7
FRIDAY, NOVEMBER 7, 2008 Apa itu kata Singkatan dan Akronim? Salah satu daripada aspek morfologi bahasa Melayu adalah bentuk perkataan yang terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal ialah kata yang tidak mempunyai apitan, imbuhan dan gandaan tetapi hanya terdiri daripada kata dasar. Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51) secara umumnya akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar, iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terdiri daripada beberapa bahagian antaranya kata akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir menyerupai kata singkatan. Tetapi berbeza dari segi proses pengujaran dan penulisannya. Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Sungguhpun akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu kata yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Akronim melibatkan percantuman bahagian- bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru (Tatabahasa Dewan, 1993:52). Secara umumnya akronim boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kata yang dipendekkan dengan menggabungkan atau mencantumkan beberapa huruf yang terdapat pada perkataan tersebut. Akronim bertujuan untuk memudahkan penutur semasa mengujarkan perkataan yang panjang sepeti nama pertubuhan sesuatu badan atau organisasi dan perkataan tersebut dapat memberikan makna dan difahami oleh khalayak. Akronim juga

1 konsep

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: 1 konsep

FRIDAY, NOVEMBER 7, 2008

Apa itu kata Singkatan dan Akronim?

Salah satu daripada aspek morfologi bahasa Melayu adalah bentuk perkataan yang terdiri

daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal ialah kata

yang tidak mempunyai apitan, imbuhan dan gandaan tetapi hanya terdiri daripada kata

dasar. Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51) secara umumnya akronim tergolong

dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar, iaitu bentuk yang tidak

menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terdiri daripada beberapa

bahagian antaranya kata akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir menyerupai kata

singkatan. Tetapi berbeza dari segi proses pengujaran dan penulisannya. 

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) akronim ialah kata singkatan

yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal

dan suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Sungguhpun akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu kata

yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Akronim

melibatkan percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk

membentuk satu perkataan baru (Tatabahasa Dewan, 1993:52). 

Secara umumnya akronim boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kata yang dipendekkan

dengan menggabungkan atau mencantumkan beberapa huruf yang terdapat pada

perkataan tersebut. Akronim bertujuan untuk memudahkan penutur semasa mengujarkan

perkataan yang panjang sepeti nama pertubuhan sesuatu badan atau organisasi dan

perkataan tersebut dapat memberikan makna dan difahami oleh khalayak. Akronim juga

dilafazkan dengan mengikut suku kata setelah perkataan tersebut diakronimkan.

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) menyatakan akronim ini boleh

dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

disingkatkan. Permulaan huruf yang diambil hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf

besar. Contohnya, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) dan Angkatan Belia Islam

Malaysia (ABIM)

Jenis akronim yang kedua adalah gabungan huruf awal sesuatu perkataan atau suku kata

pertama perkataan tersebut yang ditulis dengan menggunakan huruf kecil keseluruhannya.

Contohnya, taman bimbingan kanak-kanak(tabika) dan cerita pendek(cerpen). Jenis akronim

yang ketiga adalah gabungan huruf awal atau suku kata sesuatu perkataan dan berfungsi

Page 2: 1 konsep

sebagai satu kata nama khas. Kata nama khas ini ditulis bermula dengan huruf besar .

Contohnya, Berita Nasional Malaysia (Bernama),Perbadanan Nasional (Pernas) dan Institut

Tadbiran Awam Negara (Intan)

Menurut Asmah Haji Omar (1986:24) akronim terbahagi kepada tiga iaitu menggabungkan

suku kata pertama dan suku kata kedua unsur. Gabungan antara kedua-dua suku kata ini

dapat membentuk satu perkataan yang mempunyai makna. Contohnya, habis kikis

diakronimkan menjadi hakis dan asap kabut diakronimkan menjadi asbut.

Jenis akronim yang kedua adalah dengan menggabungkan unsur-unsur dengan cara

memendekkan unsur pertama dan mengekalkan huruf perkataan kedua tanpa

membuangnya. 

Jenis akronim yang ketiga adalah gabungan kata depan dengan memendekkan unsur

kedua pada bahagian awalnya. 

Asmah Haji Omar menyatakan proses akronim boleh dilakukan bergantung kepada

kesesuaian dan kesedapan bunyi ayat tersebut. Walau bagaimanapun, konsep yang

dinyatakan oleh Asmah Haji Omar adalah salah dari aspek makna perkataan tersebut.

