10. justifikasi bbm maths.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nmjmnbjkhbjbhjgyhgyuhguijk

Citation preview

MTE 3093 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

ANDA DIKEHENDAKI MEMBINA BBM BAGI MEMBANTU MURID-MURID MEMAHAMI KONSEP/ KEMAHIRANDALAM TAJUK PILIHAN. BBM TERSEBUT HENDAKLAH MEMENUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT : MEMENUHI SUKATAN PELAJARAN DARI SEGI STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MUDAH DIGUNA, FLEKSIBLE DAN ADA CIRI-CIRI INOVASI MEMBERI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PADA PENGGUNAANYA JUSTIFIKASI BERKAITAN BBM YANG DIBINA HENDAKLAH DIBINCANGKAN SECARA TERPERINCI

Cabaran ke-6 wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini bersesuaian dengan harapan untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.Maka ia menjadi tanggungjawab para pendidik dan murid sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik. Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif serta berilmu pengetahuan. Oleh yang demikian selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran murid adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda tersebut.Menurut Ngui Kuen Sang (1981) media atau sumber pengajaran ialah penggunaan bahan bantu pengajaran dalam situasi pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglihatan serta pandangan seseorang murid. Selain itu, Atan Long (1982) juga berpendapat bahawa sumber atau media pengajaran juga merupakan bahan-bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, carta, slaid yang dipancarkan pada layar putih. Bahan bantu mengajar terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan perisian komputer serta teknologi maklumat. Bahan bercetak termasuk lembaran kerja, jurnal, carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire. Bahan manipulatif memberi peluang untuk murid menggunakan, mengolah dan memegang bahan bantu mengajar tersebut. Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga turut dikategorikan sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan komputer, projektor dan perisian pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium bahan bantu mengajar.Saya sebagai bakal guru matematik telah menyediakan satu rancangan pengajaran harian (RPH) dan telah menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aktiviti yang terdapat dalam RPH tersebut. Saya telah menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang konkrit dan proses pengajaran saya. Melalui pengajaran mikro saya telah sedar kepentingan dan kegunaan bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, di sini saya telah memperincikan tentang justifikasi berkaitan bahan bantu mengajar yang telah dibina oleh saya. Pertama sekali, dalam menghasilkan bahan bantu mengajar guru perlu memastikan kesesuaian penggunaan bahan bantu mengajar tersebut dengan peringkat umur murid semasa membinakannya. Hal ini kerana menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan muridmurid terhadap pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi-konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah. Dalam pada itu, RPH yang disediakan oleh saya telah mengandungi beberapa bahan bantu mengajar yang konkrit. RPH yang disediakan oleh saya adalah lebih tertumpu kepada murid-murid darjah 2. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan murid-murid darjah 2 di mana dalam set induksi saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti tembikar dan pizza. Bahan bantu mengajar tersebut dapat mencungkil rasa ingin tahu murid-murid kerana kedua-dua bahan konkrit tersebut merupakan antara makanan kegemaran murid-murid sekolah rendah. Maka, ini dapat menjurus kepada peningkatan mutu dan tumpuan murid-murid terhadap pengajaran yang akan dimulakan. Selain itu, bahan bantu mengajar sebegini juga membantu murid-murid mengimbas kembali ingatan murid-murid terhadap konsep yang telah dipelajari. Misalnya, penggunaan bahan bantu mengajar yang dinyatakan di atas dapat memudahkan murid-murid untuk mengingat kembali akan konsep pecahan setengah dan suku serta bagaimana untuk menamakannya dalam bahasa Matematik. Malah, penggunaan bahan bantu mengajar tersebut juga membantu murid-murid untuk memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik yang diajar dalam ingatan mereka.Tambahan pula, penggunaan kepelbagiaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran matematik dapat menarik perhatian murid untuk lebih fokus yang menjurus kepada peningkatan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu topik. Ini membolehkan guru juga dapat menyampaikan pengajaran dengan cepat serta menarik dan ini secara tidak langsung membantu murid-murid memahami konsep yang diajar dengan mudah. Sebagai contohnya, dalam fasa imaginasi saya telahpun menggunakan permaidani pecahan kerana ia membantu murid-murid untuk memahami konsep pecahan wajar pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya sehingga 10. Penggunaan permaidani pecahan membolehkan murid-murid dapat berfokus kepada pengajaran yang membolehkan mereka faham bahawa jika terdapat sepuluh bahagian dan salah satu bahagian tersebut diisikan maka ia dinamakan sebagai satu per sepuluh di mana sepuluh bahagian itu adalah oenyebut dan satu bahagian yang diisikan ialah penyangka. Ini secara tidak langsung, memberi peluang kepada murid-murid menumpukan perhatian dan memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran. Tambahan pula, saya berpendapat bahawa penggunaan permaidani pecahan turut dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam proses pembelajaran. Ini membolehkan perasaan ingin tahu murid juga dapat di pupuk dalam mata pelajaran matematik. Selain daripada itu, bahan bantu mengajar juga dapatmewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan serta menyeronokan. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting yang membolehkan murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran matematik akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik. Oleh yang demikian, dalam fasa perkembangan saya telah melaksanakan satu aktiviti yang bertajuk Lompat Si Katak Lompat. Dalam aktiviti ini saya sebagai cikgu juga telah turut mengambil bahagian dengan murid-murid supaya pengajaran akan menjadi lebih menarik dan berjalan dengan lancar. Dalam aktiviti ini saya telah menggunakan bahan bantu mengajar seperti topeng muka, kad-kad pecahan. Penggunaan bahan bantu mengajar sebegitu membantu mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif. Selain daripada itu, mengikut aktiviti tersebut apabila cikgu sebagai ibu katak menamakan sesuatu nilai pecahan dalam lingkungan lima per sepuluh hingga sepuluh per sepuluh, anakanak katak iaitu muird-murid yang mempunyai kad pecahan tersebut perlu lompat dengan pantas seperti katak untuk mendapatkan ganjaran guru. Bahan bantu mengajar iaitu kad pecahan yang diberikan kepada murid-murid dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang akan diberi oleh murid apabila guru menamakan sesuatu pecahan secara serta-merta akan mengukuhkan lagi pembentukan murid-murid terhadap konsep pecahan.Saya juga berpendapat bahawa, bahan bantu mengajar ini memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Ini akan menambahkan lagi pengetahuan baru murid-murid terhadap konsep pecahan. Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan bahan bantu mengajar yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid-murid lain sebaliknya akan lebih berani mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar. Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh saya dalam RPH juga menitikberatkan semangat kerjasama di kalangan murid. Di mana, dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang keempat saya telah membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan dan mengedarkan sampul surat yang mengandungi potongan kertas pecahan daripada satu per sepuluh hingga sepuluh per sepuluh kepada setiap kumpulan. Kemudian, guru akan memberi kertas manila yang mengandungi gambar rajah kepada setiap satu kumpulan dan muridmurid akan berbincang dalam kumpulan mereka serta mereka perlu melorekkan gambar rajah yang terdapat dalam kad manila berdasarkan pecahan yang terdapat dalam sampul surat. Bahan bantu mengajar ini secara tidak langsung, membolehkan ahli-ahli kumpulan berduduk dekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain secara bersemuka. Ini memberi peluang dan masa kepada murid-murid untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka dapat membantu, menggalak dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain untuk menunjukkan kefahaman konsep pecahan mereka melalui aktiviti lorekkan. Di samping itu, saya berpendapat bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan turut dapat membolehkan murid-murid belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah di mana semangat kerjasama yang tinggi di kalangan ahli dapat dipupuk yang memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Umapanya semasa murid-murid berbincang dalam kumpulan, ini membolehkan murid-murid yang agak mahir dalam tajuk pecahan boleh membantu rakan-rakanya yang masih lemah dengan penguasaan konsep pecahan melalui bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru. Justeru itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang dinyatakan memberikan murid-murid peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah serta kemahiran sosial.Tegasnya, penggunaan bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah juga akan membolehkan guru mengembangkan daya kreativiti dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana, setiap daripada bahan bantu mengajar tersebut berperanan dalam keadaan yang berlainan. Sebagai contoh, bahan konkrit yang dilakukan dalam fasa persediaan dapat menarik perhatian murid, manakala sampul surat yang digunakan ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan mendorong murid belajar untuk berkoperatif dengan rakan-rakannya yang lain. Sekaligus dalam tempoh masa satu jam guru dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran melalui bahan bantu mengajar. Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahan bantu mengajar akan menjimatkan masa satu jam yang diperuntukkan untuk subjek Matematik. Misalnyaproses pengajaran dan pembelajaran Matematik berjalan dengan lancar tanpa perlu menunggu guru menulis setiap patah perkataan di atas papan putih, kemudian memadamkannya dan menulis perkataan yang lain pula di atas papan putih. Ini boleh digantikan dengan penggunaan carta yang telah lengkap dengan segala maklumat yang mempunyai unsur-unsur pergerakan objek yang lebih menarik perhatian murid. Masa yang diperuntukkan mampu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh guru mahupun murid. Amnya, guru boleh membina pengetahuan murid-murid dalam mata pelajaran Matematik dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Sehubungan dengan itu, pihak pentadbir sekolah haruslah memberikan sokongan sepenuhnya dalam perlaksanaan pelbagai bahan bantu mengajar yang memusatkan murid serta bantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah.Kesimpulannya, saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang kukuh dan bahan bantu mengajar merupakan aset yang amat penting dalam proses pembelajaran supaya murid-murid dapat memperkukuhkan konsep mereka terhadap mata pelajaran matematik. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh murid itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan bahan bantu mengajar. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Sebagai contoh, pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu diajarkan secara menyeluruh agar murid benar-benar faham akan konsep tersebut kerana ianya akan berkait rapat dengan pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu pecahan setara dan pecahan tidak wajar. Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh diperjelaskan dengan terperinci melalui penggunaan bahan bantu megajar yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut. Secara umumnya, penggunaan bahan bantu mengajar dapat memberikan pengalaman yang sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu dengan mudah dan mencambahkan pemikiran Matematik murid-murid tersebut.41