4
10.0 REFLEKSI AKHIR Saya telah mempelajari banyak ilmu melalui penyelidikan tindakan ini. Proses pemikiran secara menyeluruh memainkan peranan yang penting dalam menyempurnakan suatu tindakan penyelidikan tindakan. Kepentingan refleksi diri ini dapat membantu saya untuk mereflek secara mendalam tentang masalah yang saya hadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, ia menjadikan saya lebih sensitif terhadap isu-isu yang berbangkit dalam amalan pengajaran saya. Jadi, ia berupaya untuk membuka minda saya bagi merancang tindakan yang dapat meningkatkan amalan pengajaran dan melakukan tindakan yang bersesuaian dengan tahap prestasi murid agar mereka dapat mengatasi kelemahan mereka. Walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam alam pendidikan, saya tetap menghadapi masalah dalam amalan pengajaran. Setiap tahun murid yang saya terima menghadapi

10.0 rumusan akhir.doc

Embed Size (px)

Citation preview

10.0 REFLEKSI AKHIRSaya telah mempelajari banyak ilmu melalui penyelidikan tindakan ini. Proses pemikiran secara menyeluruh memainkan peranan yang penting dalam menyempurnakan suatu tindakan penyelidikan tindakan. Kepentingan refleksi diri ini dapat membantu saya untuk mereflek secara mendalam tentang masalah yang saya hadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, ia menjadikan saya lebih sensitif terhadap isu-isu yang berbangkit dalam amalan pengajaran saya. Jadi, ia berupaya untuk membuka minda saya bagi merancang tindakan yang dapat meningkatkan amalan pengajaran dan melakukan tindakan yang bersesuaian dengan tahap prestasi murid agar mereka dapat mengatasi kelemahan mereka.Walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam alam pendidikan, saya tetap menghadapi masalah dalam amalan pengajaran. Setiap tahun murid yang saya terima menghadapi masalah yang berbeza, maka saya perlu menyelesaikannya mengikut kemampuan dan perbincangan harus dilakukan di kalangan guru sains di sekolah agar dapat mengeluarkan idea untuk kebaikan bersama. Justeru, melalui amalan profesionalisme ini, saya dapat mereflek dan memuhasabah kekurangan diri yang ada serta menjadikan saya lebih kreatif dan inovatif dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah yang ada.Namun begitu, sepanjang proses ini berlangsung terdapat beberapa rintangan dan kekangan yang terpaksa saya hadapi. Kekangan utama ialah dari aspek masa untuk melaksanakan kajian bersama-sama peserta kajian. Ada ketikanya saya sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan program sekolah yang diadakan sepanjang tahun. Kekangan-kekangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menjalankan kajian tindakan ini. Saya mesti mencari peluang untuk digunakan bagi fasa aplikasi. Saya sering mengambil masa bagi guru yang tidak hadir ke sekolah kerana tugasan luar.Oleh sebab itu, saya sentiasa bersedia dengan bahan dan radas untuk menjalankan kajian ini. Melalui pengalaman melaksanakan kajian ini, amalan dan gaya pengajaran guru,bahan bantu mengajar serta senario pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi pencapaian peserta kajian. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid melalui tingkah laku dan tindak balas peserta kajian telah menggerakkan minda mereka. Secara tidak langsung potensi murid dapat dikembangkan. Batasan dan halangan juga terpaksa dilalui semasa proses tindakan dijalankan. Tanpa komitmen daripada pelbagai pihak adalah mustahil bagi saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Akhir sekali, kerjasama daripada pelbagai pihak amat dihargai dan disanjung tinggi. Alhamdulillah saya dapat menyiapkan fasa aplikasi dalam masa satu minggu kerana ramai guru yang keluar untuk aktiviti kokurikulum. Sememangnya pengurusan masa sangat penting dalam menjayakan kajian dan saya mengambil setiap ruang dan peluang yang ada bagi memenuhi tuntutan kajian ini.

Saya sangat yakin bahawa membaca itu jambatan ilmu. Sesungguhnya melalui pembacaan dapat meningkatkan pengetahuan serta membangunkan profesion keguruan itu sendiri. Kajian tindakan ini telah membantu saya mengetahui amalan sendiri dan kelemahan diri dan perlunya penambahbaikansecara berterusan dilakukan demi anak didik saya selagi bertapak di arena pendidikan. Suntikan motivasi diperlukan agar penjanaan minda sentiasa berkembang dan tidak jumud ditelan zaman. Tidak dinafikan bahawa penyelidikan merupakan suatu usaha yang memerlukan kecekalan, ketabahan, kesungguhan, pengorbanan masa, kekuatan mental dan daya kreativiti tersendiri. Semuanya perlu bergerak di atas satu landasan yang kukuh.