10
SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan 188 TOPIK 15 GERAKBALAS TUMBUHAN KEPADA RANGSANGAN Sinopsis Tumbuhan bergerakbalas dengan pelbagai cara kepada rangsangan daripada persekitaran seperti cahaya, graviti, air and sentuhan. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang tiga jenis gerakbalas tumbuhan iaitu tropisme, nasti dan taksis. Hasil Pembelajaran 1. Jelaskan pelbagai cara tumbuhan bergerak terhadap rangsangan daripada persekitaran iaitu tropisme, nasti dan taksis 2. Huraikan cara bagaimana tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya, air, graviti dan sentuhan Ringkasan Keseluruhan Rajah 15.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan Tropisme Nasti Taksis

15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sc

Citation preview

Page 1: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

188

TOPIK 15 GERAKBALAS TUMBUHAN KEPADA

RANGSANGAN

Sinopsis Tumbuhan bergerakbalas dengan pelbagai cara kepada rangsangan daripada

persekitaran seperti cahaya, graviti, air and sentuhan. Dalam topik ini anda akan

mempelajari tentang tiga jenis gerakbalas tumbuhan iaitu tropisme, nasti dan

taksis.

Hasil Pembelajaran

1. Jelaskan pelbagai cara tumbuhan bergerak terhadap rangsangan

daripada persekitaran iaitu tropisme, nasti dan taksis

2. Huraikan cara bagaimana tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya, air,

graviti dan sentuhan

Ringkasan Keseluruhan

Rajah 15.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan

Gerakbalas Tumbuhan

Kepada Rangsangan

Tropisme

Nasti

Taksis

Page 2: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

189

Pengenalan

Haiwan dan tumbuhan hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Ada

perubahan yang mendatangkan manfaat dan ada juga perubahan yang

membahayakan. Kebolehan haiwan dan tumbuhan untuk mengesan perubahan

dan membuat gerakbalas yang sesuai adalah penting untuk kemandiriannya.

Tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan daripada persekitaran seperti

cahaya, graviti, air dan sentuhan. Ada tiga jenis gerakbalas tumbuhan iaitu

tropisme, nasti dan taksis. Lihat Rajah 15.2.

Rajah 15.2: Gerak Balas Tumbuhan

GERAK BALAS TUMBUHAN

NASTI TROPISME

Gerak balas sebahagian puchok atau akar terhadap rangsangan

Arah pertumbuhan bergantung kepada arah rangsangan

Contoh: fototropisme, geotropisme, dan tigmotropisme

TAKSIS

Gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap rangsangan

Arah gerakan tidak bergantung kepada arah rangsangan

Contoh: fotonasti, seismonasti, termonasti, dan niktinasti

Gerak balas keseluruhan organisma mendekati atau menjauhi sesuatu rangsangan

Contoh: fototaksis, kemotaksis, hidrotaksis, dan termotaksis

Page 3: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

190

15.1 Gerak Balas Tropisme

Pemikiran

Rajah 15.3: Contoh Gerak Balas Tropisme

Tumbuhan dalam Rajah 15.3 menunjukkan salah satu daripada

gerakbalas tumbuhan yang di panggil tropisme. Apakah

rangsangannya? Apakah jenis tropisme yang ditunjukkan?

Tropisme ialah pertumbuhan sebahagian puchok atau akar terhadap

rangsangan. Arah pertumbuhan adalah bergantung pada arah rangsangan.

Pertumbuhan yang mendekati rangsangan di panggil gerak balas positif

manakala pertumbuhan yang menjauhi rangsangan di panggil gerak balas

negatif. Apakah jenis gerak balas yang ditunjukkan oleh tumbuhan dalam Rajah

15.3.

Jenis-jenis tropisme yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah fototropisme,

geotropisme, dan tigmotropisme. Perhatikan Rajah 15.4.

Page 4: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

191

Jenis

Gerakbalas

Rangsangan Gerak balas terhadap

rangsangan

Fototropisme

cahaya

Pucuk menunjukkan

fototropisme positif

untuk dapat cahaya

Akar menunjukkan

fototropisme negatif

untuk dapat air.

