14
Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak Sejak tiga minggu yang lalu, kita dipaparkan dengan pergolakan yang berlaku di Turki. Menyebabkan nama Turki dan Perdana Menterinya Reccep Tayyib Erdogan meniti di media-media cetak, internet maupun di TV. Penentangan rakyat terhadap cadangan pembinaan replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang pernah menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniyyah akhirnya mencetuskan huru-hara negara. Perhatian ! Anda boleh "SHARE" artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Send

1 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

j

Citation preview

Page 1: 1 2

Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak

Sejak tiga minggu yang lalu, kita dipaparkan dengan pergolakan yang berlaku di Turki. Menyebabkan nama Turki dan Perdana Menterinya Reccep Tayyib Erdogan meniti di media-media cetak, internet maupun di TV. 

Penentangan rakyat terhadap cadangan pembinaan replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang pernah menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniyyah akhirnya mencetuskan huru-hara negara.

Perhatian ! Anda boleh "SHARE" artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda.

SendSend

Di manakah kedudukan Turki di peta dunia, sejarah dan kepentingan Turki sebagai sebagai negara sekular dari segi perlembagaan tetapi mempunyai 97% penduduk beragama Islam. Peranan yang

Page 2: 1 2

dimainkan oleh Turki dalam arena politik antarabangsa dan serantau, kekuatan fizikal ketenteraannya bagi mengimbangi percaturan politik dan kuasa-kuasa besar dan peranan tentera dalam pentadbiran negara.

Pengembangan ekonomi dan kesejahteraan sosial yang menjadi pemangkin kepada keseluruhan pembangunan Turki di bawah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menjadinya berjaya memerintah untuk penggal ketiga berturut-turut. Namun apakah yang menjadi penyebab rakyat bangun bergerak di jalanraya membantah AKP dan Erdogan.

Apa pula hubung kaitnya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar Ibrahim yang menjadikan Erdogan sebagai mentornya. Apakah ada persamaan atau hanya secara kebetulan dengan perhimpuanan Backout 505. Bezanya parti idola Anwar Ibrahim di Turki itu membanteras demontrasi rakyat dengan pancutan meriam air dan gas pemedih mata oleh polis serta mencederakan ramai orang. Manakala PKR pula berada di pihak pembangkang di Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram tidakpun diperlakukan sedemikian. Namun belum terkeluar apa-apa kenyataan dari PKR yang menempelak cara Erdogan menangani isu tersebut. Apakah ada double standard ?

Saya akan cuba untuk mengupas sebaik mungkin dari pebagai sudut agar rangkuman itu dapat dikaitkan antara satu sama lain. Anda boleh Klik pada gambar untuk membesarkan imej.

Page 3: 1 2

 Dari segi geografinya, kedudukan Turki agak unik. Di sebelah baratnya yang dipisahkan oleh Laut Marmara merupakan sempadan yang membahagikan antara Asia dan Eropah. Namun 97% daripada keluasannya berada di Semenanjung Anatolia yang bersambung dengan negara-negara Balkan dan Asia Barat. Cuma 3% sahaja yang menghampiri Eropah.  

Ia bersempadanan dengan 8 buah negara iaitu, Bulgaria di barat laut, Greece di barat, manakala Georgia, Armenia serta Azerbaijan di timur laut; Iran di timur dan Iraq serta Syria di tenggara. Ia juga dikelilingi oleh laut-laut seperti laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat dan Laut Mediterranean di selatan.

Dengan dipengarahui oleh Laut Mediteranean maka iklimnya lebih berbentuk Mediterranean yang mempunyai ciri-ciri panas yang sederhana dan sejuk yang tidak melampau. Sebab itulah Turki menjadi salah satu destinasi pelancungan yang ulung di dunia. Ditambah pula dengan tinggalan kepelbagaian tamadun Rom dan Uthmaniyyah yang masih lagi dapat dilihat sehingga hari ini, maka tarikan tersebut menjadikan Turki sebagai destinasi yang sentiasa menggamit pelawat-pelawat asing untuk datang ke Turki.

