Matematik

1. Kemahiran bahasa1. Bahasa eskpresif1. Bahasa reseptif

1. Tingkah laku1. Keadaan sosio-emosi

Maklumat yang dikumpul berkenaan aspekaspek di atas akan memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guru yang beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah

Guru- guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan pendidikan khas boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti:

Rekod dan laporan berkaitan Latar belakang keluarga Kesihatan murid Prestasi akademik dahulu Minat murid

Sampel kerja Analisis ralat Kualiti kerja

Pengujian Ujian rujukan norma Ujian rujukan kriteria Inventori tidak formal Kuiz Probe Analisis tugaan

Pentaksiran portfolio Pemerhatian Senarai semak Skala pengkadaran Temubual

2.2 Sumber-sumber maklumat

Rekod dan laporan

Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid.

Rekod LamaMerujuk kepada sesuatu peristiwa yang signifikan. Ini termasuklah tingkah laku yang diperhatikan, latar di mana tingkah laku berlaku dan intrepretasi tentang peristiwa. Rekod akan lebih bermakna apabila ;i. Ia menumpukan kepada peristiwa/ perkara yang bermakna.ii. Ia direkodkan sebaik sahaja insiden selesai.iii. Ia mengandungi maklumat yang mencukupi untuk mudah difahami kemudian.iv. Perlakuan yang diperhatikan dan intrepetasinya diasingkan

Sampel kerja

Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Selain itu, memerlukan pelajar melakukan tugasan sebenar yang mewakili keseluruhan tugasan yang diukur. Sampelan tugasan biasanya termasuk elemen yang paling penting dalam keseluruhan tugasan dan dilakukan dalam keadaan yang terkawal.Contoh ; Menaip surat Menggunakan computer dalam menganalisis masalah Membaiki alat

Pengujian Mengikut R.M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Ia merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek kognitif, psikomotor ataupun efektif.

Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit seperti menjawab soalan secara lisan atau bertulis atau mendemostrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

Ujian pencapaian adalah mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Ujian pencapaian adalah berkaitan dengan objektifan pengajaran, iaitu apa yang telah diajarkan dalam subjek, kursus atau kurikulum tertentu. Ujian ini bertujuan untuk mentaksirkan (1) sejauh mana pelajar menguasai isi pelajaran yang telah diajarkan, (2) kualiti atau gred yang dicapai, (3) perubahan dan kemajuan pembelajaran, (4) keberkesanan strategi pengajaran dan (5) sama ada pelajar telah bersedia untuk mengikuti konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran yang lebih luas dan mendalam. Dua bentuk ujian yang digunakan iaitu ujian bertulis dan ujian prestasi.

Ujian-ujian yang sering digunakan bagi murid-murid kelas pemulihan atau khas ialah ;1. Ujian saringan2. Ujian diagnostik

Ujian saringan merupakan satu instrument pengukuran disediakan secara menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti murid-murid program kelas pemulihan khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.

Ujian diagnostik dianggap penting dalam kelas khas bagi membantu guru mengesan aspek kelemahan dan kelebihan yang dimiliki oleh murid. Ujian ini mengesan masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai kemahiran tertentu.

Guru pemulihan boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya.

Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama.Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar.Probe :Jika seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh menjalankan sesuatau tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain., dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan probe. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khusunya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Kaedah yang popular dalam membuat pemerhatian ialah dengan menggunakan berbagai-bagai cara catatan bergantung kepada objektif. Seseorang guru boleh membuat pemerhatian dari jauh atau berada bersama di dalam kumpulan respondennya.

Bagi tugasan yang kecil/ mudah, pemerhatian secara informal mungkin boleh dijalankan. Bagi tugasan yang lebih komprehensif, pemerhatian perlu lebih sistematik bagi meningkatkan keobjektifan dan kegunaannya kemudian. Pemerhatian biasanya dibantu oleh senarai semak atau skala kadar. TemubualGuru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, penjaga, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temubual sesuai digunakan untuk tujuan ini.

Soal SelidikBorang soal selidik merupakan satu alat penyelidikan yang kerap digunakan dalam kajian tinjauan. Soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan-soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau skala kadar. Soalan bebas-jawab ialah soalan isikan tempat kosong; soalan senarai semak ialah soalan jenis Thurston di mana subjek hanya memberi jawapan dengan menanda salah satu pilihan jawapan; dan soalan skala kadar menggunakan kaedah Lokert di mana responden memilih jawapan daripada satu kontinuun (esktrem ke ekstrem).

Tujuan borang ini untuk mendapat maklumat tentang latar belakang responden. Sekiranya borang soal selidik diedarkan secara sendiri oleh pengkaji kepada kumpulan sasaran, maka pengkaji dapat menjelaskan tujuan kajian dan menerangkan sebarang kekeliruan dalam soal selidik yang ditimbulkan oleh pihak responden. Soalan-soalan yang ditulis mestilah memberi makna yang sama kepada responden.