Geotropisme

graviti

Pucuk menunjukkan

geotropisme negatif

Akar menunjukkan

geotropisme positif

Page 5: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

192

Jenis

Gerakbalas

Rangsangan Gerak balas terhadap

rangsangan

Tigmotropisme

sentuhan

Salur paut atau pucok

melilit pada badan yang

disentuh.

Rajah 15. 4 Jenis-jenis Tropisme

Latihan 15.1

1. Apakah kepentingan geotropisme dan tigmotropisme kepada

tumbuhan?

2. Rancangkan eksperimen yang anda boleh jalankan di sekolah

rendah untuk menunjukkan gerak balas tumbuhan terhadap:

(a) cahaya

(b) graviti

(c) sentuhan

Rehat

Page 6: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

193

15.2 Gerak Balas Nasti

Gerak balas nasti ialah gerakbalas tumbuhan terhadap rangsangan

tanpa mengira arah tindakan rangsangan tersebut. Bahagian tumbuhan

bergerak balas terhadap cahaya, air dan suhu untuk tujuan

pendebungaan, mengelakkan kehilangan air dan fotosintesis. Gerak

balas ini ialah cepat, berbalik dan tidak melibatkan pertumbuhan.

Rajah 15.5 menunjukkan jenis-jenis gerak balas nasti.

Jenis

Gerakbalas

Rangsangan Gerak balas

terhadap

rangsangan

Fotonasti

cahaya

Seri bunga tutup

waktu malam, dan

buka waktu pagi.

Termonasti

suhu

Ranggi bunga Tulip

tutup apabila suhu

menurun.

Page 7: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

194

Jenis

Gerakbalas

Rangsangan Gerak balas

terhadap

rangsangan

Niktinasti

Perubahan

siang dan

malam

Daun Oxalis Regnellii

tutup pada waktu

malam.

Seismonasti

Sentuhan

Mimosa pudica

(semalu) menguncup

apabila di sentuh

Rajah 15.5: Jenis-Jenis Gerak Balas Nasti

Page 8: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

195

15.3 Gerak Balas Taksis

Gerak balas taksis ialah pergerakan seluruh organisma mendekati

atau menjauhi sesuatu rangsangan. Alga mikroskopik seperti Euglena

(Lihat Rajah 15.6), menunjukkan gerakbalas taksis yang di panggil

fototaksis. Gerak balas yang ditunjukkan dipanggil fototaksis positif

kerana Euglena berenang ke arah cahaya.

Rajah 15.6: Euglena sp

Rehat

Page 9: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

196

Latihan 15.2

1. Beri empat jenis rangsangan yang boleh menyebabkan gerak balas

tumbuhan.

2. Beri makna bagi istilah-istilah berikut:

(a) Gerak balas positif

(b) Gerak balas negatif

3. (a) Namakan tiga jenis gerak balas tumbuhan

(b) Nyatakan perbezaan antara ketiga-tiga gerak balas tumbuhan

4. Apakah yang dimaksudkan dengan

(a) Fototropisme

(b) Hidrotropisme

(c) Geotropisme

(d) Tigmotropisme.

5. Rajah 15.7 menunjukkan pokok Mimosa pudica.

Rajah 15.7: Mimosa pudica.

(a) Apakah akan berlaku apabila tumbuhan ini disentuh?

(b) Apakah jenis pergerakan yang ditunjukkan?

(c) Berikan satu contoh tumbuhan lain yang melakukan jenis pergerakan yang

sama apabila disentuh.

Page 10: 15 Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

197

6. (a) Apakah “fototaksis”?

(b) Adakah Euglena menunjukkan fototaksis positif atau negatif?

(c) Terangkan bagaimana gerakbalas ini mendatangkan faedah kepada

Euglena.

Buku Rujukan

Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and Applications. London. Hodder Murray.

Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: Glencoe McGraw Hill

Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill

Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://plantsinmotion.bio.indiana.edu/plantmotion/movements/nastic/nastic.html http://www.plant-and-flower-guide.com/tropism.html http://bcs.whfreeman.com/thelifewire/content/chp38/3802001.html

Tamat Topik 15