Page 4: 1 2

Meninjau sejarah Turki, ianya bermula sebelum Masehi lagi. Namun tamadunnya sering dikaitkan dengan orang-orang Yunani yang menduduki wilayah ini sekitar 1200 SM. Salah satu kota yang menjadi bahan penceritaan ialah Byzantium, kemudiannya dinamakan Constantinople dan akhir sekali dinamakan sebagai Istanbul.

Anatolia kemudiannya ditawan oleh orang-orang Parsi pada abad ke 6 SM, dan selepas itu jatuh pula ke tangan Iskandar Agung pada 334 SM. Akhir sekali ditakluki oleh Empayer Rom yang memilih Byzantium selaku ibu kotanya.

Selepas abad ke 11, Kesultanan Seljuk Anatolia yang merupakan asal usul puak Turkik Oğuz  diasaskan dan berkembang sehingga ke Asia Barat. Namun ianya disekat oleh pengaruh Monggol dan akhirnya salah satu kerajaan kecil Turki yang diperintah oleh Uthman I berkembang menjadi Empayer Uthmaniyyah yang memerintah seluruh Anatolia, rantau Balkan dan Levant. Uthmaniyyah melengkapkan penaklukan Constantinople dari Empayer Byzantium.

Namun Empayer Uthmaniyyah beransur mengecil setelah kalah dalam Perang Dunia Pertama. Setelah itu Constantinople diduduki oleh Pihak Berikat yang memenangi Perang Dunia Pertama. Dalam tahun 1922, tentera asing diusir keluar lalu tertubuhnya negara Turki. Parlimen ditubuhkan dan secara rasmi sistem kesultanan dibubarkan, maka berakhirlah 623 tahun pemerintahan Uthmaniyyah. Bermulalah era republik bagi negara Turki.

Page 5: 1 2

Mustafa Kemal menjadi Presiden Turki yang pertama lalu memperkenalkan banyak perubahan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik yang mengamalkan  konsep kenegaraan sekular yang didokong oleh tentera. Sebagai penghormatan kepada Mustafa Kemal, maka parlimen Turki memberi nama kehormat “Ataturk” iaitu Bapa Turki pada tahun 1934.

Turki bijak untuk mencaturkan peranannya dalam ketenteraan dan sebagai power broker di pentas dunia. Dalam Perang Dunia Kedua, Turki bersikap berkecuali tetapi bersekutu dengan Pihak Berikat dan kemudiannya menjadi anggota piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) setelah tamat Perang Dunia Kedua.

Oleh kerana Turki mempunyai bala tentera yang kuat di rantau Balkan dan kedudukannya yang merentasi antara Asia dan Eropah, maka peranan ketenteraannya menjadi pengimbang antara Blok

Page 6: 1 2

Warsaw yang diketuai oleh Soviet Union dan Blok Barat Nato yang diketuai oleh Amerika Syarikat terutama semasa era perang dingin Warsaw-Nato. Dari segi persempadanan benua, walaupun Turki ditakrifkan sebagai negara Asia tetapi ia akhirnya mengangotai pakatan Nato.

Pada awal pemerintahan era republik di Turki yang mengamalkan parti tunggal berakhir pada tahun 1945 dan disusuli oleh zaman peralihan yang huru-hara ke arah demokrasi berbilang parti pada tahun-tahun berikutnya. Ia juga memperlihatkan tentera semakin berkuasa terutamanya dalam beberapa rampasan kuasa tentera dalam tahun 1960, 1971, 1980 dan 1997.

Turki memulakan liberalisasi ekonominya pada tahun 1980an yang akhirnya menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kestabilan politik yang semakin kukuh. Turki juga merupakan negara di kalangan negar-negara Islam yang pertama merundingkan kemasukannya dalam komuniti ekonomi Eropah iaitu EU. Di samping itu ia juga menikmati limpahan kemakmuran ekonomi dari negara-negara UE sendiri.

