44
SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN 1V – V (KBSM ) PENDAHULUAN 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” 2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik, yang memiliki sahsiah yang seimbang, harmonia, bersepadu dan serba boleh. Insan sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berguna dan bertanggungjawab. Berikutan dengan itu, pendidikan yang diberi selain dari membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, haruslah memberi penekanan yang wajar kepada pemupukan dan penerapan nilai murni kepada pelajar. 3. Nilai Murni Nilai murni yang dititikberatkan dan diterapkan merentasi kurikulum, adalah dianggap sejagat dan diterima oleh semua bangsa. Nilai tersebut ialah: Baik hati Kebersihan fisikal dan mental Berdikari Kejujuran Hemah tinggi Kerajinan Hormat menghormati Kerjasama Kasih sayang Kesederhanaan Keadilan Kesyukuran Kebebasan Rasional Keberanian Semangat bermasyarakat. 4. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bertujuan untuk mencapai Matlamat Pendidikan Negara. 1

RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH MENENGAHTINGKATAN 1V – V (KBSM )

PENDAHULUAN

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik, yang memiliki sahsiah yang seimbang, harmonia, bersepadu dan serba boleh. Insan sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berguna dan bertanggungjawab.Berikutan dengan itu, pendidikan yang diberi selain dari membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, haruslah memberi penekanan yang wajar kepada pemupukan dan penerapan nilai murni kepada pelajar.

3. Nilai Murni

Nilai murni yang dititikberatkan dan diterapkan merentasi kurikulum, adalah dianggap sejagat dan diterima oleh semua bangsa. Nilai tersebut ialah:

Baik hati Kebersihan fisikal dan mentalBerdikari KejujuranHemah tinggi KerajinanHormat menghormati KerjasamaKasih sayang KesederhanaanKeadilan KesyukuranKebebasan RasionalKeberanian Semangat bermasyarakat.

4. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bertujuan untuk mencapai Matlamat Pendidikan Negara.

Untuk mencapai matlamat ini, KBSM menitikberatkan perkara seperti berikut:a) Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran.b) Peningkatan daya intelek.c) Penguasaan kemahiran belajar.d) Pemupukan dan menerapan nilai.e) Penguasaan dan penggunaan Bahasa Malaysia.f) Kesepaduan:

1) Pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa (Bahasa Malaysia)11) Pengalaman pembelajaran yang diperolehi dari beberapa mata pelajaran.

111) Di antara teori dan praktis.1V) Di antara pengalaman pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah dan di luar persekitaran

sekolah.

1

Page 2: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

1.5 Sains Pertanian

Sains Pertanian adalah satu pengajian yang saintifik dan sistematik mengenai sumber alam semulajadi (contohnya tanah, tumbuhan dan haiwan) serta bagaimana sumber alam semulajadi ini digunakan untuk menghasilkan makanan dan bahan mentah. Di samping itu ia juga digunakan untuk memenuhi keperluan estetik manusia.

Ia menggunakan prinsip dari beberapa disiplin termasuk Matematik, Sains Asas, Sains Sosial, Ekonomi dan Perdagangan.

6. Rasional Sains Pertanian dalam KBSM

Sebagai satu mata pelajaran di peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5), Sains Pertanian memenuhi keperluan KBSM atas sebab yang berikut:a) Sifat praktis dan menggunakan pelbagai disiplin untuk membantu menghubungkait dan menyepadukan

pembelajaran formal dan tidak formal beberapa mata pelajran. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

b) Pertanian adalah asas kepada ekonomi negara memandangkan sebahagian besar daripada penduduk bergantung kepadanya. Oleh itu, adalah sesuai setiap warganegara memahami pengertian mengenai dan kesannya ke atas penduduk.

c) Adalah menjadi trend perkembangan pendidikan pada masa sekarang untuk memasukkan pendidikan teknik dan vokasional sebagai komponen dalam pendidikan am. Ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada perkembangan sains dan teknologi serta alam pekerjaan.

7. Kedudukan Mata Pelajaran Sains Pertanian dalam KBSM

Sains Pertanian adalah satu dari mata pelajaran elektif yang ditawarkan di Sekolah Menengah Atas disenaraikan dalam KBSM di bawah Sains Tulin dan Teknologi.

Mata pelajaran ini adalah kesinambungan dari pelajaran yang diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, yang merupakan mata pelajaran teras di peringkat menengah rendah.

Matlamat Mata Pelajaran Sains Pertanian

Untuk menyediakan pelajar di peringkat menengah atas dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif dalam bidang Pertanian

8. Objektif

Objektif Sukatan Pelajaran Sains Pertanian adalah:

a) Memperoleh dan memperkembangkan pengetahuan dan kefahaman tentang pertanian b) Memperoleh kemahiran saintifik dan praktis dalam meningkatkan bidang pertanianc) Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas teknologi pertaniand) Memperkembangkan minat , menghayati dan menghargai sumbangan pertanian kepada negarae) Memupuk dan memperkembang nilai dan sikap positif terhadap pertanian f) Menyelesaikan masalah dalam pengurusan bidang pertaniang) Memahami dan menghargai kepentingan keseimbangan alam sekitar dalam pertanian

