9
UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY HUBUNGAN ETNIK MPU3113 LOGO 1 MALAYSIA Lecturer Name: Group: 2ME1 Name: Aida Hanani binti Aziz 53211114335 Bachelor of Mechanical Engineering (BME) University Kuala Lumpur (UniKL) Malaysian Institute of Aviation Technology (Miat)

1 Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGYHUBUNGAN ETNIKMPU3113LOGO 1 MALAYSIALecturer Name:Group: 2ME1Name: Aida Hanani binti Aziz 53211114335Bachelor of Mechanical Engineering (BME)University Kuala Lumpur (UniKL)Malaysian Institute of Aviation Technology (Miat)

1Malaysiaatau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan olehPerdana Menteri Malaysiakeenam, Datuk SeriNajib Tun Razakpada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menujuWawasan 2020serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun DrMahathir Mohamaddan TunAbdullah Ahmad Badawi. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.

SLOGAN 1 MALAYSIA

Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.TahunTema

2009Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010Menjana Transformasi

2011Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2012Janji Ditepati

2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

LOGO 1 MALAYSIALogo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

INISIATIF 1 MALAYSIA Klinik 1Malaysia(2010) Klinik 1Malaysiamerupakan sebuah projekklinikyang telah dilancarkan olehPerdana Menteri Malaysia, Datuk SeriNajib Tun Razakdi Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab kerajaan kepada penduduk miskin di Malaysia.[1] Kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. 50 buah klink dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010. 48 daripada 50 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Bayaran hanya RM1 sahaja. Ia dikendalikan olehPenolong Pegawai Perubatan(PPP) yang dahulunya dikenali sebagai HA/MA. Kerajaan membenarkan PPP memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialahdemam,batukdan menjalani pemeriksaandarahdan tahap kandungangula. Pengerusi lembaga pemegang amanahYayasan 1Malaysia, DrChandra Muzaffarmenyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1Malaysia. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini .Akta Perubatan 1971 membenarkan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan jururawat menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat kerja. Klinik 1Malaysia tidak bertujuan merampas fungsi klinik swasta. Hanya terdapat 3-4 klinik ini di setiap negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berpendapat klinik 1Malaysia amat wajar bagi tujuan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar. Klinik 1Malaysia ditempatkan di kawasan perumahan mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah. Ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti sekolah atau perayaan, .[2] Klinik dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi.Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.[3] Warganegara asing dikenakan bayaran sebanyak RM15

Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia(TP 1Malaysia) ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk SeriNajib Tun Razakpada 31 Januari 2010. Perfkara ini diumumkan semasa Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2010 diDataran Merdeka. Tujuannya bagi membaikpulih dan menyelenggara rumah-rumah kos rendah milik swasta di ibu kota. Tabung itu diperolehi daripada Kerajaan Pusat (RM20 juta), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (RM5 juta), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM10 juta). Firma swasta menyumbang sebanyak RM2.6 juta. Setakat ini jumlahnya ialah RM37.6 juta. Pesanan beliau agar semua penghuni flat atau rumah kos rendah milik swasta supaya bersama-sama menjaga rumah mereka selepas ia diperbaiki.Kerajaan sedia memberi geran tetapi dengan syarat pihak penghuni dan swasta yang turut menganggotainya sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan. Jika pemaju mengeluarkan RM100,000, kerajaan juga akan mengeluarkan RM100,000 untuk menyelenggara dan membaiki rumah kos rendah.[1]

Poskad Impian 1 Malaysia(2010) Poskad `Impian 1Malaysiadilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk SeriNajib Tun Razakpada 4 Februari 2010. Ia hasil kerjasamaRadio Televisyen Malaysia(RTM) danPos Malaysia. Sepuluh impian terbaik akan direalisasikan dalam program televisyen realiti bertajuk 'Impian 1Malaysia - Direalisasikan Bersama Pos Malaysia Bhd'. Rakyat Malaysia boleh membeli poskad di pejabat pos berharga 50 sen dan menulis impian dan harapan mereka berkenaan 1Malaysia. Ia terbuka kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas. Hasil kajian terhadap 220,000 SMS menunjukkan hanya 68% rakyat Malaysia faham tentang gagasan 1Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengutip 5250 data rambang. Sementara Jabatan Penerangan memperolehi 12,212 maklum balas. 81% menyokong dan memahami 1Malaysia. Pertandinganmuralatau seni lukis rakyat 1Malaysia turut diperkenalkan.Semua sekolah, badan bukan kerajaan serta peminat seni lukis boleh menyertainya

Nasi Lemak 1Malaysia(2010) Nasi Lemak 1Malaysiameruakan pertandingan memasak diDataran Merdekapada 13-14 Mac 2010. Ia anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohammed Mohd Daud menyatakan pertandingan itu terbahagi kepada dua - kategori A dan B.Kategori A untuk peserta yang bekerja sebagaichef. Kategori B pula terbuka untuk semua individu. Johan kategori A mendapat wang tunai RM20,000 .Johan kategori B mendapat RM10,000. Pemenang bagi Nasi Lemak 1Malaysia akan dipilih daripada kedua-dua kategori ini. Bayaran penyertaan kategori A iaitu RM1,000 sementara kategori B ialah RM200 .

