Kemudahan awam sangat penting kepada orang ramai. Kemudahan awam ialah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk kemudahan orang ramai. Kemudahan awam yang terdapat di negara kita adalah seperti tandas awam, pondok bas, telefon awam, taman permainan dan tong sampah. Kita perlumenjaga kemudahan awam kerana kita menggunakan secara percuma kemudahan awam tersebut. Perbuatan merosakkan kemudahan awam amat dikesali. Kadang kala, tandas dan pondok bas juga diconteng sesuka hati . Peti duit yang terdapat pada pondok telefon dicuri oleh orang yang tidak
1. Kemudahan awam sangat penting kepada orang ramai. Kemudahan
awam ialah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta
untuk kemudahan orang ramai. Kemudahan awam yang terdapat di negara
kita adalah seperti tandas awam, pondok bas, telefon awam, taman
permainan dan tong sampah. Kita perlumenjaga kemudahan awam kerana
kita menggunakan secara percuma kemudahan awam tersebut. Perbuatan
merosakkan kemudahan awam amat dikesali. Kadang kala, tandas dan
pondok bas juga diconteng sesuka hati. Peti duit yang terdapat pada
pondok telefon dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Akibat daripada kemudahan awam yang telah dirosakkan, masyarakat
akan menghadapi masalah ketika berlaku kecemasan.
3. Kita patut menghargai harta benda awam yang disediakan oleh
pihakkerajaan dan swasta. Kita wajar bertanggungjawab menjaga harta
benda yangdisumbangkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kita mesti
bertimbang rasa dengan tidak merosakkan kemudahan awam supaya
pengguna lain boleh menggunakannya. Kita mesti mempunyai semangat
patriotik terhadap negara dengan tidak menconteng kemudahan awam
dengan sesuka hati. Kita perlu menjaga keselamatan peti duit supaya
tidak dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
4. Cikgu Razali : Rajan, saya beranggapan awak mahir dalam
permainan sepak takraw ini. Saya yakin awak boleh mewakili sekolah.
Rajan : Terima kasih, cikgu. Saya berpendapat bahawa saya masih
lemah dalam beberapa teknik permainan seperti membuat servis. Cikgu
Razali : Saya yakin dengan permainan yang awak tunjukkan tadi. Regu
awak berjaya menewaskan regu lain. Rajan : Sebenarnya, saya dan
rakan-rakan bekerjasama sebagai satu pasukan. Walau bagaimanapun,
permainan kami masih belum mantap lagi. Cikgu Razali : Saya akan
menyediakan jadual latihan untuk pasukan kamu. Minggu hadapan kamu
akan bertanding untuk peringkat akhir. Rajan : Terima kasih, cikgu.
Saya berjanji akan berlatih bersungguh- sungguh bersama-sama
rakan-rakan saya. Cikgu Razali : Sama-sama.
5. menghargai kebolehan bersyukur rendah diri bersatu padu
menghargai masa
6. Kita wajar menghargai kebolehan orang dengan mengakui bahawa
pemain tersebut mahir dalam permainan sepak takraw. Kita mesti
bersyukur dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang
menghargai kebolehan kita. Kita mesti bersikap rendah diri dengan
pujian yang diberikan oleh orang kepada kita. Kita mesti bersatu
padu dengan bekerjasama dalam satu pasukan jika ingin berjaya. Kita
mesti menghargai masa dengan menyediakan jadual latihan untuk
pasukan.