Perubahan makna ini boleh menyebabkan kekeliruan. Contohnya perkataan ‘ke masa kini’

diakronimkan menjadi ‘kemaskini’ yang dapat dilihat pada muka surat tiga. Perkataan ‘ke

masa kini’ membawa maksud pada hari tersebut atau hari ini manakala ‘kemaskini’ pula

membawa maksud semak semula atau rekod semula. Walaupun mengalami proses

akronim, tetapi maksud perkataan tersebut telah mengalami perubahan dan menimbulkan

kekeliruan yang menjadi permasalahan dalam proses akronim jika menggunakan konsep

Asmah Haji Omar.

Menurut Mansoer Pateda (1995:168) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur

mewujudkan satu bentuk kata. Walaupun kata singkatan hampir menyerupai kata akronim,

tetapi ia mempunyai banyak perbezaannya. Perlulah diingatkan bahawa akronim berbeza

daripada singkatan. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan

manakala akronim adalah gabungan perkataan. Proses singkatan tidak melibatkan

gabungan.

Sekiranya diperhatikan secara mendalam dan terperinci, kata singkatan ini kebanyakannya

dipengaruhi oleh masyarakat dalam penggunaannya untuk berkomunikasi. Setiap perkataan

yang disingkatan haruslah difahami oleh khalayak umum supaya mesej yang ingin

disampaikan dapat difahami. Kata singkatan ini adalah proses pembuangan huruf dalam

beberapa perkataan dan diujarkan secara satu persatu mengikut ejaan huruf.

Page 3: 1 konsep

Kata singkatan sebenarnya melibatkan pembuangan huruf yang terdapat dalam beberapa

perkataan. Singkatan terbahagi kepada beberapa jenis yang melibatkan pembuangan huruf

antaranya adalah singkatan perkataan yang melibatkan enam perkataan seperti bilangan

disingkatkan menjadi bil, dan perkataan yang tidak boleh disingkatkan sehingga satu huruf

dan telah utuh dalam penggunaannya seperti perkataan halaman disingkatkan menjadi h.

Walau bagaimanapun, kata singkatan ini sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kata

singkatan kerana kata-kata yang telah disingkatkan ini lebih kepada bentuk tulisan. Kata-

kata ini ditulis dalam penulisan novel, majalah, komik dan sebagainya untuk menjimatkan

ruang dan masa.

Kata akronim dan kata singkatan mempunyai banyak perbezaannya. Perbezaan yang paling

ketara adalah cara pengujarannya. Akronim diujar berdasarkan suku kata atau disebut

dalam satu atau lebih ujaran. Tetapi kata singkatan diujarkan berdasarkan huruf dan

diujarkan secara satu persatu seperti PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) tidak

diujarkan sekali gus tetapi disebut satu persatu berdasarkan huruf pertama setiap

perkataan. Walau bagaimanapun, kata akronim dan kata singkatan ini mempunyai

persamaan antaranya mempunyai persamaan dari segi gabungan dan percantuman huruf

pertama dalam perkataan. Percantuman dan gabungan berlaku semasa proses akronim

dilakukan bukan hanya melibatkan satu huruf yang pertama sahaja malah melibatkan

gabungan suku kata dan huruf. Oleh itu, pelbagai konsep dan penggunaan kata akronim

dan singkatan diutarakan oleh ahli pakar bahasa.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dilakukan, didapati bahawa kata akronim

sebenarnya tidak menyerupai kata singkatan. Kata akronim adalah tergolong dalam kata

tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. Oleh itu, sudah jelas

kata akronim dan kata singkatan adalah berbeza. Selain itu, apabila sesuatu perkataan

diakronimkan dan hasil perkataan tersebut adalah mudah untuk diujarakan manakala kata

singkatan adalah perkataan yang telah disingkatakan dan sukar untuk diujarkan (Mansoer

Pateda,1995:168). Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007) akronim harus dibezakan

daripada singkatan. Persamaan antara kedua-duanya ialah kedua-duanya melibatkan

gabungan atau cantuman huruf pertama dalam beberapa perkataan. 

Nik Safiah Karim et al. (2005:171) menyatakan akronim jenis kedua adalah gabungan huruf

awal sesuatu perkataan atau awalan suku kata perkataan tersebut yang ditulis dengan

menggunakan huruf kecil keseluruhannya dengan memberikan contoh cerpen sebagai

akronim jenis kedua. Berdasarkan definisi yang dinyatakan, jenis akronim yang kedua

Page 4: 1 konsep

menyatakan gabungan awal suku kata setiap perkataan. Walau bagaimanapun, dalam

contoh yang diberikan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Cerpen sebenarnya

berasal dari perkataan cerita pendek. Oleh itu, perkataan sebenar yang diakronimkan

mengikut peraturan jenis kedua ini adalah cepen dan bukannya cerpen. Hasil daripada awal

suku kata pertama setiap perkataan yang diakronimkan. Sepatutnya, jenis perkataan ini

diasingkan dan diberi nama atau jenis baru iaitu pengekalan tiga huruf pertama dan suku

kata bagi perkataan kedua.