2

Page 3: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

9. Organisasi Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran ini dirangka untuk memberi pandangan keseluruhan mengenai pertanian. Untuk memenuhi matlamatnya ini, Sukatan Pelajaran ini dibahagikan kepada Lima (5) unit yang mana ianya berhubungkait antara satu sama lain seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Dalam tajuk “Pertanian di Malaysia”, pelajar dapat mempelajari berbagai jenis tanaman, ternakan dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta sumbangan kerajaan dan agensi lain dalam memajukan sektor pertanian.Seterusnya, pelajar dapat juga mempelajari faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta mempelajari cara memanipulasi dan mengawal faktor itu untuk meningkatkan hasil atau pengeluaran.Selepas itu, pelajar dapat mempelajari berbagai teknologi dalam pertanian seperti mekanisasi ladang, komputer dan bioteknologi yang boleh digunakan untuk menambahkan hasil atau pengeluaran dengan lebih cekap dan berkesan.Akhirnya, pelajar dapat mempelajari trend, permasalahan dan isu dalam pertanian di Malaysia pada masa sekarang.Di setiap permulaan unit, disediakan satu rangka gambarajah bagi objektif unit dan topik utama yang perlu dipelajari.Objektif ini menghubungkan di antara objektif mata pelajaran dan objektif topik seperti dirangkakan di bawah ini:

111.

3

Pertanian di Malaysia

Faktor yang MempengaruhiTumbesar dan Pengeluaran Ternakan

Faktor yang MempengaruhiPertumbuhan dan HasilTumbuhan

Teknologi dalam Pertanian

Perladangan sebagai satuPekerjaan/Perniagaan

Page 4: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

Matlamat Pendidikan Negara

Objektif KBSM

Objektif Objektif Objektif Mata Pelajaran Mata Pelajaran Mata Pelajaran (Bahasa Malaysia, Sains Pertanian (Kejuruteraan, Matematik dan Geografi dan lain-lain) lain-lain)

Objektif Unit

Objektif Topik

10. Organisasi kandungan

Kandungan Sukatan Pelajaran ini dirangka mengikut perkara/lajur seperti berikut :a) Topikb) Rangka kandunganc) Amali dan Projekd) Nilai dan Sikape) Topik Berkaitanf) Peruntukan Masag) Catatan

(a) TopikIni ditujukan kepada topik dan sub-topik unit yang berkenaan.

(b) Rangka Kandungan Ini menyatakan tentang kedalaman dan luasnya sesuatu topik itu perlu diajar.

(c) Amali dan Sikap Ini perlu dijalankan oleh pelajar sendiri dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru.

(d) Nilai dan SikapNilai dan sikap positif yang dimasukkan adalah spesifik atau intrinsik pada topik berkaitan. Walau bagaimanapun sebahagian daripada nilai-nilai yang dinyatakan itu adalah nilai sejagat juga.

Penerapan nilai sejagat perlu dilakukan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. Selain daripada 16 nilai murni dan nilai intrinsik serta sikap di bawah lajur “Nilai dan Sikap Murni” yang berikut perlu juga dipupuk dan diterapkan dalam pelajaran amali dan teori:

Beramanah Ingin menyelesaikan masalahBerdisiplin Jimat cermatBerminat KeusahawananBerproduktif KegigihanKeselamatan Mematuhi arahanIngin meneyelesaikan kerja

1V.

4

Page 5: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

(e) Topik BerkaitanIni menunjukkan perkaitan antara topik mata pelajaran Sains Pertanian dengan:(1) topik lain dalam mata pelajran Sains Pertanian.

(11) topik dalam mata pelajaran yang lain. (111) kehidupan harian

(f) Peruntukan Masa Ini adalah waktu/masa yang dicadangkan bagi topik yang berkenaan. Ianya tidak termasuk waktu/masa yang diperlukan untuk kerja pengurusan bagi projek yang dijalankan, di mana ia perlu dilaksanakan di luar peruntukan masa.

(g) CatatanDi bawah tajuk ini aktiviti yang dicadangkan adalah sebagai tambahan dan pengkayaan kepada pembelajaran bagi pelajar dalam mata pelajaran ini.

11. Peruntukan Masa

Masa yang diperuntukan bagi setiap unit tidak dibahagikan sama rata. Ia bergantung kepada jumlah topik dan juga jumlah jangka masa yang diperlukan untuk menjalankan suatu projek atau eksperimen bagi setiap unit.

Peruntukan masa/waktu dalam seminggu yang dicadangkan bagi setiap bidang adalah seperti berikut:

Bidang Minggu Waktu 1. Pertanian di Malaysia. 18

2. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan. 99

3. Faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan ternakan. 67

4. Teknologi dalam pertanian. 52 5. Perladangan sebagai suatu

perniagaan. 44

____ ____JUMLAH 280

_____ ____

Bagi setiap minggu, peruntukan masa mengajar mata pelajaran ini ialah 4 waktu (40 minit sewaktu) untuk selama dua tahun. Ini menjadikan jumlah kesemuanya 72 minggu (288 waktu)

Dari 4 waktu yang diperuntukkan itu, adalah disyorkan sekurang-kurangnya satu waktu kembar diberikan untuk menjalankan kerja praktis sama ada di ladang atau di makmal.

V.

5

Page 6: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

12. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran mesti menggambarkan penekanan kepada KBSM seperti yang disebutkan terlebih dahulu. Ini perlu bertdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman di mana pelajar sendiri melibatkan diri secara aktif:

Di antara aktiviti yang terlibat adalah:-

a) sumbangsaran (percambahan fikiran)b) perbincanganc) mengumpul maklumatd) projek/eksperimen/kerja ladange) membuat catatan melalui pemerhatian, keputusan dan lain-lainf) inkuiri dan penemuang) membuat laporan secara bertulis atau lisan

Di samping menjalankan projek di sekolah, pelajar digalakkan menanam atau menternak di kawasan sekitar kediaman mereka. Untuk tujuan ini pelajar seharusnya diberi bantuan dari segi mendapatkan bahan yang diperlukan.

