JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    1/14

    JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH

    Pelan lantai bilik darjah perlu mengambil kira persekitaran yang mesra budaya.

    Pelan tersebut mestilah merangkumi serta mengambil kira aspek fizikal dan psikososial

    secara menyeluruh. Kumpulan kami telah membina satu pelan bilik darjah untuk Tahun

    5. Berikut merupakan jadual justifikasi pelan lantai bilik darjah tersebut supaya

    pembelajaran yang mesra budaya.

    Meja guru perlu diletakkan di hadapan sebelah kiri kelas dan berhampiran

    dengan murid supaya guru dapat memantau dengan mudah dan cepat. Kedudukan

    guru yang berhampiran dengan sebilangan besar murid di dalam kelas memberikan

    peluang kepada guru untuk berinteraksi dengan murid-murid. Kedudukan meja guru

    yang berada di hadapan akan menyebabkan kontak mata antara guru dengan setiap

    murid lebih jelas. Guru boleh memfokuskan perhatiannya secara menyeluruh kepada

    setiap murid yang mungkin berbeza jantina,agama dan budaya,secara tidak

    langsung,tidak ada murid yang akan berasa tersisih.

    Meja murid berbentuk separa U supaya murid dapat melihat papan putih di

    hadapan dengan lebih jelas. Pandangan mereka akan 100% menghadap ke arah

    hadapan tanpa perlu menoleh ke kanan ataupun ke kiri. Apabila guru mengajar, muriddapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa perlu mengalih kerusi atau

    berdiri. Meja ini juga tidak mempunyai bucu yang tajam dan dapat mengelakkan

    sebarang kecederaan.

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    2/14

    Meja murid juga disusun secara berkelompok dan berkumpulan.Kedudukan

    murid di dalam kelas berbilang bangsa dan agama perlu diambil perhatian.Murid perlu

    dibenarkan untuk bergaul dengan murid yang lain.Susunan ini memudahkan

    pengajaran secara berpusatkan murid. Murid boleh berinteraksi, berkongsi bahan

    pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar pendapat sesama rakan mereka.

    Murid-murid ditempatkan di dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka.

    Kumpulan hijau ialah untuk murid yang cemerlang, kumpulan ungu untuk murid yang

    sederhana dan kumpulan biru untuk murid yang lemah. Kumpulan biru diletakkan paling

    hadapan dan berhampiran dengan guru supaya guru boleh sentiasa memantau

    mereka. Susunan ini juga akan memudahkan guru untuk memberi tugasan atau latihan

    yang selaras dengan pencapaian murid. Secara tidak langsung,murid yang lemah akan

    merasakan diri mereka diberi perhatian.Ini akan menjadikan persekitaran pembelajaran

    yang lebih mesra budaya.

    Terdapat juga ruang di antara meja murid untuk memberikan peluang kepada

    guru dan murid bergerak di dalam kelas dengan mudah dan tanpa halangan. Ruang

    trafik di dalam kelas akan menjadi selesa.

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    3/14

    Papan putih diletakkan di hadapan dan di tengah-tengah kelas supaya semua murid

    dapat melihatnya. Pemilihan penggunaan papan putih berbanding dengan papan hitam

    ialah kerana papan putih senang untuk dibersihkan dan juga bagi mengelakkan debu-

    debu kapur menjejaskan kesihatan guru dan murid.Papan putih berfungsi memaparkan

    maklumat di dalam kelas semasa guru mengajar. Semua info dapat dikongsi bersamaoleh murid dan semua murid mendapat peluang belajar.

    LCD Projektor perlu dipasang bagi memudahkan guru untuk memaparkan

    bahan-bahan pengajaran dan pembelajarannya. Ianya hanya perlu disambungkan

    kepada komputer dan paparannya sangat jelas dan dapat dilihat oleh semua murid di

    dalam kelas. LCD Projektor ini dipasang di atas siling bagi mengelakkan murid

    merosakkannya. Pemasangan LCD ini disiling menjadikan bilik darjah lebih mesra

    budaya kerana murid bebas bergerak tanpa ada halangan daripada murid-murid yang

    nakal.