2.2 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, proses pentaksiran dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang berguna untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematis. Penaksiran sangat penting kepada guru dalam bilik darjah bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran khasnya kepada murid-murid pemulihan. Sehubungan itu, guru perlu memilih kaedah dan prosedur yang sesuai bagi membantu melaksanakan penaksiran dengan berkesan dan mencapai matlamat ditetapkan.

Latihan 2

Rujukan pada satu fail individu murid. Di bahagian depan fail biasanya terdapat borang yang merekodkan butir-butir peribadi dan latar belakang murid. Kaji format borang itu dan bandingkan dengan suatu borang lain yang disediakan dalam buku pentaksiran. Buat penambahbaikan borang yang digunakan di sekolah dan jelaskan apa yang telah anda lakukan dan kenapa anda lakukan.Rujuk juga kepada beberapa laporan kesihatan/ perubatan murid. Adakah laporan yang diberikan dapat membantu anda dalam perancangan pengajaran anda? Beri komen atau cadangan yang bermanfaat berkaitan bagaimana laporan kesihatan/ perubatan murid boleh dibuat supaya ia akan menjadi lebih berguna kepada guru.

2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS

2.0SINOPSISDalam bab terdahulu, anda telah didedahan dengan konsep dan kepelbagaian cara untuk mendapat dan mngumpulkan maklumat. Bagi bab ini pula, akan memberi pengetahuan kepada anda mengenai proses penaksiran bagi pembelajaran pengamatan daripada aspek penglihatan, pendengaran, kinestetik, taktil dan haptic. Pentaksiran ini dilakukan melalui pemerhatian, tembu bual/ selidik, sampel kerja dan pengujian.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda dapat ;4. Mengetahui masalah-masalah murid dalam pembelajaran peringkat asas.5. Mentaksir kebolehan pembelajaran asas murid-murid melalui proses pengamatan, konsepsualisasi dan orgasnisasi dan pemprosesan maklumat.6. Merancang pengajaran dan pembelajaran melalui pentaksiran dan intervensi melalui pentaksiran yang dijalankan.

2.2PENGENALAN

Proses pembelajaran akan berlaku dengan melibatkan tiga proses kognitif iaitu proses penumpuan, pengamatan dan tanggapan. Terdapat hubungan fungsi-fungsi organ deria dengan fungsi mental dalam proses pembelajaran. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui deria dikenali sebagai perasaan iaitu apa yang kita rasai. Perasaan ini dihantar kepada otak melalui system saraf supaya diproses dan difahami. Segala fungsi mental yang terlibat dalam proses yang dialami dikenali sebagai proses kognitif. Dalam semua mata pelajaran, pelajar sentiasa belajar membentuk pelbagai konsep sama ada konsep konkrit ataupun konsep abstrak. Pembentukan konsep-konsep ini berasaskan pembentukan pelbagai pengamatan. Pengamatan hanya terbentuk apabila ada penumpuan pelajar pada perkara yang dipelajarinya, sedangkan penumpuan hanya berlaku apabila ada kesedaran pelajar pada rangsangan yang diterimanya. Secara mudahnya, penumpuan, pengamatan dan tanggapan merupakan tiga proses kognitif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

2.3. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBACAAN ASAS

Pentaskiran untuk pembelajaran oleh guru bertujuan untuk mendapatkan informasi bagi mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaskiran jenis ini memerlukan cara dan kaedah kebiasaan (indiosinkratik) pembelajaran pelajar dan mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh pelajar. Kebolehan murid-murid menguasai pembelajaran asas dipengaruhi oleh :i. Pengamatanii. Konsepsualisasi dan Organisasiiii. Kepantasan Pemprosesan Maklumat

2.3.1. Melalui Pengamatan

Proses pengamatan membolehkan seseoran itu memahami apa yang sedang berlaku dalam persekitarannya. Beberapa orang yang memerhatikan perkara yang sama mungkin member tafsiran berbeza mengenainya. Oleh itu, pengertian mereka berbeza. Dengan demikian, setiap orang mempunyai perilaku yang berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanya alat yanh membantu proses pengamatan. Kebanyakan orang tersalah anggap berkaitan dengan pengamatan. Pengamatan pada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dilihat dengan matra, sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia.

Hilgard dan Artkinson (1975) mentakrifkan pengamatan sebagai proses yang membawa kepada kesedaran manusia pada benda-benda ataupun objek-objek, pada kualiti ataupun pertalian yang berlaku melalui organ-organ deria. Walaupun sifat-sifat objek yang diamati itu dirakamkan oleh mental seperti gambaran asalnya, pentafsiran orang yang mengamatinya dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman lampaunya dan ini menyebabkan proses pengamatan itu bukanlah semata-mata merakamnkan secara pasif apa yang sedang dialami oleh organ-organ deria itu. Menurut Child D. dalam bukunya Psychology and the Teacher, penganalisisan perasaan secara dalaman yang dilakukan oleh otak atau mental dipanggil pengamatan. Bagi Malcom Hardy dan Steve Heyes (1985), maklumat yang datang daripada organ-organ deria perlu terlebih dahulu diorganisasikan dan diinterpretasikan sebelum dapat difahami dan proses ini dinamakan pengamatan. Tidak semua maklumat yang masuk dalam organ pancaindera pada suatu masa dirasakan secara sedar.

Kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran asas dipengaruhi oleh pengamatan yang melibatkan penglihatan, pendengaran, kinestetik, taktik dan haptic. Pengamatan penglihatan merujuk kepada kebolehan membezakan atau mengasingkan secara visual akan persamaa dan perbezaan yang ada pada objek-objek. Pengamatan visual ini meliobatkan deria pengliahatan iaitu mata. Mata merupakan elemen penting dalam membuat pengamatan khususnya yang mempunyai kaitan dengan apa yang dapat dilihat. Deria mata mampu mengesan warna, bentuk, saiz, pola, kedudukan dan sebagainya. Banyak kajian yang dijalankan mendapati, pengamatan visual merupakan aspek yang paling penting. Melaluinya, suatu yang dicerap oleh sensori dapat diukur sama ada member makna kepadanya atau tidak.

Beberapa kajian bertujuan membuktikan kewujudan ingatan ikonik dijalankan. Kajian awal dilakukan oleh Sperling (1960), melalui eksperimen yang dikenali sebagai Eksperimen Sperling. Melalui eksperimen ini, Sperling menunjukkan tayangan selama kira-kira 0.05 saat iaitu beberapa set sembilan huruf seperti yang berikut kepada subjeknya ;

RGC

LXN

SBJ

Selepas itu, subek diminta mengingat dan melaporkan sebanyak mungkin huruf daripada setiap set. Keputusan eksperimen ini menunjukkan secara purata subjek dapat mengingati empat ataupun lima huruf sahaja daripada setiap set. Selain daripada huruf yang diingati dan dilaporkan itu, subjek juga menyatakan mereka melihat huruf-huruf lain. Bagaimanapun, subjek mendapati beberapa huruf yang pernah dilihat itu pudar dengan begitu cepat sebelum sempat ia dilaporkan. Keputusan ini memberikan penjelasan kegagalan subjek melaporkan semula Sembilan huruf apabila mereka diminta berbuat demikian. Masa melebihi satu saat diperlukan bagi subjek melaporkan kesemua Sembilan huruf. Selepas meninjau, mengecam dan melaporkan empat ataupun lima huruf, subjek mendapati huruf lain yang belum dilaporkan itu pudar daripada ingatan kederiaan mereka.

Pengamatan pendengaran melibatkan deria pendengaran iaitu bunyi. Manusia dapat membezakan pelbagai bunyi yang wujud di dunia ini. Malah dengan maklumat-maklumat bunyi-bunyian ini, manusia dapat mencipta pelbagai variasi bunyi yang bernada tinggi, sederhana dan rendah. Kebolehan manusia mengekalkan maklumat dalam ingatan ekoik dikaji oleh Darwin, Turbey dan Crowder (19772), melalui teknik laporan separa seperti yang direka bentuk oleh Sperling melalui kajiannya berkaitan dengan ingatan Ekonik. Melalui eksperimen ini, Darwin dan rakannya mengemukakan tiga set angka berlainan daripada tiga arah berlainan kepada sekumpulan subjek iaitu daripada kiri, kanan dan hadapan. Selepas ketiga-tiga set dikemukakan, mereka mengemukakan pula satu tanda saran (dalam bentuk rangsangan penglihatan) menyatakan kedudukan set angka yang perlu diulang sebut oleh subjek. Sekiranya tanda saran itu dikemukakan selepas sahaja angka dibunyikan, kebanyakan subjek dapat mengulangi dengan tepat angka yang diterima daripada arah yang diisyaratkan melalui tanda saran.

Pengamatan kinestetik melibatkan deria rasa, baud an sentuhan. Ia penting sebagai pengimbang kepada pengamatan auditori dan visual.

2.2.2. Kepantasan Pemprosesan Maklumat

Secara umumnya, kepantasan pemprosesan maklumat dipengaruhi oleh tiga komponen iaitu ;

i. Deria (Sensory Register)ii. Ingatan Jangka Pendekiii. Ingatan Jangka Panjang

INGATAN JANGKA PENDEK Komponen di mana maklumat terhad disimpan selama beberapa saat sahaja 7 (+/- 2) item/chunk Apabila melebehi had maklumat baru akan mengganti maklumat lama (lupaan berlaku) Dikenali sebagai ingatan aktif (working memory) Menerima maklumat dari deria & Ingatan Jangka Panjang

INGATAN JANGKA PANJANG Penyimpanan yang kekal Tiga bahagian ingatan jangka panjang Ingatan Episodik Penyimpanan imej Ingatan Semantik - Penyimpanan fakta, konsep, prinsip, kemahiran penyelesaian masalah, strategi pembelajaran -Disimpan secara schemata Ingatan Prosedural Bagaimana membuat sesuatu

Kebolehan dan kepantasan dalam pemprosesan maklumat dapat dilihat dalam Cart I.

CARTA 1

Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepada kepantasan dalam pemprosesan maklumat iaitu ;i. Pengalamanii. Kejelasan Tugasaniii. Jangkaaniv. Penumpuan

Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan tajuk di atas di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

36