Sebagai tambahan, adalah disyorkan lawatan ke institusi pertanian dan ladang diadakan. Ini akan memberi pelajar pengalaman secara langsung terhadap amalan pertanian yang dijalankan di luar sekolah.

Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, bahan dan alat bantuan mengajar hendaklah digunakan di mana perlu. Bahan pengajaran dan alat bantuan mengajar ini boleh disediakan atau diperolehi dari agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang pertanian dan juga firma perdagangan yang berasaskan pertanian.

13. Penilaian

Penilaian kebolehan dan pencapaian pelajar perlu dijalankan. Di sekolah, bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran perlu dinilai, ia juga termasuk pengalaman nilai murni di kalangan pelajar sama ada di bilik darjah atau semasa di ladang. Penilaian secara berterusan ini dijalankan:-

a) semasa pengajaranb) di akhir pelajaran atau topikc) selepas pelajar memperoleh kemahirand) di pertengahan semester, di akhir semester atau akhir tahun

Di akhir tahun pengajian, iaitu di Tingkatan V pelajar akan menduduki peperiksaan awam yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan.

V1.

6

Page 7: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

BIDANG 1: PERTANIAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF BIDANG:

Pelajar akan dapat:

1. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan pertanian kepada negara.

2. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang peranan institusi dalam pembangunan pertanian.

3. Memahami dan peka terhadap trend, permasalahan dan isu dalam pertanian.4. Menghargai sumbangan pertanian kepada negara

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia(2 waktu)

Menerangkan kepentingan pertanian kepada negara:

-pengeluaran bahan makanan.-pengeluaran bahan mentah-pendapatan eksport-peluang pekerjaan

Mendapatkan maklumat daripada media.

Mentafsirkan maklumat dan data yang telah dikumpul.

Sumbangsaran.

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia(4 waktu)

1. Menjelaskan taburan tanaman dan ternakan yang utama2. Membincangkan faktor yang

mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan yang utama

- iklim - perkembangan sejarah - ekonomi - dasar kerajaan

Membuat rujukan.

Menandakan taburan tanaman dan ternakan pada peta Malaysia.

Membuat tinjauan dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan taburan tanaman dan ternakan yang utama di kawasan setempat.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia(4 waktu)

Membincangkan trend pertanian di Malaysia :- mempelbagaikan tanaman dan

ternakan- pertanian berorientasikan

eksport dan komersil- hubungkait pertanian dengan

pelancongan- hubungkait dengan landskap- ladang kontrak- penggabungan ladang kecil- perhutani ( Agroforestry )

Membuat rujukan .Mengumpul maklumat. Menyediakan laporan.Pembentangan kumpulan.

7

Page 8: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

1.4 Isu Pertanian di Malaysia(4 waktu)

Membincangkan isu pertanian di Malaysia :

-produktiviti -ketidakstabilan harga-penyebaran dan pengamalan teknologi baru

-pendidikan dan latihan-penghijrahan penduduk -pencemaran alam sekitar-kekurangan buruh

Ceramah

Penulisan esei.

Perbahasan / forum

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian(4 waktu)

Menerangkan peranan agensi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian:

- penyeliaan- bantuan kewangan- pemasaran- menyediakan infrastruktur- khidmat nasihat dan latihan- penyelidikan dan pembangunan

Mengumpul risalah agensi-agensi pertanian setempat.

Menjalankan kajian kes mengenai satu institusi pertanian tempatan

Lawatan.

Melengkapkan pengurusan grafik.

8

Page 9: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

BIDANG 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

OBJEKTIF BIDANG:

Pelajar akan dapat:

1. Memahami faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan penghasilan tumbuhan.2. Menerangkan pengubahsuaian faktor untuk mendapatkan pertumbuhan serta penghasilan

yang lebih baik.3. Mengaplikasikan prinsip saintifik dalam amalan pengeluaran tanaman. 4. Menyelesaikan masalah mudah dalam pengurusan tanaman.5. Memperoleh kemahiran semasa menjalankan eksperimen dan amali.6. Menyedari dan menghargai kepentingan hidupan serta keseimbangan alam sekitar dalam

aktiviti penanaman.

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

2.1 Pengenalan (2 waktu)

Menyatakan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan:

- Iklim- Tanah- Biosis- Genetik- Pengawalatur pertumbuhan

Sumbangsaran.

Soalan - penyoalan.

2.2 Iklim

2.2.1 Unsur iklim(1 waktu)

Mengenalpasti unsur iklim yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan:

- Cahaya- Suhu- Hujan- Angin

Sumbangsaran.

2.2.1.1 Cahaya(8 waktu)

1. Menerangkan bagaimana cahaya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan:- Fotosintesis- Kefotokalaan

Pertunjukan slaid.

Membuat pemerhatian ke atas pokok bunga hiasan yang menerima tempoh cahaya yang berbeza. (Contoh Kek Hwa)

2. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan cahaya diperlukan untuk fotosintesis

Amali : Menguji kehadiran kanji dalam daun hijau.

Melengkapkan pengurusan grafik

9

Page 10: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

3. Menerangkan faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan:- keluasan permukaan daun- susunan daun- topografi- naungan

Membuat pemerhatian dan catatan terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan sekolah.

Inkuiri.

Penjagaan tanaman di kawasan sekolah.

Gambar / slaid.