Politik semasa kini diterajui oleh Parti Keadilan Kemajuan, yang dalam bahasa Turki dinamakan

Page 7: 1 2

Adelet ve Kalkinma Partisi  (AKP). Presiden negara Turki ialah Abdullah Gul, manakala Perdana Menterinya ialah Recep Tayyip Erdogan.

Parti Keadilan Kemajuan mula memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Kerana ia adalah parti yang lahir dari kompromi antara kekuatan negara sekular yang otoritian dan parti-parti Islam sebelumnya yang sangat anti Barat dan natijah dari penggabungan ini ialah menegakkan negara Islam yang berlandaskan syariah. Namun mereka tidak mahu ia diubah secara drastik kerana ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Maka mereka memfokuskan  yang utamanya dahulu.

Kemajuan ekonomi, meningkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat. Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama hak asasi manusia dan demokrasi. Beliau mahu rakyat Turki bangkit dan sedar bahawa Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam terutamanya semasa Empayer Uthmaniyyah. Erdogan mahu mengetengahkan idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki tetapi mendapat tentangan dari puak berhaluan kiri.

Page 8: 1 2

Kejadian protes rakyat yang berlaku di Turki kini sebenarnya adalah faktor pertembungan ideologi sosiolisme vs kapatalisme dan kemalisme vs Islamilisma. Ia memang telah lama terpendam di sanubari rakyat Turki yang cuma memerlukan masa, peluang dan sumbu peledak serta hasutan dari media-media terutamanya dari pembangkang. 

Parti pembangkang Turki ialah Cumhuriyet Halk Partisi (CHP) ialah jelmaan parti Halk Firkasi (People’s Party) yang diasaskan oleh Mustafa Kemal pada tahun 1923. Pengikut parti ini dikenali sebagai kemalisme. Merekalah yang dikatakan sebagai pemprotes yang mendepani kepimpinan Erdogan masa ini. 

Page 9: 1 2

Turutan peristiwa ini ialah dengan cadangan kerajaan ingin mengubah landskap Gezi Park,iaitu sebuah taman di Istanbul untuk mendirikan replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniyyah satu massa dulu. Bangunan asalnya telah dirobohkan pada tahun 1940 oleh parti pemerintah aliran kemalisme yang menjadikan pusat niaga.

Namun bantahan yang pada asalnya berlangsung aman bertukar agresif dan beribu-ribu penunjuk perasaan mula memenuhi Taksim Square dan akhirnya merebak ke tempat-tempat lain. Tindakan polis dengan menembak meriam air, melepaskan gas pemedih mata dan penahanan yang ramai di kalangan penunjuk perasaan, telah mengubah senario dengan bantahan anti –kerajaan yang ganas dan terbesar sekaligus mencabar kuasa Erdogan.

Bagaimanapun Erdogan menuduh alasan itu hanyalah helah pihak asing termasuk Amerika

Syarikat dan media-media barat serta parti pembangkang negara itu iaitu CHP untuk mengujudkan Turki Spring bagi menumbangkan kerajaan.

Page 10: 1 2

Disamping itu juga Erdogan tidak menyenangi media-media dalam negeri yang sering mengkritik pentadbirannya. Malah ada laporan yang mengatakan bahawa Turki adalah negara tertinggi yang memenjarakan para wartawan.