    Dengan meletakkan LCD projektor di dalam kelas, minat murid terhadap

    pembelajaran akan lebih terangsang dan mereka akan memberikan sepenuh perhatian

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    4/14

    ketika guru mengajar. Murid akan lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang

    interaktif berbanding dengan hanya cara pengajaran tradisional yang sering digunakan

    oleh guru iaitu secara kuliah. Murid tidak akan berasa bosan dan mengantuk.

    Papan kenyataan ini terletak di bahagian hadapan berhampiran dengan pintu. Ia

    digunakan untuk menampal jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah,

    carta organisasi serta jadual penggunaan sudut. Maklumat terkini atau notis

    pemberitahuan juga boleh ditampal di sini untuk makluman murid. Saiz huruf dan

    tulisan hendaklah sesuai agar dapat dibaca oleh murid yang duduk di belakang kelas.

    Maklumat tidak ditampal terlalu tinggi dan bersesuaian dengan purata ketinggian murid

    di dalam kelas tersebut.

    Papan kenyataan bertujuan untuk memaparkan maklumat seperti jadual

    bertugas, giliran menggunakan sudut-sudut tertentu dan maklumat-maklumat lain yang

    berkaitan. Secara tidak langsung, murid akan sentiasa diingatkan dengan

    tanggungjawab mereka sebagai seorang murid di dalam kelas seperti bertugas

    membersihkan kelas pada hari-hari tertentu. Maklumat-maklumat tersebut juga

    membantu mengingkatkan pengetahuan murid terhadap pelbagai perkara.Setiap murid

    merupakan nadi penting untuk kejayaan sesebuah kelas.

    Papan prestasi ini terletak di hadapan dan berhampiran dengan meja guru.

    Papan ini digunakan untuk menampal hasil kerja murid yang terbaik dan juga papan

    markah untuk setiap pencapaian murid di dalam kelas tersebut. Satu senarai nama

    ditampal dan bintang akan ditampal pada nama murid yang menunjukkan prestasi yang

    membanggakan. Pada akhir setiap bulan, nama pelajar yang mendapat paling banyak

    bintang akan diumumkan dan diberikan hadiah.

    Papan prestasi ini boleh menimbulkan perasaan kesepunyaan kepada murid

    kelas tersebut. Selain itu murid juga akan dapat merasakan dirinya dihargai dan

    disayangi oleh guru apabila hasil kerjanya dihargai.

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    5/14

    Almari ini diletakkan berhampiran meja guru untuk guru menyimpan fail peribadi

    murid dan juga untuk murid menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.

    Terdapat dua pintu untuk memudahkan aliran masuk dan aliran keluar murid.

    Pintu juga sentiasa dibuka untuk pengudaraan supaya murid selesa.Ini akan

    menjadikan bilik darjah lebih kondusif dan mesra budaya.Begitu juga dengan tingkap

    bilik darjah.

    Tingkap terdapat di sebelah kanan dan kiri kelas untuk pengudaraan yang baik

    dan juga udara yang lebih segar

    Ruang dinding dicat dengan warna yang ceria dan terang. Selain itu, kata-kata

    hikmat dan kata-kata semangat boleh ditampal pada dinding. Bahan bantu belajar dan

    hiasan yang bersesuaian juga boleh ditampal untuk keceriaan kelas.

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    6/14

    ASPEK FIZIKAL ASPEK PSIKO

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    7/14

    Meja Guru Meja guru diletakkan di hadapan sebelah kiri

    kelas dan berhampiran dengan murid supaya

    guru dapat memantau dengan mudah dan

    cepat. Kedudukan guru yang berhampiran

    dengan sebilangan besar murid di dalam

    kelas memberikan peluang kepada guru

    untuk berinteraksi dengan murid-murid.

    Kedudukan m

    hadapan akan

    antara guru

    jelas. Guru

    perhatiannya

    setiap murid y

    tersebut. Jadi,

    berasa tersisih

    Meja Murid Meja murid berbentuk separa U supaya

    murid dapat melihat papan putih di hadapan

    dengan lebih jelas. Pandangan mereka akan

    100% menghadap ke arah hadapan tanpa

    perlu menoleh ke kanan ataupun ke kiri.

    Apabila guru mengajar, murid dapat melihat

    persembahan guru dengan mudah tanpa

    perlu mengalih kerusi atau berdiri. Meja ini

    juga tidak mempunyai bucu yang tajam dan

    dapat mengelakkan sebarang kecederaan.

    Meja murid juga disusun secara berkelompok

    dan berkumpulan. Susunan ini memudahkan

    pengajaran secara berpusatkan murid. Murid

    boleh berinteraksi, berkongsi bahan

    pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar

    pendapat.

    Murid-murid ditempatkan di dalam kumpulan

    mengikut pencapaian mereka. Kumpulan

    hijau ialah untuk murid yang cemerlang,

    kumpulan ungu untuk murid yang sederhana

    Susunan mej

    memudahkan

    dan berinterak

    lain. Ianya

    terbuka dan

    idea. Ia juga m

    koperatif berla

    Selain itu, rua

    membolehkan

    duduk murid mereka. Seti

    perhatian darip

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    8/14

    dan kumpulan biru untuk murid yang lemah.

    Kumpulan biru diletakkan paling hadapan

    dan berhampiran dengan guru supaya guru

    boleh sentiasa memantau mereka. Susunan

    ini juga akan memudahkan guru untuk

    memberi tugasan atau latihan yang selaras

    dengan pencapaian murid.

    Terdapat juga ruang di antara meja murid

    untuk memberikan peluang kepada guru dan

    murid bergerak di dalam kelas dengan

    mudah dan tanpa halangan. Ruang trafik di

    dalam kelas akan menjadi selesa.

    Papan putih Papan putih diletakkan di hadapan dan di

    tengah-tengah kelas supaya semua murid

    dapat melihatnya. Pemilihan penggunaan

    papan putih berbanding dengan papan hitam

    ialah kerana papan putih senang untukdibersihkan dan juga bagi mengelakkan

    debu-debu kapur menjejaskan kesihatan

    guru dan murid.

    Papan putih be

    maklumat di d

    mengajar. Sem

    bersama oleh

    mendapat pelu

    LCD Projektor LCD Projektor ini dipasang bagi

    memudahkan guru untuk memaparkan

    bahan-bahan pengajaran dan

    pembelajarannya. Ianya hanya perlu

    disambungkan kepada komputer dan

    paparannya sangat jelas dan dapat dilihat

    oleh semua murid di dalam kelas. LCD

    Projektor ini dipasang di atas siling bagi

    mengelakkan murid merosakkannya.

    Dengan melet

    dalam kelas, m

    pembelajaran

    mereka akan m

    perhatian ketik

    akan lebih tert

    pembelajaran

    dengan hanya

    yang sering di

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    9/14

    secara kuliah.

    bosan dan me

    Papan kenyataan Papan kenyataan ini terletak di bahagian

    hadapan berhampiran dengan pintu. Ia

    digunakan untuk menampal jadual waktu

    kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah,

    carta organisasi serta jadual penggunaan

    sudut. Maklumat terkini atau notis

    pemberitahuan juga boleh ditampal di sini

    untuk makluman murid. Saiz huruf dan

    tulisan hendaklah sesuai agar dapat dibaca

    oleh murid yang duduk di belakang kelas.

    Maklumat tidak ditampal terlalu tinggi dan

    bersesuaian dengan purata ketinggian murid

    di dalam kelas tersebut.

    Papan kenyata

    memaparkan m

    bertugas, gilira

    sudut tertentu

    lain yang berk

    langsung, mur

    dengan tanggu

    seorang murid

    bertugas mem

    hari tertentu. M

    juga membant

    pengetahuan m

    perkara.

    Papan prestasi Papan prestasi ini terletak di hadapan dan

    berhampiran dengan meja guru. Papan inidigunakan untuk menampal hasil kerja murid

    yang terbaik dan juga papan markah untuk

    setiap pencapaian murid di dalam kelas

    tersebut. Satu senarai nama ditampal dan

    bintang akan ditampal pada nama murid

    yang menunjukkan prestasi yang

    membanggakan. Pada akhir setiap bulan,

    nama pelajar yang mendapat paling banyak

    bintang akan diumumkan dan diberikan

    hadiah.

    Papan prestas

    perasaan kesekelas tersebut

    dapat merasak

    disayangi oleh

    dipaparkan. M

    secara sihat b

    mereka. Motiv

    melakukan ya

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    10/14

    Almari fail dan kerja Almari ini diletakkan berhampiran meja guru

    untuk guru menyimpan fail peribadi murid

    dan juga untuk murid menghantar kerja

    rumah yang diberikan oleh guru mereka.

    Pintu Terdapat dua pintu untuk memudahkan aliran

    masuk dan aliran keluar murid. Pintu juga

    sentiasa dibuka untuk pengudaraan supaya

    murid selesa.

    Ruang dinding Ruang dinding dicat dengan warna yang

    ceria dan terang. Selain itu, kata-kata hikmat

    dan kata-kata semangat boleh ditampal pada

    dinding. Bahan bantu belajar dan hiasan

    yang bersesuaian juga boleh ditampal untuk

    keceriaan kelas.

    Ruang dinding

    yang ceria dan

    membangkitka

    belajar dengan

    kerana persek

    kata semanga

    meningkatkan

    cemerlang.

    Tingkap Tingkap terdapat di sebelah kanan dan kiri

    kelas untuk pengudaraan yang baik dan juga

    udara yang lebih segar.

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    11/14

    Langsir Langsir diletakkan pada tingkap untuk

    menambahkan keceriaan kelas dan juga

    mengelakkan daripada masalah silau.

    Warna-warna

    merangsang s

    untuk belajar d

    mengelakkan

    Loker pelajar Loker pelajar diletakkan di belakang kelas.

    Setiap pelajar mempunyai satu ruang loker

    untuk menyimpan beg dan juga buku-buku

    mereka. Jadi, mereka tidak perlu membawa

    beg yang berat dan buku yang banyak

    semasa ke kelas. Murid juga tidak perlu lagi

    meletakkan beg mereka di atas kerusi dan ini

    akan menyebabkan mereka belajar dalam

    keadaan selesa dan tidak menyebabkan

    mereka mengalami sakit belakang. Loker ini

    juga dibina tidak terlalu tinggi supaya

    bersesuaian dengan keadaan fizikal murid-

    murid.

    Dengan memb

    seorang murid

    dalam kelas in

    menjadikan m

    di dalam kelas

    meningkat den

    dalam loker m

    Selain itu sika

    orang lain juga

    setiap pelajar.

    Sudut SAL (Self Access

    Learning)

    -Rak buku-Sofa

    -Info matapelajaran

    Sudut ini ialah sudut pembelajaran kendiri

    dan ianya berkonsepkan pembelajaran

    secara santai. Sudut ini juga boleh digunakan

    untuk aktiviti penggayaan dan pemulihan.Selain itu sudut ini juga merupakan akses

    mudah kepada sumber bahan pembelajaran

    kerana adanya rak buku yang mengandungi

    buku-buku rujukan, buku ilmiah dan juga

    majalah. Sudut ini juga ditambah dengan

    Sudut ini dapa

    terbuka antara

    meningkatkan

    sendiri. Di sudmelakukan akt

    mudah membu

    ilmu pengetah

    bertanggungja

    pembelajaran

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    12/14

    -Peti permainan sofa dan peti permainan supaya murid dapat

    belajar dengan lebih selesa dan santai. Peti

    permainan ini mengandungi permainan yang

    menarik seperti Sahibba, Juta Ria, Jingsaw

    Puzzle dan banyak lagi. Selain itu, terdapat

    papan info matapelajaran di sudut ini yang

    memaparkan semua maklumat yang penting

    bagi setiap subjek yang dipelajari.

    murid dapat m

    dengan berma

    disediakan da

    penat belajar.

    jadual penggu

    memberi pelua

    keadilan kepad

    menggunakan

    Sudut Kitar Semula Di sudut ini terdapat tempat untuk

    menyimpan alat-alat pembersihan seperti

    penyapu, penyodok,bulu ayam dan juga tong

    sampah. Terdapat 4 tong sampah yang

    berlainan iaitu tong sampah biru untuk

    kertas, tong sampah perang untuk kaca,tong

    sampah jingga untuk tin dan aluminium dan

    tong sampah hitam untuk sampah lain-lain.

    Sudut ini dapa

    alam sekitar d

    dalam diri mur

    amalan yang s

    semula sejak d

    bahaya dari pe

    dapat dielakka

    Sudut Klik Maya Sudut klik maya ialah sudut yangmengandungi 4 unit komputer bagi kegunaan

    murid di dalam kelas untuk membolehkan

    mereka mengakses kepada dunia luar dan

    mendapatkan maklumat mengenai

    pembelajaran mereka. Sudut ini juga

    mempunyai jadual penggunaannya tersendiri

    iaitu mengikut kumpulan.

    Sudut ini amattidaklah seper

    sahaja. Merek

    maklumat yan

    mengetahui pe

    Sudut ini juga

    yang sama ke

    mempunyai ko

    menggunakan

    Lantai Jubin Lantai di dalam kelas dipasang jubin untuk

    menceriakan kelas dan juga bagi

    mengelakkan kecederaan kerana permukaan

    lantai yang terlalu licin jika tidak dipasang

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    13/14

    jubin. Lantai juga akan sentiasa bersih dan

    senang dicuci.

    Kipas Kipas dipasang supaya keadaan kelas tidak

    terlalu panas berikutan cuaca di Malaysiayang sentiasa panas dan lembap. Keadaan

    yang panas akan menyebabkan murid

    berasa mengantuk, tidak selesa dan

    keletihan.

    Pengudaraan

    membuatkan mdalam kelas. J

    panas, murid a

    tidak dapat me

    tinggi terhadap

    guru.

    Lampu Lampu pendaflour digunakan untuk

    pencahayaan yang mencukupi.

    Pencahayaan merupakan aspek yang

    penting kerana keadaan yang gelap tidak

    sesuai untuk murid belajar. Penglihatan

    murid akan terjejas jika belajar di dalam

    gelap serta murid tidak akan nampak dengan

    jelas apa yang diajar oleh guru.

    Pencahayaan

    meningkatkan

    dalam kelas. S

    menyebabkan

    dan tidak berm

    pembelajaran.

    Landskap Terdapat landskap mini di dalam kelas bagi

    menceriakan dan menenangkan suasana.

    Pokok yang tidak memerlukan penjagaan

    yang rapi seperti pokok kaktus dan juga batu-

    batu kelikir boleh diletakkan untuk membina

    landskap mini ini.

    Dengan adany

    akan berasa le

    Mereka akan b

    belajar.

    Rak kasut Rak kasut diletakkan di luar kelas supaya

    tiada bau yang kurang menyenangkan dari

    kasut. Selain itu, kelas ini juga berlantaikan

    jubin, jadi jika kasut dimasukkan di dalam

    kelas, jubin akan sentiasa menjadi kotor. Hal

    ini akan menyebabkan suasana kelas tidak

    Dengan adany

    melatih murid

    untuk menyus

    secara kemas

  • 7/30/2019 JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH.docx

    14/14

    kondusif.