4. Menghuraikan kaedah yang digunakan bagi penerimaan cahaya yang optimum:- memilih tapak - menanam pada jarak yang

sesuai- menyediakan sokongan- mengawal rumpai- membekalkan cahaya

buatan / tiruan- menanam tanaman selingan- mencantas

2.2.1.2 Suhu(4 waktu)

1. Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan terhadap:- percambahan- transpirasi- kualiti hasil tumbuhan- fizikal tumbuhan

Membuat rujukan eksperimen keperluan percambahan biji benih dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 1 – 3.

Sumbangsaran

2. Menghuraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai:

- memilih tapak- menyediakan naungan- menyediakan sungkupan

Lawatan.

Memberi naungan / sungkupan kepada tanaman yang sedia ada di sekolah.

Tunjukcara.

Foto / slaid

2.2.1.3 Hujan(4 waktu)

1. Menerangkan bagaimana air memberi kesan terhadap :- fotosintesis- penyerapan dan translokasi

nutrien- transpirasi- kesegahan sel

Eksperimen makmal untuk menunjukkan kesan air terhadap kesegahan sel.

Melengkapkan pengurusan grafik.

10

Page 11: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

2. Menerangkan kaedah untuk mendapatkan bekalan air yang optimum:- pengairan- penyaliran- penjadualan masa menanam

Sumbangsaran

2.2.1.4 Angin(2 waktu)

1. Menerangkan bagaimana angin memberi kesan terhadap :- transpirasi- pendebungaan- penyebaran penyakit dan

perosak- fizikal tumbuhan.

2. Menerangkan amalan yang digunakan untuk mengelakkan daripada cedera ribut:- mengadakan pengadang

angin- memilih tapak - menyediakan sokongan- menanam pada jarak yang

sesuai

Foto / slaid.

Simulasi.

Peta minda.

2.3 Tanah

2.3.1 Pengenalan(1 waktu)

1. Mentakrifkan tanah

2. Mengenalpasti lapisan-lapisan profil tanah lazim.

Melabel gambar rajah profil tanah.

2.3.2 Kepentingan tanah(1 waktu)

Membincangkan kepentingan tanah:

- sokongan mekanik- bekalan nutrien- bekalan oksigen dan air

Perbincangan dalam kumpulan

2.3.3 Komponen tanah(4 waktu)

1. Membincangkan komponen tanah dan kepentingannya:- bahan mineral- bahan organik- udara- air

Melakar carta pai menunjukkan peratus komponen tanah.

2. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan butir pepejal tanah secara mendapan

Menjalankan eksperimen secara berkumpulan untuk menunjukkan butir pepejal tanah.

11

Page 12: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

2.3.4 Sifat fizikal tanah

2.3.4.1 Warna(1 waktu)

Menyatakan kepentingan warna tanah.

Pemerhatian terhadap beberapa sampel tanah.

2.3.4.2 Tekstur(4 waktu)

1. Mentakrifkan tekstur tanah.

2. Membincangkan kepentingan tekstur tanah.

3. Menentukan kelas tekstur tanah menggunakan :

a. Kaedah medan b. Kaedah mendapan

Menentukan tekstur tanah dengan cara merasa dengan tangan.

Menentukan tekstur tanah secara mendapan.

Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kadar pengaliran air dan keupayaan menyimpan air bagi tekstur tanah yang berlainan

2.3.4.3 Struktur(1 waktu)

1. Mentakrifkan struktur tanah.

2. Membincangkan kepentingan struktur tanah.

Foto / rajah.

2.3.5 Sifat kimia tanah(6 waktu)

1. Menerangkan konsep pH tanah

2. Membincangkan bagaimana pH memberi kesan terhadap:- ketersediaan nutrien- aktiviti mikrob- penyakit tumbuhan

Sumbangsaran

Menginterpretasi carta ketersediaan nutrien tumbuhan.

3. Menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan keasidan tanah.

Melengkapkan pengurusan grafik.

4. Menguji pH tanah menggunakan kaedah :

- meter pH- larutan penunjuk.

Menjalankan eksperimen untuk menentukan pH menggunakan larutan penunjuk dan meter pH.

2.3.6 Unsur perlu untukpertumbuhan tumbuhan (6 waktu)

1. Menyenaraikan 16 unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan.

2. Membezakan unsur makro dan unsur mikro

3. Menyatakan peranan unsur makro

4. Menyatakan gejala kekurangan unsur makro.

Slaid / foto tanaman menunjukkan gejala kekurangan unsur makro.

Memadankan gejala kekurangan nutrien dengan unsur yang berkenaan.

Melengkapkan pengurusan grafik

12

Page 13: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

2.3.7 Amalan untuk membaiki keadaan tanah(12 waktu)

1. Menerangkan secara ringkas cara membaiki keadaan tanah:

- pembajaan Mengumpul dan melabel sampel baja kimia dan baja organik.

Tunjuk cara beberapa kaedah pembajaan.

- pengapuran Tunjuk cara kaedah pengapuran.

- pemugaran Foto / slaid.

- pencegahan dan pengawalan hakisan tanah

Foto / slaid.

2. Menghitung kuantiti nutrien, kuantiti baja dan kos baja lurus.

Menghitung keperluan baja lurus.

2.4 Biosis

2.4.1 Jenis organisma(4 waktu)

Menerangkan jenis organisma:- virus- bakteria- kulat- nematod- serangga- rumpai

Slaid / foto / spesimen.

Melakar dan melabel.

2.4.2 Kepentingan ekonomi organisma(8 waktu)

1. Menerangkan kebaikan organisma

Membuat rujukan

Slaid / spesimen

Lawatan.2. Menerangkan keburukan

organisma

2.4.3 Pengawalan organisma(8 waktu)

1. Menerangkan kaedah mengawal organisma :- kaedah fizikal- kaedah kultura- kaedah biologi- kaedah kimia- kaedah undang-undang

Membuat rujukan.