Perkataan cerpen adalah mengikut konsep jenis kedua Asmah Haji Omar iaitu pemendekan

kata akronim tidak ditentukan oleh kriterium tetapi bergantung kepada kesesuaian atau

kesedapan ayat tersebut. Jika cerita pendek diakronimkan menjadi cepen mengikut konsep

dalam Tatabahasa Dewan, ianya tidak menimbulkan keserasian atau kesesuaian dalam

ayat. Malah, ianya akan menyukarkan penutur untuk menutur perkataan tersebut. Oleh itu,

konsep yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan adalah saling berkaitan dengan konsep

Asmah Haji Omar.

Jenis akronim yang pertama juga sama dengan jenis akronim yang kedua, tetapi bezanya

jenis ini berfungsi sebagai kata nama khas dan ditulis bermula dengan huruf besar.

Perkataan Universiti Pendidikan Sultan Idris apabila diakronimkan akan menjadi UPSI.

Walau bagaimanapun, pengambilan suku kata pertama bagi setiap perkataan tidak

mematuhi peraturan jenis pertama dalam Tatabahasa Dewan iaitu gabungan huruf awal

yang disingkatkan. Jika kata nama khas tersebut mematuhi peraturan jenis pertama, hasil

daripada proses akronim adalah upensulid.

Kata singkatan yang dinyatakan oleh kebanyakan buku adalah dalam bentuk penulisan dan

bukan dalam bentuk singkatan yang diselaraskan. Kata singkatan adalah perkataan yang

disingkatkan dan sukar untuk diujarkan seperti perkataan JBA dan b.p. Terdapat kekeliruan

contohnya dalam Sulaiman Masri et al. (2006:156), menyatakan mindef dan bernas adalah

kata singkatan yang berasal daripada perkataan ministry of defence dan Beras Nasional.

Menurut Mansoer Pateda (1995:168), perkataan singkatan yang telah disingkatkan adalah

sukar untuk diujarkan. Oleh itu, kata singkatan ini adalah salah dari segi hukum

penyingkatan. Perkataan Mindef dan Bernas sepatutnya tergolong dalam kata akronim dan

bukannya dalam kata singkatan. Bernas adalah perkataan yang diujarkan tanpa

menyukarkan penuturnya menutur perkataan tersebut. Oleh itu, kata singkatan adalah kata

yang terdiri daripada beberapa huruf dan diujar satu persatu tanpa membentuk suku kata

contohnya Barisan Nasional disingkatan menjadi BN.

Page 5: 1 konsep

Secara ringkasnya, singkatan atau kependekan ini digunakan untuk mengenal bentuk yang

diringkaskan. Bentuk yang diringkaskan haruslah difahami oleh khalayak supaya mesej

yang ingin disampaikan dapat difahami. Penggunaan kata singkatan dalam teks atau apa-

apa artikel contohnya seperti akhbar dan novel adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang.

Selain daripada itu juga kata singkatan berfungsi untuk mengeratkan hubungan sosial dalam

kalangan masyarakat. Penggunaan kata singkatan jelas dapat dilihat dalam penulisan novel

atau skrip drama yang menggunakan bahasa harian untuk menggambarkan emosi,

suasana, tempat dan watak seseorang pelakon. 

Kata akronim pula terbentuk daripada huruf-huruf yang terdapat dalam pekataan yang ingin

diakronimkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pakar bahasa.

Ringkasnya, akronim berbeza dengan singkatan dari dua aspek iaitu akronim adalah

komponen kata tunggal manakala kata singkatan tidak. Kedua adalah perkataan yang telah

diakronimkan mudah untuk diujarkan seperti tabika dan kugiran manakala kata singkatan

sukar untuk diujarkan walaupun telah mengalami proses pemendekkan contohnya UKM dan

KL.

Hasil daripada penelitian, dapat disimpulakan bahawa kata singkatan dan kata akronim

adalah berbeza. Perbezaan pendapat atau konsep yang diutarakan oleh pelbagai ahli

bahasa sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan saling berkaitan anatara satu sama

lain. Walau bagaimanapun, ada kesilapan atau kekeliruan apabila menggunakan konsep

yang diutarakan oleh ahli pakar bahasa ini tetapi masih berakar umbi pada punca yang

sama. Kedua-dua kata ini masih melibatkan pemendekan, gabungan, pembuangan dan

percantuman huruf dalam beberapa perkataan.

OLEH ASRUL @ ABG ALOHA PADA 12:48:00 AM