Komputer Rakyat 1Malaysia(2010) Komputer Rakyat 1Malaysiadilancarkan olehPerdana Menteri Malaysia, Datuk SeriMohd Najib bin Abdul RazakdiSibu,Sarawakpada 12 Mei 2010. Pelancaran itu sempenapilihan raya kecil Sibu 2010. 1,000 unit komputer akan diedarkan untuk anak-anak sekolah, pemimpin masyarakat luar bandar, penduduk rumah panjang . Ia selaras dengan inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). Sebelum ini kerajaan negeriTerengganumemberi 23,077komputer ribakepada murid Tahun 5, hasilwang ihsan.Menteri Besar Terengganu, DatukAhmad Saidmengumumkan kilang pemasangan komputer riba bernilai RM8.5 juta akan dibina di kawasan PerindustrianGong Badak. Kos sebuah komputer ialah RM1300

E-mel 1Malaysia (2011)

Kedai Rakyat 1Malaysia(2011) Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) dirasmikan olehPerdana Menteri Malaysia, Datuk SeriNajib Tun Razakpada tahun 2011. Projek perintis model KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya dirasmikan pada 22 Jun 2011. Turut hadir ialah Datuk SeriIsmail Sabri Yaakobdan pengerusi rangkaian pasar rayaMydin

. Menu Rakyat 1Malaysia(2011) Menu Rakyat 1Malaysiadilancarkan olehPerdana Menteri Malaysia, Datuk SeriNajib Tun Razakpada Julai 2011. Usaha dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk SeriIsmail Sabri Yaakobini mendapat sambutan hangat daripada rakyat kerana harga makanan yang murah . Sehingga November 2011, sebanyak 1,050 kedai dan restoran di seluruh negara terlibat dan bertambah lagi 1000 buah menjelang Disember 2011 RM2.00 - sarapan pagi - roti telur dan teh tarik RM4.00 - makan tengah hari - nasi, satu ketul ayam serta air limau ais

Bantuan Rakyat 1Malaysia(2012)

Perumahan Rakyat 1Malaysia (2012)

1M4U Malaysia(2012) 1M4Umerupakan satu inisiatif darikerajaan Malaysiauntuk menggalakkan lagi penyertaan para belia dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia. Dengan adanya inisiatif ini diharap para belia dapat memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Negara. Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa belia Malaysia boleh membantu serta memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia menjadi destinasi yang lebih baik untuk hidup, bekerja dan bermain. Dalam usaha untuk menangkap imaginasi belia demi memberikan inspirasi dalam merealisasikan impian tersebut, kempen 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) diwujudkan bagi menjalankan aktiviti berkaitan sukarelawan. Aktiviti tersebut bertujuan memberikan manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial yang disasarkan dalam kempen berkenaan. Menerusi kempen ini, 1M4U akan sampai kepada individu sama ada kolektif atau pun tunggal, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor korporat dengan menyelaras usaha menggalakkan kesukarelawanan dari golongan belia. Lebih menarik lagi, 20 personaliti belia telah dinamakan sebagai '1 MALAYSIA AMBASSADORS' yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya. Individu-individu berketrampilan ini telah menyumbang secara signifikan kepada pembentukan negara. Kesemua mereka adalah bintang di dalam bidang-bidang yang mereka ceburi seperti sukan, perniagaan, musik dan aktiviti kemasyarakatan serta merupakan inspirasi kepada belia di negara ini. Tujuan utama 1M4U adlah untuk mengembangkan semangat cintakan negara dan kesukarelawanan dikalangan belia di seluruh Malaysia. Pihak kerajaan menganggarkan 1M4U akan memberikan motivasi kepada belia untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Jika selama ini pencapaian belia hanya dinilai dari segi akademik, kini dengan usaha berterusan kerajaan para belia boleh menceburi kesukarelawan untuk membantu orang ramai dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat Malaysia.[3] Datuk SeriNajib Razakadalah pencetus idea kepad 1M4U dimana beliau telah memikirkan tentang golongan belia yang kurang mendapat apa-apa sambutan dan peruntukan yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti. Pergerakan ini mengajak para belia menggunakan imaginasi dan kreativiti untuk mempromosikan kesukarelawanan