13

Page 14: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

2. Melakukan pengawalan organisma menggunakan kaedah kimia.

Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

Mematuhi arahan label racun kimia.

Membancuh racun kimia

Menyembur racun kimia.

(Nota : Semua aktiviti hendaklah di bawah pengawasan guru.)

3. Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan pengawalan organisma dengan kaedah- Kawalan kimia- Kawalan biologi

Perbahasan.Kajian KesMembuat rujukan

2.4.4 Pengurusan Perosak Bersepadu(2 waktu)

1. Menerangkan konsep pengurusan perosak bersepadu.

2. Menerangkan kaedah pengurusan perosak bersepadu.

Ceramah.

Lawatan.

2.5 Genetik

2.5.1 Ciri tumbuhan yang dikehendaki(2 waktu)

Menerangkan ciri tumbuhan yang dikehendaki :- cepat mengeluarkan hasil - hasil tinggi- hasil berkualiti- resistan terhadap penyakit

dan perosak- bernilai estetik

Sumbangsaran.

Membuat rujukan.

Mengumpul risalah.

2.5.2 Kaedah menghasilkan varieti baru(4 waktu)

Menerangkan prosedur menghasilkan varieti baru :- mengenalpasti baka

berpotensi.- melakukan pemilihan - melakukan pengacukan.- menguji generasi F1.

Membuat rujukan.

Melengkapkan pengurusan grafik.

14

Page 15: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

2.5.3 Pembiakan (8 waktu)

1. Menerangkan kaedah membiak varieti baru: - Seks :

- biji benih- Aseks :

- keratan- tut- cantuman- organ penyimpanan- pembahagian rumpun- kultur tisu

Slaid / foto / video

Tunjukcara

2. Melakukan tut dan cantuman tunas .

Melakukan tut dan cantuman tunas pada pokok hiasan atau buah-buahan.

2.6. Pengawalatur Pertumbuhan

2.6.1 Pengenalan(2 waktu)

1. Mentakrifkan pengawalatur pertumbuhan

2. Menyenaraikan 5 jenis pengawalatur :- Auksin- Giberelin- Sitokinin- Etilena - Perencat tumbuhan

Membuat rujukan.

Mempamerkan Spesimen.

2.6.2 Kesan pengawalaturpertumbuhan.(4 waktu)

1. Menerangkan kesan pengawalatur pertumbuhan:- mempengaruhi pembungaan- mempengaruhi kemasakan- meningkatkan hasil- mengawal pertumbuhan

vegetatif

Membuat rujukan.

2. Melakukan eksperimen menunjukkan kesan kalsium karbida ke atas proses kemasakan buah.

Membandingkan proses kemasakan buah yang dirawat dengan tanpa rawatan. (Contoh: pisang, mangga )

Nota : Pastikan langkah keselamatan diamalkan semasa menggunakan kalsium karbida.

15

Page 16: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

BIDANG 3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARANDAN PENGELUARAN TERNAKAN

OBJEKTIF BIDANG:

Pelajar akan dapat :

1. Memahami faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan.2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengeluaran ternakan.3. Menjalankan kajian untuk memperkukuhkan pemerolehan pengetahuan dalam bidang

pengeluaran ternakan.4. Menyelesaikan masalah dalam pengurusan ternakan5. Menghargai kepentingan industri ternakan terhadap pengeluaran makanan. 6. Menyedari kesan industri ternakan terhadap keseimbangan alam sekitar

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

3.1 Pengenalan(1 waktu)

Menyatakan faktor yang mempengaruhi tumbesaran danpengeluaran ternakan:

- iklim- pemakanan- kesihatan- genetik

Sumbangsaran

3.2.Iklim

3.2.1 Unsur iklim(1 waktu)

Menerangkan unsur iklim yang mempengaruhi tumbesaran ternakan:

- suhu- hujan / kelembapan- cahaya

Sumbangsaran.

3.2.2 Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan(6 waktu)

1. Menerangkan kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan:- perlakuan semasa meragut- pengambilan makanan- tumbesaran- pengeluaran hasil- pembiakan

Memerhati, merekod dan membincangkan kesan himpitan iklim ke atas ternakan.

Sumbangsaran.

Gambar / sampel makanan ternakan / slaid.

2. Menerangkan kesan iklim secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan:- penghasilan bahan

makanan ternakan- serangan parasit dan

penyakit ternakan- pengendalian dan

penyimpanan hasil ternakan

16

Page 17: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

3. Menerangkan cara mengurangkan kesan himpitan iklim:- mengadakan perumahan

yang sempurna- menanam pokok naungan- mengamalkan ragutan

waktu malam- memilih baka yang toleran

terhadap haba- memberi makanan

bernutrien tinggi

Projek Kumpulan:Merekabentuk sistem perumahan ternakan yang sempurna.

3.3 Pemakanan

3.3.1 Kepentinganpemakanan(1 waktu)

Menerangkan kepentingan pemakanan:

- mengekalkan kesihatan- memenuhi keperluan

pertumbuhan- memenuhi keperluan

pengeluaran dan pembiakan

Sumbangsaran.

3.3.2 Kelas Makanan(4 waktu)

Menerangkan jenis dan fungsi nutrien:

- karbohidrat- protein- lemak- mineral- vitamin- air

Membuat rujukan.

Mempamerkan sampel makanan ternakan yang lengkap komposisi kelas makanannya

Melengkapkan pengurusan grafik.