Ini memandangkan CHP sering berbalah dengan AKP dalam banyak hal. AKP berusaha untuk menerapkan syariat Islam dalam pemerintahannya, tetapi mendapat tentangan golongan sekular dan sosialis dari puak CHP.  Sebelum kajadian bantahan ini terjadi, pada 24hb Mei yang lalu, Erdogan meluluskan satu bil yang menghadkan pengiklanan dan jualan minuman berakhohol di Turki. Bil tersebut turut melarang penjualan minuman berakhohol di tempat yang berdekatan dengan masjid dan pusat-pusat pendidikan, selain mengenakan penalti yang lebih keras terhadap pemandu yang dalam keadaan mabuk.Namun banyak pihak mempercayai bahawa undang-undang menghadkan peminuman berakhohol itu hanyalah sumbu peledak yang sekian lama dipendam oleh rakyat terutamanya dari puak CHP yang masih kukuh dengan ideologi sekular. Maka saat-saat yang ditunggu meletus setelah kerajaan mencadangkan pembinaan replika berek tentera era Uthmaniyyah di Gezi Park.

Page 11: 1 2

Apa yang berlaku di Turki itu mengaitkan dengan situasi sama yang berlaku di negara kita apabila Anwar Ibrahim mengadakan beberapa siri perhimpuanan haram dan menggunakan media sosial untuk berkempen bagi menjatuhkan kerajaan.Cukup menarik ialah apabila Anwar Ibrahim pernah mendakwa dirinya telah ditawarkan menjadi penasihat Erdogan dan Presiden Turki, Abdullah Gul.Tindakan tegas Erdogan dalam menghadapi penunjuk perasaan jelas membuktikan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara melalui media sosial berkempen untuk menjatuhkan kerajaan dan menggunakan protes jalanan serta perhimpuanan haram sebagai menghalalkan cara yang salah itu. Namun tindakan Anwar Ibrahim menyonsang arus itu juga tidak disepakati oleh ahli-ahli gabungan Pakatan Rakyat khususnya parti Pas.Tindakan yang dilakukan oleh Erdogan jauh lebih keras daripada apa yang dilakukan oleh pihak polis di negara kita dalam menangani perhimpunan haram yang jelas melanggar Akta Perhimpunan Awam 2012. Namun sehingga hari ini, belum pernah terdengar dari blok Anwar Ibrahim menempelak cara yang dilakukan oleh Erdogan itu sebagai menghapuskan hak asasi manusia seperti yang sering dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim samada di dalam

Page 12: 1 2

negara atau di pentas dunia. Ini kerana meludah ke langit, jatuh ke batang hidung sendiri !Berdasarkan senario AKP di Turki yang memerintah hari ini, jika dipindahkan pula kekuasaan tersebut di negara kita, yakni PKR dan sekutunya adalah di pihak pemerintah.  Jika berlaku penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar pemerintah, apakah PKR dan sekutunya akan berbuat tindakan yang sama dengan menghalakan meriam air, gas pemedih mata serta menahan mereka dengan bantuan polis ? Apakah mereka akan mengatakan tinadakan polis itu sebagai wajar demi melindungi kerajaan yang diperintah secara sah ?Sebenarnya dunia politik adalah kekuasaan. Kita akan mempertahankan kekuasaan itu dan menggunakan apa jua undang-undang yang memihak kepadanya. Ini bukan sahaja berlaku antara parti A yang memerintah dengan parti B yang menjadi pembangkang. Malahan antara parti B yang menjadi pembangkang sekalipun akan mempertahankan kelompoknya sendiri. Percaturan dalaman seperti pemilihan PKR dahulu yang memperlihatkan “kerusi terbang”  dan pelbagai manipulasi yang melampau. Jadi dimanakah justifikasinya bahawa memperolehi kekuasaan itu adalah dengan lurus bendul dan sebersih buih yang putih tanpa dicalari oleh unsur-undur negatif.    Turki yang walaupun kini bergolak, namun ia hanyalah satu proses demokrasi dan percubaan pihak pembangkang untuk memanupulasi isu yang bertujuan untuk menaikkan imej parti dan kelompak sendiri. Dikatakan sebahagian besar penunjuk perasaan adalah dari puak-puak CHP yang mendokong sekularisma di mana kebebasan mereka kini dirantai oleh undang-undang yang cuba dibawa oleh parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan.