44
1.0 PENGENALAN Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran. Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara. Menurut Kamus Dewan (2005) disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk 1

1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

  • Upload
    hadieu

  • View
    269

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

1.0 PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju

mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik

sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting

kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu

kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan

warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada

melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti

dan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan

diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi,

pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Bagi membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain

penggubalan disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan,

bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara.

Menurut Kamus Dewan (2005) disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan

supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan

untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang telah

ditetapkan. Peraturan pula merujuk kepada segala yang telah ditentukan atau ditetapkan

dan harus diturut dan dipatuhi, ketentuan atau garis panduan yang dibuat oleh kerajaan

berkaitan dengan kuasa dan masyarakat.

Bagi perundangan pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan undang-

undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat sendiri

sebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-undang

yang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara.

1

Page 2: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa

sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman ,

boleh dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab

memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab

tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara

dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

Pendidikan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang terdidik dalam pelbagai

jurusan kehidupan. Ini membolehkan masyarakat yang dilahirkan dapat berfikir secara

matang. Keadaan ini membolehkan mereka mempunyai kemahiran untuk memikul

tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara. Ini akan

menjadikan hasrat pembangunan masyarakat dalam bidang fizikal, material dan

kerohanian dapat dicapai sepenuhnya. Keadaan ini sekaligus dapat menghasilkan

golongan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,

agama, bangsa dan negara.

Berlandaskan tujuan ini matlamat pendidikan negara bertumpu kepada beberapa

aspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik, permodenan dan kefahaman antarabangsa.

Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi

intelek, moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembanagan potensi pelajar pada

tahap yang maksimum. Pendidikan berpusatkan kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti

prinsip perkembanagan psikologi manusia. Harapan yang tinggi adalah untuk melahirkan

pelajar yang mencurahkan taat setia kepada raja dan juga menyintai negara sendiri.

Dari segi sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyai

celik akal dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya dan hidup masyarakat. Ini

dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen yang

positif. Berlandaskan ekonomi, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan

2

Page 3: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonomi

negara.

Bagi politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang

mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi, idealogi

dan idealisme kepimpinan negara. Maruah dan kekuatan bangsa Malaysia adalah

berdasarkan kepada kesedaran dan komitmen yang bersifat kebangsaan dan cintakan tanah

air. Sistem pendidikan hari ini dapat memperkembangkan kefahaman, menerima dan

mengamalkan prinsip demokrasi mengikut perlembagaan.

Bagi aspek permodenan, pendidikan adalah untuk megubah nilai-nilai tradisional

dan konservatif yang bersifat menghalang kemajuan fizikal, material, spiritual dan

pemikiran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif dan integratif. Sistem

pendidikan sekarang menyediakan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira

bangsa dan agama. Pelajar dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang

membolehkan mereka membezakan antara kebenaran dengan yang palsu, fakta, pendapat

dan pemikiran kritis.

Peruntukan juga disediakan dalam sistem pendidikan untuk menyediakan individu

dengan pendidikan sepanjang hayat. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan

perubahan saintifik dan teknologi. Bagi aspek kefahaman antarabangsa, pendidikan adalah

untuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila dunia

merupakan sebuah masyarakat. Corak pendidikan yang ada dapat memperkembangkan

fizikal, mental dan menghargai keindahan alam sekitar.

Berlandaskan kepada matlamat pendidikan negara Falsafah Pendidikan Negara

telah dibentuk untuk menjadi dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang

dilakukan dalam sistem pendidikan, dan seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan

negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf

dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul, kurikulum yang sentiasa mantap

dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3

Page 4: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Falsafah Pendidikan Negara digubal bagi mencapai matlamat yang diingini oleh

masyarakat dan negara. Kementerian pendidikan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan

Negara mencerminkan pernyataan misi yang diharapkan. Matlamat pendidikan adalah

untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan

yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber

tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara, serta memberi peluang pendidikan

kepada semua warganegara Malaysia adalah selari dengan misi iaitu membangunkan

sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia, bagi memperkembangkan potensi

individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Misi

Pendidikan dan Matlamat Pendidikan adalah hasil daripada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang utama bagi setiap aktiviti dan program

pendidikan.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik, bangsa dan agama. Walau

bagaimanapun negara tidak menghadapi masalah dari segi hidup bersama dan bersatu

padu, ini kerana sistem pendidikan yang digunakan tidak membezakan sesuatu kaum dan

etnik, bangsa dan agama. Peluang pendidikan telah diberi sama rata tanpa mengira kaum,

bangsa dan agama. Ini untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam

suasana yang harmoni dan makmur. Corak kehidupan yang baik dapat menyumbang

kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sejajar dengan perubahan paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang semakin

padat, keadaan memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah

melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, berpengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara. Sewajarnya cabaran ini disambut dengan baik walaupun terpaksa menghadapi

kesukaran. Usaha ke arah menjadikan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

pada tahun 2020 amat memerlukan tenaga dan kepakaran di pelbagai peringkat,

pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin serta ketinggian etika.

4

Page 5: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

3.0 DISIPLIN, PERATURAN, DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN.

3.1 DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN

Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat

berita berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku,

deraan, soal akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat ramai orang

berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam dunia

pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak untuk ke sekolah. Akan tetapi

aspek perundangan dalam pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini

penting untuk semua pihak iaitu para pendidik, ibubapa mahupun pelajar.

Sebagai langkah ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara Kementerian

Pelajaran yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara telah melaksanakan dan

mewartakan beberapa peraturan dan perundangan dalam pendidikan bagi menghasilkan

sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Dalam usaha menjadikan matlamat pendidikan menjadi satu realiti, disiplin pelajar

di sekolah menjadi satu perhatian, bagi melahirkan insan yang berakhlak dan beretika.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai perkaitan rapat dengan

kesempurnaan disiplin pelajar. Pelajar yang berjaya dalam segala bidang kehidupan

seringkali terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Pelajar yang berdisiplin juga menjadi

pengasas ke arah pembentukan masyarakat yang berdisiplin, berkebolehan dan harmonis.

Kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sukar dicapai apabila kemudahan asas

yang diperlukan tidak mencukupi. Begitu juga dengan kecemerlangan keceriaan fizikal

sukar dicapai apabila pelajar-pelajarnya tidak berdisiplin dan sering merosakkan

kemudahan yang ada. Justeru bagi menuju kecemerlangan, usaha dan tindakan yang

menyeluruh adalah perlu. Bagi memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan baik

dan terkawal perlulah diuruskan mengikut program peningkatan disiplin yang dirancang.

5

Page 6: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Bagi memastikan disiplin sekolah selaras dengan keperluan bidang pendidikan,

sesebuah sekolah diperlukan untuk membentuk jawatankuasa yang bertanggungjawab

terhadap perancangan membentuk disiplin pelajar, mengambil tindakan ke atas pelajar

yang melakukan kesalahan dan kursus motivasi bagi membentuk akhlak pelajar. Antara

jawatankuasa yang perlu dibentuk termasuklah Jawatankuasa Pelaksana dan Bertindak

Sekolah, Jawatankuasa Hal Ehwal Murid, Jawatankuasa Disiplin, dan juga Jawatankuasa

Pengawas sekolah.

Antara sistem disiplin lain yang boleh diambil oleh sesebuah organisasi sekolah

adalah pelaksanaan sistem merit-dimerit terhadap pelajar, yang bertujuan supaya pelajar

sentiasa berkelakuan baik di sekolah dan bilik darjah dan secara langsung akan

mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Penggunaan borang kawalan

kelas yang digunakan oleh setiap guru mata pelajaran, perkhemahan dan ceramah motivasi

serta mengadakan kelas keagamaan dapat membantu mengurangkan permasalahan disiplin

pelajar. Ia juga bertujuan mengawal masalah disiplin pelajar dan membentuk sahsiah

pelajar supaya masalah sosial dapat dibendung.

Disiplin sekolah yang baik dan sempurna akan menghasilkan beberapa faedah

kepada guru dan pelajar terutamanya dalam melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Pengajaran dapat dijalankan secara lancar dan teratur dan pembelajaran

dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang. Keselamatan para pelajar dapat dijamin

kerana setiap murid mematuhi peraturan. Kemalangan yang berlaku terutamanya dalam

makmal dan bilik darjah dapat dikurangkan di samping dengan disiplin yang ada dapat

memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Dalam proses pencapaian matlamat pendidikan negara ia bergantung kepada iklim

sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan

pihak kementerian pendidikan sentiasa memberi penekanan kepada usaha pengukuhan

disiplin pelajar dengan menyediakan pelbagai panduan, peraturan, dan dasar disiplin yang

dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Namun demikian kewujudan fenomena semasa yang

menunjukkan pertambahan pelanggaran disiplin menimbulkan pelbagai pertanyaan umum

6

Page 7: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

tentang keberkesanan dan kesesuaian dasar dan peraturan yang digunakan dalam

pengukuhan disiplin di sekolah.

Perkara tatatertib yang dianggap berat dan menyalahi disiplin sekolah adalah

menjadi ahli dalam pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat,

memukul atau mengancam guru, guru besar ataupun pengetua, melanggar peraturan dan

undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran, sengaja merosakkan

harta sekolah, persendirian dan pelajar lain, mengancam pelajar, mengisap rokok serta

mengambil dadah. Selain itu pelajar yang sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan

tujuan untuk menimbulkan huru hara dan perbalahan kaum juga merupakan salah satu

kesalahan tatatertib yang berat.

Oleh yang demikian badan disiplin yang dibentuk mestilah bergerak selari dan

seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang

pelajar dalam sesuatu bidang baik di bidang akademik atau bukan akademik bergantung

kepada tahap disiplin itu sendiri. Rasional pembentukan disiplin di sekolah sama

pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu badan disiplin harus bergerak

dalam bentuk yang terancang dan sistematik. Guru hendaklah benar-benar memahami

bahawa mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah. Guru

besar dan guru penolong juga perlu mengetahui dan memahami segala Ordinan atau Surat

Pekeliling atau Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan kelakuan dan

disiplin di sekolah-sekolah.

Dalam usaha menangani masalah disiplin di sekolah pelbagai program telah

diadakan seperti Program Sifar Bistari yang dilakukan unit disiplin sekolah-sekolah pada

tahun 2001 yang bertujuan untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng

sekolah sehingga ke tahap yang minimum. Matlamat utamanya adalah untuk

menghapuskan dan mengurangkan masalah ini demi menjayakan misi dan visi sekolah

selaras dengan matlamat pendidikan negara. Unit disiplin di sekolah juga digalakkan

untuk mengadakan bulan khas untuk ‘Bulan Disiplin’ yang disasarkan kepada setiap

pelajar. Rasional Bulan Disiplin ini adalah kemantapan disiplin pelajar yang memerlukan

7

Page 8: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

satu program yang lebih sistematik serta berakhlak dan berdisiplin sebagai satu aspek

kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Selain itu pada tahun 2006 Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menangani masalah salah laku murid dan

meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.1 juta setahun. Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah disiplin murid

dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan

Sekreteriat Tetap Menangani Gejala Salah Laku Murid bagi menyelaraskan segala

tindakan disiplin yang hendak dilaksanakan. Selain itu usaha menangani masalah ini

diperkukuhkan dengan penubuhan 4 Jawatankuasa Bertindak iaitu Jawatankuasa

Bertindak Menangani Isu di Sekolah, Jawatankuasa Bertindak Dalam Aspek Perundangan

dan Penguatkuasaan, Pendekatan Psikologi dan Kesihatan serta Jawatankuasa Dalam

Pendekatan Kemasyarakatan.

Menerusi Jawatankuasa Bertindak yang telah diwujudkan, KPM akan melaksanakan

pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar. KPM akan

memperhebatkan Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen untuk meningkatkan

penglibatan ibu bapa dalam PIBG dan Kempen Pencegahan Salah Laku. KPM juga akan

mewartakan Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang baru dan mencadangkan pindaan

terhadap undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

berhubung pengeluaran lesen dan pengenaan syarat-syarat ke atas kafe siber, Akta Polis

1967 (Akta 344) dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Objektif utama pelaksanaan disiplin di sekolah adalah untuk melahirkan dan

membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan

dan undang-undang sekolah. Ia juga adalah untuk melahirkan seorang ahli masyarakat

bertatasusila, bersatu padu, demokratik adil, liberal serta progresif. Selain itu untuk

melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri serta rasional dan bijaksana. Di

samping itu disiplin dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang menyayangi dan

menghormati diri sendiri serta alam sekitar, membentuk pelajar yang bersemangat tinggi,

8

Page 9: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

berilmu, berketarampilan serta menjadikan sekolah sebagai pusat menuju ke arah

kecemarlangan hidup.

Disiplin yang dibentuk juga mewajibkan setiap kelas menyediakan sudut disiplin

yang dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh

badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan

Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu. Selain itu borang perjanjian

juga harus ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran disiplin.

Borang ini merupakan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya serta

mengelakkan sebarang tindakan yang diambil dipertikaikan dan juga jaminan supaya

pelajar tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi. Ia disaksikan oleh penjaga pelajar

sendiri.

Sekolah perlulah melakukan penguatkuasaan disiplin secara tegas dan berterusan.

Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuhkan, memperjelas dan

menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar

dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di

sekolah juga perlu berkesan dan ini meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran

disiplin serta hukuman dan ganjaran. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang

pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi.

Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri

perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga

perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para

pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak

yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Sebenarnya terdapat beberapa pihak

yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar

sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan.

9

Page 10: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

3.2 PERATURAN DALAM PENDIDIKAN

Selain pelaksanaan disiplin, pihak kementerian juga telah membuat peraturan-

peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan

dalan Akta Pendidikan 1996 Menteri telah meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan

Peraturan-peraturan Pendidikan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.

Tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan

melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan

pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat

gangguan dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak

dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha

pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting

bagi para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang sebenar.

Antara peraturan yang terdapat dalam sesebuah sekolah termasuklah,yang terdapat

dalan Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu berhubung dengan garis panduan dan peraturan-

peraturan sekolah yang berkaitan dengan perawakan pelajar dan juga peratuaran dari segi

kurikulumnya sendiri. Dari segi tujuan peratuaran itu sendiri adalah untuk membentuk

keperibadian pelajar untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab sesuai

dengan prinsip Rukun Negara dan bersesuaian dengan matlamat pendidikan negara. Selain

itu peraturan juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk mematuhi undang-undang,

peraturan-peraturan dan kawalan-kawalan dan juga arahan secara bertanggungjawab.

Tujuan peraturan ini jelas untuk membentuk peribadi dan tingkah laku pelajar

bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara dan juga Falsafah Pendidikan Negara. Ianya

juga adalah untuk proses penyediaan para pelajar dalam hubungan mereka dengan

masyarakat dan negara. Bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan negara dan

juga bagi memupuk semangat cintakan tanah air, peraturan yang ada berperanan penting

dalam membentuk dan memenuhi prinsip Rukun Negara yang kedua. Prinsip Rukun

Negara haruslah dipamerkan di dinding sekolah dan diikrarkan dalam perhimpunan Hari

10

Page 11: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Kebangsaan. Sementara itu lagu Negaraku dan bendera dikibarkan dalam perhimpunan di

sekolah. Langkah ini diambil untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam

kalangan pelajar dan juga guru sendiri.

Bagi membentuk pelajar yang beretika dan berakhlak peraturan untuk pelajar itu

sendiri telah dirangka. Ini termasuklah etika pemakaian pakaian seragam sekolah, rambut

pelajar, termasuk lelaki dan pelajar perempuan, kasut, tudung dan sebagainya. Bagi pelajar

lelaki diwajibkan berpakaian seragam kemeja putih, seluar panjang biru tua, sarung kaki

dan kasut kanvas warna putih. Pelajar wanita pula diwajibkan memakai pakaian baju

kurung pesak, kain biru tua, sarung kaki tanpa corak dan kasut kanvas warna putih.

Pemakaian bagi pelajar muslim dan pelajar bukan islam ada perbezaan iaitu bagi pelajar

bukan islam mereka boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih dan bagi

pelajar muslim pula digalakkan memakai tudung/ telekung dan songkok untuk lelaki.

Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian

dan seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian

seragam sekolah. Perkara ini terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1993

berhubung dengan pakaian seragam sekolah. Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan

tujuan untuk menegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali

menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam sekolah

ataupun menggunakan peraturan sendiri. Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan

berhubung dengan pemakaian seragam termasuklah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas

3/1983, pindahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1985 dan juga Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil.3/1992 bagi pemakaian telekung dan tudung untuk pelajar islam.

Bagi golongan guru pula hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di

sekolah. Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu

petang semasa berada di sekolah. Selain itu pemakaian pakaian formal juga diwajibkan

ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah

dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang melebihi kolar baju dan haruslah

11

Page 12: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

kelihatan kemas kerana guru merupakan contoh yang paling dekat kepada pelajar semasa

berada di sekolah.

Selain itu dalam Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) yang bertulis untuk

murid-murid yang diwujudkan oleh tiap-tiap sekolah ialah setiap sekolah hendaklah

mempunyai peraturan sekolah masing-masing secara bertulis dan mengandungi maksud

yang jelas dan setiap pelajar mestilah mengetahuinya. Peraturan sekolah ini hendaklah

dipamerkan di tiap-tiap kelas, bilik guru dan juga papan kenyataan sekolah. Pengetua atau

guru besar perlu pandai menarik perhatian pelajar akan peraturan-peraturan sekolah yang

digubal itu. Selain itu, para pengawas sekolah atau ketua pelajar mestilah benar-benar

memahami tugas dan tanggungjawab mereka serta tindakan pengawas mestilah mendapat

sokongan dari semua guru-guru. Mereka juga perlu faham bahawa perlantikan mereka itu

bertujuan untuk membantu sekolah dalam memelihara tatatertib.

Bagi sekolah yang tidak mempunyai peraturan sekolah yang bertulis ataupun bagi

sekolah yang mempunyai peraturan bertulis tetapi tidak lengkap dan teratur, misalnya

tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara, guru-guru besar dan pengetua hendaklah

mengambil langkah untuk meneliti semula dan memperbaharui peraturan sekolah mereka.

dan untuk panduan itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut

keadaan sekolah. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak

ada dalam senarai mengikut sekolah masing-masing.

Selain itu, di sekolah juga terdapat peraturan-peraturan lain seperti peraturan-peraturan

khas untuk asrama, perpustakaan dan bilik mata pelajaran praktikal. Pihak sekolah perlu

menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan serta pengajaran

semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti Bengkel Seni Perusahaan, Bilik Sains

Rumah Tangga, Bilik Makmal Sains, Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

Bagi mengelakkan sebarang perkara berlaku terhadap pelajar semasa berada di

sekolah pihak kementerian telah menetapkan peraturan yang harus diikuti. Antaranya

berhubung dengan kawalan keluar masuk kawasan sekolah iaitu hanya ibubapa dan

penjaga sahaja yang dibenarkan membawa keluar pelajar sekiranya berlaku kecemasan

12

Page 13: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

dengan mengisi borang kebenaran yang harus diberikan kepada guru disiplin mahupun

guru bertugas. Selain itu bagi penglibatan pelajar yang melibatkan aktiviti luar yang

dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Gabungan Pelajaran Daerah, Bahagian, Jabatan

Pelajaran Negeri serta Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun pihak swasta atau badan

NGO, ibubapa haruslah menandatangani surat kebenaran untuk megikuti aktviti tersebut.

Kurikulum di sekolah-sekolah juga mempunyai sistem peraturan yang tersendiri

yang perlu dipatuhi oleh sesebuah institusi pendidikan. Dari segi peraturan dalam

kurikulum pihak kementerian telah menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi iaitu

seperti yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)

1997 berkuat kuasa pada 1 Januari 1998 . Dalam peraturan ini telah dinyatakan bahawa ia

dijalankan berdasarkan kuasa yang terdapat dalam seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan

1996. Antara kandungan peraturan ini termasuklah penggunaan kurikulum kebangsaan

yang bermaksud program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur

kebudayaan dan sistem kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid

sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.

Selain itu peraturan pendidikan ini juga menyatakan penggunaan kurikulum

pendidikan bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran

yang teras iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina untuk

sekolah jenis kebangsaan cina, Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan tamil, Sains, Kajian

Tempatan, Pendidikan Islam untuk pelajar islam dan juga Pendidikan Moral untuk pelajar

bukan islam. Ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan yang merupakan syarat yang

membolehkan sesebuah organisasi dan masyarakat untuk memaksimumkan tenaga, usaha,

fikiran dan pengeluaran.

Selain itu peraturan ini dibuat untuk memupuk para pelajar agar berakhlak mulia,

lemah lembut, berbudi pekerti dan berhemah tinggi. Pemupukan ini adalah bersesuaian

dengan adat ketimuran yang beradab sopan. Akhlak yang sempurna dapat menghindari

jenayah daripada berlaku. Dengan penerapan nilai-nilai murni generasi akan datang akan

13

Page 14: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

kekal berakhlak mulia dan bermoral. Perkara ini ditekankan dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ia telah

diperluaskan bagi meliputi semua murid islam di semua kategori termasuk sekolah swasta

dan diperkukuhkan menjadi mata pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dalam teras pendidikan di Malaysia hanya pendidikan dalam sekolah rendah

diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu pengabaian keperluan pendidikan selepas

pendidikan sekolah rendah adalah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan

sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang

berkaitan dengan pengajian tinggi pula diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak 2003, kerajaan memperkenalkan

penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan sains. Ini

dilakukan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pendidikan sendiri.

Selain itu dalam sistem pendidikan pelajar dari pendidikan rendah atau sekolah

rendah hendaklah pada akhir tahun persekolahan perlu menduduki ujian awam untuk

menilai prestasi murid. Ujian awam ini dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR). Bagi pelajar yang telah memduduki UPSR boleh melanjutkan pelajaran ke

peringkat sekolah menengah. Sementara itu di peringkat sekolah menengah pula pelajar

akan menduduki Penilaian Menengah Rendah pada masa mereka menduduki tingkatan

tiga.

Berdasarkan pencapaian PMR mereka akan dikategorikan dalam Aliran Sains atau

Aliran Sastera. Bagi pelajar yang kurang memuaskan keputusannya boleh menjalani

pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir tahun bagi persekolahan peringkat

menengah atas iaitu tingkatan lima para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Bagi

pelajar yang menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sesetengah pelajar

dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah ini para pelajar menduduki

peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama. Pelajar dari sekolah

14

Page 15: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

ini belajar dari tiga tahap rendah (Junior) hingga ke tahap tinggi (Senior). Setiap tahap

mengambil masa setahun.

Di peringkat pendidikan tinggi pula selepas pelajar menduduki SPM pelajar boleh

membuat pilihan sama ada memasuki Tingkatan 6 atau Matrikulasi. Di Tingkatan 6

pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Ia terbahagi

kepada 2 iaitu Tingkatan 6 Bawah dan juga 6 Atas. STPM dianggap lebih susah daripada

A Level kerana ia merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM

diduduki oleh mereka yang ingin menduduki universiti awam di Malaysia namun ia turut

diakui di peringkat antarabangsa. Di peringkat Matrikulasi pula pelajar mengambil

program selama satu atau dua tahun pengajian. Akan tetapi program pengajian bagi

Matrikulasi dan Tingkatan 6 adalah memainkan peranan yang sama iaitu untuk kelayakan

universiti.

Pengajian tinggi seperti universiti juga tidak terlepas daripada kawalan peraturan

dan perundangan pendidikan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Pada tahun

2004 kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengawasi

pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed. Bagi

membolehkan semua pelajar boleh mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi

kerajaan pada tahun 2002 telah mengurangkan pergantungan kuota kaum bagi

memberikan perhatian kepada meritokrasi. Para pelajar juga telah diberi kebebasan untuk

ke institusi pengajian swasta bagi pendidikan peringkat tinggi.

Selain daripada kurikulum yang diwajibkan kegiatan kokurikulum juga ditekankan

iaitu penyertaan pelajar dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan, badan

beruniform dan kegiatan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Bagi

penglibatan pelajar semua pelajar sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan

kokurikulum. Ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum dianggap sebagai

ponteng sekolah. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja

pasukan berpakaian seragam, persatuan atau kelab dan juga sukan dan permainan.

15

Page 16: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Peraturan Ordianan Pelajaran 1952 dan Peraturan Kursus Pengajian Ordinan

Pelajaran 1956 telah memperuntukkan jadual waktu untuk melaksanakan aktiviti

kokurikulum yang diberi nama Aktiviti Kumpulan. Peraturan ini jelas menggambarkan

kesungguhan kementeriam pelajaran tentang pentingnya kokurikulum, sehingga ia

dijadikan satu peraturan yang ketat. Penegasan tentang pentingnya aktiviti kokurikulum

untuk dilaksanakan di sekolah adalah dengan adanya penyelengaraan dan pelaksanaan.

Kini kokurikulum diberi nafas baru dan dititikberatkan memandangkan

pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang berkesan akan menghasilkan sumbangan yang

positif kepada perkembangan jasmani, rohani, mental, sosial dan emosi pelajar ke arah

pencapaian matlamat pendidikan negara. Dalam kegiatan kokurikulum ini juga terdapat

peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu semua persatuan dan juga kelab harus

mempunyai perlembagaan sendiri yang telah diluluskan oleh pengetua.

Selain itu sebarang lawatan sama ada di luar negeri atau dalam yang dianjurkan

oleh persatuan/kelab/pasukan pakaian seragam atau sukan dan permainan adalah dianggap

sebagai rombongan yang rasmi dan semua pelajar haruslah mematuhi peraturan sekolah

bagi mengharumkan nama sekolah. Selain itu sesebuah lawatan yang diadakan perlulah

terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butiran

berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada pihak

sekolah dan setiap pelajar perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa sebelum

megikuti mana-mana program untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979

telah menyentuh soal aktiviti kokurikulum dengan menegaskan rasional, sebab-sebab

kegagalan serta kejayaannya melalui pelajar. Pelajar perlu didedahkan kepada kegiatan

kokurikulum secara lebih aktif serta guru pula perlu didedahkan kepada kokurikulum

apabila menjalani kursus latihan perguruan.Kementerian pelajaran mengeluarkan arahan

dengan lebih tegas tentang pelaksanaan kokurikulum di sekolah melalui Surat Pekeliling

Ikhtisas 1/1985, bertarikh 2 Januari 1985 telah menegaskan rasional dan objektif

16

Page 17: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

pelaksanaan kokurikulum di sekolah serta saranan bidang-bidang kokurikulum yang patut

diadakan.

Peraturan yang telah dibuat bukan sahaja kepada pelajar malah kepada pendidik itu

sendiri. Dalam konteks ini pendidik telah ditetapkan oleh pihak kementerian berkaitan

dengan pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan

dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dalam buku mengajar tersebut haruslah mengandungi

salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan

kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh

guru tersebut. Pada setiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah diisi untuk

minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada guru besar. Buku Rekod Mengajar

merupakan hak sekolah dan guru haruslah menyerahkan kepada pejabat sekiranya guru

tersebut bercuti panjang atau bertukar ke sekolah lain.

Selain itu jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu atau catatan dalam buku

rekod atau salinan-salinannya yang ditulis dalam bahasa lain perlu diterjemahkan dalam

bahasa kebangsaaan. Guru besar dan pengetua juga bertanggungjawab untuk

mempamerkan jadual waktu bagi suatu penggal persekolahan yang terdapat tanda tangan

yang mudah dilihat. Sebagai tambahan peraturan seseorang guru juga haruslah mengajar

mengikut sukatan pelajaran yang telah diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan.

Sekiranya terdapat guru yang mengajar murid berlainan daripada sukatan pelajaran yang

diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan, adalah menjadi sebuah kesalahan dan boleh

didenda kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Guru juga tertakluk kepada peraturan berkaitan dengan kehadiran ketika bertugas.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981 yang bertarikh 12 September 1981

menyatakan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para

pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sesi

persekolahan bermula. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan

ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah. Ketepatan masa juga bermakna

seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan

17

Page 18: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

kelasnya ataupun kawasan sekolah. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua

guru, kakitangan sekolah dan juga para pelajar.

Selain daripada kehadiran ketika bertugas pihak kementerian yang berasaskan

kepada Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959 di bawah Ordinan Pelajaran

1957 telah memberikan kuasa merotan murid kepada guru. Ini juga terdapat dalam Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru

besar atau guru-guru yang diberikan kuasa haruslah sentiasa sedar bahawa merotan

sebahagian daripada proses pendidikan dan untuk mendisiplinkan, bukan sebagai alat

untuk merosakkan fizikal dan mental pelajar. Hukuman rotan di khalayak ramai di

perhimpunan atau di bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran

adalah dilarang.

Kita sedari kini semua sekolah telah mempunyai peraturan-peraturan bertulis yang

tersendiri berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan dan Akta

Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Peraturan yang terdapat di sekolah

berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 yang mengarahkan pengetua dan

guru besar meneliti semula dan memperbaharui peraturan-peraturan sekolah mereka.

Dalam proses penyediaan peraturan-peraturan sekolah ini pengetua dan juga guru besar

hendaklah mematuhi Ordianan Pelajaran yang sudah dikatakan, dan juga Pekeliling-

pekeliling ikhtisas yang lain dari Kementerian Pendidikan yang berkaitan.

Selain daripada itu pengetua dan guru besar hendaklah sedar walaupun peraturan

dibuat di sekolah namun Perlembagaan Persekutuan boleh membatalkan peraturan yang

sekolah sediakan sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai

contoh perkara yang berlaku di sebuah sekolah di Serting Negeri Sembilan pada 6 Ogos

1999 berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 tenteng pemakaian pakaian seragam

sekolah yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat peraturan di

sekolah yang bertentangan dengan apa yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

3.3 PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN

18

Page 19: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Dalam bidang perundangan pula ia telah dirangka bagi menentukan tahap

pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan

cabaran pendidikan pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yang

dilaksanakan pihak kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa

perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan

yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.

Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pelbagai cabaran dan rintangan

perlu diharungi terutamanya bagi golongan pendidik. Cabaran utama adalah

tanggungjawab mereka sendiri sebagai pendidik di samping dengan cabaran dari ibubapa

yang kebelakangan ini begitu mudah memgambil tindakan mahkamah terhadap pendidik

apabila berlaku sesuatu kes. Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang diceburi

terdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti.