3.3.3 Sistem pencernaan(6 waktu)

1. Mengenalpasti struktur sistem pencernaan haiwan bukan ruminan dan ruminan.

2. Menerangkan fungsi organ pencernaan ruminan dan bukan ruminan.

3. Melakukan bedah siasat ke atas ayam / burung puyuh dan melakar sistem pencernaan

Melakar dan melabel sistem pencernaan ruminan dan bukan ruminan.

Membandingbeza sistem percernaan ayam / puyuh dan lembu / kambing.

3.3.4 Bahan makanan ternakan(8 waktu)

1. Mengenal pasti jenis bahan makanan ternakan:- foraj- konsentrat

Mengumpul dan mengenalpasti beberapa sampel foraj dan konsentrat.

2. Membandingkan kelebihan dan kekurangan foraj dan konsentrat.

Membandingkan kandungan nutrien dalam beberapa jenis foraj dan konsentrat.

17

Page 18: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

3. Menerangkan ciri rumput baik pilih :- pengeluaran hasil yang

tinggi- cepat tindakbalas terhadap

baja nitrogen- jenis saka- ketahanan tinggi - kecernaan yang baik- nilai nutrien yang tinggi - kadar tumbesaran dan

pertumbuhan semula cepat- kadar daun kepada batang

tinggi - digemari ternakan

Kerja kumpulan :Membuat rujukan mengenai rumput baik pilih.

Foto / slaid / video.

3.3.5 Catuan Makanan Ternakan (4 waktu)

1. Menerangkan pengertian catuan makanan seimbang

Mengkaji maklumat kandungan nutrien pada label pembungkus makanan ternak dan melakar carta pai bagi menunjukkan komposisi peratus kandungan kelas makanan.

2. Menerangkan konsep nisbah penukaran makanan

Meneliti dan membincangkan jadual nisbah penukaran makanan.

3. Menghitung nisbah penukaran makanan

Latihan pengiraan.

3.4 Kesihatan

3.4.1 Kepentingan kesihatan ternakan(2 waktu)

Menerangkan kepentingan kesihatan ternakan:

- mengurangkan kadar kematian- mencapai keupayaan

tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum

- mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain

- mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimum

Sumbangsaran.

18

Page 19: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

3.4.2 Penyakit ternakan (14 waktu)

1. Mengenalpasti simptom ternakan yang sakit:- tiada selera makan- cirit birit- suhu badan tinggi- mata kuyu / berair- tidak aktif- pengeluaran hasil

berkurangan- bulu kasar dan kusut- penurunan berat badan

Pertunjukan slaid / gambar ternakan yang sihat dan yang berpenyakit.

2. Menerangkan punca penyakit ternakan :- serangan patogen dan

parasit- kekurangan nutrien- kecederaan fizikal- kecacatan kongenital- pencemaran makanan dan

minuman

Memerhati spesimen parasit luaran dan parasit dalaman / gambar / slaid.

Melengkapkan pengurusan grafik .

3. Menerangkan pencegahan dan pengawalan penyakit:- kuarantina- penghapusan- pemvaksinan- penggunaan baka yang

resistan - pengawalan vektor- amalan sanitasi- penakaian- pemberian makanan

seimbang

Menjalankan penyahjangkitan ke atas peralatan dan perumahan ternakan

Ceramah

Melengkapkan jadual pemvaksinan ayam.

4. Menerangkan cara merawat penyakit dengan- antiseptik - bahan kimia - antibiotik- racun parasit luar

Tunjuk cara merawat penyakit.

Spesimen bahan rawatan dan pencegahan penyakit.

Mengumpul risalah danmaklumat mengenai beberapa jenis ubat-ubatan veterinar

19

Page 20: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

3.5 Genetik

3.5.1 Ciri ternakan yang dikehendaki(2 waktu)

Menerangkan ciri ternakan yang dikehendaki:

- cepat membesar- cepat mengeluarkan hasil- berupaya melahirkan banyak

anak- hasil tinggi- hasil berkualiti- kecekapan penukaran

makanan yang baik- resistan terhadap penyakit- toleran terhadap persekitaran

Membuat rujukan.

Sumbangsaran.

Meneliti jadual perbandingan ciri baka yang berlainan.

3.5.2 Memperbaik baka yang sedia ada(4 waktu)

Menghuraikan cara memperbaik baka yang sedia ada:

- pembiakbakaan kacuk- pembiakbakaan seturunan

Video / slaid / foto.

Melengkapkan pengurusan grafik.

3.5.3 Pembiakan ternakan ruminan.(14 waktu)

1. Menerangkan sistem pembiakan ruminan

Slaid / gambar rajah / model yang menunjukkan sistem pembiakan ruminan.

Melakar dan melabel.

2. Menyenaraikan tanda biang:- membenarkan dirinya

dipanjat- vulva merah dan bengkak- terdapat mukus di vulva- selalu terkencing- sentiasa menegakkan ekor- mengasingkan diri- kurang selera makan- gelisah dan membising

Video / slaid.

3. Menerangkan jenis pengawanan:- pengawanan semulajadi- permanian beradas

Membuat rujukan.

4. Membandingkan kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi dan permanian beradas.

Melengkapkan pengurusan grafik.

20

Page 21: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

5. Menerangkan langkah penyediaan semen untuk permanian beradas :

- mengumpul semen- mencairkan semen- menyimpan semen

Video / slaid / model.

Melengkapkan pengurusan grafik.

Tunjukcara.6. Menerangkan langkah penyuntikan semen dalam permanian beradas.

21

Page 22: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

BIDANG 4 : PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN

OBJEKTIF BIDANG :

Pelajar akan dapat :

1. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan ladang.2. Mengaplikasi prinsip pengurusan ladang dalam amalan penanaman dan penternakan.3. Menjayakan suatu bidang usaha secara terancang dan teratur .4. Menyelesaikan masalah dalam pengurusan ladang. 5. Menghargai perladangan sebagai satu prospek perniagaan.

