1 PT Konsep Penyelidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian tindakan

Citation preview

  • *KONSEP DAN KAEDAH PENYELIDIKAN

  • *KONSEP PENYELIDIKAN

    Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan?

  • *KONSEP PENYELIDIKANYang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?

    [1] Encik Najib menyediakan kertas kerja penggunaan komputer di sekolah menengah selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian

    [2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran

    [3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain

  • *KONSEP PENYELIDIKAN Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!MENGAPA ?Anda akan tahu apabila anda faham konsep penyelidikan

  • *

    Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:

    Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas dashboard serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan. Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut. Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis). Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulanKONSEP PENYELIDIKAN

  • *KONSEP PENYELIDIKAN Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik. Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik

  • *DEFINISI PENYELIDIKAN Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan

  • *DEFINISI PENYELIDIKAN Kelinger (1964) Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena

  • *DEFINISI PENYELIDIKAN Ahmad Mahdzan (1992)Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan

  • *DEFINISI PENYELIDIKAN Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara. Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis Membina atau merekacipta produk yang baru

  • * APAKAH PENYELIDIKAN?Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah:

    Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitanMembuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji Membuat kesimpulan dan generalisasi

  • *Kenapa kita melakukan penyelidikan?Mendapatkan ijazah Sebagai cabarandalammenyelesaikanmasalah yangtidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)Mendapatkan kepuasan intelektual Mendapatkan produk yang baruKeinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat Mendapat pengiktirafan (kehormatan) Untuk memperbaiki kehidupan sejagatTERPAKSA!!!!

  • * PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain Ia boleh direplikasi (duplicated) Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik dan terikat dengan teori Ia mampu untuk dilaksanakan!!! Ia menjana soalan baru

  • *PENYELIDIKAN YANG BURUK Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai. Plagiat kerja orang lain Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu. Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan.

  • *Soalan yang perlu ditanya (5w)What APA penyelidikan anda?Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?Who SIAPAKAH yang terlibat?Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan?When BILA anda akan melaksankan penyelidikan?

  • *PROSES PENYELIDIKANMengenalpasti masalahSorotan/ Kajian literaturPembentukan masalahMerekabentuk kajianPengumpulan dataPemprosesan dataInterpretasi dataPenulisan laporan

  • *STRUKTUR TESIS/DISERTASIABSTRAKPENGENALANKAJIAN LITERATUR TEORI / METODOLOGIANALISIS DATADISKUSI / PERBINCANGANKESIMPULAN / PENUTUPRUJUKAN / APPENDIK

  • *ABSTRAKAbstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel.Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan

  • *ABSTRAKAbstrakTujuan penyelidikanBagaimana penyelidik mengkaji fenomenaApakah keputusan utama yang diperolehi

  • *SOROTAN LITERATURSorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikanMemberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya.

  • *SOROTAN LITERATURKemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kitaDalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama. Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri

  • *PERANAN KAJIAN LITERATURMenjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilihMemberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikajiMenjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuaiMenjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan

  • *CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIKLengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda.Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

  • *samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIKKritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadiPemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda.

  • * MASALAH PENYELIDIKANSituasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya.Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajianMasalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka

  • *SUMBER-SUMBER MASALAHMedia cetak dan elektronikJournal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikanPemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik laluiMelalui konsep, teori, elemen yang ingin dikajiSumber masalah diperolehi drpd penyelidik berdasarkan pengalamannyaPengalaman individu lainPerbincangan antara individu atau kumpulan

  • *Pertimbangan dalam memilih masalah kajianAdakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan?Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut?Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain?Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi?

  • *Kriteria Pembentukan Masalah PenyelidikanPenyelidikan mampu menambahkan pengetahuanPenyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaianPermasalahan kajian tersebut boleh dikajiSesuai dengan seorang penyelidikBerkaitan dengan masalah terkiniDilakukan dengan etika yg sempurna

  • *Makna Pernyataan MasalahHubungan yang jelas dengan pemboleh ubahMenerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrakBoleh diuji setiap pemboleh ubah

  • *HIPOTESISSatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikanDibentuk selepas objektif wujud

  • *Ciri-ciri hipotesisMenduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubahDinyatakan secara logik, jelas dan terangBerupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau disahkanBersifat khusus bukan umumBerbentuk khusus agar berupaya menjadi panduanTidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etikaSecara konsepsi sahajaAda hubungan dengan teori yang ingin dikajiSpesifik

  • *JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

  • *1. Penyelidikan Asas (basic research)Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang selanjutnyaBiasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa.Mempunyai orientasi yang lebih umumMenambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut

  • * Contoh penyelidikan asasMenjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam persekitaran makmalTujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlakuEksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan

  • *2. Penyelidikan Gunaan (applied research)Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum iniDifokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaanUntuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isu Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi

  • *Contoh penyelidikan gunaanMenjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada. Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli.Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

  • *3. Penyelidikan Penilaian(Assessment Research)Merancang programMenguruskan pelaksanaan dan kesannya.PROSES

  • *Penyelidikan PenilaianDibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian. Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif.Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.

  • *4. Penyelidikan Tindakan(Action Research)

  • *Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh pengamal lokal (local practitioners) Ini adalah jenis penyelidikan gunaanPenyelidikan Tindakan

  • *PENYELIDIKAN KUANTITATIF

  • *PENYELIDIKAN KUANTITATIF

  • *DEFINISI:Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam

    PENGENALAN:dijalankan dalam satu kawasan yang kecil, melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahajaContoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah

    PENYELIDIKAN KUALITATIF

  • *PENYELIDIKAN KUALITITATIFData dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumenMenjawab persoalan berkaitan kenapa dan bagaimana.Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif

  • *PENYELIDIKAN KUALITITATIFData dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumenMenjawab persoalan berkaitan kenapa dan bagaimana.Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    1. Tujuan/ Matlamat

    Kuali: Untuk memahami&mentafsirinteraksisosial .

    Kuanti: Untuk menguji hipotesis, melihat kesan dan akibat dan membuat ramalan

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    2. Pendekatan

    Kuali: Pendekatan yang subjektif kerana ia bertujuan untuk memahami tingkah laku manusia dan sebab-sebab yang mengawal tingkah laku itu

    Kuanti: cenderung untuk mengekalkan objektif kajian yang diasingkan daripada subjek atau perkara

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    3. Kumpulan yang dikaji

    Kuali: kecil dan tidak dipilih secara rawak

    Kuanti: besar dan dipilih secara rawak

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    4. Pembolehubah (variables)

    Kuali: kajian secara menyeluruh dan bukannya pembolehubah

    Kuanti: pembolehubah spefisik sahaja dikaji

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    5. Instrumen Pengumpulan Data

    Kuali: temubual berstruktur dan tidak berstruktur, kumpulan fokus, kandungan atau analisis dokumentari & peserta pemerhatian

    Kuanti: penggunaan medium seperti borang soal selidik, kaji selidik dan medium lain untuk mengumpul data numerik atau data yang boleh diukur

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    6. Jenis Data

    Kuali: perkataan, imej dan objek

    Kuanti: nombor dan statistik

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    7. Hasil

    Kuali: Penemuan tertentu atau khusus yang kurang generalisasi

    Kuanti: Hasil penemuan yang boleh diaplikasi

  • *Kualitatif vs Kuantitatif

    8. Soalan yang ditanya

    Kuali: Kenapa? Bagaimana? Dengan cara yang bagaimana?

    Kuanti: Berapa banyak? Berapa ramai? Seberapa kerap? Sejauh manakah?

  • *Terima kasih