Antara akta yang telah diwartakan oleh pihak kementerian termasuklah Akta

Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu akta

untuk mengadakan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas berbanding peraturan dan disiplin

pendidikan. Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan

kebangsaan.

Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini

mengawal selia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di

peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan

pendidikan teknikal. Di samping itu melalui Akta Pendidikan 1996 ini penekanan dibuat

bagi membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni

selaras dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global dan

memfokuskan teknologi maklumat. Di bawah akta ini kedudukan bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga

digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.

19

Page 20: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta

Pelajaran 1961. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru ia

menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia

berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar

pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukkan

yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan Akta Pendidikan yang digubal

setelah mengambilkira aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan konsep sistem

pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari

peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua

kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa Kebangsaan juga diperkukuhkan dengan memperuntuknya

sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan

lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua

sekolah dan institusi pendidikan. Ini juga merupakan salah satu usaha yang digunakan

oleh pihak kementerian untuk membina negara bangsa melalui pendidikan bagi

melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik berpegang teguh kepada

ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,

demokratik, liberal, bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara telah termaktub dalam

Fasal 152 Perlemabagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 selain

termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

”Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa

tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa;

20

Page 21: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi

apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau

belajar apa-apa bahasa lain,

b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh Hak Kerajaan Negeri

bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-

mana kaum lain dalam Persekutuan.’’

(Perlembagaan Persekutuan)

Akta Pendidikan 1996 juga telah memperuntukan penggunaan sistem kurikulum

yang sama dalam semua jenis dan kategori sekolah dan wajib digunakan oleh semua

pihak. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) Akta Pendidikan

hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi

oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah

termasuk mata pelajaran teras dan apa-apa mata pelajaran yang lain.

Selain itu murid-murid dari semua jenis dan kategori akan disediakan dengan

sistem peperiksaan yang sama. Ini adalah untuk memudahkan pihak kementerian membuat

penilaian dan pengukuran yang sama tentang pencapaian pelajar sekolah dalam negara ini.

Dalam seksyen 69 Akta Pendidikan 1996 telah dinyatakn bahawa semua pihak yang

mengadakan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Peperiksaan.

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar

dan melindungi calon-calon daripada tertipu dan mendapat sijil atau anugerah yang tidak

diiktiraf oleh kerajaan.

Bagi pendidikan rendah pula pihak kementerian telah menubuhkan dan

menyelanggarakan dan menubuhkan tadika bagi membolehkan keluarga di luar bandar

akan berpeluang untuk mendapat pendidikan sebagai asas permulaan pendidikan rendah.

Mutu pendidikan di semua sekolah tadika juga dapat dipertingkatkan kerana tadika akan

diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan. Sekolah tadika (prasekolah) boleh menerima kemasukan kanak-

21

Page 22: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

kanak daripada 4-6 tahun dan setakat ini sebahagian besar sekolah kebangsaan telah pun

mempunyai kelas prasekolah.

Dalam pendidikan rendah wajib iaitu bermula daripada darjah satu, Menteri

melalui perintah yang disiarkan dalam warta boleh menetapkan pendidikan rendah

menjadi pendidikan wajib. Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia

yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai

umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak

itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid

di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Bagi ibu bapa yang melanggar

subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda

tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam

bulan atau kedua-duanya.

Selaras dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan sains dan teknologi,

pendidikan teknik telah dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta

Pendidikan 1996 telah memudahkan sekolah vokasional ditukar kepada sekolah teknik,

manakala politeknik pula boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi,

perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik dan

vokasional. Selain itu politeknik juga dibenarkan untuk mengadakan program berkembar

bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi

samaada dalam atau luar negeri.

Dari segi pendidikan untuk guru Akta ini memperuntukan untuk mengadakan

program pendidikan guru dari peringkat sijil, diploma, dan ijazah. Bagi pendidikan swasta

juga akan dapat berkembag dengan baik dan sistematik dengan adanya peruntukan yang

spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam

pada itu, institusi pendidikan swasta juga dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa

Kebangsaan, Pengajian Malaysia,Pendidikan Islam dan Moral untuk memupuk semangat

cintakan negara dan nilai-nilai murni.

22

Page 23: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

Selain daripada itu Akta ini juga memperuntukan tentang kuasa kepada Pendaftar

untuk menyiasat (seksyen 136), untuk masuk tanpa waran (seksyen 137) dan memulakan

serta menjalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan (seksyen138).

Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa

secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat rendah

daripada Inspektor mempunyai kuasa dalam perkara ini. Seksyen-seksyen ini akan

membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-

pihak yang melakukan kesalahan untuk kepentingan pengguna.

Selain itu terdapat lima rang undang-undang lain telah dibentangkan dan

diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 1995. Rang undang-undang ini termasuklah

Rang Undang-undang Pendidikan 1995,Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta

1996, Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU (pindahan

1995),Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Rang Undang-

undang Lembaga Akreditasi Negara 1996.

Rang Undang-undang Pendidikan 1995 dirangka sama seperti yang terdapat dalam

Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan,kurikulum

kebangsaan setiap sekolah, peperiksaan awam yang hanya dikelolakan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia, penekanan mata pelajaran Agama Islam, menaik taraf Sekolah

Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik, memperluaskan dan

mempertingkatkan mutu perkhidmatan pra sekolah dan mempertingkatkan pendidikan

guru di samping menaik taraf sesetengah maktab dan universiti.

Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta 1996 pula bertujuan untuk

meluaskan peluang pelajar untuk mendapat pendidikan tinggi di Malaysia dengan

membenarkan penubuhan kolej swasta mengikut undang-undang tertulis dalam Akta

Pendidikan 1996. Dengan penubuhan universiti dan kolej swasta akan dapat

mengurangkan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan ini dapat

menjimatkan pertukaran wang asing negara Malaysia. Rang undang-undang ini juga

23

Page 24: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

membolehkan kementerian pendidikan mengawal selia penubuhan, pengurusan dan

perkembangan institusi tersebut.

Dalam Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU

(pindahan 1996) pula bertujuan untuk mengerakkan proses pengkoporatan dan

penswastaan institusi pendidikan tinggi di Malaysia serta memantapkan pengurusanya

supaya universiti menjadi salah satu pusat kecemerlangan akedemik antarabangsa. Rang

undang-undang ini merupakan pindahan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Antara beberapa peruntukan dalam akta ini termasuklah Kaedah-kaedah tatatertib pelajar

yang berkaitan dengan tatatertib para pelajar dan dikuatkuasakan di semua IPT.

Bagi Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara pula dirangka untuk

menentukan hala tuju dan arah perkembangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Jawatankuasa bagi Majlis Pendidikan Tinggi telah diperuntukan kuasa untuk merancang,

membentuk dan menentukan dasar serta menyelaras perkembangan pendidikan tinggi.

Sementara itu Rang undang-undang Lembaga Akreditasi Negara pula bertujuan untuk

menaik taraf dan mutu institusi pendidikan tinggi swasta dan awam serta mencapai

piawaian minimum setiap kursus yang ditawarkan.

Kelima-lima rang undang-undang ini digubal untuk memantapkan sistem

pendidikan Malaysia dengan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berupaya

memberi sumbangan kepada negara sejajar dengan Wawasan 2020. Ia juga bertujuan

untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat kecemerlangan pendidikan

bertaraf dunia. Kesan daripada rang undang-undang institusi pendidikan tinggi swasta

telah membawa kepada penubuhan universiti swasta yang banyak. Antara institusi

pengajian tinggi awam yang ditubuhkan termasuklah Universiti Malaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia dan sebagainya sementara bagi swasta pula seperti Universiti

Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur dan lain-lain.

Kewujudan perundangan dalam bidang pendidikan ini telah memberi banyak

impak kepada pembangunan pendidikan negara terutamanya dari segi perpaduan kaum

24

Page 25: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 yang digunakan selepas negara

merdeka serta penggunaan Akta Pendidikan 1996 yang telah diselaraskan dengan

kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini yang ingin menjadikan pendidikan sebagai

asas pembangunan negara dari segi material dan juga emosi dan jasmani serta

intelektualisme individu.

Dengan adanya akta dan rang undang-undang yang telah dirangka ini, hasrat dan

cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan

dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya

inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi seperti

mana yang termaktub dalam dalam Wawasan 2020.

25

Page 26: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

4.0 KESIMPULAN

Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang

tinggi merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara.

Pembentukan disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini

telah banyak membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang

terdidik nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama.

Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin,

peraturan dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain

yang terdapat di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi

murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang

akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda,

pelajar atau remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah.

Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat

pendidikan negara, pelaksanaan disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan

dapat dilaksanakan dengan lancar dan mampu mencapai matlamat bagi melahirkan

warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara

serta mampu menjadi insan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan dalam era

teknologi yang semakin pesat selaras dengan Wawasan 2020.

26

Page 27: 1 · Web view1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rahim M.Ali (2001) Ilmu pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan psikologi Pendidikan (Edisi Pertama) Kuala Lumpur : Utusan publication & distributors Sdn.Bhd.

2. Abdullah Sani Yahaya (2003) Mengurus Sekolah Bentong Pahang Darul Makmur : Publication & distributor Sdn.Bhd

3. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) Falsafah pendidikan dan kurikulum (Edisi Kedua) Tanjong Malim : Quantum books(1185725-V).

4. Lembaga penyelidikan undang-undang (2008) Perlembangaan Persekutuan Petaling Jaya Selangor : International law books services.

5. Omardin Ashaari (1996) Pengurusan sekolah, Kuala Lumpur : Utusan publication & distributors Sdn.Bhd

6. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (Edisi Keempat) Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7. Mozais (2004) Peraturan sekolah, http://www.mypendidik.net/portal/moduels.php?name=news 12 Februari 2009 17.07pm.

8. Zackram (_______) Pengurusan disiplin sekolah http://www.scribd.com/doc/4088309/pengurusan disiplin sekolah

9. Zainul (_______) Bab 5 Membangunkan modal insan http://www.zainul.com/pipp2.htm 18 Januari 2009 13.33pm

27