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

4.1. Perladangan Sebagai Suatu Perniagaan

4.1.1 Pengenalan(2 waktu)

1. Menerangkan pengertian perladangan sebagai suatu perniagaan

SumbangsaranPerbincangan kumpulan kecil.

2. Menerangkan prinsip pengurusan ladang .- perancangan

- pelaksanaan - pengawalan - penilaian

Membincangkan carta alir pengurusan.

4.2. Perancangan Untuk Memulakan Ladang

4.2.1 Belanjawan bidang usaha (10 waktu)

1. Mentakrifkan belanjawan ladang.

2. Mengenalpasti maklumat yang perlu untuk menyediakan belanjawan ladang:- harga pasaran beberapa hasil- sumber pengeluaran yang

ada- kos sumber pengeluaran

Pelajar digalakkan memperoleh maklumat harga pasaran hasil pertanian, sumber pengeluaran dan kos sumber.

3. Membincang dan menyediakan belanjawan ringkas mengenai beberapa bidang usaha.

Menyediakan sekurang-kurangnya dua belanjawan bidang usaha tanaman atau ternakan yang boleh dijalankan di sekolah.

4. Menentukan bidang usaha berdasarkan belanjawan yang telah disediakan.

Memilih satu bidang usaha berdasarkan belanjawan yang telah disediakan.

22

Page 23: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

4.2.2 Rancangan operasi ladang

(4 waktu) 1. Menerangkan dan menyediakan rancangan operasi ladang yang melibatkan:- pelan susun atur ladang- jadual kerja- format rekod yang berkaitan

Pelajar merancang satu bidangusaha secara berkumpulan.

Membentangkan rancangan operasi ladang secara berkumpulan.

4.3. Pelaksanaan Operasi Ladang

4.3.1 Pemerolehan sumber pengeluaran(4 waktu)

1. Menyatakan sumber pengeluaran yang diperlukan:- tanah- modal- pekerja- pengurusan

2. Menerangkan bagaimana sumber pengeluaran diperoleh.

Mendapatkan sumber pengeluaran untuk melaksanakan bidang usaha.

Melaksanakan satu bidang usaha yang telah dirancang .

4.3.2. Pengurusan pengeluaran

(14 waktu)

1. Menerangkan langkah operasi permulaan:- menyediakan kawasan- membina struktur ladang- menyediakan infrastruktur

Lawatan ke ladang berhampiran. Tayangan Video

2. Menerangkan aspek pengurusan berikut :- pekerja - jentera- tanaman- ternakan

Mengumpul maklumat dari media cetak dan elektronik.

Perbincangan dalam kumpulan.

Melengkapkan pengurusan grafik

3. Menerangkan jenis rekod pengurusan :- Rekod fizikal- Rekod kewangan

Melengkapkan rekod fizikal dan rekod kewangan.

Melengkapkan pengurusan grafik

23

Page 24: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

4. Menerangkan aktiviti untuk pemasaran hasil:- mengumpul- memproses- menggred- membungkus- mengiklan- menyimpan- menjual

Menyediakan peta minda proses aktiviti pemasaran .Membina carta aliran proses aktiviti pemasaran hasil.

4.4 Analisis dan Penilaian Operasi Ladang

4.4.1 Analisis operasi ladang(8 waktu)

1. Menganalisis rekod fizikal :- paras pengeluaran tanaman- paras pengeluaran ternakan- kecekapan penggunaan

sumber pengeluaran

Membentangkan hasil analisis rekod fizikal dalam bentuk laporan (bertulis / lisan).

2. Membuat analisis rekod kewangan :- jumlah perbelanjaan

- jumlah pendapatan - keuntungan kasar - keuntungan bersih - pulangan setiap ringgit yang dilabur

Membentangkan hasil analisis rekod kewangan dalam bentuk laporan (bertulis / lisan).

4.4.2 Penilaian operasi ladang(2 waktu)

1. Menilai prestasi bidang usaha berdasarkan :- Untung bersih

- pulangan setiap ringgit yang dilaburkan

Pembentangan

2. Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha :

- meneruskan bidang usaha - membubarkan bidang usaha - menggantikan dengan bidang usaha lain - mengubahsuai pengurusan bidang usaha

Perbincangan dalam kumpulan.Menjelaskan rasional membuat keputusan.

24

Page 25: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

BIDANG 5 : TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN.

OBJEKTIF BIDANG :

Pelajar akan dapat :

1. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai mekanisasi, teknologi maklumat dan perhubungan, bioteknologi serta pertanian persekitaran terkawal dalam pertanian.

2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang mekanisasi , teknologi maklumat dan perhubungan ,bioteknologi serta pertanian persekitaran terkawal dalam pengeluaran tanaman dan ternakan.

3. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknologi dalam sektor pertanian 4. Menyedari dan menghargai kepentingan mekanisasi, teknologi maklumat dan

perhubungan, bioteknologi serta pertanian persekitaran terkawal dalam pertanian.

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

5.1 Mekanisasi Ladang5.1.1 Pengenalan ( 1 waktu )

Menerangkan pengertian Mekanisasi ladang

Sumbangsaran.

Temubual.

Mempamerkankan contoh mekanisasi ladang

5.1.2 Faedah mekanisasi ladang ( 1 waktu )

Menerangkan faedah mekanisasi ladang:- menjimatkan masa- menjimatkan tenaga pekerja - menghasilkan kerja dengan

lebih berkesan - menepati masa- memudahkan kerja

5.1.3 Penggunaan mekanisasi ladang(12 waktu)

1. Menghuraikan faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang:- fizikal tanah - kos- teknikal

2. Menerangkan penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti-aktiviti berikut :

a. Tanaman- penyediaan tanah- penanaman- pembajaan- pengawalan rumpai dan

perosak- pengairan dan penyaliran- penuaian hasil

Sumbangsaran.

Perbincangan kumpulan.

Lawatan

Slaid / video / foto / keratan akhbar / katalog.

Menggunakan mekanisasi yang sesuai untuk menjalankan satu aktiviti pertanian seperti traktor dua roda.

25

Page 26: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

b. Ternakan- pemberian makanan- pemberian minuman- pengutipan hasil- penggredan telur

Slaid / video / foto / keratan akhbar / katalog.

Menggunakan mekanisasi yang sesuai untuk menjalankan satu aktiviti penternakan seperti sistem pemberian minuman berautomatik

5.1.4 Sistem pengairan dan penyaliran

1. Menerangkan perbezaan sistem pengairan titisan dengan percikan.

Perbincangan

Mereka bentuk dan memasang sistem pengairan titisan dan percikan.

2. Memasang dan menyelenggara sistem pengairan titisan dan percikan.

5.2 Komputer Dalam Pertanian

5.2.1 Pengenalan ( 2 waktu )

Menerangkan faedah penggunaan komputer:

- menyimpan banyak maklumat- mengakses maklumat dengan

segera - memproses data / melakukan

pengiraan dengan cepat dan tepat

- mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik dsb.

Sumbangsaran

5.2.2 Penggunaan komputer dalam pertanian.(10 waktu)

1. Menghuraikan secara ringkas penggunaan komputer dalam pertanian:- menyimpan dan memproses

maklumat dan data ladang - menyediakan laporan ladang - menggunakan perisian

tertentu untuk mereka bentuk

‘Hands-on’ komputer di makmal.

Menggunakan perisian Autocad dan Lanccad dalam mereka bentuk pelan susun atur dan landskap

Menyediakan satu laporan projek menggunakan perisian komputer .

26

Page 27: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

5.2.3 Peranan teknologi maklumat dan perhubungan dalam sektor pertanian(4 waktu)

1. Menyenaraikan peranan teknologi maklumat dan perhubungan .

2. Mengakses internet untuk mendapatkan maklumat dan perhubungan.

Sumbangsaran

‘Hands-on’ komputer di makmal.

5.3 Bioteknologi Dalam Pertanian

5.3.1 Pengenalan (1 waktu)

Menerangkan pengertian bioteknologi.

Membuat rujukan.Mengumpul maklumat

5.3.2 Kepentingan bioteknologi dalam pertanian

( 2 waktu )

Menerangkan kepentingan bioteknologi dalam pertanian.

- meningkatkan hasil- menambahkan nilai pemakanan- memperbaiki ciri fizikal hasil

pertanian- meningkatkan resistan

terhadap serangan perosak dan penyakit

- meningkatkan toleran ternakan terhadap persekitaran

- mengawal penyakit- mengurangkan penggunaan

bahan kimia pertanian.

Membuat rujukan.

Mengumpul maklumat.

Membuat buku skrap.

Lawatan.

5.3.3 Penggunaan bioteknologi dalam pertanian(8 waktu)

1. Menerangkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian:- inokulasi rhizobium- kawalan perosak biologi- penguraian sisa pertanian- industri makanan

berasaskan pertanian- penghasilan varieti baru

melalui kejuruteraan genetik

Mengumpulkan maklumat melalui internet /rujukan.

Lawatan.

2. Melakukan projek-projek berikut:- Menghasilk

an baja organik.- Menghasilk

an makanan melalui proses penapaian.

Membuat kompos dan tapai secara berkumpulan.

Projek tambahan berkumpulan :- Inokulasi rhizobium- Penanaman cendawan- Membuat tempe / tairu /

dadih / yoghurt.

27

Page 28: RINGKASAN ISI KANDUNGAN MATA PELAJARAN · Web view2. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

UNIT HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

5.4 Pertanian Persekitaran Terkawal

5.4.1 Pengenalan .(1 waktu)

Menerangkan pengertian pertanian persekitaran terkawal

- tanaman- ternakan

SumbangsaranMempamerkan contoh Struktur Pertanian Persekitaran terkawal melalui gambar,model ,video dan lawatan.

5.4.2 Kepentingan pertanian persekitaran terkawal(2 waktu)

Menerangkan kepentinganpertanian persekitaran terkawal:

- melindungi tanaman dan penternakan daripada keadaan iklim ekstrem

- membolehkan penanaman dan penternakan di luar musim

- meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil tanaman dan ternakan

Membuat rujukan dan mengumpul maklumat.

5.4.3 Struktur binaan pertanian persekitaran terkawal(8 waktu)

1. Menerangkan contoh struktur binaan pertanian persekitaran terkawal:- rumah hijau - kolam tiruan

Mereka bentuk dan membina struktur binaan pertanian persekitaran terkawal yang mudah.

2. Menerangkan contoh penggunaan pertanian persekitaran terkawal dalam sistem :- pertanian tanpa tanah- perumahan ternakan

Tayangan slaid / video

Melengkapkan pengurusan grafik.

Menanam satu jenis tanaman menggunakan kaedah hidroponik.Mereka bentuk dan membina kolam ikan sebagai unsur landskap.Menternak ikan ai tawar .

3. Menghasilkan tanaman sayuran menggunakan kaedah hidroponik.

28